PANDUAN MENGISI BORANG

dokumen-dokumen yang mirip
SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN

PERMOHONAN JAWATAN DI DALAM PERKHIDMATAN DI BAWAH BIDANG KUASA ZAKAT PULAU PINANG MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

PANDUAN PENGGUNA HRMIS ATM

PANDUAN MENGISI BORANG MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA, TEVT & ILKA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF

PANDUAN PENGGUNAAN PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI / PONDOK MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

MANUAL PENGGUNA BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018

Manual Pengguna Sistem e- Pengambilan Kakitangan LKIM. (Kategori: Awam) Ver. 3.0 LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA 8 JUN 2015 DISEDIAKAN UNTUK

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN JAWATAN SECARA ONLINE (SISTEM E-RECRUITMENT) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG

Panduan Mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong Online

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK)

TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2017

TAWARAN BIASISWA PENUH PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2018

CENTRE OF TECHNICAL EXCELLENCE SARAWAK BORANG PERMOHONAN

PERMOHONAN BIASISWA WAKAF ILMU UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) JENIS BIASISWA YANG DITAWARKAN

PUSAT PELABURAN NEGERI JOHOR IKLAN JAWATAN KOSONG

IKLAN JAWATAN KOSONG

PANDUAN PENGGUNAAN APLIKASI

PUSAT LUAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA (KULIAH HUJUNG MINGGU)

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA BORANG PERMOHONAN PEKERJAAN

MANUAL PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT GURU MODUL e-prestasi

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Sila baca kelayakan dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang

IKLAN JAWATAN KOSONG

Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan kosong seperti berikut:-

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

BORANG PERMOHONAN PENGANUGERAHAN

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

JAWATAN KOSONG. Jawatan : Pembantu Pegawai Zakat ( Lelaki )

HUMAN RESOURCE MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM PENTADBIR HRMIS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GED N17 (SAMBILAN)

PROGRAM GAP YEAR. UiTM dan Angkatan Tentera Malaysia 1 Tahun. UiTM dan Angkatan Pertahanan Malaysia 1 Tahun. UKM dan Polis DiRaja Malaysia 1 Tahun

INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA (MIROS)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Kumpulan Pelaksana Pengawal Keselamatan KP11 10

Hak Cipta Pusat Zakat, Sedekah &Wakaf UiTM Pulau Pinang Tel : H/P :

KEKOSONGAN JAWATAN MASJID AL-AZHAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27 1 kekosongan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

MANUAL PENGGUNA SISTEM PINJAMAN PELAJARAN MARA (SPIP) 1 P age

Lekatkan gambar berukuran pasport yang terbaru

Bertanggungjawab dalam penyediaan bajet tahunan, melaksana, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji,

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI

BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERMOHONAN JAWATAN JURULATIH SUKAN

Manual Pengguna Sistem ejob PAIP

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2.1 Langkah-langkah untuk pendaftaran sebagai pelajar diploma atau pelajar ijazah 4

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG PERMOHONAN CALON/GURU CEMERLANG PPPLD DGA32 (KUP) HINGGA PPPS GRED KHAS C (KUP)

A. BAHAGIAN I BUTIR-BUTIR PERIBADI

Universiti Teknologi Malaysia

Sistem e-transit Modul Pergerakan

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

UNTUK KEGUNAAN JABATAN PENDAFTAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

MANUAL PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PELAJAR EKSEKUTIF 01 Disember, 2016

TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU MAAHAD AD DINI SULTAN ABDUL HALIM (SEKOLAH LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH) TAHUN 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2018

MyBR1M. 1. MENU MyBR1M

PENERAJU TUNAS POTENSI 2016


FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2017

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG PERMOHONAN GURU CEMERLANG (GC)/ PENSYARAH CEMERLANG (PC)

Universiti Teknologi Malaysia

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN PERUBATAN DI MESIR

Lekatkan gambar berukuran pasport yang terbaru

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA PERMOHONAN SKIM FELLOW

UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG BAGI BAHAGIAN III DAN KE BAWAH

