Kad PRVI Miles UOBM 2018 Terma dan Syarat

dokumen-dokumen yang mirip
KEMPEN SUKU TAHUNAN KAD KREDIT PRVI MILES UOBM TERMA & SYARAT

2018 Kad UOB ONE Terma dan Syarat

Kad Preferred Platinum UOBM Terma dan Syarat

PROGRAM 5X UNIRINGGIT KAD PRVI Miles UOBM TERMA DAN SYARAT. 2. Program ini hanya dibuka kepada Kad PRVI Miles UOBM yang dikeluarkan di Malaysia.

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Kad Preferred Platinum UOBM. Terma dan Syarat

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

KEMPEN 5X UNIRINGGIT KAD PRVI MILES DAN PREFERRED PLATINUM UOBM TERMA DAN SYARAT

KAD UOB VISA INFINITE COMPLIMENTARY AIRPORT CAR RIDE Terma & Syarat Kad UOB VISA Infinite. Tempoh Kempen. Perbelanjaan yang layak

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

UOBM LADY S CARD TERMA DAN SYARAT. Untuk mengelakkan keraguan, "Ahli Kad" bermaksud kedua-dua ahli kad utama dan tambahan.

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

3. Untuk tujuan Promosi ini, kedua-dua Kad Kredit dan Kad Debit hendaklah secara kolektif merujuk sebagai "Kad".

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Kempen 1% Pulangan Tunai Kad Kredit Hong Leong

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

PROGRAM GANJARAN UNIRINGGIT 2017 TERMA & SYARAT

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

Kempen Airport Limousine Ride Tanpa Caj ( Airport Limo Ride )

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

4. Akaun Flexi Mortgage dan semua akaun lain yang tidak dinyatakan di bawah Klausa 3 di atas tidak termasuk dalam Promosi ini.

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

Terma-Terma & Syarat- Syarat Kad Kredit Cash Rebate Platinum

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

Kempen Double Rewards UOBM Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN KAD MASTERCARD DWI-JENAMA CIMB PETRONAS

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Terma dan Syarat Kempen Kad Kredit-i Visa Bank Islam SWIPE & DRIVE FURTHER

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Untuk tujuan kempen ini, Pelanggan yang telah memenuhi semua kriteria di Klausa 2 di atas akan ditakrifkan sebagai Pelanggan Layak.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016


2. KESAHAN MATA GANJARAN

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad ( HLBB ) dan/atau Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ).

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

Kempen Auto-billing TEMPOH KEMPEN

Terma dan Syarat Kempen Mohon, Leret & Menang AFFIN ISLAMIC ( Kempen )

PROMOSI GANDAKAN KADAR FAEDAH HONG LEONG

HONG LEONG BANK BERHAD PROMOSI AKAUN SIMPANAN HARVEST

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Amaun Deposit Tunggal Minimum. Hadiah

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA DAN SYARAT ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD SWIPE & WIN ("Kempen")

Kempen 30% Pulangan Tunai pada Hujung Minggu Terma dan Syarat ( T&S )

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN HARVEST

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

2. Pemegang kad tambahan dan Kad Kredit-i Korporat adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen Pindahan Baki 2016/17 ini.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

TERM DAN SYARAT Berikut adalah Terma dan Syarat yang ditetapkan untuk Kempen ini ( T&Cs )

TERMA DAN SYARAT Berikut adalah Terma dan Syarat yang ditetapkan untuk Kempen ini ( T&Cs ):-

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN CIRI-CIRI DAN FAEDAH-FAEDAH TAMBAHAN KAD MASTERCARD DWI-JENAMA CIMB PETRONAS

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Kempen Spot 8 & Menang Sebuah Toyota Vellfire. Terma dan Syarat

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

HONG LEONG BANK BERHAD DAN HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD

Transkripsi:

Kad PRVI Miles UOBM 2018 Terma dan Syarat Berkuatkuasa 1 Januari 2018 Am Terma dan syarat ("Terma dan Syarat") ini akan digunapakai bagi Kad PRVI Miles ("Kad") United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) ("UOBM") yang dikeluarkan oleh UOBM untuk Pemegang Kad UOBM PRVI Miles ("Ahli Kad "). Terma dan Syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Perjanjian Ahli Kad UOBM VISA/ MASTERCARD ( "Perjanjian Ahli Kad"). Bagi mengelakkan keraguan, "Ahli Kad" bermaksud kedua-dua Ahli Kad utama dan tambahan. Melainkan ditakrif secara berbeza dalam Terma dan Syarat ini, perkataan dan ungkapan yang digunakan di dalam Terma dan Syarat ini akan mempunyai makna yang sama seperti di dalam Perjanjian Ahli Kad. UOBM berhak mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk membuat keputusan mengenai semua perkara yang berkaitan dengan pemberian dan/atau penggunaan mana-mana atau kesemua faedah dan keistimewaan yang dinyatakan di sini dan keputusan UOBM adalah muktamad dan mengikat Ahli Kad. Manfaat dan keistimewaan yang dinyatakan di bawah boleh dipinda, ditambah atau dibatalkan oleh UOBM pada bila-bila masa mengikut budi bicara tunggal dan mutlak UOBM. Program Ganjaran PRVI Miles UOBM 1. Berikut adalah ganjaran yang diberikan di bawah Kad PRVI Miles UOBM ("Program Ganjaran"): (a) Pulangan Tunai Luar Negara 1% Kad PRVI Miles UOBM ( Ganjaran Pulangan Tunai ) I. Ahli Kad utama dan tambahan akan layak untuk 1% pulangan tunai ("Ganjaran Pulangan Tunai") untuk perbelanjaan di luar negara berjumlah sekurang-kurangnya bersamaan Ringgit Malaysia Satu Ribu (MYR1,000) dengan perbelanjaan layak yang dicaj dan didebitkan ke Kad mereka dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018 (termasuk kedua-dua tarikh) atau tarikh lain sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa ( "Tempoh Program"). II. Perbelanjaan yang layak untuk Ganjaran Pulangan Tunai bermaksud sebarang perbelanjaan yang dibuat menggunakan Kad dalam mata wang asing ("Perbelanjaan Layak") kecuali yang berikut: a. Pembayaran yang dibuat dalam "Dynamic Currency Conversion ("DCC"), iaitu pembelian di luar negera yang dibayar dalam Ringgit Malaysia; b. Transaksi runcit yang dibayar balik, dipertikaikan, tidak sah atau palsu; c. Pengeluaran wang tunai; 1

d. Bayaran kepada mahkamah, kerajaan, pihak berkuasa negeri atau pihak berkuasa tempatan seperti nafkah kanak-kanak, denda, bayaran jaminan atau bayaran bon dan bayaran cukai; e. Bayaran kepada badan/organisasi amal; f. Bayaran yuran tahunan keahlian kad, pembayaran faedah, fi pembayaran lewat, caj untuk pengeluaran tunai, Cukai Barang dan Perkhidmatan dan apa-apa bentuk perkhidmatan/pelbagai yuran menggunakan Kad; dan g. apa-apa perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM. III. Perbelanjaan Layak dikira dari jam 00:00 pada 1 Januari 2018 sehingga jam 23:59 pada 31 Disember 2018, waktu Malaysia (GMT +8). IV. Perbelanjaan Layak yang dibuat oleh Ahli Kad utama dan tambahan Layak terhad kepada Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (MYR10,000) bagi setiap Minggu Penyertaan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual B. Setiap perbelanjaan berikutnya yang melebihi daripada amaun yang dihadkan tidak akan diberikan dengan Pulangan Tunai. Contoh pengiraan Pulangan Tunai seperti yang ditunjukkan dalam Jadual A berikut: Jadual A Jumlah Perbelanjaan Layak maksimum yang layak untuk Pulangan Tunai bagi setiap Minggu Penyertaan RM10,000 Perbelanjaan Layak dari Ahli Kad Layak utama dan tambahan Jumlah Perbelanjaan Layak Mingguan (RM) RM15,000 Pulangan Tunai Diberikan (RM) RM10,000 x 1% = RM100 V. Pembayaran Pulangan Tunai mingguan dihadkan pada RM3,000 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual B bagi sepanjang Tempoh Program yang akan diberikan berdasarkan yang dahulu, didahulukan, berdasarkan rekod transaksi UOBM. UOBM tidak mempunyai sebarang tanggungjawab untuk memaklumkan mana-mana Ahli Kad Layak sekiranya pembayaran Pulangan Tunai Mingguan mencapai had pembayaran maksimum. Jadual B (Contoh Minggu Penyertaan) 2

