Hari Koperasi Negara Platform Anggota

dokumen-dokumen yang mirip
PNS MENGGALAKKAN KOPERASI MENCEBURI PERNIAGAAN FRANCAIS

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Akaun Pelaburan Waheed

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Polisi Privasi. Pengenalan

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

TEKS UCAPAN YBHG DATUK SERI SYED ALI AL HABSHEE PENGERUSI PNS SEMPENA: PROGRAM SEMBANG SANTAI FRANCAIS TARIKH: 5 APRIL 2016 (SELASA)

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

Program Kongsi Ilmu Kolej Cosmopoint Kuching

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

HARI MISI KESINAMBUNGAN BISNES 2017 : JCORP INTRAPRENEUR 2.0 CHALLENGE

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.

Kesannya Kepada Pengguna

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Ringkasan Kertas Putih: Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Akaun Pelaburan Wafiyah

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

MAJLIS KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH PENGHARGAAN UCTC 2015

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIAN GERAN PEMADANAN MTV DAN SOKONGAN LAWATAN ARTIS KE LUAR NEGARA

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

Koperasi Pengangkutan

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

Polisi Privasi Smiggle

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA LIS AN TUAN TEO KOK SEONG [ RASAH ] {RABU)

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

COACHING ACADEMY PROSEDUR PENUBUHAN & PENDAFTARAN KOPERASI PANDUAN MENUBUH & MENDAFTARKAN KOPERASI. Pengenalan

Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi Bagi Kumpulan Kobay

CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN GOODS AND SERVICES TAX

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Transkripsi:

mykpdnkk HOTLINE: 1800-886-800 www.kpdnkk.gov.my RABU 12 OGOS 2015 Tahniah buat YB Dato Hamzah Zainudin atas pelantikan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Hari Koperasi Negara Platform Anggota Ikhlas daripada seluruh warga kerja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta agensi-agensi di bawahnya. Koperasi Berkumpul Wawasan Hamzah terajui KPDNKK >A8&9 Rencana Fokus di muka A2 & A

A2 para pengunjung berpeluang mengunjungi gerai-gerai pameran pada Hari Koperasi Negara 2015 yang akan berlangsung di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak bermula pada 14 hingga 16 Ogos ini. Ismail (kanan) menunjukkan antara produk yang dipamerkan di gerai KOTAMAS pada penganjuran Hari Koperasi Negara. Orang ramai khususnya warga Sarawak dijemput hadir memeriahkan acara Hari Koperasi Negara 2015 anjuran SKM di Tebingan Sungai, Kuching, Sarawak bulan depan. Sarawak hos Hari Koperasi Negara Oleh Nurul Faiqah Abd. Rahman Hari Koperasi Negara (HKN) anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merupakan acara tahunan yang disambut secara besar-besaran sejak 21 Julai 2002. Acara tersebut dilihat sebagai platform terbaik bagi anggota koperasi untuk saling bertukar idea dan mendapatkan maklumat terkini dalam proses membangunkan koperasi masingmasing. Pada masa yang sama acara itu mengiktiraf sumbangan sektor koperasi kepada pembangunan negara untuk mempromosi konsep dan produk koperasi kepada masyarakat awam. Ini termasuklah membantu mempromosikan koperasi sebagai sebuah entiti sosioekonomi serta mengiktiraf sumbangan koperasi sebagai pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainudin, beberapa koperasi dari negara anggota ASEAN seperti Indonesia, Thailand dan Brunei telah mengesahkan penyertaan pada HKN 2015. Penglibatan ini membuktikan masyarakat ASEAN mengakui bahawa kita akan menjadi satu Komuniti ASE- AN. Malah, ia akan menjadi lebih baik sekiranya semua koperasi memainkan peranan seperti menjalinkan kerjasama antara satu koperasi dengan satu koperasi dan rakyat kepada rakyat di MERIAH... HKN 2015 akan turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai kanak-kanak. HAMZAH NAroden seluruh negara ASEAN, katanya pada sidang akhbar selepas majlis ramah mesra menteri bersama warga SKM baru-baru ini. Sementara itu, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) dan Menteri Muda Perancangan Sumber Sarawak, Datuk Mohd. Naroden Majais menyifatkan HKN 2015 merupakan peluang dan ruang buat anggota koperasi tempatan dan antarabangsa bekerjasama serta berhimpun di bawah satu bumbung. Selain ahli koperasi domestik, HKN tahun ini turut mendapat sambutan dalam kalangan anggota koperasi dari luar negara, seperti Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia dan Thailand. Secara tidak langsung, dalam tempoh tiga hari penganjuran acara itu, kita dapat membantu mempromosi produk koperasi tempatan kepada pihak koperasi dari luar negara. Ini termasuklah mewujudkan hubungan diplomatik antara koperasi tempatan dan koperasi luar negara, jelasnya ketika ditemui Aspirasi Penggu- lamien na di Kuala Lumpur, baru-baru ini. HKN 2015 bakal berlangsung di Tebingan Sungai, Kuching, Sarawak pada 14 hingga 16 Ogos ini. Acara yang bertemakan Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu itu di sertai 200 pempamer daripada koperasi pelbagai bidang seperti peruncitan, barangan pengguna, pertanian, perkhidmatan dan produk serta ia dijangka disertai 10,000 pengunjung. Pertama kali di Sarawak Menyentuh mengenai pemilihan tema HKN 2015, Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Lamien Sawiyo menyatakan tema tersebut dipilih berdasarkan konsep kerjasama dalam gerakan koperasi Malaysia yang menjadi tunjang utama dalam pertumbuhan ekonomi negara. Tema Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu bagaikan simbolik falsafah koperasi yang membawa maksud koperasi diwujudkan untuk semua anggota dan setiap anggota itu pula perlu berganding bahu membangunkan koperasi negara, jelas Lamien. Menariknya mengenai HKN 2015 ialah ia buat julung kalinya diadakan di Kuching, Sarawak. Negeri Sarawak menjadi pilihan kerana pihak penganjur ingin memberi peluang kepada anggota koperasi dari Semenanjung mengenali dengan lebih dekat sosioekonomi masyarakat tempatan yang terdiri daripada pecahan

