KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

dokumen-dokumen yang mirip
JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

JPA(S)324/1 Klt. 36(17) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2005

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2009 PERUBAHAN NAMA SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PERUBATAN DAN PEMBANTU FARMASI

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

DASAR PELETAKAN JAWATAN

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2006

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

IKLAN JAWATAN KOSONG

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 17 ( ) Siri No.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006

TAFSIRAN. Sebarang tempoh seseorang pegawai tersebut dibenarkan meninggalkan tugasnya (dikira sebagai putus perkhidmatan)

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1998 KEMUDAHAN CUTI PEGAWAI BERSALIN

IKLAN JAWATAN KOSONG KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK KUMPULAN PERKHIDMATAN PELAKSANA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

JPA(BPO)(S)324/14/21-1 Klt.7( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2008

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM PENAMATAN PERKHIDMATAN) Oleh INA MD. YASIN

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI YANG SEDANG DISIASAT DAN TELAH DIKENAKAN HUKUMAN TATATERTIB

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

JPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri :

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2004

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2015

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN/ PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat am seperti berikut : 1.2 Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM);

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

SKIM PERKHIDMATAN JURURAWAT

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato /Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2003 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK GRED J17, J22, J26

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 KE GRED DG44 SECARA TIME-BASED

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

JPA(BPO)(S)324/14/34-1 Klt. 3 (4) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2008

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

PEJABAT PENDAFTAR PROSEDUR PERKHIDMATAN PERSONEL. Ringkasan Pindaan Dokumen Dokumen Baru PP(P) TPK (HCM)

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

I~ A II~ LiJI!YI~~ Io~~,;,~~;;~,,1 MSISO'001 : 2000 REG.NO.AR3I11 SlaM Institution Cert. No:

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

Transkripsi:

JPA.BK (S) 223/5/2/ Jld. 2/(11) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009 DASAR DAN PROSEDUR MENGIKUTI KURSUS PRA PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan dasar dan prosedur untuk mengikuti kursus pra perkhidmatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat supaya pelaksanaannya teratur dan seragam. DEFINISI 2. Bagi tujuan pekeliling perkhidmatan ini: Jabatan bermaksud Kementerian, Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah, Jabatan Persekutuan di luar negara dan mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; 1

Ketua Jabatan bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau Ketua Perkhidmatan mengikut mana-mana yang berkenaan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan bagi menjalankan tugasnya; Kursus pra perkhidmatan bermaksud kursus bagi memperoleh kelayakan ikhtisas yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan tertentu yang dianjurkan oleh Kementerian/ Jabatan atau institusi yang mempunyai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kementerian/ Jabatan bagi membolehkan seseorang pegawai dipertimbangkan pelantikan secara tetap ke skim perkhidmatan berkenaan selepas menamatkan kursus; pegawai bermaksud pegawai sedang berkhidmat secara tetap yang berhasrat untuk dilantik ke satu skim perkhidmatan lain yang mensyaratkan kelayakan ikhtisas melalui kursus pra perkhidmatan; Pihak Berkuasa Melulus bermaksud pihak yang meluluskan kemudahan Cuti Belajar Tanpa Gaji. Pihak Berkuasa Melulus bagi perkhidmatan awam Persekutuan adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kecuali yang telah diturunkan kuasa seperti Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia; dan Suruhanjaya bermaksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, mengikut mana yang berkenaan. 2

LATAR BELAKANG 3. Kursus pra perkhidmatan merupakan satu kaedah bagi memperoleh kelayakan ikhtisas yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan tertentu bagi membolehkan seseorang calon dipertimbangkan pelantikan secara tetap ke skim perkhidmatan berkenaan. Tempoh kursus pra perkhidmatan adalah antara enam (6) bulan hingga tiga (3) tahun atau mana-mana tempoh yang ditetapkan oleh penganjur. Senarai terkini skim perkhidmatan yang mensyaratkan seseorang calon perlu mempunyai kelayakan ikhtisas dengan mengikuti kursus pra perkhidmatan adalah seperti di Lampiran A. 4. Selain daripada calon baru, kursus pra perkhidmatan juga ditawarkan kepada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan. Memandangkan kursus berkenaan perlu diikuti secara sepenuh masa mengikut tempoh yang ditetapkan, pegawai yang ditawarkan kursus pra perkhidmatan perlu meninggalkan jawatan yang sedang disandangnya. 5. Pada masa ini, pelbagai kaedah digunakan bagi membolehkan pegawai sedang berkhidmat mengikuti kursus pra perkhidmatan. Antara kaedah yang digunakan adalah peletakan jawatan, pelepasan dengan izin, Cuti Tanpa Gaji atas sebab-sebab persendirian yang mustahak atau Cuti Belajar Tanpa Gaji. Sehubungan itu, memandangkan kaedah yang digunakan mempunyai implikasi yang berbeza dari segi perkhidmatan dan pemberian faedah persaraan, terdapat keperluan untuk mewujudkan dasar dan prosedur khusus bagi mengikuti kursus pra perkhidmatan kepada pegawai yang sedang berkhidmat supaya pelaksanaannya teratur dan seragam. 3

