PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

dokumen-dokumen yang mirip
Sebagai contoh, anda boleh lihat Piagam Madinah di bawah.

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK SAS/CTU 553 BAB 8 - ISLAM HADHARI 1

PIAGAM MADINAH. Pasal 1 Sesungguhnya mereka adalah satu bangsa negara (ummat), bebas dari (pengaruh dan kekuasaan) manusia lainnya.

Naskah Piagam Madinah

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

Kelompok 4. Sadri wahyudi Siti cholifah Sarah haikal

PIAGAM MADINAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

PIAGAM MADINAH DAN TERJEMAHANNYA

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

MOCK TEST /2 SEJARAH Kertas 2 Julai 2 Jam 30 Minit

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

(a) Nyatakan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiyah di Makkah.

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

Pengenalan Takaful 45 BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

Bab 2. Bab 5. Bab. Bab 1. Bab. 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab 10. Bab

PEMBUKAAN KOTA MEKAH

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

PERSATUAN DAN KERUKUNAN

Perjuangan Nabi di Kota Madinah dalam Menegakan Agama Islam

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

WD8013 Sejarah Pendidikan Islam I (Minggu 2) Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

RASULULLAH SAW DALAM MEMBINA UMMAT PERIODE MADINAH

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Materi PAI. Bab IX Meneladani Perjuangan Rasulullah Saw di Madinah. Oleh Yuliandre

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

REVIEW. Disampaikan pada perkuliahan PENDIDIKAN AGAMA ISLAM kelas PKK. Dr. Dede Abdul Fatah, M.Si. Modul ke: Fakultas EKONOMI. Program Studi AKUNTANSI

Pendidikan Agama Islam

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

PERJANJIAN HUDAIBIYAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

Persatuan Dalam al-quran dan Sunnah

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

P e n t i n g n y a T a b a y y u n

MENDAMAIKAN PERSAUDARAAN SEIMAN

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Tuan-tuan dan Puan-puan. Berbalik semula kepada Pertandingan Membaca Al-Quran tahun ini, saya sukalah mengucapkan setinggi-tmggi penghargaan dan

Allah Al-Ghalib (Maha Menang) dan An-Nashir (Maha Penolong)

BAB 2 ISLAM DAN SYARIAH ISLAM OLEH : SUNARYO,SE, C.MM. Islam dan Syariah Islam - Sunaryo, SE, C.MM

Standar Kompetensi : 3. Membiasakan perilaku terpuji.

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

Standar Kompetensi : 4. Membiasakan perilaku terpuji.

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

Pendidikan Agama Islam

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

Perjanjian Aqabah I. Pada tahun ke-12 kenabian, bertepatan dengan tahun 621 M, Nabi. Muhammad saw. menemui rombongan haji dari Yatsrib.

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

BAB X SEJARAH NABI MUHAMMAD SAW DI MADINAH 9. Memahami sejarah Nabi Muhammad SAW.

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN

Fadhilat Berbaik Sangka


PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Jihad Palsu, Amalan Yang Menipu

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

" Katakanlah : Itu dari (kesalahan) kalian sendiri" [Ali Imran : 165]

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

Perintah Pertama di Dalam Alquran

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

Himpunan Doa Didalam Al Quran

KREATIVITI POLITIK NABI MUHAMMAD SAW. Oleh Mohd Azmir Mohd Nizah Pusat Pengajian Teras, USIM

PERJANJIAN HUDAIBIYAH

Sikap Seorang Muslim Terhadap Ahli Maksiat

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.8 Nabi Syu aib AS.

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

PIAGAM MADINAH DAN PRAKTEK POLITIK NABI MUHAMMAD SAW. Oleh: Ulya Fuhaidah

Mulia Quran Terjemahan Bahasa Indonesia. Surah Mumtahinah

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002


Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

ILMUIMAN.NET: Terjemahan Quraan (Draft, Untuk Pribadi)

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.

Pendidikan Agama Islam

KELAS X SMAN 5 PADANG. Pilihlah Jawaban Yang Paling Tepat Pada Soal di Bawah Ini!

PEPERIKSAA PERCUBAA SIJIL PELAJARA MALAYSIA 2010

Sistem Sosial Dalam Islam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM


Transkripsi:

PIAGAM MADINAH Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin. 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi. Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-madinah dan juga Sahifah al-madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum. Isi kandungan 1 Perangkaan Piagam Madinah 1.1 Langkah pertama

1.2 Langkah kedua 1.3 Langkah ketiga 2 Tujuan Piagam Madinah 3 Prinsip Piagam Madinah 4 Pautan luar 5 Rujukan PERANGKAAN PIAGAM MADINAH Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah atau di kenali sebagai perlembagaan madani, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah. Langkah pertama Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah. Langkah kedua Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar. Langkah ketiga Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar. Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah: 1. Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda. 2. Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.

3. Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing. 4. Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah. 5. Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut, TUJUAN PIAGAM MADINAH 1. Menghadapi masyarakat majmuk Madinah 2. Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk. 3. Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum 4. Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan 5. Mewujudkan keamanan di Madinah 6. Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat. 7. Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin 8. Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah 9. Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi. 10. Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah. PRINSIP PIAGAM MADINAH 1. Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara. 2. Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara 3. Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah 4. Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara 5. Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara 6. Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial. 7. Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan 8. Kebebasan beragama

9. Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam 10. Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian. Fasal 1 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis) daripada Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.[1] Fasal 2 Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusiamanusia lain. Fasal 3 Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang beriman. Fasal 4 Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. Fasal 5 Bani al-harith (dari Yathrib Madinah) bin al-khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di

kalangan orang-orang yang beriman. Fasal 6 Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. Fasal 7 Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. Fasal 8 Banu al-najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. Fasal 9 Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. Fasal 10 Bani al-nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan

berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. Fasal 11 Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. Fasal 12 Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil. Fasal 12-b Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu. Fasal 13 Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka. Fasal 14 Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong manamana kafir terhadap seseorang mukmin. Fasal 15

Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain. Fasal 16 Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka. Fasal 17 Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka. Fasal 18 Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya. Fasal 19 Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah. Fasal 20 Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya. Fasal 20-b Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya)

Fasal 21 Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup (alasan yang membolehkan pembunuhan itu berlaku) hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.[2] Fasal 22 Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaannya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat. Fasal 23 Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad. Fasal 24 Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang Fasal 25 Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan

keluarganya sendiri Fasal 26 Yahudi Bani al-najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. Fasal 27 Yahudi Bani al-harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. Fasal 28 Yahudi Bani al-saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. Fasal 29 Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. Fasal 30 Yahudi Bani al-aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. Fasal 31 Yahudi Bani Tha alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri. Fasal 32 Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha alabah) Fasal 33 Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan

sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan. Fasal 34 Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu. Fasal 35 Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri. Fasal 36 Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad. Fasal 36-b Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini. Fasal 37 Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa. Fasal 37-b Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.

Fasal 38 Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersamasama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang Fasal 39 Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini Fasal 40 Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa. Fasal 41 Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri. Fasal 42 Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya Fasal 43 Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya. Fasal 44 Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.

Fasal 45 Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam). Fasal 46 Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orangorang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggotaanggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya. Fasal 47 Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orangorang zalim dan yang bersalah; dan bahawa mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah. SUMBER: Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.