UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

dokumen-dokumen yang mirip
NO. PERJANJIAN : [UNTUK BEKALAN] DI ANTARA UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) CONTOH DAN PADA HB. TAHUN 20 BAGI MEMBEKALKAN

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

DOKUMEN PERJANJIAN KONTRAK BEKALAN BARANGAN / PERKHIDMATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

MEMORANDUM PENERIMAAN

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B PERKHIDMATAN

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

MEMORANDUM PENERIMAAN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR SURAT SETUJUTERIMA TENDER

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

MEMORANDUM PENERIMAAN

PERJANJIAN AL-BAI BITHAMAN AJIL UNTUK SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN KAKITANGAN MAJLIS DAERAH TUMPAT

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

CONTOH BORANG PERJANJIAN PINJAMAN SILA GUNAKAN PEN BERDAKWAT HITAM SAHAJA!!!!!

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Overdraf. November 2017

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Kuala Lumpur. Tarikh : 27 Oktober 2014

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

JADUAL KEENAM AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN 1958 PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN [Subperaturan 13(1)] ARTIKEL

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kenderaan baru buatan tempatan terpilih bagi kegunaan teksi / kereta sewa sahaja.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Jawapan: Tuan adalah layak memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan jika tuan telah memenuhi syarat-syarat berikut:

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

SPB1M. BSN memberi perkhidmatan kepada pengusaha bas sekolah untuk ditukar ganti kepada bas baru tertakluk kepada:

Borang Cadangan Skim Insurans Pembantu Rumah (SIPR)

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20


PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

2. Pemegang kad tambahan dan Kad Kredit-i Korporat adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen Pindahan Baki 2016/17 ini.

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

BERTARIKH PADA... HARIBULAN DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA YANG DIWAKILI OLEH KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN UNIVERSITI...

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Lelaki Perempuan (b) Nombor Kad Pengenalan: ( Baru ) (c) Tarikh Lahir: (HH/BB/TTTT) Umur : tahun Agama: (d) Tempat Lahir: Kewarganegaraan: Bangsa:

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

1. Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran.

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

SYARAT-SYARAT JUALAN

Transkripsi:

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun ANTARA UNIVERSITI MALAYA, sebuah universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan beralamat di 50603 Kuala Lumpur, yang bagi tujuan perjanjian ini adalah diwakili oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (selepas ini dirujuk sebagai UM ) dari satu pihak DAN (No. Syarikat: ) sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dengan alamat berdaftarnya di (selepas ini dirujuk sebagai Petender ) sebagai pihak yang lain. BAHAWASANYA UM berkehendakkan kemudian daripada ini disebut sebagai Perkhidmatan ) daripada Petender yang mana Petender dengan ini bersetuju untuk melaksanakan dan menyempurnakan Perkhidmatan tersebut kepada UM mengikut syarat-syarat yang dinyatakan di bawah ini bermula dari sehingga 1

MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, ADALAH DENGAN INI UM DAN PETENDER BERSETUJU SEPERTI BERIKUT:- 1. PENENTUAN, HARGA, AMAUN DAN MASA 1.1 Petender hendaklah melaksanakan dan menyempurnakan Perkhidmatan mengikut penentuan-penentuan yang ditetapkan dalam Jadual A. 1.2 Perkhidmatan yang ditentukan dalam perenggan 1.1 hendaklah dilaksanakan oleh Petender apabila dikehendaki oleh UM dengan harga, sebanyak mana, pada masa dan dengan cara yang ditentukan oleh Jadual B. 1.3 Penentuan sepertimana di Jadual A itu hendaklah dijadikan asas oleh Petender untuk mengeluarkan arahan kerja dan tertakluk kepada perubahan tambahan atau pengurangan sebagaimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak kepada Perjanjian ini secara bertulis. 1.4 Kadar harga yang disebutkan dalam Jadual B hendaklah disifatkan sebagai termasuk kos mematuhi syarat-syarat Perjanjian, peraturan-peraturan permulaan dan segala perkara kecil yang dinyatakan dalam Jadual A. 2. ANGGARAN KEPERLUAN 2.1 UM tidak menjamin atau melibatkan dengan apa cara juga bahawa semua atau mana-mana Perkhidmatan yang dinyatakan dalam Jadual A akan dipesan dalam tempoh Perjanjian ini. 3. CAGARAN 3.1 Sebelum atau pada masa Perjanjian ini ditandatangani, Petender hendaklah menyerahkan kepada UM cagaran [kemudian daripada ini disebut cagaran ] dalam bentuk Jaminan Bank, Jaminan 2

