Akaun Simpanan-i Komoditi Murabahah Terma & Syarat

dokumen-dokumen yang mirip
Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat

Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat

Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

PERHATIAN : PEMBIAYAAN TAWARRUQ. Tarikh : Masa : Tandatangan : Tandatangan Anggota Lembaga Tarikh: 1. Nama Anggota (Seperti Kad Pengenalan)

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Fasal-fasal yang dipinda

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

TERMA DAN SYARAT AKAUN EMAS BIBDS

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Hong Leong Akaun Semasa-i PowerSME Terma & Syarat


2. KESAHAN MATA GANJARAN

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Untuk tujuan kempen ini, Pelanggan yang telah memenuhi semua kriteria di Klausa 2 di atas akan ditakrifkan sebagai Pelanggan Layak.

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad ( HLBB ) dan/atau Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ).

Page 1 of 7. TERMA TERMA & SYARAT-SYARAT AKAUN SIMPANAN Layak menerima perlindungan PIDM 1. MEMBUKA AKAUN

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

*Nota: Bagi Leftenan Muda atau setaraf dan ke bawah, umur semasa memohon MESTILAH tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh persaraan

Transkripsi:

Terma dan Syarat ("T&S") yang dinyatakan di sini akan diguna pakai bagi kesemua produk Akaun Simpanan-i (Produk-produk) yang berasaskan konsep Syariah Murabahah melalui aturan Tawarruq termasuk dan tidak terhad ke atas Akaun Simpanan Wise Saver-i, Akaun Simpanan Cheeky-i, Akaun Simpanan Cash Rich-i dan Akaun Perniagaan-i. Produk-produk ini tertakluk di bawah undang-undang Malaysia dan prinsip-prinsip Syariah. 1.0 DEFINISI Di dalam Terma dan Syarat ini, perkataan-perkataan berikut mempunyai maksud seperti yang berikut:- Keuntungan Sebenar merujuk kepada keuntungan terakru yang dikira pada Kadar Keuntungan Efektif ( KKE ) yang dikreditkan ke dalam akaun CMSA-i Pelanggan secara berkala sebagai sebahagian daripada penyelesaian Harga Jualan. Ejen bermaksud pihak MBSB yang dilantik oleh Pelanggan bagi melaksanakan semua tindakan tertentu bagi pihak Pelanggan di bawah konsep Syariah Wakalah dalam perkara-perkara berhubung dengan Tawarruq selaras dengan terma dan syarat di bawah. "Keuntungan Siling" merujuk kepada keuntungan siling yang dikira pada Kadar Keuntungan Siling ( KKS ) yang merupakan suatu komponen keuntungan di dalam Harga Jualan "Kadar Keuntungan Siling (KKS)" merujuk kepada kadar yang digunakan untuk mengira Keuntungan Siling Harga Jualan. "Akaun Simpanan Komoditi Murabahah-i (CMSA-i)" bermaksud akaun simpanan yang berasaskan konsep Syariah Murabahah melalui aturan Tawarruq yang ditawarkan oleh MBSB dari semasa ke semasa. "Komoditi" bermaksud barangan dan / atau komoditi yang patuh Syariah (tidak termasuk item ribawi di dalam kategori medium pertukaran seperti mata wang, emas dan perak) yang boleh diterima oleh MBSB, dibeli melalui mana-mana platform peniaga komoditi yang dilantik oleh MBSB dan diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah MBSB yang akan dikendalikan sebagai aset pendasar bagi memudahkan transaksi Tawarruq. "Perdagangan Komoditi" bermaksud urus niaga jual beli selaras dengan prinsip Syariah Tawarruq. "Deposit Bersih Harian (DBH) merujuk kepada baki penghujung hari pada mana-mana hari, tidak termasuk apungan dan hanya mewakili perbezaan positif deposit harian tolak pengeluaran harian. Kadar Keuntungan Efektif (KKE) merujuk kepada kadar keuntungan sebenar yang digunakan untuk mengira jumlah keuntungan terakru dan pengkreditan keuntungan. "Hamish Jiddiyyah" merujuk kepada Deposit Sekuriti (DS) yang diletakkan untuk menjamin akujanji untuk membeli aset sebelum perlaksanaan kontrak perjanjian jual beli. Di bawah asas Tawarruq, DS yang diletakkan oleh pihak MBSB adalah untuk menjamin akujanji membeli Komoditi daripada Pelanggan. Ia hanya terpakai sekiranya terdapat sebarang amaun DBH di hari terakhir pada bulan tersebut di mana pembelian Komoditi hanya akan dilaksanakan pada hari berikutnya. "Tarikh Matang" merujuk kepada 31 Disember tahun semasa di mana Transaksi Jualan dilaksanakan. Page 1 of 16

"MBSB" bermaksud Malaysia Building Society Berhad dan termasuk hak terdahulu, pengganti hak milik dan penerima serah hak. "Murabahah" merujuk kepada jual dan beli komoditi di mana kos pemerolehan dan margin adalah dinyatakan kepada pembeli. "Harga Belian" merujuk kepada sejumlah amaun yang bersamaan dengan Deposit Bersih Harian dan / atau Jumlah Baki Keseluruhan yang mana akan digunakan untuk membeli Komoditi pada Tarikh Belian. "Transaksi Belian" merujuk kepada apabila Pelanggan membeli Komoditi (melalui MBSB yang bertindak sebagai ejen mereka) daripada peniaga komoditi pada Harga Belian. "Hari Pengkreditan Keuntungan" ialah di mana jumlah keuntungan terakru bagi suatu tempoh tertentu akan dikreditkan ke dalam akaun Pelanggan sebagai penyelesaian sebahagian daripada Harga Jualan. "Rebat (Ibra')" merujuk kepada "pengecualian ke atas hak tuntutan" yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain yang mana ia mempunyai kewajipan untuk menyelesaikannya. "Baki Hari" merujuk kepada baki bilangan hari dari tarikh semasa hingga Tarikh Matang Harga Jualan. Transaksi Jualan merujuk apabila Pelanggan menjual Komoditi (melalui MBSB yang bertindak sebagai ejennya) kepada MBSB pada Harga Jualan. "Harga Jualan" bermaksud sejumlah amaun yang perlu dibayar oleh MBSB untuk memiliki Komoditi daripada Pelanggan berasaskan konsep Murabahah yang terdiri daripada Harga Belian Komoditi dan Keuntungan. "Tawarruq" terdiri daripada dua kontrak jualan dan belian di mana kontrak pertama melibatkan penjualan aset kepada pembeli secara tertunda dan jualan berikutnya melibatkan penjualan aset tersebut kepada pihak ketiga secara tunai. Melalui produk ini, Pelanggan akan membeli Komoditi pada Harga Belian daripada mana-mana peniaga komoditi dan selepas itu, menjual Komoditi kepada MBSB pada Harga Jualan berasaskan Murabahah yang mana akan dibayar kepada Pelanggan pada Tarikh Matang (selepas mengambil kira sebarang rebat, jika ada). MBSB selepas itu menjual Komoditi tersebut kepada pihak ketiga secara tunai. "Tarikh Penamatan" merujuk kepada tarikh Pelanggan menutup akaun CMSA-i dan mengeluarkan kesemua baki. "Jumlah Baki Keseluruhan" merujuk kepada jumlah baki tahun sebelumnya pada 31 Disember yang akan digunakan untuk pengiraan Harga Jualan pada setiap tahun yang baru. "Tarikh Dagangan" merujuk kepada hari-hari bila mana Dagangan Komoditi dilaksanakan dari Isnin hingga Ahad dan di mana platform perdagangan komoditi dibuka untuk dagangan. "Wakalah" bermaksud kontrak di mana satu pihak memberi kebenaran kepada pihak yang lain sebagai ejennya untuk melaksanakan tindakan tertentu bagi hal-hal yang boleh diwakilkan secara sukarela atau dengan mengenakan bayaran. "Wa'd" bermaksud janji atau akujanji, merujuk kepada ekspresi komitmen yang diberikan oleh suatu pihak kepada pihak yang lain untuk melaksanakan tindakan tertentu pada masa akan datang. Page 2 of 16