DASAR 6. Dasar bagi pegawai yang sedang berkhidmat untuk mengikuti kursus pra perkhidmatan adalah diputuskan seperti berikut: (a) Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan. CBTG juga diberi kepada pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan di jawatan sekarang dengan syarat pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan terdahulu; dan (b) peletakan jawatan bagi pegawai lantikan kali pertama di dalam perkhidmatan Kerajaan yang belum disahkan dalam perkhidmatan. 7. CBTG boleh dipertimbangkan kepada pegawai di perenggan 6 (a) yang memenuhi kriteria berikut: (a) telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun termasuk di jawatan terdahulu bagi pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan di jawatan sekarang tetapi telah disahkan dalam perkhidmatan di jawatan terdahulu; (b) markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini pegawai di tahap baik; (c) telah mengisytiharkan harta; (d) telah mendapat tawaran kursus pra perkhidmatan; dan (e) diperakukan oleh Ketua Jabatan. 4

8. Jawatan yang kosong disebabkan pegawai diluluskan CBTG merupakan kekosongan sementara yang hanya boleh diisi melalui kaedah pemangkuan, pelantikan secara sementara atau kontrak. Tugas jawatan yang kosong tersebut juga boleh dilaksanakan secara penanggungan kerja atau kaedah lain yang bersesuaian. 9. Pegawai yang diluluskan CBTG perlu berkhidmat dengan Kerajaan mengikut ikatan kontrak yang dipersetujui setelah menamatkan kursus dengan jayanya. Sekiranya pegawai dilantik ke jawatan baru, ikatan kontrak pegawai boleh dipindahkan ke jabatan baru. 10. Pegawai yang telah diluluskan CBTG perlu melaporkan diri bertugas semula di jabatan asal selepas tamat kursus pra perkhidmatan sehingga menerima tawaran jawatan baru. 11. Bagi pegawai yang mendapat tawaran ke jawatan baru selepas menamatkan kursus pra perkhidmatan dengan jayanya, Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan perlu memberikan pelepasan dengan izin bagi membolehkan tempoh perkhidmatan di jawatan sebelumnya dimasuk kira bagi perkiraan faedah persaraan mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa. 12. Kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan CBTG hendaklah dirujuk dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009 Kesan Ke Atas Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji. 13. Tempoh CBTG boleh dimasuk kira bagi tujuan perkiraan faedah persaraan pegawai sekiranya memenuhi syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 seperti berikut: (a) tempoh pegawai berkursus telah diluluskan CBTG atau tanpa biasiswa; 5

(b) kursus yang diikuti itu berkaitan dengan perkhidmatan; dan (c) pegawai itu kembali bertugas dengan Kerajaan selepas tamat kursus. Selain itu, pegawai juga perlu memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998 iaitu: (a) kelulusan CBTG atau tanpa biasiswa diberi oleh Pihak Berkuasa Melulus di bawah Perintah Am 36, Perintah-Perintah Am Bab C 1974 dan bukannya Cuti Tanpa Gaji atas sebab-sebab persendirian yang mustahak di bawah Perintah Am 14, Perintah-Perintah Am Bab C 1974; (b) sebarang pertukaran bidang kursus perlu diluluskan Pihak Berkuasa Melulus; (c) pegawai hendaklah lulus dalam pengajiannya dan mengemukakan salinan sijil kelulusan berkenaan kepada Pihak Berkuasa Melulus; dan (d) pegawai dikenakan syarat berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam selama tempoh CBTG sekembalinya bertugas. Jika pegawai bersara sebelum dapat memenuhi syarat ini, maka hanya sebahagian tempoh CBTG itu boleh diambil kira mengikut mana tempoh yang ia dapat berkhidmat semula itu. 14. Bagi pegawai yang meletak jawatan, tempoh perkhidmatan pegawai sebelum peletakan jawatan tersebut akan terputus dan tidak boleh dimasuk kira untuk perkiraan faedah persaraan. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memohon untuk 6

