TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Octo Edisi Terhad Preferred

dokumen-dokumen yang mirip
TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Octo Edisi Terhad

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

TERMA DAN SYARAT Kempen 'Preferred Save and Get'

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Faedah Bonus CIMB

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Kempen CIMB Bank My First Cash Advance Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Save and Get

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

CIMB Auto Finance Promosi untuk Kenderaan Asing Baharu Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

Peraduan Fortune 10 CIMB Bank - Terma & Syarat. Terma & Syarat PERADUAN FORTUNE 10 CIMB BANK BERHAD

TERMA DAN SYARAT Kempen Debit Card RM5 Dining Cash Back

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

TERMA DAN SYARAT. Peraduan Debit & ATM Card Replacement

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. CIMB Islamic - Peraduan Kirim & Menang

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Terma-terma dan Syarat-syarat untuk program 2-Minit Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) oleh CIMB Bank Berhad

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Peraduan Debit to Win It

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD yang mengawal Kempen Belanja dan MenangCIMB-IKEA

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Termaa-terma dan Syarat-syarat Kempen Akaun Kwik CIMB Bank

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen Perkhidmatan Perbankan Serantau CIMB (Malaysia Singapura)

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Pilih Baucar Anda untuk Permohonan Kad Kredit

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-IKEA

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja Musim Perayaan dan Menang Kad Hadiah CIMB-IKEA (1 Disember Februari 2018)

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Duit Raya Tesco CIMB Bank

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB- IKEA

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CashLite CIMB Bank

1. Kempen ini dikendali oleh CIMB Bank dan setiap penyebutan C I M B B a n k merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

KEMPEN SUKU TAHUNAN KAD KREDIT PRVI MILES UOBM TERMA & SYARAT

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Memilih Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

4. Akaun Flexi Mortgage dan semua akaun lain yang tidak dinyatakan di bawah Klausa 3 di atas tidak termasuk dalam Promosi ini.

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENGAWAL KEMPEN PENYELESAIAN PENGURUSAN KEKAYAAN ( WEALTH MANAGEMENT SOLUTIONS )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-Senheng

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AL AWFAR 3Xtra Drive

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN CIRI-CIRI DAN FAEDAH-FAEDAH TAMBAHAN KAD MASTERCARD DWI-JENAMA CIMB PETRONAS

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEMPEN PB GOLDEN FORTUNE

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN KAD MASTERCARD DWI-JENAMA CIMB PETRONAS

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

KAD UOB VISA INFINITE COMPLIMENTARY AIRPORT CAR RIDE Terma & Syarat Kad UOB VISA Infinite. Tempoh Kempen. Perbelanjaan yang layak

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB MALAYSIA AIRPORTS (NIAGA) SDN BHD 2017

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AS EASY AS 1, 2, 3

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen CIMB CLICKS Cash Back. 1. Setiap sebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA DAN SYARAT ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD SWIPE & WIN ("Kempen")

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Save, Invest and Win. 1. RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M) akan dirujuk sebagai RHB.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma & Syarat ) KEMPEN PROMOSI HARI RAYA ( Kempen ) UNTUK PELANGGAN INDIVIDU DAN PELANGGAN BUKAN INDIVIDU.

Terma & Syarat Promosi Deposit Tetap / Deposit Bertempoh (FD/TD) untuk tempoh 6 bulan dengan hadiah

