SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

dokumen-dokumen yang mirip
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

BAHAGIAN TUJUAN. makna. yang lain. kredit;

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

BAHAGIAN I PERMULAAN

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Akaun Pelaburan Waheed

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP25: GARIS PANDUAN AKTIVITI PAJAK GADAI ISLAM (AR-RAHNU) BAHAGIAN A: PENGENALAN

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

KOPERASI GURU-GURU LEPASAN MAKTAB/ PUSAT LATIHAN HARIAN PAHANG (KOGURU) BERHAD. Peraturan-peraturan AKTIVITI KREDIT

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

GP21: GARIS PANDUAN PELIKUIDASIAN KOPERASI BAHAGIAN A: PENGENALAN

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Aset Kerajaan

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

BORANG PERMOHONAN KERJASAMA KHAZANAH-UKM

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

JUMLAH DIPOHON : RM TEMPOH BAYAR BALIK : BULAN

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

MANUAL PENGGUNAAN SISTEM PERMOHONAN ATAS TALIAN MODUL DIVIDEN UNTUK PENGGUNA KOPERASI VERSI 1.0

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

BAB 6 PENGURUSAN ASET

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2013

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2015

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

LAMPIRAN A GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN (BBTP)

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

Transkripsi:

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 1 / 20 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta) bertujuan untuk memantau dan mengawal koperasi yang melaburkan wang dalam harta tak alih. TAFSIRAN 2. Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain pelaburan dalam harta tak alih mempunyai maksud memperoleh, memegang atau melabur dalam harta tak alih sepertimana yang dimaksudkan di bawah subseksyen 54A(1) Akta. LATAR BELAKANG 3. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) mendapati segelintir koperasi telah membuat pelaburan dalam harta tak alih tanpa mengambil kira keperluan semasa dan kedudukan kewangan mereka. Antara masalah yang timbul dalam pelaburan harta tak alih adalah berpunca daripada faktor-faktor seperti berikut:

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 2 / 20 (a) (c) (d) (e) (f) (g) memperoleh harta tak alih pada harga belian melebihi nilai pasaran semasa; memperoleh harta tak alih dengan menggunakan pinjaman atau pembiayaan luar pada kadar faedah atau kos yang tinggi; terlalu ghairah mengejar pulangan tinggi daripada pelaburan yang berunsur spekulasi; membuat pelaburan melebihi skop dan had yang ditetapkan dalam mesyuarat agung; melabur tanpa membuat perancangan dan kajian yang teliti atau tidak merujuk kepada mereka yang kompeten dalam bidang berkenaan; koperasi tiada kepakaran dan kemahiran dalam membuat pelaburan harta tak alih; dan pelaburan dibuat kerana kepentingan pihak tertentu termasuk kepentingan anggota Lembaga. 4. Bagi memastikan koperasi dan anggota-anggotanya mendapat manfaat daripada pelaburan yang dibuat, maka kawalan yang sistematik termasuk kajian kebolehlaksanaan (feasibility study), kelulusan pihak berkuasa dan kecukupan kewangan hendaklah dilaksanakan. BAHAGIAN B: PELABURAN HARTA TAK ALIH 5. Bagi maksud garis panduan ini, tujuan pelaburan harta tak alih dibahagikan kepada dua iaitu untuk (a) kegunaan harian koperasi; atau menjana pulangan.

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 3 / 20 PENGECUALIAN 6. Pelaburan dalam keadaan berikut dikecualikan daripada mendapatkan kelulusan Suruhanjaya sekiranya pemerolehan, pemegangan atau pelaburan harta tak alih adalah bagi maksud (a) (c) (d) pelunasan hutang anggota koperasi; pelaksanaan aktiviti utama koperasi; pembelian pejabat dan premis perniagaan koperasi; dan pemberian kemudahan perumahan atau kemudahan lain kepada pekerja koperasi. 7. Pelaburan dalam harta tak alih dengan menggunakan kemudahan Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-JPK), tidak memerlukan kelulusan di bawah garis panduan ini. HAD PELABURAN 8. Pelaburan bagi pemilikan harta tak alih yang dimaksudkan di bawah subseksyen 54A(1) dan (2) Akta hendaklah tidak melebihi had yang ditetapkan dalam peraturan, arahan atau surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa. SYARAT-SYARAT PELABURAN HARTA TAK ALIH 9. Koperasi hendaklah terlebih dahulu memastikan sekurang-kurangnya syaratsyarat berikut dipatuhi (a) pelaburan harta tak alih dibenarkan di bawah undang-undang kecil koperasi; harta tak alih itu mempunyai hak milik berdaftar yang sah;

