METODOLOGI KEPIMPINAN MENURUT AL-QUR AN. Ahmad Tarmizi Bin Zakaria Universiti Selangor ABSTRAK

dokumen-dokumen yang mirip
"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

SUMBER HUKUM ISLAM 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

SAH 123 : AKHLAK BAB 4: PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan maksud pembentukan akhlak mulia.

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

BAHAGIAN A (20 markah)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

DAFTAR TERJEMAH. No Hal Kutipan Bab Terjemah

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

LALUAN KEHIDUPAN

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

BAB 2 ISLAM DAN SYARIAH ISLAM OLEH : SUNARYO,SE, C.MM. Islam dan Syariah Islam - Sunaryo, SE, C.MM

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

Mendidik Anak Menuju Surga. Ust. H. Ahmad Yani, Lc. MA. Tugas Mendidik Generasi Unggulan

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

SKEMA TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012 NEGERI PAHANG

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Pendidikan Agama Islam

:

Selasa, 3 Julai 12. Sistem pembangungan islam

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN. Satu jam lima belas minit

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

Bab 3 Peran Sentral Guru PAI Dalam Memberdayakan Sekolah Sebagai Pusat Pembangunan Karakter Bangsa

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

Menerangkan pengertian akhlak. Menjelaskan konsep dan prinsip akhlak. Menghuraikan sumber-sumber akhlak Islam

Bab 2 Iman Kepada Kitab-kitab Allah

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS


TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

Tiga Yang Diridhai Allah dan Tiga Yang Dia Benci

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

Kewajiban Menunaikan Amanah

Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

MAKLUMAT KURSUS KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 7/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

BAB 4 Ibadah Membina Insan Berkualiti II

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

Sumber: Islam4Kids.com Berdasarkan Kisah Para Nabi oleh Ibnu Katsir dan Tafsir Ibnu Katsir

REVIEW. Disampaikan pada perkuliahan PENDIDIKAN AGAMA ISLAM kelas PKK. Dr. Dede Abdul Fatah, M.Si. Modul ke: Fakultas EKONOMI. Program Studi AKUNTANSI

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

SKEMA PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM (MODUL 2)

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

Transkripsi:

METODOLOGI KEPIMPINAN MENURUT AL-QUR AN Ahmad Tarmizi Bin Zakaria Universiti Selangor ABSTRAK Kepimpinan yang baik dan disenangi sentiasa menjadi impian dalam manamana organisasi atau institusi dalam masyarakat. Ia bermula daripada pemimpin yang akan mencorak hala tuju kepimpinannya dan seterusnya membawa mereka yang dipimpin bergerak ke arah hala tuju yang telah ditentukannya. Islam sejak dari awal pensyariatannya amat mementingkan soal kepimpinan ini dan sentiasa memberi ingatan dan amaran akan amanah yang perlu dilaksanakan oleh seorang pemimpin. Ini dapat dilihat daripada contoh kepimpinan yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat RA yang sentiasa menjadi rujukan kita hingga kini. Artikel ini akan menerangkan secara umum konsep kepimpinan dalam Islam seperti yang digariskan dalam Al-Qur an yang meliputi pengenalan konsep kepimpinan, sumber rujukan utama yang turut meliputi Al-Qur an dan Al-Sunnah serta perbezaan konsep kepimpinan Islam dan Barat. Seterusnya akan dihuraikan metodologi kepimpinan menurut Al-Qur an yang turut menyentuh tentang sejarah pelantikan khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW. Tulisan ini juga akan menjelaskan kriteria, hak dan tanggungjawab pemimpin berdasarkan perspektif Islam. 1.0 PENGENALAN Terdapat beberapa istilah yang menggambarkan konsep pemimpin dan kepimpinan dalam al-quran dan juga hadis Rasulullah SAW antaranya istilah khalifah, imam atau imamah atau aimmah (Omar Bin Abdul). Istilah khalifah ditujukan kepada manusia yang dijadikan oleh Allah SWT untuk memikul tanggungjawab di muka bumi ini seperti firman-nya dalam Surah Al-Baqarah, ayat 30 : Maksudnya : Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Sebagai khalifah di muka bumi, manusia terikat dengan tiga bentuk hubungan, iaitu :- (i) Hubungan menegak, iaitu hubungan manusia dengan Allah SWT. 156

Dalam hubungan ini manusia menerima pimpinan Ilahi serta tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah dalam melaksanakan amanah-nya. (ii) Hubungan dalaman, iaitu hubungan manusia dengan diri sendiri. Pada tahap ini manusia menggunakan ilmu naqliah (ilmu agama) untuk mengembangkan ilmu aqliyyah yang mengandungi tanda-tanda kewujudan dan kebesaran Allah di dalam alam. (iii) Hubungan melintang, iaitu hubungan antara manusia dengan manusia dan dengan makhluk lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seumpamanya. Pada tahap ini, kepimpinan manusia dilaksanakan, diminta pertanggungjawaban dan dinilai. Pengetahuan manusia tentang diri sendiri, alam sekitar, sejarah dan masyarakat, semuanya mesti diarah untuk meningkatkan iman dan amal soleh serta membantu manusia menjalankan hubungan menegak, hubungan dalaman dan hubungan melintang dengan sempurna. Firman Allah SWT dalam Surah as-sajdah, ayat 24 : Maksudnya : Dan Kami jadikan dari kamu ketua-ketua yang memimpin dengan perintah Kami, tatkala mereka telah sabar dan adalah mereka yakin kepada ayat-ayat Kami. Dalam konteks yang lain, Allah SWT juga menyuruh manusia berdoa kepada-nya seperti firman-nya dalam Surah al-furqan, ayat 74 : Maksudnya : Hai Tuhan Kami! Jadikan dari isteri-isteri kami dan anak cucu kami, penyejuk mata (menyenangkan hati) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa. Penerangan dalam ayat-ayat di atas menjelaskan kepimpinan dalam konteks yang luas. Seorang pemimpin boleh jadi seorang ketua negara, mufti, hakim (qadi), menteri, wakil rakyat, ketua jabatan, penghulu, ketua keluarga dan apa sahaja yang membabitkan orang di 157