Syarikat Kewangan, Jaminan Insurans, Jaminan Bank Islam, Jaminan Takaful atau mana-mana cara yang dipersetujui oleh UM. 3.2 UM boleh mengubah nilai cagaran sekiranya harga atau nilai Perkhidmatan tersebut berubah. 4. MEMBUAT PESANAN 4.1 Pesanan-pesanan UM akan dibuat oleh Jabatan Perolehan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh UM untuk membuat pesanan, secara rasmi dengan bertulis kepada Petender dan UM tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa pesanan yang dibuat selain daripada bertulis. 5. HAK UM APABILA PERKHIDMATAN RENDAH MUTU 5.1 Sekiranya Petender gagal melaksanakan Perkhidmatan, tidak menepati kualiti atau syarat-syarat yang ditetapkan dalam Jadual A, UM berhak sama ada: [a] menolak Perkhidmatan tersebut, menamatkan Perjanjian ini dan merampas semua cagaran; atau [b] menolak Perkhidmatan tersebut dan mendapatkan Perkhidmatan yang dikehendaki itu daripada punca-punca lain. Jika kos bagi memperolehi Perkhidmatan itu melebihi harga dalam Perjanjian ini, Petender adalah dikehendaki membayar amaun yang lebih itu kepada UM beserta lain-lain kos yang terpaksa ditanggung oleh UM bagi mendapatkan Perkhidmatan alternatif ini. 3

6. HAK UM APABILA PERKHIDMATAN LEWAT DIBUAT ATAU TIDAK DIBUAT MENGIKUT JADUAL 6.1 Sekiranya Petender lewat melaksanakan mana-mana jenis Perkhidmatan mengikut pusingan kekerapannya sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual A dalam masa tempoh sahlaku Perjanjian, UM berhak sama ada:- [a] [b] [c] mengenakan denda sebanyak dua setengah peratus (2.5%) daripada nilai tuntutan semua jenis-jenis Perkhidmatan mengikut pusingan kekerapannya yang lambat disiapkan untuk setiap bulan yang lambat sebagai denda kepada UM. Bagi kelewatan yang kurang dari satu (1) bulan, denda hendaklah dikira mengikut perkiraan tiga puluh (30) hari dalam satu (1) bulan. Formula Kiraan 2.5% x jumlah hari lewat x nilai kerja dibuat bagi bulan berkenaan; atau mendapatkan Perkhidmatan yang dikehendaki itu daripada punca-punca lain. Jika kos bagi memperolehi perkhidmatan itu melebihi harga dalam Perjanjian ini, Petender adalah dikehendaki membayar amaun yang lebih itu kepada UM beserta lain-lain kos yang terpaksa ditanggung oleh UM bagi mendapatkan Perkhidmatan alternatif ini; atau menamatkan Perjanjian ini dan merampas semua cagaran. 6.2 Sekiranya Petender gagal melaksanakan salah satu dari mana-mana jenis Perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Jadual A dalam masa tempoh sahlaku Perjanjian, UM berhak sama ada: [a] membuat pemotongan daripada jumlah yang kena bayar kepada Petender serta mengenakan suatu denda pada kadar yang bersesuaian ke atas Petender. Petender hendaklah membayar amaun 4