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 4 / 20 (c) harta tak alih itu bebas daripada bebanan; (d) (e) harta tak alih itu dinilai oleh mana-mana penilai bertauliah dan harga belian hendaklah tidak melebihi nilai pasaran semasa; skop dan had pelaburan harta tak alih diluluskan oleh mesyuarat agung; (f) pelaburan harta tak alih diluluskan oleh mesyuarat Lembaga; (g) pelaburan harta tak alih tidak akan menjejaskan aktiviti utama koperasi; (h) pelaburan harta tak alih bukan untuk spekulasi; (i) (j) pelaburan harta tak alih tidak melibatkan kepentingan anggota Lembaga; dan mematuhi peruntukan undang-undang bertulis lain yang berkaitan. PANDUAN BAGI MEMBUAT PELABURAN HARTA TAK ALIH 10. Bagi tujuan pelaburan dalam harta tak alih, koperasi hendaklah memastikan perkara-perkara berikut diambil kira (a) Kesediaan Koperasi (i) (ii) (iii) koperasi hendaklah membuat perancangan yang teliti dari segi pengurusan, kewangan dan sebagainya sebelum membuat keputusan untuk melabur; kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) hendaklah dibuat bagi setiap cadangan pelaburan harta tak alih. Hanya pelaburan harta tak alih yang berdaya maju dan menguntungkan wajar diteruskan; bagi memastikan ketelusan pengurusan koperasi, skop dan had pelaburan harta tak alih hendaklah dibentang dan diluluskan dalam mesyuarat agung dan mesyuarat Lembaga koperasi;

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 5 / 20 (iv) pelaburan dalam harta tak alih bukan untuk spekulasi dan ia tidak akan menjejaskan aktiviti utama koperasi; (v) undang-undang kecilnya membenarkan aktiviti pelaburan dan ia tidak melibatkan kepentingan mana-mana anggota Lembaga. Analisis Harta Tak Alih Kajian kebolehlaksanaan hendaklah mengambil kira perkara berikut (i) (ii) (iii) (iv) (v) kesan pelaburan ke atas kewangan koperasi; pelaburan mempunyai daya maju atau menguntungkan; prospek atau perkembangan terkini seperti kemungkinan berlaku pengambilalihan (take over), perolehan (acquisition) atau penggabungan (merger) yang boleh memberi kesan terhadap status pelaburan; keadaan ekonomi semasa yang mempengaruhi pelaburan; dan polisi pihak Kerajaan yang boleh memberi kesan kepada pelaburan. DOKUMEN BAGI TUJUAN PERMOHONAN 11. Bagi tujuan permohonan pelaburan dalam harta tak alih, koperasi hendaklah mengemukakan dokumen berikut dengan lengkap: (a) surat permohonan seperti format di Lampiran 1; kertas kerja permohonan pelaburan dalam harta tak alih seperti format di Lampiran 2; (c) cabutan minit mesyuarat agung dan mesyuarat Lembaga yang disahkan; (d) penyata harta-harta mudah tunai seperti format di Lampiran 3;

