INFO E-BOOK E-book Panduan UPU E-book Panduan UPU 2018/2019 ini diterbitkan bertujuan untuk berkongsi pelbagai info penting dalam permohonan UPU 2018/2019 termasuklah tarikh, tip permohonan, pembaharuan terkini dan sebagainya sekaligus menjadi panduan kepada pemohon yang ingin memohon kemasukan ke universiti awam/politeknik/kolej Komuniti/ ILKA. UPU UPU dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) pada awal 1970-an hingga 10 Oktober 1995. Mulai 01 Januari 2005 - dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP). BPKP adalah satu Bahagian dalam Sektor Pengurusan IPTA, Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) tempatan/ Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA. Afterschool Afterschool.my merupakan sebuah laman pendidikan tinggi nombor 1 di Malaysia. Laman pendidikan ini berkongsi pelbagai info terkini berkaitan hala tuju pendidikan dan kerjaya, biasiswa dalam dan luar negara, soal jawab berkaitan permasalahan pendidikan dan banyak lagi perkongsian lain. Misi afterschool adalah untuk membimbing pelajar membuat pilihan yang tepat demi masa depan mereka dan negara secara keseluruhannya. INFO E-BOOK PANDUAN PEMOHONAN UPU 2018/19
KANDUNGAN 0 Info e-book 4 Tarikh Penting 4 Laman Rasmi 5 Kategori 6 Tip pemilihan kursus pengajian 7 Kemaskini 7 Pekeliling Terbaru 8 Kriteria Pemilihan TEAM Pengurus Projek Norma Razak Editor Priscilla Rajan Pereka Grafik Ainna Nurzulla KANDUNGAN PANDUAN PEMOHONAN UPU 2018/19
TARIKH PENTING Set tarikh penting UPU dalam kalendar telefon anda Lepasan SPM/Setaraf Siaran Iklan 04 Februari 2018 dan 18 Mac 2018 Jualan No. Unik ID 05 Februari 2018 hingga 09 April 2018 05 Februari 2018 hingga 10 April 2018 Semakan Panggilan Temu Duga Minggu Ke- 4 April 2018 Hebahan Keputusan Minggu Ke- 4 Mei 2018 Rayuan Minggu Ke- 4 Mei 2018 (Rayuan dalam tempoh 5 hari) Hebahan Keputusan Rayuan Minggu Ke-3 Jun 2018 Bookmarks laman web rasmi permohonan UPU yang betul http://upu.mohe.gov.my/web/ Lepasan STPM/Setaraf Siaran Iklan 04 Februari 2018 Jualan No. Unik ID 05 Februari 2018 hingga 09 April 2018 05 Februari 2018 hingga 10 April 2018 Pilihan Program (Dibuka) 08 Mac 2018 Semakan Panggilan Temu Duga (Bukan Pendidikan) dan Ujian MEdSI Minggu Ke-2 Mei 2018 * Semakan Panggilan Temu Duga (Pendidikan) Minggu Akhir Mei 2018 Hebahan Keputusan Minggu Pertama Ogos 2018 Rayuan Minggu Pertama Ogos 2018 (Rayuan dalam tempoh 5 hari bekerja) Hebahan Keputusan Rayuan 1 Minggu Ke-4 Ogos 2018 Hebahan Keputusan Rayuan 2 Minggu Ke-3 September 2018 * Tertakluk kepada perubahan UPU (BPKP) 4 TARIKH PENTING PANDUAN PEMOHONAN UPU 2018/19
Pastikan kategori permohonan yang betul sebelum membeli nombor Unik ID UPU BSN (SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf) KATEGORI PERMOHONAN LEPASAN SPM/SETARAF Kategori A (SPM 2017) B (SPM 2016 & 2015) MATRIKULASI KPM, ASASI SAINS UM & ASASI UITM Kategori N Aliran Sains BMKPM/ PASUM/ Asasi UiTM Kategori P Aliran Perakaunan BMKPM Kategori U Aliran Undang-Undang Asasi UiTM Kategori K Aliran Kejuruteraan UiTM Kategori L Aliran TESL Asasi UiTM Kategori J Aliran Teknikal BMKPM LEPASAN STPM/SETARAF STPM/STAM Kategori A Pemohon Lepasan STPM Tahun 2017 Aliran Sastera Kategori S Pemohon Lepasan STPM Tahun 2017 Aliran Sains Kategori T Pemohon Lepasan STAM Tahun 2017 dan 2016 DIPLOMA/SETARAF Kategori E Kelayakan Diploma DKM/ DLKM/ DVM/ Lain-lain Diploma: (E1) - DKM/ DLKM (E2) - DVM, (E3) - Diploma luar negara/ Diploma IPTS/ Diploma lain-lain Kategori F (F1) - A-Level, (F2) - IB, (F3) - Sekolah Sukan (F4) - STPM (bukan tahun semasa), (F5) - Matrikulasi KPM/ ASASI (bukan tahun semasa), (F6) - STAM (dua tahun sebelum tahun semasa), (F7) - AUSMAT / SAM/ CPU, (F8) - Foundation IPTS Kategori G Kelayakan Diploma UA / Politeknik : (G1) - Diploma UA, (G2) - Diploma Politeknik 5 KATEGORI PERMOHONAN PANDUAN PEMOHONAN UPU 2018/19
