L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

dokumen-dokumen yang mirip
PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

KEWANGAN. Penyata Kewangan. 183 Analisis Penyata Kewangan 186 Penyata Tanggungjawab Para Pengarah

Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat T) (Diperbadankan di Malaysia)

Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat T) (Diperbadankan di Malaysia)

Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat T) (Diperbadankan di Malaysia)

Lonpac Insurance Bhd (No. Syarikat T) (Diperbadankan di Malaysia)

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

Set lengkap penyata kewangan ini boleh didapati daripada laman web Syarikat di

Set lengkap penyata kewangan ini boleh didapati daripada laman web Syarikat di

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

PENYATA KEWANGAN 31 DISEMBER 2001


Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Laporan Tahunan Jawatankuasa Syariah Rakyat 2016 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab

BADAN PENGAWAS PEMEGANG SAHAM MINORITI BERHAD (Diperbadankan di Malaysia sebagai syarikat berhad menurut jaminan)

ACW Perakaunan Korporat II

AIG MALAYSIA INSURANCE BERHAD. ( W) Sebelum ini dikenali sebagai Chartis Malaysia Insurance Berhad (Diperbadankan di Malaysia)

No. Syarikat A

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

OPERASI DI MALAYSIA PENYATA KEWANGAN BERKANUN 31 DISEMBER 2007

JTW Perakaunan Kewangan Pertengahan

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

(Diperbadankan di Malaysia) Laporan Para Pengarah dan Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2007

2

Penyata oleh Para Pengarah 15. Nota-nota kepada Penyata Kewangan 23-48

ACE JERNEH INSURANCE BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

No. Syarikat 9827 A. ACE JERNEH INSURANCE BERHAD (Diperbadankan di Malaysia) LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN BERKANUN 31 DISEMBER 2013.

LAPORAN PENGARAH. RM Keuntungan bersih untuk tahun 12,232,209

LAPORAN PENGARAH. RM Keuntungan bersih untuk tahun 13,657,138

Penyata Kewangan. Laporan Pengarah 92. Kunci Kira-kira 96. Penyata Pendapatan 97. Penyata Perubahan Ekuiti 98. Penyata Aliran Tunai 99

2003 Kertas 1 Soalan 1 (a) Yang berikut ialah maklumat kewangan bagi Syarikat Mercu Tanda Berhad.

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

BEROPERASI DI MALAYSIA PENYATA KEWANGAN BERKANUN 31 DISEMBER 2006

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

(Diperbadankan di Malaysia) Laporan Para Pengarah dan Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2006

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Laporan Pengarah Penyata oleh Para Pengarah 16. Akuan Berkanun 16. Laporan Juruaudit 17. Lembaran Imbangan 18. Penyata Perubahan dalam Ekuiti 19

Dari peranannya sebagai tempat umat Islam negara ini menyimpan wang sedikit demi sedikit bagi tujuan mencukupkan perbelanjaan menunaikan fardu haji

B E R J A Y A S O M P O I N S U R A N C E B E R H A D

Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

Aig General Insurance (Malaysia) Berhad (Diperbadankan di Malaysia)

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Akaun Pelaburan Waheed

(Diperbadankan di Malaysia) Laporan Para Pengarah dan Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2005

PELAKSANAAN SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER YANG STANDARD DI BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN STANDARD ACCOUNTING SYSTEM FOR GOVERNMENT AGENCIES (SAGA)

BEROPERASI DI MALAYSIA PENYATA KEWANGAN BERKANUN 31 DISEMBER 2005

TOKIO MARINE INSURANS (MALAYSIA) BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

AAW Perakaunan Kewangan Lanjutan I

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

<>>>>>>>>>>? <>>>>>>>>? <>>>? ->>_>>_>>? ->>_>>_>>? ->>_>>_>>?!->>_>>_>>?

Laporan Pengarah Penyata oleh Para Pengarah 24. Akuan Berkanun 24. Laporan Juruaudit Bebas Kunci Kira-kira 27

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Wood

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

ACE JERNEH INSURANCE BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

948/1 STPM 2012 PERAKAUNAN KERTAS 1. ( Tiga Jam ) SEKOLAH:.. GERAK GEMPUR SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

GIBRALTAR BSN LIFE BERHAD (Ditubuhkan di Malaysia)

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Akaun Pelaburan Wafiyah

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

JTW 111- Prinsip Perakaunan Kewangan

Laporan Pengarah Penyata oleh Para Pengarah 21. Akuan Berkanun 21. Laporan Juruaudit Bebas Kunci Kira-kira 24

CHUBB INSURANCE MALAYSIA BERHAD (dahulunya dikenali sebagai ACE Jerneh Insurance Berhad) (Diperbadankan di Malaysia)

Akaun Semasa Mudarabah

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

2. Sesebuah perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk selama-lamanya.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2012

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Kumpulan Wood

penyata kewangan

Laporan Para Pengarah

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

BEROPERASI DI MALAYSIA PENYATA KEWANGAN BERKANUN 31 DISEMBER 2004

tanggungjawab korporat

Encik Din sentiasa mengubah amalan perakaunan perniagaannya mengikut citarasanya sendiri dari tahun ke setahun.

