TERJEMAHAN SURAH. Mereka mendustakannya dan terus mengikut hawa nafsu mereka(sedarlah) dan sesuatu perkara itu adalah mengikut ketentuan nya.

dokumen-dokumen yang mirip
Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

PENGAMBILAN IKTIBAR UMUM AYAT

Mulia Quran Terjemahan Bahasa Indonesia. Surah Qamar

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.5 Nabi Shalih AS.

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.4 Nabi Hud AS.

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.8 Nabi Syu aib AS.

Bahagian Ketiga: Tafsiran Ayat-ayat 32-44

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.6 Nabi Ibrahim AS., Nabi Ismail AS., Nabi Luth AS., dan Nabi Ishaq AS.

2

Bahagian Keempat: Tafsiran Ayat-ayat 45-59

MUKMIN SEBENAR Pada satu ketika, seorang pemuda telah masuk ke dalam

> GsGcZGÈH õ IäI HÍIN G Hœ G IáƒH"S šoz IYP G =œg} MãI GßMÃG¾G SÖHºRœ UëH Gy

SURAH ADZ-DZARIYAAT 1

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Inspirasi Dua Wanita Paling Mulia dalam Sejarah Manusia

Disebarluaskan melalui: website: Maret, TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

TERJEMAHAN SURAH NUH

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

Sikap Yahudi di dalam Al-Qur an

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

Kisah Kaum 'Aad. Khutbah Pertama:

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

SURAH AL-MUDDATHIR 1

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

Allah Al-Ghalib (Maha Menang) dan An-Nashir (Maha Penolong)

Disebarluaskan melalui: Maktabah Raudhah Al-Muhibbin

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

2

MENDIDIK ANAK DENGAN NASEHAT. Muzdalifah M Rahman* 1

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.1 Nabi Adam AS.

Kedudukan Tauhid Bagi Seorang Muslim

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat), dan terbelahlah bulan.

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF

Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, menurut para ulama - terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

Bahagian Kelima: Tafsiran Ayat-ayat 60-82

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

PELAJARAN DARI Q.S 9 AT TAUBAH AYAT 2

BAHAYA PERILAKU TAQLID MENURUT AL-QUR AN

Kuliah Minggu Keempat 1.3 Sejarah Sains dan Teknologi Islam

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Takwa dan Keutamaannya

Tuduhan Bahwa Berpegang Terhadap Agama Penyebab Kemunduran Kaum Muslimin

Himpunan Doa Didalam Al Quran

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

Pertanyaan Nabi (1) : Hai Iblis! Siapakah musuh besarmu?

Seri Iman Kristen (3/10)

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

BAB 7: NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Disebarluaskan melalui: Website: November, TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

Mensyukuri Nikmat Musim Hujan


LALUAN KEHIDUPAN

GsHeM I' õ IäI = HÝI PéƒFGy GßMÃGšIý PQçGŠÂHñ G G M G = HsIe G GßR¾G G¾G > KßG¾G ôhäg G GY Péƒ MyG} K ÀG IäMÃG¾G GuĪ MœH} PéêMÂGš CZÂHšÂHºGñwG}

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

BANJIR NABI NUH (Bagian-1) Ust. Drs. M. Soleh, M.Pd

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Kitab (Al-qur an) ini tidak ada keraguan di dalamnya, (sebagai) petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa (Q.S. Al-Baqarah : 2) ABSTRAK

Mengusir Asap? Allah Yang Meniupkan Angin dan Menurunkan Hujan

TAFSIRAN AYAT 17 JADI, SIAPAKAH YANG BOLEH MENERIMA AL-QUR AN DAN BERIMAN DENGAN RASULULLAH?

GãMñ I RšZ GlZG ƒi' (6) GâƒMÃIºƒG M±H MšZ GlQ IN³š GœI M OZ

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

lagi. Allah tidak akan mengampuni pelakunya dan Allah pasti akan

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

TAWASSUL. Penulis: Al-Ustadz Muhammad As-Sewed

Disebarluaskan melalui: website: Desember, TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

AGAMA ISLAM TENTANG AKIDAH ISLAM. Oleh : Agus Pernadi Harahap SEKOLAH TINGGI TEHKNIK HARAPAN MEDAN 2013

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

Persiapan Menuju Hari Akhir

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih


Fadhilat Berbaik Sangka

2

SINOPSIS SURAH AL-KAHFI

SURAH AL- MURSALAAT 1

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

Begitu Singkatnya Umur Manusia

Tafsir Surah Al Nasr. Muhammad Haniff Hassan. /

Berpegang Teguh dengan Alquran dan Sunnah

BAB IV ANALISIS RISIKO KUFUR NIKMAT

LAMPIRAN A: Surat Kebenaran Melakukan Penyelidikan

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

ILMUIMAN.NET: Terjemahan Quraan (Draft, Untuk Pribadi)

Kedudukan Tauhid Dalam Kehidupan Seorang Muslim

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Transkripsi:

1 SURAH AL QAMAR

2

3

4

TERJEMAHAN SURAH Saat kedatangan Kiamat telah hampir dan telah berlaku pembelahan bulan (sebagai tandanya).(1) Dan jika mereka telah menyaksikan sesuatu mukjizat, lantas mereka berpaling dan mendusta serta berkata ini adalah sihir yang terus berfungsi.(2) Mereka mendustakannya dan terus mengikut hawa nafsu mereka(sedarlah) dan sesuatu perkara itu adalah mengikut ketentuan nya.(3) Dan sesungguhnya, telah mereka ketahui tentang peristiwa- peristiwa lalu dan sepatutnya boleh menginsafkan mereka.(4) Ianya sebagai satu hikmat besar yang tersempurna (malang nya) semua amaran dan peringatan itu tidak memberi kesan pun pada mereka.(5) 5

Maka (nasihat Kami pada mu, wahai Muhammad), pedulikan lah mereka itu; Ingat lah (nasib mereka) di hari mereka diseru oleh para malaikat akan perkara yang mereka tidak suka.(6) Keadaan mereka pada hari itu, kelihatan tunduk hina, mata memandang ke bawah sedangkan masa itu mereka baru keluar dari lubang- lubang kubur tak ubah seperti belalang yang berselerak.(7) Mereka bergegas kepada para malaikat itu; Kata- kata dari pendusta kafir itu ialah Hari ini adalah hari yang paling sukar!.(8) Kaum Nabi Noh, sebelum mereka, juga telah mendustakan Rasul utusan Kami itu dan membuat fitnah menuduh beliau sebagai gila dan mengancam beliau.(9) Maka, beliau (nabi Noh) telah mendoa pada Allah, Tuhan nya, dengan kata- kata; Sesungguhnya aku telah dikalahkan maka bantu lah aku supaya aku menang.(10) (Doa Nabi Noh diterima) Maka Allah telah mencurahkan air hujan dari pintu- pintu langit yang dibukakan.(11) 6

(pada masa yang sama) dipancarkan naik air dari lubang mata air- mata air atas bumi; berlakulah pertembungan dua air- air ini demi untuk satu kepastian yang telah ditetapkan ( iaitu banjir besar).(12) Dan Kami letakkan nya (Nabi Noh) ke atas (bahtera) yang diperbuat dengan kepingan papan dan paku.(13) Bergerak melayari (lautan air) di bawah pemantauan Kami; ianya sebagai balasan kepada yang telah kufur engkar.(14) Dan sesungguhnya, Kami merakam peristiwa bahtera ini sebagai satu peringatan pengajaran sepatutnya ianya menginsafkan dan diingati.(15) Maka bagaimana azab Ku dan peringatan Ku; pasti ianya sangat sakit!.(16) Dan sesungguhnya, Kami telah memperlengkapkan dan memudahkan al Quraan itu (untuk peringatan dan amaran) sepatutnya ia diambil peringatan dan pengajaran daripadanya!.(17) 7

