FAKTA- FAKTA TENTANG QISAS, HUDUD, TAKZIR & DIYAT

dokumen-dokumen yang mirip
KONSEP PERUNDANGAN ISLAM

Assalamu alaikum wr. wb.

TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB III ANALISIS PERBANDINGAN PENGANIYAAN TERHADAP IBU HAMIL YANG MENGAKIBATKAN KEGUGURAN JANIN ANTARA HUKUM PIDANA ISLAM DAN HUKUM PIDANA POSITIF

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

BAB II TINJAUAN UMUM TENTANG HUKUMAN DAN MACAM- MACAM HUKUMAN MENURUT HUKUM PIDANA ISLAM SERTA CUTI BERSYARAT

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

SOALAN GUNA SAMA SEKOLAH MENENGAH DAERAH ASAJAYA, SAMARAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017

BAB 5 DOSA DAN MAKSIAT

WELCOME MATA PELAJARAN : MADRASAH ALIYAH ASSHIDDIQIYAH FIQIH. Kelas : XI (Sebelas), Semster : Ganjil Tahun Pelajaran : 2012/2013

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

KEM TOHARAH ( SUCI ) Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

1. PENGERTIAN. a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

BAB I PENDAHULUAN. Berdasarkan Falsafah Pancasila dan Undang-Undang Dasar Negara

QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN TUDUHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG. Zulkifli Hasan

MADRASAH ALIYAH ASSHIDDIQIYAH MATA PELAJARAN : FIQIH. Kelas : XI (Sebelas), Semster : Ganjil Tahun Pelajaran : 2012/2013

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP SANKSI PIDANA PELANGGARAN HAK PEMEGANG PATEN MENURUT UU NO. 14 TAHUN 2001 TENTANG PATEN

BAB IV ANALISIS HUKUM PIDANA ISLAM TERHADAP PELAKSANAAN CUTI BERSYARAT DI RUTAN MEDAENG MENURUT UU NO. 12 TENTANG PEMASYARAKATAN

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

BAB 12 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

BAB IV KOMPARASI HUKUM POSITIF DAN HUKUM PIDANA ISLAM MENGENAI HUKUMAN PELAKU TINDAK PIDANA TERORISME

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

BAB IV. A. Analisis Terhadap Penambahan 1/3 Hukuman dalam Pasal 7 ayat (1) Undang-Undang No. 21 Tahun 2007

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

Rang Undang-undang Hudud YB Hadi Awang

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Satu jam lima belas minit 5226/1 PANITIA TASAWWUR ISLAM SMK JELAWAT BACHOK, KELANTAN

BAB IV PENUTUP. 1. Hak-hak suami dalam memperlakukan istri yang nusyuz adalah 1)

PENYALAHGUNAAN DADAH DAN KEWAJARAN PERUNTUKAN HUKUMAN BERAT KE ATAS PENAGIH DADAH DI MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF SHARIAH

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

0C2B F A4?OpenDocument

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

BAB V PERSAMAAN DAN PERBEDAAN HUKUM DALAM HUKUM REKAYASA FOTO DENGAN UNSUR PENCEMARAN NAMA BAIK DI FACEBOOK, INSTAGRAM, TWETTER, BBM DAN WHATSAAP

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 2

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA 24 JAMADILAWWAL 1431 H 9 MEI 2010 M WUKUF : 187 HARI LAGI

MUNAKAHAT : IDDAH, RUJUK, FASAKH,KHULU DISEDIAKAN OLEH: SITI NUR ATIQAH

BAHAGIAN A (20 markah)

TASAWWUR ISLAM KERTAS1 DAN 2

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

PELAKSANAAN UNDANG UNDANG BOLEH MEMBENTUK KEPERIBADIAN MASYARAKAT MERUPAKAN SUATU ISU

BAB IV ANALISIS TERHADAP PUTUSAN PENGADILAN NEGERI PAMEKASAN TENTANG HUKUMAN AKIBAT CAROK MASAL (CONCURSUS) MENURUT HUKUM ISLAM

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Dalam memeriksa putusan pengadilan paling tidak harus berisikan. tentang isi dan sistematika putusan yang meliputi 4 (empat) hal, yaitu:

BAB IV ANALISIS FIKIH JINAYAH TERHADAP KEJAHATAN KEMANUSIAAN DALAM UNDANG UNDANG NO. 26 TAHUN 2000 TENTANG PENGADILAN HAM

ISU UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DI MALAYSIA DAN SEJAUH MANAKAH PERLAKSANAANNYA

ULASAN BUKU. Pengulas: Ruzman Md. Noor Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Perundangan Zaman Rasulullah. Prinsip2 Asas Perundangan Islam:

BAB IV. ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP PUTUSAN PN DEMAK No. 62/Pid.Sus/2014/PN Dmk DALAM KASUS TABRAKAN YANG MENGAKIBATKAN KEMATIAN

Untuk menjawab soalan ini, terlebih dahulu kita perlu tahu perbezaan di antara Brunei dan Malaysia dari segi perundangan.