PENYATA KEWANGAN 2000

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

AAW Perakaunan Kewangan Lanjutan II

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

MULTI-PURPOSE INSURANS BHD (14730-X) (Diperbadankan di Malaysia) Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan 31 Disember Ernst & Young AF:0039

B E R J A Y A S O M P O I N S U R A N C E B E R H A D ( U ) (Dahulunya dikenali sebagai Berjaya General Insurance Berhad)

TOKIO MARINE INSURANS (MALAYSIA) BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Akaun Pelaburan Waheed

P.U. (A) 8/2008 AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (MEKANISME PENSTABILAN HARGA) 2008


SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

ASAL PERABOT SERI. Zarith. Tandatangan Pengurus. Tunai Cek BBM /2 SULIT. Bahagian A. Tarikh: 3 Januari 2013 No.

B E R J A Y A S O M P O I N S U R A N C E B E R H A D ( U ) Laporan Para Pengarah dan Penyata Kewangan Beraudit 30 April 2009

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

AAW 3I4.PENGAUDITAN 1 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Kertas kerja menunjukkan status serta jenis kerja yang dijalankan seperti berikut: ...

Transkripsi:

L P I C a p i t a l B h d 129 penyata kewangan 130 Analisis Penyata Kewangan 133 Penyata Tanggungjawab Para Pengarah 134 Laporan Pengarah 138 Penyata Pengarah 139 Akuan Berkanun 140 Laporan Juruaudit kepada Ahli LPI Capital Bhd 141 Lembaran Imbangan 142 Penyata Pendapatan 143 Akaun Hasil Insurans Am 144 Penyata Perubahan dalam Ekuiti 146 Penyata Aliran Tunai 148 Nota-nota kepada Penyata Kewangan

1 3 0 L P I C a p i t a l B h d Analisis Penyata Kewangan ANALISIS LEMBARAN IMBANGAN Jumlah Aset Jumlah aset Kumpulan LPI meningkat kepada RM792.4 juta pada 31 Disember 2007, merekodkan pertumbuhan sebanyak 5% daripada tahun kewangan lepas. Pertumbuhan aset ini terutamanya disebabkan oleh pelaburan dalam syarikat bersekutu, CampuBank Lonpac Insurance Plc dan peningkatan dalam belum diterima dagangan hasil daripada peningkatan ketara dalam pertumbuhan pendapatan premium pada tahun 2007. Portfolio pelaburan merangkumi 85% daripada jumlah aset Kumpulan di mana perinciannya ditunjukkan di dalam Nota 7 kepada penyata kewangan. Hartanah Pelaburan Hartanah pelaburan Kumpulan LPI berdiri pada RM10.0 juta, peningkatan sebanyak 17.6% daripada RM8.5 juta yang dicatatkan pada tahun 2006. Peningkatan ini hasil daripada peningkatan tinggi pasaran hartanah dan hartanah pelaburan yang dinilai semula selari dengan laporan penilaian semula oleh syarikat penilaian bebas luar. Pelaburan Jumlah pelaburan bagi Kumpulan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.7% kepada RM673.3 juta daripada RM662.1 juta pada tahun 2006. Portfolio pelaburan Kumpulan disebar baik dengan pelaburan jangka panjang dan jangka pendek. Pelaburan jangka pendek seperti peletakan deposit tetap menurun kepada RM456.9 juta daripada RM460.2 juta di sepanjang tahun. Penurunan ini terutamanya disebabkan oleh pertukaran pelaburan daripada deposit jangka pendek kepada bon dan pelaburan dalam syarikat bersekutu. Pelaburan jangka panjang Kumpulan di dalam Sekuriti Kerajaan dan Pinjaman Terjamin Kerajaan merangkumi 7.5% daripada jumlah pelaburan manakala pelaburan di dalam sekuriti ekuiti disebut harga meningkat sebanyak 16.7% kepada RM106.9 juta daripada RM91.6 juta pada tahun 2006. Pelaburan dalam sekuriti ekuiti disebut harga kekal baik dan teguh dengan nilai pasaran akhir tahun berjumlah RM608.2 juta, satu peningkatan memberangsangkan sebanyak RM501.3 juta atau 4.7 kali ganda dari nilai buku bersihnya sebanyak RM106.9 juta. Pinjaman (Terjamin) Pinjaman terjamin Kumpulan adalah berhubung dengan pinjaman kakitangan. Pinjaman kakitangan kekal tidak berubah pada RM18.9 juta. Belum Terima Dagangan Dan Lain-lain Belum terima dagangan dan lain-lain Kumpulan meningkat kepada RM68.0 juta daripada RM50.5 juta pada tahun 2006 terutamanya disebabkan oleh premium tertunggak daripada pelanggan yang lebih tinggi hasil daripada beberapa risiko besar yang dicatatkan di penghujung tahun. Jumlah Liabiliti Jumlah liabiliti Kumpulan berkembang sebanyak 17.8% kepada RM422.4 juta daripada RM358.5 juta pada tahun 2006. Peningkatan ini terutamanya disebabkan oleh rizab premium tidak terperoleh yang lebih tinggi sejajar dengan perkembangan portfolio perniagaan. Rizab premium tidak terperoleh dan peruntukan bagi tuntutan tertunggak merangkumi 88.8% jumlah liabiliti Kumpulan. Perinciannya masing-masing ditunjukkan di dalam Nota 14 dan 15 kepada penyata kewangan. Rizab Premium Tidak Terperoleh Rizab premium tidak terperoleh Kumpulan meningkat dengan ketara kepada RM169.8 juta daripada RM143.7 juta pada tahun 2006, peningkatan sebanyak 18.2%. Peningkatan ini sejajar dengan perkembangan pendapatan premium.