Minggu Penyertaan Tarikh Had Pembayaran Pulangan Tunai Mingguan Minggu 1 1 7 Januari 2018 RM3,000 Minggu 2 8 14 Januari 2018 RM3,000 Minggu 3 15 21 Januari 2018 RM3,000 Minggu 4 22 28 Januari 2018 RM3,000 Minggu 5 29 Januari 4 Februari 2018 RM3,000 Minggu 6 5 11 Februari 2018 RM3,000 Minggu 7 12 18 Februari 2018 RM3,000 Minggu 8 19 25 Februari 2018 RM3,000 Minggu 9 26 Februari 4 Mac 2018 RM3,000 Minggu 10 5 11 Mac 2018 RM3,000 Minggu 11 12 18 Mac 2018 RM3,000 Minggu 12 19 25 Mac 2018 RM3,000 Minggu 13 26 Mac 1 April 2018 RM3,000 Minggu 14 2 8 April 2018 RM3,000 Minggu 15 9 15 April 2018 RM3,000 Minggu 16 16 22 April 2018 RM3,000 Minggu 17 23 29 April 2018 RM3,000 Minggu 18 30 April 6 Mei 2018 RM3,000 VI. Perbelanjaan Layak yang dibuat dalam Tempoh Program mesti diperoleh oleh sistem kad kredit yang disenggara oleh UOBM untuk layak mengambil bahagian dalam Ganjaran Pulangan Tunai. VII. Transaksi yang dibuat oleh Ahli Kad tambahan akan dijumlahkan dengan perbelanjaan Ahli Kad utama dan Pulangan Tunai hanya akan dikreditkan kepada akaun kad utama sahaja. Contoh Pulangan Tunai seperti yang ditunjukkan dalam Jadual B. VIII. Penentuan bagi Pulangan Tunai maksimum yang diberikan untuk Perbelanjaan Layak yang ditetapkan pada setiap minggu adalah berdasarkan tarikh caj diproses oleh UOBM dan didebitkan ke dalam akaun Ahli Kad dan bukan tarikh transaksi Perbelanjaan Layak yang dibuat oleh Ahli Kad. IX. Pulangan Tunai akan dikreditkan ke dalam akaun Ahli Kad dalam tempoh lapan (8) minggu selepas setiap Bulan Penyertaan berakhir. Pulangan Tunai akan ditunjukkan dalam Penyata Akaun bulan yang berikutnya selepas tarikh pengkreditan Pulangan Tunai. Jadual C Bulan Penyertaan Bulan Pulangan Tunai dikreditkan 3

1 Januari 2018 31 Januari 2018 Februari 2018/Mac 2018 1 Februari 2018 28 Februari 2018 Mac 2018/April 2018 1 Mac 2018 31 Mac 2018 April 2018/Mei 2018 1 April 2018 30 April 2018 Mei 2018/Jun 2018 1 Mei 2018 31 Mei 2018 Jun 2018/Julai 2018 1 Jun 2018 30 Jun 2018 Julai 2018/Ogos 2018 1 Julai 2018 31 Julai 2018 Ogos 2018/September 2018 1 Ogos 2018 31 Ogos 2018 September 2018/Oktober 2018 1 September 2018 30 September 2018 Oktober 2018/November 2018 1 Oktober 2018 31 Oktober 2018 November 2018/Disember 2018 1 November 2018 30 November 2018 Disember 2018/Januari 2019 1 Disember 2018 31 Disember2018 Januari 2019/Februari 2019 X. Ahli Kad tidak layak untuk "Mata Ganjaran 5X UNIRM" untuk kategori Perbelanjaan Luar Negara di bawah Program Ganjaran PRVI Miles UOBM 2018. XI. Ketika pemberian Pulangan Tunai, akaun Ahli Kad mestilah sah, terkini, wujud dan dalam keadaan kredit yang baik sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya dan tidak melanggar mana-mana terma dan syarat ini dan terma dan syarat Perjanjian Ahli Kad. XII. Sebarang prop, aksesori atau peralatan yang dipaparkan bersama-sama dengan Pulangan Tunai dalam semua bahan cetakan, laman web atau cawangan UOBM adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan tidak akan menjadi sebahagian daripada Kempen. XIII. UOBM berhak untuk: i. membatalkan Pulangan Tunai sekiranya terdapat pembalikan entri Perbelanjaan Layak atau penamatan Kad oleh Ahli Kad sebelum Pulangan Tunai dikreditkan ke dalam Akaun Ahli Kad 4

atau tidak mematuhi atau melanggar terma dan syarat ini atau Perjanjian Ahli Kad dengan memberi notis terlebih dahulu tanpa memberikan apa-apa sebab; dan ii. menggantikan Pulangan Tunai dengan produk lain yang sama nilai dengan notis terlebih dahulu. XIV. Pulangan Tunai tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai, barangan atau kredit lain, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. (b) Mata Ganjaran UNIRinggit ( Program Mata UNIRM ) (i) Program Mata UNIRM sah dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018 (termasuk kedua-dua tarikh). (ii) 1X Mata UNIRM akan diberikan bagi sebarang perbelanjaan menggunakan Kad PRVI Miles UOBM kecuali untuk item yang dinyatakan dalam Klausa 2 di bawah. (iii) Mata UNIRM yang dikumpul oleh Ahli Kad utama dan tambahan akan dikreditkan ke dalam akaun Kad Ahli utama dan akan ditunjukkan dalam Penyata Akaun bulanan Ahli Kad utama. (iv) Jumlah Mata UNIRM yang diperolehi setiap bulan akan ditunjukkan dalam Penyata Akaun bulanan Ahli Kad utama. Sekiranya sistem sokongan proses automatik ini tidak berfungsi, Mata UNIRM yang diperoleh akan dikira secara manual dan dinyatakan dalam Penyata Akaun Ahli Kad utama pada bulan berikutnya. (v) Sebarang Mata UNIRM terkumpul termasuk Mata UNIRM yang masih belum dikreditkan ke dalam akaun Kad Ahli Kad utama hendaklah dengan serta merta terhenti menjadi sah jika berlaku mana-mana yang berikut: (a) Sebarang pembatalan Kad; (b) Sebarang penukaran dari Kad kepada mana-mana Kad Kredit UOBM lain; atau (c) Akaun kad didapati delinkuen sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM. (vi) Mata UNIRM tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak lain dan tidak boleh ditukar dengan barangan lain atau wang tunai. (vii) Mata UNIRM yang diperoleh oleh Ahli Kad utama dan tambahan tidak mempunyai nilai wang. (c) (i) 5X Mata Ganjaran UNIRinggit untuk Syarikat Penerbangan, Hotel dan Agensi Pelancongan ("Program Mata Ganjaran 5X UNIRM") Program Mata Ganjaran 5X UNIRM sah dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018 (termasuk kedua-dua tarikh) ( Tempoh Program Mata Ganjaran 5X UNIRM"). 5

