TERJEMAHAN SURAH AL HAAQQAH

dokumen-dokumen yang mirip
Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

PENGAMBILAN IKTIBAR UMUM AYAT

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Bahagian Keempat: Tafsiran Ayat-ayat 45-59

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.4 Nabi Hud AS.

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.5 Nabi Shalih AS.

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.8 Nabi Syu aib AS.

SURAH AL- MURSALAAT 1

Bahagian Ketiga: Tafsiran Ayat-ayat 32-44

2

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF

TERJEMAHAN SURAH. Mereka mendustakannya dan terus mengikut hawa nafsu mereka(sedarlah) dan sesuatu perkara itu adalah mengikut ketentuan nya.

TALIM MADANI #12 IMAN KEPADA ALLAH (PERBEDAAN MALAIKAT DAN MANUSIA)

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Tuduhan Bahwa Berpegang Terhadap Agama Penyebab Kemunduran Kaum Muslimin

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa


5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.1 Nabi Adam AS.

ngin Ahmar From: hamba Allah Add to Contacts SIM

Mendidik Anak dengan Tauhid


GãMñ I RšZ GlZG ƒi' (6) GâƒMÃIºƒG M±H MšZ GlQ IN³š GœI M OZ

> GsGcZGÈH õ IäI HÍIN G Hœ G IáƒH"S šoz IYP G =œg} MãI GßMÃG¾G SÖHºRœ UëH Gy

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

GsHeM I' õ IäI = HÝI PéƒFGy GßMÃGšIý PQçGŠÂHñ G G M G = HsIe G GßR¾G G¾G > KßG¾G ôhäg G GY Péƒ MyG} K ÀG IäMÃG¾G GuĪ MœH} PéêMÂGš CZÂHšÂHºGñwG}

Perintah Pertama di Dalam Alquran

2

Syiah meyakini adanya dua belas imam yang menjadi penerus. kenabian. Bagi syiah, masalah imamah sudah tidak bisa ditawar lagi,

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Kedudukan Tauhid Bagi Seorang Muslim

LALUAN KEHIDUPAN

Begitu Singkatnya Umur Manusia

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama

MATAN. Karya Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahhab

TERJEMAHAN SURAH AL MULK

[ Indonesia Indonesian

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar


DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

Doa-doa Pilihan DOA-DOA PILIHAN

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Disebarluaskan melalui: Website: November, TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

2

Tauhid untuk Anak. Tingkat 1. Oleh: Dr. Saleh As-Saleh. Alih bahasa: Ummu Abdullah. Muraja ah: Andy AbuThalib Al-Atsary. Desain Sampul: Ummu Zaidaan

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Fadhilat Berbaik Sangka

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

TAFSIRAN AYAT 17 JADI, SIAPAKAH YANG BOLEH MENERIMA AL-QUR AN DAN BERIMAN DENGAN RASULULLAH?

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Tahlil Arwah TAHLIL ARWAH

BAHAYA PERILAKU TAQLID MENURUT AL-QUR AN

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

Ramadhan dan Taubat Kepada Allah

1. Di surga terdapat sebatang pohon yang luas bayangannya tidak dapat ditempuh selama seratus tahun berkendaraan

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

Tafsir Surat Al-Kautsar

Definisi sombong. PENGERTIAN SOMBONG Definisi sombong sebagaimana disinyalir oleh Rasulullah J dalam sebuah hadits:

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Perhitungan Amal di Hari Pembalasan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

Berhati-Hati Dalam Menjawab Permasalahan Agama

Renungan Pergantian Tahun

TAWASSUL. Penulis: Al-Ustadz Muhammad As-Sewed

AGAMA ISLAM TENTANG AKIDAH ISLAM. Oleh : Agus Pernadi Harahap SEKOLAH TINGGI TEHKNIK HARAPAN MEDAN 2013

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Faedah Kisah-kisah Qur ani FAEDAH KISAH-KISAH QUR ANI

Beramal Untuk Bekal Hari Pembalasan

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.6 Nabi Ibrahim AS., Nabi Ismail AS., Nabi Luth AS., dan Nabi Ishaq AS.

Macam-Macam Dosa dan Maksiat

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

SURAH AL-MUDDATHIR 1

Berpegang Teguh dengan Alquran dan Sunnah

Al-Matiin, Yang Maha Kokoh

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

Pendukung dan Penghalang dari Taubat

: : :

Tiga Yang Diridhai Allah dan Tiga Yang Dia Benci

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."

Transkripsi:

1 SURAH AL HAAQQAH

2

3

TERJEMAHAN SURAH AL HAAQQAH Hari Kiamat yang pasti dan wajib berlaku!.(1) Apakah dia sifat dan ehwal Hari Kiamat yang pasti dan wajib berlaku itu?.(2) Dan apa caranya yang Engkau dapat mengetahui tentang sifat dan ehwal Hari Kiamat yang pasti dan wajib berlaku itu?.(3) Kaum Thamud dan Kaum A aad telah mendustakan akan adanya Hari Kiamat yang mengempar dan mengharu birukan itu?.(4) Adapun Kaum Thamud itu mereka telah dibinasakan dengan gempa bumi yang amat dahsyat!.(5) Manakala kaum A aad pula dibinasakan dengan angin ribut yang dingin tetapi kencang!.(6) 4

Diarahkan ribut taufan itu menyerang mereka selama tujuh malam dan lapan hari tidak berhenti- henti; (kalaulah Engkau menyaksikannya) Engkau akan melihat mereka mati bergelempangan seolah- olah mereka itu bagaikan pohon kurma buruk yang tumbang dan berlopong kosong.(7) Adakah mungkin engkau nampak seseorang dari mereka yang masih hidup?.(8) Dan selain dari mereka, muncul pula Fir aun dan penduduk- penduduk yang terdahulu dari mereka; dan Kaum Muktafikat (iaitu kaum yang telah dibalik kan bumi atas mereka) atas sebab- sebab dosa yang telah mereka lakukan.(9) Mereka masing- masing telah menderhaka kepada Rasul- rasul utusan Allah kepada mereka, dan Allah telah menyeksa mereka dengan seksaan yang amat dasyat.(10) Sesungguhnya Kami; tatkala air banjir besar melampau hadnya (yang telah menenggelamkan gunung ganang), telah Kami selamatkan (nenek moyang kamu) ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju).(11) Kerana Kami mahu menjadikannya sebagai satu pengajaran kepada kamu semua dan supaya diingati semuanya oleh setiap telinga yang insaf.(12) 5

[Demikian lah setiap kaum yang menyeleweng dari akidah sebenar; dan menolak Allah dan Rasul dan menjadi Perosak di atas muka bumi ini di binasakan dengan cara yang amat dasyat. Perkara akidah, keimanan, dan Allah serta Rasul nya bukan satu gurauan atau permainan tetapi satu urusan yang tegas diambil berat oleh Allah. Tidak berakhir disini sahaja, tetapi melibatkan hari AKHIRAT dan dijelaskan pandangan Kiamat kepada kita] Apabila Sangkakala ditiupkan dengan sekali tiup sahaja.(13) Diangkat bumi serta gunung- ganangnya lalu dihancurkan dengan sekali hentakan leburlah kedua- duanya.(14) Maka pada hari dan saat itu berlakulah Kiamat.(15) Maka terbelahlah langit dan jadilah ia lemah dan reput.(16) Dan para malaikat- malaikat didapati mengawal disetiap penjurunya, dan pada hari itu lapan Malaikat menjunjung Arash Tuhan mu di atas mereka.(17) [Itulah kedasyatan Kiamat; dan setiap individu yang pernah hidup akan melalui saat ini dan ada yang akan merasa selamat dan ada yang setengahnya menerima seksaan] 6