(satu lagi pengajaran dari) Kaum A ad (yang juga telah dimusnahkan) maka bagaimana azabku dan kesan peringatanku; pastinya ianya sangat menyakitkan?.(18) Sesungguhnya Kami telah menurunkan atas mereka angin taufan yang mengganas di hari kesengsaraan yang terus menerus.(19) Manusia pada masa itu gugur bergelimpangan tak ubah seperti batang- batang pokok kurma yang terbungkas.(20) Maka bagaimana azabku dan peringatan- peringtan Ku; pastinya sangat menyakitkan?.(21) Dan sesungguhnya, Kami telah memperlengkapkan dan memudahkan al Quraan itu (untuk peringatan dan amaran) sepatutnya ia diambil peringatan dan pengajaran daripada nya!.(22) (Satu lagi pengajaran dari) Kaum Thamud yang telah mendustakan amaran dan peringatan (Kami).(23) 8

Kata- kata mereka ialah: Patutkah kami semua hendak menurut (ajaran dan dakwah) dari manusia yang sebangsa dengan kami? Kalau kami mengikuti mereka kami adalah orang sesat dan gila!.(24) Patutkah di turunkan Wahyu Peringatan kepadanya (sedangkan ada orang yang lebih layak darinya) dari kalangan kita! Pada pendapat kami, dia tu seorang pendusta yang jahat.(25) Tunggu lah! Kamu akan mengetahui kemudian nanti, siapakah sebenarnya Pendusta Yang Jahat itu!.(26) (dalam Peristiwa Thamud itu) Kami telah menghantar saekor unta betina (kepada kaum Thamud itu), ianya adalah satu fitnah dan ujian atas mereka. Kami telah menasihati (rasul Kami) supaya tunggu reaksi (kaumnya) dan bersabar (melihat apa yang akan mereka lakukan atasnya).(27) (di samping itu Kami) telah memberi ingatan pada (kaum) itu, bahawa telaga yang menjadi sumber air pada mereka itu hendak lah dikongsi bersama dengan unta itu, pengambilan air itu mengikut giliran hari (yang ditetap kan).(28) 9

(semuanya ini membosankan kaum Thamud itu) maka mereka menawarkan pada kawan mereka ( untuk membunuh unta itu) dan mereka berusaha terus menerus sehingga terbunuh (unta itu).(29) Maka bagaimana azabku dan peringatan- peringatan Ku; pastinya sangat menyakitkan?.(30) (perhatikan lah azab ini) Kami turunkan atas mereka suara pekikkan yang kuat sekali dan menjadikan mereka hancur bagaikan ranting- ranting dan daun- daun kering yang pecah hancur dan mereput!.(31) Dan sesungguhnya, Kami telah memperlengkapkan dan memudahkan al Quraan itu (untuk peringatan dan amaran); sepatutnya ia diambil peringatan dan pengajaran daripada nya!.(32) (Satu lagi pengajaran dan peringatan dari) Kaum Luth yang telah mendustakan semua amaran dan peringatan.(33) (bagaimana mereka dipupuskan!) sesungguh Kami telah menurunkan ke atas mereka angin ribut yang ganas dan menghujani mereka dengan batu; (semua 10

nya terkena seksaan ini) kecuali keluarga Nabi Luth. Kami telah melepaskan mereka pada waktu sahur.(34) Ianya adalah limpah nikmat kurniaan dari Kami; begitu lah tersuratnya pahala yang Kami anugerahkan kepada mereka yang bersyukur.(35) Dan sesungguhnya; Amaran telah Kami berikan pada mereka, tentang peritnya seksaan itu namun mereka lagi dengan sekerasnya mendustakan amaran dan peingatan itu.(36) Dan mereka telah memujuknya (Nabi Luth) berkaitan tetamu (yang menghuni dirumah nya; yang diminta supaya diserahkan pada mereka) Kami telah membutakan mata- mata mereka maka rasalah kamu semua dengan azabku dan kesan dari amaran ku itu!.(37) Dan sesungguhnya, pada subuh keesokkan harinya mereka telah ditimpakan dengan azab yang berterusan dan mampat.(38) Maka rasalah azabku ini dan kesan- kesan amaran dan peringatan Ku!.(39) 11

Dan sesungguhnya, Kami telah memperlengkapkan dan memudahkan al Quraan itu (untuk peringatan dan amaran) sepatutnya ia diambil peringatan dan pengajaran daripada nya!.(40) (Satu lagi amaran dan peringatan iaitu) Kaum Firaun yang telah diberi amaran dan peringatan oleh Rasul mereka!.(41) Terang- terangan mereka mendusta mukjizat- mukjizat Kami; dan Kami telah timpakan mereka dengan azab sesuai dengan balas dendam Kami yang boleh menghapuskan mereka.(42) (dengan amaran- amaran ini, Musyrikin Mekah diberi peringatan) Kekufuran kamu, wahai kafir Mekah, lebih berat dari kekufuran yang pernah ditunjukkan oleh kaum terdahulu (layak untuk dimusnahkan!) Adakah kamu semua punyai bukti dalam Kitab- kitab dulu, yang kamu akan terlepas dari azabku ini?.(43) Atau seperti mana kamu pernah berkata; kami adalah kaum yang bersatu dan pasti kami dapat pertolongan (dari azab seteru kami).(44) (jangan salah faham!) kumpulan kamu itu akan dihancurkan semua dan akan lari lentang- pukang.(45) 12

Bukan itu sahaja (kekalahan mereka), malah Hari Kiamat menunggu mereka; Azab hari itu sangat perit dan dahsyat.(46) Sesungguhnya, orang yang zalim maksiat ini sesat di dunia dan dibakar di Akhirat.(47) Pada Hari itu, mereka diseret ke neraka dengan tertiarap muka mereka ke bawah, dan rasalah (azab ini) seksaan api dari azab Saqar ini.(48) Sesungguhnya Kami mencipta sesuatu itu mengikut ketentuan takdir nya.(49) Dan apa jua urusan Kami, jika kami mau kan, maka ia terjadi dalam sekelip mata sahaja.(50) Dan sesungguhnya; Kami telah buktikan yang Kami telah binasakan pendusta- pendusta yang sama seperti kamu jadi mau tak, kamu mengambil ingatan dan insaf di sini?.(51) 13

Dan segala sesuatu yang telah mereka lakukan itu tercatit dalam buku catitan amalan mereka.(52) Dan segala yang kecil dan yang besar (dari amalan kamu) tetap dicatitkan dalamnya.(53) Sesungguhnya, bagi orang yang bertakwa disediakan jannah yang terdapat sungai- sungai kecil dalamnya.(54) Di tempat yang sungguh bahagia di sisi Allah, Tuhan yang menguasai segala- galanya serta berkuasa melaksanakan apa yang dikehendaki Nya.(55) 14

SINOPSIS SURAH AL- QAMAR Surah al Qamar ini diturunkan di Mekah, mengikut pendapat kebanyakan ulama. Ia mengandungi 55 ayat dan bermula dengan paparan hari Kiamat yang sudah hampir kedatangannya kerana telah ada petunjuknya dengan pernah berlakunya peristiwa terbelahnya bulan di zaman Rasulullah. Amnya, surah ini menumpukan kepada 2 perkara pokok: Pertama:- adanya AMARAN dan PERINGATAN kepada umat Muhammad am nya, dan kepada Kafir Mekah khususnya yang mendusta semua amaran dan peringatan yang terdapat dalam al Quraan dan didakwah oleh Rasulullah. Ini berikutan kehancuran dan kepupusan kaum- kaum terdahulu dari kalangan kaum Nabi Nuh as, Kaum A ad, Kaum Thamud, Kaum Luth, dan kaum terakhir ialah kaum Firaun, kerana mereka mendustakan Rasul dan Kitab yang di bawa oleh Rasul itu. Perkataan An Nuzur ( (االنذرر bererti Peringatan dan Amaran disebut hampir DUA BELAS kali dalam surah ini dan diulang- ulangkan nya dalam seluruh surah- surah dalam al Quraan demi memperingatkan kita tentang pendustaan itu agar kita tidak menjadi pendusta ayat- ayat Allah dan Rasul Nya. Diperturunkan ke lapan ayat- ayat yang ada perkataan An Nuzur di dalamnya. 1. Ayat 5 (semua peringatan dan amaran itu tidak mendatangkan sebarang kesan dan faedah!) 2. Ayat 16, 21, 30 dan 36 bagaimanakah buruknya azabku itu dan kesan amaran ku itu) 3. Ayat 18 (Kaum A ad telah mendustakan dan perhatikan bagaimana buruknya AzabKu dan kesan Amaran Ku?) 15