Akses ke laman sesawang Borang Permohonan Dalam Talian:

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

IKLAN JAWATAN KOSONG JURU X RAY INDIVIDU (WARGANEGARA MALAYSIA) YANG BERKELAYAKAN DIPELAWA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN DI BAWAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

BORANG PERMOHONAN PEKERJAAN

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN PERUBATAN DI MESIR

BORANG MAKLUMAT DIRI

IKLAN JAWATAN KOSONG

Senarai Kandungan. Bil. Modul & Menu Muka surat

PERMOHONAN UNTUK JAWATAN DI DALAM PERKHIDMATAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PAHANG SENDIRIAN BERHAD

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2016

IKLAN JAWATAN KOSONG KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK KUMPULAN PERKHIDMATAN PELAKSANA

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH PERTAMA MELALUI SALURAN KEDUA KEMASUKAN SEPTEMBER SESI 2011/2012

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PERMOHONAN SKIM LATIHAN AKADEMIK MUDA (SLAM) (UTMLEAD/SLAM/01/2015)

BAHAGIAN BIASISWA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PANDUAN PENGGUNA. Modul 1

A. KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL 1. PUSTAKAWAN (GRED S41) Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut: a) Warganegara Malaysia;

BAHAGIAN LATIHAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

BORANG PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN PAK RASHID UPM BAHAGIAN 1 BUTIRAN DIRI PEMOHON - - BAHAGIAN II BUTIRAN PENGAJIAN

PUSAT PELABURAN NEGERI JOHOR IKLAN JAWATAN KOSONG

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (Bahagian Sumber Manusia) NAMA PEMOHON: Sekiranya kakitangan UKM sila masukkan No. UKM(PER) NAMA JAWATAN YANG DIPOHON:

Dapatkan sekarang Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan di laman

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PROFIL PERKHIDMATAN

1.3 Setelah selesai mengisi, sila klik menu Continue pada bahagian bawah paparan. sasi/penempatan

Transkripsi:

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 CARA MENCAPAI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN....2 2.0 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN....6 A. Maklumat Peribadi Pemohon.. 6 B. Maklumat Akademik Pemohon....10 C. Maklumat Ko-Kurikulum.23 D. Maklumat Tambahan...25 E. Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL.27 F. Semakan Maklumat Peribadi Pemohon.....33 G. Pengakuan Pemohon..34 H. Pemberitahuan..35 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 1

1.0 CARA MENCAPAI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8i) Ikuti langkah-langkah berikut untuk mencapai laman Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i): 1. Pada ruang Address di Internet Explorer taipkan alamat web berikut: http://www.spa.gov.my 2. Tekan kekunci Enter atau klik Go (Internet Explorer 6.0). 3. Anda akan melihat Portal Rasmi SPA seperti di Rajah 1.0-1. Rajah 1.0-1 : Skrin Portal Rasmi SPA 4. Klik pautan Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 2

5. Skrin seperti yang tertera di Rajah 1.0-2 dipaparkan. Rajah 1.0-2 : Pautan Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i) 6. Pilih butang Berkhidmat/KPSL (anda mestilah sedang berkhidmat ATAU Kenaikan Pangkat Secara Lantikan KPSL di sektor awam jika ingin memohon menggunakan borang ini). Butang pilihan ini akan menentukan jawatan-jawatan yang anda layak memohon. 7. Skrin seperti yang tertera di Rajah 1.0-3 dipaparkan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 3

Rajah 1.0-3 : Maklumat borang pendaftaran (SPA8i) Berkhidmat/KPSL 8. Sila baca maklumat yang dipaparkan termasuk Maklumat Jawatan, Maklumat Pengiktirafan dan Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan bagi mengelakkan anda memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki. 9. Klik pada butang BORANG PENDAFTARAN (SPA8i). 10. Skrin seperti yang tertera di Rajah 1.0-4 dipaparkan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 4