PEPERIKSAA PERCUBAA SIJIL PELAJARA MALAYSIA 2010

HALAL, HARAM & SYUBHAT

BAB IV ANALISIS PERBANDINGAN PERLINDUNGAN HUKUM PEKERJA ANAK DALAM HUKUM PIDANA ISLAM DAN UNDANG-UNDANG NOMOR 23 TAHUN 2002

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

SUMBER HUKUM ISLAM 1

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

A. Analisis Terhadap Putusan Hakim Kekerasan seksual pada anak, yaitu dalam bentuk pencabulan

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

BAB IV ANALISIS FIQH JINAYAH TERHADAP PEMBELAAN TERPAKSA YANG MELAMPAUI BATAS MENURUT PASAL 49 KUHP

4 Antara yang berikut yang manakah fungsi akal kepada manusia?

BAB IV ANALISIS HUKUM PIDANA ISLAM TERHADAP PUTUSAN HAKIM PENGADILAN NEGERI LAMONGAN DALAM PERKARA TINDAK PIDANA PEMERASAN YANG DILAKUKAN OLEH ANAK

BAB II KONSEP PENAMBAHAN HUKUMAN MENURUT FIQH JINAYAH. Hukuman dalam bahasa Arab disebut uqūbāh.

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

BAB IV. atau melakukan perbuatan yang pada pokoknya bersifat permusuhan,

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

Kesetiaan kepada Syarikat

BAB II TINJAUAN FIQIH JINAYAH TERHADAP PENGANIAYAAN YANG BERAKIBAT LUKA BERAT

BAB IV ANALISIS HUKUM PIDANA ISLAM TERHADAP HUKUMAN MATI BAGI PENGEDAR NARKOTIKA. dalam Undang-undang Nomor 35 Tahun 2009.

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

BAB IV ANALISIS. A. Batasan Usia dan Hukuman Penjara Bagi Anak Menurut Ulama NU. Khairuddin Tahmid., Moh Bahruddin, Yusuf Baihaqi, Ihya Ulumuddin,

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

BAB IV ANALISIS HUKUM PIDANA ISLAM TERHADAP PUTUSAN PENGADILAN NEGERI PROBOLINGGO NO. 179/PID.B/PN.PBL TENTANG TINDAK PIDANA ILLEGAL LOGGING

BAB IV. A. Pengajuan Pemisahan Harta Bersama Antara Suami dan Isteri Sebagai Syarat Mutlak dalam Izin Poligami

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971

TOPIC 9 EMPLOYEES AND THE WORKPLACE (PEKERJA DAN TEMPAT KERJA)

BAB 11: DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Aduan Kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Tentang Pencabulan Hak Asasi Manusia oleh Polis Dalam Mengendalikan Perhimpunan Aman BERSIH 5

Pembunuhan Tidak Sengaja dan Kesannya Terhadap Pewarisan Harta Pusaka Menurut Undang-Undang Pusaka Islam

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN

BAB III PENERAPAN KANUN JINAYAH SYARIAH DI SARAWAK MALAYSIA

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN. Satu jam lima belas minit

BAB I PENDAHULUAN. Hidup tenteram, damai, tertib serta berkeadilan merupakan dambaan setiap

Bahagian A. [20 markah]

BAB I PENDAHULUAN. kepentingan masyarakat, karena adanya pelanggaran atas ketentuan-ketentuan

MEMAHAMI KONSEP SUMPAH DALAM ISLAM. Zulkifli Hasan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

Transkripsi:

FAKTA- FAKTA TENTANG QISAS, HUDUD, TAKZIR & DIYAT Di tengah-tengah kemelut isu hudud ini adalah lebih baik kita ambil kesempatan ini untuk berkongsi sesama kita mengenai hudud agar yang tak tahu menjadi tahu. Yang tahu pula boleh menyampaikan dan menyebarkan, supaya kita memahami apa itu hukum-hukam di dalam Islam. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Islam adalah agama yang paling lengkap meliputi soal yang berhubung kait dengan ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah. Para Fuqaha telah menyusun secara terperinci berdasarkan dalil dan hujjah mengikut 4 bahagian sebagaimana yang telah dinyatakan di atas. UNDANG-UNDANG JENAYAH SYAR IYAH Undang-undang jenayah syar iyah atau Kanun Jinayah Syar iyah ialah undang-undang syarak yang bersabit dengan kesalahankesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jinayah syar iyah. PENGERTIAN JENAYAH Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehnya.

PENGERTIAN JENAYAH MENURUT FUQAHA Jenayah menurut fuqaha ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja. HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada tiga bahagian: a. Hukum Qisas b. Hukum Hudud c. Hukum Ta zir PENGERTIAN QISAS Qisas dari sudut bahasa bermaksud memotong. Manakala dari sudut syara ialah hukuman balas bagi kesalahan membunuh dibalas dengan bunuh, menghilangkan salah satu dari anggota orang lain atau melukakannya atau mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut jenis kesalahan yang dilakukannya. Firman Allah S.W.T: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas(balasan yang seimbang) dalam perkara orang mati dibunuh (Surah al-baqarah :178) Dan di dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertakwa (Surah al-baqarah:179) JENIS JENAYAH QISAS Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah: Membunuh dengan sengaja (Dengan niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh pada adatnya). Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan sebagainya. Melukakan orang lain dengan sengaja. HUKUMAN TERHADAP KESALAHAN QISAS. Mengikut Hukum Islam, qisas hendaklah dilakukan terhadap

penjenayah dengan hukuman yang sama seperti mana dia melakukan kepada mangsanya. Membunuh dibalas dengan dibunuh, melukakan dibalas dengan dilukakan dan mencederakan dibalas dengan mencederakannya. DIYAT Diyat ialah denda yang wajib dibayar oleh orang yang melakukan jenayah kerana kesalahan jenayahnya sebagai ganti qisas. Apabila keluarga orang yang dibunuh ( Pembunuhan sengaja) atau orang yang dihilangkan atau dicederakan anggota atau yang dicederakan memaafkan, maka diganti dengan diat. Hanya waris sahaja yang boleh memaafkan tetapi bukan pemerintah ). KADAR DIYAT Diyat terbahagi kepada 2 jenis: Diyat Mughallazah ( ganti kerugian yang berat ) Diyat Mukhaffafah ( ganti kerugian yang ringan ) Diyat Mughallazah adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara terus (tanpa tangguh) sebagaimana yang berikut: 30 ekor unta berumur 4 tahun 30 ekor unta berumur 3 tahun 40 ekor unta yang sedang bunting Diyat Mughallazah juga boleh dibayar dengan bayaran-bayaran berikut: 33 ekor unta berumur 4 tahun 33 ekor unta berumur 3 tahun 34 ekor unta yang sedang bunting. Diyat Mukhaffafh juga adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur (tangguh)selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyat sebagaimana yang berikut: 20 ekor unta umur 4 tahun

20 ekor unta umur 3 tahun 4. 5. 20 ekor unta betina umur 2 tahun 20 ekor unta jantan umur 2 tahun 20 ekor unta betina umur 1 tahun Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta dengan harga semasa iaitu harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh untuk satu diyat penuh ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah: a. Wang Emas 1,000 dinar b. Wang Perak 10,000 dirham c. Lembu 200 ekor d. Kambing 2,000 ekor e. Persalinan 200 persalinan lengkap. Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyat penuh ialah RM 400,000. Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyat penuh ialah RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyat penuh. Bagi pesalah perempuan diyat mereka adalah separuh dari diat lelaki dan diat hamba adalah separuh dari diyat orang merdeka. Diyat Mughallazah di kenakan kepada orang yang membunuh secara sengaja (niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh ) dengan syarat dimaafkan dan dipersetujui oleh waris orang yang dibunuh. Diyat tersebut hendaklah dibayar secara tunai tanpa bertangguh atau beransur. Diyat Mukhaffafah pula ialah bagi pembunuhan tidak sengaja ( seperti tertembak rakan yang disangkanya binatang buruan ) atau pembunuhan yang seperti sengaja ( tidak niat membunuh dan dengan benda yang lazimnya tidak boleh membunuh ). Boleh dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun. DIYAT MENGHILANG ATAU MENCEDERAKAN ANGGOTA Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan

sengaja seperti mata, hidung, telinga dan lain-lain dikenakan qisas sebagaimana kehilangan dan kadar kecederaan anggota. Tetapi jika orang yang terkena dengan jenayah tersebut memilih untuk mengganti dengan diyat maka kadarnya adalah seperti berikut: 4. 5. 6. 7. 8. 9. 100 ekor unta untuk anggota tunggal sepert terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh badan dan hilang keupayaan bersetubuh. 50 ekor unta untuk anggota berpasangan seperti dua mata dan lain-lain. Jika kedua-duanya maka diyatnya 100 ekor unta. 33 ekor unta untuk luka yang sampai ke dalam bahagian otak. 33 ekor unta untuk luka yang sampai keselaput kepala. 25 ekor unta untuk anggota yang berpasang yang mempunyai kelopak seperti 4 kelopak mata. 15 ekor unta untuk luka yang sampai ketulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya. 10 ekor unta bagi luka yang memecah atau mematah tulang. 10 ekor unta untuk anggota yang mempunyai 10 sendi atau bahagian seperti jari tangan dan kaki. 5 ekor unta untuk luka yang menampakkan tulang PENGERTIAN HUDUD Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau mencegah. Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-quran dan as-sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T atau merosakan kepentingan masyarakat umum dan ketenteraman orang ramai iaitu berzina, menuduh orang berzina, minum arak, memcuri, murtad, merompak dan memberontak. Kadar hukumannya adalah mandatori dan tidak boleh dipinda samaada dikurang atau ditambah. Firman Allah S.W.T: Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim (Surah al-baqarah:229)

JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD DAN HUKUMANNYA Kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam hukuman hudud ialah sebagaimana berikut: a. Zina Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan. Hukumannya ialah direjam sampai mati jika telah berkahwin dan sebat 100 kali jika pesalah belum pernah berkahwin. b. Qazaf ( Menuduh berzina ) Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukumannya ialah 80 kali sebatan. c. Minum Arak Minum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal. Hukumannya ialah 40 kali sebatan. d. Mencuri Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi. Hukumannya adalah potong tangan. e. Merompak Mengambil hatra orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukumannya ialah: Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh. Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kaki secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya. Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam dendaklah di ta zir seperti dipenjara dan lain-lain lagi. f. Murtad Keluar dari agama Islam samaada dengan perkataan atau perbuatan. Hukumannya ialah bunuh ( setelah diberi tempoh untuk bertaubat ) PENGERTIAN TA ZIR Ta zir dari segi bahasa bererti menolak atau menghalang. Dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang

yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu. KESALAHAN YANG TERMASUK DI BAWAH KATEGORI TA ZIR. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta zir ialah sebagaimana berikut: Kesalahan-kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan qisas. Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab, lesbian dan sebagainya. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat,berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah. HUKUMAN BAGI KESALAHAN TA ZIR Hukuman ta zir diserahkan kepada budi bicara hakim supaya hukuman tersebut memberi pengajaran supaya penjenayah serik untuk melakukan semula. Antara hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah adalah sebagaimana berikut: a. Nasihat Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang. b. Teguran Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha memperbaiki dirinya. c. Ancaman Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman. d. Pemulauan Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat. e. Pengisytiharan Umum Membuat pengistiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah supaya penjenayah berasa malu dan tertekan. f. Denda dan merampas harta

Mengenakan denda dalam bentuk wang dan sebagainya atau merampas harta bendanya. g. Penjara Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut realiti semasa. h. Sebat Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu. i. Buang daerah Mengenakan hukuman buang daerah supaya pesalah rasa tertekan, mengalami kesukaran, kesusahan dan terpisah dari kaum keluarga j. Bunuh Dibenarkan oleh syara bagi menjaga kemaslahatan awam jika difikirkan sesuai HIKMAH PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH ISLAM Melindungi masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum berlaku Memperbaiki penjenayah dan memperbetulkan penyelewengan. Membersihkan dosa penjenayah, mendidiknya dan menyelamatkannya daripada azab akhirat. Disusun Oleh: Hj. Khairuddin bin Haiyon PP Bahagian Dakwah (Unit Penerangan dan Penerbitan) Jabatan Agama Islam Selangor