L P I C a p i t a l B h d 131 Analisis Penyata Kewangan Peruntukan Bagi Tuntutan Tertunggak Peruntukan bagi tuntutan tertunggak Kumpulan meningkat kepada RM205.5 juta daripada RM170.9 juta pada tahun 2006. Oleh itu, nisbah tuntutan bersih ditanggung berdiri pada 51.2%, yang dianggap wajar memandangkan peningkatan pada nisbah kerugian industri, terutamanya dalam perniagaan kelas motor. Belum Dibayar Dagangan Dan Lain-lain Belum dibayar dagangan dan lain-lain Kumpulan menurun sebanyak 9.2% kepada RM32.6 juta daripada RM35.9 juta pada tahun 2006. Penurunan ini disumbangkan oleh polisi Kumpulan dalam penyelesaian baki tertunggak yang cekap. Ekuiti Para Pemegang Saham Ekuiti para pemegang saham Kumpulan kekal teguh pada RM370.0 juta meskipun terdapat pembayaran dividen yang tinggi berjumlah RM110.7 juta dan beli balik saham berjumlah RM2.9 juta pada tahun 2007. Ini disebabkan oleh keuntungan bersih teguh sebanyak RM87.8 juta yang dicatatkan pada tahun 2007. Dengan perolehan yang bertambah baik, Kumpulan dijangka mengekalkan ekuiti para pemegang saham yang teguh. ANALISIS PENYATA PENDAPATAN Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007, hasil Kumpulan meningkat dengan ketara sebanyak 16.5% kepada RM551.6 juta manakala keuntungan sebelum cukainya meningkat kepada RM121.8 juta daripada RM110.5 juta pada tahun 2006, peningkatan sebanyak 10.2%. Keuntungan sebelum cukai Kumpulan dijana terutamanya daripada perniagaan insurans am, yang menyumbang RM94.2 juta (2006: RM87.0 juta) seperti yang ditunjukkan di dalam Akaun Hasil Insurans Am Kumpulan. Hasil Meskipun beroperasi di dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif, Kumpulan mencatatkan peningkatan ketara dalam hasil sebanyak 16.5% kepada RM551.6 juta daripada RM473.5 juta pada tahun 2006. Peningkatan ini terhasil bersandarkan pertumbuhan di dalam pendapatan premium kasar sebanyak 16.5% kepada RM494.3 juta daripada RM424.4 juta pada tahun 2006 dan juga peningkatan substansial di dalam pendapatan dividen sebanyak 19.7% kepada RM37.1 juta daripada RM31.0 juta pada tahun 2006. Premium Kasar Beberapa strategi perniagaan dan usaha pemasaran yang diambil oleh Kumpulan pada tahun 2007 adalah efektif dalam meningkatkan pendapatan premium kasar Kumpulan. Peningkatan sebanyak 16.5% di dalam pendapatan premium kasar Kumpulan kepada RM494.3 juta dihasilkan terutamanya oleh kelas-kelas insurans Motor dan Kebakaran, masing-masing menyumbang sebanyak 62% dan 32% daripada jumlah peningkatan dalam pendapatan premium kasar. Premium Bersih Dan Premium Terperoleh Sejajar dengan pertumbuhan di dalam premium kasar, kedua-dua premium bersih dan juga premium terperoleh Kumpulan meningkat di sepanjang tahun 2007. Pendapatan premium bersih meningkat sebanyak 26.4% kepada RM335.2 juta daripada RM265.2 juta pada tahun 2006 manakala pendapatan premium terperoleh meningkat sebanyak 22.8% kepada RM309.1 juta daripada RM251.7 juta pada tahun 2006. Ini mencerminkan keberkesanan program insurans semula Kumpulan. Tuntutan Bersih Ditanggung Peningkatan dalam tuntutan bersih ditanggung Kumpulan selari dengan pertumbuhan dalam premium terperoleh. Tuntutan bersih ditanggung Kumpulan meningkat sebanyak 29.4% kepada RM158.1 juta daripada RM122.2 juta pada tahun 2006. Ini telah dijangka memandangkan pengalaman tuntutan tinggi dalam industri pada tahun 2007, terutamanya dalam perniagaan kelas motor. Oleh itu, nisbah keseluruhan tuntutan ditanggung meningkat kepada 51.2% daripada 48.5% pada tahun 2006.

