Polisi Privasi. Pengenalan

dokumen-dokumen yang mirip
Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Polisi Privasi Smiggle

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

1. Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Laman Web Kumpulan ini termasuk:

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi Bagi Kumpulan Kobay

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

syarikat-syarikat bersekutunya, entiti-entiti yang dikawal bersamanya dan gabungangabungannya

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

NOTIS PRIVASI. Maklumat Peribadi Sensitif merujuk kepada maklumat yang berkatian dengan kesihatan anda, pendapat politik, kepercayaan agama dll.

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD (No. Syarikat W) NOTIS DAN DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Dasar Privasi Herbert Smith Freehills Muka surat 1 daripada 10

KENYATAAN PRIVASI (BAHASA MALAYSIA)

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Pernyataan Privasi Ingram Micro

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

Yang terakhir diubah suai: 29 Ogos 2016 (lihat versi yang diarkibkan) (Contoh melalui hiperpautan disediakan di akhir dokumen ini.

NTPM HOLDINGS BERHAD ( U) POLISI DATA MAKLUMAT PERIBADI

Peraduan InstaHarapan AADK

Borang Cadangan Insurans Mesin

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

TERMA PENGGUNAAN. Skop

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 PROTOKOL PERLINDUNGAN DATA PERIBADI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Borang Cadangan Insurans Plat Kaca

Borang Cadangan Insurans Peralatan Elektronik

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

Terms & Conditions NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING. Pendahuluan

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Berurusan dengan Pengantara Takaful

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

Fasal-fasal yang dipinda

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Jumlah minimum transaksi (RM) (i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now*

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Borang Cadangan Insurans Dandang dan Bekas Tekanan

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Panduan Pengguna PayBillsMalaysia

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

Transkripsi:

Polisi Privasi Pengenalan imsme ialah satu platform rujukan atas talian yang pertama di Malaysia bagi pinjaman/ pembiayaan PKS yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad ( CGC ). Kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda mematuhi undang-undang Malaysia. CGC hanya akan mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda mengikut undang-undang (termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010) dan polisi ini memperkatakan mengenai dasar privasi dengan maklumat peribadi (dirujuk sebagai data ) yang mungkin dikumpulkan tentang anda melalui perkhidmatan atau kemudahan kami (termasuk laman sesawang imsme). Polisi ini tidak terpakai bagi entiti lain yang tidak dimiliki atau dikawal oleh CGC, ia juga tidak terpakai bagi orang yang bukan pekerja atau ejen CGC, atau yang bukan di bawah kawalan CGC. Sila ambil masa untuk membaca Terma Penggunaan laman sesawang ini. 1. Kepentingan Persetujuan Anda mungkin dikehendaki untuk memberikan CGC data peribadi anda apabila anda meminta maklumat atau mendaftar untuk produk dan perkhidmatan kami (termasuk laman sesawang imsme). Dengan berbuat demikian, anda bersetuju dengan penggunaan oleh CGC selaras dengan Dasar Privasi ini. Data sensitif berkaitan peribadi anda (termasuk data yang berkaitan dengan kesihatan fizikal atau mental anda, atau pensabitan kesalahan, dan lain-lain) akan diambil pakai oleh kami sekiranya anda memohon produk-produk tertentu atau menggunapakai laman sesawang imsme yang memerlukan anda untuk mendedahkan data sensitif peribadi kepada kami. CGC hanya akan menggunakan data sensitif peribadi anda untuk memberikan perkhidmatan yang ingin anda daftar. Jika CGC mengumpul, menggunakan, mengekalkan atau mendedahkan data sensitif peribadi anda, kami akan meminta persetujuan anda. Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan data/data sensitif peribadi anda atau untuk membatalkan persetujuan anda untuk pemprosesan data/data sensitif peribadi anda oleh CGC. Walau bagaimanapun, kegagalan untuk memberikan apa-apa data peribadi/data peribadi yang sensitif atau pembatalan persetujuan anda untuk memproses data data peribadi/data sensitif peribadi boleh mengakibatkan CGC tidak dapat menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan yang efektif dan berterusan. 2. Pengumpulan Data Seperti terdapat pada kebanyakan laman sesawang, laman sesawang imsme juga akan secara automatik menerima maklumat umum yang terkandung di dalam fail log, seperti alamat IP anda, dan cookie. Maklumat yang dikumpul biasanya termasuk nama anda, alamat e -mel, nombor telefon, butiran perhubungan yang lain, umur, maklumat kewangan seperti pendapatan perniagaan anda, atau kad pengenalan anda, sejarah kredit setelah selesai pendaftaran dan borang kenalan pantas di laman sesawang imsme. Maklumat ini diperlukan untuk kami untuk menyediakan maklumbalas yang diperlukan kepada semua soalan anda. Untuk membolehkan kami memantau aktiviti di laman sesawang imsme, kami juga