Rajah 1.0-4 : Borang pendaftaran (SPA8i) Berkhidmat/KPSL Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 5

2.0 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8i) A. Maklumat Peribadi Pemohon Rajah 2.0-1 : Maklumat Peribadi Pemohon Sila isikan Nombor Kad Pengenalan anda (sama seperti dalam MyKad). Bagi pemohon yang tidak mempunyai Nombor Kad Pengenalan (Baru), wajib mengisi kad pengenalan (Lama/Tentera/Polis). Rujuk Rajah 2.0-1 atau contoh seperti berikut: 1. Nombor Kad Pengenalan (Baru) 540603-03-5550 isikan: 540603035550 2. Nombor Kad Pengenalan (Lama/Tentera/Polis) a. 4824163 isikan: 4824163 b. H 0432516 isikan: H0432516 c. RF 1234 isikan: RF1234 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 6

3. Sila pilih jawatan-jawatan yang layak dipohon pada ruangan Jawatan 1. Anda juga dibolehkan untuk memenuhi ruangan Jawatan 2 hingga 5 dan jawatan yang anda pilih hendaklah tidak berulang (Jawatan- jawatan yang layak adalah mengikut pilihan borang). Sila baca Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum memohon bagi mengelakkan anda memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki. Rujuk Rajah 1.0-3. 4. Sila pilih Pusat Temuduga/Ujian Khas Yang Dipilih mengikut kesesuaian. 5. Sila isikan Alamat e-mel anda yang aktif. Contoh : rosniyati@yahoo.com 6. Sila isikan Nama Penuh anda (sama seperti dalam MyKad). Contoh : Nama Penuh : SYARIFAH ROSNIYATI BINTI HAJI SYED KAMARUL MANSOR Rajah 2.0-2 : Samb. Maklumat Peribadi Pemohon Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 7

7. Sila isikan Alamat Surat-Menyurat seperti nombor peti surat / nombor rumah, nama jalan, nama taman/kampung. Sekiranya ruangan tidak mencukupi, sila ringkaskan ejaan dan singkatan yang digunakan mestilah mudah difahami. 8. Sila isikan Poskod alamat surat-menyurat anda dengan jelas. 9. Sila isikan Bandar alamat surat-menyurat anda dengan jelas. 10. Sila pilih Negeri alamat surat-menyurat anda dengan betul. 11. Sila isikan Nombor Telefon anda yang boleh dihubungi (jika ada). Sila pilih kod nombor telefon anda dengan betul dan isikan nombor berikutnya pada ruang kosong. Contoh : Nombor Telefon : 03-89451010 Kod nombor telefon yang dipilih adalah 03 dan nombor berikutnya yang dimasukkan adalah 89451010 12. Sila isikan Tarikh Lahir anda mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh lahir juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan. Sekiranya anda mengisi no.kad pengenalan (baru) pada maklumat peribadi pemohon no.1 (Rujuk No.1), sila abaikan langkah ini. Tetapi anda digalakkan menyemak Tarikh Lahir anda. Contoh : Tarikh Lahir : 31 Disember 1980 Isikan : 31/12/1980 13. Sila pilih Negeri Tempat Lahir seperti berikut : a. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Pemohon. Sekiranya anda mengisi no.kad pengenalan (baru) pada maklumat peribadi pemohon no.1 (Rujuk No.1), sila abaikan langkah ini. b. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Ibu Pemohon. c. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Bapa Pemohon. 14. Sila pilih Jantina anda sama ada Lelaki atau Perempuan. 15. Sila pilih Taraf Perkahwinan anda. 16. Sila pilih Keturunan anda. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 8