4. Ayat 23 (Kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran ku) 5. Ayat 33 (Kaum Luth telah mendustakan peringatan dan amaran Ku) 6. Ayat 36 (Sesungguh nya Nabi telah memberi amaran azab seksa Kami, dalam pada itu, mereka tetap mendustakannya) 7. Ayat 37, 39 (Rasalah azabku dan kesan amaran- amaran Ku) 8. Ayat 41 (Firaun dan Kaumnya telah di hantar Rasul dengan memberi amaran dan peringatan) Amaran dan peringatan ini diulang- ulangkan demi memberi keberkesanan kepada minda kita untuk tidak menolak sebarang amaran dan peringatan Allah demi untuk menjauhkan diri dari di pupuskan atau diazab sebagaimana Allah menurunkan azab Nya ke atas kaum- kaum yang disebut itu. Apakah Pendustaan Yang dicegah itu?: Di antara nya:- a) Mendustakan semua dakwah- dakwah Rasulullah b) Mendustakan semua keterangan- keterangan berhubung dengan Hari Kiamat c) Mendusta semua perkara yang akan berlaku pada hari itu d) Semua pendustaan- pendustaan yang pernah dilakukan oleh kaum Noh as, Kaum A ad, Kaum Thamud, Kaum Luth, dan Kaum Firaun e) Mendustakan kejadian Allah yang boleh berlaku sekilat mata sahaja. f) Mendusta yang mereka akan ditimpa akibat buruk atas pendustaan mereka dan juga atas kekufuran mereka. 16

g) Mendusta yang semua itu tercatit dalam buku amalan mereka. KEDUA:- Bagi ketenangan kepada yang menerima amaran dan peringatan ini dan yang sanggup mempercayai semua amaran itu sebagai BENAR dan mereka beriman dengan Allah; dan bagi mengelak dari kesan azab itu maka Allah mencadangkan melalui ayat 22 surah ini dengan firman Nya: (Sesungguhnya Kami telah mempermudahkan al Quraan itu untuk kamu meneliti amaran dan pengajaran darinya, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran dari al Quraan itu?) Allah mencadangkan kita meneliti semua amaran- amaran dan peringatan- peringatan yang telah wujud dalam al Quraan untuk mengelak diri dari dipupuskan oleh Allah sebagaimana diturunkan azab ke atas kaum- kaum pendusta itu. Surah ini juga memaparkan keadaan hari Kiamat yang penuh dengan huru hara dan nostalgia yang menimpa kaum pendusta ini; pendekatannya adalah secara serious, menakutkan, bersifat provokasi, menceritakan perkara- perkara yang menggemparkan yang boleh menggerakkan saraf kita, kerana azabnya sangat cepat menggerunkan dan meresapkan rasa seolah- olah ianya telah dan sedang berlaku. Berwaspadalah atas semua amaran Allah itu! Jadilah seperti orang yang beriman, mereka tenang dan ceria kerana mereka tetap menerima amaran itu dan memperbaiki diri dalam dunia ini mengikut kehendak Allah. Yang beriman akan sentiasa disisi Allah, Tuhan yang punyai ووالله ا أعلمم Agong. Kekuasaan Yang 17

TAFSIRAN SURAH AL- QAMAR Saat kedatangan Kiamat telah hampir dan telah berlaku pembelahan bulan (sebagai tanda nya).(1) Tafsiran ayat: Saat kedatangan hari Kiamat itu sangat hampir. Pada Allah ianya sangat dekat dan pada manusia, setiap yang bergerak itu adalah hampir kerana adanya pergerakan itu menuju ke destinasinya. Tujuan kenyataan ini adalah untuk menarik perhatian manusia biasa tentang hari Kiamat itu dan menggerakkan mereka supaya memperkuatkan ketaatan mereka pada Allah. Ia juga memberi ingatan kepada hamba- hamba Allah bahawa hari Kiamat itu sesuatu yang amat besar impaknya ke atas makhluk dari penghuni bumi dan langit. (Ismail Haqqi Ar Rusawi; tafsir Ruhul Bayan ms. 263 jilid 7) Perkara kedua dalam ayat 1 surah ini ialah peristiwa terbelahnya bulan. Banyak pentafsir mencatitkan bahawa kaum- kaum cerdik pandai Quraish di Mekah berkumpul dan mencabar Rasulullah dengan berkata; Jika benar lah dakwaan kamu itu maka belahkan lah bulan menjadi 2 dan berjanji jika berjaya mereka akan memeluk Islam. Ketika itu bulan sedang mengambang. Rasulullah terus menggunakan jarinya dan mengarahkan bulan pecah kepada dua pecahan, separuhnya berpisah dari setengah yang lain. Ibnu Masu ud berkata; Aku sendiri melihat kemerahan yang terkeluar di antara dua pecahan bulan itu, separuhnya bergerak ke timur dan sebahagian lagi ke barat, dan dunia pada masa itu menjadi gelap sekadar satu jam. Kemudian kedua- dua belah bulan bercantum semula di tengah- tengah langit. Pada masa itu lah Rasulullah berkata; Hah! Saksikan lah, saksikan lah!. 18

Ketika itu orang- orang Quraish yang menyaksikan peristiwa itu terus menuduh Rasulullah bermain sihir dan berkata; tengok tu! Kamu sudah disihirkan oleh Ibnu Kabsyah (gelaran pada Muhammad saw). Kata salah seorang dari mereka; Muhammad hanya boleh menyihirkan semua kamu sahaja di Mekah ini, dan tidak boleh berbuat untuk seluruh dunia, tanyalah mereka yang berada di tempat lain sama ada mereka juga turut menyaksikan nya? Apabila ditanya pada mereka yang datang ke Mekah dari luar, mereka mengakui menyaksikan perkara yang sama. Ini membuktikan bahawa kejadian pemecahan bulan ini disaksikan oleh seluruh dunia bukan hanya terhad pada ahli Mekah sahaja. (rujukan sama; ms 264). Bagi menjelaskan hal ini, dipetik sebuah Hadith sohih Dari Jubir bin Mat am ra. Kata Imam Ahmad; diberitahu oleh Mohammad bin Kathir, diberitahu oleh Sulaiman bin Kathir dari Husain bin Abd Rahman, dari Muhammad bin Jubir bin Mat aam dari ayahanda beliau; katanya Telah terbelah bulan di zaman Nabi Muhammad saw sehingga menjadi dua bahagian. Sebelahnya ke atas bukit itu dan sebelah lagi atas bukit itu. Orang Quraish berkata; Kita telah disihirkan oleh Muhammad!. Kata mereka lagi; Jika Muhammad boleh mensihirkan kita di sini, beliau tidak boleh mensihirkan seluruh manusia di dunia ini! Begitu lah Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad. Hadith mengenai pecah bulan ini adalah Hadith Mutawatir dan diterima ramai. Ianya adalah salah satu mukjizat Rasulallah saw Syed Qutub dalam mentafsir ayat ini bekata; membaca ayat ini menyebab kan hati kita merumuskan dekatnya Kiamat itu dan terjadi pecahnya bulan tersebut menggerakkan minda kita untuk kita menliti hakikat Kiamat yang akan mengahancurkan seluruh dunia ini dan menemukan kita dengan Allah AzzaWajalla. Sayangnya orang yang kufur pada Allah dan khususnya orang- orang Quraish sewaktu Rasulullah mendakwah mereka, mereka menolaknya dan mendustakannya dengan berkata ianya satu sihir. Firman Allah: 19