A kumpulan etnik tersendiri. Ini merupakan peluang keemasan buat anggota koperasi dari Semenanjung memahami dan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kumpulan koperasi di negeri Sarawak. Atas faktor tersebut, setiap negeri yang menyertai HKN 2015 perlu menghantar wakil yang terdiri daripada anggota koperasi untuk mengadakan pameran di sana. Bayangkan kemeriahan acara ini apabila anggota koperasi dari Semenanjung bergabung dengan anggota koperasi dari Sarawak dan Sabah, ujarnya. Pengisian HKN 2015 Mengulas lanjut mengenai tarikan istimewa HKN 2015, Lamien memberitahu, selain daripada gerai pempamer koperasi, pengunjung juga berpeluang mendapatkan khidmat nasihat berkaitan ekonomi dan manfaat koperasi daripada kumpulan pempamer jemputan yang lain. Tambah menarik, memandangkan sambutan HKN 2015 berlangsung dalam bulan Syawal, maka SKM akan menerapkan suasana hari raya dari segi dekorasi dan hidangan juadah seperti yang dilaksanakan pada sambutan HKN 201 di Dataran Darul Aman Jitra, Kedah dan HKN 2014 di Stadium Mini Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kami akan mengadakan jamuan raya menerusi aktiviti Berambeh Raya. Para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai juadah tradisional lebaran dari setiap negeri. Berambeh dalam bahasa Sarawak merujuk kepada mari berkumpul. Secara tidak langsung, sesi ini dapat memupuk semangat integrasi nasional dalam kalangan masyarakat tempatan, kata Lamien. Sementara itu, Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS) merupakan salah satu pempamer yang akan terlibat pada HKN 2015. Pengerusi KOTAMAS, Datuk Ismail Nordin berkata, bagi HKN tahun ini, KOTAMAS akan mempromosikan TAPAk Tebingan Sungai di Kuching, Sarawak ini menjadi lokasi pilihan sempena Hari Koperasi Negara 2015. Pengerusi Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad, Hasinam Md. Isa menunjukkan produk sos dan sambal sewaktu menyertai Hari Koperai Negara. Pengurus Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad,Hasinam Md. Isa menunjukkan produk sos dan sambal sewaktu menyertai Hari Koperasi Negara. produk seperti aktiviti pelancongan, kredit, insurans, Ar-Rahnu dan skim latihan. Ini termasuklah memperkenalkan produk terbaharu KOTAMAS iaitu pembangunan hartanah. Setakat ini, pihak kami telah membeli tanah bagi tujuan pembinaan kondominium demi pembangunan sosioekonomi anggota koperasi dan masyarakat. Dalam pada itu, pada HKN 2015, kami turut memberi maklumat dan pendedahan kepada orang ramai mengenai sektor koperasi yang mampu menyumbang kepada ekonomi negara selepas sektor awam dan swasta. Sektor koperasi menyumbangkan sebanyak 10 peratus kepada ekonomi domestik menerusi hasil jualan kepelbagaian produk keluaran koperasi, jelasnya. KOTAMAS merupakan koperasi pertama dan tertua didaftarkan di Malaysia pada 21 Julai 1922. Sementara itu, sempena HKN yang ke-14 tahun ini, pelbagai aktiviti menarik disediakan buat para pengunjung seperti acara senam seni, sukan rakyat, konsultansi, ceramah perdana dan padanan perniagaan. Selain itu, turut diadakan pengisytiharan tokoh koperasi negara, penyampaian anugerah kepada koperasi cemerlang, pelancaran buku profil, ekspo dan jualan produk koperasi Malaysia dan antarabangsa. Info Hari Koperasi Negara 2015 HKN 2015 merupakan acara tahunan yang telah disambut sejak 1 tahun, diadakan bagi mengiktiraf sumbangan sektor koperasi kepada pembangunan negara HKN 2015 berfungsi sebagai medan untuk mempromosikan konsep dan produk koperasi kepada orang ramai Alamat: Tebingan Sungai, Kuching, Sarawak Tarikh : 14-16 Ogos 2015 (Jumaat hingga Ahad) Acara : Ekspo dan pameran : Forum Perdana : Senam seni : Konsert artis jemputan : Sukan rakyat Maklumat lanjut SKM Alamat: Suruhanjaya Koperasi Malaysia Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan, Off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur Tel: 0-208 4000 Faks: 0-208 4100 Web: www.skm.gov.my E-mel: webmaster@skm.gov.my Pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di HKN.

A4 Kuasa beli di tangan pengguna Perspektif Menteri Datuk Hamzah Zainudin Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KUASA pengguna ditakrifkan sebagai pengguna yang mampu mempengaruhi dan menentukan harga serta penawaran barangan dan perkhidmatan dalam pasaran yang kompleks. Sebagai pengguna yang berkuasa, kitalah yang mencorakkan pola permintaan dan penawaran terhadap sesuatu barangan dan perkhidmatan. Pihak pengeluar termasuk peniaga mengeluar dan memasarkan sesuatu barangan dan perkhidmatan yang mempunyai permintaan. Jika tiada permintaan maka tiadalah keuntungan. Siapakah yang menentukan permintaan? Sudah pastinya pengguna. Pengguna perlu sedar kuasa yang ada pada mereka. Pengguna sering ditipu, diperdaya dan dianiaya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagi mengelakkan pengguna terusmenerus menjadi mangsa kepada keadaan, apa yang boleh dilakukan adalah untuk meningkatkan pengetahuan, mengukuhkan jati diri dan yang paling utama mengetahui dan mengamalkan hak kita sebagai pengguna. Kuasa untuk menentukan perdagangan yang adil bergantung kepada orang ramai yang mampu memainkan peranan sebagai pengguna yang efektif. Pengguna adalah entiti yang penting untuk melindungi hak mereka sendiri daripada perdagangan yang tidak adil kerana pihak berkuasa tidak mampu untuk mengawalnya sepanjang masa secara menyeluruh. Pengguna mengikut definisi Akta Perlindungan Pengguna 1999 ialah pengguna akhir bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan. Bagaimanapun, dalam konteks pasaran sekarang peniaga sering beranggapan bahawa mereka bukanlah pengguna. Mereka kadangkala lupa bahawa dalam masa-masa tertentu mereka juga menjadi pengguna. Walau siapa pun kita, kita adalah pengguna. Oleh itu, peranan untuk mengurangkan harga barangan tidak hanya terletak pada bahu kerajaan semata-mata. Pengguna yang bijak sentiasa membuat perbandingan harga, memilih perkhidmatan yang terbaik, membuat pilihan yang tepat serta membeli barangan yang berkualiti. Perkara ini yang kadangkala sering dilupakan oleh pengguna di Malaysia. Begitupun, peniaga juga perlu lebih beretika dalam menjalankan perniagaan. Ada sesetengah peniaga yang suka mengambil kesempatan dengan keadaan-keadaan tertentu dan menaikkan harga dalam jumlah yang tidak munasabah. Matlamat Dasar Pengguna Negara adalah untuk melahirkan masyarakat pengguna yang berdaya upaya melaksanakan self-protection, peniaga yang beretika dan mengamalkan self-regulation selain daripada sistem perundangan yang efektif. Bagi mencapai matlamat ini, pelbagai usaha dibuat. KP- DNKK telah memulakan usaha mendidik pengguna sejak di PENGGUNA perlu berbelanja secara berhemah dan bijak memilih kualiti produk bagi mengelakkan ditipu peniaga yang tidak bertanggungjawab. Gambar hiasan peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. NGO pengguna juga boleh memainkan peranan dan menggalakkan pengguna menggunakan kuasa pengguna terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati. Persatuan pengguna boleh menjadi pressure group yang berkesan terutama dalam menangani isu-isu mengambil kesempatan dan keuntungan yang tidak munasabah. Di negara maju seperti di Eropah, pengguna berkuasa menentukan permintaan dan penawaran di pasaran. Dalam pada itu, peredaran masa dan kemajuan teknologi juga telah mendedahkan pengguna kepada pelbagai cabaran. Jika dulu transaksi perniagaan dilakukan secara bersemuka tetapi kini perniagaan secara dalam talian pesat berkembang. Justeru, pengguna perlu sentiasa me ningkatkan perlindungan ken diri untuk mengelakkan daripada terpedaya dengan helah dan tipu daya peniaga yang tidak beretika. Satu lagi isu yang menjadi perbualan sekarang ialah barang tiruan. Walaupun penguatkuasaan kerap dilakukan, namun untuk membanteras kegiatan barang tiruan, ia mestilah bermula daripada pengguna sendiri. Jika tidak ada permintaan, tidak akan ada penawaran. Saya mengajak pemilik cap dagangan (trademark owner) supaya tampil membantu dalam mengesan barang-barang tiruan di pasaran yang memakai jenama mereka. Pemilik cap dagangan, terutama yang telah berdaftar dengan KPDNKK di bawah basket of brand (BOB), yang kini berjumlah 1 jenama, janganlah menyepikan diri. Bantulah kami untuk membanteras barang-barang tiruan di pasaran. Ini adalah jenama mereka dan kami hanyalah membantu daripada segi penguatkuasaan. Kita mempunyai pelbagai akta yang boleh digunakan untuk mendakwa peniaga yang didapati menyalahi peraturan dan undang-undang. Aktaakta itu ialah Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999. Jadilah pengguna bijak. Dari & KPDNKK KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kini diterajui oleh Datuk Hamzah Zainudin yang dilantik sebagai menteri baharu kementerian tersebut selepas rombakan Kabinet pada 28 Julai lalu.