Rajah 2.0-3 : Samb. Maklumat Peribadi Pemohon 17. Sila pilih Agama yang dianuti oleh anda. 18. Sila pilih Warganegara anda. 19. Sila pilih Pemegang Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya pemohon adalah pemegang biasiswa tersebut di Peringkat Diploma dan ke atas sahaja. 20. Sila pilih Penerima Bantuan sekiranya ibu/bapa/pemohon menerima bantuan Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) / Bantuan Kebajikan Masyarakat / Program Perumahan Rakyat (PPR). a. Sekiranya berkaitan, sila isikan No. Pendaftaran/Rujukan. 21. Sila isikan kelas Lesen Kenderaan anda sekiranya berkaitan. Klik pada kelas yang berkaitan dan tanda akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Lesen Kenderaan ini penting bagi jawatan tertentu seperti Juruaudio Visual. Oleh itu, anda dikehendaki mengisi ruangan ini sekiranya meminta jawatan yang berkaitan. Setelah selesai, sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 9

B. Maklumat Akademik Pemohon Rajah 2.0-4 : Maklumat Akademik Pemohon Keputusan Peperiksaan PMR/SRP/LCE atau Setaraf 1. Sila isikan Keputusan Peperiksaan PMR/SRP/LCE atau Setaraf. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-4. 1.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. 1.2. Sila pilih Jenis sijil menduduki peperiksaan. 1.3. Sila pilih Pangkat yang diperolehi dan kosongkan bagi pemegang Sijil PMR. 1.4. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam ruangan Gred kerana subjek tersebut adalah wajib diisi. 1.5. Sila pilih matapelajaran selain Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan maksimum 10 matapelajaran sahaja. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 10

Rajah 2.0-5 : Maklumat Akademik Pemohon Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -- Peperiksaan kali pertama Makluman: Sekiranya anda mengambil SPM mengikut sistem terbuka (tahun 2000 ke atas) lebih dari sekali untuk tiga tahun berturut-turut (cth: tahun 2000, 2001, 2002), anda boleh mengisi dua keputusan terbaik di ruangan Peperiksaan kali pertama dan Peperiksaan kali kedua mengikut tahun peperiksaan yang diambil. 2. Sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -- Peperiksaan kali pertama. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-5. 2.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. 2.2. Sila pilih Jenis sijil menduduki peperiksaan. 2.3. Sila pilih Pangkat yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM yang mengikut sistem terbuka. 2.4. Sila pilih LULUS atau GAGAL bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM yang mengikut sistem terbuka. 2.5. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam ruangan Gred kerana subjek tersebut adalah wajib diisi. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 11

2.6. Sila pilih matapelajaran selain Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan maksimum 10 matapelajaran sahaja. Rajah 2.0-6 : Maklumat Akademik Pemohon Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -- Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki SPM mengikut sistem terbuka Sahaja) 3. Seterusnya sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -- Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki SPM mengikut sistem terbuka Sahaja). Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-6. 3.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. 3.2. Sila pilih matapelajaran mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan maksimum 10 matapelajaran sahaja. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 12

Rajah 2.0-7 : Maklumat Akademik Pemohon Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai / SAP / SPM/ STPM / Universiti atau Setaraf 4. Seterusnya sila isikan keputusan Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai / SAP / SPM/ STPM / Universiti atau Setaraf sekiranya berkaitan. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-7. 4.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. 4.2. Sila pilih Jenis peperiksaan Bahasa Melayu yang diduduki. 4.3. Sila pilih Gred peperiksaan Bahasa Melayu yang diperolehi. 4.4. Sila pilih LULUS atau GAGAL bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu yang diperolehi. Rajah 2.0-8 : Maklumat Akademik Pemohon Peperiksaan Matematik Kertas Julai 5. Seterusnya sila isikan keputusan Peperiksaan Matematik Kertas Julai sekiranya berkaitan. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-8. 5.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. 5.2. Sila pilih Gred peperiksaan Matematik Kertas Julai yang diperolehi. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 13