Pada hari itu, kamu semua dihadapkan kepada Allah! Tidak ada satu apa pun dari rahsia- rahsia kamu itu yang tersembunyi.(18) Adapun orang- orang yang diserahkan dan menerima Kitab amalannya dengan tangan kanannya, maka akan berkata; (kepada sesiapa saja yang berada di sisinya) Nah! Bacalah Kitab amalku ini!.(19) Sesungguhnya aku sangka yang aku ini akan menghadapi hisab di atas semua amalanku.(20) [orang yang terselamat dari sebarang hisab dan keseksaan itu hampir- hampir tidak percaya yang dia dah terselamat!] Maka dengan itu, tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan.(21) Di dalam syurga yang tinggi darjatnya.(22) Dimana buah- buahannya terlalu dekat untuk dipetik.(23) Dipersilakan dan dikatakan pada mereka: makan dan minumlah kamu sepuas- puas hati kamu kerana amalan- amalan baik yang telah kamu kerjakan pada hari- hari yang silam dulu di dunia.(24) [Bagaimana pula keadaannya bagi orang menerima Kitab Amalannya dengan tangan kiri?] 7

Dan adapun orang yang diserahkan Kitab amalannya dan menerimanya dengan tangan kiri, dilihat kecewa dan berkata; Alangkah baiknya JIKA aku tidak diserahkan Kitab amalanku ini!.(25) dan aku tidak tahu bagaimana bakal hisabku ini!.(26) Alangkah baiknya KALAU kematianku dulu di dunia, telah menjadi kematian yang pemutus (tamat yang tidak berbangkit lagi).(27) Harta- hartaku tidak lagi berguna kepada ku!.(28) dan kuasaku telah hilang lenyap dariku!.(29) (Allah memerintah malaikat Penjaga Neraka itu supaya menangkap dan memasungnya) Tangkaplah orang yang berdosa ini dan belenggukanlah dia!.(30) kemudian bakarlah dia di dalam Neraka Jahim!.(31) 8

selain dari itu, masukkanlah dia dalam rangkaian rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta dengan membelitkannya ke badan nya!.(32) Sesungguhnya dia ni dahulu TIDAK BERIMAN dengan Allah yang Maha Agong itu!.(33) dan dia ni juga tidak menggalakkan orang- orang lain memberi makan pada orang- orang miskin!.(34) maka pada hari ini, tidak ada baginya seorang sahabat pun serta sahabat handai yang boleh menolongnya.(35) dan tiada ada sebarang makanan selain daripada air danur!.(36) Yang menjadi makanan hanya kepada orang yang bersalah!.(37) Aku bersumpah; Demi segala yang nyata yang kamu boleh melihatnya!.(38) Dan demi segala yang ghaib yang engkau tidak dapat melihatnya.(39) 9

Bahawa sesungguhnya al Quraan itu dari perkataan Rasulullah yang mulia.(40) Dan bukan al Quraan itu dari perkataan seorang penyair, sedikit sekali dari kamu yang beriman dengannya!.(41) Dan juga BUKAN lah al Quraan itu perkataan dari seorang pawang, sayangnya sedikit sekali yag mengambil peringatan darinya!.(42) [Al Quraan di mana semua perkataannya disampaikan oleh seorang Rasul; dibawa dari Allah yang melantiknya sebagai utusan Nya. Rasul seorang yang diutus oleh Allah, bukan seorang penyair atau seorang pawang yang menyusun perkataannya dari gubahan sendiri yang diresapi oleh jin atau syaitan, Rasul itu telah membaca semua perkataan- perkatan yang dibawa dari Allah yang mengutuskannya itu] Al Quraan itu diturunkan dari Allah yang memlihara semesta alam.(43) Dan andai kata, Nabi Muhammad (Nabi yang menyampaikan al Quraan itu) mereka- rekakan setengah- setengah perkataan atas nama Kami (Allah) (secara dusta).(44) nescaya Kami akan menyentapnya dengan kekuasaan Kami.(45) 10

kemudian Kami putuskan saluran jantungnya.(46) maka tiada seorang pun di antara kamu yang dapat menghalang tindakan Kami itu daripada menimpanya.(47) [Begitulah besarnya urusan akidah dan kesungguhan Allah mahukan akidah ini diterap ke dalam hati manusia, ianya tidak mengenal tolak ansur kepada sesiapa pun, walaupun ia adalah Nabi Muhammad saw sendiri yang dimuliai dan disayangi Allah seandainya baginda mereka- reka perkataan yang diwahyukan Allah itu] Apakah hakikat al Quraan itu? Sesungguhnya al Quraan itu adalah peringatan kepada orang yang bertaqwa.(48) Dan sesunguhnya Kami benar- benar mengetahui bahawa sebahagian dari kamu mendustakannya.(49) Dan sesungguhnya al Quraan itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang- orang yang kufur (semasa mereka menerima balasan dari Allah).(50) Dan sesungguhnya al Quraan itu adalah kebenaran yang diyakini.(51) 11

Kerana itu, maka BERTASBIH lah dengan menyebut/memuji nama Tuhan mu yang Maha Agong itu.(52) 12

SINOPSIS SURAH AL HAAQQAH Diturunkan di Mekah 52 ayat merupakan surah ke 69 Isu yang dibawa dalam surah ini ialah Agama Allah; persoalan Akidah dan Iman kepada Allah, Kebenaran yang Mutlak dan diyakini dan ianya dari Allah, Pemelihara semesta alam. Ciri- ciri isu yang dibawa oleh Surah ini adalah bersifat serius dan bermatlamat tegas dalam pentadbiran Nya, dan ia bukan senda gurauan ia nya melibatkan dunia dan akhirat; sudah pasti ianya terlibat dalam pertimbangan urusan Allah dan Hisab Nya; ianya tidak berganjak dari kebenaran dan jauh dari sebarang penyelewengan kerana setiap penyelewengan itu dibalas dengan ketentuan yang amat dasyat. Melalui al Quraan, Ianya dari Allah dan tiada tokok tambah semua ditetapkan ke atas manusia. Yang bertaqwa perlu memberi sedikit masa untuk merenungnya. Allah telah memilih satu dari nama- nama hari Kiamat untuk menujah keluar bagi menggambarkan isu Akidah adalah serius dan bermatlamat. Al Haaqqah menggambarkan kesungguhan, ketegasan, kebenaran dan keabadian tentang adanya hari Kiamat itu. Kemudian Allah menegaskan akibat kehancuran yang sangat dasyat dikenakan ke atas kumpulan- kumpulan yang menolak Agama Allah, menolak akidah Nya, menolak hari akhirat dan mereka ini telah dihapuskan dengan tragis sekali. Kaum Thamud, kaum A aad dan kaum Firaun dipupuskan dari dunia ini kerana AKIDAH. Ketegasan Allah terserlah dengan penghapusan yang dibuat melalui gegaran kuat, angin dan air yang sangat dasyat azabnya. Diperlihatkan gambaran Kiamat yang sangat menyentuh hati tiap kita; kerana kitalah yang akan menjadi pemainnya. Bermula dengan tiupan sangka kala sehingga kepada pengawasan setiap sudut oleh para malaikat penjaga ke atas jemaah di Padang Mahsyar ketika mula berlaku Kiamat. Keadaan ini sangat menggerunkan. Gambaran proses hisab ke atas setiap kita nanti bermula dengan pengedaran buka catitan amalan kita yang diterima dengan tangan kanan dan tangan 13

kiri, dan kesannya kepada penerima tersebut; yang gembira dan yang berduka. Gambaran yang menyentuh perasaan dan hati kita secara langsung ianya berkaitan dengan akidah dan agama Allah. Ini diikuti dengan arahan dari Allah agar dipasung, diikat dan dilempar ke dalam neraka Allah kepada mereka yang menolak Allah dan Kitabnya dan mendustakan Rasul utusan Allah. Sebab mengapa mereka diperlakukan sedemikian rupa juga diberi dengan ringkasnya iaitu TIDAK BERIMAN dengan Allah dan TIDAK MEMPEDULIKAN GOLONGAN MISKIN. Akhirnya dengan tegasnya Allah mempertahankan al Quraan dan Rasulullah dengan menganggap Rasul itu bukan seorang penyair dan juga bukan seorang pawang yang mendapat ilham dari Jin dan Syaitan dalam menulis al Quraan, ianya Kitab dari Allah yang diturunkan. Surah ini di akhiri dengan menegaskan bahawa surah ini secara keseluruhan nya menjadi panduan kepada yang bertaqwa; dan Al Quraan itu adalah satu kebenaran yang diyakini dan hendaklah kita mengiktirafkan al Quraan itu dengan bertasbih kepada Allah dan meperkuatkan iman kita kepada Nya. 14