A5 salah seorang pegawai penguat kuasa KPDNKK merampas aksesori telefon bimbit tiruan menggunakan jenama Samsung bernilai RM70,000 ketika mengadakan serbuan di dua buah premis berasingan di Jalan Oakland, Seremban 2 pada 1 Jun lalu. Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Melaka, Rosli Abdullah menunjukkan barangan sukan tiruan berjenama bernilai RM80,000 di sebuah premis dua tingkat dekat Desa Cheng Perdana, Melaka pada 24 Jun lalu. Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Perlis, Jamal Nor Ahmad Harun (dua dari kanan) bersama anggotanya melihat sebahagian daripada 185 beg berjenama tiruan yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah premis perniagaan di Padang Besar, Perlis pada 1 Mei lalu. Operasi rampas barang tiruan Pegawai penguat kuasa KPDNKK di seluruh negara giat menjalankan serbuan merampas dan menyita barangan tiruan berjenama daripada penjual dan pengusaha yang tidak bertanggungjawab. PADA 0 Jun lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Muar berjaya merampas cat tiruan yang menggunakan jenama Nippon dalam satu serbuan di dua buah rumah bertempat di Taman Tiara, Tangkak, Johor. Kesemua cat tiruan tersebut dianggarkan bernilai RM20,000 dalam serbuan Ops Barang Tiruan yang dijalankan pihak KPDNKK yang turut disertai wakil syarikat Nippon Paint (M) Sdn. Bhd. Menurut Ketua Cawangan KPDNKK Muar, Nor Azmi Lamisza, serbuan tersebut dilakukan sebaik saja menerima HAMZAH aduan daripada pihak syarikat cat itu berhubung kegiatan yang dipercayai beroperasi sejak beberapa tahun lalu. Dalam serbuan itu, kami berjaya merampas sebanyak 800 tong cat berkapasiti 18 dan 20 liter setiap satu dan mempercayai rumah berkenaan dijadikan sebagai kilang memproses cat tiruan serta tempat melabel tong cat berkenaan. Kesemua tong cat yang digunakan adalah daripada tong cat terpakai yang telah dicuci terlebih dahulu dan dibersihkan cop asal sebelum diisi dengan cat tiruan serta menggunakan label yang tidak sah, katanya. Tambah Nor Azmi, pihaknya juga percaya pengusaha terbabit telah menjual cat tersebut pada harga yang lebih rendah berbanding cat jenama sebenar di sekitar Muar dan kawasan Semasa berhampiran. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi orang perseorangan jika sabit ke salahan, ujarnya, Menurut Nor Azmi, ia merupakan kes kedua selepas kes yang sama pada Mei lalu. Ia membabitkan rampasan sebanyak 6 tong cat yang dianggarkan bernilai RM122,565. Sementara itu, Menteri KP- DNKK, Datuk Hamzah Zainudin memberitahu, selain melaksanakan serbuan mengejut bagi operasi barangan tiruan pihaknya juga mempunyai agensi-agensi yang berkemampuan untuk menentukan standard ketulenan bagi sesuatu produk. Jadi, tidak ada sebab mengapa orang ramai harus membeli barangan tiruan. Lebih menyedihkan apabila ada yang merungut dan menyifatkan serbuan yang dilakukan oleh KPDNKK akan merugikan para pengguna, ujarnya. Tambah beliau, dari semasa ke semasa pihak KPDNKK akan menjalankan lebih banyak serbuan dan operasi di seluruh negara. Ini bagi memastikan pengguna tidak terus ditipu selain daripada mendidik penjual agar mematuhi undang-undang. Pada hujung bulan lalu, serbuan KP- DNKK ke atas 120 premis di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur telah berjaya merampas sebanyak 11,174 aksesori telefon bimbit tiruan bernilai RM150,990. Pengarah KPDNKK Wilayah Persekutuan, Muez Abd. Aziz pula memberitahu, pihaknya berjaya menyita sebanyak lima komputer yang disyaki menggunakan perisian cetak rompak daripada sebuah syarikat swasta di Bangsar, Kuala Lumpur. Syarikat tersebut disyaki menggunakan perisian cetak rompak Autodesk, Microsoft dan Adobe untuk menawarkan perkhidmatan rekaan dalaman kepada orang ramai sejak beberapa tahun lalu. Sebanyak lima unit komputer yang disita disyaki mengandungi 97 perisian cetak rompak iaitu 1 salinan Microsoft, 4 salinan Autodesk dan 2 salinan Adobe dan dianggarkan jumlah rampasan bernilai RM800,000, katanya. Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987 yang memperuntukkan denda antara RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap perisian cetak rompak dan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau keduaduanya jika sabit kesalahan. Selain itu, taktik licik sekumpulan samseng dan tonto upahan yang digaji peniaga barangan cetak rompak sekitar Jalan Peta ling, Kuala Lumpur terbongkar sejurus kawasan itu di serbu anggota penguat kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan dan Selangor. Operasi yang turut melibatkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Sukarelawan Malaysia tersebut telah menyerbu enam premis yang menyimpan pelbagai barangan tiruan jenama antarabangsa se perti Michael Kors, Louis Vuitton, Gucci, Prada, Chanel dan Puma. Dalam perkembangan lain, KPDNKK Perlis pula telah merampas 185 beg pelbagai jenama palsu bernilai RM1,600 hasil serbuan ke atas sebuah premis di Gapura Square bertempat di Padang Besar, Perlis. Sebanyak 2 beg dan 45 dompet jenama Louis Vuitton; 0 beg dan 25 buah dompet jenama Prada; 5 beg jenama Gucci dan 18 beg jenama Chanel dirampas. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang premis yang menjual atau sudah terbeli barangan tiruan dinasihatkan menghubungi talian hotline KPDNKK 1800-886-800 atau terus membawa produk tiruan itu ke pejabat KPDNKK yang terdekat. Ketua Unit Harta Intelek KPDNKK Kedah,Azmi Dan (kiri) Ketua bersama Unit pegawai Harta penguat Intelek KPDNKK kuasa melihat Kedah,Azmi sebahagian Dan (kiri) bersama daripada pegawai 25,000 pakaian penguat jenama kuasa melihat tiruan yang sebahagian dirampas daripada di stor pemborong 25,000 pakaian pakaian jenama di Taman tiruan Tunku yang Hosna, dirampas Jalan di Tanjung stor pemborong Bendahara, pakaian Alor Setar di Taman pada Tunku 2 Jun Hosna, lalu. Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar pada 2 Jun lalu. seorang pegawai penguat kuasa KPDNKK Muar memeriksa tong-tong yang berisi cat tiruan menggunakan jenama Nippon dalam satu serbuan di Taman Tiara, Tangkak, Johor.