memendekkan notis peletakan jawatan bagi dikecualikan daripada pembayaran sebulan gaji. 15. Suruhanjaya boleh menimbangkan kebenaran khas mengikut peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 - P.U.(A) 176/2005 bagi pelantikan semula pegawai yang meletak jawatan untuk mengikuti kursus pra perkhidmatan. 16. Bagi pegawai yang gagal menamatkan kursus pra perkhidmatan atau menolak tawaran pelantikan ke jawatan yang berkaitan dengan kursus berkenaan, tindakan ke atas pegawai adalah tertakluk kepada terma perjanjian yang telah dipersetujui sebelum mengikuti kursus berkenaan. Tempoh CBTG bagi pegawai yang gagal menamatkan kursus tidak dimasuk kira untuk perkiraan faedah persaraan. PROSEDUR Prosedur Cuti Belajar Tanpa Gaji 17. Prosedur CBTG bagi mengikuti kursus pra perkhidmatan adalah seperti berikut: (a) permohonan mengikuti kursus pra perkhidmatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan. Bagi permohonan yang dibuat secara online, pegawai perlu memaklumkan permohonan tersebut kepada Ketua Jabatan dan mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan semasa menghadiri sesi temu duga; (b) setelah mendapat tawaran mengikuti kursus pra perkhidmatan, pegawai perlu mengemukakan permohonan CBTG kepada Pihak Berkuasa 7

Melulus melalui Ketua Jabatan. Bagi permohonan CBTG yang dipertimbangkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam selaku Pihak Berkuasa Melulus, ia hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam; (c) pegawai yang telah diluluskan CBTG perlu melaporkan diri di institusi latihan di mana kursus tersebut ditawarkan dan mengikuti kursus tersebut dengan jayanya; (d) pegawai yang telah menamatkan kursus pra perkhidmatan dengan jayanya perlu melaporkan diri bertugas di jabatan asal sehingga pegawai mendapat tawaran pelantikan tetap ke jawatan baru; (e) bagi pegawai yang telah ditawarkan jawatan baru berdasarkan kursus pra perkhidmatan yang telah diikuti, Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan perlu memberikan pelepasan dengan izin bagi membolehkan tempoh perkhidmatan di jawatan asal dimasuk kira bagi perkiraan faedah persaraan; (f) Ketua Jabatan asal hendaklah merekodkan kelulusan CBTG, ikatan perjanjian pegawai dan kelulusan pelepasan dengan izin dalam Rekod Perkhidmatan pegawai; dan (g) Ketua Jabatan baru hendaklah memastikan ikatan kontrak pegawai di jabatan asal diagregatkan dengan ikatan kontrak kursus pra perkhidmatan pegawai. Carta alir prosedur permohonan CBTG bagi mengikuti kursus pra perkhidmatan bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan adalah seperti di Lampiran B. 8

Prosedur Peletakan Jawatan 18. Prosedur peletakan jawatan bagi mengikuti kursus pra perkhidmatan adalah seperti berikut: (a) pegawai yang bercadang untuk memohon kursus pra perkhidmatan perlu mengemukakan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Bagi permohonan yang dibuat secara online, pegawai perlu memaklumkan permohonan tersebut kepada Ketua Jabatan dan mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan semasa menghadiri sesi temu duga; (b) setelah menerima tawaran untuk mengikuti kursus pra perkhidmatan, pegawai perlu meletakkan jawatan. Sekiranya tempoh notis peletakan jawatan kurang daripada 30 hari, pegawai boleh memohon pemendekan notis peletakan jawatan bagi dikecualikan daripada bayaran sebulan gaji; (c) Ketua Jabatan hendaklah merekodkan peletakan jawatan dan kelulusan pemendekan notis peletakan jawatan (jika berkaitan) dalam Rekod Perkhidmatan pegawai; dan (d) pegawai yang telah mengikuti kursus pra perkhidmatan dengan jayanya boleh dilantik secara tetap mengikut skim perkhidmatan berkenaan setelah mendapat kebenaran khas oleh Suruhanjaya atau apa-apa kaedah pelantikan lain yang ditetapkan oleh Kementerian berkenaan. Carta alir prosedur permohonan pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan untuk mengikuti kursus pra perkhidmatan adalah seperti di Lampiran C. 9

TARIKH KUAT KUASA 19. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa pada tarikh ianya dikeluarkan. PEMAKAIAN 20. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini terpakai kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (TAN SRI ISMAIL ADAM) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 18 September 2009 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan 10

