BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

dokumen-dokumen yang mirip
BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

BAB V PENUTUP. Alhamdulillah penulis merafa kan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

HALAL, HARAM & SYUBHAT

PENDAHULUAN. pelengkap kepada kehidupan manusia kerana segala-galanya ada di dalam ; akidah,

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

BAB 1: PENDAHULUAN. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan al-quran al-karim sebagai petunjuk

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan itu merangkumi hal-hal yang berkaitan terjemahan Al-Quran, metodologi

BAB 1: METODOLOGI FUQAHA DALAM MENTAFSIR AYAT HUKUM. tafsir ayat-ayat hukum dan sejarah pertumbuhan dan perkembangannya.

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB IV ANALISIS PENDAPAT MAZHAB H{ANAFI DAN MAZHAB SYAFI I TENTANG STATUS HUKUM ISTRI PASCA MULA> ANAH

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

HIS 224 INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-4

BAB KEENAM KESIMPULAN. dapatan bagi setiap analisis yang telah dibuat dalam bab-bab sebelum ini. Huraian bagi

Hak Cipta Terpelihara :

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB SATU PENGENALAN. Bahasa sangat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingannya tidak dapat dinafikan

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

BAB 5 PENUTUP. Kajian ini telah membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan konsep

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

PENDAHULUAN METODOLOGI PENULISAN HADITH DALAM TAFSIR BAHASA MELAYU : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR AL-MISHBAH DAN TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN

SUMBER HUKUM ISLAM 1

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

BAB 1 PENDAHULUAN. baginda sendiri adalah pentafsir ayat-ayat al-quran yang diturunkan bagi tujuan

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

Manhaj Ahl al-hadith: Peranan dan Sumbangannya dalam Ketamadunan Islam

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN SARJANA USULUDDIN UNIVERSITI MALAYA

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ZUHRI USUL TAFSIR. minggu kedua: ASBABUN NUZUL. 6 April 2017 Ustazah Rohana Ithnin

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Hijab Kaum Wanita: Satu Pengertian Yang Lebih Luas. Muhammad Haniff Hassan

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

PENUTUP: KESIMPULAN DAN SARANAN

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 5 KESIMPULAN DAN PENUTUP. Dalam bab ini, penulis memaparkan kesimpulan dan saranan yang berkaitan

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Transkripsi:

BAB 5 : PENUTUP 5.1 Pendahuluan Penulis akan membuat kesimpulan daripada perbincangan-perbincangan pada bab-bab yang lalu. Bab ini lebih memfokuskan dapatan yang penulis perolehi pada setiap kajian bab. Dapatan-dapatan ini akan penulis lakarkan dalam bentuk kesimpulan supaya ia mudah difahami. Akhir dalam bab ini penulis akan bawakan beberapa saranan. 5.2 Kesimpulan Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan beliau mempunyai kitab tafsir yang bertajuk al-sirāj al-munīr fī al- I ānah Alā Ma rifat Ba d Ma ānī Kalām Rabbinā al-hākim al-khabīr. Subjek utama dalam kajian ini ialah al- Khatib al-shirbini sebagai seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan metodologi beliau terhadap tafsiran ayat-ayat hukum dalam surah al-nur. Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Ahmad al-shirbīnī al-qāhīrī al-syāfi ī dan lebih dikenali dengan panggilan al-khatib al-shirbīnī. Tahun kelahirannya tidak dapat dipastikan tetapi penulis membuat andaian berdasarkan fakta yang ada bahawa beliau lahir pada akhir kurun ke-15 atau awal kurun ke-16. Manakala tahun kematian beliau adalah pada tahun 977 hijrah. Maklumat tentang al-khatib al-shirbini sebenarnya tidak banyak diketahui termasuklah kehidupan berkeluarga. Namun, dari sudut pendidikan, terkumpul dalam diri beliau beberapa ilmu yang dikuasai antaranya ialah ilmu fiqh, ilmu tafsir, ilmu 107

kalam, ilmu nahu dan ilmu sorof. Beliau belajar dengan ramai para ilmuan dan menghasilkan beberapa buah penulisan. Dari sudut keperibadian, al-khatib al-shirbini adalah seorang yang zuhud, warak dan banyak beribadah kepada Allah. Beliau banyak berjasa kepada masyarakat dengan memanfaatkan ilmu fiqh yang dikuasainya dengan mencurahkan ilmu yang ada. Sebagai makluman ayat hukum ialah ilmu yang membincangkan tentang pentafsiran terhadap ayat-ayat hukum yang terdapat dalam al-quran meliputi ayat-ayat perintah dan larangan, ayat tentang halal dan haram, ayat tentang tentang adab-adab, ayat tentang janji baik dan buruk dan seumpamanya. Penulis mengemukakan isu yang berkaitan dengan metodologi tafsir ayat hukum bermula dengan sejarah pertumbuhan dan perkembangan tafsir ayat-ayat hukum dan karya-karya penulisan dalam bidang tafsir tersebut. Ia telah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. sehingga munculnya suasana penulisan dan pembukuan. Perbezaan yang begitu ketara di antara dua zaman ini ialah rujukan umat Islam pada zaman Rasullullah s.a.w. hanya kepada baginda sebagai sumber utama tafsir ayat-ayat kepada mazhab dan penyelewengan dalam tafsir ini. Secara ringkas, al-khatīb al-shirbīnī telah membahagikan surah al-nūr kepada beberapa bahagian ayat hukum. Beliau menyatakan sepuluh hukum terdapat dalam surah al-nūr dan mentafsirkan ayat-ayat tersebut. Sepuluh ayat hukum tersebut ialah hukum mengenai zina, larangan berkahwin dengan penzina, hukum orang yang menuduh zina, hukum li an (suami menuduh isteri berzina), hukum menyebarkan cerita dusta, adab berkunjung atau bertamu, hukum menjaga pandangan, anjuran menikah, hukum hamba yang dijanjikan akan dimerdekakan (kitabah) dan larangan terhadap paksaan melakukan zina (pelacuran). 108