A6 Portal Pengguna Bijak PORTAL 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) merupakan portal kepenggunaan interaktif dan berinformasi yang memberi manfaat kepada pengguna dalam mendapatkan panduan kepenggunaan. Portal ini merupakan saluran alternatif pengguna membincangkan isu-isu kepenggunaan melalui ruangan interaktif seperti forum, blog, laman sembang dan soal jawab bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Pengguna juga berpeluang mengikuti perkembangan semasa harga lebih 100 barangan keperluan di seluruh negara melalui aplikasi Pricewatch. Pricewatch membantu pengguna merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga barangan berpatutan. Melalui portal 1MPB tersebut pelbagai informasi dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia. Jadilah pengguna bijak. www.1pengguna.com PM lawat Pusat Gerakan Antipencatutan KPDNKK Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa melawat Pusat Gerakan Antipencatutan (PGAP) di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Putrajaya pada 29 Jun lalu. Najib diiringi mantan Menteri KP- DNKK, Datuk Seri Hasan Malek, Timbalan Menteri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, Ketua Setiausaha, Datuk Seri Alias Ahmad, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin. Dalam lawatan hampir sejam itu, beliau telah diberikan taklimat oleh Pengarah PGAP, Ahmad Dahuri mengenai operasi pusat gerakan tersebut yang dilancarkan sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu. Pusat gerakan yang mula beroperasi pada 1 Mac lalu itu berperanan menangani kes salah laku berkaitan pelaksa naan GST dan berfungsi memantau setiap aduan orang ramai sebelum KPDNKK mengambil tindakan serta-merta terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan khususnya di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Harga barangan merupakan isu yang sentiasa menjadi keutamaan KPDNKK. Ini disebabkan harga barang yang tinggi secara tidak langsung memberi impak terhadap kos sara hidup rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah. KPDNKK juga sentiasa komited melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa dan pemantau harga di premis-premis perniagaan di seluruh negara. Pegawai pemantau harga tersebut diberikan tanggungjawab membuat pemantauan dan kutipan harga barangan dan caj perkhidmatan di 222 kawasan Ahmad Bashah (dua dari kiri) mengiringi Najib meninjau persekitaran di PGAP KPDNKK di Putrajaya. parlimen di seluruh negara. KPDNKK mempunyai lebih 2,000 anggota penguat kuasa di seluruh negara yang sentiasa membuat pemeriksaan, pemantauan dan penyiasatan di setiap jenis dan peringkat perniagaan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan dan undang-undang. OPS Catut yang dijalankan KPDNKK bertujuan memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan caj perkhidmatan dengan mengaut keuntungan secara tidak munasabah. Peniaga yang dikesan menaikkan harga sesuka hati akan diberikan notis untuk mengemukakan penjelasan mengenai punca kenaikan harga atau caj perkhidmatan yang tidak munasabah di pasaran. Sebanyak 1,77 notis telah dikeluarkan terhadap peniaga yang telah menaikkan harga barangan dalam tempoh antara 15 Januari hingga 28 Jun 2015 di bawah OPS Catut Fasa 1 dan Fasa 2. Sepanjang pelaksanaan OPS Catut tersebut, sebanyak 1,184,216 pemeriksaan telah dilakukan dan menghasilkan sebanyak 4,507 tindakan kes dengan jumlah rampasan bernilai RM822,216 dan keseluruhan nilai kompaun RM591,96. Antara jenis-jenis kesalahan yang pa ling banyak dikesan dalam operasi ber kenaan ialah tiada tanda harga yang mewakili sebanyak 848 kes dan alat timbang sukat tidak sah sebanyak 547 kes. Sebanyak sembilan kes pula telah dibicarakan di mahkamah yang melibatkan kesalahan mengikut Seksyen 14 (1) kesalahan mencatut dan Seksyen 21 (5) kerana enggan atau tidak memberi maklum balas notis Seksyen 21. Dalam pada itu, antara jenis premis yang diperiksa ialah pasar basah yang berjumlah 284,240; pasar malam atau tamu sebanyak 90,621; kedai runcit mewakili 58,025; bazar Ramadan 42,189 dan pasar tani sebanyak 4,087. KPDNKK akan mengambil tindakan pegawai penguat kuasa menyambut kehadiran Najib dalam sesi lawatan ke PGAP di Putrajaya. tegas terhadap peniaga yang melanggar undang-undang dan peraturan ditetapkan. Denda dan penalti berat akan dikenakan jika disabit kesalahan. Bagi orang perseorangan, denda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi kesalahan pertama dan RM250,000 atau lima tahun penjara bagi kesalahan kedua dan berikutnya. Sementara itu, bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan pula, denda RM500,000 bagi kesalahan pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kedua dan berikutnya. INFO Pusat Gerakan Anti Pencatutan (PGAP) KPDNKK Talian PGAP KPDNKK Hotline: 1-800-886-800 Tel: 0-8882 6088 atau 0-8882 6245 Masa: Operasi 24 jam

A7 Mustafha (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada para penghuni Penjara Sungai Udang, Bandar Baru Sungai Udang, Melaka pada Julai lalu. Semarak kasih Bank Rakyat Warga kerja Bank Rakyat dengan kerjasama sembilan orang tukang masak yang dibawa khas dari Kampung Baru, Kuala Lumpur berjaya menyediakan,000 bungkus bubur lambuk sempena Program Pautan Ramadan-Kacau Bubur Lambuk Bank Rakyat 2015 di Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan Rakyat, Kuala Lumpur. Maklumat Korporat Ibu Pejabat Bank Rakyat Alamat: Menara Kembar Bank Rakyat No., Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur Tel: 1-00-80-5454 Web: www.bankrakyat.com.my E-mel: aduan@bankrakyat.com.my MEMAHAMI keperitan yang dialami segelintir golongan kurang bernasib baik dalam menyambut kemeriahan lebaran, Bank Rakyat mengambil inisiatif menjalankan tanggungjawab sosial dengan menganjurkan pelbagai program bersama masyarakat. Pada tahun ini, buat kali pertama Bank Rakyat melaksanakan Program Semarak Kasih Ramadan: Shopping Raya Bersama Asnaf dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Seramai 0 keluarga asnaf yang terdiri daripada fakir miskin dan ibu tunggal serta anak yatim di sekitar Kuala Lumpur dibawa ke pusat beli-belah Aeon Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur untuk membeli barangan keperluan raya. Program tersebut dianjurkan bagi memberi peluang kepada keluarga yang kurang bernasib baik bersama-sama menikmati keceriaan menyambut Aidilfitri selain meringankan beban kehidupan yang ditanggung. Menariknya, program yang memperuntukkan sebanyak RM6,000 itu memberi kebebasan kepada kumpulan asnaf memilih sendiri koleksi pakaian mahupun kasut untuk digayakan pada hari raya. Selain itu, Bank Rakyat turut meraikan anak yatim dan pelajar tahfiz, serta 1,700 warga kerja bersama keluarga masing-masing dalam sebuah majlis berbuka puasa di Menara Berkembar Bank Rakyat pada 11 Julai lalu. Pada majlis tersebut, seramai 29 orang pelajar tahfiz Darul Syahadah dan 4 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Anak Kesayanganku menerima sumbangan wang tunai RM100 setiap seorang. Dalam pada itu, pada bulan Ramadan lalu, Bank Rakyat turut menganjurkan program Pautan Ramadan Bank Rakyat- Di Sebalik Tirai Besi dengan kerjasama Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (IAM) dan Jabatan Penjara Malaysia di Penjara Sungai Udang, Bandar Baru Sungai Udang, Melaka. Menerusi program yang julung kali diadakan itu, seramai 0 banduan teruja apabila diberi peluang bertemu dan melepaskan rindu bersama ahli keluarga masing-masing. Keutamaan diberikan kepada para penghuni yang miskin dan berkeluarga. Ahli keluarga yang dijemput khas itu turut menerima sumbangan wang tunai dan pek makanan serta berbuka puasa bersama. Program Pautan Ramadan Bank Rakyat- Di Sebalik Tirai Besi disempurnakan oleh Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd. Razak. Turut hadir ialah Presiden IAM, Zawahir Abdullah, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar dan Exco Wanita, Pembangunan Keluarga & Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka merangkap Ahli Lembaga Pelawat Penjara Melaka, Datuk Latipah Omar. Bulan Ramadan umpama biduk yang menaut kembali kiambang di permukaan tasik. Kerukunan perhubungan yang erat amat penting dalam membentuk keluarga dan masyarakat bahagia serta sejahtera, kata Mustafha. Pada masa sama, Bank Rakyat turut mengadakan program Pautan Ramadan-Kacau Bubur Lambuk Bank Rakyat 2015 dengan mengagihkan sebanyak,000 bungkus bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di sekitar Jalan Rakyat, Kuala Lumpur. KETUA Pegawai/Pengurus Besar Kanan Risiko, Md Khairuddin Arshad (tiga dari kiri) menyarungkan baju Melayu kepada adik Abdul Qays Ismail yang berkerusi roda akibat menghidap penyakit lumpuh pada Program Semarak Kasih Ramadan: Shopping Raya Bersama Asnaf di pusat beli-belah AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. bank Rakyat meraikan anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Anak Kesayanganku dalam sebuah majlis berbuka puasa pada 11 Julai lalu.