2.0 UMUM 2.1 Akaun Simpanan Komoditi Murabahah-i ("CMSA-i ) ini beroperasi berdasarkan konsep Syariah Murabahah (kos ditambah keuntungan) melalui aturan Tawarruq di mana Pelanggan melantik MBSB di bawah kontrak Wakalah, sebagai ejennya untuk membeli Komoditi daripada mana-mana peniaga komoditi dan menjualnya semula kepada MBSB di bawah kontrak Murabahah melalui pembayaran secara tertunda. 2.2 Pelanggan yang memohon untuk membuka akaun CMSA-i dengan MBSB adalah tertakluk kepada T&S yang mengawasi operasi akaun CMSA-i dan berkuatkuasa dari semasa ke semasa. 2.3 T&S ini juga bertujuan untuk dibaca bersama dengan Lembaran Pendedahan Produk ("LPP") produkproduk CMSA-i, risalah-risalah, brosur-brosur atau lain-lain T&S berkaitan yang dikeluarkan oleh MBSB yang mana mungkin dikenakan dari semasa ke semasa mengikut jenis akaun tertentu yang dibuka oleh Pelanggan. 3.0 PERLANTIKAN SEBAGAI EJEN 3.1 Berdasarkan konsep Wakalah, Pelanggan (bertindak sebagai "Prinsipal") bersetuju untuk melantik MBSB (bertindak sebagai "Ejen") dan MBSB bersetuju untuk menerima pelantikan itu sebagai ejen Pelanggan bagi transaksi pembelian dan penjualan ("Komoditi Perdagangan") Komoditi mengikut T&S ini. MBSB hanya bertindak sebagai ejen Pelanggan dan tidak mengambil kira, atau mempunyai sebarang andaian atau mana-mana obligasi tambahan untuk, atau mempunyai apa-apa hubungan dengan Pelanggan selain daripada yang tertera dalam T&S ini. 3.2 Sebagai ejen kepada Pelanggan, MBSB, dalam tempoh deposit dan/atau jika ada pembaharuan, mempunyai kuasa dan kebenaran seperti berikut:- 3.2.1 untuk melaksanakan dan menyempurnakan semua perkara yang berkaitan dengan pembelian komoditi secara tunai melalui perjanjian pembelian, sijil dan lain-lain suratcara dan berunding dengan peniaga komoditi bagi pihak Pelanggan mengenai perkara-perkara yang berkaitan; dan 3.2.2 untuk menjual komoditi bagi pihak Pelanggan secara pembayaran tertunda kepada MBSB pada jumlah kos bersama keuntungan ("Harga Jualan"), melaksanakan dan menyempurnakan semua perkara berkaitan jualan komoditi ("Transaksi Jualan"). 3.3 MBSB akan berusaha untuk memelihara kepentingan Pelanggan dengan sebaik-baiknya dan bertindak dengan ikhlas dalam melaksanakan kewajipannya untuk membeli dan menjual Komoditi. 3.4 Pelanggan mempunyai hak untuk memohon dan mengambil milikan fizikal komoditi. Sekiranya Pelanggan menggunakan hak tersebut untuk mengambil penyerahan fizikal, semua kos dan perbelanjaan yang berkaitan hendaklah ditanggung oleh Pelanggan. 3.5 Pelanggan melindungi MBSB terhadap semua kerugian, tindakan, prosiding, kerosakan, kos dan perbelanjaan yang dituntut oleh mana-mana pihak dan/ atau ditanggung atau dialami MBSB akibat pembelian komoditi di bawah transaksi di sini sebagai ejen kepada Pelanggan atau pelanggaran oleh Pelanggan terhadap mana-mana tanggungjawab mereka di sini. Ganti rugi yang diberikan akan berkekalan walaupun T&S ini telah ditamatkan dan setiap jumlah yang dibayar tidaklah tertakluk kepada apa-apa potongan sama ada dengan cara menolak tuntutan balas atau sebaliknya. Page 3 of 16