Transkripsi:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad Preferred Tempoh Kempen 1. Kempen Octo Edisi Terhad Preferred ( Kempen ) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) ( CIMB Bank ) dan akan berlangsung dari 1 Februari 2018 hingga 31 Mei 2018, termasuk kedua-dua tarikh tersebut ( Tempoh Kempen ). 2. Kempen tersedia di semua Pusat CIMB Preferred dan cawangan terpilih CIMB Bank di Malaysia. 3. CIMB berhak mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar. Kelayakan 4. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Kempen ini terbuka kepada semua Pelanggan Preferred CIMB Bank baharu dan sedia ada Akaun Semasa CIMB Bank dan/atau Akaun Simpanan CIMB Bank (tidak termasuk Deposit Tetap, Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i CIMB Islamic Bank, Flexi-i dan/atau Flexi Smart / -i dan Akaun / Akaun-i Mata Wang Asing) ("CASA") termasuk bukan pemastautin, pekerja CIMB tetap atau kontrak. Pelanggan CIMB Preferred bermaksud pelanggan yang telah diberikan keahlian CIMB Preferred oleh CIMB Bank. CIMB Preferred adalah perkhidmatan perbankan keutamaan yang menawarkan tahap perbankan tambahan kepada pelanggan yang mempunyai nilai bersih yang tinggi (selepas ini dirujuk sebagai "Pelanggan Layak"). 5. Orang/entiti berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini: a) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan promosi) CIMB Bank, Mastercard Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang ditubuhkan di State of Delaware yang mempunyai alamat pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America ( Mastercard ) (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitan mereka masing-masing); dan/atau b) Keempunyaan tunggal, Perkongsian, Organisasi/ Persatuan Amal/Bukan Untung, syarikat awam berhad, syarikat sendirian berhad, Kelab, persatuan dan koperasi, dan/atau c) Individu yang berumur di bawah lapan belas (18) tahun. 1

6. Berkenaan dengan pemegang akaun bersama, hanya pemegang akaun bernama yang pertama iaitu, pemegang akaun utama akan layak menyertai Kempen ini. Bagi tujuan Kempen ini, pemegang akaun bersama kedua TIDAK layak menyertai Kempen ini. 7. Pekerja CIMB Bank tetap atau kontrak yang merupakan Pelanggan Preferred layak menyertai Kempen ini di bawah Akaun Semasa atau Akaun Simpanan CIMB bukan gaji. Kriteria Kelayakan 8. Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai Kempen ini. 9. Untuk menyertai Kempen ini dan untuk berhak mendapat Hadiah seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 15, dan tertakluk kepada bilangan Hadiah yang disediakan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 16, Pelanggan Layak diwajibkan untuk memenuhi kriteria-kriteria berikut sepanjang tempoh Kempen ("Kriteria Kelayakan"): a) Merupakan Pelanggan CIMB Preferred yang baharu atau sedia ada; b) Depositkan amaun deposit minimum yang dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah("amaun Deposit Minimum") ke dalam Akaun Semasa CIMB Bank dan/atau Simpanan CIMB Bank mereka dalam satu transaksi ("Akaun Penyertaan"); c) Kekalkan Amaun Deposit Minimim di dalam Akaun Penyertaan selama tiga (3) bulan bermula dari tarikh penempatan Amaun Deposit Minimum; d) Penempatan Amaun Deposit Minimum ke dalam Akaun Penyertaan akan secara tunggalnya mengandungi Dana Baru (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 12); ("Penempatan"); DAN e) Tandatangani Borang Deklarasi dan Persetujuan (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 10) yang dialamatkan kepada CIMB Bank di cawangan Pusat Preferred dan cawangan CIMB Bank yang terpilih pada masa Penempatan. Jadual 1: Amaun Deposit Minimum Amaun Deposit Minimum Hadiah Tempoh Pengasingan RM 50,000 Satu (1) set Octo Ambition dengan enam (6) plushie Octo edisi terhad () 3 Bulan 10. Borang Deklarasi dan Persetujuan yang dialamatkan kepada CIMB Bank mengandungi termaterma berikut: a) Bahawa CIMB Bank tanpa pembatalan diberi kuasa untuk menahan dan/atau menggantung pembayaran sebarang wang daripada baki kredit Akaun Penyertaan dan mencegah sebarang pengeluaran amaun yang didepositkan ke dalam Akaun Penyertaan setakat Amaun Deposit Minimum bagi tempoh tiga (3) bulan bermula daripada tarikh Penempatan ("Peruntukan"); dan b) Bahawa CIMB Bank tanpa pembatalan diberi kuasa untuk mendebitkan Akaun Penyertaan Pelanggan Layak bagi Nilai Hadiah (seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 4 di bawah Klausa 17) dalam keadaan di mana permintaan dibuat oleh Pelanggan Layak atas apa jua sebab termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang pengeluaran Amaun Deposit Minimum 2