Dan jika mereka telah menyaksikan sesuatu mukjizat, lantas mereka berpaling dan mendusta serta berkata ini adalah sihir yang terus berfungsi.(2) Mereka mendustakan nya dan terus mengikut hawa nafsu mereka; (sedarlah) dan sesuatu perkara itu adalah mengikut ketentuan nya.(3) Dan sesuhgguhnya, telah mereka ketahui tentang peristiwa- peristiwa lalu dan sepatutnya boleh menginsafkan mereka.(4) Ianya sebagai satu hikmat besar yang tersempurna (malang nya) semua amaran dan peringatan itu tidak memberi kesan pun pada mereka.(5) Tafsiran ayat 2-5: Ringkasan pernyataan dari ayat 2-5 ialah, sebaik sahaja kaum musyrikin Mekah melihat sendiri peristiwa terbelahnya bulan itu, mereka terus menuduh ianya sebagai sebuah sihir yang sangat besar kesannya yang di lakukan oleh Rasulullah, dan bukan satu mukjizat kerasulan baginda. Dalam kata lain mereka terus mendustakan Rasulullah, dakwahnya dan menolak al Quraan, lebih- lebih lagi tentang adanya hari Kiamat itu. Sekaligus mereka langsung tidak takut kepada keadaan huru hara hari Akhirat yang di gambarkan pada mereka dan dengan itu mereka boleh mengikut nafsu mereka (tanpa rasa takut) tentang apa saja yang nak mereka lakukan. Tiada adanya kesan pada mereka atas peristiwa- peristiwa yang pernah di timpakan Allah atas kaum- kaum terdahulu seperti kaum Noh, kaum A ad, kaum Thamud, Kaum Luth dan kaum Firaun. Semuanya ini tidak memberi kesan untuk menarik minat mereka untuk beriman pada Allah dan menerima Rasul Nya, dan seterusnya beramal dengan al Quraan. 20

Oleh yang demikian, Allah telah mencadangkan kepada Rasulullah agar tidak lagi baginda mendakwah orang- orang yang kufur ini, kerana dianggap khidmat itu sebagai sia- sia. Dalam kata lain, jangan ambil peduli atas sikap mereka itu. Mukjizat Rasulullah membolehkan bginda membelah bulan dan disaksikan oleh mereka yang mencabarnya, sebenarnya untuk memberi gambaran kekuasaan Allah, dan kebenaran dakwah Rasulullah itu. Mereka menolak dan menuduh ianya sebagai satu sihir yang sangat berkesan; tanpa meneliti hakikatnya dan jika ianya benar mereka akan beriman dengannya. Apapun, mukjizat Rasulullah membelah bulan telah berlaku dan akan belaku apabila berlakunya Hari Kiamat. Syaitan telah bertanggungjawab menwas- waskan mereka yang menolak mukjizat ini, menolak kebenaran yang ada di sebaliknya. Ini tidak menolak konsep sesuatu perkara yang benar akan berakhir dengan kebenaran dan yang bermula dengan pendustaan akan berakhir dengan pendustaan. Konsep ini dijelaskan dalam perkataan: nya.(3) (dan sesuatu perkara itu adalah mengikut ketentuan Iaitu setiap satu perkara itu akan berakhir dengan hakikatnya; iaitu yang benar dan baik itu akan berakhir dengan baik dan benar, yang buruk dan batil itu akan kelihatan belang nya diakhir nanti; kerana hakikat ini akan menetap pada akhirnya degan satu ketetapannya. Melalui al Quraan dan dakwah Rasulullah, orang- orang kafir sudah pun mengetahui khabar- khabar mengenai timpaan azab ke atas kaum terdahulu yang menolak Rasul dan Kitabnya, khabar- khabar mengenai Akhirat dan azab nya dan khabar mengenai Hari Kiamat dan huru hara nya yang bakal di hadapi oleh yang berkenaaan. Sepatutnya khabar- khabar ini boleh menginsaf kan mereka. Khabar- khabar yang menakutkan mereka dengan azab yang bakal diterima oleh setiap yang mendustakan Rasul dan Allah. Ianya satu hikmah yang amat berguna untuk melengkapkan rasa amaran dari Allah itu ke dalam hati mereka. Ini kerana mereka mengetahui sesuatu itu dan meneliti hikmahnya dari Allah; Rupa- rupanya yang kufur itu tidak mengambil ingatan dari semua khabar- khabar al Quraan ini. Akibatnya dakwah dan amaran tersebut telah 21

diabaikan, ianya menjadi sia- sia untuk kumpulan ini. Mereka tidak merasa apa- apa kesannya. Ayat yang digunakan untuk menjelaskan hal ini ialah: pada mereka) (maka semua amaran dan peringatan itu tidak memberi bekas Apabila semuanya menjadi sia- sia, maka Allah telah mencadangkan pada Rasulullah agar tidak memperdulikan mereka ini dan meneruskan dakwah baginda dengan menjelaskan keadaan di Mahsyar apabila Kiamat berlaku. Fiman Allah: Maka (nasihat Kami pada mu, wahai Muhammad), pedulikan lah mereka itu; Ingat lah (nasib mereka) di hari mereka diseru oleh para malaikat akan perkara yang mereka tidak suka.(6) Keadaan mereka pada hari itu, kelihatan tunduk hina, mata memandang ke bawah sedangkan masa itu mereka baru keluar dari lubang- lubang kubur tak ubah seperti belalang yang berselerak.(7) Mereka bergegas kepada para malaikat itu; Kata- kata dari pendusta kafir itu ialah Hari ini adalah hari yang paling sukar (bagi kami)!.(8) Tafsiran ayat 6-8: Allah menasihatkan Rasulullah supaya jangan memperdulikan mereka atau sekurang- kurangnya merasa sedih kerana mereka menolak dakwah baginda. Tugas Rasulullah ialah terus memberi ingatan dan amaran; khususnya apa yang bakal mereka hadapi di Akhirat nanti. Bawalah minda mereka kepada hari Akhirat hari yang penuh dengan huru hara itu. 22

Ayat 6, menggambarkan keadaan hari Akhirat di mana pada hari itu, malaikat Israfil ditugas untuk meniup sangkakala kedua berdiri di atas pentas tertentu dan menyeru semua yang mati dengan katanya: Wahai tulang- tulang yang dah berkecai, daging- daging yang telah hancur, dan rambut- rambut yang bertaburan; sesunguhnya Allah mengarahkan kamu semua berkumpul untuk meneruskan urusan- urusan berkaitan Seruan begini sebagai tidak diingini kerana pastinya mereka akan di bawa ke tempat perhimpunan hisab yang penuh dengan huru hara. (Ayat 6) Dalam ayat ke 7, Allah menggambarkan riak muka dan kedaan mereka yang berpusu- pusu keluar dari lubang- lubang kubur, muka mereka memperlihatkan rasa hina, tunduk tertekan kerana sepontan mereka terus melihat huruhara yang berada dihadapan mereka. Mereka disamakan dengan keadaan belalang yang bersepah memenuhi ruang- ruang yang ada dan berlari- lari untuk pergi ke tempat Hisab mengikut arahan dari Israfil itu. Mereka berlari- lari menuju tempat Malaikat yang menyeru mereka; kepada perkara yang menekan mereka. Inilah gambaran huru hara yang sedang dihadapi oleh mereka yang baru keluar dari lubang- lubang kubur dengan kehairanan, terhina, dan tunduk takut pada kedaan yang baru ini. Pada masa itu mereka yang kufur ini akan berkata; Ini betul- betul hari yang menyusahkan kami. Pastinya menyusahkan mereka, kerana mereka keluar dari lubang kubur untuk menghadapi kesusahan, azab dan seksaan buatan diri mereka sendiri yang sombong mendusta Nabi dan Kitabnya. (Ayat 8) Selepas gambaran menyayat hati ini dipaparkan kepada mereka, Allah membawa minda kita kepada orang- orang yang serupa dikalangan masyarakat terdahulu yang juga menjadi pendusta pada Nabi dan Rasul serta menolak Kitab- kitab Allah. Bermula dengan Kaum Nabi Noh as. Firman Allah: 23