(ii) Tertakluk kepada terma dan syarat ini, Ahli Kad utama dan tambahan akan layak untuk 5X UNIRM bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan untuk syarikat penerbangan, hotel dan agensi pelancongan ("Perbelanjaan Layak") yang dicaj dan didebitkan ke akaun Kad mereka. Perbelanjaan Layak hendaklah terdiri daripada apa-apa perbelanjaan dari mana-mana kategori perbelanjaan yang dinyatakan dalam jadual D di bawah ("Kategori Perbelanjaan Layak "): Jadual D Kategori Perbelanjaan Layak Syarikat Penerbangan Kod Kategori Peniaga ("MCC") / Kod Mata Wang 3000-3298 4511 Hotel 3501-3999 7011 Keterangan Perbelanjaan Layak Syarikat Penerbangan, Pengangkutan udara Penginapan Hotel, Motel, Resort Penginapan Hotel, Motel, Resort, Perkhidmatan Tempahan Berpusat (Tidak Diklasifikasikan Di mana-mana) 7012 Timesharing Agensi Pelancongan 4722 Agensi Pelancongan dan Operator Pelancongan (iii) 5X UNIRM yang diberikan adalah terhad untuk jumlah gabungan Perbelanjaan Layak RM3,000 oleh Ahli Kad setiap bulan. Setiap perbelanjaan RM1.00 berikutnya yang melebihi jumlah Perbelanjaan Layak tersebut akan diberi 1X Mata UNIRM bawah Mata Ganjaran UNIRinggit seperti yang dinyatakan dalam Klausa 1(b)(i). Contoh pengiraan UNIRM seperti yang ditunjukkan dalam Jadual E di bawah: Jadual E No. Kategori Perbelanjaan Layak Jumlah Maksimum Perbelanjaan Layak untuk 5X UNIRM sebulan Jumlah Perbelanjaan Bulanan (RM) UNIRM akan diberikan 1 Syarikat Penerbangan RM3,000 dalam manamana atau gabungan Kategori Perbelanjaan Layak oleh Ahli Kad utama dan tambahan (setiap perbelanjaan 6 RM2,000 5X UNIRM x RM2,000 = 10,000 UNIRM 2 Hotel RM1,500 (a) 5X UNIRM x RM1,000 = 5,000 UNIRM

No. Kategori Perbelanjaan Layak Jumlah Maksimum Perbelanjaan Layak untuk 5X UNIRM sebulan Jumlah Perbelanjaan Bulanan (RM) UNIRM akan diberikan 3 Agensi Pelancongan RM1.00 yang berikutnya melebihi jumlah Perbelanjaan Layak maksimum = 1X UNIRM) (b) 1X UNIRM x RM500 = 500 UNIRM RM1,000 1X UNIRM x RM1,000 = 1,000 UNIRM Jumlah UNIRM akan diberikan = 1 + 2(a) + 2(b) + 3 = 16,500 UNIRM (iv) Perbelanjaan Layak mesti diperoleh oleh sistem kad kredit yang disenggara oleh UOBM untuk layak menerima 5X Mata Ganjaran UNIRM. (v) Bagi mengelakkan keraguan, Perbelanjaan Layak yang dibuat oleh Ahli Kad tambahan akan digabungkan dengan Perbelanjaan Layak oleh Ahli Kad utama, tetapi UNIRM akan dikreditkan ke dalam akaun Kad Ahli utama. (vi) Penentuan sama ada UNIRM maksimum yang diberikan untuk Perbelanjaan Layak telah dipenuhi hendaklah berdasarkan tarikh caj diproses oleh UOBM dan didebitkan ke dalam akaun Kad Ahli utama dan bukan tarikh transaksi Perbelanjaan Layak yang dibuat oleh Ahli Kad utama atau tambahan. (vii) Pemberian UNIRM bulanan dihadkan kepada jumlah yang dinyatakan dalam Jadual F di bawah di sepanjang Tempoh Program 5X UNIRM yang akan diberikan berdasarkan yang dahulu didahulukan. UOBM tidak mempunyai sebarang tanggungjawab untuk memaklumkan manamana Ahli Kad sekiranya pemberian UNIRM bulanan mencapai had pembayaran maksimum: Jadual F Kategori Perbelanjaan Layak Syarikat Penerbangan, Hotel dan/ atau Agensi Pelancongan Pemberian UNIRM bulanan maksimum 20,000,000 UNIRM untuk mana-mana atau gabungan Kategori Perbelanjaan Layak (viii) UNIRM akan dikreditkan ke dalam akaun Kad Ahli dalam tempoh dua (2) bulan dari bulan Perbelanjaan Layak telah dibuat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual G di bawah. UNIRM ini akan ditunjukkan dalam Penyata Akaun bulan yang berikutnya selepas tarikh pengkreditan UNIRM. 7