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 6 / 20 (e) salinan penyata terimaan dan bayaran atau akaun pengurusan yang terkini, mana berkaitan; (f) penyata kewangan teraudit bagi tiga tahun terakhir; (g) (h) (i) (j) surat tawaran atau salinan slip deposit bagi pembelian harta tak alih, mana berkaitan; salinan hak milik harta tak alih berdaftar yang sah, jika berkaitan; laporan penilaian harta tak alih yang dinilai oleh mana-mana penilai bertauliah, jika berkaitan; dan dokumen tambahan lain bagi menyokong permohonan. BAHAGIAN C : KEPERLUAN KAWAL SELIA TADBIR URUS Lembaga Koperasi 12. Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan (a) polisi pelaburan harta tak alih adalah: (i) (ii) selaras dengan aktiviti perniagaan sepertimana termaktub dalam undang-undang kecilnya; dan bersesuaian dengan kecukupan modal, kepakaran pengurusan dan risikonya. Pelaburan harta tak alih adalah bersesuaian dengan objektif aktiviti perniagaan dan halatuju koperasi;

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 7 / 20 (c) (d) prosedur pelaburan harta tak alih koperasi dibentangkan untuk kelulusan mesyuarat Lembaga dan hendaklah dikaji dari semasa ke semasa serta dipinda sekiranya perlu; koperasi dalam setiap masa mengamalkan tadbir urus yang baik; (e) pengurusan koperasi yang dipertanggungjawabkan mempunyai keupayaan untuk mengurus pelaburan harta tak alih; (f) (g) (h) proses pengurusan risiko dalam pelaburan harta tak alih adalah mencukupi dan berfungsi; suatu sistem penyeliaan yang teratur diwujudkan dalam hal pengurusan pelaburan harta tak alih oleh koperasi; dan pelaburan harta tak alih yang dibuat tidak memudaratkan koperasi. 13. Pengurusan koperasi hendaklah memberi taklimat kepada Lembaga mengenai pelaburan harta tak alih sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan. Lembaga hendaklah memantau prestasi portfolio pelaburan harta tak alih melalui laporan berkala dan mengkaji serta mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut: (a) (c) prestasi pelaburan harta tak alih menurut kategori, contohnya jenis dan profil risiko pelaburan; pelaburan harta tak alih berjumlah besar berbanding aset koperasi; dan jenis-jenis pelaburan harta tak alih yang mempunyai potensi berdaya maju. Pengurusan 14. Pihak pengurusan bertanggungjawab untuk melaksanakan polisi pelaburan harta tak alih sebagaimana diluluskan oleh Lembaga dan bertanggungjawab menyediakan prosedur-prosedur yang perlu untuk dilaksanakan.

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 8 / 20 15. Tanggungjawab pihak pengurusan termasuk menyediakan: (a) bidang kuasa (clear lines of authority) dan tanggungjawab yang jelas dalam pelaksanaan pelaburan harta tak alih; (c) (d) (e) (f) (g) saluran komunikasi yang teratur dan jelas mengenai polisi pelaburan harta tak alih dan dipatuhi oleh pegawai yang terlibat; prosedur operasi yang mencukupi dan berkesan serta kawalan dalaman untuk mengenalpasti, mengukur dan mengawal risiko pelaburan harta tak alih dalam usaha melaksanakan polisi yang telah ditetapkan oleh Lembaga; sistem pengrekodan yang mencukupi dan berkesan untuk memastikan laporan prestasi pelaburan harta tak alih boleh disediakan dengan cepat, tepat dan berinformasi; laporan kepada Lembaga koperasi mengenai semua aspek pelaburan harta tak alih; maklumat jenis dan profil risiko pelaburan serta melaksanakan kajian semula ke atas keseluruhan portfolio pelaburan harta tak alih sekerap yang mungkin; dan modal insan yang mencukupi dan kompeten. Jawatankuasa Audit Dalaman 16. Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah memastikan kawalan dalaman, pengurusan risiko, polisi dan prosedur pelaburan harta tak alih yang ditetapkan dipatuhi.