Kaum Nabi Noh, sebelum mereka, juga telah mendustakan Rasul utusan Kami itu dan membuat fitnah menuduh beliau sebagai gila dan mengancam beliau. (9) Maka, beliau (Nabi Noh) telah mendoa pada Allah, Tuhan nya, dengan kata- kata; Sesungguhnya aku telah dikalahkan maka bantu lah aku supaya aku menang.(10) (Doa Nabi Noh diterima) Maka Allah telah mencurahkan air hujan dari pintu- pintu langit yang dibuka kan.(11) (pada masa yang sama) dipancarkan naik air dari lubang mata air- mata air atas bumi; berlakulah pertembungan dua air- air ini; demi untuk satu kepastian yang telah ditetapkan (iaitu banjir besar).(12) Dan Kami letakkan nya (Nabi Noh) ke atas (bahtera) yang diperbuat dengan kepingan papan dan paku.(13) Bergerak melayari (lautan air) di bawah pemantauan Kami (yang kufur engkar) ianya sebagai balasan kepada yang telah kufur engkar.(14) Dan sesungguhnya, Kami merakam peristiwa bahtera ini sebagai satu peringatan dan pengajaran; sepatutnya ianya menginsafkan dan diingati.(15) Tafsiran ayat- ayat 9-15: Risalah Nabi Noh as telah didustakan oleh kaumnya dan mereka menuduh beliau sebagai gila Ini sama saja dengan lemparan fitnah 24

kaum Quraish pada Nabi Muhammad saw, malah mereka diugut dan di rejam. Mereka menuntut Nabi Noh menghentikan dakwah, dan jika tidak mereka akan terus merejam beliau. Nabi Noh terus mohon pada Allah dalam doa beliau yang masyhur iaitu: Wahai Tuhanku! jangan lah Engkau biarkan seorang pun dari orang- orang kafir itu hidup di atas muka bumi ini! (ayat 26; Surah Noh) dan dengan doa ini, Nabi Noh mengakui beliau telah habis cara untuk menentang kaumnya yang terus kufur itu dan beliau mengakui kalah pada Allah. Hanya Allah dapat memenangkan beliau. Dengan rayuan Noh ini, maka Allah telah menerima doanya, maka satu pergerakan dunia pun berlaku dan digambarkan oleh ayat 12 di atas Tangan Allah membuka pintu- pintu langit membenarkan keluar dan turunnya air dari langit yang mencurah- curah ke atas bumi; Tangan Allah seterusnya memancarkan naik mata- air mata- air dari dalam bumi berlakulah pertembungan air dari atas dan air dari dalam bumi membanjiri bumi seluruhnya menuju satu takdir Allah; Tinggallah Nabi Noh dan beberapa keluarga yang beriman dalam BAHTERA yang dicipta Allah dengan papan kayu kukuh dan pakunya meluncur banjir besar itu dibawah bimbingan dan petunjuk Allah. Kaumnya yang merupakan pendusta ayat- ayat Allah, menolak Rasul mereka telah ditenggelamkan dengan pertolongan Allah; Yang tinggal hanya lah ingatan dan panduan serta tunjuk ajar kepada yang mahu mengambil iktibar. Sepatutnya peristiwa ini boleh menginsafkan dan diingati terus sebagai panduan, Allah mencatitkan pengertian ini dengan ayat berikut: (sesungguhnya Kami tinggalkan nya sebagai tanda pengajaran! Ada tak orang yang mau beringat dan insaf?) Apakah pengajaran dari nya? Firman Allah: 25

Maka bagaimanakah azabku dan peringatanku pasti ianya sangat sakit!.(16) Dan sesungguhnya, Kami telah memperlengkapkan dan memudahkan al Quraan itu (untuk peringatan dan amaran) sepatutnya ia diambil peringatan dan pengajaran daripada nya!.(17) Tafsiran ayat 16-17: Bagi mengingati hati- hati orang yang mau insaf, untuk peristiwa Nabi Noh ini, Allah bertanya kita: (Nampak tak, betapa buruknya Azab Ku itu dan kesan amaran Ku?) Jadi bagaimana harus kita teliti amaran- amaran ini sebagai panduan? Jawabnya ialah dari al Quraan. Al Quraan telah dipermudahkan untuk kita mengerti ayat- ayatnya, kita ambil panduan darinya, di teliti pengajaran dan penghayatannya, kerana al Quraan terus dari Allah dan sepatutnya lah kita mengambil peringatan dan pengajaran darinya. TANYA lah diri kita, adakah kita ahli al Quraan? Pendusta dari kaum A ad yang juga telah dipupuskan kerana mendusta Nabi mereka, Nabi Hud as; Firman Allah: 26

(satu lagi pengajaran dari) Kaum A ad (yang juga telah di musnahkan) maka bagaimana azabku dan kesan peringatanku; pastinya ianya sangat menyakitkan?.(18) Sesungguhnya Kami telah menurunkan atas mereka angin taufan yang mengganas di hari kesengsaraan yang terus menerus.(19) Manusia pada masa itu gugur bergelimpangan tak ubah seperti batang- batang pokok kurma yang terbungkas.(20) Maka bagaimana azabku dan peringatan- peringtanku; pastinya sangat menyakitkan?.(21) Dan sesungguhnya, Kami telah memperlengkapkan dan memudahkan al Quraan itu (untuk peringatan dan amaran); sepatutnya ia diambil peringatan dan pengajaran daripada nya!.(22) Tafsir ayat- ayat 18-22: Ayat 18 di atas dipaparkan sebegitu rupa untuk menarik perhatian kita! Kaum A ad telah mendusta nabi dan Kitabnya.! Sebelum ayat itu habis dijelaskan, Allah membawa minda kita dengan kenyataan Nya. Bagaimanakah agak Azab ku dan kesan amaran Ku itu (ke atas kaum A aad itu)? Pastinya sangat pedih dan menyedihkan!. Begitulah cara Allah mahu menarik perhatian kita agar tidak terikut- ikut mendustakan Rasul dan Kitab Allah kerana AZAB nya pedih dan menyedihkan. Bagaimana rupa azabnya? 27

Allah telah menghantar kepada mereka angin taufan yang mengganas; angin itu sejuk berais dan dia membadai manusia yang kesejukan dan menyakitkan sehingga mereka mati. Angin ini mengoyak daging- daging mereka, menghentak mereka dan menidurkan mereka bergelimpangan di atas tanah seperti pohon- pohon kurma yang tercabut bersepah atas tanah. Azab yng di deritai oleh kaum pendusta ini ialah selama 7 malam 8 hari terus menerus. Azab yang meninggalkan kesan yang menakutkan! Lepas ayat itu, Allah bertanya semula bagaimana tentang azabku itu?, dan kesan dari peringatan dan amaran Ku itu? Begitulah cara al Quraan memaparkan INZAR nya kepda semua agar menginsafi dan mengambil ingat agar kita TIDAK menjadi pendusta, menolak al Quran dan Rasulullah Bagaimana? Caranya ialah dengan mengimbau ayat- ayat al Quraan yang di permudahkan kepada semua untuk kita meneliti saranan- saranan, ajaran- ajaran dan tumpuannya. Bacalah al Quraan, teliti dan hayati lah ayat- ayatnya. Sekali lagi, Allah akhir kan cerita Kaum A ad ini dengan firman nya: (Kami telah memudahkan al Quraan itu untuk peringatan dan pengajaran; Maukah kita mengambil pengajaran dan peringatan dari nya?) Ini bererti sekali lagi dalam surah ini, Allah memperingatkan supaya berbalik pada al Quraan, cungkil isinya, terima semua amaran dan peringatan yang ada dalamnya, hayati dan beramal dengan nya. Setelah Kaum Noh dan kaum A ad, dan dijelaskan kemusnahan yang berlaku pada mereka akibat dari perbuatan mereka sendiri, maka Allah membawa lagi satu kaum yang juga pendusta kepada Rasul dan Kitab yang diturunkan pada mereka iaitu kaum Thamud. Firman Allah: 28