mengumpul maklumat seperti bilangan pengguna, tarikh dan masa lawatan, bilangan halaman yang dilihat dan maklumat yang dimuat turun. Data peribadi yang dikumpul oleh CGC adalah sama ada wajib atau sukarela. Data peribadi wajib adalah yang diperlukan untuk memadankan anda dengan produk dan perkhidmatan. Jika anda tidak memberikan kami dengan data peribadi yang wajib, CGC tidak akan dapat memadankan anda dengan produk dan perkhidmatan kami. Data peribadi sukarela adalah data yang tidak wajib bagi membolehkan CGC untuk memadankan anda dengan produk dan perkhidmatan kami. Jika anda tidak memberikan CGC dengan data peribadi secara sukarela, anda masih boleh mendaftar untuk produk dan perkhidmatan kami. Data peribadi wajib dan sukarela berbeza untuk setiap produk dan perkhidmatan dan akan ditunjukkan sewajarnya. Data anda diperolehi yang melalui pelbagai cara, seperti: (a) Apabila anda mendaftar untuk atau menggunakan salah satu perkhidmatan yang telah disediakan oleh CGC (termasuk penggunaan laman sesawang imsme). (b) Apabila anda menghubungi CGC melalui pelbagai kaedah, seperti e-mel dan surat menyurat, panggilan telefon dan perbualan anda dengan kakitangan CGC. Jika anda menghubungi kami atau kami menghubungi anda dengan menggunakan telefon, kami boleh memantau atau merekodkan panggilan telefon untuk jaminan kualiti, latihan dan tujuan keselamatan. (c) Daripada analisis oleh pihak kami berkaitan transaksi anda (contohnya jumlah jualan tahunan, keuntungan atau bilangan tenaga pekerja). (d) CGC juga boleh mendapatkan data peribadi anda apabila anda mengambil bahagian dalam kaji selidik pelanggan atau apabila anda mendaftar untuk mana-mana promosi imsme. (e) Apabila kami mendapatkan apa-apa data dan maklumat daripada pihak yang diberi kuasa ketiga (contoh agensi rujukan kredit, agensi pengawal seliaan dan penguatkuasaan, majikan, pemegang akaun bersama, penjamin, wakil undangundang). 3. Cookies Cookie ialah satu pakej data yang membolehkan pelayan sesawang ( server ) kami mengenal pasti dan berinteraksi dengan lebih berkesan dengan komputer anda tanpa mengenal pasti pengguna individu. Seperti banyak laman sesawang yang lain, laman sesawang ini menetapkan dan menggunakan cookies untuk meningkatkan pengalaman pengguna anda; untuk mengingati tetapan peribadi anda misalnya. 4. Tujuan Memproses Data Peribadi Anda CGC boleh memproses data peribadi anda atas sebab-sebab berikut : (a) Untuk menilai padanan produk dan perkhidmatan kami. (b) Untuk mengesahkan kedudukan kewangan melalui rujukan cek kredit. (c) Untuk menilai keperluan kewangan dan untuk terus melaksanakan obligasi kontrak yang dibuat antara CGC dan anda.

(d) Untuk bertindak balas kepada pertanyaan dan aduan anda dan untuk menyelesaikan pertikaian. (e) Untuk fungsi dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan pasaran, analisis statistik dan pemodelan, laporan, audit dan pengurusan risiko dan untuk mengelakkan penipuan. (f) Memenuhi segala peraturan dan keperluan atas apa-apa sebab lain yang berkaitan dengan menyediakan anda perkhidmatan yang anda perlukan. CGC juga boleh berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain seperti ejen CGC atau rakan kongsi strategik dan pihak ketiga yang lain ( entiti lain ) dan anda boleh menerima komunikasi pemasaran daripada CGC atau daripada entiti lain mengenai produk dan perkhidmatan yang mungkin bersesuaian untuk anda. Sekiranya anda tidak lagi ingin menerima komunikasi pemasaran, sila maklumkan kepada kami untuk menarik balik kebenaran anda dan kami akan menghentikan pemprosesan dan perkongsian data peribadi anda dengan entiti lain untuk tujuan menghantar komunikasi pemasaran. Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran anda untuk menerima komunikasi pemasaran atau bahan promosi, anda boleh menghubungi kami dengan menggunakan maklumat hubungan yang terdapat pada laman sesawang. 5. Pendedahan Data Peribadi Maklumat peribadi anda dalam pegangan kami akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, untuk menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan yang efektif dan berterusan dan mematuhi apa-apa kehendak undang-undang dan peraturan, kami mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda kepada: (a) Agensi-agensi rujukan kredit apabila anda memohon mana-mana produk berasaskan kredit. (b) Agen dan penyedia perkhidmatan yang mempunyai perjanjian kontrak untuk beberapa fungsi, perkhidmatan dan aktiviti. (c) Penyedia perkhidmatan kewangan (contohnya institusi kewangan, broker gadai janji, syarikat-syarikat insurans). (d) Pedagang dan rakan strategik kami. (e) Pihak yang diberi kuasa oleh anda. (f) Penguatkuasaan agensi kawal selia dan kerajaan seperti yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, yang diberi kuasa oleh mana-mana perintah mahkamah atau untuk memenuhi obligasi kepada pihak berkuasa Pendedahan data anda mungkin melibatkan pemindahan data peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia, dan dengan perkongsian data peribadi anda, anda bersetuju untuk apa-apa pemindahan yang dikehendaki untuk memberikan anda perkhidmatan yang telah diminta, dan bagi pelaksanaan apa-apa kewajipan kontrak antara anda dengan CGC termasuk untuk tujuan penyimpanan.

