BORANG PENYERTAAN Peringkat Sektor Pendidikan Tinggi, NAMA KUMPULAN _ (maksimum 5 orang termasuk mentor sekiranya ada) Mentor (Ahli akademik) 1. K/P : Ketua Kumpulan 1. K/P : Ahli kumpulan 2. K/P : 3. K/P : 4. K/P : ALAMAT SURAT MENYURAT : : FAKS : EMEL : TAJUK PRODUKSI _ SINOPSIS : (Tidak lebih dari 50 patah perkataan) PERAKUAN HASIL KERJA ASLI DAN TIDAK PERNAH MEMENANGI SEBARANG ANUGERAH: Kami mengaku bahawa produksi bertajuk seperti di atas adalah asli dan tidak pernah memenangi sebarang anugerah dalam mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. TANDATANGAN KETUA KUMPULAN : PENGESAHAN : (TNC HEPA/PENGARAH POLITEKNIK/ KOLEJ KOMUNITI/PEGAWAI HEPA) BORANG PERTANDINGAN PERLU DIHANTAR SEBELUM ATAU PADA 21 MEI 2015 (KHAMIS) JAM 5.00 PETANG MELALUI SERAHAN TANGAN ATAU POS BERDAFTAR KEPADA :
BIODATA PESERTA TAJUK PRODUKSI NAMA KUMPULAN Mentor (Ahli Akademik) ALAMAT SURAT MENYURAT Peserta 1 (Ketua Kumpulan) ALAMAT SURAT MENYURAT Peserta 2 ALAMAT SURAT MENYURAT Peserta 3 ALAMAT SURAT MENYURAT Peserta 4 ALAMAT SURAT MENYURAT
Syarat-syarat Penyertaan PENGENALAN Infografik (information graphic) atau maklumat grafik merupakan persembahan visual grafik yang mengandungi ilustrasi, simbol atau diagram mengenai sesuatu tema di dalam bentuk poster atau video yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang kompleks kepada khalayak ramai secara visual dan berkesan. Video infografik dapat menggunakan pelbagai elemen multimedia dan teknik yang akan memberikan penontonnya suatu pengalaman yang merangsangkan minda melalui deria mata dan telinga. Manakala poster infografik pula merupakan medium yang dapat meningkatkan penyampaian dan pemahaman sesuatu idea dengan lebih berkesan secara visual manusia berbanding penggunaan teks sepenuhnya. SYARAT PENYERTAAN 1. terbuka kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)/Politeknik dan Kolej Komuniti yang terdiri daripada pasukan pelajar warganegara Malaysia berdaftar di IPT bertauliah di Malaysia 2. Setiap karya yang dihantar mestilah mengandungi dua (2) elemen seperti berikut: i. Video/montaj infografik, dan ii. Poster infografik. 3. Penyertaan hendaklah dibuat secara kumpulan dan setiap kumpulan dihadkan kepada maksimum empat (4) orang pelajar dan seorang mentor dari kalangan ahli akademik. Ahli kumpulan boleh terdiri daripada pelajar IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej Komuniti berlainan tetapi penyertaan akan didaftarkan mengikut ketua kumpulan tersebut. 4. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu hadiah sahaja. 5. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan sekiranya peserta melanggar syarat yang telah ditetapkan. 6. Setiap karya dihasilkan mestilah hasil karya asli yang lahir dari kreativiti peserta dan karya tersebut tidak pernah memenangi pertandingan lain. Setiap peserta dimestikan menandatangani borang pengisytiharan karya asli. Sebarang tuntutan undang-undang akibat perbuatan ciplakan atau plagiat dalam pembangunan karya penyertaan adalah tanggungjawab peserta. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan pencerobohan intelektual atau pelanggaran hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan berkenaan. 7. Karya yang dipertandingkan perlulah dibangunkan dengan menggunakan perisian yang sah. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap pelanggaran hak cipta sekiranya peserta menggunakan perisian tidak sah.
8. Fail digital yang mengandungi karya peserta mestilah bebas daripada sebarang malicious code dan virus komputer. Peserta bertanggungjawab membersihkan fail berkenaan dengan menggunakan perisian pembasmi virus yang bertauliah. Penyertaan yang mengandungi virus akan terbatal. 9. Kandungan karya mestilah bebas daripada unsur pornografi, isu sensitif seperti perkauman, kebencian, percanggahan agama, pelagaan politik, bahasa kesat dan apa juga isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia dan tidak serasi dengan adat resam tempatan. 10. Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan. 11. Semua karya penyertaan yang diterima adalah menjadi hakmilik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan KPM boleh menggunakan bahan-bahan penyertaan tersebut untuk apa-apa tujuan. FORMAT PERTANDINGAN 1. Karya penyertaan mestilah menepati tema iaitu Memahami GST. 2. Bahasa pengantar karya wajar menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. 3. Format video/montaj infografik adalah seperti berikut: i. Setiap penyertaan untuk video/montaj infografik digalakkan menggunakan skor muzik asal atau yang bebas hak cipta. Jika mengguna pakai trek muzik komersial sedia ada di pasaran atau hak milik orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak yang berkenaan. Penganjur tidak akan bertanggung jawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta; ii. Video yang dihasilkan mestilah tidak melebihi tempoh yang ditetapkan iaitu 1-2 minit dan tidak melebihi 3 minit jika terdapat kredit; iii. Untuk membolehkan penilaian adil dan saksama, nama kumpulan, nama ahli kumpulan dan nama institusi tidak dibenarkan dinyatakan dalam karya video dan poster infografik tetapi hanya dinyatakan dalam borang penyertaan. iv. Format video infografik yang ditetapkan adalah MOV, 25 fps dan resolusi minimum 1280 x 720 px. v. Setiap penyertaan hendaklah dihantar dalam format DVD serta berdefinisi tinggi (HD). 4. Format poster infografik adalah seperti berikut: i. Poster hendaklah dicetak di atas kertas berukuran 420 mm x 594 mm (A2); dan ii. Poster yang dihantar dicetak mestilah disertakan dengan CD dalam format Vektor dan JPEG / TIFF / BITMAP.
5. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut: Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 21 Mei 2015 (Khamis), jam 5.00 petang. _ KRITERIA PENGHAKIMAN BIL ELEMEN YANG DINILAI MARKAH % 1 Kandungan GST 50 2 Idea & Kreativiti Persembahan 40 3 Keaslian Karya 10 Jumlah keseluruhan 100 HADIAH Setiap pemenang akan menerima sijil penghargaan dan hadiah berupa wang seperti berikut: PEMENANG HADIAH Johan Naib Johan Tempat Ketiga Saguhati RM8,000 RM6,000 RM4,000 RM1,000 x 20 kumpulan PERTANYAAN Untuk pertanyaan/keterangan lanjut, sila hubungi: No Telefon : 03 8870 6507 Portal : www.moe.gov.my