3.6 Pelanggan tidak boleh membatalkan pelantikan MBSB sebagai ejen selagi akaun CMSA-i masih wujud. Pelantikan MBSB sebagai ejen Pelanggan adalah terhenti dengan penutupan akaun tersebut. 3.7 MBSB tidak tertakluk untuk memasuki sebarang transaksi atau mengikut sebarang arahan daripada Pelanggan, jika pada pendapatnya dengan memasuki urus niaga tersebut, MBSB dan gabungannya akan terdedah kepada pelanggaran mana-mana undang-undang, dasar, syarat atau peraturan. 4.0 TRANSAKSI DAGANGAN KOMODITI 4.1 Sebagai ejen Pelanggan, MBSB hendaklah memasuki Transaksi Pembelian seperti yang ditetapkan MBSB seperti berikut; 4.1.1 MBSB hendaklah memasuki urus niaga Tawarruq pada Hari Dagangan yang jatuh pada hari berikutnya selepas tarikh penempatan deposit, tertakluk kepada amaun Deposit Bersih Harian; dan 4.1.2 MBSB hendaklah memasuki urus niaga Tawarruq pada Hari Dagangan yang jatuh pada hari berikutnya pada setiap setiap tahun baru pada Jumlah Baki Keseluruhan. 4.2 Sekiranya Tarikh Dagangan lewat daripada tarikh Harga Belian yang dibayar kepada MBSB, Harga Belian akan dianggap sebagai Qard (pinjaman) kepada MBSB sebelum Transaksi Belian. Dalam hal ini, Pelanggan memberi kebenaran kepada MBSB untuk menggunakan Harga Belian dalam apa-apa cara yang dianggap sesuai oleh MBSB. 4.3 Sehubungan dengan setiap Transaksi Pembelian, MBSB (sebagai "Pembeli Komoditi") hendaklah memberi janji (Wa'd) kepada Pelanggan dan bersetuju untuk membeli semula Komoditi tersebut daripada Pelanggan apabila selesai Transaksi Pembelian. 4.4 Harga Jualan dikira berdasarkan formula berikut: Harga Jualan = Harga Belian + Keuntungan Siling 4.5 Harga Jualan adalah ditangguhkan kepada dua kaedah aliran tunai: 4.5.1 Bahagian Prinsipal iaitu amaun deposit hendaklah dibayar pada setiap Tarikh Matang iaitu 31 Disember (dan tahun-tahun berikutnya); 4.5.2 Keuntungan Sebenar hendaklah dibayar pada setiap bulan. Kadar keuntungan sebenar adalah berdasarkan Kadar Keuntungan Efektif seperti di bawah: Keuntungan Sebenar = Baki Penghujung Hari x KKE x Bilangan Hari 4.6 Keuntungan Siling dikira berdasarkan formula seperti berikut: - Keuntungan Siling = Harga Belian x KKS x Baki Hari 365 atau 366 365 atau 366 Page 4 of 16

4.7 Pada Tarikh Matang, MBSB akan melaburkan semula Jumlah Baki Keseluruhan di dalam akaun CMSA-i Pelanggan dan memasuki Perdagangan Komoditi baru untuk tempoh yang akan matang pada 31 Disember tahun berikutnya. 5.0 HAMISH JIDDIYYAH (DEPOSIT SEKURITI) 5.1 Hamish Jiddiyyah adalah merupakan amaun deposit sekuriti di mana MBSB akan mengkreditkan ke dalam akaun Pelanggan pada Hari Pengkreditan Keuntungan. 5.2 Hamish Jiddiyyah diberikan sebagai jaminan daripada MBSB kepada Pelanggan untuk membeli Komoditi daripada Pelanggan pada setiap Tarikh Belian. 5.3 Deposit Sekuriti dikira berdasarkan formula berikut: Deposit Sekuriti = Deposit Bersih Harian x KKE x n 365 atau 366 Di mana; n = Bilangan hari sebelum Dagangan Komoditi yang berlaku sebelum Hari Pengkreditan Keuntungan. 5.4 Hamish Jiddiyyah tidak boleh digunakan oleh Pelanggan sebelum perlaksanaan Dagangan Komoditi. 5.5 Setelah Dagangan Komoditi dilaksanakan, Hamish Jiddiyyah akan ditolak dengan Keuntungan Sebenar. 5.6 Hamish Jiddiyyah hendaklah dikembalikan kepada MBSB sekiranya Transaksi Belian tidak berlaku. Bagaimanapun, MBSB boleh mengetepikan haknya ke atas Hamish Jiddiyyah pada keadaan tertentu seperti penutupan akaun CMSA-i sebelum Dagangan Komoditi. 6.0 REBAT (IBRA ) 6.1 Pelanggan hendaklah bersetuju untuk memberikan rebat di bawah konsep Ibra' tertakluk kepada berlakunya peristiwa-peristiwa tertentu termasuk dan tidak terhad kepada: - 6.1.1 pengeluaran dana sebelum Tarikh Matang; 6.1.2 Semasa penamatan akaun sebelum Tarikh Matang; 6.1.3 Perbezaan antara KKS dan KKE pada Tarikh Matang, memandangkan komponen keuntungan Harga Jualan adalah dikira menggunakan KKS yang melebihi keuntungan agregat semasa yang dikira menggunakan KKE berdasarkan formula berikut: Rebat = Agregat Keuntungan Siling - Agregat Keuntungan yang Telah Diakru 6.2 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa penentuan MBSB terhadap sebarang amaun keuntungan yang perlu dibayar kepada Pelanggan di bawah akaun CMSA-i ini adalah muktamad, konklusif dan terikat terhadap Pelanggan melainkan berlakunya kesilapan nyata. Page 5 of 16

7.0 NOTIS TAWARRUQ 7.1 Notis Tawarruq tahunan, iaitu senarai butiran transaksi Tawarruq iaitu Harga Belian, Harga Jualan, Jumlah Keuntungan, Jumlah Keuntungan Dikredit, Jumlah Rebat dan sebagainya, dalam tempoh tersebut yang akan dikeluarkan oleh MBSB dan dihantar melalui pos kepada Pelanggan di alamat terakhir yang didaftarkan dengan MBSB. 7.2 Pelanggan juga boleh membuat permintaan untuk mendapat notis di mana-mana Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB, melalui e-mel atau faks tertakluk kepada caj semasa yang dikenakan oleh MBSB. 7.3 Dalam hal di mana MBSB terpaksa bergantung dan membuat pengesahan lisan dengan Pelanggan atau penandatangan yang diberi kuasa melalui telefon, Pelanggan bersetuju bahawa MBSB diberi kuasa untuk melaksanakan, bergantung dan bertindak ke atas pengesahan/ arahan melalui telefon sedemikian di mana MBSB semunasabahnya mempercayai bahawa ianya berasal daripada Pelanggan jika permohonan tersebut dikemukakan oleh pihak ketiga atau diterima melalui e-mel atau faks. 8.0 PEMBUKAAN AKAUN 8.1 Pembukaan akaun hendaklah dibuat dengan melengkapkan borang-borang yang disediakan oleh MBSB serta meyediakan dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat yang diperlukan sebagai mematuhi prosedur MBSB untuk pembukaan akaun. Penerimaan apa-apa permohonan bagi pembukaan akaun dan penerusan akaun ini keseluruhannya adalah mengikut budi bicara MBSB. 8.2 Deposit yang diterima adalah di dalam mata wang Ringgit Malaysia ( RM ) sahaja. 8.3 Berikut adalah ciri-ciri untuk produk Akaun Simpanan-i MBSB yang berdasarkan konsep Syariah Komoditi Murabahah melalui aturan Tawarruq:- 8.3.1 Akaun Simpanan Wise Saver-i 8.3.1.1 Akaun ini ditawarkan kepada individu (residen dan bukan residen) yang sekurangkurangnya berumur lapan belas (18) tahun. 8.3.1.2 Individu boleh membuka akaun peribadi mereka atau akaun bersama tertakluk kepada bilangan maksimum pemegang akaun seramai tiga (3) orang. 8.3.1.3 Deposit permulaan untuk membuka akaun ini adalah RM 20.00 atau sebarang jumlah seperti yang dimaklumkan oleh MBSB. 8.3.1.4 Kadar keuntungan untuk akaun simpanan ini adalah pada 2.25% setahun atau sebarang kadar seperti yang ditentukan oleh MBSB. 8.3.2 Akaun Simpanan Cheeky-i 8.3.2.1 Akaun ini ditawarkan kepada individu yang berumur kurang daripada lapan belas (18) tahun dengan syarat akaun tersebut dikendalikan oleh seorang pemegang amanah. Page 6 of 16