A10 MKM anjur program ilmu sempena bulan Ramadan Oleh NURUL FAIQAH ABD. RAHMAN DALAM melahirkan modal insan berdaya saing selain menawarkan fasiliti dan latihan yang terbaik, Maktab Koperasi Malaysia (MKM) turut komited menganjurkan pelbagai program dan forum yang memberi manfaat kepada pelajar dan ahli koperasi. Ini dapat dilihat menerusi penganjuran program Bicara Profesional yang bertajuk Berat Sama Dipikul, Ramadan Dinanti Syawal Dirai pada bulan Ramadan lalu. Menurut Ketua Pengarah MKM, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, program tersebut dianggap istimewa kerana ia merupakan platform terbaik dalam menjalinkan ukhwah antara kumpulan pelajar dan ahli koperasi MKM. Matlamat utama program ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada peserta meluangkan masa bersama melalui aktiviti yang sihat. Lagipun misi MKM bukan sahaja tertumpu pada bidang akademi semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab sosial yang lain. Kehidupan para pelajar perlu seimbang dengan pelbagai aktiviti yang sihat dan positif, katanya pada majlis perasmian program tersebut yang diadakan di bangunan MKM, Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor. Pada program berkenaan, seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelajar MKM dan ahli koperasi di sekitar Lembah Klang berpeluang mendengar ceramah daripada penceramah kelahiran program realiti Pencetus Ummah, Mohd. Yusof Arbain. Pengisian ceramah tersebut membicarakan mengenai cara menikmati keindahan bulan Ramadan dan Syawal dengan bijak dan berfaedah. Mohd. Yusof juga memberi penekanan supaya budaya berjimat cermat diterapkan sewaktu berbelanja bagi mengelakkan pembaziran khususnya buat para pelajar. Sementara itu, menerusi program yang sama, selain majlis berbuka puasa, MKM turut memberi sokongan dan memainkan peranan bagi membantu kumpulan pelajar yang kurang bernasib baik menerusi sumbangan zakat. Seramai 7 orang pelajar terpilih menerima zakat daripada Koperasi Kakitangan Maktab dengan kerjasama Malaysia Berhad. Bagi penerima zakat, Nurul Nazwa Mohd. Nor, 20, dia berkata, zakat yang diterima secara tidak langsung membantu meringankan bebannya untuk membeli barangan keperluan belajar dan menyambut lebaran. Bersyukur kerana sedikit sebanyak wang zakat ini dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan. Saya akan berbelanja secara berhemah, katanya. Nurhafizah Mohd. Zaid, 20, pula yang menerima sumbangan zakat buat kali pertama meluahkan rasa gembira kerana MKM sentiasa memberikan yang terbaik kepada Mohd. Yusof menyampai cermah pada program Bicara Profesional Berat Sama Dipikul, Ramadan Dinanti Syawal Dirai di MKM, Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor. ABDUL RAHMAN NURUL NAZWA Nurhafizah Nurfarahin pelajar. Ini membuktikan MKM bukan sahaja menyediakan kemudahan terbaik dari segi pelajaran, malah memberi bantuan dalam bentuk kewangan, jelasnya. Menurut Nurfarahin Abdullah, 20, zakat yang diterima digunakan dengan membeli barangan buat keluarga tersayang sempena hari raya. Maklumat Lanjut MKM Alamat: 10 Jalan Templer, 46700 Petaling Jaya, Selangor Tel: 0-7964 9000 Faks: 0-7954 957 Web: www.mkm.edu.my FB: maktabkoperasimalaysia E-mel: mkm@mkm.edu.my MKM merupakan pusat latihan dan pendidikan rasmi yang melahirkan graduan gerakan koperasi di Malaysia.

A11 Pemenang bulan Julai 2015 Kepada para pemenang Pertandingan Jom Selfie Produk KR1M, sila hubungi pegawai urusetia, Siti Nurulhuda Mohit bagi tujuan tuntutan hadiah. Tel: 0-8882 5596 E-mel: sitinurulhuda@kpdnkk.gov.my Miami Grill Malaysia milik bumiputera MIAMI Grill, restoran makanan yang berpangkalan di Florida, Amerika Syarikat (AS) dengan menawarkan hidangan signatur daging dan ayam panggang yang lazat, kini membuka francais pertama di Malaysia. Beroperasi di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor, Miami Grill menampilkan dekorasi santai dan moden serta menerapkan elemen konsep Restoran gaya hidup Miami Miami Grill di Florida. Alamat: Lot No. Di negara 127, LG2 Blue asalnya, Restoran Concourse, Miami Grill yang Sunway merupakan Pyramid Mall rangkaian Tel: restoran francais 0-5622 185/ global mendapat 0-561 6 kerjasama daripada rakan kongsi bersama penyanyi antarabangsa terkenal, Pitbull. Namun, di Malaysia restoran francais tersebut dikendalikan oleh Hani Maju Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera. Menurut Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Operasi Hani Maju Sdn. Bhd., Izatsyam Othman, selain menggunakan produk halal, keunikan Restoran Miami Grill juga terletak pada penyediaan dan ketulenan 1 Sagu hati ORANG ramai kini berpeluang menikmati keenakan hidangan daging dan ayam panggang di Miami Grill yang beroperasi di gedung Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor. sajian yang sama seperti dihidangkan di AS. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati menu istimewa kami iaitu Philly Cheesesteak yang berasaskan daging. Menariknya, kesemua daging dan ayam yang kami gunakan bebas daripada bahan pengawet dan diimport sepenuhnya dari Australia, jelas Izatsyam. Restoran Miami Grill merupakan rakan strategik bagi Pertandingan Jom Selfie Produk KR1M anjuran Pertandingan Jom Selfie Produk KR1M 2 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bermula antara bulan Jun hingga Disember ini. Pemenang hadiah bulanan bagi tempat pertama, kedua dan ketiga serta tiga pemenang sagu hati bakal menerima baucar makan Miami Grill bernilai RM50. Sementara itu pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga serta tiga pemenang sagu hati bagi peringkat akhir pula akan memenangi baucar makan Miami Grill bernilai RM150. Cara menyertai # HADIAH BULANAN Pertama Wang Tunai baucar makan RM50 Pertandingan Jom Selfie Produk KR1M RM00 Ketiga Wang Tunai HADIAH KESELURUHAN RM17,000 HADIAH Peringkat Akhir Pertama IPhone 6 Plus Ketiga Oppo N Sagu hati Wang Tunai Sila ikut instagram rasmi @aspirasipengguna KPDNKK Muat naik gambar selfie kreatif bersama produk Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dalam akaun instagram anda Letakkan hashtag #produkkr1m #aspirasipenggunakpdnkk pada ruang kapsyen gambar menarik # Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 15 tahun ke atas # Wajib mempunyai akaun Instagram sendiri RM500 RM200 Kedua # Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan # Peserta perlu bergambar selfie bersama produk KR1M sahaja Kedua Wang Tunai baucar makan RM150 Samsung Galaxy S6 edge RM500 x pemenang Syarat penyertaan baucar makan RM50 Tarikh tutup penyertaan bulanan 19 Ogos 2015 # Setiap penyertaan dinilai oleh juri KPDNKK # Warga kerja KPDNKK, agensi, Miami Grill dan kedai KR1M tidak layak sertai peraduan ini Unit Komunikasi Korporat KPDNKK Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) No.1, Persiaran Perdana, Presint 2, 6262 Putrajaya Tel: 0-8882 5596/0-8882 6486 baucar makan RM150 baucar makan RM150 baucar makan RM50 Sagu hati x pemenang baucar makan RM50 baucar makan RM150