sebahagian atau sepenuhnya secara pramasa daripada Akaun Penyertaan sebelum peluputan tiga (3) bulan bermula dari tarikh Penempatan dan Peruntukan ke dalam Akaun Penyertaan dibatalkan, dikeluarkan atau dilepaskan oleh CIMB Bank. 11. Tempoh Pengasingan selama tiga (3) bulan adalah seperti yang digambarkan dalam Jadual 2 di bawah. Jadual 2: Tempoh Pengasingan Tarikh Penempatan Tempoh Pengasingan Dama Dilepaskan ke dalam Akaun Sertaan 02 Februari 2018 2 Februari 2018 hingga 1 Mei 2018 2 Mei 2018 10 Mac 2018 10 Mac 2018 hingga 9 Jun 2018 10 Jun 2018 20 Mei 2018 20 Mei 2018 hingga 19 Ogos 2018 20 Ogos 2018 12. "Dana Baru" bermakna wang atau dana yang tidak berasal dari CIMB Bank Berhad dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad, wang atau dana yang dipindahkan, dikreditkan atau dibayar ke dalam Akaun Penyertaan Pelanggan Layak dari bank lain dan/atau institusi kewangan yang lain melalui manamana cara termasuk tetapi tidak terhad kepada: a) Wang Tunai; dan/atau b) Interbank Giro Transfer (IBG) / Instant Funds Transfer (IBFT); dan/atau c) Pemindahan Telegraf / RENTAS; dan/ atau d) Cek tempatan / cek Bank dan wang atau dana yang dibayar atau dikreditkan ke dalam Akaun Penyertaan Pelanggan Layak melalui mana-mana cara pemindahan di atas akan dianggap sebagai memenuhi syarat di Klausa 9(b) dalam jangkamasa tiga (3) hari perniagaan selepas wang atau dana tersebut dibayar atau dikreditkan ke dalam Akaun Penyertaan Pelanggan Layak tertakluk kepada Penempatan yang berjaya. Bagi penjelasan, Pelanggan Layak harus menandatangani Borang Deklarasi dan Persetujuan (seperti yang dijelaskan di dalam Klausa 10) selepas Penempatan di mana-mana Pusat Preferred CIMB dan cawangan terpilih CIMB Bank pada atau sebelum hari perniagaan terakhir pada bulan Penempatan itu dibuat sebelum beliau boleh menebus Hadiah di Pusat Preferred CIMB dan cawangan terpilih CIMB Bank. 13. Pelanggan Layak berhak mendapat lebih daripada satu (1) Hadiah selagi Pelanggan Layak memenuhi Kriteria Kelayakan. Bagi penjelasan, tertakluk kepada kepenuhan segala Kriteria Kelayakan oleh Pelanggan Layak: a) Setiap Penempatan Amaun Deposit Minimum di dalam satu (1) transaksi akan membolehkan Pelanggan Layak berhak mendapatkan satu (1) Hadiah; b) Pelanggan Layak yang mendepositkan jumlah yang melebihi Amaun Deposit Minimum di dalam satu (1) transaksi akan hanya berhak mendapatkan satu (1) Hadiah. 14. Tertakluk kepada bilangan Hadiah seperti yang dinyatakan dalam Klausa 16, Pelanggan Layak yang mendepositkan setiap Amaun Deposit Minimum menggunakan Dana Baru ke dalam Akaun Penyertaan semasa Tempoh Kempen dan mengekalkan Amaun Deposit Minimum tersebut selama 3 bulan dari tarikh Penempatan akan berhak kepada satu (1) Hadiah. 3