(Satu lagi pengajaran dari) Kaum Thamud yang telah mendustakan amaran dan peringatan (Kami).(23) Kata- kata mereka ialah: Patutkah kami semua hendak menurut (ajaran dan dakwah) dari manusia yang sebangsa dengan kami? Kalau kami mengikuti mereka kami adalah orang sesat dan gila!.(24) Patutkah diturunkan Wahyu Peringatan kepadanya (sedangkan ada orang yang lebih layak darinya) dari kalangan kita! Pada pendapatan kita, dia tu seorang pendusta yang jahat.(25) Tunggu lah! Kamu akan mengetahui kemudian nanti, siapakah sebenarnya Pendusta Yang Jahat itu!.(26) (dalam Peristiwa Thamud itu) Kami telah menghantar saekor unta betina ( kepada kaum Thamud itu), ianya adalah satu fitnah dan ujian atas mereka. Kami telah menasihati (rasul Kami) supaya tunggu reaksi (kaum nya) dan bersabar (melihat apa yang akan mereka lakukan atas unta itu).(27) (di samping itu Kami) telah memberi ingatan pada (kaum) itu, bahawa telaga yang menjadi sumber air pada mereka itu hendak lah dikongsi bersama dengan unta itu; pengambilan air itu mengikut giliran hari (yang ditetapkan). (28) 29

semuanya ini membosankan kaum Thamud itu) maka mereka menawarkan pada kawan mereka ( untuk membunuh unta itu) dan mereka berusaha terus menerus sehingga terbunuh (unta itu).(29) Maka bagaimana azab Ku dan peringatan- peringatanku; pastinya sangat menyakitkan?.(30) (perhatikan lah azab ini) Kami turunkan atas mereka suara pekikkan yang kuat sekali dan menjadikan mereka hancur bagaikan ranting- ranting dan daun- daun kering yang pecah hancur dan mereput!.(31) Dan sesungguhnya, Kami telah memperlengkapkan dan memudahkan al Quraan itu (untuk peringatan dan amaran); sepatutnya ia diambil peringatan dan pengajaran daripada nya!.(32) Tafsiran ayat- ayat 23-32: Kaum Thamud menduduki kawasan sebelah selatan tanah Arab. Mereka juga dari kaum yang mendustakan nabi mereka iaitu Nabi Soleh. Lihat saja kata- kata kaum itu kepada Nabi mereka: Bolehkah sesuaikah; Kami ini kena ikut manusia biasa seperti mu Wahai Soleh? Kalau kami ikut ajaran engkau, wahai Soleh, kami ini dari golongan sesat dan bodoh!. Tak patut sekali, wahyu itu diturunkan pada Soleh, sedangkan orang yang lebih layak ada dikalangan kami; Malah Soleh kami anggap sebagai pembohong yang jahat! Inilah kata- kata mendustakan Nabi Soleh as dan menolak Kitab dan mukjizat yang telah diberi padanya, atau membuat tuduhan yang beliau sebagai Pendusta yang Sombong ; maka Nabi Soleh memberi ingatan bahawa kita akan ketahui siapakah sebenarnya Pendusta yang Sombong itu? Sebagai ujian ke atas kaum yang mendusta itu, atas permintaan mereka sendiri Allah telah menghantar saekor unta betina kepada meraka, dan untuk ini pula akan berkongsi meminum air dari satu telaga yang diguna sama, untuk mendapat air bersih bagi kaum itu. Ini menguji kesabaran mereka dan Nabi Soleh hanya menunggu melihat apa yang akan berlaku. Bosan dengan gelagat unta yang berkongsi minum air dengan mereka, maka unta itu dibunuh; walaupun sebelum itu Nabi Soleh telah memberi amaran supaya jangan di apa- apakan ke atas unta tersebut. 30

Ujian ini berakhir dan kemudian datang lah azab dari Allah atas mereka. Lihat apa jenis azab Allah ke atas mereka dan bagaimana kesan peringatan dan amaran itu? Allah telah menghantar suara pekikan yang kuat dan dengan satu pekikan sahaja semua mereka tersungkur mati. Allah gambarkan mereka mati dan menjadi seperti ranting- ranting kering dan jadi seperti daun- daun yang pecah hancur. Begitulah caranya Allah menghapuskan pendusta- pendusta Nabi dan rasul ini. Jadi kepada yang mau insaf, Allah telah menyediakan al Quraan yang dipermudahkan untuk mengambil keluar amaran- amaran agar kita tidak menjadi seperti kaum Thamud tersebut. Sekali lagi Allah akhir kan kisah Thamud itu degan ayat berikut: (Dan sesungguhnya, Kami telah memperlengkapkan dan memudahkan al Quraan itu (untuk peringatan dan amaran) sepatutnya ia diambil peringatan dan pengajaran daripada nya!).(32) Al Quraan ialah Kitab hidayah dan petunjuk jalan maka jesteru itu wajib bagi setiap muslim bertadabbur al Quraan bagi memperlihat kan semua amaran- amarannya termasuk peringatan- peringatannya. Bertadabbur al Quran bererti berfikir, mengamati ayat- ayatnya dan memahami serta menangkap makna, hukum, maksud, peringatan, amaran dan dari sana ia bakal menjadi panduan yang berguna. Al Quran dikatakan telah dipermudah untuk kita ambil ingatan darinya. Anggapan al Quraan itu susah difahami telah menjauhkan kita dengan al Quraan dan tersasar lah kita dari matlamatnya. Hanya memahami al Quraan dengan cara tadabbur al Quraan menjadikan al Quraan itu mudah dan senang menjadi rujukan. Cabaran umat Islam hari ini ialah kebendaan disekeliling nya, dan juga krisis mengenai Allah dalam minda mereka, memerlukan kita bertadabbur al Quraan bagi menggembalikan kita semula kepada fitrah membina kekuatan akidah dan kekuatan dalaman kita. Justeru ayat di atas sangat tepat dan berkesan untuk menjadi panduan kita. 31

Sebagai amaran dan peringatan, Allah mengemukakan kisah kaum Luth dibawa Nabi Luth as; bagi menyempurnakan semua amaran dan peringatan Nya kepada kita. Firman Allah: (Satu lagi pengajaran dan peringatan dari) Kaum Luth yang telah mendusta kan semua amaran dan peringatan.(33) (bagaimana mereka dipupuskan!) sesungguhnya Kami telah menurunkan ke atas mereka angin ribut yang ganas dan menghujani mereka dengan batu; (semua nya terkena seksaan ini) kecuali keluarga Nabi Luth. Kami telah melepaskan mereka pada waktu sahur.(34) Ianya adalah limpah nikmat kurniaan dari Kami; begitulah tersuratnya pahala yang Kami anugerahkan kepada mereka yang bersyukur.(35) Dan sesungguhnya Amaran telah Kami berikan pada mereka, tentang peritnya seksaannya namun mereka lagi dengan sekerasnya mendustakan amaran dan peingatan itu.(36) Dan mereka telah memujuknya (Nabi Luth) berkaitan tetamu (yang menghuni di rumahnya; yang diminta supaya diserahkan pada mereka) Kami telah membutakan mata- mata mereka; maka rasalah kamu semua dengan azabku dan kesan dari amaran ku itu!.(37) Dan sesungguhnya, pada subuh keesokan harinya mereka telah ditimpakan dengan azab yang berterusan dan mampat.(38) 32

Maka rasalah azab Ku ini dan kesan- kesan amaran dan peringatan Ku!.(39) Dan sesungguhnya, Kami telah memperlengkapkan dan memudahkan al Quraan itu (untuk peringatan dan amaran) sepatutnya ia diambil peringatan dan pengajaran daripada nya!.(40) Tafsiran ayat- ayat 33-40: Ayat- ayat di atas menjelaskan akibat pendustaan kaum Luth kepada Rasul mereka, kepada Kitab yang diturunkan dan secara khususnya ke atas peringatan dan amaran yang telah diberi oleh Luth as kepada mereka. Mereka pengamal seks songsang, di mana lelaki suka dengan lelaki. Di antara azab yang telah ditimpakan ke atas mereka ialah: a) Menurunkan angin kencang yang membawa batu dan ianya membunuh semua kecuali keluarga Nabi Luth as yang telah di arah keluar meninggalkan perkampungan itu (ayat 34) b) Membutakan mata- mata kaum Luth yang memujuk beliau mengenai tetamunya (ayat 37) c) Allah telah menebalikkan bumi ke atas dan yang di atas ke bawah sebagai azab kekal yang memupuskan semua (ayat 38). Nabi Luth telah memperingatkan kaum beliau serta memberi amaran azab atas perbuatan kahwin sejenis yang diamalkan mereka. Mereka ingkar serta mendustakannya, dan mereka tidak percaya tentang kebenaran amaran itu dan meneruskan kegiatan maksiat mereka. Mereka mencabar Nabi mereka. Tindakan para malaikat membutakan mata meraka yang memujuk Nabi Luth untuk menyerahkan tetamu beliau kepada mereka adalah tindakan yang drastik sebelum menjelang subuh. Setelah subuh dan setelah Luth dan keluarga kecuali isterinya, keluar dari perkampungan Sodom, maka Malaikat- malaikat telah membalikkan bumi yang atas ke bawah dan diikuti dengan angin yang membawa batu menghentam semua penduduk dan mereka dipupuskan. Sekali lagi mereka seolah- olah dihina dengan perkataan: Nah! Rasalah azabku ini; dan rasalah azabku ini dan kesan dari amaran ku atas kamu. 33