A12 MyCC kuatkuasakan AP2010 Maklumat Lanjut MyCC KESEMUA entiti komersial atau perusahaan perlu mematuhi Akta Persaingan 2010 (AP2010) yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) pada 1 Januari 2012. AP2010 adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya sebarang perlakuan dan amalan antipersaingan dalam pasaran tempatan. Ia selaras dengan matlamat utama akta itu sendiri yang bertindak melindungi proses persaingan dengan memastikan perusahaan bersaing dalam pasaran barangan atau perkhidmatan dan meningkatkan kualiti, pilihan dan serta harga yang kompetitif bagi barangan atau perkhidmatan tersebut. Sehubungan itu, bagi membantu sesebuah perniagaan bebas daripada amalan antipersaingan, MyCC dilihat begitu komited dalam usaha untuk memastikan semua perusahaan di Malaysia mematuhi AP2010. Salah satu daripadanya adalah dengan menjalankan program advokasi seperti Sembang-Sembang Bersama MyCC dalam kalangan pengguna, peniaga, pengusaha pengeluar dan persatuan serta badan berkaitan bagi meningkatkan pemahaman dan pematuhan mereka terhadap AP2010. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Dr. Mohd. Khalid Abdul Samad, program tersebut merupakan platform terbaik untuk menjelaskan peranan utama MyCC yang bertindak melindungi proses persaingan bagi kebaikan peniaga, pengguna dan buku panduan ini memberi maklumat mengenai Akta Persaingan 2010 yang dikuatkuasa oleh MyCC. anggota penguat kuasa bahagian penyiasatan MyCC sentiasa memantau dan bertindak sekiranya menerima aduan mengenai perusahaan yang melanggar AP2010. ekonomi negara. Atas faktor ini, MyCC akan sentiasa mengadakan sesi sebegini dari semasa ke semasa bagi membantu dan menggalakkan golongan peniaga khususnya untuk mematuhi AP2010. Secara tidak langsung, MyCC dapat memaklumkan bahawa pasaran barangan dan perkhidmatan memerlukan lebih ramai pesaing supaya pengguna dan masyarakat mendapat manfaat. Seterusnya menyedarkan perusahaan tempatan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk menukar perlakuan mereka supaya tidak terlibat dalam amalan antipersaingan. Contohnya, memonopoli sesuatu pasaran melalui penyalahgunaan kedudukan dominan mereka atau menguatkuasa perjanjian penetapan harga, katanya mengenai objektif penganjuran program Sembang-Sembang Bersama MyCC. Pematuhan AP2010 wajar dititikberatkan memandangkan tiada istilah perniagaan bersifat satu saiz muat semua. Setiap syarikat perniagaan perlu menilai risiko undang-undang persaingannya sendiri dan menentukan apa yang diperlukan bagi memastikan pematuhan AP2010 diterap. Selain itu, setiap perusahaan juga perlu mengkaji semula pengurusan dan amalan perniagaan termasuk obligasi kontraktual untuk menentukan sama ada terdapat sebarang urusan sedia ada yang memerlukan kajian semula. Jika didapati mana-mana amalan melanggar AP2010, pihak perusahaan boleh memohon kelonggaran yang termaktub di bawah Seksyen 41 AP2010 serta memberi maklumat signifikan tentang penglibatan perusahaan-perusahaan lain dalam pelanggaran akta yang sama. Setiap perusahaan perlu memperkenalkan satu program pematuhan yang direka khas bagi mengukuhkan pematuhan kepada undang-undang persaingan. Bagaimanapun, program pematuhan tidak akan sama kerana keperluan setiap perusahaan adalah berbeza. Ia mengikut jenis dan saiz perniagaan serta industri perusahaan tersebut. Jika perusahaan masih mendapati wujud perlakuan amalan antipersaingan dalam kalangan pesaing, pembekal atau mana-mana pihak yang terlibat dengan perniagaannya walaupun kajian semula dan program pematuhan dilaksanakan, maka perusahaan tersebut boleh mengemukakan aduan secara Alamat: Aras 15, Menara SSM@Sentral Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur Tel: 0-227 2277 Web: www.mycc.gov.my E-mel: enquiries@mycc.gov.my Cara kemukakan aduan: Muat turun borang aduan menerusi laman web MyCC: www.mycc.gov.my Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar kepada pihak MyCC melalui cara: E-mel: complaints@mycc.gov.my Pos: Aras 15, Menara SSM@Sentral, No.7, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 5062 Kuala Lumpur Faks: 0-2272 229 atau 0-2272 1692 ( untuk perhatian Ketua Pegawai Eksekutif) terus kepada MyCC. Melalui maklumat dan aduan yang diterima, MyCC akan bertindak dengan membuka kertas siasatan. Kami juga boleh memulakan siasatan di bawah AP2010 atas arahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (KPDNKK) ataupun atas inisiatif sendiri, jelas Khalid. para peniaga disarankan supaya tidak terlibat dalam amalan antipersaingan yang memberi impak negatif kepada pengguna dan pertubuhan ekonomi negara. Gambar hiasan INFO Soalan-soalan lazim mengenai MyCC Apakah contoh amalan antipersaingan? Antaranya ialah menetapkan harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan yang lain, berkongsi pasaran atau punca bekalan, membataskan atau mengawal pengeluaran, saluran keluar pasaran, pembangunan teknologi atau pelaburan atau melakukan tipu bida. Apakah contoh penyalahgunaan kedudukan dominan? Antaranya ialah mengenakan harga belian atau jualan atau syarat perdagangan yang tidak adil, membataskan atau mengawal pengeluaran, saluran keluar pasaran, pembangunan teknikal, teknologi atau pelaburan sehingga memudaratkan pengguna. Apakah jenis aduan yang boleh dibuat kepada MyCC? Antara lain aduan-aduan tentang perlakuan kartel iaitu sekumpulan perusahaan berkomplot untuk menetapkan harga, berkongsi pasaran atau punca bekalan, membataskan atau mengawal pengeluaran, saluran keluar pasaran atau melakukan tinjauan pasaran. Apakah penyalahgunaan kedudukan dominan? Perlakuan perusahaan yang mempunyai kuasa pasaran yang signifikan yang boleh memudaratkan pengguna, termasuk perusahaan yang menggunakan barangan atau perkhidmatan sebagai input untuk perniagaannya. Bagaimana seseorang boleh membuat aduan kepada MyCC? Dengan mengisi borang aduan yang terdapat di laman web www.mycc.gov.my dan hantar kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia melalui e-mel atau pos.