6. Penggunaan Data Data anda boleh digunakan untuk menyesuaikan dan meningkatkan pengalaman pengguna anda di laman sesawang ini. Usaha akan diambil untuk menghalang data anda daripada yang disediakan untuk pihak ketiga melainkan jika: (a) disediakan bagi selainnya dalam Dasar Privasi ini; (b) kebenaran anda diperolehi, seperti apabila anda berkongsi data; (c) perkhidmatan yang disediakan di laman sesawang kami memerlukan interaksi dengan pihak ketiga, atau disediakan oleh pihak ketiga; (d) menurut tindakan undang-undang atau penguatkuasaan undang-undang; (e) apabila didapati bahawa penggunaan laman ini melanggar polisi laman sesawang imsme ini, syarat-syarat perkhidmatan, atau garis panduan penggunaan lain, atau jika ia dianggap semunasabahnya perlu oleh laman sesawang imsme untuk melindungi hak-hak dan/atau harta undang-undang laman sesawang imsme. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan pautan yang dipaparkan di laman sesawang ini untuk melawat laman sesawang lain, anda dinasihatkan untuk membaca dasar privasi yang disiarkan laman sesawang berkenaan. 7. Perlindungan & Pengekalan Data Semua langkah-langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data peribadi itu hendaklah dijalankan oleh CGC. Sekiranya kami mendedahkan data peribadi anda kepada ejen-ejen kami yang diberi kuasa atau penyedia perkhidmatan, mereka perlu melindungi dengan sewajarnya data peribadi yang diberikan kepada mereka. CGC akan mengekalkan data peribadi anda untuk suatu tempoh yang perlu bagi memenuhi tujuan ianya dikumpulkan atau mematuhi keperluan undang-undang, kawal selia dan keperluan dalaman. Selepas itu, data anda akan dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal. 8. Menyunting atau Menghapuskan Maklumat Akaun Anda Anda boleh menyunting maklumat yang disimpan untuk maklumat akaun pengguna anda semasa pendaftaran, dengan melawat panel kawalan akaun pengguna anda. Anda boleh meminta untuk akaun pengguna anda dipadamkan; untuk berbuat demikian, sila hubungi penyelaras lamansesawang. Sila lihat Terma Penggunaan untuk maklumat lanjut. 9. Pembetulan Data/Kemas Kini Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda. Jika anda ingin mengakses data peribadi anda, sila hubungi kami. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin akan mengenakan sedikit bayaran bergantung kepada maklumat yang diminta. Kami juga boleh mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda. CGC komited untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami simpan tentang anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan adalah terkini. Jika terdapat sebarang perubahan kepada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi anda dalam

