RINGKASAN EKSEKUTIF PROGRAM BAKTI SISWA (BAKSIS) TARIKH 28 Jan-1 Feb 2014 TEMPAT FELDA LOK HENG SELATAN,KOTA TINGGI,JOHOR ANJURAN Sekretariat Hubungan Luar Dan Antarabangsa, Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Ibrahim Yaakub, TEMA PERKONGSIAN BUDAYA, PENCETUS KEAKRABAN PERPADUAN MASYARAKAT
RINGKASAN EKSEKUTIF PROGRAM BAKTI SISWA (BAKSIS) 2013/2014 1 NAMA PROGRAM Program Bakti Siswa(BAKSIS) 2 TARIKH 28 Januari 2014-01 Februari 2014 3 TEMPAT Felda Lok Heng Selatan,Kota Tinggi,Johor 4 MATLAMAT Untuk menjadi mahasiswa yang aktif, progresif dan berinovasi yang: 4.1 Menjana program kemahasiswaan dengan mengambil bahagian dalam membantu kerajaan dalam usaha melahirkan generasi muda yang berdinamis serta berkemampuan untuk memenuhi tuntutan yang lebih besar di dunia yang mencabar ini. 4.2 diharapkan melalui program ini dapat menghasilkan mahasiswa sebagai modal insan yang mempunyai kesempurnaan pendidikan, tinggi nilai akhlak, cergas fizikal, berkemahiran dan berintegriti. 33jn 4.3 perspektif masyarakat terhadap mahasiswa dapat diubah melaluikhidmat golongan mahasiswa ini dalam membantu perkembangan, perubahan dan keperluan masyarakat dan Negara melalui pengaplikasian beberapa program yang berteraskan gaya hidup rakan muda. 5 OBJEKTIF 5.1 Merapatkan silaturrahim dan tali persaudaraan di kalangan mahasiswa UKM bersama masyarakat yang terlibat khususnya, dan warga kampus amnya. 5.2 Membina perspektif hidup yang positif di kalangan remaja melalui aktiviti pembangunan disiplin dan rohani. 5.3 Mewujudkan rasa kesedaran,keyakinan dan kemampuan untuk mencapai kejayaan dari segi pengurusan dan perlaksanaan projek, fizikal dan mental serta kerohanian seiring dengan kecemerlangan akademik
6 TEMA PERKONGSIAN BUDAYA, PENCETUS KEAKRABAN PERPADUAN MASYARAKAT 7 ANJURAN Sekretariat Hubungan Luar Dan Antarabangsa, Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia. 8 AHLI JAWATANKUASA Di antara pihak-pihak yang akan menyertai Program Kembara Bakti Siswa ialah: Mahasiswa UKM (80 orang) Penduduk Felda Lok Heng, Kota Tinggi Masyarakat luar 9 PEJABAT URUSAN Urusetia Program Kembara Bakti Siswa, Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (u/p: Mohamad Shahrulnizam Bin Othman 0174154504) 10 ELEMEN PROGRAM 10.1 1 Hari Bersukan Bersama Mahasiswa 10.2 Ceramah Motivasi 10.3 Program Keluarga Angkat 10.4 Khidmat Sosial Dan Gotong Royong 10.5 Program Pengimarahan Masjid 10.6 Lawatan dan Kerja Amal 10.7 Pelbagai program lain akan diadakan mengikut kesesuaian masa dan keadaan sepanjang program ini berlangsung.
TENTATIF KESELURUHAN PROGRAM KEMBARA BAKTI SISWA 2014 Tarikh Masa Program Tempat 28/1 10.00am 03.00pm 05.00pm Bertolak dari UKM -Tiba di Felda Lok Heng -Majlis Pembukaan Perasmian Program -Pembahagian anak angkat Beredar ke rumah keluarga angkat masing-masing Dewan orang ramai Felda Lok Heng selatan 07.00pm 08.00pm -Solat maghrib berjemaah di masjid -Taklimat untuk program hari esok Peserta bebas bersama keluarga angkat
29/1 09.00am 12.00pm 05.00pm 07.00pm 08.00pm 10.00pm Bertolak ke sekolah menengah -Bertolak pulang ke Felda Lok Heng -Melawat ke rumah orang yang susah disekitar Felda Lok Heng -Rehat di rumah keluarga angkat -Riadah bersama warga Felda -Melawat sekitar Felda -Solat maghrib berjemaah di masjid -Taklimat untuk program pada hari esok Kelas tambahan kepada anak-anak felda Bersama keluarga angkat Sekolah Menengah kebangsaan Lok Heng Selatan 30/1 09.00am 12.00pm 03.00pm 07.00pm Program melawat ke ladang ke kelapa sawit Program melawat kilang pemprosesan kelapa sawit Aktiviti sukan rakyat bersama warga Felda -Solat maghrib berjemaah di masjid -Taklimat untuk program pada hari esok Kilang kelapa sawit 08.00pm Peserta bebas bersama keluarga angkat
31/1 09.00am 12.30pm Gotong-royong bersama warga felda di sekitar felda -Berhenti rehat -Solat Jumaat Surau Felda Lok Heng Selatan 02.00pm Sambung gotong-royong (rewang) -Solat maghrib -Persediaan untuk majlis penutup 08.30pm -Makan malam bersama warga felda -Majlis penutup 11.00pm -Majlis tamat -Bersama keluarga angkat di rumah masingmasing 1/2 10.00am Berkumpul untuk bersedia bertolak ke UKM