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 9 / 20 PENGURUSAN RISIKO 17. Pengurusan risiko ialah suatu proses untuk melindungi sumber dan aset koperasi daripada kerugian. Amalan pengurusan risiko yang berkesan dapat mengawal atau mengurangkan tahap kerugian yang akan dialami oleh koperasi. 18. Lembaga melalui Jawatankuasa Pengurusan Risiko, sekiranya ada, bertanggungjawab mengamalkan teknik pengurusan risiko yang berkesan dengan mewujudkan: (a) (c) rangka kerja dan tatacara yang mencukupi bagi mengenal pasti, memantau dan mengawal risiko; prosedur operasi pelaburan harta tak alih yang mencukupi dan berkesan; dan proses kawalan dalaman untuk menilai, mengukur, mengawal, memantau dan melaporkan segala jenis risiko. 19. Polisi dan prosedur pengurusan risiko hendaklah diluluskan oleh Lembaga koperasi dan didokumenkan. PELAPORAN 20. Menurut seksyen 85A, koperasi hendaklah mengemukakan apa-apa maklumat dan statistik yang dikehendaki oleh Suruhanjaya dengan mengemukakan laporan prestasi pelaburan harta tak alih setengah tahun mengikut format seperti di Lampiran 4. PEMANTAUAN 21. Pelaburan-pelaburan harta tak alih yang dibuat oleh koperasi hendaklah dilaporkan kepada anggota melalui laporan Lembaga dan dibentang dalam mesyuarat agung.

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 10 / 20 AM 22. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Akta dan Peraturan- Peraturan. Pengecualian terhadap mana-mana peruntukan dalam garis panduan ini boleh diberikan oleh Suruhanjaya secara bertulis kepada mana-mana koperasi demi kepentingan gerakan koperasi. PEMBATALAN, PEMAKAIAN DAN TARIKH KUATKUASA 23. Pekeliling Ketua Pendaftar Bilangan 5 Tahun 2005: Garis Panduan Mengenai Pelaburan Dalam Harta Tak Alih bertarikh 30 Julai 2005 adalah dengan ini dibatalkan. 24. Semua koperasi dikehendaki mematuhi peruntukan di bawah Akta, Peraturan- Peraturan, perintah dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa. 25. Garis panduan ini dikuatkuasakan pemakaiannya mulai 15 Disember 2012. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN (DATUK HAJI MD. YUSOF BIN HAJI SAMSUDIN) Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Tarikh : Peneraju Kecemerlangan Koperasi

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 11 / 20 LAMPIRAN 1 Kepada: PERMOHONAN PELABURAN HARTA TAK ALIH Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Tingkat 17, Sunway Putra Tower 100 Jalan Putra 50350 Kuala Lumpur (u.p : Bahagian Statutori dan Pendaftaran) Melalui: Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Tuan, PER: PERMOHONAN UNTUK KELULUSAN PELABURAN DALAM HARTA TAK ALIH Sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 54A Akta Koperasi 1993, kami dengan ini membuat permohonan untuk melabur seperti berikut untuk kelulusan tuan. 1. BUTIR-BUTIR PERMOHONAN 1.1 Jenis Pelaburan Dalam Harta Tak Alih: Tanah Keluasan : Bangunan Bilangan : Lain-Lain (sila nyatakan) : 1.2 Jumlah Pelaburan (RM) :

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 12 / 20 2. BUTIR-BUTIR PEMOHON 2.1 Nama Koperasi : 2.2 Tarikh Daftar : 2.3 Alamat Surat-Menyurat : 2.4 No. Telefon/No. Faks : 2.5 Aktiviti Utama : 3. DOKUMEN YANG DISERTAKAN BERSAMA BORANG PERMOHONAN [Tandakan ( )] 3.1 Kertas Kerja Permohonan Pelaburan Dalam Harta Tak Alih (termasuk Unjuran Aliran Tunai dan Untung Rugi Pelaburan untuk tempoh 3 hingga 5 tahun) 3.2 Cabutan minit mesyuarat agung yang meluluskan skop dan had maksimum pelaburan yang disahkan 3.3 Cabutan minit mesyuarat Lembaga yang meluluskan permohonan pelaburan yang disahkan 3.4 Senarai anggota Lembaga terkini yang disahkan 3.5 Cabutan undang-undang kecil yang membenarkan koperasi menjalankan aktiviti pelaburan yang disahkan 3.6 Salinan penyata terimaan dan bayaran atau akaun pengurusan bagi 3 bulan terakhir, mana berkaitan 3.7 Penyata Harta-Harta Mudah Tunai Koperasi 3.8 Surat tawaran atau salinan slip deposit bagi pembelian harta tak alih, mana berkaitan 3.9 Salinan hak milik harta tak alih berdaftar yang sah, jika berkaitan