8.3.2.2 Pemegang amanah merupakan ibu/bapa dan/atau penjaga yang sah yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan dibenarkan untuk mengendalikan akaun tersebut manakala kanak-kanak tersebut menjadi benefisiari akaun. 8.3.2.3 Deposit permulaan untuk membuka akaun ini adalah RM 20.00 atau sebarang jumlah seperti yang dimaklumkan oleh MBSB. 8.3.2.4 Kadar keuntungan untuk akaun simpanan ini adalah pada 3.10% setahun untuk sebarang baki akaun sehingga RM 50,000 atau sebarang kadar seperti yang dinasihatkan oleh MBSB dari semasa ke semasa. Untuk baki akaun melebihi jumlah RM 50,000 kadar keuntungan adalah pada 2.50% setahun atau apa-apa kadar seperti yang dimaklumkan oleh MBSB. 8.3.2.5 Apabila benefisiari mencapai umur lapan belas (18) tahun, Pelanggan hendaklah pergi ke Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun diselenggarakan untuk urusan pertukaran akaun simpanan tersebut. 8.3.3 Akaun Simpanan Cash Rich-i 8.3.3.1 Akaun ini ditawarkan kepada individu sahaja (residen dan bukan residen) yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun. 8.3.3.2 Individu adalah layak untuk membuka akaun peribadi atau akaun bersama tertakluk kepada bilangan maksimum pemegang akaun seramai tiga (3) orang. 8.3.3.3 Deposit permulaan untuk membuka akaun ini adalah RM 100.00 atau sebarang jumlah sebagaimana yang dimaklumkan oleh MBSB. 8.3.3.4 Kadar keuntungan untuk akaun simpanan ini adalah pada 2.68% setahun atau sebarang kadar seperti yang dimaklumkan oleh MBSB. 8.3.4 Akaun Perniagaan-i 8.3.4.1 Akaun ini adalah untuk pelanggan bukan individu i.e. entiti perniagaan seperti syarikat tersenarai awam atau syarikat-syarikat, badan-badan kerajaan, syarikat sendirian berhad, perkongsian, pemilik tunggal, koperasi, kelab, NGO, persatuan dan apa-apa jenis syarikat yang boleh diterima oleh MBSB. 8.3.4.2 Semua entiti perniagaan yang sah mestilah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 8.3.4.3 Deposit permulaan yang diperlukan untuk membuka dan menyelenggarakan akaun ini adalah RM 500.00 atau sebarang jumlah seperti yang dimaklumkan oleh MBSB. 8.3.4.4 Akaun ini akan dikendalikan oleh penandatangan yang diberi kuasa selaras dengan mandat syarikat ("mandat") Pelanggan atau resolusi lembaga pengarah yang berdaftar dengan MBSB. Arahan atau syarat-syarat tertentu untuk mengendalikan akaun ini oleh penandatangan yang diberi kuasa hendaklah jelas, secara bertulis dan di dalam terma yang diterima oleh MBSB. Page 7 of 16

8.3.4.5 Sebarang perubahan di dalam mandat Pelanggan atau resolusi lembaga pengarah hendaklah dimaklumkan secara bertulis oleh Pelanggan kepada Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun diselenggarakan. 8.3.4.6 Mandat Pelanggan atau resolusi lembaga pengarah dengan akaun ini hendaklah terus berkuatkuasa sehingga dibatalkan secara bertulis oleh Pelanggan. MBSB hendaklah dijamin bagi sebarang tindakan ke atas mandat Pelanggan atau resolusi lembaga pengarah yang diberikan untuk akaun ini sehingga pembatalan mandat Pelanggan atau resolusi lembaga pengarah dimaklumkan pada masa yang tepat secara bertulis kepada MBSB dan disah terima oleh MBSB. 8.3.4.7 Pelanggan hendaklah memastikan setiap tandatangan ke atas arahan dan komunikasi dengan MBSB adalah serupa dengan tandatangan spesimen yang diberikan kepada MBSB atau sebarang dokumen yang mengandungi mandat Pelanggan atau resolusi lembaga pengarah. Jika gagal berbuat demikian, MBSB berhak untuk tidak melaksanakan arahan dan komunikasi tersebut. Walaubagaimanapun, MBSB berhak untuk bertindak ke atas arahan dan komunikasi dari Pelanggan walaupun tandatangan Pelanggan berbeza dari tandatangan spesimen yang diberikan sekiranya arahan dan komunikasi sememangnya datang dari Pelanggan. 8.3.4.8 Dalam hal di mana Pelanggan telah memberi kuasa secara bertulis kepada penandatangan yang tidak dibenarkan untuk memberi arahan dan pengesahan kepada MBSB berkenaan akaunnya, maka MBSB diberi kuasa oleh Pelanggan untuk melaksanakan, bergantung dan bertindak ke atas arahan dan pengesahan sedemikian dan MBSB tidak akan bertanggunjawab ke atas sebarang kerugian yang mungkin akan ditanggung akibat daripada MBSB menerima dan bertindak ke atas arahan dan pengesahan sedemikian. 8.3.4.9 Jika akaun ini mempunyai lebih dari satu penandatangan yang dibenarkan, MBSB berhak untuk bergantung dan bertindak ke atas pengesahan yang diberikan oleh mana-mana penandatangan yang diberi kuasa ke atas apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Pelanggan. Dengan itu, Pelanggan adalah terikat dengan pengesahan tersebut. 8.3.4.10 Carian kebankrapan / undang-undang melalui RAM Credit Information System ( RAMCI") ke atas Perniagaan/Pengarah/Pemilik/Rakan Kongsi dan Penandatangan yang diberi kuasa diperlukan sebelum membuka akaun ini. Perniagaan yang telah dibubarkan atau dalam proses pembubaran dan/atau Pengarah/Pemilik/ Penandatangan yang diberi kuasa yang telah bankrap tidak layak untuk membuka akaun ini melainkan jika keterangan dokumentari disediakan mengesahkan kebenaran yang diberikan oleh Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) atau mahkamah. 8.3.4.11 Buku Simpanan tidak akan diberikan bersama akaun ini. Sebaliknya, penyata deposit akan dikeluarkan apabila Pelanggan membuka akaun. 9.0 KADAR KEUNTUNGAN 9.1 Pembukaan akaun CMSA-i adalah tertakluk kepada Kadar Keuntungan Efektif yang akan dimaklumkan kepada Pelanggan semasa pembukaan akaun dan akan ditentukan oleh MBSB dari semasa ke semasa. Page 8 of 16

