NO. SIRI Lekatkan gambar pemohon di sini UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT [PENGUSAHA LUAR] (Saiz passport) PERMOHONAN GERAI JUALAN SEMASA ISTIADAT KONVOKESYEN KE-88 (Sila teliti garis panduan di lampiran dan hanya borang yang lengkap dengan dokumen yang diperlukan akan diproses) A. BUTIR-BUTIR SYARIKAT Nama Syarikat : Nombor Pendaftaran Syarikat : Nama Pemilik Syarikat : Status Pengurusan Gerai Konvo [tanda mana yang berkenaan] : Uruskan Sendiri Bantuan Pihak Luar Alamat Surat Menyurat : No. Telefon Bimbit : No. Telefon Pejabat : Emel : B. BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN Jenis Perniagaan [pilih satu (1) sahaja] : Bunga / Cenderahati Fotografi Makanan / Minuman Makanan Segera Food Truck Pameran Maklumat lanjut berkaitan jenis barang / produk / perkhidmatan perniagaan: C. SENARAI NAMA INDIVIDU YANG TERLIBAT SEMASA PERNIAGAAN KONVOKESYEN KE-88 BIL NAMA KAD PENGENALAN NO. TELEFON Muka 1 daripada 5
PENGESAHAN PERMOHONAN Saya daripada mengaku bahawa butir-butir yang tertulis di atas adalah benar dan hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses oleh UiTM. Saya bersetuju sekiranya maklumat ini didapati palsu, permohonan ini akan terbatal. Saya memahami dan mematuhi segala syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak UiTM sekiranya berjaya ditawarkan bagi menjalankan perniagaan di Gerai Jualan semasa Istiadat Konvokesyen tersebut. Keputusan adalah muktamad, sebarang surat menyurat rayuan tidak akan dilayan. Saya berjanji tidak akan menuntut apa-apa pampasan atau ganti rugi sekiranya berlaku kerugian atau kemalangan yang minimpa perniagaan kami sepanjang Gerai Jualan semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung. Sekiranya saya melanggar segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan, saya akui pihak UiTM berhak mengambil tindakan yang sewajarnya kepada saya. Sekiranya berjaya, saya berjanji akan membuat pembayaran sewa sebelum perniagaan dimulakan. Tandatangan Cop Syarikat Tarikh D. PERKARA YANG PERLU DILAMPIRKAN / DINYATAKAN BERSAMA BORANG PERMOHONAN 1. Gambar berukuran passport (2 keping setiap pengusaha tapak niaga) 2. Salinan Kad Pengenalan (pengusaha dan pekerja yang bertugas) 3. Salinan SSM 4. Salinan Sijil Suntikan Tifiod (pengusaha makanan / minuman) 5. Senarai harga jualan 6. Pamplet / Flyers Jualan E. UNTUK KEGUNAAN PEJABAT Maklumat yang diberikan adalah Lengkap Tidak Lengkap Permohonan ini DILULUSKAN TIDAK DILULUSKAN Catatan / Komen Tandatangan Nama / Jawatan / Cop Tarikh TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 22 MAC 2018. HANYA PERMOHONAN YANG BERJAYA SAHAJA AKAN DIHUBUNGI OLEH PIHAK UiTM CAWANGAN JOHOR, KAMPUS SEGAMAT Muka 2 daripada 5
SYARAT DAN PERATURAN GERAI JUALAN UiTM 1) Peniaga dimestikan mempamerkan kad matriks pelajar / kakitangan sepanjang perniagaan konvokesyen berlangsung bagi memastikan hanya pekerja atau individu yang berdaftar sahaja berada di gerai. Pekerja asing tidak dibenarkan berada di dalam kawasan tapak perniagaan. 2) Pas kenderaan perlu dipamerkan di atas dashboard kenderaan apabila memasuki kampus UiTM. 3) Kenderaan peniaga tidak dibenarkan diletakkan di tempat letak kereta kakitangan dan urusetia konvokesyen UiTM. Pihak Polis Bantuan UiTM berhak untuk mengunci kenderaan dan juga mengeluarkan saman sekiranya tidak mematuhi arahan dan peraturan. 4) Aktiviti pemunggahan barang jualan hanya boleh dilakukan sebelum jam 7.00 pagi dan waktu tamat perniagaan selepas jam 7.00 petang sahaja. 5) Peniaga mesti menjaga kebersihan lot yang ditawarkan dan tong sampah perlu disediakan, sentiasa bertutup dan sampah dibuang sendiri setiap hari. Pihak UiTM berhak menutup operasi perniagaan serta merta bagi mana-mana peniagan yang tidak mengutamakan kebersihan. Peniaga perlu mengemas semua peralatan / barangan di ruang jualan / lot masing-masing, tidak dibenarkan tinggal atau tidur di tempat tersebut. 6) Hanya pemohonan yang berjaya akan dihubungi untuk membuat pembayaran sewa kepada Pejabat Bendahari UiTM Johor (bayaran secara cek atas nama Bendahari UiTM Johor). Pembayaran mestilah dibuat dengan kadar sewa penuh sebelum aktiviti konvokesyen berlangsung. 