Jadual G Bulan Penyertaan Bulan Pengkreditan UNIRM 1 Januari 2018 31 Januari 2018 Februari 2018/Mac 2018 1 Februari 2018 28 Februari 2018 Mac 2018/April 2018 1 Mac 2018 31 Mac 2018 April 2018/Mei 2018 1 April 2018 30 April 2018 Mei 2018/Jun 2018 1 Mei 2018 31 Mei 2018 Jun 2018/Julai 2018 1 Jun 2018 30 June 2018 Julai 2018/Ogos 2018 1 Julai 2018 31 Julai 2018 Ogos2018/September 2018 1 Ogos 2018 31 Ogos 2018 September 2018/Oktober 2018 1 September 2018 30 September 2018 Oktober 2018/November 2018 1 Oktober 2018 31 Oktober 2018 November 2018/Disember 2018 1 November 2018 30 November 2018 Disember 2018/Januari 2019 1 Disember 2018 31 Disember 2018 Januari 2019/Februari 2019 (ix) Ketika pemberian UNIRM, akaun Ahli Kad mestilah sah, terkini, wujud dan dalam keadaan kredit yang baik sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya dan tidak melanggar mana-mana terma dan syarat ini dan terma dan syarat Perjanjian Ahli Kad. (x) UOBM berhak untuk: iii. membatalkan UNIRM sekiranya terdapat pembalikan entri Perbelanjaan Layak atau penamatan oleh Ahli Kad sebelum UNIRM dikreditkan ke dalam Akaun Ahli Kad atau tidak mematuhi atau melanggar terma dan syarat ini atau Perjanjian Ahli Kad atau Terma dan Syarat Program Mata Ganjaran UNIRinggit 2018 dengan memberi notis terlebih dahulu tanpa memberikan apa-apa sebab; iv. menggantikan UNIRM dengan produk lain yang sama nilai dengan notis terlebih dahulu; atau v. menarik balik, menggantung, melanjutkan atau menamatkan lebih awal Program Mata Ganjaran 5X UNIRM sebelum tamat Tempoh Program 5X UNIRM secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa dengan notis mengikut budi bicara mutlaknya. (d) Diskaun 50% ke atas Perjalanan GRAB anda ( Diskaun ) 8

(i) Pulangan Tunai sah dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018 (termasuk kedua-dua tarikh) ( Tempoh Diskaun"). (ii) Tertakluk kepada terma dan syarat ini, Ahli Kad yang menggunakan Kad mereka sebagai pilihan kad kredit bayaran GrabPay akan layak untuk menerima diskaun 50% ke atas perjalanan Grab pergi dan balik dari lapangan terbang ( "Perjalanan") seperti berikut: Kriteria Kelayakan 1. Daftar Kad anda sebagai pilihan bayaran GrabPay. Kemudian pelanggan akan menerima kod promo untuk menikmati diskaun 50% ke atas perjalanan Grab mereka pergi atau balik dari KLIA I / KLIA II melalui SMS. 2. Kod promo yang sah dihadkan 50 sehari, berdasarkan yang dahulu didahulukan. 3. Setiap kod promo sah untuk 4 penggunaan bagi setiap pelanggan untuk perjalanan pergi atau balik dari KLIA I/ KLIA II. (iii) Setiap Ahli Kad utama adalah layak untuk satu kod promo sepanjang Tempoh Diskaun. (e ) 0% Pelan Bayaran-Easi Luar Negara 3 Bulan UOBM ( EPP Luar Negara ) (i) (ii) (iii) (iv) EPP Luar Negara sah dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018 (termasuk kedua-dua tarikh) atau tarikh lain seperti yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa ( "Tempoh EPP Luar Negara"). Sebarang perbelanjaan sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000) bagi setiap satu resit dan/atau yang terkumpul dibuat dalam Tempoh EPP Luar Negara menggunakan Kad Kredit UOBM dalam mana-mana mata wang asing ("Perbelanjaan Layak") akan layak untuk mengambil bahagian dalam EPP Luar Negara. Perbelanjaan Layak yang dibuat dalam Tempoh EPP Luar Negara mesti diperoleh oleh sistem kad kredit yang diselanggara oleh UOBM untuk layak mengambil bahagian dalam EPP Luar Negara ini. Ahli Kad yang memenuhi kriteria Perbelanjaan Layak dan tidak termasuk urus niaga seperti yang dinyatakan dalam Klausa 2 di bawah layak untuk menukar Perbelanjaan Layak kepada Pelan Pembayaran Easi 3 bulan dengan 0% faedah pendahuluan ( "EPP Luar Negara"). 9