9.2 Kadar keuntungan akan dikreditkan pada setiap bulan. 10.0 DEPOSIT 10.1 Deposit boleh dibuat melalui wang tunai atau cek atau pindahan elektronik atau pemindahan dari akaun MBSB yang lain atau mana-mana medium yang lain seperti yang dibenarkan oleh MBSB. 10.2 Deposit tunai atau cek seperti yang dinyatakan pada klausa 10.1 (kecuali pindahan elektronik) hendaklah dibuat dengan melengkapkan slip deposit, di mana boleh didapati di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB. Apabila Pelanggan melakukan transaksi deposit pada akaun mereka, mereka akan menerima satu salinan slip deposit. 10.3 Deposit yang dibuat melalui pindahan elektronik, adalah apabila transaksi-transaksi berjaya dilakukan oleh sistem pembayaran pindahan elektronik masing-masing iaitu Giro Antara Bank (IBG), Pindahan Telegrafik Luar Negara (TT) atau Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS). 10.4 Bagi mana-mana penempatan deposit yang dibuat melalui cek, akaun tersebut adalah sah hanya selepas penjelasan cek. Cek-cek dan instrumen-instrumen deposit yang lain yang tidak dapat ditunaikan akan dikembalikan kepada Pelanggan di alamat terakhirnya yang didaftar dengan MBSB melalui pos tertakluk ke atas risiko-risiko dan perbelanjaan sendiri. 11.0 PENGELUARAN WANG 11.1 Akaun Simpanan Wise Savers-i / Akaun Simpanan Cheeky-i / Akaun Simpanan CashRich-i 11.1.1 Setiap pengeluaran hendaklah dilakukan oleh Pelanggan bagi Pemegang Akaun Individu, Pemegang Amanah bagi Akaun Simpanan Cheeky-i dan penandatangan yang diberi kuasa bagi akaun-akaun bukan individu di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun diselenggarakan atau mana-mana Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB yang lain. 11.1.2 Pelanggan hendaklah membawa bersama buku Akaun Simpanan-i mereka berserta dokumen pengenalan diri yang diperlukan oleh MBSB dan melengkapkan borang pengeluaran ketika ingin membuat pengeluaran di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB. 11.2 Akaun Perniagaan-i 11.2.1 Pengeluaran wang secara tunai atau cek adalah tidak dibenarkan. 11.2.2 Pelanggan perlu melaksanakan pemindahan langsung atau pembayaran melalui Pindahan Elektronik (ET) dengan memilih salah satu daripada transaksi berikut (yang mana berkenaan) iaitu Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS), Giro Antara Bank (IBG) atau Pindahan Telegrafik Luar Negara (TT). 11.2.3 MBSB bebas melantik mana-mana penghubung, ejen atau agensi lain dalam melaksanakan ET berhubung dengan permintaan Pelanggan untuk melakukan sebarang pindahan langsung / pembayaran. Page 9 of 16

11.2.4 Permintaan untuk melaksanakan ET boleh dibuat melalui kaunter oleh penandatangan yang diberi kuasa mengikut mandat Pelanggan atau resolusi lembaga pengarah yang berdaftar bersama MBSB di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun diselenggarakan atau Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB yang lain atau melalui e-mel atau faks. 11.2.5 Dalam hal di mana MBSB terpaksa bergantung dan membuat pengesahan lisan dengan penandatangan yang diberi kuasa melalui telefon, Pelanggan bersetuju bahawa MBSB diberi kuasa untuk melaksanakan, bergantung dan bertindak ke atas pengesahan / arahan melalui telefon sedemikian di mana MBSB semunasabahnya mempercayai bahawa ianya berasal dari akaun pelanggan jika permintaan untuk transaksi ET dikemukakan oleh pihak ketiga atau diterima melalui e-mel atau faks. 11.2.6 Transaksi ET adalah tertakluk kepada Pelanggan yang mempunyai dana yang mencukupi pada setiap masa di dalam akaun pelanggan untuk melaksanakan transaksi ET dan MBSB berhak untuk mendebitkan akaun pelanggan untuk melaksanakan apa-apa transaksi yang diarahkan oleh Pelanggan. 11.2.7 Pelanggan dikehendaki untuk mengisi Borang Permohonan ET bagi Akaun Perniagaan-i (Borang) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang MBSB atau mengemukakan Surat Arahan menggunakan kepala surat rasmi syarikat (Surat Arahan) semasa membuat sebarang pengeluaran untuk pemindahan / pembayaran. 11.2.8 Semua maklumat yang berkaitan dengan penerima seperti nama, nombor akaun, nama bank dan maklumat lain mesti dinyatakan dengan jelas dan tepat di dalam Borang atau Surat Arahan. MBSB tidak akan dipertanggunjawabkan terhadap sebarang kerosakan, gangguan, kelewatan, kesilapan, ketinggalan, maklumat yang tidak lengkap / tepat yang diberi oleh Pelanggan yang mungkin boleh mengakibatkan transaksi pemindahan / pembayaran ditolak dan / atau sekiranya transaksi pemindahan atau pembayaran gagal. 11.2.9 Untuk pindahan / pembayaran ke luar negara melalui TT, Pelanggan dikehendaki untuk mengemukakan "Borang P" (Borang "P" ini dikeluarkan oleh Ejen Bank yang dilantik oleh MBSB tetapi boleh didapati di premis MBSB) dan Invois Pembayaran asal (yang dialamatkan kepada MBSB) bersama Borang atau Surat Arahan. 11.2.10 Semua permohonan untuk ET yang diserahkan kepada MBSB sebelum jam 11 pagi akan diproses dan jumlah tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun penerima pada hari yang sama. Sementara itu, untuk permohonan yang diterima selepas jam 11 pagi akan diproses dan jumlah tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun penerima pada hari bekerja yang berikutnya. 11.2.11 Bagi transaksi pemindahan/pembayaran ke luar negara, jumlah tersebut akan dikredit mengikut had masa yang ditetapkan oleh penerima Ejen/Bank Pelanggan. 11.2.12 Semua perbelanjaan dan caj yang dikenakan ke atas permohonan untuk ET adalah tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) (jika berkenaan) dan ditanggung sepenuhnya oleh Pelanggan. 11.2.13 Akaun Perniagaan-i hendaklah dikendalikan berdasarkan prinsip-prinsip Syariah. Pelanggan adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan bahawa mana-mana dan semua dana yang dideposit dan dipindahkan oleh Pelanggan atau MBSB setelah Page 10 of 16