SENARAI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENSYARATKAN KURSUS PRA PERKHIDMATAN YANG SEDANG BERKUAT KUASA PADA 18 SEPTEMBER 2009 LAMPIRAN A Bil. Skim Perkhidmatan Kursus Pra Perkhidmatan 1. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41, A44, A48, A52, A54 2. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29, A36, A38 3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41, DG44, DG48, DG52, DG54 4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29, DGA32, DGA34, DGA38 5. Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, U32, U36, U41/42, U44, U48, U52, U54 6. Jururawat Gred U29, U32, U36, U41/42, U44, U48, U52, U54 7. Penolong Pegawai Farmasi Gred U29, U32, U36, U38, U40 8. Juru X-Ray Gred U29, U32, U36, U41/42, U44, U48, U52, U54 Kursus pra perkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam, Malaysia dalam bidang Area Control dan mendapat Area Control Rating. Kursus pra perkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam, Malaysia dalam bidang Aerodrome Control dan mendapat Aerodrome Control Rating serta Approach Control dan mendapat Approach Control Rating. a. Kursus Perguruan Lepasan Ijazah yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia b. Diploma Perguruan Lepasan Ijazah yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia Diploma Perguruan Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Diploma Pembantu Perubatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Diploma Kejururawatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Diploma Pembantu Farmasi daripada Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia Diploma Radiografi atau Radioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia 1

Bil. Skim Perkhidmatan Kursus Pra Perkhidmatan 9. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/ Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, U32, U36, U41/42, U44, U48, U52, U54 10. Jururawat Pergigian Gred U29, U32, U36, U38, U40 11. Jurupulih Perubatan Gred U29, U32, U36, U38, U40 12. Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29, U32, U36, U38, U40 13. Juruteknologi Pergigian Gred U29, U32, U36, U38, U40 14. Jururawat Masyarakat Gred U19, U24, U26 15. Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, U22, U24 16. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17, U22, U24 Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia Diploma Jurupulih Cara Kerja daripada Kolej Jurupulih Cara Kerja atau Diploma Fisioterapi Kementerian Kesihatan Malaysia Diploma Teknologi Makmal Perubatan daripada Kolej Teknologi Makmal Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Diploma Teknologi Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia Sijil Jururawat Masyarakat yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Sijil Kelayakan Pembantu Pembedahan Pergigian yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Catatan: Lampiran A kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2009 - Dasar Dan Prosedur Mengikuti Kursus Pra Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Sedang Berkhidmat 2

LAMPIRAN B CARTA ALIR PROSEDUR UNTUK MENGIKUTI KURSUS PRA PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG TELAH DISAHKAN DALAM PERKHIDMATAN/ TELAH DISAHKAN DALAM JAWATAN TERDAHULU Pegawai memohon untuk mengikuti kursus pra perkhidmatan melalui Ketua Jabatan. Pegawai ditawarkan kursus pra perkhidmatan. Maklumkan keputusan kepada pegawai melalui Ketua Jabatan Tidak setuju Pegawai mengemukakan permohonan CBTG kepada Pihak Berkuasa Melulus melalui Ketua Jabatan. Pihak Berkuasa Melulus mempertimbangkan CBTG. Setuju Pegawai mengikuti kursus pra perkhidmatan. Pegawai melaporkan diri bertugas di jabatan asal selepas menamatkan kursus pra perkhidmatan dengan jayanya. Pegawai mendapat tawaran pelantikan tetap di jawatan baru daripada Suruhanjaya. Pegawai memohon pelepasan dengan izin daripada Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan. Pegawai diberi pelepasan dengan izin oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan dan direkodkan dalam Rekod Perkhidmatan pegawai. Pegawai melaporkan diri bertugas di jawatan baru. 3

LAMPIRAN C CARTA ALIR PROSEDUR UNTUK MENGIKUTI KURSUS PRA PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI LANTIKAN KALI PERTAMA YANG BELUM DISAHKAN DALAM PERKHIDMATAN Pegawai memohon untuk mengikuti kursus pra perkhidmatan melalui Ketua Jabatan. Pegawai ditawarkan kursus pra perkhidmatan. Maklumkan keputusan kepada pegawai dan pegawai membayar sebulan gaji sebagai ganti notis Tidak setuju Setuju Pegawai mengemukakan notis peletakan jawatan dan permohonan pemendekan notis peletakan jawatan (jika perlu). Pertimbangan pemendekan notis peletakan jawatan oleh Ketua Jabatan dan direkodkan dalam Rekod Perkhidmatan pegawai. Pegawai melaporkan diri untuk mengikuti kursus pra perkhidmatan. Pegawai dilantik ke jawatan tetap dengan kebenaran khas oleh Suruhanjaya setelah menamatkan kursus pra perkhidmatan dengan jayanya. 4