1 32 L P I C a p i t a l B h d Analisis Penyata Kewangan Komisen Bersih Komisen bersih Kumpulan meningkat kepada RM30.4 juta daripada RM17.5 juta pada tahun 2006. Nisbah komisen bersih berbanding premium bersih meningkat kepada 9.1% daripada 6.6% pada tahun 2006. Peningkatan ini sejajar dengan pertumbuhan di dalam pendapatan premium kasar. Perbelanjaan Pengurusan Perbelanjaan pengurusan Kumpulan meningkat sebanyak 15.9% kepada RM62.0 juta daripada RM53.5 juta pada tahun 2006. Kos kakitangan merangkumi RM31.3 juta atau 50.5% daripada jumlah perbelanjaan pengurusan. Nisbah perbelanjaan pengurusan berbanding pendapatan premium terperoleh menurun kepada 19.8% daripada 21.0% pada tahun 2006 hasil daripada proses kerja dan sistem pengagihan yang bertambah baik. Lebihan Penajaan Jamin Kumpulan mencatatkan lebihan penajaan jamin berjumlah RM59.2 juta bagi tahun 2007 walaupun beroperasi di dalam pasaran yang bersaing tinggi dan kos tuntutan yang meningkat. Kumpulan berupaya mengekalkan kualiti portfolio perniagaannya, merekodkan lebihan penajaan jamin di dalam semua kelas insurans. Pendapatan Pelaburan Pendapatan pelaburan meningkat dengan ketara sebanyak 17.2% kepada RM56.6 juta daripada RM48.3 juta pada tahun 2006. Peningkatan ini disebabkan oleh pendapatan dividen dan pendapatan faedah lebih tinggi diterima pada sepanjang tahun ini. Pendapatan Operasi Lain Pendapatan operasi lain Kumpulan meningkat kepada RM6.6 juta daripada RM3.7 juta pada tahun 2006. Peningkatan ini meningkat terutamanya daripada keuntungan penilaian semula bagi hartanah pelaburan Kumpulan dan keuntungan dari penjualan pelaburan dalam bon dan saham. Perbelanjaan Cukai Perbelanjaan cukai Kumpulan bagi tahun 2007 meningkat kepada RM34.0 juta daripada RM32.4 juta pada tahun 2006 sejajar dengan keuntungan lebih tinggi yang dicapai. Kadar cukai efektif Kumpulan sebanyak 27.9% adalah lebih tinggi daripada kadar cukai berkanun sebanyak 27.0% disebabkan oleh beberapa perbelanjaan tertentu yang tidak boleh ditolak cukai.

L P I C a p i t a l B h d 133 Penyata Tanggungjawab Para Pengarah dinyatakan menurut perenggan 15.27(a), Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad Para Pengarah bertanggungjawab untuk memastikan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit Kumpulan dan Syarikat telah disediakan mengikut keperluan piawaian perakaunan yang diterima pakai dan diluluskan bagi entiti-entiti selain daripada entiti-entiti swasta yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia, peruntukan Akta Syarikat, 1965, Garis Panduan Bank Negara Malaysia dan Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad. Para Pengarah juga bertanggungjawab bagi memastikan bahawa penyata kewangan tahunan Kumpulan dan Syarikat yang telah diaudit disediakan dengan ketepatan yang munasabah daripada rekod-rekod perakaunan Kumpulan dan Syarikat untuk memberikan gambaran sebenar dan saksama tentang kedudukan Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2007, dan keputusan operasi serta aliran tunai Kumpulan dan Syarikat bagi tahun yang berakhir pada tarikh tersebut. Dalam menyediakan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit, Para Pengarah telah: mengguna pakai polisi perakaunan yang bersesuaian dan berkaitan secara konsisten; membuat penilaian dan anggaran yang munasabah dan berhemat; dan menyediakan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit berdasarkan usaha yang berterusan. Para Pengarah turut bertanggungjawab bagi memastikan bahawa Kumpulan dan Syarikat menyimpan rekod perakaunan dengan sewajarnya, yang mendedahkan kedudukan kewangan Kumpulan dan Syarikat pada bila-bila masa dengan ketepatan yang berpatutan. Para Pengarah juga mempunyai tanggungjawab umum untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi melindungi aset-aset Kumpulan dan Syarikat serta mencegah dan mengesan penipuan dan ketaknalaran lain. Penyata Tanggungjawab Para Pengarah ini dibuat selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah bertarikh pada 14 Januari 2008.