menerima arahan Pelanggan ke dalam akaun adalah mematuhi prinsip Syariah. Pelanggan mesti memahami sepenuhnya bahawa deposit atau pindahan dana yang tidak mematuhi prinsip Syariah ke dalam akaun adalah tidak dibenarkan di bawah prinsip Syariah dan sekiranya berlaku ketidak-patuhan prinsip Syariah, Pelanggan bersetuju dan mengaku janji untuk tidak merpertanggungjawabkan MBSB atas sebarang jua alasan. 12.0 BUKU AKAUN SIMPANAN-i 12.1 Buku Akaun Simpanan-i akan dikeluarkan kepada Pelanggan sewaktu pembukaan Akaun Simpanan Wise Saver-i, Akaun Simpanan Cheeky-i atau Akaun Simpanan Cash Rich-i. 12.2 Buku Akaun Simpanan-i tidak boleh dipindah milik ataupun ditukar hakmilik dan ianya hendaklah dikemukakan di kaunter premis MBSB bagi setiap transaksi pengeluaran. 12.3 Sebarang bayaran yang dibuat oleh MBSB apabila pengemukaan Buku Akaun Simpanan-i oleh Pemegang Amanah bagi Akaun Simpanan Cheeky-i dan oleh penandatangan yang diberi kuasa bagi akaun bukan-individu hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti pembayaran yang dibuat kepada Pelanggan secara peribadi dan MBSB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung oleh Pelanggan atau mana-mana pihak yang lain. 12.4 Buku Akaun Simpanan-i tidak boleh diubah atau dipinda terhadap mana-mana perkara yang berkaitan dengan transaksi sama ada oleh Pelanggan atau oleh mana-mana pihak lain. Pelanggan perlu memeriksa Buku Akaun Simpanan-i dan berpuas-hati bahawa setiap transaksi yang dibuat adalah betul sebelum meninggalkan premis MBSB. 12.5 Buku Akaun Simpanan-i perlu dikemukakan kepada MBSB apabila dikehendaki oleh MBSB untuk tujuan mengemaskini buku akaun tersebut. Buku ini adalah sebagai rujukan Pelanggan dan tidak semestinya memaparkan baki akaun yang betul disebabkan deposit mungkin dibuat atau terdapat sebarang caj-caj dikenakan tanpa sebarang entri dibuat di dalam Buku Akaun Simpanan-i. 12.6 Sekiranya buku Akaun Simpanan-i hilang atau rosak, Pelanggan dengan serta-merta hendaklah memaklumkan MBSB dengan datang sendiri ke Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB yang terdekat. MBSB akan mengenakan caj untuk setiap pengeluaran buku simpanan yang diganti baru tertakluk kepada Pelanggan mendatangani surat indemniti MBSB. 13.0 PENYATA AKAUN 13.1 Penyata akaun bulanan hanya digunapakai untuk produk Akaun Perniagaan-i. 13.2 Penyata akaun bulanan yang menyenaraikan transaksi dalam tempoh tersebut akan dikeluarkan oleh MBSB dan dihantar melalui pos kepada Pelanggan di alamat terakhir yang didaftarkan dengan MBSB. Sekiranya tiada urus niaga yang dilakukan oleh Pelanggan dalam bulan tersebut, penyata akaun tidak akan dikeluarkan. 13.3 Pelanggan juga boleh membuat permintaan untuk mendapat penyata akaun di mana-mana Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB, melalui e-mel atau faks tertakluk kepada caj semasa yang dikenakan oleh MBSB. 13.4 Dalam hal di mana MBSB terpaksa bergantung dan membuat pengesahan lisan dengan Pelanggan atau penandatangan yang diberi kuasa melalui telefon, Pelanggan bersetuju bahawa MBSB diberi Page 11 of 16

