GARIS PANDUAN DANA LONJAKAN PENERBITAN (DLP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)
KANDUNGAN PERKARA Muka surat 1.0 BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) 3 2.0 BAHAGIAN 2 (PENILAIAN) 8 3.0 BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN) 8 4.0 BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN) 9 5.0 BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN) 10 2 P age
1.1. Pengenalan BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil 9/2011 bertarikh 19 April 2011 telah bersetuju meluluskan Dana Lonjakan Penerbitan sebanyak RM10 juta dari peruntukan dana Universiti Penyelidikan. Untuk terus meningkatkan kualiti dan kuantiti penerbitan berimpak tinggi, Mesyuarat Pengurusan Universiti pada 16 November 2011 telah meluluskan Dana Lonjakan Penerbitan sebanyak RM2.65 juta dari peruntukan dana Universiti Penyelidikan. Tujuan dana ini adalah untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti penerbitan bagi mencapai KPI Universiti Penyelidikan. 1.2. Nic Penyelidikan Aktiviti penyelidikan DLP adalah meliputi DUA BELAS (12) Nic Penyelidikan UKM iaitu: 1.1.1. Negara Bangsa (NB) 1.1.2. Pembangunan Lestari Wilayah (PLW); 1.1.3. Tenaga Keterbaharuan (TK); 1.1.4. Teknologi Kesihatan Perubatan (TKP); 1.1.5. Perubahan Iklim (PI); 1.1.6. Nanoteknologi dan Bahan Termaju (NBT); 1.1.7. Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi (KPB); 1.1.8. Informatik Isian (ICT); 1.1.9. Ekonomi, Kewangan dan Perniagaan (EKP); 1.1.10. Politik dan Keselamatan (PK); 1.1.11. Pendidikan dan Peradaban (PP); 1.1.12. Transformasi Luar Bandar (TLB). 3 P age
1.3. Syarat Permohonan 1.3.1 Penyelidik yang telah menghasilkan dua (2) atau lebih penerbitan berafiliasi UKM dalam jurnal Quartile 1 atau Quartile 2 (Faktor Impak 2.5 atau ke atas) dalam tempoh setahun penilaian. 1.3.2 Setiap penyelidik layak menerima sekali sahaja Dana Lonjakan Penerbitan. 1.3.3 Jenis dokumen adalah Article, Review, Proceeding Paper yang diterbitkan dalam jurnal. Jenis dokumen Meeting Abstract, Letter, Editorial tidak diambil kira. 1.3.4 Artikel berstatus Article in Press/Online First tidak boleh diambil kira dalam pengiraan Q1 atau Q2 (IF 2.5), tertakluk kepada permohonan penyelidik yang berkaitan. 1.3.5 Kakitangan sementara, Pasca Doktoral dan cuti belajar tidak layak untuk Dana Lonjakan Penerbitan. 1.3.6 Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan. 1.4. Tatacara Permohonan 1.4.1. Pemohon perlu mengemukakan permohonan penyelidikan melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU). 1.4.2. Rujuk Manual Pengguna SMPU (Permohonan) untuk langkahlangkah permohonan secara atas talian. 1.4.3. Permohonan perlu dikemukakan kepada CRIM sebelum atau pada tarikh tamat permohonan. Permohonan yang lewat tidak dapat dipertimbangkan. 4 P age
1.5. Peraturan Perbelanjaan 1.5.1. Vot 11000 (Upah dan Elaun) i. Melantik Felo Pasca Doktoral, Pembantu Penyelidik (RA) dan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh UKM. Pelantikan ini diuruskan oleh CRIM. 1.5.2. Vot 21000 (Perjalanan dan Pengangkutan) i. Perbelanjaan merangkumi semua perjalanan dan pengangkutan dalam negara yang berkaitan dengan projek. ii. Perjalanan ke luar negara perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah:- a) Perjalanan ke luar negara dibenarkan tertakluk kepada kecukupan geran yang telah dipohon. Hanya ketua projek dan penyelidik bersama sahaja yang dibenarkan bagi tujuan tersebut. Pembantu penyelidik dan Pembantu Penyelidik Siswazah hanya dibenarkan untuk mengikuti persidangan, seminar atau bengkel yang berkaitan dengan penyelidikan mereka di dalam negara sahaja. b) Perjalanan ke luar Negara untuk tujuan menghadiri persidangan adalah tertakluk kepada Garis Panduan Menghadiri Persidangan. c) Untuk menghadiri persidangan dan lain-lain aktiviti selain kerja lapangan, sebanyak sepuluh peratus (10%) dari jumlah peruntukan projek dibenarkan. iii. Jumlah perbelanjaan untuk perjalanan tidak boleh melebihi 25 peratus (25%) daripada jumlah keseluruhan projek. 5 P age
1.5.3. Vot 24000 (Sewaan) Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan. 1.5.4. Vot 27000 (Bekalan dan Bahan Penyelidikan) Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja yang dibenarkan. 1.5.5. Vot 28000 (Baik Pulih Kecil dan Ubahsuai) Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan pengubahsuaian yang kecil terhadap bangunan, makmal, peralatan atau lain-lain barang yang berkaitan dengan penyelidikan dibenarkan. Kos penyelenggaraan peralatan sedia ada semasa projek dilaksanakan adalah dibenarkan. Selepas projek selesai kos penyelenggaraan ini tidak akan ditanggung lagi oleh Geran ini. 1.5.6. Vot 29000 (Perkhidmatan Ikhtisas) Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti, honorarium, perkhidmatan profesional, konsultansi, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan projek penyelidikan. (Perkhidmatan Khas / Belanja Pakai Habis) Perbelanjaan perkhidmatan khas merangkumi kos menghadiri kursus, program sangkutan jangka pendek (sekali (1) sahaja) untuk mempelajari teknik - teknik khusus yang berkaitan dengan projek penyelidikan. Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi tiga (3) bulan. Jumlah perbelanjaan tidak melebihi 5% daripada jumlah keseluruhan geran. 6 P age
