Tips Munakahat Suami Makan Gaji Isteri?

dokumen-dokumen yang mirip
KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 1) i) NAFKAH ORANG ISLAM ii) HADHANAH NAFKAH ORANG ISLAM

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

FARAID ILMU YANG DILUPAKAN

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

HIS 224 INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

1. Perkhidmatan yang ditawarkan :

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

KAUNSELING BIMBINGAN KERJAYA

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?

Munakahat ZULKIFLI, MA

Institusi terulung dalam sejarah Islam dan bertindak sebagai Perbendaharaan Negara Dikenali juga dengan nama Kementerian Kewangan pada masa kini.

BAB 5 DOSA DAN MAKSIAT

TUGASAN 2 (INDIVIDU) SITI AIDA BINTI MUHAMAD A152797

CABARAN IBU TUNGGAL BEKERJAYA DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK-ANAK: SATU KAJIAN DI KOTA TINGGI, JOHOR

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

22/11/2017. Tips Penakluk Hubungan Suami Isteri

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME (SET 12) TAJUK: LAPORAN AKHIR VIDEO THE UNSUNG HERO DISEDIAKAN UNTUK:

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

MENGHAYATI PERAN ISTRI

PERKAHWINAN DALAM ISLAM

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

ISTILAH MUNAKAHAT. Oleh: Meor Shukri Panduan ini adalah PERCUMA. Persediaan Perkahwinan Istilah Munakahat


David Hume: KEPENTINGAN DIRI DAN KEADILAN

BAB IV ANALISIS. A. Analisis Akibat Hukum Pengabaian Nafkah Terhadap Istri. Menurut Undang-Undang Perkawinan No. 1 Tahun 1974.

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

EKONOMI ISLAM. 2. Konsep Penguasaan - Manusia bebas bergerak seluas2nya dlm garis panduan yg disediakan oleh Allah

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4043 Fiqh Mu'amalat (Minggu 1)

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 2 PERATURAN PEMARKAHAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM

BULETIN KUMPULAN HAL EHWAL PESERTA

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

DIMENSIKOOP WANG. Uruslah dengan Bijak. Nurul Aini Muhammad Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. BIL.

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala.

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

BAB III KONSEP MAQASID ASY-SYARI AH DAN PENCEGAHAN TERHADAP NIKAH DI BAWAH TANGAN

4 Langkah Refinance Rumah Untuk Langsaikan Semua Hutang Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

1. PENGERTIAN. a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

HIS 224 INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM

SOAL SELIDIK. Kurang dari 18 tahun [ ] 19 tahun [ ] 20 tahun [ ] 21 tahun [ ] 22 tahun [ ] 23 tahun [ ] 24 tahun [ ] 25 tahun [ ]

41 KELEBIHAN WANITA 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada

BAB I PENDAHULUAN. mahluk Allah SWT, tanpa perkawinan manusia tidak akan melanjutkan sejarah

1 PENDAHULUAN PENDAHULUAN

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

Pengenalan Takaful 45 BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL

Kesetiaan kepada Syarikat

BAB LIMA PENUTUP. sebelumnya. Dalam bab ini juga, pengkaji akan mengutarakan beberapa langkah

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

(100 MARKAH) Calon dikehendaki menjawab lima soalan. Soalan 1 wajib dijawab dan pilih empat soalan yang lain. No. Soalan Jawapan Markah

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

CABARAN SIHAT UNTUK KINI DAN SELAMANYA. Oleh : Norwidayati Nasiman

POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA

40 PrOsPEK hartanah malaysia

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

PERMOHONAN HARTA TAJUK: PUSAKA KECIL TANGGUNGJAWAB WARIS DAN PERANAN PENGHULU

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB 12 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

Undang-Undang Malaysia

Bahagian A. [20 markah]

PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH

BAB IV ANALISA TENTANG TINJAUN HUKUM ISLAM TERHADAP KAWIN DI BAWAH UMUR. A. Analisa Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kawin di Bawah Umur

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

IMAN Siapa yang Anda Percaya

Apabila Aktivis Dakwah Ditimpa Futur (Malas) Muhammad Haniff Hassan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PENDIDIKAN ISLAM PERATURAN PEMARKAHAN

Sains Haji 6: FALSAFAH DI SEBALIK SAIE

MUNAKAHAT : IDDAH, RUJUK, FASAKH,KHULU DISEDIAKAN OLEH: SITI NUR ATIQAH

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD No.96 Jalan Bangsar, Kuala Lumpur Tel : Fax :

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN KOPERASI JABATAN PERDANA MENTERI

Fadhilat Berbaik Sangka

Transkripsi:

Tips Munakahat Suami Makan Gaji Isteri? Tips Munakahat Suami Makan Gaji Isteri? Ekoran dari pencerahan hukum suami makan gaji isteri yang disiarkan oleh Wanita Hari Ini TV3 kami menerima banyak permintaan untuk mengulas lebih lanjut beberapa kontroversi dalam isu ini. Persoalan apakah benar gaji isteri hak suami atau apakah hukum suami memakan harta isteri? Kami sudah lihat rakaman WHI itu dan tidak nampak sebarang

percanggahan secara langsung. Kami lihat ia banyak mencetus rasa tidak puashati yang memang sedang subur dalam banyak rumahtangga moden dewasa ini. Pendekatan hujah lebih bersifat komersial di mana ia lebih mengajak pasangan ke mahkamah. Ini lebih kepada menyuburkan perbalahan antara suami isteri, samada ia membawa penceraian atau tuntutan selepas pasangan bercerai. Pertamanya ingin kami jelaskan lagi bahawa selepas sahaja akad nikah, dosa pahala, tanggungjawab nafkah seorang wanita adalah menjadi tanggungjawab suami secara mutlak. Itu soal pokoknya. APA HUKUM ISTERI BANTU SUAMI BEKERJA? Hal itu sudah dijelaskan dalam siri artikel dilema isteri berkerjaya. Perintah Allah ialah agar isteri duduk dirumah, menjaga rumahtangga, anak dan harta tinggalan suami. Fatimah r.a., Puteri Rasulullah s.a.w. sendiri membantu suaminya membuat roti tetapi tetap dirumah. Ada juga pasangan yang ikut berkerja, tetapi mereka bekerja dengan suami mereka, berniaga dan sebagainya. Pelajarannya ialah selagi rumahtangga tidak terabai dan tiada fitnah nusyuz maka hukumnya harus. Keperluan utama ialah kedamaian dan kesejahteraan rumahtangga. Jika pendapatan suami mencukupi untuk menyara kehidupan yang sederhana dan ditambah dengan habit berpuasa, maka isteri tidak harus keluar bekerja. Dalam hal ini suami boleh jatuh dayus jika ia masih membenarkan apatah lagi menyuruh isteri keluar bekerja. Ini bagi mengelak fitnah nusyuz dan menjaga kebajikan anak-anak di rumah. APA HUKUM SUAMI MAKAN GAJI ISTERI? Asas hujah kami ialah pencarian nafkah itu tanggungjawab suami. Isteri bekerja adalah dengan kebenaran suami. Namun begitu kami juga telah jelaskan bahawa suami yang bermaruah tidak akan memaksa isteri bekerja. Jika terpaksa juga maka ia adalah atas dasar desakan kehidupan dimana pendapatan suami tidak cukup. Ia juga atas persetujuan bersama. Sekiranya suami

cukup pendapatan, ketetapan Allah ialah agar isteri kekal di rumah. Tiadalah isu suami makan gaji isteri dalam hal ini. Semak semula UNTUNGRUGI ISTERI BEKERJA termasuk contoh-contoh yang telah kami beri. Bagi kami perbelanjaan yang tidak seharusnya keluar sekiranya isteri tidak bekerja seperti kenderaan tambahan, belanja perjalanan, maid, taska dan sebagainya BUKAN TANGGUNGAN SUAMI kecuali jika suami mampu dan sukarela menanggungnya. Itu saja fokus kami agar anda kira semula untung ruginya isteri bekerja. Memang kebanyakkan kes yang diajukan kepada kami adalah isteri ingin berhenti bekerja namun ekonomi keluarga tidak mengizinkan. Dalam hal ini isteri yang bekerja adalah atas dasar perintah suami walaupun tidak begitu rela. Isteri seharusnya berusaha menjaga diri menjauhi segala fitnah nusyuz jika keadaan memaksa mereka bekerja. Bilamana gaji suami kecil dan tidak mencukupi, hendaklah diatur melalui prioriti perbelanjaan. Segala keperluan asas rumah tangga harus ditanggung oleh gaji suami dahulu. Apabila itu tidak mencukupi barulah menggunakan gaji isteri. Perbelanjaan asas rumahtangga adalah jihad fi-sabilillah bagi seorang suami. Oleh itu Pemberian pendapatan isteri kepada suami menjadi harus atas dasar darurah. Harus diingat darurah itu bersifat sementara, bukan selamanya. Suami harus berusaha keras untuk segera menamatkannya. Oleh itu jika setelah gaji suami habis namun masih ada yang kurang, disitulah datangnya harus bagi isteri menyerahkan pendapatannya untuk sara keluarga. Isteri pula harus niatkan sebagai infak atau sedekah kepada suaminya yang kekurangan. Suami pula harus ingat itu hanyalah ikhsan isteri dan mereka berhutang MORAL dengan mereka. BAGAIMANA SUNNAH KHADIJAH RA YANG MEWAKAFKAN HARTANYA? Inilah pokok hujah yang membolehkan suami menggunakan harta isteri. Namun lihat dahulu untuk tujuan apa? Ia HANYALAH untuk