Seperti biasa, Allah akhiri pernyataan azab yang menimpa kaum Luth ini dengan membawa minda kita kepada al Quraan yang telah dipermudahkan untuk kita memprolehi panduan dan pengajaran dari semua amaran- amaran Allah yang ada di dalamnya. (Dan sesungguhnya, Kami telah memperlengkapkan dan memudahkan al Quraan itu (untuk peringatan dan amaran); sepatutnya ia diambil peringatan dan pengajaran daripada nya!.(40) Sebagai pembaca surah ini, kita hargailah ulangan ayat di atas, supaya menyedarkan kita pada al Quraan dan berbalik pada al Quraan. Harap- harapnya kita tidak lalai untuk meneliti al Quraan itu. Akhir sekali dibawa satu kaum yang terkini untuk dijelaskan azab dan peringatan dan amaran yang pernah diberi pada mereka. Kaum Firaun yang rasul mereka ialah Musa as. Firman Allah: (Satu lagi amaran dan peringatan iaitu) Kaum Firaun yang telah diberi amaran dan peringatan oleh Rasul mereka!.(41) Terang- terangan mereka mendusta mukjizat- mukjizat Kami; dan Kami telah timpakan mereka dengan azab sesuai dengan balas dendam Kami yang boleh menghapuskan mereka.(42) Tafsiran ayat- ayat 41-42: Kedua- dua ayat di atas mengisahkan ringkasan bagaimana Allah telah memberi amaran dan peringatan kepada kaum Firaun melalui Rasul mereka 34

Musa as. Pendustaan mereka pada amaran- amaran ini; mendustakan mukjizat- mukjizat Allah yang telah ditunjuk oleh Musa as pada mereka, telah membawa mereka ke jurang kehancuran dan kepupusan dari muka bumi ini dengan satu azab yang paling tragis. Mereka ditenggelamkan dalam keadaan yang terhina. Segala kezaliaman, keangkuhan dan kekufuran mereka telah dinilai oleh Allah dan dihina sebegitu rupa dan direntap dengan kerasnya dengan kekuasaan Allah yang maha Kuasa mengikut amalan kezaliman mereka. Setelah semua kaum- kaum terdahulu dijelaskan oleh Allah dan semuanya dibalas setelah mereka mendustakan semua amaran dan peringatan Rasul mereka maka kaum Musyrikin Mekah telah mendengar dan membacanya, malah memahaminya. Begitu juga kita, yang juga boleh mengambil iktibar dari semuanya ini, maka ayat- ayat berikut menghujjahkan kepada mereka agar mereka tidak menjadi sasaran Allah jika mereka masih tidak menerima iman dan terus menolak amaran dan peringatan Allah Ini. Firman Allah: 35

(dengan amaran- amaran ini, Musyrikin Mekah diberi peringatan) Kekufuran kamu, wahai kafir Mekah, lebih berat dari kekufuran yang pernah ditunjukkan oleh kaum terdahulu (layak untuk dimusnah kan!) Adakah kamu semua punyai bukti dalam Kitab- kitab dulu, yang kamu akan terlepas dari azab Ku ini?.(43) Atau seperti mana yang kamu pernah berkata; kami adalah kaum yang bersatu dan pasti kami dapat pertolongan (dari azab seteru kami).(44) (jangan salah faham!) kumpulan kamu itu akan dihancurkan semua dan akan lari lentang- pukang.(45) Bukan itu sahaja (kekalahan mereka), malah Hari Kiamat menunggu mereka; Azab hari itu sangat perit dan dahsyat.(46) Sesungguhnya, orang yang zalim maksiat ini sesat di dunia dan dibakar di Akhirat.(47) Pada Hari itu, mereka diseret ke neraka dengan tertiarap muka mereka ke bawah, dan rasalah (azab ini) seksaan api dari azab Saqar ini.(48) Sesungguhnya Kami mencipta sesuatu itu mengikut ketentuan takdir nya.(49) Dan apa jua urusan Kami, jika kami mau kan, maka ia terjadi dalam sekelip mata sahaja.(50) Dan sesungguhnya Kami telah buktikan yang Kami telah binasakan pendusta- pendusta yang sama seperti kamu; jadi mahu tak kamu mengambil ingatan dan insaf di sini?.(51) Dan segala sesuatu yang telah mereka lakukan itu tercatit dalam buku catitan amalan mereka.(52) Dan segala yang kecil dan yang besar (dari amalan kamu) tetap dicatitkan dalamnya.(53) Tafsiran ayat 43-53: Ayat 43 menujahkan pernyataan kepada musyrikin Mekah yang sedang didakwah oleh Rasulullah. Mafhum nya: Wahai musyrikin Mekah dari kalangan Quraisy: Kamu semua mempunyai persamaan dengan sifat- sifat mereka- mereka terdahulu yang telah dimusnahkan oleh Allah kerana mendustakan Rasul dan Kitabnya. Tiada beda di antara kamu 36

dengan mereka semua. Apa yang dapat menghalang kamu semua untuk menerima nasib yang sama dengan mereka? Adakah kamu semua mempunyai immuniti untuk tidak terkena sebarang azab dan bala melalui kitab atau suhuf yang diturunkan? Tidak! Sebenarnya kamu semua tidak mempunyai sebarang immuniti untuk tidak boleh dikenakan azab yang serupa, sesungguhnya kamu tidak kurang dari mereka! Atau adakah kamu merasa kuat kerana kamu semua bersatu menentang Rasulullah sehingga kamu boleh berkata: kami pasti akan menang menentang kamu; pasti kami tidak akan kalah! Inilah fahaman dari ayat- ayat 43 dan 44 di atas iaitu: Kekufuran kamu, wahai kafir Mekah, lebih berat dari kekufuran yang pernah di tunjuk kan oleh kaum terdahulu (layak untuk di musnah kan!); Adakah kamu semua punyai bokti dalam Kitab- kitab dulu, yang kamu akan terlepas dari azab Ku ini? (43) Atau seperti mana yang kamu pernah berkata; kami adalah kaum yang bersatu dan pasti kami dapat pertolongan (dari azab seteru kami). (44) Reaksi Allah dari kata- kata mereka ialah firman Nya: (jangan salah faham!) kumpulan kamu itu akan dihancurkan semua dan akan lari lentang- pukang.(45) Bukan itu sahaja (kekalahan mereka), malah Hari Kiamat menunggu mereka; Azab hari itu sangat perit dan dahsyat.(46) Tafsiran ayat 43-53: Kata- kata Allah pada mereka ialah: mereka akan dimusnahkan, akan dihancurkan secara kumpulan dan kemenangan akan berada di sebelah 37