kuasa untuk melaksanakan, bergantung dan bertindak ke atas pengesahan/ arahan melalui telefon sedemikian di mana MBSB semunsabahnya mempercayai bahawa ianya berasal daripada Pelanggan jika permohonan tersebut dikemukakan oleh pihak ketiga atau diterima melalui e-mel atau faks. 13.5 Pelanggan hendaklah mengesahkan semua entri dalam apa-apa penyata yang dikeluarkan oleh MBSB dan memaklumkan kepada MBSB secara bertulis bagi apa-apa kesilapan atau percanggahan dalam penyata itu dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penyata. Sekiranya MBSB tidak menerima apa-apa makluman dalam tempoh yang ditetapkan, entri dalam penyata itu disifatkan sebagai betul, terikat, muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. 13.6 MBSB mungkin tidak akan menerbitkan dan/ atau menyediakan penyata akaun sekiranya akaun adalah dorman atau tidak aktif bagi tempoh yang ditetapkan oleh MBSB. MBSB juga boleh berhenti mengeluarkan dan/atau menyediakan penyata akaun sekiranya penyata itu tidak dituntut atau tidak dapat disampaikan atas sebarang jua alasan. 14.0 PENGGABUNGAN DAN HAK UNTUK MENOLAK SELESAI 14.1 MBSB sebagai tambahan ke atas mana-mana lien am atau mana-mana hak yang berkaitan di bawah undang-undang, boleh pada bila-bila masa, dengan notis yang secukupnya, menggabungkan manamana atau kesemua akaun kemudahan (jika ada) dengan liabiliti Pelanggan terhadap MBSB dengan melupuskan atau memindahkan mana-mana jumlah atau jumlah terkini bagi salah satu akaun kredit atau akaun-akaun MBSB yang lain ke atas keperluan daripada mana-mana liabiliti MBSB sama ada akaun utama atau cagaran atau akaun bersama atau akaun berasingan. 14.2 Pelanggan bersetuju sekiranya terdapat keadaan di mana Pelanggan ingkar dalam pembayaran manamana keberhutangan (samaada yang benar, luar jangka, semasa atau masa hadapan) yang kena dibayar kepada MBSB samaada secara perseorangan atau bersesama dengan mana-mana orang lain termasuk keuntungan atau caj ("Keberhutangan"), MBSB berhak untuk membekukan sebahagian Baki Yang Ada bersamaan dengan jumlah keseluruhan bayaran ingkar Keberhutangan dan memberi tujuh (7) hari notis kepada Pelanggan untuk melangsaikan bayaran ingkar Keterhutangan. 14.3 Jika Pelanggan gagal untuk melangsaikan bayaran ingkar Keterhutangan dalam tempoh tujuh (7) hari tersebut, MBSB berhak untuk menolak sepenuhnya mana-mana bahagian Baki Yang Ada dengan jumlah penuh bayaran ingkar Keterhutangan. 14.4 Bagi mengelak sebarang kekeliruan, hak MBSB untuk menolak selesai di sini boleh dilaksanakan oleh MBSB: 14.4.1 walaupun ke atas Akaun Bersama, walaupun keberhutangan kena dibayar oleh manamana Pemegang Akaun Bersama kepada MBSB; 14.4.2 di mana Baki Yang Ada di dalam akaun adalah kredit bersama akaun lain kepunyaan Pemegang Akaun yang mempunyai baki debit dengan jumlah yang kena dibayar kepada MBSB; dan 14.4.3 walaupun berlakunya kematian ke atas Pemegang Akaun, kebankrapan/ ketidakmampuan bayar (insolvensi), kedudukannya dengan pemiutang atau apa-apa prosiding perundangan terhadap Pemegang Akaun. 15.0 KELAYAKAN DEPOSITOR UNTUK BERKONTRAK 15.1 Pelanggan mestilah mempunyai kapasiti untuk menyertai sesuatu kontrak. Hanya individu yang berumur lapan belas (18) tahun adalah layak untuk membuka akaun peribadi mereka. Seseorang Page 12 of 16

kanak-kanak juga boleh membuka akaun mereka dengan syarat akaun tersebut hendaklah dibuka bersama dan hanya dikendalikan oleh ibu bapa / penjaga yang sah ("Pemegang Amanah"). 15.2 Akaun boleh ditutup di atas permintaan Pelanggan, mengikut undang-undang atau atas budi bicara MBSB. MBSB berhak untuk membekukan akaun tersebut jika berlakunya kematian, kebankrapan atau ketidaksiuman pada pemegang akaun. 16.0 PENUTUPAN AKAUN 16.1 Pemegang akaun (Peribadi, Akaun Bersama dan Pemegang Amanah untuk Akaun Cheeky-i) hendaklah hadir di Pusat Jualan dan Perkhidmatan di mana akaun diselenggarakan untuk urusan penutupan akaun; 16.2 Bagi akaun bukan individu, penutupan akaun hendaklah mengikut terma dan syarat yang tertera di dalam mandat yang telah diberikan oleh Pelanggan kepada MBSB; 16.3 MBSB berhak untuk menutup akaun serta-merta sekiranya berlaku perkara-perkara berikut; i) Pelanggan telah bankrap atau muflis (sukarela atau wajib); atau ii) Pengeluaran keseluruhan jumlah baki deposit oleh Pelanggan; atau iii) Akaun yang mempunyai baki debit disebabkan oleh fi dan caj yang dikenakan oleh MBSB; atau iv) Akaun dorman yang tiada baki atau yang mempunyai baki RM10.00 dan ke bawah; atau v) Pelanggan melakukan pelanggaran pada mana-mana terma dan syarat yang tertakluk; atau vi) Arahan daripada mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang; atau 16.4 Di samping hak MBSB yang terkandung dalam Fasal 16.3 di atas, Pelanggan bersetuju bahawa MBSB berhak untuk menutup mana-mana akaun menurut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberi sebarang sebab, dengan memberi notis yang mencukupi kepada Pelanggan (di mana dianggap sesuai). 16.5 Pelanggan hendaklah mematuhi semua kehendak MBSB dan juga prosedur untuk penutupan akaun, termasuk apa-apa bayaran caj perkhidmatan yang dikenakan oleh MBSB bagi penutupan akaun ini (jika ada). 17.0 JIKA BERLAKU KEMATIAN 17.1 Tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang berkaitan dengannya, jlka berlaku kematian ke atas salah seorang pemegang akaun bersama, MBSB boleh menahan apa-apa baki kredit atau baki terkini atau baki terkemudian ke mana-mana akaun peribadi atau akaun bersama atau mana-mana sekuriti yang dimiliki pemegang akaun bersama atas arahan dan tanpa prejudis ke atas hak MBSB untuk menggabungkan atau penyelarasan yang tertakluk di sini atau hak-hak MBSB yang berkaitan dengan mana-mana baki akaun atau sekuriti yang timbul daripada mana-mana tuntutan cagaran, lien atau mana-mana langkah di mana MBSB fikirkan perlu diambil berdasarkan mana-mana tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak yang lain. 17.2 Sekiranya berlaku kematian ke atas mana-mana pemegang akaun bersama, MBSB dibenarkan untuk membayar baki akaun tersebut kepada pemegang akaun yang masih hidup dan pembayaran tersebut merupakan pelepasan yang sah oleh MBSB bagi keseluruhan baki akaun. Page 13 of 16