BERHATI-HATI SEMASA MEMILIH KURSUS PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF a. Terdapat 12 pilihan program pengajian LEPASAN SPM/SETARAF a. Terdapat 8 pilihan program pengajian di UA/Politeknik Premier & 5 pilihan program/ kursus Politeknik Konvensional / Metro, Kolej Komuniti dan ILKA b. Wajib memilih 5 pilihan program pengajian atau boleh gabungkan kedua-duanya menjadi 8 pilihan program pengajian c. Jika tidak berminat dengan program pengajian di UA/Politeknik Premier, tidak perlu mengisi 8 pilihan program tersebut dan terus mengisi 5 pilihan program/kursus di Politeknik Konvensional /METrO, Kolej Komuniti dan ILKA dan sebaliknya d. Bagi pilihan program/ kursus di Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, dibenarkan memilih program pengajian yang sama tetapi berbeza pusat latihan e. Pemilihan program pengajian bertemuduga ke UA & Politeknik Premier hanya di pilihan nombor 1-4 manakala Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA, pilihan 1 dan 2 sahaja f. Susun program pengajian mengikut keutamaan kerana permohonan pertama akan disaring terlebih dahulu dan semak syarat kelayakan am & khas program pengajian g. Pilih program pengajian mengikut bidang kelulusan yang sama tetapi jika berminat memohon bidang yang berbeza, letakkan di pilihan-pilihan akhir kerana keutamaan diberikan kepada pemohon daripada kelulusan bidang yang sama h. Dibenarkan untuk membatalkan salah satu permohonan untuk permohonan ke UA/Politeknik Premier atau Program TVET-ILKA dalam UPUOnline tetapi jika membatalkan salah satunya, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan kelak b. Wajib memilih 5 pilihan program pengajian mengikut susunan keutamaan c. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada pilihan 1 hingga 4 sahaja d. Bagi Program Pengajian bertemu duga (Pendidikan) pada pilihan 1-2 sahaja. e. Semak syarat kelayakan am & khas program pengajian f. Susun program pengajian mengikut keutamaan kerana permohonan pertama akan disaring terlebih dahulu g. Pilih program pengajian mengikut bidang kelulusan yang sama tetapi jika berminat memohon bidang yang berbeza, letakkan di pilihan-pilihan akhir kerana keutamaan diberikan kepada pemohon daripada kelulusan bidang yang sama 6 PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN PANDUAN PEMOHONAN UPU 2018/19
Kemaskini program pengajian pilihan sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan dan bagi lepasan Matrikulasi KPM/Asasi sila kemaskini apabila permohonan Fasa 2 dibuka AMBIL TAHU PERUBAHAN/INFO TERBARU DALAM PEKELILING PERMOHONAN UPU 2018/2019 Perubahan/info terbaru untuk semua pemohon a. Wajib memilih 5 pilihan program pengajian b. Anda hanya boleh memilih program pengajian yang melepasi syarat am & khas yang ditetapkan oleh UA sahaja c. Anda yang telah berjaya mengemukakan permohonan boleh membuat semakan permohonan melalui paparan Dashboard di laman utama UPUOnline d. Sekiranya gagal dalam permohonan, anda boleh mengemukakan rayuan melalui sistem rayuan UPUOnline kelak e. rayuan hanya akan dibuka dalam tempoh 5 hari bekerja selepas keputusan permohonan kemasukan ke UA diumumkan f. Pilihan program pengajian rayuan yang dipaparkan adalah program pengajian yang ada kekosongan dan melepasi syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan sahaja 1. Memastikan