TAFSIRAN SURAH Mafhum nya: Hari Kiamat yang pasti dan wajib berlaku.(1) Apakah dia sifat dan ehwal Hari Kiamat yang pasti dan wajib berlaku itu?.(2) Dan apakah caranya Engkau, (wahai Muhammad) dapat mengetahui tentang sifat dan ehwal Hari Kiamat yang pasti dan wajib berlaku itu?.(3) Tafsiran Ayat- ayat 1-3: Al Haaqqah ialah salah satu dari nama- nama untuk Hari Kiamat: Perkataan ini didasarkan kepada perkataan al Haqq yang bererti Kebenaran yang wajib diyakini kedatangannya; iaitu Kebenaran Yang diyakini Kedatangan Nya, iaitu hari Kiamat sebagaimana ditetapkan oleh al Quraan dalam firman Allah: (Sesungguhnya Hari Kiamat itu TETAP akan datang, TIDAK ada sebarang syak tentang kedatangannya itu tetapi kebanyakan manusia tidak beriman akan hakikat itu (59 surah Al Mu min) Ayat kedua pula seolah- olah mahu menyoal kita apakah dia sifat- sifat Hari tersebut dan ehwal nya. Keadaan sifat- sifat dan ehwal nya akan dijelaskan kemudian dalam surah ini khususnya dalam ayat- ayat 13-17. Ayat ke 3 merupakan soalan yang diajukan kepada Rasulullah difahamkan begini: Apakah caranya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan ehwal Hari Kiamat tersebut? Ianya adalah diluar dari kotak pemikiran manusia, ianya berkisar dari segi keagongan Kiamat dan keadaan huru haranya serta 15

kedasyatannya yang tidak dapat digambarkan oleh minda manusia. (Ismail ar Rusawi; Tafsir Ruhul Bayan ms.13 Juz 10) Dalam Tafsir al Jalaian; perkataan Al Haaqqah ini bererti kedatangan Hari Kiamat yang pasti, tetapi ianya telah ditolak dan tidak diterima oleh orang- orang musyrikin. Mereka menolak adanya hari dibangkit semula, adanya hari Hisab dan adanya balasan dosa dan pahala. Jadi ayat pertama ini menempelak golongan ini yang salah, kerana Kiamat itu Pasti tiba dan golongan yang menolak akidah ini akan terperangkap. Bersesuaian dengan tidak mahu berimannya golongan musyrikin ini kepada hari Kiamat, atau dengan menolak Rasul dan Allah, menafikan adanya hari dibangkit semula; maka Allah telah menceritakan sejarah kaum- kaum yang menolak Rasul, menolak Kitab- kitab dan ayat- ayatnya dari kaum A aad, kaum Thamud dan kaum Fir aun yang telah dimusnahkan sebagai pengajaran kepada yang masih menolak Allah, Rasul Nya dan Kitab- Kitab Nya. Mafhum nya: Kaum Thamud dan kaum A aad telah mendustakan akan adanya Hari Kiamat yang menggempar dan mengharu birukan itu.(4) Adapun Kaum Thamud itu mereka telah dibinasakan dengan gempa bumi yang amat dahsyat.(5) Manakala kaum A aad pula dibinasakan dengan tiupan angin ribut yang dingin tetapi kencang.(6) Diarahkan ribut taufan itu menyerang mereka selama tujuh malam dan lapan hari tidak berhenti- henti (kalaulah engkau menyaksikannya) nescaya engkau 16

akan melihat mereka itu mati bergelempangan; seolah- olah mereka itu bagaikan pohon kurma buruk yang tumbang dan berlompong kosong.(7) Adakah kemungkinan engkau nampak seseorang dari mereka yang masih hidup?.(8) Tafsiran ayat- ayat- ayat 4-8: Ayat- ayat 4-8 menceritakan perihal Kaum Thamud dan kaum A aad yang kufur pada Allah, mendustakan Rasul Allah yang telah diutuskan kepada mereka untuk menanamkan akidah beriman pada mereka. Mereka ini di pupuskan dari dunia ini dalam beberapa peristiwa yang mengerikan. Ini bererti Allah tidak kompromi dengan yang kufur, yang menolak Rasul Allah dan ayat- ayat Nya. Yang pastinya mereka mendustakan sama sekali akan ada nya Hari Kiamat yang menggemparkan dan penuh dengan huruhara itu. Adapun kaum Thamud dibinasakan dengan gempabumi yang dahsyat (5) mereka dimusnah dengan sekaligus iaitu dengan kedatangan ribut yang luarbiasa, gegaran dan teriakan yang menghancurkan semua; dan pupuslah mereka dalam keadan yang sangat ngeri dan dasyat. Penduduk Thamud ini adalah dari kawasan Hijr di sebelah selatan Negeri Hijaz di antara Hijaz dan Syam. Ini akibat dari pendustaan mereka. Manakala kaum A aad pula dibinasakan dengan angin ribut yang dingin tetapi kencang; ianya diarahkan menyerang mereka selama tujuh malam dan lapan hari tidak berhenti- henti; engkau akan melihat mereka mati bergelimpangan; seolah- olah mereka bagaikan pohon kurma buruk yang tumbang dan berlompong kosong (6 dan 7) Keadaan kaum A aad pula berbeda kemusnahannya yang mereka lalui. Berbeda dengan kaum Thamud, Kaum A aad diseksa selama lapan hari tujuh malam dengan tiupan angin yang sangat dingin yang kencang membekukan mereka dan didapati bergelimpangan. Seksaan yang mereka lalui itu lebih buruk dari seksaan kaum Thamud yang hanya seketika sahaja dan semuanya musnah. Kaum A ad adalah penduduk yang menentang Rasul dan mendusta kitab dan ajarannya. Mereka mendiami di utara semenanjung di antara Yemen dan Hadramaut. 17

Kaum Thamud dan kaum A ad ini telah dipupuskan dari muka bumi ini. Itu lah ketegasan Allah dalam penentuan isu akidah. Adakah ianya menjadi pengajaran kepada kita semua, yang Allah tidak berkompromi dengan orang yang rosak akidahnya. Bagi memberi kesan yang maksima tentang azab kepada kaum- kaum yang menolak Allah ni, maka ditambah kaum Fir aun dan kaum Lut yang juga menerima balasan azab yang sangat ngeri dari Allah kerana masalah akidah dan penolakan Allah dan Rasul Nya oleh mereka. Mafhum nya: Dan selain dari mereka, muncul pula Fir aun dan kaum- kaum yang terdahulu darinya, dan kaum Muktafikat (iaitu kaum Luth, yang telah Allah balikkan bumi atas mereka) atas sebab- sebab dosa yang telah mereka lakukan.(9) Mereka masing- masing telah menderhaka kepada Rasul- rasul utusan Allah kepada mereka, dan Allah telah menyeksa mereka dengan seksaan yang amat dahsyat.(10) Sesungguhnya Kami, tatkala berlaku banjir besar yang melampau hadnya (yang telah menegelamkan gunung- ganang), telah kami selamatkan (nenek moyang kamu) ke alam bahtera (Nabi Nuh) yang bergerak laju itu.(11) Kerana Kami mahu menjadikannya sebagai satu pengajaran kepada kamu semua dan supaya diingati semuanya oleh setiap telinga yang insaf.(12) Tafsiran ayat- ayat 9-12: 18