Rajah 2.0-9 : Maklumat Akademik Pemohon Keputusan Peperiksaan STPM/STP/HSC -- Peperiksaan kali pertama 6. Sila isikan Keputusan Peperiksaan STPM/STP/HSC -- Peperiksaan kali pertama (sekiranya berkaitan). Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-9. 6.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. 6.2. Sila pilih Jenis sijil menduduki peperiksaan. 6.3. Sila pilih Pangkat yang diperolehi dan kosongkan bagi pemegang Sijil STPM. 6.4. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Pengajian Am dalam ruangan Gred kerana subjek tersebut adalah wajib diisi. 6.5. Sila pilih matapelajaran selain Pengajian Am mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan maksimum 5 matapelajaran sahaja. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 14

Rajah 2.0-10 : Maklumat Akademik Pemohon Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki STPM Sahaja) 7. Sila isikan Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki STPM Sahaja). Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-10. 7.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. 7.2. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Pengajian Am dalam ruangan Gred kerana subjek tersebut adalah wajib diisi. 7.3. Sila pilih matapelajaran selain Pengajian Am mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan maksimum 5 matapelajaran sahaja. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 15

Rajah 2.0-11 : Maklumat Akademik Pemohon Keputusan Peperiksaan STAM -- Peperiksaan kali pertama 8. Sila isikan Keputusan Peperiksaan STAM -- Peperiksaan kali pertama (sekiranya berkaitan). Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-11. 8.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. 8.2. Sila pilih Jenis sijil menduduki peperiksaan. 8.3. Sila pilih Pangkat yang diperolehi. 8.4. Sila pilih matapelajaran dan Gred mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan maksimum 10 matapelajaran sahaja. Adalah diingatkan mata pelajaran tersebut hendaklah tidak berulang. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 16

Rajah 2.0-12 : Maklumat Akademik Pemohon Keputusan Peperiksaan STAM -- Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki STAM Sahaja) 9. Sila isikan Keputusan Peperiksaan STAM -- Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki STAM Sahaja). Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-12. 9.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. 9.2. Sila pilih Pangkat yang diperolehi. 9.3. Sila pilih matapelajaran dan gred mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan maksimum 10 matapelajaran sahaja. Adalah diingatkan mata pelajaran tersebut hendaklah tidak berulang. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 17

Rajah 2.0-13 : Maklumat Akademik Pemohon Kelayakan Daripada Badan-Badan Profesional dan Ikhtisas 10. Seterusnya sila isikan maklumat Kelayakan Daripada Badan-Badan Profesional dan Ikhtisas. Ruangan ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang memiliki sijil daripada badan-badan profesional dan ikhtisas yang diiktiraf oleh kerajaan selain daripada butiran Kelulusan Pengajian Tinggi ATAU salah satu daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke jawatan berkenaan. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-13. 10.1. Sila pilih Sijil Pendaftaran daripada Badan Profesional dan Ikhtisas. Kelulusan Profesional/Ikhtisas Dan Sijil-Sijil Lain boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah 2.0-14 di bawah akan dipaparkan. Rajah 2.0-14 : Maklumat Akademik Pemohon Kelulusan Profesional/Ikhtisas Dan Sijil-Sijil Lain Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 18

10.2. Klik butang Cari untuk memaparkan semua sijil kelulusan atau sila isikan Sijil berkaitan dan klik butang Cari untuk memaparkan sijil kelulusan yang dikehendaki. 10.3. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 2.0-13 akan dipaparkan semula. 10.4 Sila isikan Tarikh Menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh anda menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan. Contoh : Tarikh menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan: 19 Januari 2010 Isikan : 19/01/2010 Rajah 2.0-15 : Maklumat Akademik Pemohon Kelulusan Pengajian Tinggi (PhD/Sarjana/Ijazah/Diploma/Sijil/Pelajar Tahun Akhir) 11. Seterusnya sila baca arahan yang tertera sebelum mengisi maklumat Kelulusan Pengajian Tinggi (PhD/Sarjana/Ijazah/Diploma/Sijil/Pelajar Tahun Akhir). Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-15. (a) Sila pilih Tahun Graduasi diperolehi. (b) Sila pilih PNGK/CGPA yang diperolehi. Contoh : 3.75: Sila pilih 3 dan isikan 75 pada ruang kosong di sebelah. 3.50: Sila pilih 3 dan isikan 50 pada ruang kosong di sebelah. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 19