18.0 PERUBAHAN DALAM BUTIRAN 18.1 Pelanggan hendaklah memberi notis dengan segera kepada MBSB secara bertulis mengenai pertukaran alamat surat menyurat, dan/ atau nombor telefon / telefon bimbit / faks / e-mel dan/atau butiran lain yang direkodkan dengan MBSB. 18.2 Pertukaran alamat Pelanggan dengan apa-apa cara sekalipun tidak akan berkuatkuasa / mengikat ke atas MBSB kecuali notis sebenar mengenai pertukaran alamat telah diterima dan diakui sah oleh MBSB. 18.3 Semua komunikasi yang dihantar melalui pos atau ditinggalkan di alamat terakhir Pelanggan yang berdaftar dengan MBSB hendaklah dianggap telah dihantar dengan sewajarnya dan diterima oleh Pelanggan. 19.0 FI DAN CAJ 19.1 MBSB berhak mengenakan fi dan caj bagi mana-mana perkhidmatan yang diberikan kepada Pelanggan seperti yang dipersetujui / dipohon oleh Pelanggan. 19.2 Butir-butir fi dan caj yang dikenakan oleh MBSB boleh didapati di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB dan laman sesawang MBSB. 19.3 MBSB boleh pada bila-bila masa di atas budi bicaranya yang mutlak dengan notis bertulis dihantar kepada Pelanggan atau melalui mana-mana medium yang difikirkan sesuai oleh MBSB, mengubah kadar semasa dan/atau jumlah bayaran fi atau caj yang perlu dibayar oleh Pelanggan. Perubahan tersebut adalah berdasarkan dengan mana-mana keperluan Syariah atau undang-undang yang berkaitan dan akan berkuatkuasa dari tarikh yang dinyatakan pada notis tersebut, di mana penguatkuasaannya adalah tidak kurang daripada tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh notis tersebut. 19.4 Sekiranya terdapat mana-mana Perkhidmatan yang disediakan oleh MBSB kepada Pelanggan adalah tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP), maka amaun CBP di atas fi dan caj tersebut itu adalah ditanggung dan dibayar oleh Pelanggan. 20.0 AKAUN DORMAN / TIDAK AKTIF 20.1 Akaun dorman ditakrifkan sebagai akaun yang tidak mempunyai sebarang transaksi untuk tempoh satu tahun. Surat peringatan akan dihantar kepada Pelanggan sekiranya akaun tersebut akan menjadi dorman. 20.2 Bagi akaun dorman dengan jumlah baki sebanyak RM10.00, MBSB menurut budi bicaranya boleh menutup akaun tersebut dan menyerap bakinya sebagai caj. 20.3 Bagi akaun dorman dengan jumlah baki melebihi RM10.00, MBSB akan mengenakan yuran perkhidmatan tahunan sebanyak RM10.60 (termasuk CBP) sehingga jumlah baki yang selebihnya dipindahkan sebagai wang tidak dituntut menurut Akta Wang Tidak Dituntut 1965 (sila rujuk perenggan 21.0 seperti di bawah bagi klausa Akta Wang Tak Dituntut 1965). 20.4 Tiada caj akan dikenakan ke atas pengaktifan akaun dorman. Page 14 of 16

21.0 AKTA WANG TIDAK DITUNTUT 1965 21.1 Di bawah Akta Wang Tidak Dituntut 1965, wang yang tidak dituntut bermaksud kesemua jumlah wang di dalam akaun yang tidak dikendalikan dengan apa cara sekali pun oleh pemilik untuk tempoh tidak kurang daripada tujuh (7) tahun. Wang yang tidak dituntut kemudiannya akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut (RUM). Sebelum dana dari sesuatu akaun dorman dipindahkan kepada RUM itu, notis akan diberikan kepada Pelanggan sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum pemindahan berlaku. 22.0 PINDAAN KE ATAS TERMA DAN SYARAT 22.1 MBSB berhak untuk mengubahsuai, dan/ atau menukar dan/ atau mengubah dan/ atau membuat variasi dan/ atau menyusun semula Produk ini dan/ atau menambah, memadam atau mengubah manamana atau semua terma dan syarat ini, termasuk sifat Produk-produk ini, pada bila-bila masa dan tertakluk setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkaitan oleh pihak berkuasa. Perubahan sedemikian akan berkuatkuasa selepas tempoh dua puluh satu (21) hari selepas notis dipaparkan di premis-premis MBSB atau mana-mana medium komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh MBSB. 23.0 UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA YANG MENTADBIR 23.1 Perjanjian ini adalah ditadbir oleh, ditafsirkan dan digunakan selaras dengan bidang kuasa dan undangundang di Malaysia. 23.2 Pihak-pihak yang terlibat hendaklah mematuhi setiap peruntukan bagi undang-undang bertulis yang harus mereka patuhi termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan mana-mana Akta, Enakmen atau Ordinan atau undang-undang berkaitan, peraturan-peraturan atau lain-lain perundangan subsidiari di bawah Akta, Enakmen atau Ordinan atau mana-mana arahan, perintah, keperluan atau arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa di bawah undang-undang bertulis. 24.0 AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (PDPA) 24.1 Pelanggan dengan ini mengisytiharkan dan bersetuju bahawa mana-mana data/ maklumat (termasuk data peribadi) yang berkaitan atau yang dirujuk atau berkaitan dengan permohonan Pelanggan dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan hal-ehwal Pelanggan sama ada di sini atau kemudiannya pada permohonan ini mungkin boleh digunakan atau didedahkan oleh MBSB bagi tujuan pemprosesan permohonan ini atau bagi menyediakan perkhidmatan seterusnya atau lain-lain produk dan perkhidmatan dan/ atau pemasaran langsung (jika berkenaan) untuk berkomunikasi dengan Pelanggan bagi tujuan tersebut. 25.0 PENGISYTIHARAN 25.1 Pelanggan dengan ini mengisytiharkan bahawa semua kenyataan dan dokumen yang disertakan berhubung dengan permohonan ini adalah lengkap dan betul berdasarkan pengetahuan dan pemahaman mereka. Page 15 of 16

26.0 PENDEDAHAN MAKLUMAT 26.1 MBSB dibenarkan/ diberi kuasa untuk mendedahkan, mengguna pakai, dan mendapatkan mana-mana maklumat berhubung dengan Pelanggan, akaun atau perkara-perkara yang berkaitan selaras dengan mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan, garis panduan atau arahan atau MBSB di atas budi bicaranya yang dianggap sesuai atau diperlukan serta MBSB tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan dalam apa jua alasan bagi pendedahan yang sedemikian. Jika terdapat sebarang pertikaian atau percanggahan di antara teks Bahasa Inggeris dan terjemahan Bahasa Malaysia ini, maka teks Bahasa Inggeris akan diterima pakai. [End] Page 16 of 16