denda tersebut dalam tempoh masa tidak lewat dari satu (1) bulan dari tarikh surat pemakluman denda berkenaan; atau [b] mendapatkan Perkhidmatan yang dikehendaki itu daripada punca-punca lain. Jika kos bagi memperolehi Perkhidmatan itu melebihi harga dalam Perjanjian ini, Petender adalah dikehendaki membayar amaun yang lebih itu kepada UM beserta lain-lain kos yang terpaksa ditanggung oleh UM bagi mendapatkan Perkhidmatan alternatif ini; atau [c] menamatkan Perjanjian ini dan merampas semua cagaran. 7. HAK UM APABILA PETENDER GAGAL MEMULAKAN PERKHIDMATAN MENGIKUT TEMPOH DITETAPKAN 7.1 Sekiranya Petender gagal melaksanakan Perkhidmatan sebagaimana yang disyaratkan dalam Jadual A mengikut masa yang ditentukan selepas Perjanjian ini ditandatangani, UM berhak menamatkan Perjanjian ini dan merampas semua cagaran. 8. HAK UM MENDAPATKAN PERKHIDMATAN DARI LAIN-LAIN PUNCA 8.1 UM berhak mendapatkan Perkhidmatan yang dinyatakan dalam Jadual A daripada punca-punca lain selain daripada Petender bagi maksud percubaan atau keperluan tertentu. 9. HAK UM MEMOTONG DARI WANG YANG UM TERHUTANG KEPADA PETENDER 9.1 Sekiranya Petender gagal atau enggan membayar satu amaun denda, gantirugi, pampasan atau lain-lain tuntutan yang dikenakan terhadap Petender mengikut Perjanjian ini, maka UM boleh memotong dari apa- apa wang yang kena bayar oleh UM kepada Petender bagi maksud pembayaran tersebut. 5

9.2 Bagi maksud perenggan 9.1 sekiranya wang yang kena bayar oleh UM kepada Petender itu tidak mencukupi bagi menampung tuntutan UM, UM boleh menuntut baki tuntutan itu terus daripada Petender dan Petender hendaklah membuat pembayaran dengan segera selepas sahaja tuntutan dibuat. 10. PEMBAYARAN 10.1 Pembayaran bagi tiap-tiap perkhidmatan yang dilaksanakan akan dibuat oleh UM dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas inbois diterima daripada Petender. Bayaran penuh bagi sesuatu perkhidmatan tidak boleh dianggap sebagai pengakuan bahawa perkhidmatan itu adalah mengikut kualiti yang dikehendaki. 11. PERUBAHAN SYARAT-SYARAT DALAM JADUAL 11.1 UM sentiasa berhak mengubah dari masa ke semasa syarat-syarat yang terkandung dalam Jadual A dan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh UM Perkhidmatan yang dikehendaki itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut. 11.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi Perkhidmatan yang dilaksanakan maka apa-apa perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis. 12. GANTIRUGI KEPADA UM AKIBAT PETENDER MELANGGAR PERJANJIAN 12.1 Petender hendaklah membayar gantirugi terhadap UM di atas segala tuntutan perbelanjaan gantirosak, tanggungan, kerugian dan pembicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas UM akibat secara langsung atau tidak langsung pelanggaran Perjanjian ini oleh Petender. Sekiranya bilangan Petender itu melebihi seorang, maka tanggungan bagi mereka itu hendaklah disifatkan sebagai bersama dan masing-masing. 6

13. IKLAN 13.1 Iklan yang berkaitan dengan Perjanjian ini tidak dibenarkan disiarkan dalam mana-mana media massa atau cara-cara pengiklanan yang lain melainkan pengiklanan itu telahpun diluluskan oleh UM terlebih dahulu secara bertulis. 14. PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB 14.1 Petender tidak boleh menyerahkan mana-mana tanggungjawabnya di bawah Perjanjian ini atau membuat kontrak kecil bagi melaksanakan Perjanjian ini atau mana-mana tanggungjawabnya dengan tidak terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis dari UM. 15. PEMBERIAN MILIK 15.1 Petender tidak boleh memberi milik Perjanjian ini atau mana-mana bahagiannya atau menggadaijanji, menggadai atau mempertanggungjawabkan mana-mana jua daripada wang yang kena bayar atau yang telah genap masanya untuk dibayar di bawah Perjanjian ini apa-apa faedah yang terbit dari Perjanjian ini dengan tidak terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis UM. 16. PEKERJA 16.1 Bagi Perkhidmatan atau bahagian Perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia oleh Petender, maka Petender adalah dikehendaki mengambil pekerja Warganegara Malaysia sahaja atau mengikut polisi UM semasa untuk melaksanakan Perjanjian ini melainkan jika Petender dapat menunjukkan hingga memuaskan hati UM bahawa bilangan Warganegara Malaysia dalam sesuatu bidang atau sesuatu kemahiran yang dikehendaki untuk menyempurnakan Perjanjian ini tidak dapat dipenuhi. 7