1 3 4 L P I C a p i t a l B h d Laporan Pengarah bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2007 Para Pengarah dengan sukacitanya membentangkan laporan mereka berserta penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007. Aktiviti utama Aktiviti utama syarikat adalah dalam pegangan pelaburan, manakala aktiviti utama syarikat-syarikat subsidiarinya adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 5 kepada penyata kewangan. Tidak terdapat sebarang perubahan ketara dalam jenis aktiviti utama ini di sepanjang tahun kewangan. Keputusan Kumpulan RM 000 Syarikat RM 000 Keuntungan bersih bagi tahun 87,770 120,469 Rizab dan peruntukan Tiada sebarang pindaan ketara kepada atau daripada rizab atau peruntukan sepanjang tahun kewangan ini selain daripada yang dinyatakan di dalam penyata kewangan. Dividen Sejak berakhir tahun kewangan lalu, Syarikat telah membayar: i) dividen khas sebanyak 25.00 sen sesaham biasa ditolak cukai pada 27% (18.25 sen bersih sesaham biasa) dan dividen akhir sebanyak 55.00 sen sesaham biasa ditolak cukai pada 27% (40.15 sen bersih sesaham biasa) berjumlah RM80,554,000 berhubung dengan tahun berakhir pada 31 Disember 2006 pada 13 Februari 2007; dan ii) dividen interim sebanyak 30.00 sen sesaham biasa ditolak cukai pada 27% berjumlah RM30,163,000 (21.90 sen bersih sesaham biasa) berhubung dengan tahun berakhir pada 31 Disember 2007 pada 25 Julai 2007. Dividen khas dan dividen akhir dicadangkan oleh Para Pengarah berhubung dengan tahun berakhir pada 31 Disember 2007 masingmasing sebanyak 25.00 sen sesaham biasa ditolak cukai pada 26% (18.50 sen bersih sesaham biasa) dan 55.00 sen sesaham biasa ditolak cukai pada 26% (40.70 sen bersih sesaham biasa), ke atas modal saham diterbit dan dibayar pada tarikh kelayakan pada 19 Februari 2008. Para Pengarah Syarikat Para Pengarah yang berkhidmat sejak tarikh laporan lepas adalah: Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow Dato Yeoh Chin Kee Tee Choon Yeow Tan Kok Guan Dato Haji Abdul Aziz bin Omar [dilantik pada 9 Oktober 2007] Lee Chin Guan [meletak jawatan pada 9 Oktober 2007] Geh Cheng Hooi [meletak jawatan pada 29 November 2007]

L P I C a p i t a l B h d 135 Laporan Pengarah bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2007 Kepentingan Para Pengarah Pegangan dan yang dianggap pegangan dalam saham biasa Syarikat dan syarikat-syarikat berkaitannya (selain daripada syarikatsyarikat subsidiari milik penuhnya) oleh Para Pengarah pada akhir tahun seperti yang direkodkan di dalam Daftar Pemegangan Saham Para Pengarah adalah seperti berikut: Bilangan saham biasa bernilai RM1.00 sesaham Pada Dipindah Pada 1.1.2007 Dibeli Dijual masuk/ (keluar) 31.12.2007 Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow Kepentingan dalam Syarikat: - sendiri 1,952,000 - - - 1,952,000 Dianggap Kepentingan dalam Syarikat: - sendiri 59,123,000 - - - 59,123,000 - lain-lain 50,000 - - - 50,000 Dato Yeoh Chin Kee Kepentingan dalam Syarikat: - lain-lain 350,000 - (215,000) 500,000 635,000 Dianggap Kepentingan dalam Syarikat: - sendiri 500,000 - - (500,000) - Tee Choon Yeow Kepentingan dalam Syarikat: - sendiri 400,000 - - - 400,000 Dianggap Kepentingan dalam Syarikat: - lain-lain 100,000 - - - 100,000 Tan Kok Guan Dianggap Kepentingan dalam Syarikat: - lain-lain 285,000 - - - 285,000 Oleh sebab kepentingan beliau dalam saham Syarikat, Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow dianggap mempunyai kepentingan dalam saham syarikat-syarikat subsidiari setakat LPI Capital Bhd mempunyai kepentingan. Faedah Para Pengarah Sejak akhir tahun kewangan lalu, tiada Pengarah Syarikat yang telah menerima atau menjadi layak untuk menerima sebarang faedah (selain daripada faedah yang termasuk di dalam jumlah agregat emolumen yang diterima atau yang akan diterima oleh Para Pengarah atau gaji tetap bagi kakitangan sepenuh masa Syarikat seperti yang dinyatakan dalam Nota 22 kepada penyata kewangan) oleh sebab suatu kontrak yang dibuat oleh Syarikat atau sebuah syarikat berkaitan dengan Pengarah tersebut atau dengan sebuah firma di mana Pengarah tersebut adalah ahli, atau dengan sebuah syarikat di mana Pengarah tersebut mempunyai kepentingan kewangan yang besar, selain daripada seorang Pengarah yang mempunyai kepentingan kewangan yang besar dalam syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan Kumpulan ini melalui perjalanan biasa perniagaan seperti yang dinyatakan dalam Nota 29 kepada penyata kewangan. Tidak wujud sebarang urusan di sepanjang dan pada akhir tahun kewangan dengan tujuan membenarkan Para Pengarah Syarikat mendapat faedah melalui pembelian saham dalam atau debentur Syarikat.