PERINCIAN PROGRAM Program Keluarga Angkat Program ini dijalankan adalah untuk membentuk satu jalinan mesra selain mengeratkan silaturrahim dan mengenali dengan lebih dekat lagi budaya hidup masyarakat setempat. Mahasiswa akan tinggal bersama keluarga angkat masing-masing sepanjang program Kembara Bakti Siswa ini berlangsung. Program Pengimarahan Masjid Suatu program yang melibatkan masyarakat desa dan juga peserta KBS. Antara pengisian yang bakal dijalankan adalah Tahlil Kesyukuran dan bacaan Surah Yasin, Tazkirah Subuh dan Maghrib. 1 Hari Bersukan Bersama Mahasiswa Program ini dijalankan untuk mengeratkan silaturahim dikalangan penduduk dengan mahasiswa. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan dan ia melibatkan masyarakat setempat. Di antara aktiviti yang akan dijalankan ; - Senamrobik - Tarik upih pinang - Sukaneka - Tarik tali - Anyam ketupat Malam Kebudayaan Ia memperkenalkan kebudayaan masyarakat setempat melibatkan persembahan tarian tradisional seperti tarian kuda kepang dan barongan.
Ceramah Motivasi Melalui program ini, ibubapa dapat didedahkan dengan setiap perkara yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak mereka. Kepekaan ibu bapa terhadap pembelajaran anakanak amat penting agar tidak berlaku sebarang keciciran dalam menimba ilmu. Pengisian dalam program ini adalah berfokuskan kepada pelajar sekolah menengah dikawasan program yang menekankan isu-isu gejala social seperti bercinta dan pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan disamping masalah-masalah lain. Ceramah Motivasi bersama Mahasiswa Ceramah ini dapat memberi pengetahuan mengenai langkah yang perlu diambil oleh ibubapa berkaitan dengan sumber kewangan sekiranya anak-anak berjaya melangkah ke ke peringkat yang lebih tinggi terutama sekali bagi ibubapa yang berpendapatan rendah dan sukar untuk menanggung pembelajaran anak-anak ke manara gading. Beberapa orang penceramah akan dijemput untuk sesi ini. Perkongsian Pengalaman Hidup Sebagai seorang mahasiswa, banyak pengalaman yang diperolehi terutamanya apabila terpaksa menimba ilmu di negeri yang jauh dari tanah kelahiran sendiri, selain sarat menanggung kerinduan dengan keluarga yang jauh di mata. Lantaran itu, beberapa orang mahasiswa akan berkongsi suka duka sepanjang menjadi mahasiswa dengan ibubapa di perkampungan terbabit yang bertujuan untuk meningkatkan motivasi ibubapa. Penayangan VCD Penayangan VCD berfungsi sebagai memberikan gambaran sebenar tentang kehidupan selaku pelajar di universiti amnya. Hal ini merupakan langkah yang lebih efektif untuk menjelaskan keadaan yang berlaku dalam aktiviti di kampus di samping memperlihatkan keindahan persekitaran universiti.
Slot Bersama Mahasiswa Slot yang akan dikendalikan oleh mahasiswa kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan L o k m a n H a k i m yang bertemakan Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Dalih. Selesai ceramah motivasi daripada mahasiswa, para pelajar juga akan diketengahkan dengan Slot Wacana Minda Remaja yang bertajuk Peranan Siapa? yang mana para pelajar akan diketengahkan dengan isu-isu semasa bagi membuka minda pelajar untuk lebih berfikiran kritis dan kreatif. Lawatan dan Kerja Amal Lawatan ke rumah-rumah kebajikan dan rekreasi di sekitar daerah Felda Lok Heng:
PERINCIAN PERBELANJAAN PROGRAM BAKTI SISWA FELDA LOK HENG,SELATAN Anggaran Pendapatan Kuantiti RM RM Sumbangan Kolej 5000 Sumbangan JPPEL 3000 Sumbangan Badan Korporat 9000 Anggaran Keseluruhan 17000 Anggaran Perbelanjaan Rewang RM15x380 5700 Pengangkutan 2000 Jamuan makan semasa aktiviti RM10x80 800 T-shirt program RM30x80 2400 Publisiti 300 Aktiviti 500 Cenderahati 500 Sumbangan Untuk Keluarga Angkat RM20x80 1600 Pentadbiran dan Alat tulis 250 Rencam 400 Hadiah saguhati RM50x10 800 Penceramah Motivasi 1700 Anggaran Keseluruhan 16950