A1 suasana Persidangan Kebangsaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang dianjurkan pada tahun lalu. SSMNC medan kongsi maklumat PERSIDANGAN Kebangsaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2015 (SSMNC 2015) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertujuan meningkatkan tahap kefahaman berhubung Rang Undang-Undang Syarikat 2015. Penganjuran SSMNC 2015 buat kali kelima itu bertujuan menyalurkan maklumat terkini dan meningkatkan tahap kefahaman berkaitan Rang Undang-Undang Syarikat. Pada masa sama ia mengupas inti pati revolusi modenisasi Akta Syarikat yang bakal dikuatkuasakan kepada pengarah, pemegang saham zahrah dan intermediari korporat. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Zahrah Abd Wahab Fenner, SSM- NC 2015 juga bermatlamat menyediakan platform bagi pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, usahawan, juruaudit, peguam mahupun agensi kerajaan yang berkaitan untuk berkongsi maklumat dan mengetengahkan isu-isu serta cabaran Rang Undang- Undang Syarikat baharu. Pada tahun ini, tema Modernizing The Companies Act Creating Synergy for Malaysian Business Landscape menjadi pilihan. Ia sejajar dengan inisiatif Malaysia untuk melaksanakan program transformasi perniagaan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi, jelas ssmnc dianjurkan bertujuan meningkatkan kefahaman kepada peserta mengenai Rang Undang-Undang Syarikat 2015. Zahrah. Rang Undang-Undang Syarikat 2015 adalah hasil daripada kajian komprehensif dengan penglibatan perundingan profesional yang terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan melalui Jawatankuasa Semakan Semula Undang-Undang Korporat (CLRC). Dalam pada itu, lanjutan daripada inisiatif ini, SSM turut menubuhkan Accounting Issues Consultative Committee (AICC) yang menjalankan kajian memperkemas dan memodenkan peruntukan Akta Syarikat 1965 berkaitan dengan laporan perakaunan dan kewangan. Ini termasuklah memastikannya selaras dengan perkembangan piawaian perakaunan yang diluluskan dan menjadi amalan terbaik dalam industri global. Selain itu, Rang Undang-Undang 2015 telah membawa banyak perubahan holistik yang akan memodenkan rangka kerja undang-undang korporat semasa menjadi lebih dinamik. Inisiatif tersebut akan membawa perubahan yang ketara dalam cara menjalankan perniagaan dan mewujudkan sinergi dalam landskap perniagaan di Malaysia. Sehubungan itu, sebagai kesinambungan penganjuran SSMNC 2014, persidangan pada tahun ini akan membawa peneraju dan pengamal korporat INFO SSMNC 2015 Menerusi SSMNC para delegasi berpeluang: Mengetahui trend perniagaan masa hadapan Mengenal pasti cabaran semasa golongan pengamal korporat Memindahan pengetahuan baharu Peluang untuk pemantapan individu dan profesional Memperoleh tips dan idea praktikal untuk membantu meningkatkan kerjaya dan organisasi Platform untuk berfikir, membuat perubahan dan belajar semula Alamat: Hotel Pullman Bangsar, Kuala Lumpur Tarikh: 8 dan 9 September 2015 Lokasi: Hotel Pullman Bangsar, Kuala Lumpur Web: www.ssm.com.my Tarikh tutup pendaftaran: 1 September 2015 Maklumat Lanjut SSM Alamat: Menara SSM@Sentral, No. 7, Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral, 5062 Kuala Lumpur Tel: 0-7721 4000 Web: www.ssm.com.my E-mel: enquiry@ssm.com.my berkongsi pandangan dan membincangkan kesan Rang Undang-Undang Syarikat 2015 kepada pengarah, pemegang saham dan intermediari korporat.

A14 antara peserta yang menyertai program dan aktiviti berkaitan harta intelek anjuran MyIPO dengan kerjasama KPDNKK dan Kementerian Kewangan. MyIPO dengan kerjasama KPDNKK dan Kementerian Kewangan menganjurkan pelbagai program berhubung harta intelek sempena penganjuran 1AES 2015 pada bulan November ini. myipo akan mengambil bahagian yang aktif dalam sidang kemuncak 1AES pada November 2015. Maklumat Lanjut MyIPO Alamat: Unit 1-7, Aras Bawah, Menara UOA Bangsar, No. 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur Tel: 0-2299 8400/ 0-2299 8989 Web: www.myipo.gov.my E-mel: ipmalaysia@myipo.gov.my Program harta intelek teras 1AES Sebagai salah sebuah negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Malaysia pada mulanya banyak terlibat dalam pembangunan negara ASEAN serta hal ehwal ekonomi dan kesejahteraan sosial. Bagi mengukuhkan fokus ASEAN dalam menyokong Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2015, justeru pelbagai program dan aktiviti akan diadakan selaras dengan piagam ASEAN yang telah ditetapkan. Antaranya ialah Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak Keusahawanan 1ASEAN (1AES) yang merupakan platform terbaik dalam mewujudkan kerjasama pintar dan mempromosi bidang keusahawanan di peringkat serantau. Pada masa yang sama memberi peluang kepada delegasi persidangan bertukar pandangan dan pengalaman dalam bidang keusahawanan sebagai pemangkin yang memberi manfaat bagi aspek idea, inovasi dan kreativiti sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan kemajuan teknologi dalam kalangan komuniti ASEAN. Sehubungan itu, bertindak sebagai sebuah badan yang terlibat dalam pembangunan usahawan, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) diberi tanggungjawab untuk menganjurkan pelbagai program berkaitan isu harta intelek (IP) dalam memperkasakan golongan usahawan. Inisiatif itu selaras dengan matlamat Kementerian Kewangan yang ingin menjadikan harta intelek sebagai kelas aset baharu. Skop perlindungan harta intelek tidak tertumpu pada pendaftaran harta intelek mahupun hak cipta malah ia diperluaskan kepada IP Valuation, IP Financing dan IP Marketplace yang merupakan cabang baharu kelolaan MyIPO. Bukan itu sahaja, MyIPO yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) turut menyediakan aktiviti seperti IP Connect yang terdiri daripada tiga aspek iaitu IP Talk, IP Clinic dan IP Filing. Secara ringkas, IP Talk merupakan seminar yang bertujuan memberi kesedaran kepada usahawan mengenai kepentingan mendaftar, melindungi dan mengkomersilkan harta intelek yang terdiri daripada Cap Dagangan, Reka bentuk Perindustrian dan Hak Cipta serta prosedur pendaftaran. Sementara itu, di bawah program IP Connect pula MyIPO telah mengadakan beberapa acara seperti taklimat pengenalan harta intelek dan IP Klinik sekitar bulan Mei dan Jun lalu. Matlamat program IP Connect adalah untuk memberi peluang kepada peserta dan usahawan mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka bersama kumpulan perunding berkaitan kebolehdaftaran dan perkara berkaitan pengkomersilan serta penguatkuasaan undang-undang harta intelek. Bagi sesi IP Klinik peserta diberi taklimat dari segi prosedur dan perkara-perkara asas pendaftaran dalam memastikan harta intelek setiap individu didaftar tanpa sebarang bantahan. Sebanyak tiga IP Klinik telah dijalankan sejak bulan April hingga Jun lalu dan beberapa siri bakal berlangsung. Menariknya, menerusi program IP Klinik peserta juga berpeluang menyertai IP Filing yang membantu usahawan menfailkan permohonan. Bagi golongan usahawan yang layak untuk menerima bantuan fi pemfailan mereka akan dibiayai sepenuhnya oleh MyIPO di bawah dana IP Filing yang diperuntukkan Kementerian Kewangan. Mereka yang berminat untuk menyertai IP Talk, IP Klinik dan IP Filing, sila layari laman web www.myipo.gov.my pelbagai program dan bengkel kendalian MyIPO adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berhubung prosedur dan kepentingan melindungi harta intelek. IP Klinik memberi peluang kepada peserta mendapatkan khidmat nasihat daripada kumpulan perunding berkaitan harta intelek.