(c) Sila pilih Peringkat Kelulusan yang diperolehi. (d) Sila pilih Institusi yang mengeluarkan sijil yang diperolehi. Institusi tersebut boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Carian dan skrin seperti Rajah 2.0-16 di bawah akan dipaparkan. Rajah 2.0-16 : Maklumat Akademik Pemohon Institusi Pengajian Tinggi 11.1. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Institusi atau sila pilih Institusi Luar/Dalam Negara dan Negara (sekiranya institusi luar negara) klik butang Cari untuk memaparkan maklumat Institusi. 11.2. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 2.0-15 akan dipaparkan semula. (e) Sila pilih sama ada YA atau TIDAK Institusi tersebut Institusi Francais Luar Negara. (f) Sila isikan nama Institusi sekiranya Institusi tersebut tiada dalam senarai. (g) Sila pilih Pengkhususan (Bidang) Pengajian anda. Pengkhususan tersebut boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Carian dan skrin seperti Rajah 2.0-17 di bawah akan dipaparkan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 20

Rajah 2.0-17 : Maklumat Akademik Pemohon Pengkhususan 11.3. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Pengkhususan atau sila pilih Bidang Pengkhususan dan klik butang Cari untuk memaparkan maklumat Pengkhususan. 11.4. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 2.0-15 akan dipaparkan semula. (h) Seterusnya sila isikan Pengkhususan sekiranya Pengkhususan tersebut tiada dalam senarai. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 21

Rajah 2.0-18 : Maklumat Akademik Pemohon Samb. Kelulusan Pengajian Tinggi (PhD/Sarjana/Ijazah/Diploma/Sijil/Pelajar Tahun Akhir) 12. Langkah 11 perlu diulang bagi no. 2 dan no.3 (rujuk Rajah 2.0-18) sekiranya berkaitan. Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Untuk kembali ke muka surat borang, sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang. Rujuk Rajah 2.0-19 seperti di bawah. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 22

Pautan kembali ke borang Rajah 2.0-19 : Maklumat Akademik Pemohon Samb. Kelulusan Pengajian Tinggi (PhD/Sarjana/Ijazah/Diploma/Sijil/Pelajar Tahun Akhir) C. Maklumat Ko-Kurikulum Rajah 2.0-20 : Maklumat Ko-Kurikulum Sukan/Persatuan/Kepimpinan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 23

1. Sila pilih Sukan yang disertai di ruangan Sukan dan Peringkat penyertaan di ruangan Peringkat. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-20. 2. Sila isikan Nama Persatuan yang disertai di ruangan Nama Persatuan dan pilih Jawatan yang disandang dan Peringkat penyertaan di ruangan Jawatan dan Peringkat. Pautan kembali ke borang Rajah 2.0-21 : Maklumat Ko-Kurikulum Rekacipta dan Inovasi/Pencapaian Khas/Pekerjaan Sekarang 3. Sila isikan Jenis Rekacipta dan inovasi, pilih Sumbangan yang anda berikan dan peringkat penyertaan. 4. Sila isikan Pencapaian Khas / Istimewa (sekiranya ada). Rujuk contoh yang diberi. 5. Sila pilih Status Pekerjaan anda sekarang. Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Untuk kembali ke muka surat borang, sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang. Rujuk Rajah 2.0-21 seperti di atas. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 24

D. Maklumat Tambahan Rajah 2.0-22 : Maklumat Tambahan Kurang Upaya 1. Sila pilih Jenis Kurang Upaya sekiranya anda adalah Orang Kurang Upaya (OKU) dan sila abaikan sekiranya tidak berkaitan. Kategori ketidakupayaan boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah 2.0-23 di bawah akan dipaparkan. Sekiranya berkaitan, sila masukkan No. Pendaftaran. Rajah 2.0-23 : Maklumat Tambahan Kategori Ketidakupayaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 25