Raja Firaun dan keturunannya mereka selama 4000 tahun itu telah mendapat perhatian Allah atas kezaliman mereka dan kekufuran mereka. Firaun yang di maksudkan dalam ayat ini ialah Firaun di zaman Musa as. Kumpulan kedua ialah kaum Lut yang telah Allah musnahkan negeri mereka dengan membalikkan bumi ketas mereka kerana telah melakukan KESALAHAN yang serius. (Ayat 9) Apakah kesalahan yang serius itu? Iaitu mereka; iaitu Firaun zaman Musa as dan kaum Luth telah menentang Rasul mereka dengan melakukan maksiat yang keterlaluan. Sesuai dengan kejahatan maksiat mereka, maka mereka di turunkan azab yang agak keras dan dasyat; Firaun zaman Musa as di pupuskan melalui ditenggelamkan dalam laut dan kaum Luth dibalikkan bumi ke atas mereka dan semuanya mati.(ayat 10) Satu kaum lagi yang disebut dalam ayat ke 11 ialah kaum Nabi Nuh as. Allah menggambarkan bagaimana diturunkan banjir besar yang melampau ke atas mereka, sehingga berlaku di seluruh dunia, dan kaum yang menentang Rasul nya itu telah dihapuskan kecuali Nuh dan keluarganya dan yang ikut dalam bahteranya.(ayat 11) Untuk apa semuanya ini ditonjolkan dalam surah ini? Supaya ianya menjadi ingatan kepada telinga- telinga yang mahu mendengar dan insaf. Iaitu ianya dapat menembusi hati- hati yang lalai dan keras, yang mendustakan Allah, Rasul Nya, dan ayat- ayat Nya agar mereka balik kepada Allah dan Rasul Nya. (ayat 12) Syed Qutub menjelaskan tujuan ayat 12 di atas katanya: Ayat ini menggerakkan hati yang beku, dan telinga yang tuli yang tidak percaya setelah sekian banyak diberi amaran dan ditunjukkan berbagai- bagai nasib dan kesudahan kaum- kaum yang derhaka dan setelah sekian banyak dikemukakan pengajaran- pengajaran dan dikurniakan berbagai nikmat Allah ke atas nenek moyang mereka yang lalai itu (ms226. terjemahan Tafsir Fi zilalil Quraan; Syed Qutub). Bersesuaian dengan ayat pertama surah ini, iaitu Hari Kiamat yang Pasti dan Wajib terjadi maka ayat- ayat seterusnya menjelaskan tentang pemandangan kebinasaan yang dasyat di hari Kiamat. 19

Mafhum nya: Apabila Sangkakala ditiupkan dengan sekali tiupan sahaja.(13) Maka diangkat bumi serta gunungnya lalu dihancurkan dengan sekali hentakkan dan leburlah kedua- duanya.(14) Maka pda hari itu dan saat itu berlakulah Kiamat.(15) Maka terbelahlah langit dan jadilah ia lemah dan reput.(16) Dan para malaikat- malaikat didapati mengawal di setiap penjurunya, dan pada hari itu Malaikat menjunjung Arash Allah, Tuhan Mu di atas mereka.(17). Tafsiran ayat 13-17: Permulaan hari Kiamat akan berlaku apabila berlaku tiupan sangkakala yang pertama oleh Israfil dan pada masa itu semua yang berada di bumi ini akan mati; Kata Ibnu Abbas. Inilah saja yang wajib kita percaya dan sewajarnya lah; kerana ianya dari perkara Ghaib maka kita tidak perlu ulasan yang lebih dari itu. Pemandangan kiamat pertama ialah di mana bumi ini secara keseluruhan dan gunung ganangnya serentak dicabut dan dihumbankan kembali dan serentak dengan itu maka bumi dan isinya itu akan lebur. Pemandangan ini akan meresapkan hati kita betapa kerdilnya kita semua di bawah takdir Allah pada hari Kiamat itu. Langit pula akan terbelah dua kerana pada hari itu semuanya dah rapuh serta lemah. Dalam kata lain, segala sistem yang mengikat alam ini akan tidak 20

berfungsi lagi yang menyebabkan segala- galanya menjadi kacau bilau dan pecah bertaburan. Pastinya bintang- bintang akan berguguran. Keadaan akan menjadi tenang kembali, dan kemudian muncul lah pemandangan ARASH Allah yang maha gagah itu; Para malaikat akan berada disegenap penjuru sedangkan Arash berada di atas mereka yang di junjung oleh lapan para malaikat khas. Inilah sahaja gambaran yang diberi oleh Allah pada kita. Kita seharusnya akan merasa kehebatan Allah dan akan khusyuk mempercayai kehadiran kiamat kerana ianya adalah sesuatu yang pasti terjadi dan menggerunkan. Mengapa kita harus gerun dengan pemandangan ini? Kerana pada hari itu kita akan menghadapi Allah. Setiap individu yang pernah dihidupkan akan melalui saat- saat ini, dan yang gerunnya ialah bagi mereka yang merasa tidak selamat kerana meninggalkan kerja- kerja amalan yang buruk mereka di dunia lalu, malah kufur dan menetang Allah dan menolak adanya hari kebangkitan Mafhum nya: Pada hari itu, kamu semua dihadapkan kepada Allah! Tidak ada sesuatu pun dari rahsia- rahsia kamu itu boleh disembunyikan.(18) Tafsiran ayat 18: Syed Qutub mencatitkan tafsiran dan pandangan beliau mengenai ayat ini: Pada hari Kiamat itu, segala- galanya terdedah, badan terdedah, jiwa terdedah, hati terdedah, amalan terdedah dan untung nasib terdedah, dan gugurlah segala tabir yang melindungi rahsia- rahsianya. Terbukalah segala tembelang yang selama ini ditabirkan hingga kepada dirinya sendiri. Alangkah malunya kepada khalayak yang ramai, segala rahsianya terbuka kepada Allah di setiap waktu. Manusia mungkin tidak menyedari hakikat ini dengan sesungguhnya kerana tertipu dengan tabir- tabir dunia. Kini barulah dia menyedari dengan 21

sempurna apabila dia terdedah pada hari Kiamat. Segala sesuatu kelihatan jelas dan tidak dapat disembunyi. Bagaimana dia dapat menyembunyikan dirinya di bawah ARASH Allah yang maha Kuasa itu khususnya dihadapan perhimpunan besar di Mahsyar itu? (Syeed Qutub ms.231, terjemahan oleh Yusuf Zaki: Tasir Fi Zilalil Quraan). Al Qurtubi menjelaskan bahawa ayat di atas memberitau kita yang Allah maha mengetahui segala sesuatu dari semua amalan- amalan yang pernah kita lakukan itu, walaupun ada amalan- amalan yang telah cuba disembunyi kan dan semua manusia tidak terkecuali adalah tidak terlepas dari dihisab atas semua amalan mereka. (al Qurtubi ms. 234; juz 18) Seterus dalam ayat- ayat 19-24, surah ini memperlihatkan pemandangan suasana bagi mereka mereka yang beriman pada Allah: Mafhum nya: Adapun orang- orang yang diserahkan dan menerima Kitab Amalnya dengan tangan kanannya, maka beliau akan berkata;(kepada sesiapa saja yang berada di sisinya, dengan penuh gembira) Nah! Bacalah Kitab Amal ku ini!. (19) Sesungguhnya aku sangka yang aku ini akan menghadapi hisab di atas semua amalanku.(20) (Maka dengan itu, tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan).(21) Di dalam syurga yang tinggi darjatnya.(22) 22