simpanan kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, sila hubungi pihak kami supaya langkah boleh di ambil untuk mengemaskinikan data peribadi anda. 10. Hubungi Kami Jika anda perlu menghubungi kami, anda boleh menghubungi kami di talian 603-7880 0088 atau kunjungi kami di http://www.imsme.com.my 11. Perubahan Dasar Privasi ini Perubahan boleh dibuat kepada polisi ini dari semasa ke semasa. Anda akan dimaklumkan mengenai perubahan kepada dasar ini sama ada melalui pengumuman dengan jelas di laman sesawang, dan/atau mesej mel yang dihantar ke alamat e-mel anda yang telah disediakan dalam tetapan pengguna anda. Dasar Keselamatan Sistem Pemantauan Untuk tujuan keselamatan dan memastikan bahawa laman sesawang imsme adalah tersedia untuk pengguna, laman sesawang imsme menggunakan program perisian khas untuk trafik rangkaian pemantauan bagi mengenalpasti sebarang percubaan yang tidak dibenarkan untuk memuat naik atau mengubah maklumat, atau sebaliknya menyebabkan kerosakan kepada sistem pelayan sesawang ( server ) imsme. Programprogram ini mengumpul maklumat yang secara langsung mengenal pasti individu dan mengumpul maklumat yang boleh membantu laman sesawang imsme untuk mengenal pasti usaha untuk mengganggu laman sesawangnya. Jika anda menggunakan laman sesawang imsme, adalah dimaklumkan bahawa semua aktiviti boleh dipantau dan direkodkan. Sesiapa yang menggunakan laman sesawang imsme telah bersetuju untuk pemantauan dan rakaman tersebut. Maklumat Log Pelayan sesawang ( server ) imsme secara automatik akan merekodkan maklumat setiap kali anda melawat laman sesawang. Log pelayan sesawang ( server ) ini mungkin termasuk maklumat seperti tarikh dan masa lawatan anda, alamat Protokol Internet anda, jenis pelayan sesawang, bahasa pelayan sesawang, saiz skrin penyemak imbas, dan satu atau lebih cookies yang mengenal pasti pelayan sesawang anda. Maklumat yang dikumpul hanya digunakan untuk menyusun statistik, secara agregat, bagi penggunaan laman sesawang imsme. Cookies Apakah cookies? Cookies adalah sebahagian kecil maklumat yang dikirimkan ke penyemak imbas anda apabila anda mengakses laman sesawang. Penggunaan cookie adalah satu praktis standard industri dan boleh didapati di mana-mana laman sesawang yang utama. Pada halaman laman sesawang tersebut di mana laman sesawang imsme menggunakan cookies untuk memudahkan penggunaan laman sesawang ini, ia tidak mengumpul maklumat peribadi anda. Cookies membantu anda untuk menyimpan pilihan pengguna dan mengesan trend penggunaan secara agregat. Laman sesawang imsme menggunakan cookies untuk menentukan sesi pengguna dan juga untuk menyediakan beberapa ciri-ciri utama untuk laporan penggunaan laman sesawang. Cookies ini adalah unik untuk domain imsme dan tidak boleh diubah atau diambil semula oleh mana-mana perkhidmatan pada domain yang lain.

Google Analytics Laman sesawang imsme menggunakan Google Analytics, satu khidmat luar yang disediakan oleh Google, untuk mendapatkan laporan tentang penggunaan laman sesawang. Maklumat yang dihantar oleh pengguna juga dihantar ke pelayan sesawang yang dikendalikan oleh Google, dan digunakan untuk menyediakan statistik agregat mengenai jumlah lawatan, corak penggunaan dan carian yang dilakukan pada laman sesawang imsme. Maklumat daripada e-mel yang anda hantar kepada laman sesawang imsme Jika anda menghantar mesej e-mel, mesej biasanya akan mengandungi alamat e-mel kembali anda. Jika anda memasukkan maklumat peribadi yang dikenalpasti dalam e-mel anda kerana anda mahu laman sesawang imsme untuk menangani isu-isu tertentu dengan situasi anda, laman sesawang imsme boleh menggunakan maklumat tersebut untuk bertindak balas kepada permintaan anda. mselain itu, e-mel tidak sama sekali terjamin sepenuhnya dari pemintasan. Sila hantar maklumat yang diperlukan untuk membantu laman sesawang imsme memproses permintaan anda. Penyerahan Maklumat Secara Sukarela Dalam laman sesawang imsme, ia telah menyediakan beberapa cara yang membolehkan anda secara sukarela menyerahkan maklumat peribadi (seperti alamat e-mel, nombor telefon atau nama). Sebagai contoh, apabila anda menyerahkan pertanyaan/borang aduan maklum balas kepada laman sesawang imsme. Semua maklumat yang dikemukakan hanya digunakan untuk tujuan yang dinyatakan yang mana ia bertujuan dan tidak diberikan kepada mana-mana pihak ketiga. Keselamatan Penyimpanan Maklumat Peribadi CGC mengekalkan standard keselamatan yang ketat untuk melindungi maklumat peribadi anda yang dihantar melalui e- mel atau secara sukarela seperti yang dinyatakan di atas CGC akan sentiasa memastikan penghantaran, pemprosesan dan penyimpanan data peribadi anda mematuhi Dasar Privasi.