1.1. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 2.0-24 di bawah akan dipaparkan. Pautan kembali ke borang Rajah 2.0-24 : Maklumat Tambahan Bakat/Kebolehan Bahasa/BekasTentera/Polis 2. Sila pilih Bakat yang dimiliki sekiranya anda memohon jawatan di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Bakat dan Seni. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-24. 3. Sila pilih kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu dan Tahap Penguasaan anda bagi setiap Bahasa/Dialek tersebut. 4. Sekiranya anda Bekas Tentera / Bekas Polis, sila pilih kategori anda sebagai bekas tentera / bekas polis dan sila abaikan sekiranya tidak berkaitan. Selepas pilih kategori, pangkat dalam kategori akan dipaparkan. Contoh: Kategori : Bekas Polis Pangkat dalam polis : Sila pilih maklumat daripada senarai yang disediakan 4.1. Seterusnya sila pilih sama ada anda bekas tentera / bekas polis yang menerima Pencen / Ganjaran sahaja. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 26

Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Untuk kembali ke muka surat borang, sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang. Rujuk Rajah 2.0-24 seperti di atas. E. Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL Borang Pengesahan Ketua Jabatan Rajah 2.0-25 : Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL 1. Sila baca Peringatan Penting. Skrin ini hanya boleh diisi oleh Pegawai Sedang Berkhidmat dan Pemohon KPSL. Sekiranya tidak berkaitan, sila abaikan skrin ini dan sila klik butang Seterusnya. 2. Sila klik pada Pengesahan Ketua Jabatan (Lampiran A) atau Lampiran A dan Lampiran D untuk muat turun borang PENGESAHAN KETUA JABATAN dan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-25. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 27

3. Sila pilih Jenis Perkhidmatan sekarang. 4. Sila pilih Taraf Jawatan sekarang. 5. Sila isikan Tarikh Lantikan Pertama ke Perkhidmatan Awam mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh Lantikan Pertama ini bermaksud tarikh pertama kali melaporkan diri di sektor awam. Tarikh lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan. Contoh : Tarikh Lantikan Pertama ke Perkhidmatan Awam: 04 Jun 2003 Isikan : 04/06/2003 Rajah 2.0-26 : Samb. Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL 6. Sila pilih Skim Perkhidmatan Sekarang (Hakiki). Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-26. Skim Perkhidmatan Sekarang (Hakiki) boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah 2.0-27 di bawah akan dipaparkan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 28

Rajah 2.0-27 : Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL Skim / Jawatan 6.1. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Skim / Jawatan atau sila pilih Kategori Skim dan klik butang Cari untuk memaparkan maklumat Skim / Jawatan. 6.2. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 2.0-26 di atas akan dipaparkan semula. 7. Sila isikan pada ruang kosong Skim Perkhidmatan Sekarang sekiranya tiada dalam senarai yang dipilih. 8. Sila isikan Tarikh Lantikan ke Skim Perkhidmatan Sekarang (Hakiki) mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh Lantikan ke Skim Perkhidmatan Sekarang bermakna tarikh anda dilantik ke jawatan yang semasa. Ianya mungkin sama sekiranya anda tidak pernah menukar jawatan dan berbeza sekiranya terdapat perubahan jawatan. Tarikh lantikan ke skim perkhidmatan sekarang (hakiki) juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan. Contoh : Tarikh Lantikan ke Skim Perkhidmatan Sekarang (Hakiki): 04 Jun 2003 Isikan : 04/06/2003 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 29