Rasulullah. Hal ini berlaku apabila terjadinya peperangan Badr; iaitu selepas 7 tahun ayat ini diturunkan Ini adalah di antara mukjizat Rasulullah dan dalam peperangan itu, Rasulullah ada membaca petikan ayat 45 di atas dan didengar oleh Syidina Umar. Ini dijelaskan dalam sebuah Hadith sohih oleh Abu Hatim, yang memetik dari Abu Rabik Az Zahrani, dari Hammad dari Ayub dari Akrimah yang berkata: sejak turunnya ayat Syidina Umar berkata; Kumpulan mana agaknya yang akan musnah? Kumpulan mana agaknya yang akan kalah? Setelah berlaku peperangan Badr, beliau melihat Rasulullah memakai baju besi baginda dan baginda membaca ayat yang sama!. Syidina Umar berkata; sekarang barulah aku mengerti makna dari ayat itu!. Peperangan Bdar itu telah memusnahkan kumpulan pendusta tersebut dari kalangan musyrikin Mekah. Adakah kemusnahan dan kehancuran tersebut bererti sudah sempurna hukuman ke atas mereka itu? Jawabnya TIDAK. Firman Allah: (Bukan itu sahaja (kekalahan mereka), malah Hari Kiamat menunggu mereka; Azab hari itu sangat perit dan dahsyat.(46) Ertinya mereka yang mendusta Rasul mereka dan Kitab yang dibawa kepada mereka di azab kali kedua di Akhirat nanti. Azab di akhirat nanti lebih pedih dan lebih sengsara. Allah menyimpulkan dengan firman Nya: (Sesungguhnya, orang yang zalim maksiat ini; sesat di dunia dan dibakar di Akhirat).(47) Ertinya orang yang menjadi pendusta kepada Rasul mereka dan menolak Kitab yang diturunkan adalah sesat di dunia, kerana mereka berada dalam keaadan tercari- cari dan penuh syak wasangka iaitu satu penderaan akal yang sangat menyakitkan dan mereka adalah dari kalangan orang- oang yang sakit jiwa; Di akhirat pula mereka akan di azab dengan seksaan yang membakar semua kulit badan mereka. Kata Imam ar Rusawi, pernyataan di atas bukan hanya kepada yang menentang Rasul dan Kitabnya sahaja, malah meliputi orang- orang 38

yang mempunyai sifat yang serupa dengan mereka, termasuk pembawa bida ah dan penyeleweng agama demi kepentingan diri sendiri. Mereka sewaktu menentang Rasul- rasul mereka pernah berkata yang mereka kuat dan tidak boleh dikalahkan, maka azab seterusnya ke atas mereka ialah: mereka diseret di atas tanah dengan muka mereka ke bawah untuk dihumban ke dalam neraka iaitu satu penghinaan yang agak tragis. Ini bersesuian dengan firman Allah: (Pada Hari itu, mereka di seret ke neraka dengan tertiarap muka mereka ke bawah, dan rasalah (azab ini) seksaan api dari azab Saqar ini).(48) dan sesudah itu dicemuh dan ditengking dengan perkatan Nah! Rasalah seksaan ini sepuasnya!. Begitulah kemurkaan Allah kepada yang zalim, engkar, pendusta agama Allah dan menolak Rasul Allah, dan mengabaikan ayat- ayat serta amaran Allah di dalam Nya. Satu peringatan Allah kepada semua manusia ialah bahawa setiap urusan Allah itu adalah menepati takdir penetapan Nya: (Sesungguhnya Kami mencipta sesuatu itu mengikut ketentuan takdir nya.(49) contohnya dipupuskan di dunia ini kerana pendustaan mereka dan diikuti dengan azab di Akhirat adalah penetapan dari Allah; iaitu semua pergerakan makhluk Allah itu adalah berjalan atas satu takdir penetapan Ilahi. Allah menyatakan bahawa semua urusan Allah itu, hanya dengan satu arahan saja ianya akan terlaksana. Firman Allah: (Dan apa jua urusan Kami, jika kami mau kan, maka ia terjadi dalam sekelip mata sahaja.(50) iaitu berjalannya segala arahan itu hanya dengan sekali arah sahaja sudah menjadi. Kejadiannya pula hanya dengan sekelip mata. Segala yang terlaksna itu adalah mengikut takdir- takdirnya, sama ada takdir masa, takdir tempat, takdir nilai ukuran, dan takdir gambaran, dan semua menyusul mengikut kesesuaian dan kehendak Allah. 39

Berdasarkan prinsip- prinsip ini, maka Allah telah pun melaksanakan satu takdir Nya keatas kaum pendusta yang kufur pada Allah dengan kemusnahan yang sangat keji dan terhina. Firman Allah: (Dan sesungguhnya; Kami telah buktikan yang Kami telah binasakan pendusta- pendusta yang sama seperti kamu jadi mau tak, kamu mengambil ingatan dan insaf disini?.(51) Dan segala sesuatu yang telah mereka lakukan itu tercatit dalam buku catitan amalan mereka.(52) Iaitu kumpulan yang telah dipupuskan itu dari kaum yang terdahulu dengan cara banjir besar, kejutan angin yang membunuh, teriakan suara yang membunuh dan ditenggelamkan dalam laut adalah sama seperti kamu, menolak Kitab rasul mereka, mendusta serta menentang segala perkara yang baik dan terus membuat maksiat. Tanya Allah kepada mereka; Tidak kah kamu mahu mengambil sedikit iktibar dari semua peristiwa ini untuk membaiki diri kamu? Agar kamu terlepas dari penghinaan dan azab yang serupa? Oleh kerana mereka tidak sensitif dan terus menolak semua saranan baik ini, maka disekatkan di antara mereka degan sesuatu yang mereka ingini, sebagaimana yang telah dilakukan ke atas orang- orang yang sama keadaannya dengan mereka pada masa yang lalu. Firman Allah dalam surah Saba ayat 54, tentang keadaan pendusta. (maka mereka disekat kan di antara mereka dengan iman yang mereka ingini; sebagimana yang telah dilakukan kepada orang- orang yang sama keadaannya dengan mereka pada masa yang lalu; sesungguhnya mereka dahulu berada dalam keadaan syak yang meragukan (saba ayat 54). 40

Semua perlakuan mereka itu sebenarnya telah ditulis dan dirakamkan dalam buku catitan amalan mereka yang ada di tangan para malaikat yang bertugas; ini termasuk semua perkara yang sekecil- kecilnya hingga sebesar- besarnya. Buku catitan amal itulah yang menjadi bukti segala perbuatan mereka dan atas bukti- bukti itu mereka ditentukan azabnya. Itulah Hari Hisab dan hari Akhirat. Setelah Allah memaparkan sifat- sifat pendusta yang mendustakan Allah, memungkiri nikmat- nikmat Allah, tak peduli pada peringatan dan amaran Allah, dipupuskan dan dibinasakan, di dunia ini, dan apabila berada di Akhirat nanti mereka terpaksa lalui sekali lagi azab seksaan atas semua amalan mereka melalui catitan amalan yang di serahkan pada mereka. maka Allah mengemukakan dua ayat terakhir menjelaskan betapa orang yang beriman diberi satu ganjaran ketenangan di samping Allah yang Maha Agong di dunia dan di Akhirat. Firman Allah: Sesungguhnya, bagi orang yang bertakwa di sediakan jannah yang terdapat sungai- sungai kecil dalam nya.(54) Di tempat yang sungguh bahagia disisi Allah, Tuhan yang menguasai segala- gala nya serta berkuasa melaksanakan apa yang di kehendaki Nya.(55) Tafsiran ayat 54-55: Mereka yang bertaqwa dijanjikan DUA nikmat agong; Pertama di nyatakan dalam bentuk Jannah- jannah dan sungai- sungai di dalamnya; Kedua ialah bersemadi bersesama Allah, Pemilik Kuasa teragong. Nikmat pertama ialah nikmat berbentuk nyata dan boleh dipegang yang melibatkan jisim dan badan. Ini lah hadiah Allah kepada yang taat dan menerima dakwah dan menjadi pendokong Rasul dalam menerima semua ajaran Allah melalui Kitab Nya. Nikmat kedua ialah nikmat berbentuk rasa bersesama Allah dalam syurga Allah, dan gambarkan lah betapa tenang dan stabilnya jiwa yang bersesama 41

Allah yang punyai Kuasa Mutlak atas segalanya dan kita berada bersama Nya. Kuasa pilihan ditangan kita, iman dan amal telah diberi melalui al Quran, segala peringatan dan amaran diberi dan diperlihatkan jenis azab yang akan menunggu mereka yang liat dan mendustakan Allah dan rasul serta lalai untuk meneliti ayat- ayat al Quraan. Buatlah pilihan anda, samada ke syurga ووالله ا أعلمم Allah. Allah atau ke neraka Perhatian: Untuk memahami kisah- kisah kepupusan kaum- kaum terdahulu, bacalah tafsiran surah Hud dalam kupasan dan tafsiran yang ada dalam web ini. Siap di tulis pada hari Selasa 27/10/2015 bersamaan 14 Muhzrram 1437. وواالحمدد! 42