1 3 6 L P I C a p i t a l B h d Laporan Pengarah bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2007 Terbitan saham Tiada sebarang perubahan dalam modal diterbitkan dan dibayar bagi Syarikat sepanjang tahun kewangan. Opsyen dibenarkan ke atas saham belum diterbit Tiada opsyen yang dibenarkan kepada sesiapa untuk mengambil saham Syarikat belum diterbit di sepanjang tahun kewangan. Beli Balik Saham Pada 31 Januari 2007, para pemegang saham Syarikat telah memperbaharui kelulusan mereka kepada Syarikat membeli balik sahamsahamnya. Di sepanjang tahun kewangan, Syarikat telah membeli balik daripada pasaran terbuka, 263,600 saham biasanya bernilai RM1.00 sesaham ( Saham LPI ) yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Securities pada harga beli balik purata RM10.93 sesaham. Amaun pertimbangan yang dibayar oleh Syarikat untuk beli balik Saham LPI di sepanjang tahun kewangan, termasuk kos urusniaga, adalah sebanyak RM2,880,456 dan telah dibiayai oleh dana yang dijana secara dalaman. Saham LPI yang dibeli balik dipegang sebagai saham perbendaharaan menurut Seksyen 67A Seksyen kecil 3(A)(b) Akta Syarikat, 1965. Tiada saham perbendaharaan yang dipegang telah dijual balik atau dibatalkan pada tahun kewangan tersebut. Pada 31 Disember 2007, Syarikat memegang sebanyak 1,051,200 Saham LPI sebagai saham perbendaharaan daripada jumlah modal saham diterbit dan dibayar sebanyak 138,723,000 Saham LPI. Saham perbendaharaan tersebut dipegang pada amaun dibawa sebanyak RM8,589,726. Maklumat lanjut adalah seperti dinyatakan dalam Nota 12 kepada penyata kewangan. Lain-lain maklumat berkanun Sebelum lembaran imbangan dan penyata pendapatan Kumpulan dan Syarikat dibuat, Para Pengarah telah mengambil langkahlangkah yang berpatutan untuk memastikan bahawa: i) terdapat peruntukan yang mencukupi untuk tuntutan ditanggung, termasuk tuntutan yang Ditanggung Tetapi Tidak Dilaporkan (IBNR), ii) segala hutang lapuk yang diketahui telah dihapus kira dan peruntukan secukupnya telah disediakan untuk hutang ragu, dan iii) segala aset semasa telah dinyatakan pada yang terendah antara kos dan nilai boleh direalisasikan bersih. Pada tarikh laporan ini, Para Pengarah tidak menyedari adanya sebarang keadaan: i) mungkin menyebabkan jumlah hutang lapuk yang dihapus kira, atau jumlah peruntukan bagi hutang ragu, di dalam Kumpulan dan di dalam Syarikat tidak mencukupi sehingga mencapai peringkat yang menjejaskan, atau ii) mungkin menyebabkan nilai yang diberikan kepada aset semasa di dalam Kumpulan dan di dalam penyata kewangan Syarikat adalah mengelirukan, atau iii) yang telah timbul yang menyebabkan kepatuhan kepada kaedah penilaian sedia ada ke atas aset atau liabiliti Kumpulan dan Syarikat adalah mengelirukan atau tidak sesuai, atau iv) yang tidak diambil kira di dalam laporan ini atau penyata kewangan, yang akan menyebabkan sebarang jumlah yang dinyatakan di dalam penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat mengelirukan.