1.5.7. Vot 35000 (Aksesori dan Peralatan) Pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan projek penyelidikan sahaja. Senaraikan jenis peralatan dan justifikasi permohonan. Jumlah yang dipohon tidak melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan geran. Pembelian aset/inventori perlu mengikut prosedur universiti dan dilaksanakan dengan teratur. Setiap aset/inventori perlu dikawal dengan baik dari segi rekod dan dilabel Hak Kerajaan Malaysia dan No. Siri Pendaftaran. Setiap aset perlu dikembalikan kepada pihak CRIM setelah selesai projek penyelidikan tersebut atau penyelidik cuti belajar. Ini termasuklah laptop, kamera, ipad, smartphone, printer, projector serta lain-lain peralatan penyelidikan. 1.6. Hasil Penyelidikan 1.6.1. Penerbitan Penyelidik mesti menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi (Q1). Penghargaan kepada Universiti dan geran penyelidikan mestilah dinyatakan dengan jelas dalam setiap penerbitan. 1.6.2. Harta intelek dan Hasil Pengkomersilan Proses pendaftaran harta intelek perlu melalui Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) dan UKM-Tech 7 P age
2.1 Penilaian 2. BAHAGIAN 2 (PENILAIAN) 2.1.1. Permohonan DLP dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian mengikut Nic Penyelidikan yang telah ditetapkan semasa Bengkel Penilaian DLP. 2.1.2. Perakuan daripada Panel Penilaian Bengkel Penilaian DLP akan dimajukan ke Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan untuk tujuan kelulusan. 2.1.3. Keputusan permohonan adalah muktamad. 3.1 Pemakluman Keputusan 3. BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN) 3.1.1. Keputusan permohonan DLP akan dimaklumkan kepada pemohon selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan. 3.1.2. Sekiranya lulus, surat kelulusan dikeluarkan beserta dokumendokumen berikut: i. Surat Pengakuan Menjalankan Penyelidikan ii. Borang Ubahsuai Cadangan Penyelidikan Dana UP 3.1.3. Ketua Kumpulan diminta mengembalikan semula dokumen di 3.1.2 (a) dan (b) kepada CRIM DAN Bahagian Kewangan Penyelidikan (BKP) mengikut tempoh yang telah ditetapkan. 4. 8 P age
5. BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN) 6.1. Laporan Kemajuan Laporan kemajuan perlu dihantar mengikut jadual penghantaran laporan kemajuan seperti berikut: Penghantaran Laporan Julai Januari Tempoh Laporan Kemajuan Januari atau dari tarikh mula projek hingga Jun Julai atau dari tarikh mula projek hingga Disember Laporan kemajuan perlu menggunakan Borang Laporan Penilaian Prestasi dan Kemajuan Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-PK02-BO01) yang boleh dicapai di laman web CRIM (http://research.ukm.my) 6.2. Laporan Akhir Laporan akhir perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tamat projek. Laporan akhir perlu menggunakan Borang Laporan Akhir Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-PK02-BO02) yang boleh dicapai di laman web CRIM (http://research.ukm.my) 9 P age
6. 7. BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN) 7.1. Ketua Projek Berhenti/Pindah Fakult/institut/pusat Fakulti perlu memaklumkan kepda CRIM tentang ketua projek yang telah/akan berhenti perkhidmatan di UKM. Projek yang diluluskan akan terus kekal di PTJ berkenaan dan tidak boleh dipindahkan ke PTJ lain. 7.2. Tambah Masa Tempoh Penyelidikan Permohonan tambah masa boleh dipertimbangkan sekiranya projek masih aktif dan terdapat milestone yang masih belum tercapai. Syaratsyarat permohonan adalah: i. Permohonan mestilah dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat projek. ii. Permohonan tidak boleh melebihi dua (2) kali sahaja. iii. Tempoh tambah masa maksimum adalah selama 6 bulan bagi setiap permohonan. iv. Setiap permohonan perlulah disokong dengan Laporan Kemajuan. 7.3. Kes Khas Pertimbangan dan pengecualian dalam kes-kes tertentu boleh diberikan berdasarkan keperluan Universiti. 10 P age
TAMAT PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 UKM BANGI SELANGOR NO. TEL: 03 89213184/5102/5631/4069/4064/4455 No. Faks: 03 89214573/89254125 Laman sesawang: http://research.ukm.my 11 P age