Di mana buah- buahannya terlalu dekat untuk dipetik.(23) Dipersilakan dan dikatakan padanya; makan dan minum lah kamu semua dengan sepuas- puasnya kerana amalan- amalan baik kamu yang telah kamu kerjakan pada hari- hari yang silam dulu di dunia!.(24) Tafsiran ayat- ayat 19-24: Ibnu Kathir mentafsirkan ayat 19 dengan katanya: Allah menggambarkan kepada kita tentang perihal orang yang menerima Kitab amalan Nya dengan tangan kanan; dan gembiranya dia sehingga dia meminta orang yang berada dekat dengannya itu membaca Kitab Amalnya itu. Ianya gambaran suka dan sejahtera dengan keadaannya itu. Abi Othman berkata; Seorang yang beriman itu akan diberi Kitab Amalnya dan diterimanya dengan tangan kanannya. Beliau akan membaca Kitab nya dan mendapati terdapat catitan keburukannya, dan mukanya bertukar menjadi pucat, dan apabila dia membaca semua kebaikan amalannya pula maka mukanya mula ceria semula. Kemudian dia cuba mengulangi nak melihat catitan amal jahatnya itu, tiba- tiba ianya bertukar menjadi catitan kebaikan. Pada masa itu dia terkejut dan berkata seperti firman Allah itu; gembira. (Nah! Bacalah Kitab Amalku ini! dengan penuh هھھھاو ؤمم ااقررا أوواا كتابيیة (ibnu Kathir,jild 4, ms 416) Begitulah dia telah terlepas dari sebarang tekanan pada masa itu dan di tempatkan dalam syurga Allah. Kata Syed Qutub: Pemandangan yang ditayangkan itu ialah pemandangan orang yang terselamat pada hari yang amat genting sekali itu, dia berjalan- jalan di tengah- tengah khalayak yang ramai itu dengan hati yang riang dan gembira dan berteriak; Nah! bacalah buku amalanku ini. Dia teringat bahawa dia tidak percaya dia akan selamat kerana dia telah menduga bahawa dia akan dihisab dan diperiksa dengan rapi. sesiapa yang dihisab dengan rapi itu akan diseksa sebagaimana diterangkan oleh sebuah Hadith yang diriwayat kan oleh Aisah; Sabda Rasulullah: 23

"منن نووقشش االحسابب عذذبب" فقلتت : "ا أليیسس يیقوولل الله تعالى "فا ما منن ا أو ؤتى كتابهھ بيیميینهھ فسووفف يیحاسبب حسابا يیسيیرراا وويینقلبب االى ا أهھھھلهھ مسرروورراا" فقالل: " اانما ذذلكك االعررضض ووليیسس ااحدد يیحاسبب يیوومم االقيیامة االا هھھھلكك " ا أخررجهھ االشيیخانن وواالتررميیذذىى ووا أبوو ددااوودد " Mafhum nya: Sabda Rasulullah; sesiapa yang dihisab dengan rapi akan di azab lalu aku bertanya kepada Rasulullah: bukankah Allah telah berfirman; maksudnya barang siapa yang diserahkan buku Catitan Amalnya dan menerima dengan tangan kanannya maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan sekali. Dan dia akan kembali kepada keluarganya di dalam syurga dengan riang dan gembira. Jawab Rasulullah: Itu hanya pembentangan sahaja kerana tiada seseorang pun yang dihisab pada hari kiamat dengan rapi itu melainkan dia akan binasa. Hadith ini dikeluarkan oleh Bukhari Muslim. Bagi memahami ayat di atas, telah disebut dalam Sohih Muslim dari hadith Ibnu Umar ketika beliau ditanya tentang bisikkan Allah kepada hamba Nya di hari Kiamat! Jawab Ibnu Umar; Aku mendengar dari Rasulullah; sabda baginda: Mafhum nya: "يیددنى الله االعبدد يیوومم االقيیامة, فيیقررررهه بذذنووبهھ كلهھا, حتى ااذذاا ررا أىى اانهھ قدد هھھھلكك, قالل الله تعالى"اانى ستررتهھا عليیكك فى االددنيیا وواانا ا أغفررهھھھا لكك االيیوومم", ثمم يیعططى كتابا حسناتهھ بيیميینهھ. ووا أما االكافرر وواالمنافقق فيیقوولل االاشهھادد : هھھھو ؤلاء االلذذيینن كذذبوواا على رربهھمم, ا ألا لعنة الله على االظظالميینن " Pada Hari Kiamat; Allah mendekatkan diri Nya kepada seseorang hamba Nya lalu hamba itu mengaku kepada Allah semua dosa- dosanya yang telah dia lakukan sehingga dia rasa yakin yang dia tetap akan diseksa dan dibinasakan: Tiba- tiba Allah berkata padanya sesungguhnya Aku telah lindungkan dosa- dosa kamu itu di dunia! Dan pada hari ini aku telah ampunkan semua dosa- dosa itu! Pada masa itu Allah menyerahkan kepadanya Buku Catitan Amalnya dan dia terus menerimanya dengan tangan kanannya. Adapun orang yang kafir dan orang yang munafik pula, mereka diumumkan oleh saksi- saksi mereka dengan berkata: mereka ini adalah orang- orang yang mendustakan Allah, Tuhan mereka! Ingatlah laknat Allah itu akan ditimpa keatas mereka yang zalim itu! Menurut riwayat daripada Abdullah bin Hanzolah katanya; Rasulullah bersabda: 24

اانن الله يیووقفف عبددهه يیوومم االقيیامة فيیبددىى : ا أىى يیظظهھرر سيیي اتهھ فى ظظهھرر صحيیفتهھ فيیقوولل لهھ " ا أنتت عملتت هھھھذذاا فيیقوولل نعمم! فيیقوولل الله :اانى لمم ا أفضحكك بهھ, وواانى قدد غفررتت لكك! فيیقوولل االعبدد عندد ذذلكك "هھھھاو ؤمم ااقررءوواا كتابيیة (اانى ظظننتت ا أنى ملاقق حسابيیة) حيینن نجا منن فضيیحتهھ يیوومم االقيیامة. Mafhum nya: Sesungguhnya Allah menyuruh hambanya berdiri pada hari Kiamat lalu ditunjukkan kepadanya kejahatan- kejahatan yang tercatit dalam Buku Catitan Amalnya; kemudian Allah bertanya kepadanya; betulkah engkau telah melakukan amalan ini? Jawabnya Ya, aku telah lakukannya! Lalu Allah berfirman kepadanya; Aku tidak akan mendedahkannya pada umum, sesungguhnya Aku telah kurniakan pengampuan kepada kamu pada hari ini. maka pada ketika itu hamba tersebut pun berteriak dengan berkata kepada mereka- mereka yang berada di sisinya; Nah! Bacalah buku Catitan Amalku ini! sesungguhnya aku menyangka bahawa aku akan menghadapi semua hisab amalan- amalan ku itu!. Begitulah gelagatnya orang yang telah menerima buku catitan amalnya dengan tangan kanan; Bagaimanakah mereka diperlakukan? Pertama: mereka ditetapkan berada dalam kehidupan yang senang lenang(ayat 21). Kedua: mereka berada dalam Syurga yang tinggi kemuliaannya (ayat 22). Ketiga: mereka akan menerima nikmat- nikmat luarbiasa dari dalam syurga; misalnya boleh memetik buah- buahan yang lazat dari jarak dekat dan selesa untuk dinikmati (ayat 23). Keempat: mereka akan dipersilakan memakan dan minum dengan sepuas- puas hati mereka segala nikmat yang telah disediakan untuk mereka di syurga itu.(ayat 24) Inilah balasan terbaik yang diberi kepada mereka- mereka yang telah membawa amal- amal baik yang telah mereka kerjakan pada hari- hari yang silam dulu di dunia. Mengenai memasuki syurga Allah, adakah ianya kerana amalan kita atau sebenarnya kerana rahmat dari Allah? Dicatit dalam Sohih Bukhari, yang Rasulullah pernah bersabda: "ااعملوواا ووسددددوواا ووقارربوواا ووااعلموواا ا أنن ا أحدداا منكمم لنن يیددخلهھ عملهھ االجنة" فالوواا : وولا ا أنتت يیا ررسوولل الله قالل: "وولا اانا! االا ا أنن يیتعمددنى الله بررحمة منهھ ووفضلا" 25