tujuan jihad fi sabilillah, bukan sewenang-wenang untuk memenuhi kepentingan peribadi sang suami semata-mata. Terlalu ramai kes yang diajukan kepada kami merujuk situasi dimana suami mengambil kesempatan dari keberadaan harta isteri. Begitu ramai suami yang lepas tangan tentang bil semasa dan belanja makan pakai keluarga hanya kerana isteri bergaji dan berharta. Sekali lagi kami ulangi itu bukan yang kami sarankan. Suami begini adalah dilaknat Allah dan isteri yang bersabar dengan suami seperti ini mendapat ganjaran yang sangat besar disyurga jika mereka redha dan terus bersabar. Lebih malang lagi dimana ada suami yang mengambil mudah akan tanggungjawab mereka. Isteri dan anak diajak duduk serumah dengan mertua. Tambahan pula ibu suami terlalu memanjakan anak lelakinya. Lebih parah lagi bila peraturan Islam tidak berjalan dalam percampuran warga di rumah mertua. Isteri akan tertekan kerana tiada kebebasan mengurus rumahtangga dan terlalu kerap berlaku konflik dengan keluarga mertua. Boleh anda bayangkan bagaimana suami dayus ini mampu membina syurga rumahtangga? Ramai juga suami yang merokok, kaki mabuk, masih menghabiskan masa berpoya-poya dengan aktiviti clubbing, mementingkan hobi berlebihan seperti bermotor besar, modifikasi kereta, drifting, memancing, golf, berjudi dan banyak lagi. Semuanya menghabiskan wang sendiri dengan mengabaikan tanggungjawab rumah tangga. Bukan sahaja isteri harus memikirkan belanja keluarga, malah suami turut meminta wang untuk memenuhi hobi sendiri. Lebih menjijikkan lagi bagi para suami yang malas bekerja, tetapi tidak habis-habis menambah isteri yang bekerja, kononnya menyanyikan sunnah poligami. Isteri tua sering menjadi mangsa. Perhatikan kes study yang telah kami berikan. Kes-kes sebegini amat dikesali dan ia tidak Islamik sama sekali. Tentunya suami begini dalam katagori dayus dan

tempatnya adalah neraka jahannam. Apa itu jahanam dalam rumah tangga? Rasanya anda boleh bayangkan sendiri HUTANG SUAMI TERHADAP ISTERI? Soalan ini mudah sahaja. Jika isteri memberi dengan ikhlas kerana kasihan dan sayangkan suami yang baik, ia tidaklah menjadi hutang dan tiada isu lagi. Apabila isteri tidak redha, suami pula setuju dengan akad pinjam/berhutang wang untuk contohnya belanja rakan pejabat makan-makan atau nak beli motor besar, nak kawin satu lagi maka HUTANG WAJIB DIBAYAR dan isteri boleh menuntut. Jika satu masa suami kembali berakhlak dan isteri redha, hutang boleh dihapus kira oleh isteri atas dasar kasih sayang. Itulah hakikat bahawa perkahwinan itu satu perkongsian. Kerana itu segeralah ajak suami anda kembali kepada cara hidup Islam yang sejahtera. KESIMPULAN Apa sahaja harta peribadi yang tidak dari hasil pemberian suami sewaktu bernikah tidaklah menjadi hak suami sama sekali secara hukum. Ini termasuklah wang simpanan isteri sebelum berkahwin, harta pemberian atau pusaka dari keluarga isteri atau apa sahaja. Namun jika ada keperluan yang jelas ada siroot dan jihad sabilnya, bukan atas jalan maksiat lalu isteri mahu memberi dengan rela atas dasar kasih sayang terhadap suami, maka ia menjadi harus. Pemberian isteri kepada suami atau permintaan mendesak dari suami yang mengabaikan nafkah keluarga, bahkan untuk memenuhi hobi dan nafsu gila suami adalah HARAM. Ini boleh manggalakkan kemaksiatan dan budaya dayus di kalangan suami. Hasilnya pasti NERAKA RUMAHTANGGA. Kami harap kami sudah menjawab setiap persoalan yang bermain di minda anda yang bertanya. Cetusan kami mengikut apa yang kami kaji dan amalkan. Jika anda ada ketetapan yang lebih

baik, sila jangan memberatkan minda untuk mengikuti cetusan kami ini. PENCERAHAN SEMULA Warga Prihatin