(v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) (xii) Ahli Kad boleh memohon untuk EPP Luar Negara dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh Perbelanjaan Layak atau sebelum 31 Disember 2018, yang mana lebih awal, dengan menghubungi Pusat Panggilan UOBM di 03-26128121 ("Pusat Panggilan UOBM"). Perbelanjaan Layak untuk EPP Luar Negara jika transaksi tersebut: a. telah didebitkan ke akaun Kad Kredit UOBM; b. telah direkodkan dalam Penyata Akaun semasa yang menjadi sebahagian daripada baki semasa yang perlu dibayar; dan c. belum melepasi tarikh akhir pembayaran pada masa permohonan. UOBM boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, meluluskan atau menolak sebarang permohonan untuk EPP Luar Negara oleh Ahli Kad tanpa memberi sebarang alasan bagi keputusan, dan/atau menentukan jumlah yang dibenarkan di bawah EPP Luar Negara yang akan tertakluk, antara lain, kepada: d. status akaun Kad Kredit Ahli Kad UOBM; dan e. had kredit tersedia Kad Kredit UOBM tersebut ("Had Kredit"). Setelah kelulusan permohonan bagi EPP Luar Negara, jumlah yang berkaitan dengan Had Kredit Ahli Kad akan diperuntukkan untuk tujuan ini dan baki Had Kredit akan dikurangkan. UOBM tidak akan bertanggungjawab kepada Ahli Kad untuk apa-apa transaksi yang ditolak oleh manamana peniaga akibat daripada ketidakcukupan Had Kredit Ahli Kad. Berhubung dengan EPP Luar Negara yang telah diluluskan, tidak ada jumlah faedah selanjutnya akan dikenakan sekiranya jumlah ansuran bulanan dibayar sepenuhnya sebelum tarikh akhir pembayaran seperti yang dinyatakan di dalam Penyata Akaun. Jika tidak, yuran dan caj berdasarkan Klausa 11 Perjanjian Ahli Kad akan dikenakan ke atas jumlah yang perlu dibayar. Dalam tempoh pembayaran balik, jumlah yang sama akan dibayar balik melalui ansuran ("Bayaran Ansuran"). Bayaran Ansuran akan didebitkan serta-merta kepada akaun Kad Kredit UOBM setelah kelulusan permohonan EPP Luar Negara, dan akan ditunjukkan dalam Penyata Akaun bulan yang seterusnya selepas kelulusan daripada UOBM, dan ia perlu dibayar mengikut Perjanjian Ahli Kad. Apabila setiap Bayaran Ansuran dibayar balik, jumlah yang bersamaan dengan bayaran yang dibuat akan dikembalikan kepada had kredit Ahli Kad. Ansuran Bayaran dikira berdasarkan jumlah amaun yang ditukarkan untuk dibahagikan dengan bilangan bulan dalam tempoh EPP Luar Negara, iaitu tiga (3) bulan. Sekiranya Ansuran Bayaran gagal dijelaskan, jumlah keseluruhan perlu dibayar dengan serta-merta mengikut Perjanjian Ahli Kad. Ansuran Bayaran termasuk dalam pengiraan bayaran minimum Ahli Kad. Jika Bayaran Ansuran itu tidak dibayar sepenuhnya apabila tiba masanya, baki Bayaran Ansuran yang belum dibayar akan mengakibatkan faedah mengikut Perjanjian Ahli Kad. 10