16.2 Dalam hal perenggan 16.1 Petender dikehendaki mengemukakan penyatapenyata yang berkenaan dengan pekerja-pekerja yang diambil bekerja denganya apabila dikehendaki oleh UM pada atau dalam masa melaksanakan Perjanjian ini. Sekiranya Petender mengemukakan penyata-penyata palsu, maka UM boleh membatalkan pendaftarannya sebagai seorang Petender UM. 17. MALAPETAKA 17.1 UM dan Petender adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang tindakan, ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan Perjanjian sekiranya tindakan, ketinggalan atau kegagalan itu disebabkan oleh malapetaka iaitu rusuhan, kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, peperangan, bahaya laut atau gangguan-gangguan lain yang tidak dapat dikawal oleh mana-mana pihak. 17.2 Dalam hal perenggan 17.1, Petender hendaklah dalam tempoh tujuh hari dari terjadinya malapetaka atau gangguan itu memberitahu UM secara bertulis sebab-sebab malapetaka atau gangguan dan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mengurangkan kelewatan melaksanakan Perkhidmatan dan mengemukakan dokumen-dokumen yang sah bagi menyokong malapetaka atau gangguan tersebut. 17.3 Bagi maksud perenggan ini, UM berhak menjalankan penyiasatan ke atas kelewatan perlaksanaan Perkhidmatan yang disebabkan oleh malapetaka atau gangguan itu. Sekiranya didapati memuaskan hati UM bahawa kelewatan perlaksanaan Perkhidmatan yang disebabkan oleh malapetaka, maka tempoh masa perlaksanaan Perkhidmatan tersebut boleh dilanjutkan kepada satu tempoh yang ditentukan oleh UM selepas berunding dengan Petender dan sekiranya UM mendapati sebab-sebab kejadian tersebut adalah tidak benar maka Petender bertanggungjawab di atas kelewatan melaksanakan perkhidmatan tersebut dan UM boleh mengambil tindakan menurut perenggan 5 dan 6 Perjanjian ini. 8

17.4 Adalah menjadi tanggungjawab Petender bahawa Perjanjian ini dapat dilaksanakan dengan tidak mengenakan apa-apa kos tambahan kepada UM walaupun satu kejadian malapetaka telah berlaku. 17.5 Sekiranya Petender tidak memberitahu UM mengenai malapetaka dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah perenggan 17.2 Perjanjian, maka Petender dianggap bersetuju melaksanakan Perkhidmatan menurut Perjanjian ini dan sekiranya kelewatan atau kegagalan perlaksanaan berlaku, maka Petender tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya dengan alasan malapetaka. 18. LANJUTAN TEMPOH PERJANJIAN 18.1 Perjanjian ini boleh dilanjutkan kepada satu tempoh yang akan ditentukan dengan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Permohonan bagi melanjutkan tempoh perjanjian ini boleh dibuat oleh mana-mana pihak enam (6) bulan sebelum tamatnya Perjanjian. 19. PENAMATAN PERJANJIAN 19.1 UM boleh menamatkan Perjanjian ini dan merampas cagaran sekiranya; [a] Petender melakukan perlanggaran terhadap mana-mana syarat atau [b] perenggan dalam Perjanjian ini; Petender pada bila-bila masa menjadi bankrap atau sesuatu perintah penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya; atau membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang atau mahkamah membuat suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau sekiranya seseorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau sekiranya timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat suatu perintah penggulungan. Dalam hal ini, Petender hendaklah memberitahu perkara berkaitan kepada UM secara bertulis; 9