L P I C a p i t a l B h d 137 Laporan Pengarah bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2007 Pada tarikh laporan ini, tidak wujud: i) sebarang caj ke atas aset Kumpulan atau Syarikat yang telah timbul sejak akhir tahun kewangan dan yang menjamin liabiliti pihak lain, atau ii) sebarang liabiliti luar jangka berhubung dengan Kumpulan atau Syarikat yang telah timbul sejak akhir tahun kewangan. Tiada liabiliti luar jangka atau liabiliti lain bagi mana-mana syarikat dalam Kumpulan yang telah atau mungkin berkuat kuasa dalam tempoh dua belas bulan selepas akhir tahun kewangan yang mana, pada pendapat Para Pengarah, akan atau mungkin menjejaskan dengan ketara keupayaan Kumpulan dan Syarikat untuk memenuhi tanggungjawabnya apabila tiba masanya. Bagi tujuan perenggan ini, liabiliti luar jangka dan liabiliti lain tidak termasuk liabiliti yang terbit daripada kontrak-kontrak insurans yang ditaja jamin dalam urusan biasa perniagaan Kumpulan. Pada pendapat Para Pengarah, hasil operasi Kumpulan dan Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007 tidak terjejas dengan ketara oleh sebarang perkara, urusniaga atau peristiwa penting dan berbentuk luar biasa atau terdapat sebarang perkara, urusniaga atau peristiwa yang berlaku di antara akhir tahun kewangan dan tarikh laporan ini. Juruaudit Juruaudit, Tetuan KPMG, telah menyatakan kesediaan mereka untuk menerima pelantikan semula. Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pengarah menurut satu resolusi Para Pengarah: Dato Yeoh Chin Kee Tee Choon Yeow Kuala Lumpur, Tarikh: 14 Januari 2008

1 3 8 L P I C a p i t a l B h d Penyata Pengarah menurut Seksyen 169(15) Akta Syarikat, 1965 Pada pendapat Para Pengarah, penyata kewangan yang dibentangkan di muka surat 141 hingga 182 telah disediakan selaras dengan peruntukan Akta Syarikat, 1965 dan Piawai Pelaporan Perakauan diterima pakai dan yang diluluskan yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia untuk memberikan gambaran sebenar dan saksama tentang kedudukan Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2007 dan keputusan operasi serta aliran tunai Kumpulan dan Syarikat bagi tahun yang berakhir pada tarikh tersebut. Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pengarah menurut satu resolusi Para Pengarah: Dato Yeoh Chin Kee Tee Choon Yeow Kuala Lumpur, Tarikh: 14 Januari 2008

L P I C a p i t a l B h d 139 Akuan Berkanun menurut Seksyen 169(16) Akta Syarikat, 1965 Saya, Tee Choon Yeow, Pengarah yang terutamanya bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan LPI Capital Bhd, dengan sesungguhnya dan tulus ikhlas mengaku bahawa penyata kewangan yang dibentangkan di muka surat 141 hingga 182, pada sebaikbaik pengetahuan dan kepercayaan saya adalah betul, dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa ianya adalah benar, dan menurut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960. Ditandatangani dan diakui sesungguhya oleh penama yang tersebut di atas di Kuala Lumpur pada 14 Januari 2008. Tee Choon Yeow Di hadapan saya: G. Ganesan Pesuruhjaya Sumpah Kuala Lumpur