(xiii) (xiv) (xv) Ahli Kad boleh membatalkan penyertaannya dalam EPP Luar Negara tertakluk kepada penerimaan notis bertulis oleh UOBM atau memberitahu secara lisan kepada Pusat Panggilan UOBM dan yuran pembatalan sebanyak RM50 (atau kadar lain yang ditentukan oleh UOBM dengan budi bicara mutlaknya). Amaun itu hendaklah didebitkan ke akaun Kad Kredit Ahli Kad UOBM. Ahli Kad boleh memohon lebih daripada sekali EPP Luar Negara tertakluk kepada kelayakan Ahli Kad di bawah terma dan syarat dalam dokumen ini dan mengikut budi bicara mutlak UOBM untuk meluluskannya. Jika mana-mana atau kombinasi berikut berlaku, jumlah tertunggak yang perlu dibayar di bawah EPP Luar Negara akan perlu dibayar serta-merta, akan menanggung keberkenaan kewangan dan/atau caj pembayaran lewat (yang mana berkenaan) mengikut Klausa 11 Perjanjian Ahli Kad, dan perlu dibayar mengikut Perjanjian Ahli Kad: a. terdapat pelanggaran terma dan syarat ini; b. berlaku kemungkiran menurut Perjanjian Ahli Kad; c. terdapat kelewatan atau kegagalan untuk membayar Bayaran Ansuran atau mana-mana jumlah yang perlu dibayar di bawah EPP Luar Negara; d. terdapat kegagalan untuk membayar apa-apa wang yang perlu dibayar kepada UOBM di bawah mana-mana kemudahan perbankan/kredit; e. terdapat kegagalan untuk menunaikan apa-apa tanggungjawab atau liabiliti yang terhutang kepada UOBM dari semasa ke semasa bagi mana-mana kemudahan perbankan/kredit; f. EPP Luar Negara ditamatkan untuk apa-apa sebab sekalipun; g. Kad Kredit UOBM ditamatkan atau akaun Kad Kredit UOBM ditutup atas apa jua sebab sebelum penyelesaian penuh semua amaun terhutang kepada UOBM di bawah Kad Kredit UOBM; atau h. ia menjadi mustahil atau menyalahi undang-undang untuk UOBM untuk meneruskan EPP Luar Negara. i. Bayaran kepada mahkamah, kerajaan, pihak berkuasa negeri atau pihak berkuasa tempatan seperti nafkah kanak-kanak, denda, bayaran jaminan atau bayaran bon dan pembayaran cukai; 2. Transaksi berikut akan dikecualikan daripada Program Mata Ganjaran 5X UNIRM, Program Mata UNIRM, Ganjaran Pulangan Tunai dan EPP Luar Negara : (a) Pembelian barangan atau perkhidmatan di Peniaga UOB SMART$ Merchants (b) Pemindahan Baki; (c) Pelan Bayaran Easi; (d) 0% Pelan Bayaran Ansuran Tanpa Faedah; (e) Pelan Flexi-Kredit; (f) Transaksi runcit yang dibayar balik, dipertikaikan, tidak dibenarkan atau palsu 11

(g) Pengeluaran wang tunai; (h) Bayaran kepada kerajaan: (i) Nafkah dan sokongan anak-anak; (ii) Denda oleh Mahkamah, kerajaan, pihak berkuasa Negeri atau pihak berkuasa tempatan; (iii) Pembayaran jaminan atau bon; (iv) Pembayaran cukai kepada kerajaan; atau (v) Pembayaran kepada mana-mana jabatan kerajaan; (i) Transaksi petrol; (ii) Transaksi pengangkutan ; (iii) Transaksi tambah nilai; (iv) Bayaran bil utiliti; (v) Sumbangan kepada badan amal; dan (vi) Pembayaran yuran tahunan keahlian kad, bayaran faedah, yuran pembayaran lewat, caj untuk pengeluaran tunai, cukai barangan dan perkhidmatan dan apa-apa bentuk perkhidmatan atau yuran pelbagai menggunakan Kad PRVI Miles UOBM. 3. UOBM berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Program Ganjaran secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Program Ganjaran UOBM tidak melayakkan Ahli Kad untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap UOBM untuk sebarang dan kesemua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Ahli Kad sama ada akibat langsung atau tidak langsung seperti pembatalan, penamatan atau penggantungan. 4. Ahli Kad layak untuk menyertai Program Ganjaran dengan syarat Ahli Kad tidak memungkiri manamana terma dan syarat Perjanjian Ahli Kad. 5. Tanpa prejudis secara umum, sekiranya ganjaran yang diberikan dan diterima oleh orang yang telah melakukan atau disyaki melakukan apa-apa perbuatan penipuan atau kesalahan berkaitan dengan penggunaan Kad Miles PRVI UOBM dan/atau mana-mana transaksi yang dilakukan menggunakan Kad Miles PRVI UOBM, UOBM berhak untuk membatalkan kelayakan individu tersebut daripada memperoleh atau menggunakan Mata UNIRM, Pulangan Tunai, Promosi atau EPP Luar Negara. 6. Grab Rides disediakan oleh Pembekal Perkhidmatan. UOBM tidak bertanggungjawab bagi apa-apa perbuatan, kecuaian, keingkaran atau kecacatan oleh Pembekal Perkhidmatan dalam perkhidmatan yang ditawarkan. UOBM bukan ejen Pembekal Perkhidmatan. Apa-apa pertikaian mengenai kualiti atau standard perkhidmatan haruslah diselesaikan secara terus dengan Pembekal Perkhidmatan. UOBM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kehilangan atau kerosakan yang dialami akibat daripada penebusan atau penggunaan perkhidmatan yang disediakan oleh Pembekal Perkhidmatan. UOBM tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kejadian yang tidak diduga 12