[c] UM mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Petender atau sesiapa yang diambil bekerja dengannya atau bertindak bagi pihaknya sama ada diketahui atau di luar pengetahuan Petender melakukan perbuatan rasuah; dan [d] Petender yang tidak mempunyai sesuatu permit atau lesen atau kebenaran yang sah yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa menurut peruntukan undang-undang bagi tujuan melaksanakan Perjanjian ini. 19.2 Penamatan Perjanjian ini tidak menyentuh hak-hak UM untuk mendapat balik gantirosak atau pampasan atau mana-mana denda di bawah Perjanjian. 19.3 Bagi tujuan penamatan ini UM hendaklah memberi notis bertulis sekurangkurangnya dua (2) minggu kepada Petender melalui pos berdaftar atau dengan tangan yang dialamatkan kepada Petender seperti menurut alamat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini atau alamat terakhir Petender dan notis tersebut hendaklah dianggap telah diserah hantar dan diterima oleh Petender. 20. DUTI SETEM 20.1 Mana-mana duti setem yang dikenakan bayar dan perbelanjaan yang berbangkit mengenai Perjanjian ini akan ditanggung oleh Petender. 21. UNDANG-UNDANG DAN KUASA 21.1 Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikuti undang-undang Malaysia dan Mahkamah-Mahkamah Malaysia hendaklah ada bidang kuasa bagi mendengar dan menentukan semua tindakan dan pembicaraan mengenai Perjanjian ini. 10

22. PERTIKAIAN 22.1 Apa-apa pertikaian atau perbezaan yang terbit di antara UM dengan Petender mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa Perjanjian atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubung dengannya sama ada dalam tempoh Perjanjian ini atau selepas tamat Perjanjian ini hendaklah kecuali jika selainnya dipersetujui dengan bertulis di antara UM dengan Petender, dirujukkan kepada seorang penimbangtara, seorang dilantik oleh UM dan seorang lagi dilantik oleh Petender menurut peruntukan-peruntukan Akta Timbangtara 2005 (Arbitration Act, 2005) atau mana-mana undang-undang yang berkaitan mengenainya berkuatkuasa pada masa itu. 23. ALAMAT 23.1 Semua surat-menyurat atau notis mengenai Perjanjian ini hendaklah di alamatkan seperti berikut : [a] Bagi pihak UM : Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya 59100 KUALA LUMPUR (u.p : Jabatan Perolehan) No. Telefon : 03-7949 2009 No. Faks : 03-7954 1206 11

[b] Bagi pihak Petender : No. Telefon : No. Faks : E-mail : 23.2 Sekiranya berlaku pertukaran alamat seperti yang dinyatakan di perenggan 23.1, maka pihak berkenaan hendaklah memberitahu dengan bertulis kepada pihak yang lagi satu alamat barunya. 24. SYARAT-SYARAT TENDER/SURAT TAWARAN/JADUAL-JADUAL 24.1 Adalah dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa syarat-syarat tawaran surat tawaran dan Jadual-Jadual A dan B bagi Perjanjian ini hendaklah dibaca bersama-sama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini. 25. KESAN PERJANJIAN 25.1 Perjanjian ini hendaklah dianggap sebagai perjanjian yang keseluruhannya dan mengganti semua perjanjian dan jaminan sebelum perjanjian ini. 12

PENGAKUSAKSIKAN OLEH PIHAK YANG MENANDATANGANI KONTRAK Perjanjian ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil bagi pihak-pihak dalam Perjanjian ini yang diberikan kuasa berbuat demikian pada hari dan tahun yan mula-mula tercatat di atas Untuk dan bagi pihak UNIVERSITI MALAYA Untuk dan bagi pihak XXX Nama : Nama : Jawatan : Jawatan : Cop Rasmi : Di hadapan Di hadapan Nama : Nama : Jawatan : No. Kad Pengenalan : Jawatan : No. Kad Pengenalan : Cop Rasmi : 13