1 4 0 L P I C a p i t a l B h d Laporan Juruaudit kepada Ahli LPI Capital Bhd Kami telah mengaudit penyata kewangan yang dibentangkan di muka surat 141 hingga 182. Penyediaan penyata kewangan tersebut adalah tanggungjawab Para Pengarah Syarikat. Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mempunyai pendapat yang berkecuali, berdasarkan pengauditan kami, ke atas penyata kewangan ini dan melaporkan pendapat kami kepada anda, sebagai sebuah badan, menurut Seksyen 174 Akta Syarikat, 1965 dan bukan untuk tujuan lain. Kami tidak memikul tanggungjawab ke atas mana-mana pihak lain bagi kandungan laporan ini. Kami telah menjalankan audit kami menurut Piawaian Pengauditan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut memerlukan kami merancang dan melaksanakan pengauditan untuk mendapatkan jaminan yang wajar bahawa penyata kewangan tersebut bebas daripada salah nyataan material. Audit merangkumi pemeriksaan, secara ujian, bukti yang menyokong jumlah dan pendedahan di dalam penyata kewangan. Audit turut meliputi penilaian ke atas prinsip-prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran penting yang dibuat oleh Para Pengarah serta menilai penyampaian keseluruhan penyata kewangan. Kami percaya bahawa pengauditan kami menyediakan asas yang wajar bagi pendapat kami. Pada pendapat kami: (a) penyata kewangan telah disediakan dengan teratur menurut peruntukan Akta Syarikat, 1965, dan Piawaian Pelaporan Kewangan yang diterima pakai dan diluluskan yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia untuk memberi gambaran sebenar dan saksama tentang: i) kedudukan Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2007 dan keputusan operasi serta aliran tunai bagi tahun yang berakhir pada tarikh tersebut; dan ii) perkara-perkara yang dikehendaki oleh Seksyen 169 Akta Syarikat, 1965 yang perlu diambil kira di dalam penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat; dan (b) rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain serta daftar-daftar yang dikehendaki oleh Akta Syarikat, 1965 untuk disimpan oleh Syarikat dan syarikat-syarikat subsidiari telah disimpan dengan teratur menurut peruntukan Akta tersebut. Kami berpuas hati bahawa penyata kewangan syarikat-syarikat subsidiari yang telah disatukan dengan penyata kewangan Syarikat adalah dalam bentuk dan kandungan yang sesuai dan wajar bagi tujuan menyediakan penyata kewangan yang disatukan dan kami telah menerima maklumat dan penjelasan yang memuaskan yang kami perlukan bagi tujuan tersebut. Laporan-laporan audit ke atas penyata kewangan syarikat-syarikat subsidiari tidak tertakluk kepada sebarang syarat dan tidak mengandungi sebarang teguran yang dibuat di bawah seksyen kecil (3) Seksyen 174 Akta tersebut. KPMG Nombor Firma: AF 0758 Akauntan Berkanun Khaw Hock Hoe Rakan Kongsi Nombor Kelulusan: 2229/04/08(J) Kuala Lumpur, Tarikh: 14 Januari 2008

L P I C a p i t a l B h d 141 Lembaran Imbangan pada 31 Disember 2007 Kumpulan Syarikat Nota 2007 2006 2007 2006 RM 000 RM 000 RM 000 RM 000 Aset Hartanah dan peralatan 3 5,755 7,997 - - Hartanah pelaburan 4 9,990 8,546 - - Pelaburan dalam syarikat-syarikat subsidiari 5 - - 101,100 101,100 Pelaburan dalam syarikat bersekutu 6 10,424-10,833 - Pelaburan 7 673,271 662,145 217,727 220,938 Pinjaman (terjamin) 8 18,965 18,927 - - Belum diterima dagangan dan lain-lain 9 68,029 50,482 151 701 Tunai dan kesetaraan tunai 10 5,955 6,593 63 145 Jumlah aset 792,389 754,690 329,874 322,884 Modal dan rizab Modal saham 11 138,723 138,723 138,723 138,723 Saham perbendaharaan, pada kos 12 (8,590) (5,709) (8,590) (5,709) Rizab 239,868 263,220 199,113 189,361 Ekuiti para pemegang saham 370,001 396,234 329,246 322,375 Liabiliti Liabiliti cukai tertunda 13-392 - - Rizab premium tidak terperoleh 14 169,792 143,660 - - Peruntukan bagi tuntutan tertunggak 15 205,454 170,862 - - Belum dibayar dagangan dan lain-lain 16 32,581 35,886 255 237 Pencukaian 14,561 7,656 373 272 Jumlah liabiliti 422,388 358,456 628 509 Jumlah liabiliti dan ekuiti para pemegang saham 792,389 754,690 329,874 322,884 Nota-nota di muka surat 148 hingga 182 merupakan sebahagian penting dari penyata kewangan ini.

1 4 2 L P I C a p i t a l B h d Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2007 Kumpulan Syarikat Nota 2007 2006 2007 2006 RM 000 RM 000 RM 000 RM 000 Hasil 18 551,624 473,490 166,045 92,172 Pindahan daripada akaun hasil insurans am 94,219 86,975 - - Pendapatan pelaburan 19 28,218 24,052 166,045 92,172 Perbelanjaan pengurusan 21 (679) (545) (658) (527) Hasil daripada aktiviti operasi 121,758 110,482 165,387 91,645 Bahagian keuntungan selepas cukai syarikat bersekutu yang ekuitinya diambil kira 6 8 - - - Keuntungan sebelum cukai 121,766 110,482 165,387 91,645 Perbelanjaan cukai 23 (33,996) (32,354) (44,918) (25,676) Keuntungan bersih bagi tahun 87,770 78,128 120,469 65,969 Boleh agih kepada: Pemegang ekuiti syarikat induk 87,770 78,128 120,469 65,969 Perolehan asas sesaham biasa (sen) 24 63.8 56.6 Nota-nota di muka surat 148 hingga 182 merupakan sebahagian penting dari penyata kewangan ini.