seperti kelewatan, kesesakan lalu lintas yang tidak dijangka, bencana alam atau apa-apa kejadian yang akan mempengaruhi waktu biasa operasi daripada Pembekal Perkhidmatan. 7. Peristiwa di atas juga akan memberi hak kepada UOBM untuk membatalkan, menggantung atau menyekat penggunaan Kad Kredit UOBM dan untuk menyatukan semua jumlah tertunggak ke dalam akaun Kad Kredit UOBM utama (jika berkenaan). Program Rebat UOBM SMART$ ( Program ) 8. Ahli Kad layak untuk mendapatkan SMART$ ke atas pembelian yang dibuat dengan Kad di manamana rangkaian peniaga SMART$ melalui terminal UOBM pada kadar yang ditentukan antara UOBM dan peniaga SMART$. 9. Kelayakan Ahli Kad untuk menyertai Program ini adalah tertakluk kepada dan hendaklah mengikut dengan Terma dan Syarat Program Rebat SMART$. 10. Bagi mengelakkan keraguan, semua rujukan bagi sebarang nilai transaksi yang diberikan menggunakan Kad UOBM hendaklah disifatkan sebagai sebutan menjadi amaun akhir yang dikenakan kepada Kad. Terma dan Syarat Am 11. Dengan menyertai Program Kad, Ahli Kad bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini termasuk apa-apa pindaan dan/atau perubahan kepadanya dan terma dan syarat dalam Perjanjian Ahli Kad. 12. Rekod transaksi yang dikekalkan oleh UOBM dan keputusan UOBM mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Program Kad ini adalah muktamad, konklusif dan terikat kepada Ahli Kad. UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk memberi sebarang sebab atau melayan sebarang suratmenyurat dengan mana-mana individu mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan Program Kad ini. Tiada rayuan dan/atau surat-menyurat daripada Ahli Kad atau mana-mana pihak ketiga akan dilayan. 13. UOBM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan atau kelewatan dalam penghantaran bukti transaksi penjualan oleh Visa International Incorporated, MasterCard Worldwide, pertubuhan pedagang, pihak pos atau telekomunikasi atau lain-lain pihak yang mungkin mengakibatkan Ahli Kad tidak layak menerima ganjaran di bawah Program Kad ini. 14. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM secara jelas mengecualikan dan menafikan sebarang perwakilan, waranti atau pengendorsan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa terhad kepada apa-apa yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan 13

pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu berkenaan dengan Program Kad ini. 15. UOBM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang salah tafsir atau salah nyataan fakta oleh mana-mana pihak ketiga yang tidak dilantik berkenaan dengan tawaran Program Kad dan diterbitkan dalam mana-mana bahan-bahan media, pemasaran atau pengiklanan. 16. UOBM tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menanggung sebarang liabiliti dalam apa jua bentuk yang dialami oleh Ahli Kad dan/atau pihak ketiga secara langsung atau tidak langsung daripada Program Kad ini. 17. Jika terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat ini dengan sebarang bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan Program Kad ini, terma dan syarat ini akan digunakan pakai. 18. UOBM berhak untuk menambah, memadam dan/atau mengubah terma dan syarat Program Ganjaran Kad ini dari semasa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan memberi dua puluh satu (21) hari notis terlebih dahulu kepada Ahli Kad melalui laman web UOBM, memaparkan notis di mana-mana cawangan UOBM, memasukkan penyata ke dalam Penyata Akaun atau apa-apa cara lain yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa. 19. UOBM berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk membatalkan, menarik balik, menggantung, melanjutkan atau menamatkan Program Kad, secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penarikan balik, penggantungan, perlanjutan atau penamatan oleh UOBM bagi Program Kad tidak melayakkan Ahli Kad untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap UOBM untuk sebarang dan kesemua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Ahli Kad sama ada sebagai akibat langsung atau tidak langsung akibat dari pembatalan, penarikan balik, penggantungan, perlanjutan atau penamatan. 20. Terma dan Syarat ini adalah ditadbir dan ditafsirkan mengikut dengan undang-undang Malaysia dan Ahli Kad bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa yang tidak eksklusif mahkamah Malaysia. -TAMAT- 14