Harga Minyak Mencetus Kebiasaan Baharu dalam Persekitaran Ekonomi Global dan Keupayaan Malaysia Menanganinya.

dokumen-dokumen yang mirip
Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

944/2 PERCUBAAN STPM 2012

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

1998 ANNUAL REPORT TINJAUAN PASARAN MODAL 1998 PASARAN SERANTAU KECUALI JEPUN

TINJAUAN DAN PROSPEK Ekonomi Malaysia

SELAMAT DATANG KE KULIAH 14 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pendapatan Isi Rumah. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Pengenalan Makroekonomi

944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

Melindungi anda pada waktu yang sukar

Soalan Huraian Markah 1(a) Enci Majid menghadapi masalah kekurangan. 1m - kekurangan wang/pendapatan

2 SULIT 3757/2 Bahagian A [75 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

Kuliah 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

SENARAI JADUAL DAN CARTA

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL

Keluaran Sentiasa Sama Dengan Pendapatan dan Perbelanjaan. Pendapatan Negara, Pendapatan Persendirian dan Pendapatan Boleh Guna

Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 1

KULIAH 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Akaun Pelaburan Waheed

Aliran Fizikal Aliran dalam bentuk wang tunai seperti pendapatan faktor pengeluaran (SUFK) perbelanjaan penggunaan(c), tabungan (S)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

Contoh Soalan SPM: Bahagian B

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

Akaun Semasa Mudarabah

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

Akaun Semasa Mudarabah

SOALAN LATIH TUBI BERFOKUS (SOLAF 2) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2

BAB VII KESIMPULAN. Kajian sejarah perkembangan perusahaan perikanan di Brunei ini melibatkan satu jangka

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD KENYATAAN MEDIA PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD ( PNHB ATAU SYARIKAT )

MALAYSIA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA

Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

Ekonomi (944) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

3756/1 PRINSIP AKAUN

Akaun Pelaburan Wafiyah

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 7: Wang, Kadar Bunga dan Pendapatan Negara

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

EPPE 2213 EKONOMI MONETARI DASAR MONETARI Di SRI LANKA

JKE Kewangan Antarabangsa

<>_>>_>>_>>? <>_>>_>>_>>? <>_>>_>>_>>?

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

Akaun Pelaburan Waheed

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

SULIT 3757/1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 EKONOMI ASAS KERTAS 1

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Masalah Menggunakan Data Pendapatan Negara Perkapita Sebagai Ukuran Taraf Hidup Antara Masa Dan Antara Negara

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

SKIMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS KERTAS 2 (3747/2)

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

22. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan bangunan Suruhanjaya Sekuriti ini.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

Senario Pencemaran Udara

Indeks Pembangunan Manusia. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Kami mempunyai sebuah set Prosedur bagi melantik Pengurus-pengurus Dana. Langkah-langkah itu adalah seperti berikut:

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI )

Pengenalan kepada Ekonomi

RANCANGAN MALAYSIA KE ENAM (RM6)

Kriteria Belanjawan Modal

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

PERCUBAAN STPM 2012 PERCUBAAN STPM 2012 PERCUBAAN STPM 2012 PERCUBAAN STPM /1 PERCUBAAN EKONOMI KERTAS 1 MIKROEKONOMI ANEKA PILIHAN DAN ESEI

Pilihan : Soalan (5) : Alam Sekitar atau Pembangunan?

Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

KESTABILAN EKONOMI MAKRO UNTUK PERTUMBUHAN

TAJUK PROJEK: TEKNIK DAN PROSEDUR PEMBUATAN BERSANDAR UNTUK PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN DALAM INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA

TAJUK PROJEK: PROGRAM PENGURUSAN PENGKULTURAN RUMPAI LAUT DI SEMPORNA, SABAH

Speech by Malaysia Prime Minister, Y.A.B Datuk Seri Najib Razak in the recent UMNO Convention Utusan Online

Transkripsi:

Harga Minyak Mencetus Kebiasaan Baharu dalam Persekitaran Ekonomi Global dan Keupayaan Malaysia Menanganinya. Prof Emeritus Dr Zakariah Abdul Rashid Pengarah Eksekutif, MIER Keruntuhan harga minyak mentah dunia telah mencetus impak yang besar kepada ekonomi dunia. Ia juga telah mengakibatkan kemerosotan yang hebat dalam imbangan dagangan Malaysia dan dalam kadar tukaran hampir kesemua mata wang dunia. Walaupun ini fenomena global namun ia menguji ketahanan struktur ekonomi Malaysia di samping menyerlahkan segala kelemahannya. Paling ketara, ia telah menggugat imbangan dagangan dan rezab antarabangsa dalam imbangan pembayaran negara. Bagaimana ia berlaku dan adakah kita dapat menangani ledakan ini, akan kita kupas dalam rencana ini. Minyak dan gas asli merupakan sejenis galian yang sangat dikehendaki untuk mengeluarkan produk berasaskan petroleum dan petrokimia. Tenaga elektrik juga dijana dengan menggunakan sumber galian ini. Sebagai sumber huluan, minyak mempunyai nilai komersial yang tinggi. Ekonomi Malaysia agak kuat bergantung kepada minyak dan gas. Komoditi ini menyumbang lebih kurang 15 peratus kepada hasil eksport dan 30 peratus kepada hasil kerajaan persekutuan. Komoditi ini terdiri daripada dua kategori utama yakni barangan petroleum bertapis yang merupakan keluaran hiliran dan minyak mentah sebagai keluaran huluan. Lebih kurang seperempat daripada nilai minyak dan gas yang dieksport adalah dalam bentuk minyak mentah sedang selebihnya barang petroleum bertapis. Malaysia merupakan pengeksport bersih minyak mentah dan sebaliknya menjadi pengimport bersih barangan petroleum. Trend kejatuhan harga komoditi terutama minyak mentah dan kemerosotan kadar tukaran mata wang negara-negara pengeksport komoditi bergerak seiring semenjak Ogos 2014. Barangan petroleum bertapis yang dikeluarkan banyak digunakan oleh industri tempatan sedang bagi minyak mentah dan gas asli pula untuk eksport. Barangan petroleum bertapis yang dikeluarkan juga mempunyai nisbah nilai-tambah yang kecil berbanding dengan minyak mentah dan gas asli. Memahami struktur

pasaran dan struktur pengeluaran sedemikian adalah penting untuk memahami dengan lebih jelas bagaimana perubahan harga minyak mentah memberi impak kepada ekonomi negara. Perdagangan minyak mentah didenominasikan dalam dolar Amerika. Ini bermakna, ketika harga minyak tinggi, lebih banyak dolar Amerika diperlukan untuk membelinya dan lebih banyak dolar Amerika dijana sebagai hasil eksport untuk kuantiti minyak yang sama. Keadaan ini turut mempengaruhi harga komoditi lain seperti logam emas, yakni lebih banyak dolar Amerika diperlukan untuk mendapatkan kuantiti emas yang sama ketika harga minyak naik. Pada umumnya, semua komoditi akan mengalami keadaan yang sama seperti yang berlaku pada logam emas. Maka, pada lazimnya ketika harga minyak naik, harga komoditi utama akan turut sama naik, yakni, lebih banyak dolar Amerika diperlukan untuk mendapatkan kuantiti yang sama, dan sebaliknya jika harga minyak jatuh. Atau dengan kata lain, ketika harga minyak tinggi nilai dolar Amerika rendah, dan begitulah sebaliknya ketika harga minyak rendah. Oleh kerana dolar Amerika menjadi asas untuk mengukur mata wang lain, ketika dolar Amerika tinggi nilai mata wang lain menjadi rendah, dan begitulah sebaliknya ketika dolar Amerika rendah. Jadi, ketika harga minyak tinggi, kadar tukaran dolar Amerika menyusut berbanding dengan mata wang lain, dan sebaliknya berlaku ketika harga minyak rendah. Kesimpulannya, Harga minyak boleh dianggap sebagai pencetus awal kepada kewujudan kebiasaan baharu dalam ekonomi global. Walaupun begitu, hubungan sedemikian hanyalah sesuatu yang umum kerana di samping harga minyak, harga komoditi bukan minyak dan kadar tukaran mata wang juga turut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain, meliputi faktor ekonomi dan faktor bukan ekonomi. Ini menjadikan hubungannya tidak linear antara satu komoditi dengan komoditi dan antara satu mata wang dengan satu mata wang yang lain.