Kemuncak dalam kajian ini ialah dapatan yang penulis perolehi hasil daripada kajian. Dapatan tersebut dapat disimpulkan kepada beberapa perkara, antaranya ialah al- Khatib al-shirbini telah menggabungkan pentafsiran secara al-ma thur dan pentafsiran secara al-ra y ketika mentafsirkan ayat-ayat hukum dalam surah al-nur. Beliau menggunakan uslūb tahlīlī dalam pentafsiran keseluruhan setiap surah. Gabungan ini dapat dilihat ketika beliau mentafsirkan ayat-ayat hukum dengan berdasarkan pentafsiran bersumberkan al-ma thur iaitu menggunakan ayat al-quran, hadis, pendapat sahabat dan pendapat tabi in. Manakala pentafsiran bersumberkan al-ra y ialah mentafsirkan berdasarkan faktor sosial dan mengemukakan pendapat dari ahli tafsir yang terkenal dengan tafsir al-ra y. Seterusnya, corak pentafsiran al-khatīb al-shirbīnī terhadap ayat-ayat hukum dalam surah al-nur boleh dilihat pada beberapa aspek. Pertama ialah tidak kelihatan sifat taksub terhadap mazhabnya, kedua: kejujurannya dalam penggunaan riwayat dan ketiga: perhatian beliau terhadap persoalan fiqh. Penulis membuat perbandingan antara al-khatīb al-shirbīnī dengan ahli tafsir yang lain iaitu al-qurtubi, al-jassas dan al-kiya al-harrasi. Jika dilihat dari sudut kemazhaban, al-khatīb al-shirbīnī sama sifatnya dengan al-qurtubi iaitu tidak taksub terhadap mazhab masing-masing. Manakala jika dibandingkan dengan al-jassas dan al-kiya al-harrasi, kelihatan perbezaan yang ketara. Ini kerana al-jassas dan al-kiya al-harrasi kelihatan sifat taksub kepada mazhab mereka ketika mentafsirkan ayat-ayat hukum. 109

5.3 Saranan dan Cadangan Setelah membaca kitab tafsiran al-khatib al-shirbīnī dan mengkaji metodologi pentafsirannya, maka penulis bawakan beberapa saranan. a- Terjemah dalam bahasa melayu. Kitab ini merupakan sebuah kitab yang kaya dengan ilmu-ilmu Islam kerana pelbagai perbincangan ilmu terdapat di dalamnya, antaranya ialah perbincangan masalah fiqh, adanya qira at al-quran di dalamnya, perbincangan dari sudut ilmu nahu bahasa Arab dan banyak lagi. Oleh itu ia mudah difahami oleh masyarakat Malaysia pada hari ini jika ianya diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda kita. b- Perbanyakkan salinan asal kitab. Antara masalah penulis dalam kajian ini ialah sukarnya mendapatkan sumber asal kitab. Kitab asal yang lengkap setakat ini hanya didapati di perpustakaan Akademik Pengajian Islam di Nilam Puri, Kelantan. Ia agak menyukarkan penulis untuk membuat rujukan. Selain daripada itu juga, penulis telah berulang kali mencari kitab asal tersebut sama ada melalui perpustakaanperpustakaan di beberapa buah universiti tempatan dan juga pameran-pameran buku. Namun hasilnya mengecewakan kerana tidak memperolehinya. c. Perbanyakkan kajian mengenainya. Jika diteliti lebih mendalam, kitab tafsir ini boleh dibuat kajian dari pelbagai sudut ilmu kerana kepelbagaian ilmu yang terdapat di dalamnya. Contohnya kajian dari sudut qira at al-quran atau dari sudut bahasa Arab. 110

Dengan adanya kajian demi kajian akan menampakkan lagi keistimewaan kitab tafsir ini. 5.4 Penutup Akhirnya dapatlah diringkaskan di sini bahawa al-khatib al-shirbīnī merupakan antara ulamak yang telah mewarnai bidang penulisan ilmu-ilmu Islam umumnya dan ilmu tafsir khasnya. Beliau lebih dikenali sebagai seorang ahli fiqh dalam mazhab al-shafi i, tetapi tidak dinafikan beliau juga mempunyai karya dalam bidang tafsir. Kitab tafsir beliau lebih dikenali sebagai kitab tafsir bi al-ra y al-mamduh. Walaupun kitab ini kurang digunapakai di negara kita, namun penulis percaya dengan kajian demi kajian yang dilakukan akan memperlihatkan keistimewaan kitab beliau. Akhirnya, segala kekurangan dan kesilapan dalam penulisan ini adalah kelemahan penulis sendiri. Manakala segala kebaikan dan manfaat daripada kajian ini adalah daripada Allah semata-mata. Wallahu alam. 111