Mafhum nya: Bersungguh- sungguhlah beramal, berikhtiar dan mendekatkan diri kamu dengan Allah; Ketahuilah bahawa seseorang dari kamu itu tidak sekali- kali akan memasuki syurga dengan amalnya sahaja Tanya para sahabat; Adakah ini termasuk dirimu juga, Yaa Rasulullah? Jawab Rasulullah; Ya termasuk diri ku, kecualilah dipersetujui oleh Allah dengan RAHMAT Nya dan kemuliaan Nya. Bagaimana pula nasib yang menimpa orang- orang yang diberi dan menerima buku catitan amal mereka dengan tangan kiri? Mafhum nya: Dan adapun orang yang diserahkan Kitab Amalnya dan dia menerimanya dengan tangan kiri, dilihat penuh kekecewaan dan berkata; alangkah baiknya JIKA aku tidak diserahkan kepadaku Kitab amalku ini!.(25) dan aku tidak tahu bagaimana bakal hisab ke atas ku ini!.(26) Alangkah baiknya KALAU kematianku dulu di dunia, telah menjadi kematian yang pemutus (tamat yang tidak berbangkit lagi!).(27) harta- hartaku tidak lagi berguna kepada ku!.(28) dan kuasaku telah hilang lenyap dariku.(29) Tafsiran ayat- ayat 25-29: Bagi orang- orang yang celaka, Kitab Amalnya diserah dan diterima dengan tangan kirinya. Simbolik dari penyerahan dan penerimaan dengan tangan kiri ini ialah dia adalah dari penghuni neraka. 26

Mereka yang sedih itu terus merintih dan terkeluarlah dari mulutnya rasa sesalan yang tidak berkesudahan, Pemandangan yang sayu dirangkapkan dengan kesedihan maka terkeluarlah rasa penyesalan dengan kata- kata berikut: lebih baik jika aku tidak diserahkan Kitab amalanku ini supaya aku tak tahu akan hisabnya Harapan aku ialah kiamat yang berlaku itu sebagai penamat riwayat hidup ku buat selama- lamanya dan tidak lagi dibangkitkan kembali. Harta kekayaan yang aku sayangi selama ini yang aku kumpulkan di dunia itu tidak lagi berguna padaku Rupa- rupanya kekuasaanku di atas dunia dulu telah hilang dan lenyap dari ku. Tidak ada apa- apa lagi yang tinggal pada aku sekarang ini. Inilah sebahagian dari kesan keadaan yang begitu mendalam menyarankan penyesalan dan kehampaan. Apa yang boleh dirungkai oleh kekesalan ini? Dosa dan kerosakan telah pun dilakukan; sebarang sesalan tidak lagi berguna! Belum pun sesalan dan rintihan itu menenangkan fikirannya, maka datang arahan dari Allah ke atasnya supaya, arahan ini dari Allah yan bersifat tegas dan akan dilaksanakan oleh para Malaikat penjaga Neraka itu. Firman Allah: Mafhum nya: Tangkap dan belenggukan dia.(30) Kemudian masukkan dia ke dalam neraka.(31) Kemudian tambatkan dia dengan rantai sepanjang tujuh puluh hasta.(32) 27

Tafsiran ayat- ayat 30-32: Syed Qutub mentafsirkan ayat di atas dengan berkata: Alangkah dasyatnya, Alangkah ngerinya dan alangkah hebatnya! Tangkap dia! Sebaik sahaja perintah ini keluar dari Allah yang maha kuasa maka para malaikat yang bertugas dengan segera tampil dari segenap penjuru; sebagaimana kata Abu Hatim dari Al Minhal ibnu Amru Apabila Allah mengarahkan; tangkap dia! Maka 70 para malaikat dengan segera menyahut perintah itu. Setiap malaikat akan melontar 70 ribu orang ke dalam neraka; maka arahan kedua ialah, campakkan dia ke dalam neraka maka setiap malaikat mencampak sebanyak 70 ribu orang sekaligus. Perintah yang berbunyi belenggukan dia dengan rantai sepanjang tujuh puluh hasta bererti orang itu dirantai dan dihumbankan ke dalam neraka. Sebenarnya satu hasta rantai itu sudah cukup untuk orang itu terikat; tetapi menampilkan balaghah, untuk mengambarkan seksaan yang begitu ngeri maka perkataan tujuh puluh digunakan. Apa pun, kita akan merasa ngeri dan takut dengan janji- janji Allah itu; agar kita berwaspada tidak mati dengan kufur pada Allah kerana seksaannya sangat mengerikan. (Syed Qutub; Fizilalil Quraan ms 3682. Juz 6) Allah seterusnya memberi 2 sebab- sebab besar mengapa orang yang kufur ini diperlakukan demikian: Fairman Allah: Mafhum nya: Kerana sesungguhnya dia tidak beriman dengan Allah yang Maha Agong itu.(33) Dan dia tidak menggalakkan orang lain untuk memberi makan kepada orang- orang miskin.(34) 28

Tafsiran ayat- ayat 33-34: Ayat 33 lebih bererti kepada orang yang hatinya kosong dari iman pada Allah dan ayat 34 lebih kepada hatinya juga tidak mempunyai rahmat dan kasihan pada sesama manusia, lebih- lebih lagi yang miskin. Jika hati seseorang itu kosong dari beriman pada Allah, dan kosong pula dengan rasa kemanusiaan dan rahmat pada hamba- hamba Allah yang lain maka selayaknya dia sesuai sekali mendapat azab seperti di atas. Mengapa 2 sebab- sebab ini dicatitkan di sini untuk menjelaskan kenapa orang- orang yang diseksa itu menerima balasan mereka: Pertama: Hati yang kosong dengan Iman Iaitu hati yang mati; hati yang cacat- cedera dan hati yang tiada sinaran Nur Allah dan ianya tidak kurang dari binatang dan tidak sampai kepadanya sifat seorang manusia. Entah apalah dia? Semua hamba Allah secara fitrah nya cuba berhubung dengan Tuhan nya, beriman dengan Tuhan Nya, bertasbih memuji dan memuja Tuhan Nya; kerana Tuhan itulah yang telah mencipta nya. Memutuskan hubungan dengan Allah, menjadikan dia tidak beriman; maka dia terlepas dari menghayati keagungan Penciptanya. Kedua: Hati Yang Kosong dari Kemanusiaan dan Rahmat pada hamba- hamba Allah Orang miskin adalah contoh orang yang berhajat pada rahmat dan bantuan dari hati yang pemurah. Manusia yang tidak mempunyai perasaan kemanusiaan ini, tidak berminat untuk membantu yang miskin itu; apa lagi untuk memberi makan pada mereka, malah menghalang orang lain dari memberi makan pada si miskin ini. Kesimpulannya, Hati yang kosong dari keimanan pada Allah dan kosong dari rahmat dan sifat kasihan pada hamba Allah adalah hati yang tidak layak mendapat rahmat dari Allah. Apakah yang layak untuknya? 29