9. Sila isikan Tarikh Pengesahan Skim Perkhidmatan Sekarang (Jika Berkenaan) mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh pengesahan skim perkhidmatan sekarang (jika berkenaan) juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan. Contoh : Tarikh Pengesahan Skim Perkhidmatan Sekarang: 04 Jun 2003 Isikan : 04/06/2003 10. Sila pilih Gred Jawatan Sekarang (Hakiki) anda. 11. Sila pilih Kementerian/Jabatan Tempat Bertugas anda. Kementerian/Jabatan Tempat Bertugas boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah 2.0-28 di bawah akan dipaparkan. Rajah 2.0-28 : Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL Kementerian / Jabatan 11.1. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Kementerian / Jabatan atau sila isi Kementerian / Jabatan dan klik butang Cari untuk memaparkan maklumat Kementerian / Jabatan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 30

11.2. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 2.0-29 di bawah akan dipaparkan semula. Rajah 2.0-29 : Samb. Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL 12. Sila isikan pada ruang kosong Kementerian / Jabatan sekiranya tiada dalam senarai yang dipilih. 13. Sila pilih Negeri Tempat Bertugas anda. 13. Bagi pemohon yang telah lulus semua peperiksaan yang disyarat untuk KPSL, sila isikan maklumat Peperiksaan Khas Yang Melayakkan KPSL. 14. Sila isikan Tarikh Lulus Peperiksaan KPSL Yang Terakhir mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh Lulus Peperiksaan KPSL Yang Terakhir juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan. Contoh : Tarikh Lulus Peperiksaan KPSL Yang Terakhir : 04 Jun 2003 Isikan : 04/06/2003 15. Sila pilih Jenis Peperiksaan yang telah diduduki. Kelulusan boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah 2.0-30 di bawah akan dipaparkan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 31

Rajah 2.0-30 : Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL - Kelulusan 15.1. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Kelulusan atau sila pilih Jenis Kelulusan dan klik butang Cari untuk memaparkan maklumat Kelulusan. 15.2. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 2.0-31 di bawah akan dipaparkan semula. Pautan kembali ke borang Rajah 2.0-31 : Samb. Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 32

16. Sila isikan pada ruang kosong Jenis Peperiksaan sekiranya tiada dalam senarai yang dipilih. Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Untuk kembali ke muka surat borang, sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang. Rujuk Rajah 2.0-31 seperti di atas. F. Semakan Maklumat Peribadi Pemohon Pautan kembali ke borang Rajah 2.0-32 : Maklumat Peribadi Pemohon 1. Sila pastikan Maklumat Peribadi Pemohon yang diisi adalah tepat. 1.1. Sila pastikan No. Kad Pengenalan, Nama Penuh dan Alamat yang diisi adalah tepat. 1.2. Pada peringkat ini, anda digalakkan menyemak kembali semua maklumat yang telah dimasukkan dengan menekan pautan Maklumat Peribadi Pemohon, Maklumat Akademik Pemohon, Maklumat Ko-Kurikulum, Maklumat Tambahan ataupun Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat dan Pemohon KPSL. Sila buat pembetulan sekiranya perlu. Untuk kembali ke muka surat borang, sila klik pautan di bahagian atas borang. Rujuk Rajah 2.0-32 seperti di atas. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 33

G. Pengakuan Pemohon Rajah 2.0-33 : Pengakuan Pemohon 1. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Adalah diingatkan bahawa anda telah membuat pengakuan bahawa anda memahami Akta Suruhajaya Perkhidmatan 1957 boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda RM2,000.00 atau kedua-duanya sekali jika maklumat yang dimasukkan adalah palsu. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-33. 2. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 34

H. Pemberitahuan Rajah 2.0-34 : Skrin Pemberitahuan 1. Skrin Pemberitahuan seperti Rajah 2.0-34 dipaparkan sekiranya maklumat anda tiada kesilapan. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran. 2. Sila Cetak Pemberitahuan untuk rujukan anda. Hasil cetakan adalah seperti skrin Rajah 2.0-35 di bawah. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 35

Rajah 2.0-35 : Cetakan Skrin Pemberitahuan 3. Permohonan anda telah pun selesai jika mendapat Skrin Pemberitahuan ini. Selamat mengisi borang! Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 36