7) Kaedah penentuan tapak / nombor lot / lokasi perniagaan adalah ditentukan oleh pihak UiTM. 8) Peniaga mesti mempamerkan harga bagi setiap barangan yang dijual (harga yang berpatutan). Semua tanda harga dan nama bagi setiap barangan hendaklah dibuat dengan kemas / jelas / tidak mengelirukan / bertaip atau menggunakan cetakan komputer. 9) Peniaga yang dilantik tidak dibenarkan untuk menyewakan lot tersebut kepada pihak lain / orang lain / tanpa pengetahuan pihak UiTM. Pihak UiTM berhak untuk menutup permis perniagaan tersebut sekiranya peniaga tidak mematuhi arahan ini. 10) Peniaga mesti menjaga kebersihan di lot yang ditawarkan dan tong sampah perlu disediakan oleh setiap peniaga sendiri di lot masing-masing. Peniaga juga perlu membawa keluar sisa sampah sendiri untuk dibuang di luar kawasan premis perniagaan. Tong sampah UiTM yang disediakan hanya untuk kegunaan para pengunjung. Muka 3 daripada 5
11) Setiap peniaga dan pekerja gerai makanan dan minuman mestilah mempunyai Sijil Suntikan Tifiod, memakai apron, memakai kasut, memakai penutup kepala dan tidak memakai cincin, barang kemas dan jam tangan. 12) Peniaga perlulah memberi kerjasama kepada Pegawai yang menjalankan tugas semasa pemeriksaan premis. Sekiranya penyewa / peniaga gagal berbuat demikian, pihak UiTM berhak menarik balik tawaran perniagaan ini. 13) Arahan larangan penggunaan Polistrin semasa perniagaan berlangsung dalam kampus UiTM yang berkuatkuasa pada 1 September 2009 bagi seluruh UiTM. 14) Jualan barangan seperti buku / majalah / kaset / CD / VCD / DVD adalah tidak dibenarkan, juga dilarang menjual barangan tiruan atau yang telah rosak serta barang-barang yang menyalahi udang-undang. 15) Peniaga dilarang melakukan proses gubahan / proses makanan / bahan mentah di lokasi / di lot perniagaan. Peniaga di lot makan hanya dibenar memanaskan makanan sahaja. Proses gubahan bunga tidak boleh dibuat semasa perniagaan berlangsung. 16) Peniaga digalakkan membawa peralatan tambahan sendiri seperti kerusi, meja, soket elektrik. Peniaga dilarang sama sekali menggunakan peralatan UiTM yang bukan disediakan untuk peniaga. 17) Tidak dibenarkan membuat tambahan ruang / bumbung menggunakan kanvas / plastik di luar kawasan khemah perniagaan yang telah disediakan. Peniaga hanya dibenarkan memasang bidai (kayu) bagi tujuan melindungi daripada cuaca panas (kecuali hujan). 18) Kelab / persatuan / pertubuhan pelajar yang memohon gerai jualan konvokesyen mestilah telah berdaftar dengan Unit Aktiviti Pelajar (HEP) dan mengisi nombor sijil (Borang Bahagian A (Butirbutir pemohon, Nombor 4). 19) Peniaga tidak boleh menuntut apa-apa pampasan atau ganti rugi daripada pihak UiTM sekiranya berlaku kerugian, kecurian atau kemalangan yang menimpa sepanjang perniagaan berlangsung. 20) Peniaga perlu menjaga tatalaku dan adab dalam kampus UiTM sepanjang aktiviti jualan berlangsung. Sahsiah rupa diri dan interaksi bersama pelanggan perlu dijaga. 21) Hanya penggunaan peralatan elektrik berkuasa 200 watt ke bawah sahaja dibenarkan. Muka 4 daripada 5
22) Peniaga mesti mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh pihak UiTM. Sekiranya gagal berbuat demikian serta tidak mengikuti mana-mana peraturan di atas, pihak UiTM berhak membatalkan / tidak membenarkan menggunakan ruang / mengadakan jualan pada tarikh tersebut dan pada masa akan datang. 23) Tarikh perniagaan adalah bermula 11 12 April 2018 (Rabu hingga Khamis). 24) Borang perlu dikembalikan semula ke Pejabat Bendahari selewat-lewatnya pada 22/03/2018 (Khamis) jam 12.00 tengah hari di alamat: Pejabat Bendahari UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Johor Kampus Segamat KM12, Jalan Muar 85000 Segamat JOHOR DARUL TAKZIM No. Tel : +607 935 2025 25) Tawaran yang diterima lewat dari masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima atau dilayan. PIHAK PENGURUSAN UiTM BERHAK MEMBUAT SEBARANG PINDAAN YANG SEWAJARNYA DARI SEMASA KE SEMASA Muka 5 daripada 5