UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA METAFORA HATI DALAM KORPUS TRADISIONAL DAN KORPUS KONTEMPORARI: SATU ANALISIS TEORI HIBRID IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA GUNAAN (KEPUJIAN) JUN 2016
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA METAFORA HATI DALAM KORPUS TRADISIONAL DAN KORPUS KONTEMPORARI: SATU ANALISIS TEORI HIBRID Penulisan Ilmiah yang dikemukakan untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa Jun 2016
JABATAN PENGAJIAN MELAYU AKADEMI PENGAJIAN BAHASA METAFORA HATI DALAM KORPUS TRADISIONAL DAN KORPUS KONTEMPORARI: SATU ANALISIS TEORI HIBRID DISEDIAKAN OLEH 2013653162 Penulisan Ilmiah ini telah diterima oleh Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional pada Sesi 2015/2016. Penyelia Tarikh Tarikh
PENGAKUAN Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa segala kerja-kerja yang dilakukan dalam Penulisan Ilmiah ini telah dihasilkan tertakluk kepada peraturan Universiti Teknologi MARA. Ia merupakan karya yang asli dan dihasilkan oleh saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumber rujukannya. Penulisan Ilmiah ini belum pernah dihantar atau diserahkan kepada mana-mana institusi akademik atau institusi bukan akademik untuk tujuan pengijazahan atau lain-lain penganugerahan. Sekiranya Penulisan Ilmiah ini telah terbukti melanggar perkara yang telah disebutkan diatas, saya dengan sukarelanya akan mengenepikan atau tidak menuntut sebarang hak untuk penganugerahan ijazah saya. Saya juga bersetuju supaya dikenakan tindakan disiplin berdasarkan peraturan yang telah termaktub oleh Universiti Teknologi MARA. Nama : Nur Faizzah Binti Mohd Zalkanil No. Pelajar : 2013653162 Program : LG241 - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional Fakulti : Akademi Pengajian Bahasa Tajuk : Metafora HATI dalam Korpus Klasik dan Korpus Kontemporari: Satu Analisis Teori Hibrid Tandatangan :... Tarikh :... ii
ABSTRAK Manusia seringkali menggunakan metafora untuk mengekspresikan emosi yang bersifat abstrak. Antara isu yang cuba diketengahkan dalam kajian ini adalah tidak kesemua metafora terhasil daripada entiti yang bersifat abstrak. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan untuk membincangkan penginterpretasian makna metafora HATI yang bersifat konkrit dalam kehidupan masyarakat Melayu dahulu dan kini. Perbandingan metafora HATI dalam masyarakat Melayu dahulu dan kini dilakukan untuk mendapatkan konsep metafora HATI secara menyeluruh. Data kajian ini menggunakan 70 prosa klasik yang diambil daripada pangkalan Malay Concordance Project dan 425 buah buku daripada pangkalan korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. Analisis berasaskan Teori Hibrid ini telah dapat mengenal pasti dan menghasilkan dua rantau konsepsi iaitu rantau konsepsi EMOSI dan rantau konsepsi SIFAT yang memaparkan kognisi dan minda masyarakat Melayu dahulu dan kini. Selain itu, hasil penganalisisan data menunjukkan bahawa masyarakat Melayu dahulu lebih banyak mengekspresikan emosi negatif dan sifat positif mereka dalam bentuk metafora berbanding masyarakat Melayu kini. Pembuktian ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu dahulu sangat mementingkan kelembutan dalam pertuturan berbanding masyarakat Melayu kini. Jelasnya, Teori Hibrid mampu menjelaskan makna metafora HATI dalam kehidupan masyarakat Melayu dahulu dan kini secara menyeluruh dan sistematik. iv