Mafhum nya: Maka pada hari itu, tidak ada baginya seorang sahabat pun yang boleh menolongnya.(35) dan tidak ada sebarang makanan untuknya selain daripada air danur.(36) yang menjadi makanan kepada orang yang bersalah.(37) Tafsiran ayat- ayat 35-37: Ayat di atas menggambarkan balasan keatas orang- orang yang kufur tidak beriman dan tiada kemanusiaan padanya, serta terang- terang melanggar had- had penentuan Allah. Mereka akan keseorangan dan kesunyian secara bersendirian pada hari Akhirat itu, menghadapi seksaan yang telah ditetap atas mereka. Tiada kawan yang boleh menolong, atau keluarga yang membantu. Makanan yang hanya ada adalah air- air dari aliran kudis- kudis dan air luka penghuni neraka, yang busuk dan menjijikkan itu. Dan air nanah, air bisa dan mungkin cebisan- cebisan daging manusia yang berbaki dalam neraka itu sahaja yang ada sebagai makanan pada mereka. Memang inilah makanan yang telah diperuntukkan kepada mereka yang menjadi penghuni neraka ini dari kalangan pembuat dosa yang tidak beriman dengan Allah dan tiada rahmat dan kemanusiaan pada orang memerlukan. Menginsafi keadaan yang bakal ditempuh oleh manusia yang kufur pada Allah, pelaku maksiat yang tidak berhati perut, maka Allah bersumpah dengan makhluk dicipta Nya, yang menggambarkan kesempurnaan nama dan sifat Nya, samada yang Nampak dan tidak Nampak, bahawa satu cara untuk mencari kebenaran ialah melalui al Quraan. 30

Mafhum nya: Aku bersumpah: Demi segala segala ciptaan Ku yang nyata yang kamu boleh melihatnya.(38) dan demi segala cipataan Ku yang tidak boleh dilihat.(39) bahawa sesungguhnya al Quran itu adalah dari perkataan Rasulullah yang mulia.(40) dan bukanlah al Quraan itu dari perkatan seorang penyair! Sayangnya sedikit sekali dari kamu yang beriman dengannya.(41) dan juga BUKAN dari perkatan seorang pawang! Amat sedikit sekali yang kamu ambil pengajaran darinya.(42) Al Quraan itu sudah tentunya diturunkan dari Allah, Tuhan Pemelihara seluruh alam.(43) Tafsiran ayat- ayat 38-43: Ayat- ayat 38 dan 39 menjelaskan bahawa Allah telah bersumpah dengan makhluk kejadian Nya yang mempersembahkan kesempurnaan sifat dan nama Nya; samada ciptaannya itu yang boleh dilihat dengan mata kepala kita atau ciptaan- ciptaan Nya yang kita tidak berupaya melihat dengan mata kepala kita, tetapi wujud. Sumpah ini memperkasakan bahawa AL Quraan itu adalah Kitab Allah yang di baca oleh Jibril as dan dibaca oleh Rasulullah saw sebagai penyampai kepada yang lain. Al Quraan itu adalah kalam Allah, wahyu Nya yang diturunkan ke atas hamba Nya dan Rasul Nya yang Dia pilih untuk menyampaikan risalah dan 31

menyampaikan amanah Nya kepada makhluk manusia Nya. Rasul Yang mulia yang dipilih Nya untuk tugas ini ialah Muhammad saw. Al Quraan bukanlah dari pekataan dan karangan seorang penyair, dan juga bukan ianya keluar dari mulut seorang pawang yang menggunakan jin dan syaitan untuk cakapannya. Sebuah Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad, yang diceritakan oleh Abu Mughairah, dari Safuan dari Suraih bin Abid yang berkata; bahawa Umar bin AlKhattab berkata: Pada satu hari, sebelum aku memeluk Islam aku bertujuan bertembung dengan Rasulullah, dan aku dapati baginda mendahului ku ke Masjid. Aku pun ikut dekat dibelakang baginda, Baginda membaca surah al Haaqqah dan aku terasa terpengaruh dengan ayat- ayatnya; Aku pun berkata demi Allah, ayat- ayat ini adalah satu syair! Sebagaimana yang diucapkan oleh orang Quraish. Kata Umar lagi apabila Rasulullah membaca: maka aku berkata: Ini mungkin cakapan dari seorang pawang! Kemudian Rasulullah membaca: sehingga akhir surah, maka di situ lagi telah terdetik hatiku kepada Islam Inilah di antara beberapa sebab yang telah Allah memberi kesan kepada Umar dan memberi hidayah kepadanya untuk menerima Islam. (Ibnu Kathir ms 418 Jilid 4). Syed Qutub pula menjelaskan bahawa 2 ayat 38 dan 39 di atas mempamerkan kepada kita bahawa kita harus berfikir di luar kotak yang selalu kita buat kerana ada lagi di luar kotak yang harus diberi perhatian. Ciptaan Allah terdiri daripada apa yang boleh kita Nampak dan apa yang kita tak boleh Nampak. Sesungguhnya orang- orang yang malang adalah mereka 32

yang hanya melihat sesuatu dalam lingkungan batas- batas kejadian yang dapat dilihat oleh mata kita. Fikiran mereka tidak mencakupi perkara- perkara ghaib, tidak pula tersinar dengan nur hidayah dan hubungan akrab dengan Allah melalui kesedaran dan iman. Kata Syed Qutub, golongan yang memencilkan al Quraan, dan menganggap al Quraan itu sebagai satu syair atau ianya dibuat dengan pertolongan jin yang dapat menyedapkan tatabahasa yang boleh mempengaruhi telinga yang mendengar. Keraguan begini mesti dihapuskan dan telitilah ajaran dari al Quraan itu sendiri. Al Quraan mempersembahkan dasar- dasar dan perincian berdasarkan sumber Ilahi. Manusia tidak berupaya mencipta al Quraan. Al Quraan membawa satu kefahaman yang unik yang mempunyai ciri- ciri istimewa yang membezakannya degan dengan kefahaman mansuia. (Syed Qutub ms. 252; Terjemahan Fi Zilalil Quraan Juz Tabarak) Ayat- ayat 44-47 pula menekankan betapa al Quraan itu tidak di ada- adakan oleh Rasulullah, dan tidak juga baginda mereka- reka setengah- setengah perkataannya atas nama Allah demi kepentingan baginda. Rasulullah tidak berbuat demikian, baginda adalah seorang amanah dan berkebajikan, dan Allah mengikrarkan tentang apa yang hendak disampaikan oleh baginda dalam risalahnya sebagai Rasul dan Allah juga telah membekal kan baginda dengan mukjizat dan dalil yang kukuh untuk memastikan yang baginda melakukan dakwah dengan ikhlasnya dan tidak menambah apa jua perkataan dalam al Quraan demi kepentingan diri baginda. Apa yang diturunkan oleh Allah itulah yang dibaca oleh Rasulullah sebagai dakwah baginda. Ayat- ayat di atas menegaskan; ANDAI- kata Rasulullah sendiri mereka- reka perkataan perkatan al Quraan itu maka apakah yang sepatutnya dikenakan oleh Allah ke atas baginda?. 33