Hadiah yang Ditawarkan di bawah Kempen 15. Terdapat satu (1) set Octo Ambition edisi terhad dengan enam (6) mainan Octo Ambition edisi terhad bersama dengan penggalas seperti yang ditunjukkan di Jadual 3 di bawah ("Hadiah") di bawah Kempen ini untuk diberikan kepada Pelanggan Layak yang memenuhi Kriteria Kelayakan di Pusat Preferred CIMB dan cawangan terpilih CIMB Bank selepas Pelanggan Layak menandatangani Borang Deklarasi dan Persetujuan (seperti yang dijelaskan dalam Klausa 10). Jadual 3: Set Octo Ambition Edisi Terhad ( Hadiah ) Set Octo Ambition Edisi Terhad 16. Sejumlah 1,000 unit Hadiah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4 di bawah akan diberikan kepada Pelanggan Layak yang memenuhi Kriteria Kelayakan dalam setiap Bulan Kempen atas dasar " first come, first served" and sementara stok masih ada. 17. Dalam keadaan di mana terdapat pengeluaran awal sebahagian atau penuh Amaun Deposit Minimum sebelum luputnya tiga (3) bulan bermula dari tarikh Penempatan, Pelanggan Layak akan diperlukan untuk membayar kepada CIMB Bank, Nilai Hadiah sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus Dua Puluh (RM120.00) seperti yang dinyatakan dalam Jadual 4 di bawah. Jadual 4: Kuantiti Hadiah dan Nilai Hadiah No. Item Individu di dalam Hadiah Jumlah Hadiah bagi sepanjang Bulan Kempen Nilai setiap unit Hadiah (RM) 1. Pilot 14,000 20 2. Magician 14,000 20 3. Director 14,000 20 4. Artist 14,000 20 5. Archeologist 14,000 20 6. Chef 14,000 20 Total 120 Nota: Kuantiti Hadiah secara kolektif bagi semua Pusat Preferred CIMB dan cawangan terpilih CIMB 4

Bank. 18. CIMB Bank mempunyai hak untuk mengubah Kriteria Kelayakan dari semasa ke semasa dan/atau Hadiah yang diberikan di bawah Kempen ini dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar. 19. CIMB Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk menggantikan mana-mana Hadiah dengan barang yang mempunyai nilai yang sama jika Hadiah ditarik balik, diberhentikan pembuatan atau tiada dalam stok oleh pengeluar atau pengedarnya, sama ada secara sepenuhnya atau sebahagian daripadanya, pada bila-bila masa dan/atau untuk meningkatkan atau mengurangkan jumlah bilangan Hadiah. 20. Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dirunding, tidak boleh ditukarkan untuk tunai, kredit atau barangan sebahagiannya atau sepenuhnya dan atas dasar "first come, first served" and sementara stok masih ada. 21. Gambar-gambar Hadiah seperti yang ditunjukkan di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan sebarang cagaran pemasaran dan/atau pengiklanan adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja, warna Hadiah tertakluk kepada ketersediaan and mungkin berbeza dari Hadiah yang diterima. Pelanggan Layak tidak dibenarkan untuk memilih atau menukar warna atau jenis Hadiah. 22. Pengeluaran Amaun Deposit Minimum di dalam Akaun Penyertaan sebelum peluputan tiga (3) bulan bermula dari tarikh Penempatan: Dalam keadaan di mana Pelanggan Layak secara sebahagian atau sepenuhnya mengeluarkan Amaun Deposit Minimum di dalam Akaun Penyertaan sebelum peluputan tiga (3) bulan bermula dari tarikh Penempatan, dengan menerima Hadiah, Pelanggan Layak memberi kebenaran kepada CIMB Bank untuk mendebitkan amaun yang sama dengan Nilai Hadiah bagi setiap Hadiah yang diterima selaras dengan Klausa 10(b) Terma-terma dan Syarat-syarat ini. 23. Pengeluaran Amaun Deposit Minimum daripada Akaun Penyertaan bagi tujuan Kempen ini hanya boleh dibuat di Pusat Preferred CIMB dan cawangan terpilih CIMB Bank. Terma-terma dan Syarat-syarat Am 24. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini dan bersetuju bahawa semua keputusan diambil dengan adil dan munasabah oleh CIMB Bank berkaitan dengan setiap aspek Kempen ini, termasuk Hadiah yang diberikan dan penentuan Pelanggan Layak adalah muktamad, mengikat dan konklusif. Akaun Penyertaan Pelanggan Layak (i) HARUS tidak memungkiri terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai kepada Akaun Penyertaan; dan (ii) HARUS tidak ditamatkan atau ditutup atau tertakluk kepada sebarang penahanan, perintah Mahkamah atau sebarang badan berkuasa yang ditadbir oleh undang-undang, delinkuen, dan/atau tidak sah atau dibatalkan seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank, jika tidak, Pelanggan Layan akan hilang kelayakan untuk menyertai Kempen ini dan tidak akan berhak untuk mendapat Hadiah. 25. CIMB berhak atas budi bicara tunggalnya untuk membatalkan kelayakan mana-mana Pelanggan Layak yang didapati mengganggu proses penyertaan, atau bertindak memungkiri atau berkemungkinan memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat ini. 26. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, CIMB Bank dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan atau pengendorsan tersirat atau tersurat, bertulis atau lisan mengenai semua Hadiah dan tidak akan bertanggungjawab terhadap Hadiah yang diberikan di bawah Kempen ini. CIMB Bank tidak akan melayan sebarang aduan berkaitan dengan Hadiah. 5

Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan Hadiah harus ditujukan kepada pembekal Hadiah. CIMB Bank mengecualikan sebarang jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian berkenaan dengan Hadiah. Hadiah belum disahkan oleh CIMB Bank dan dalam apa jua keadaan, penggunaan Hadiah di dalam Kempen tidak harus dianggap sebagai pengendorsan atau cadangan bagi Hadiah oleh CIMB Bank. Liabiliti CIMB Bank berkenaan Hadiah adalah hanya untuk memaparkan harga belian bagi yang sama. 27. CIMB Bank tidak akan menerima liabiliti atau bertanggungjawab kepada Pelanggan Layak dalam apa jua cara jika CIMB Bank tidak dapat melaksanakan sebarang tanggungjawab yang dinyatakan di sini di mana ketidakbolehan tersebut secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh perbuatan Tuhan, pertikaian industri, perang, mogok, kegagalan teknikal atau sistem atau manamana situasi di luar kawalan wajar CIMB Bank. 28. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan Layak atau mana-mana pihak, atas sebarang kerugian atau kerosakan tidak kira sifatnya yang dialami (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, ganti rugi langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak) yang walau bagaimanapun jua berbangkit, berkaitan dengan penyertaan dan tidak penyertaan di dalam Kempen ini atau penerimaan dan/atau penggunaan atau penebusan Hadiah melainkan yang sama berbangkit daripada dan disebabkan langsung oleh pengingkaran sengaja atau kecuaian kasar CIMB Bank. 29. Dengan menerima Hadiah, Pelanggan Layak bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB Bank dan sekutu-sekutunya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing bagi dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB Bank dan sekutu-sekutunya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing berhubung dengan penyertaan Pelanggan Layak dalam Kempen atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Hadiah melainkan yang sama berbangkit daripada dan disebabkan langsung oleh pengingkaran sengaja atau kecuaian kasar CIMB Bank. 30. CIMB Bank mempunyai hak untuk mendebitkan Akaun Penyertaan atau mana-mana akaun lain yang dikekalkan oleh Pelanggan Layak dengan CIMB Bank pada bila-bila masa sepertimana difikirkan sesuai dengan Nilai Hadiah yang diterima dengan sepenuhnya selaras dengan Termaterma dan Syarat-syarat ini, fi statutori, duti setem, komisen, caj bank dan/ atau caj perkhidmatan lain ("Keberhutangan") yang terpakai atau terdahulu dan sementara menunggu pendebitan ke dalam Akaun Penyertaan atau mana-mana akaun Pelanggan Layak yang lain, CIMB Bank mempunyai hak untuk menahan atau menggantungkan pembayaran wang daripada Akaun Penyertaan atau mana-mana akaun Pelanggan Layak yang lain bagi amaun Keberhutangan. 31. Segala terma-terma dan syarat-syarat yang mentadbir pengoperasian Akaun Penyertaan Pelanggan Layak akan terus diterima pakai melainkan jika atau di mana yang sama diubah atau dipinda dengan nyata oleh terma-terma dan syarat-syarat di sini. Dalam keadaan mana termaterma dan syarat-syarat di sini tidak konsisten dengan terma-terma dan syarat-syarat yang mentadbir pengoperasian Kempen ini, terma-terma dan syarat-syarat ini akan mengatasinya bagi tujuan Kempen ini. 32. Keputusan hakim CIMB Bank berkenaan dengan segala aspek Kempen ini adalah akhir, mengikat and muktamad dengan syarat bahawa keputusan tersebut adalah sentiasa adil dan wajar. Tiada pembalasan, rayuan, bantahan atau percubaan selanjutnya untuk mempertikaikan yang sama akan dilayan. 33. CIMB berhak menggantung, membatalkan, menamatkan atau menarik balik Kempen ini secara keseluruhan atau sebahagian, dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan Layak. Untuk mengelakkan keraguan, penggantungan, pembatalan, penamatan atau penarikan balik Kempen ini tidak akan memberikan hak kepada Pelanggan Layak 6