program pengajian yang dipilih sebelum ini bersesuaian dengan keputusan akademik yang diperolehi 2. Elakkan permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat am & khas program 3. Menyusun semula pilihan program mengikut keutamaan selari dengan keputusan akademik yang diperolehi Perubahan/info terbaru khas untuk Lepasan SPM/ Setaraf a. 8 program pengajian boleh dipilih dan pemohon wajib memilih sekurang-kurang 5 program pengajian daripada 8 pilihan. b. Jika calon tidak berminat dengan program pengajian di UA/Politeknik Premier, calon boleh skip/tidak mengisi 8 pilihan program tersebut. Calon boleh terus mengisi 5 pilihan program/kursus di Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA dan sebaliknya. c. Pemohon juga dibenarkan untuk membatalkan salah satu permohonan untuk permohonan ke UA/Politeknik Premier atau Program TVET-ILKA dalam UPUOnline tetapi perlu berhati-hati kerana jika calon membatalkan salah satu permohonan, ia dianggap calon tidak berminat untuk dipertimbangkan dalam pemilihan. d. Sekiranya gagal, permohonan rayuan boleh dibuat terus ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA yang berkenaan. 7 KEMASKINI PERMOHONAN/PERKELILING TERBARU PANDUAN PEMOHONAN UPU 2018/19
Perubahan/info terbaru khas untuk Lepasan STPM/STAM a. Terdapat 12 pilihan program pengajian b. Anda hanya dibenarkan untuk memilih program pengajian mulai 08 Mac 2018 iaitu selepas keputusan STPM 2017 diumumkan. c. Penentuan aliran bagi calon STPM Sains ialah dengan mengambil mana mana dua (2) subjek berikut di peringkat STPM ;- Matematik M/ Matematik T/ Fizik/ Kimia/ Biologi/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT )/ Sains Sukan d. Anda hanya akan ditawarkan program pengajian dalam pilihan sahaja (Pilihan 1-12). Perubahan/info terbaru khas untuk Lepasan Matrikulasi KPM/Asasi sains UM/Asasi UiTM a. Anda hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan Semester 1 semasa permohonan fasa 1 dibuka. b. Anda hanya dibenarkan untuk memilih program pengajian mulai 08 Mac 2018 c. Anda dikehendaki mengemaskini permohonan di fasa 2 dengan memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan Semester Akhir dengan pencapaian akademik keseluruhan. Diploma/Setaraf a. Hanya calon yang tamat pengajian sehingga Ogos sahaja yang dibenarkan untuk mengemukakan permohonan kemasukan pelajar. b. Calon yang belum tamat dan hanya akan tamat pengajian selepas Jun hingga Ogos 2018 boleh mengemas kini tarikh tamat pengajian dan memuatnaik dokumen terkini semasa permohonan rayuan untuk dipertimbangkan. c. Pemohon Lepasan Diploma/Setaraf wajib memuatnaik dokumen dalam format PDF setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat. d. Dokumen perlu dimuatnaik dalam UPUOnline sebelum atau pada 13 April 2018. Kegagalan pemohon memuatnaikkan dokumen yang diperlukan boleh menyebabkan pemohon tidak dapat dipertimbangkan kemasukan ke UA. KETAHUI KRITERIA PEMILIHAN KEMASUKAN 1. Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM dan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum 2. Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES) (bagi permohonan ke Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA) 3. Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon 4. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan 5. Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA 6. Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ujian 7. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan 8. Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA 8 KRITERIA PEMILIHAN PANDUAN PEMOHONAN UPU 2018/19