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 13 / 20 3.10 Laporan penilaian harta tak alih yang dinilai oleh mana-mana penilai bertauliah, jika berkaitan 3.11 Penyata kewangan teraudit koperasi bagi 3 tahun terakhir 3.12 Dokumen-dokumen lain yang berkaitan bagi menyokong permohonan 4. PENGAKUAN 4.1 *Saya / kami dengan ini mengaku bahawa segala maklumat yang diberi adalah benar. 4.2 Suruhanjaya Koperasi Malaysia berhak menolak permohonan *saya / kami tanpa memberi apa-apa sebab dan berhak menarik balik kelulusan yang telah diberi sekiranya didapati maklumat yang dikemukakan adalah tidak benar. Tandatangan :... Nama Anggota Lembaga :... Jawatan Dalam Koperasi :... (*Pengerusi/Setiausaha/Bendahari) Cop Koperasi : Tarikh : * Potong yang mana tidak berkenaan. Arahan : i. Lengkapkan borang permohonan (3 salinan). ii. Sertakan dokumen-dokumen seperti di para 3 dengan lengkap (3 salinan). LAMPIRAN 2 iii. Sertakan kertas kerja berpandukan penyediaan kertas kerja pelaburan dengan lengkap FORMAT KERTAS KERJA PERMOHONAN PELABURAN (3 salinan). DALAM HARTA TAK ALIH

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 14 / 20 LAMPIRAN 2 FORMAT KERTAS KERJA PERMOHONAN HARTA TAK ALIH 1. TUJUAN 2. LATAR BELAKANG 2.1 Nama Koperasi : 2.2 Alamat : 2.3 No. Telefon/No. Fax : 2.4 Tarikh Daftar /No. Daftar : 2.5 Jumlah Syer / Yuran : 2.6 Bil. Anggota : 2.7 Aktiviti : 2.8 Senarai nama anggota Lembaga : (nama, jawatan dalam koperasi dan pekerjaan) 2.9 Jumlah Pekerja : 3. PRESTASI KEWANGAN KOPERASI 3.1 Untung Rugi Bagi 3 Tahun Terakhir Tahun Pendapatan Perbelanjaan Keuntungan / (Kerugian) Bersih

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 15 / 20 3.2 Analisis Nisbah Kewangan Analisis Nisbah Kewangan bertujuan mengukur prestasi kewangan koperasi. Pengiraan boleh dibuat dengan menggunakan formula berasaskan Kunci Kira-Kira, Akaun Perdagangan dan Untung Rugi yang telah diaudit. Pengiraan hendaklah dibuat bagi tempoh 3 tahun terakhir. Penggunaan Nisbah adalah bergantung kepada aktiviti dan kesesuaian. Perkara Tahun Margin Keuntungan Bersih (%) Nisbah Semasa (x) Modal Kerja Bersih (RM) Harta Ketara Bersih / Syer (RM) Pendapatan Per Syer (Sen) Pulangan Atas Aset (%) Pulangan Atas Ekuiti (%) Pulangan Atas Pelaburan (%) Dividen (%) 4. JUSTIFIKASI Justifikasi bagi membuat pelaburan dalam harta tak alih: 4.1 Keperluan bagi membuat pelaburan senaraikan dan perjelaskan. 4.2 Koperasi mempunyai cukup kesediaan bagi membuat pelaburan senaraikan dan perjelaskan.