untuk membuat sebarang tuntutan atau menuntut sebarang pampasan terhadap CIMB Bank atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Pelanggan Layak yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan penggantungan, pembatalan, penamatan atau penarikan balik tersebut. 34. CIMB Bank berhak, dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari calendar untuk mengubah (sama ada dengan menambah, memotong, memodifikasi, meminda atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) ( Pindaan ) mana-mana terma dan syarat di dalam ini. Makluman tentang Pindaan kepada Pelanggan Layak akan dilakukan menurut budi bicara mutlak CIMB Bank melalui mana-mana satu cara komunikasi berikut, iaitu melalui pos biasa ke alamat Pelanggan Layak yang terakhir diketahui atau dengan memaparkan notis tentang Pindaan di setiap cawangan CIMB Bank atau menyiarkan iklan mengenai Pindaan dalam satu akhbar pilihan CIMB Bank atau melalui laman web CIMB Bank atau melalui sebarang cara makluman lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank dan Pindaan akan dianggap mengikat dari tarikh makluman Pindaan atau dari sebarang tarikh yang boleh ditetapkan oleh CIMB Bank dalam makluman. Pelanggan Layak mengakui dan bersetuju mengakses laman web CIMB Bank dengan kerap untuk membaca Termaterma dan Syarat-syarat dan memastikan mereka mempunyai pengetahuan terkini mengenai apaapa perubahan pada Terma-terma dan Syarat-syarat ini. 35. Terma-terma dan Syarat-syarat ini boleh dipinda dari semasa ke semasa selaras dengan Klausa 34 akan mengatasi sebarang peruntukan atau representasi yang terkandung dalam apa-apa bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. Terma-terma dan Syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai kepada Akaun Penyertaan tersebut yang akan dikenakan di samping Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini. 36. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris terma-terma dan syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris terma-terma dan syarat-syarat ini akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Pelanggan Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia terma-terma dan syarat-syarat ini akan mengawal operasi Akaun Penyertaan yang relevan versi Bahasa Malaysia terma-terma dan syarat-syarat ini akan mengatasi yang lain. 37. Terma-terma dan Syarat-syarat ini tertakluk kepada penggunaan sebarang undang-undang, panduan, arahan, notis, peraturan yang digubal terdahulu dan/atau sebarang undang-undang bertulis yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau badan-badan lain yang mempunyai kuasa penyeliaan atas CIMB Bank berkenaan dengan atau yang terpakai kepada Kempen ini atau perkara lain di sini. 38. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen ini, Pelanggan Layak boleh menghubungi Customer Resolution Department CIMB di alamat, nombor telefon, dan nombor faks berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks lain yang boleh diubah oleh CIMB dengan memaklumkan Pelanggan Layak): Customer Resolution Unit, Aras 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: +603 6204 7788 / Faks: +603 2691 3248/CRU@cimb.com 7