Mafhum nya: Dan andai kata (Nabi Muhammad iaitu Nabi yang menyampaikan al Quraan itu) mereka- rekakan setengah- setengah perkataannya atas nama Kami (Allah); (secara dusta).(44) Nescaya Kami akan menyentap (lehernya atau jantungnya) dengan kekuasaan Kami.(45) Kemudian Kami akan putuskan saluran Jantungnya.(46) Maka tidak ada seorang pun yang di antara kamu yang dapat menolong menghalang tindakan Kami itu dari menimpanya.(47) Tafsiran ayat- ayat 44-47: 4 ayat- ayat di atas, dari segi pengertiannya, ianya adalah amaran yang menakutkan dari Allah kepada sesiapa sahaja yang mereka- reka sesetengah ayat- ayat al Quraan, demi kepentingan dirinya, dengan mengatakan ianya dari Allah; sedangkan ianya satu pendustaan, khususnya dalam perkara- perkara akidah. Tidak ada tolak ansur dalam masalah akidah dan tauhid dan tidak ada kompromi terhadap penyeleweng akidah. Amaran menyentap leher penyeleweng akidah dan pendusta al Quraan adalah amaran yang keras, dan bukan direntap sahaja tetapi akan di putuskan urat jantungnya atas kemurkaan Allah yang tersangat pada manusia jenis ini. Pada masa yang sama, Allah mengikrarkan yang Rasulullah beramanah dalam dakwah dan tidak berbuat sesuatu rekaan di setengah- setengah ayat al Quraan itu atas kepentingan peribadi baginda. Beliau menyampaikan apa yang telah diturunkan Allah kepada manusia semua, buktinya; Allah tidak mengapa- apakan baginda dalam dakwahnya seperti mana dijelaskan oleh ayat ini. 34

Kecenderungan ayat di atas sebagai ugutan kepada penyeleweng agama Allah adalah memberi peringatan kepada semua di sepanjang zaman agar menjauhkan dari penyelewengan akidah dan mendusta al Quraan; Itulah sebabnya Allah menjelaskan semua ugutan dan amaran di atas adalah sebagai PERINGATAN kepada orang yang beriman dan yang bertaqwa. Firman Allah: Mafhum nya: Sesungguhnya al Quraan itu adalah peringatan kepada orang yang bertaqwa. (48) Tafsiran ayat 48: Iaitu al Quraan yang tidak tokok tambah ke atasnya itu adalah Kitab yang akan menyegarkan hati- hati yang tunduk patuh pada Allah; segala hakikat yang dibawanya adalah sesuatu yang terus dari Allah yang akan terus menyerap dan menceriakan hidup yang penuh dengan panduannya selagi ianya dibaca dan diteliti ayat- ayatnya dengan maksud yang betul. Kepada yang bertaqwa dia akan mendapat faedah dari al Quraan ini; iaitu hidup yang ceria, Nur yang melimpah ke atasnya, kemakrifatannya pada Allah akan lebih terserlah dan ingatan yang berterusan dengan Allah; yang semuanya ini akan memastikan ianya tidak menjadi orang yang lalai. Kepada orang tidak bertaqwa pula, hati- hati mereka tersumbat dengan gejala kelalaian dan tidak akan terbuka atau teruja dengan al Quraan ini. al Quraan tidak memberi apa- apa erti kepadanya. Siapakah yang tidak mendapat hidayah dari al Quraan ini? Mereka ialah terdiri dari orang yang mendusta al Quraan, dan yang kufur pada Allah; Firman Allah: 35

Mafhum nya: Dan sesungguhnya Kami benar- benar mengetahui bahawa sebahagian dari kamu yang mendustakannya.(49) Dan sesungguhnya al Quraan itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang- orang yang kufur pada Allah.(50) Tafsiran ayat 49-50: Ibnu Kathir mentafsirkan ayat 49 ini sebagai: Walaupun telah dijelaskan dengan hujjah- hujjah yang ketara ini, namun masih terdapat orang- orang yang masih mendustakan al Quraan (ibnu Kathir ms. 418; Juz 6). Pendustaan kepada al Quraan bererti membawa orangnya kepada kekufuran; kufur pada Allah, dan Rasul Nya dan menolak akidah Islam seadanya. Jadi pada hari akhirat sewaktu segala amalan dihisabkan, ternyata di muka orang kufur ini satu PENYESALAN yang tidak kehabisan. Syed Qutub mentafsirkan kedua ayat ini sebagai: Oleh kerana al Quraan telah berjaya mengangkat darjat orang- orang yang beriman dan secara tak langsung menjatuhkan darjat pendusta al Quraan atas alasan al Quraan telah berjaya menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan yang dipegang oleh orang- orang yang kafir itu. Disamping itu al Quraan juga menjadi Hujjah kepada mereka- mereka yang menentang Allah dan Rasul Nya di akhirat kelak. Pada hari itu mereka akan dikenakan azab dan wajah mereka menunjukkan kekesalan yang berterusan kerana menolak al Quraan. (Syed Qutub; Terjemahan, Fi zilalil Quraan ms 265 Juz Tabarak). Jadi; kita hendaklah mendekati, memahami, berpegang dan beramal mengikut al Quraan kerana kesuciannya dan tiada yang batil di dalamnya; Firman Allah: 36

Mafhum nya: Dan sesungguhnya al Quraan itu adalah KEBENARAN yang diyakini.(51) Tafsiran ayat 51: Walaupun al Quraan diperlekeh oleh pendustanya dan yang kufur pada Allah; ianya bukan semata- mata keyakinan, tetapi ianya adalah satu KEBENARAN dalam keyakinan itu. Haqqulyaqin memberi erti bahawa al Quraan itu amat mendalam dari segi kebenarannya dan juga mendalam dari segi keyakinannya. Iaitu kebenaran yang tulin di mana setiap ayatnya membuktikan bahawa sumbernya ialah kebenaran yang jati dari Allah sendiri. Al Quraan bukan satu rekaan tukang syair atau sihir dari pawang- pawang yang syirik. Ianya diturunkan dari Allah penjaga alam semesta dan merupakan peringatan dan pengajaran kepada orang yang bertaqwa Jesteru itu ianya adalah kebenaran dan keyakinan yang mutlak. (ibid; ms 266) Setelah menghayati penegasan Allah mengenai al Quraan; yang sebenarnya mengariskan makna kekuasaan Allah dan Kebesaran Nya, maka sayugialah kita bertasbih pada Allah. Firman Allah: Mafhum nya: Maka bertasbihlah kamu dengan menyebut nama Allah yang maha agong.(52) Tafsiran ayat 52: 37

Inilah ungkapan untuk Rasulullah, iaitu mengucapkan tasbih kepada Allah dengan cara menyebut nama- nama Allah yang Maha Agong, dengan tujuan menyucikan Nya dari segala tuduhan tidak berasas itu, menolak adanya rekaan ke atas al Quraan, meredhai Allah yang menurunkan al Quraan itu serta bersyukur atas apa yang diturunkan itu. Bukan sahaja Rasulullah untuk bertasbih tersebut, tetapi meliputi semua yang bertaqwa yang melalui pengertian surah ini yang menjelaskan dengan terperinci segala konsep akidah yang mesti diresapkan ke dalam hati kita. Hadith riwayat dari Syedina Umar yang berkata; mafhum nya: sewaktu aku keluar mengikut belakang Rasulullah, dan aku mendapati baginda mendahului aku ke masjid. Sewaktu itu aku masih bukan islam lagi. Aku duduk berdekatan dengan baginda dan aku mula berbahas dengannya. Baginda terus membaca surah al Haaqqah; Bila aku mendengar bacaan ayat- ayat surah itu, terdetik di hati aku untuk berkata yang semuanya ini adalah sihir sebagaimana dakwaan orang- orang quraish. Sehinggalah ayat itu berakhir pada perkataan: Mafhum nya: (Sesungguhnya al Quraan itu adalah perkataan Rasul yang mulia; dan ia bukannya madah seorang penyair, amat sedikit kamu beriman dengannya; dan bukan pula perkataan dari pawang; amat sedikit kamu mengambil pengajaran darinya; ia diturunkan dari Tuhan yang memelihara semesta alam ini) Dengan ayat ini, ianya telah mengusik hati aku sehingga baginda membaca ke akhir surah maka aku terasa Allah telah memasukkan islam kedalam hati ku. (Imam Ismail Haqqi ar Rusawi; Tafsir Ruhul bayan ms. 153 juz 10) Penjelasan ini mendedahkan betapa akidah dan iman telah meresap ke ووالله ا أعلمم ini. dalam hati Sydina Umar degan mendengar ayat surah 38