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 16 / 20 5. CADANGAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 5.1 Butiran Cadangan Pelaburan (a) Nyatakan Jenis Harta Tak Alih Yang Hendak Dilabur : Jumlah Unit / Keluasan : (c) Harga Seunit / Seekar : 5.2 Maklumat Harta Tak Alih (a) Latar belakang (i) Lokasi / Alamat (ii) P.T. No. (iii) Pemaju / Pemilik (iv) Nilai Semasa (v) Harga Jualan (vi) Deposit Yang Dibayar Sumber Pembiayaan (i) Pinjaman / Pembiayaan Dari Bank Nama Bank Jenis Pinjaman Jumlah Pinjaman Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Kadar Faedah/ Keuntungan (ii) Wang Lebihan Koperasi Yang Tersimpan Di Simpanan Tetap Simpanan Semasa Lain-Lain (Sila Nyatakan)

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 17 / 20 6. KESAN PELABURAN KE ATAS ALIRAN TUNAI KOPERASI Sila kemukakan unjuran aliran tunai bagi tempoh 3 tahun ke hadapan untuk menunjukkan kesan pelaburan ke atas modal kerja/perniagaan dan aktiviti utama koperasi. Asas dan andaian yang digunakan hendaklah munasabah. 7. MAKLUMAT TAMBAHAN Koperasi bolehlah mengemukakan maklumat tambahan yang boleh menyokong permohonan tersebut.

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 18 / 20 LAMPIRAN 3 CONTOH FORMAT PENYATA HARTA-HARTA MUDAH TUNAI A. HARTA-HARTA MUDAH TUNAI BULAN INI AMAUN BULAN LALU 1. Wang di Tangan 2. Wang Dalam Perjalanan 3. Baki Di Bank - Akaun Semasa - Akaun Simpanan 4. Wang Panggilan Di Bank 5. Bon-Bon Kerajaan 6. Simpanan Tetap Dalam - Bank - Institusi kewangan - Koperasi (Nota: Simpanan tetap yang bebas dari cagaran dan sebarang sangkutan) JUMLAH B. DEPOSIT DAN SIMPANAN KHAS DITERIMA 1. Deposit 2. Simpanan Khas JUMLAH C. Lebihan Harta-Harta Mudah Tunai Atas Deposit Dan Simpanan Khas (A-B)

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 19 / 20 LAMPIRAN 4 LAPORAN PRESTASI PELABURAN HARTA TAK ALIH NAMA KOPERASI : TARIKH / BILANGAN DAFTAR :... FUNGSI :... KUMPULAN WANG ANGGOTA (RM) :... LAPORAN TAHUN : * 2013 30 JUN 31 DISEMBER * Sila tandakan ( ) bagi setengah tahun yang berkenaan di kotak yang disediakan PEGAWAI KOPERASI UNTUK DIHUBUNGI: NAMA :... NO TELEFON :... E-MEL :...

SKM BSP / e-reg / GP GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH 20 / 20 (CONTOH) MAKLUMAT PELABURAN HARTA TAK ALIH BERAKHIR PADA 30 JUN 2013 Bil Jenis Harta Tak Alih Lokasi 1. Lot Kedai Selayang, Selangor 2. Tanah Nilai, Negeri Sembilan 3. Bangunan Wangsa Maju, Kuala Lumpur 4. Apartment Kota Kinabalu, Sabah Nilai Perolehan (termasuk sedia ada) Pelupusan Kepentingan Pasaran Pegawai Harga Kelulusan Catatan Semasa Tarikh Tarikh Harga (RM) Koperasi (RM) SKM (RM) 300,000 31 Ogos 250,000 16 Julai 2008 TB TB Sedia Ada 2008 430,000 1 Jun 1990 120,000 TB 16 April 450,000 Baru Lupus / 2012 Sebelum Akta & Pekeliling Ketua Pendaftar 600,000 28 Feb 400,000 15 Feb 2006 TB TB Sedia Ada 2006 350,000 16 Mei 350,000 1 Mei 2012 TB TB Baru Beli 2012