A15 pns dan IFSB menjalin kerjasama strategik yang membantu menyalurkan pembiayaan dan dana kepada usahawan bumiputera. ATAS: IFSB merupakan sebuah syarikat pemfaktoran yang berpengalaman luas dalam bidang kewangan selama lebih 15 tahun. KANAN: Pelan insentif antara PNS dan IFSB menawarkan pelbagai kemudahan selain daripada suntikan modal kewangan kepada usahawan yang memohon dan menepati syarat serta kriteria. PNS-IFSB bantu Oleh SAIRUL ZAMRI MISRANI USAHAWAN Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam kalangan bumiputera pada masa kini lebih mudah mendapatkan bantuan suntikan dana pembiayaan menerusi satu pelan insentif yang diperkenalkan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) selaku pembiayaan kewangan dengan kerjasama syarikat Ikhtiar Factoring Sdn. Bhd. (IFSB) yang bertindak sebagai syarikat pemfaktoran. Bermula Disember 201, PNS telah menjalin kerjasama strategik bersama IFSB iaitu sebuah syarikat pemfaktoran yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan selama hampir 15 tahun. Jalinan kerjasama tersebut adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan usahawan bumiputera khususnya yang mendapat kontrak daripada pihak kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik kerajaan (GOC). Menurut Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin, kerjasama strategik itu dimeterai bagi membantu menyalurkan pembiayaan dan dana kepada golongan usahawan bumiputera melancarkan operasi perniagaan yang diusahakan. Kolaborasi strategik ini berdasarkan kepada pembiayaan yang diberikan kepada Ikhtiar selaku syarikat kewangan selari dengan mandat dan usaha murni PNS yang bertindak membantu usahawan dalam aktiviti perniagaan yang diceburi di samping menerapkan konsep musharakah berlandaskan Islam. Lagipun jika diperhatikan situasi di Malaysia pada masa kini, keperluan pembiayaan dan kewangan mendapat permintaan tinggi. Atas sebab itu, usahawan bumiputera Suntik dana kewangan kepada usahawan bumiputera dalam usaha melancarkan urus niaga bagi sesebuah perniagaan. MD. HARIS Syed KAMARULZAMAN KHAIRUN PNS mengambil inisiatif untuk membantu usawahan yang memerlukan dana, katanya ketika ditemui Aspirasi Pengguna di Menara PNS, Bangsar South City, Kuala Lumpur baru-baru ini. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IFSB, Md. Haris Md. Jaffar berkata, modal pemfaktoran seperti itu bukan saja membantu usa hawan dari segi pembiayaan dana kewangan, namun menjadi satu elemen perkongsian keuntungan dalam konsep menang-menang antara perkongsian murni dua organisasi yang terlibat. Pembiayaan dan kewangan yang terhad merupakan masalah dan kekangan utama yang dihadapi kebanyakan usahawan bumiputera. Jus teru, IFSB bertindak membantu menyuntik modal kewangan kepada usahawan melalui kontrak pinjaman yang dipersetujui. Mekanisme yang digunakan berlandaskan mekanisme jual beli yang melibatkan tiga pihak utama iaitu syarikat pemfaktoran, kontraktor pembekal dan pelanggan. Kami tidak menerapkan mekanisme pinjaman seperti yang dipraktikkan institusi perbankan tempatan, jelas Md. Haris. Tambah Md. Haris, mekanisme pinjaman institusi perbankan tempatan lebih menjurus kepada analisis kewangan atas kontraktor pembekal. Analisis sebegini tidak tepat kerana pembiayaan untuk urusan jual beli analisis mesti atas kekuatan kewangan pelanggan kontraktor iaitu pihak kerajaan dan GLC. Disebabkan itu, banyak kontraktor pembekal tidak mendapat pembiayaan yang sewajarnya walaupun bayaran bekalan daripada kerajaan terjamin. Kesimpulannya, pihak IFSB mempraktikkan mekanisme pembiayaan yang betul dan tepat serta atas dasar ini tiada masalah bagi kontraktor pembekal kerana bayaran dari kerajaan terjamin. Secara ringkas, IFSB mempunyai kepakaran luas dalam bidang pengurusan kewangan sejak awal penubuhannya di bawah kendalian Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum dipilih dan dilantik secara sah oleh PNS untuk menjalin kerjasama strategik berhubung penyaluran pembiayaan dana kewangan. Dalam pada itu, seorang usahawan, Khairun Zainal Mokhtar dari syarikat Tricubes menyatakan perkhidmatan dan bantuan pembiayaan daripada PNS serta IFSB merupakan kemudahan terbaik buat usahawan yang memerlukan suntikan dana dan pembiayaan kewangan perniagaan. Secara tidak langsung pelan insentif ini membantu melancarkan perniagaan selain memberikan kemudahan konsultasi berkaitan pengurusan kewangan. Pada masa yang sama, ia menyediakan kemudahan pemfaktoran bagi membolehkan syarikat mendapatkan produk dan perkhidmatan tanpa mengeluarkan dana terlebih dahulu. Ini terma suklah kemudahan menyediakan surat kredit dan bank draf bagi memudahkan pembelian sesuatu barangan dan perkhidmatan, katanya ketika dihubungi. Sebagai rekod sehingga kini sejumlah RM55 juta telah dilaburkan pihak PNS kepada IFSB dalam usaha menyalurkan dana kewangan kepada usahawan terpilih dan menepati kriteria yang ditetapkan. Ia sejajar dengan matlamat PNS dalam melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera dalam bidang keusahawanan. Info Pembiayaan Ikhtiar Kemudahan: - Surat sokongan tender - Bon pelaksanaan - Surat kredit tempatan dan antarabangsa (tanpa deposit) - Surat jaminan pembekal - Pemfaktoran - Kelulusan segera Kelebihan: - Kelulusan umum - Tiada tarikh luput - Tiada yuran pembaharuan - Tiada fi guaman dan duti setem yang membebankan - Yuran pemprosesan yang munasabah - Perkhidmatan secara perseorangan Info Ikhtiar Factoring Sdn. Bhd. (IFSB) Alamat: IKHTIAR FACTORING SDN. BHD. No. 11, Pekeliling Business Cenre, Jalan 5/65C, Off Jalan Pahang Barat, 5000 Kuala Lumpur Tel: 0-4024 6200 / 2500/ 2201 Faks: 0-4022 1202 / 0-4024 0855 Web: www.ikhtiarfactoring.com E-mel: haris@ikhtiarfactoring.com Maklumat Lanjut PNS Alamat: Perbadanan Nasional Berhad Menara PNS Menara 7, Avenue 7 Bangsar South City No.8 Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur Tel: 0-2082 7788 1-800-22-1767 Web: www.pns.com.my E-mel: webmaster@pns.com.my : Shamsudin@pns.com.my : Shfiza@pns.com.my : salahuddin@pns.com.my : nfaizah@pns.com.my

A16 Galeri KPDNKK menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainudin sewaktu menghadiri Majlis Taklimat Unit Komunikasi Korporat Bersama YB Menteri di pejabat KPDNKK, Putrajaya pada 6 Ogos 2015. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainudin (dua dari kiri) menyampaikan duit raya kepada kumpulan kanak-kanak pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri KPDNKK Kedah di Dewan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada 1 Ogos lalu. Turut kelihatan Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah (kiri) dan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad (tiga dari kiri). Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainudin (tiga dari kiri) menyerahkan bunting promosi Hari Koperasi Negara 2015 kepada semua Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri pada majlis jamuan Aidilfitri di Menara SKM, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 0 Julai 2015. Turut hadir Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah (dua dari kiri) dan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad (kiri). TIMBALAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah (kiri) menyampaikan sumbangan duit raya dan beg kepada anak-anak Rumah Sentuhan Budi semasa Majlis Aidilfitri Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2015 di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2015. Turut kelihatan, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Zahrah Abd Wahab Fenner (dua dari kiri) dan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad (dua dari kanan). Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan, Datuk Hamzah Zainudin menandatangani sijil Malaysia Book of Record (MBR) sebagai Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Cawangan Bank yang berlangsung secara serentak sambil diperhatikan Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Abdul Aziz Zainal (kanan), Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd. Razak(kiri) dan Pengarah Urusan MBR, Tan Sri Danny Ooi (dua kanan) dalam Majlis Ceria Beraya Bank Rakyat 2015 di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 0 Julai lalu. menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin berucap sewaktu menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Jamuan Aidilfitri Maktab Koperasi Malaysia (MKM) 2015 di MKM, Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Ogos 2015.