Justeru, minyak juga merupakan komoditi istimewa sebagai aset penyimpan nilai. Corak pemegangan aset banyak tergantung ke atas harga relatif aset. Ketika harga komoditi ini tinggi, pemegangan dolar Amerika menjadi tidak menarik lantas kadar tukaran asing mata wang tersebut rendah; dan begitu juga sebaliknya berlaku seperti pada masa kini. Di samping itu, dolar Amerika juga merupakan mata wang rezab dunia, yang dengannya nilai semua mata wang lain dipadankan. Pada umumnya, Kekukuhan dolar Amerika adalah kelemahan mata wang lain, dan begitulah juga sebaliknya. Keruntuhan harga minyak mentah mencetus impak secara terus melalui kejatuhan hasil eksport minyak dan gas. Dengan kejatuhan harga yang besar ini, telaga minyak negara mengeluarkan nilai output minyak mentah yang semakin rendah walaupun kuantitinya tidak berubah. Atau, jika ingin menjaga agar nilai output yang tinggi, kita terpaksa meningkatkan kuantiti pengeluaran bergantung kepada dasar yang diambil. Perubahan harga minyak juga mempunyai impak ke atas pertumbuhan KDNK dan variabel makroekonomi yang lain tergantung kepada bagaimana komoditi ini terkait secara teknikal dalam keseluruhan struktur ekonomi negara. Perlu difahami bahawa sektor minyak dan gas merupakan antara beberapa sektor yang menjana nilai-tambah yang tertinggi bagi setiap unit output yang dikeluarkan, begitu juga dalam kadar keuntungan tetapi tidak dalam upah pekerja. Ini bermakna, kemerosotan hasil eksport minyak mentah disebabkan oleh kejatuhan harganya akan memberi impak negatif yang besar berbanding dengan jika kejatuhan harga itu terjadi kepada komoditi lain. Impak negatif ini bermula kepada imbangan pembayaran dan seterusnya menjangkiti variabel makroekonomi yang lain. Lebihan dagangan yang berterusan dalam tempoh yang agak lama melegakan ekonomi negara. Namun trend menurun lebihan tersebut dalam masa kebelakangan ini amat membimbangkan. Penurunan ini sedikit sebanyak memberi tekanan ke atas akaun semasa imbangan pembayaran. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah pergerakan dalam aliran nilai dan aliran kuantiti perdagangan minyak petroleum mentah dan

barangan petroleum ekoran daripada kejatuhan besar-besaran harga minyak mentah dunia. Malaysia biasanya mempunyai lebihan dalam perdagangan minyak petroleum mentah tetapi defisit dalam perdagangan barang petroleum. Digabungkan kedua-dua komoditi ini, imbangan dagangannya sering merekodkan lebihan. Tetapi kebelakangan ini akaun tersebut merekodkan defisit bahana kejatuhan harga minyak. Sejak Januari 2014, nilai eksport petroleum mentah dan barangan petroleum menurun walaupun kuantiti eksport minyak mentah meningkat dan kuantiti barangan petroleum kekal tidak berubah. Kehebatan tekanan kejatuhan harga minyak terbukti dalam data perdagangan yang menunjukkan peningkatan kuantiti namun tidak mampu menyekat kemerosotan nilai eksport minyak petroleum dan barangan petroleum. Harga minyak dunia merupakan faktor penting untuk mengekalkan lebihan dalam imbangan dagangan dan seterusnya juga dalam akaun semasa imbangan pembayaran. Ini menandakan Malaysia tidak berdaya menangani kesan negatif kejatuhan harga minyak dunia. Tekanan dalam akaun semasa menjadi bertambah kuat oleh aliran keluar bersih pendapatan faktor prima yang disumbangkan sebahagian besar oleh penghantaran wang keluar oleh pekerja asing yang sangat ramai tetapi mereka kelihatan kurang produktif. Jadi, perubahan harga minyak mentah mempengaruhi kadar tukaran dolar Amerika dan seterusnya ke atas kadar tukaran lain-lain mata wang dunia, termasuk ringgit. Nilai rezab ditentukan oleh aliran dagangan sebenar yang kini turut mengalami kemerosotan secara langsung atau tidak di pengaruhi oleh kejatuhan harga minyak. Oleh kerana rezab antarabangsa yang dipegang oleh Bank Negara Malaysia didenominasikan dalam dolar Amerika, peningkatan kadar tukaran dolar Amerika berbanding ringgit mengakibatkan kejatuhan nilai rezab. Ini bermakna, rezab tidak boleh dipulihkan kecuali dengan pemulihan dalam lebihan dagangan dan kadar tukaran ringgit, yang kedua-duanya agak sukar terjadi kecuali harga minyak mentah dunia pulih, yang tidak mungkin berlaku buat masa terdekat.

Namun demikian, tekanan kepada ekonomi Malaysia bahana kejatuhan harga minyak dan kemerosotan kadar tukaran ringgit telah, alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat di tampan oleh langkah-langkah pembaharuan strategik yang kita sedang ambil dalam Model Baharu Ekonomi. Inisiatif ini perlu diteruskan kerana masih terlalu banyak kelemahan struktur terdapat dalam ekonomi kita yang menimbulkan pelbagai kepincangan strata, wilayah dan produktiviti serta struktur pengeluaran. Fenomena global ini sekadar menyerlahkannya.