bawah jagaannya. 2.0 SUMBER KEPIMPINAN ISLAM Kepimpinan secara umum merupakan satu cara mengorganisasikan kegiatan manusia melalui pemusatan kuasa untuk mencapai matlamat kehidupan bermasyarakat (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, 2003) Bertitik-tolak daripada itu, maka sumber rujukan dalam kepimpinan Islam perlulah bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Justeru, Pemimpin Islam hendaklah mengetahui, memahami dan mengamalkan segala dasar ajaran Islam pada setiap masa dan tempat. Rujukan utama kepimpinan Islam ialah menerusi firman Allah SWT dalam Surah An- Nisa, ayat 58-59 : Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhannya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat (58). Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya (59). Secara jelasnya, saranan Allah SWT dalam Surah An-Nisa' di atas menjadi asas kepada seluruh sistem Ad-Deen, kebudayaan dan siasah Islam serta merupakan kaedah pertama di dalam perlembagaan Daulah Islamiyyah. Ayat ini menggariskan empat perkara utama 158

yang perlu diberi keutamaan dalam usaha menunaikan amanah kepimpinan, iaitu : (i) (ii) (iii) Allah sebagai kemuncak pimpinan yang wajib ditaati. Kesetiaan dan ketaatan kepada Rasulullah SAW sebagai jalan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah. Ketaatan dan kesetiaan para muslimin kepada ulil `amri, iaitu orang yang telah diberikan kekuasaan untuk memimpin masyarakat. Mengiktiraf Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan utama masyarakat Islam sekaligus menjadikannya sebagai sumber rujukan untuk menyelesaikan segala persengketaan. 3.0 PERBEZAAN KONSEP KEPIMPINAN ISLAM DAN BARAT. Terdapat perbezaan yang amat besar antara konsep kepimpinan Islam dengan konsep kepimpinan sekular Barat. Kepimpinan Islam adalah amanah ketuhanan (divine trust) yang merangkumi urusan duniawi-ukhrawi dengan dwi-peranan utama iaitu memelihara agama dan mengurus dunia. Ia berbeza dengan konsep kepimpinan sekular Barat yang hanya menjurus kepada urusan duniawi dan manusiawi. Kepimpinan bagi Barat dianggap sebagai proses bagaimana seseorang mempengaruhi seseorang atau kumpulan ke arah pencapaian matlamat dalam situasi tertentu. Beberapa unsur yang diberi keutamaan dalam konsep kepimpinan sekular Barat, antaranya individu atau kumpulan manusia (ahli organisasi), sumber-sumber (wang, mesin dan lain-lain), tugas (peranan), matlamat (hasrat yang ingin dicapai) dan situasi (yang mempengaruhi motivasi, kepuasan pekerja, gaya kepimpinan, penggunaan kuasa dan lain-lain). Dalam konteks organisasi, kepimpinan adalah proses mempengaruhi subordinat untuk mendapatkan kerjasama dan penglibatan mereka ke arah mencapai objektif organisasi dengan mengefektifkan dinamik kumpulan dan perhubungan inter-personal antara anggotaanggotanya. Malangnya, dalam usaha mempertahankan status-quo, kuasa dan pengaruh, kepimpinan sering kali bertukar menjadi proses sehala. Pemimpin semacam memaksa pengikut atau subordinat menerima perubahan-perubahan seperti perubahan matlamat, objektif, perubahan matlamat, objektif, prosedur, input, proses dan seterusnya output dalam sesuatu sistem sosial. Keadaan ini amat berbeza dengan Islam yang menganggap kepimpinan adalah taklif atau bebanan tanggungjawab dan bukan satu tasyrif atau pun satu keistimewaan. Pemimpin diibaratkan sebagai "pengembala" yang akan diminta tanggungjawab di atas gembalaannya (Maksud Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Di samping itu, kepimpinan atau pemerintahan dalam Islam adalah alat dan bukan sebagai tujuan. Justeru, pemimpin perlu dipimpin oleh ilmu, iman dan amal untuk menjadikan kepimpinannya sebagai alat yang aktif yang dapat merealisasikan tujuan 159

yang hendak dicapai iaitu membela agama dan mengurus dunia. Lantaran itu, Islam menempatkan kepimpinan di tempat yang tinggi, sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Makhluk yang paling dicintai oleh Allah adalah imam yang adil, dan yang paling dibenci Allah adalah imam yang zalim. (Hadis Riwayat Ahmad) Berdasarkan huraian di atas, konsep kepimpinan Islam dapat dirumuskan seperti berikut : 3.1 Berteraskan konsep khalifah Allah SWT iaitu setiap manusia adalah pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya,keluarganya serta ahli-ahli di bawah jagaannya. Firman Allah SWT dalam Surah At-Tahrim, ayat 6 : Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. 3.2 Konsep kepimpinan dihubungkan dengan tugas menegakkan amar ma`ruf nahyi mungkar yang merangkumi semua perkara yang dituntut dan diharuskan oleh syarak iaitu meliputi soal-soal aqidah, syariah dan akhlak yang membawa manusia kepada kesejahteraan kehidupan sekali gus mencegah yang buruk, keji dan mungkar. 3.3 Kepimpinan Islam digerakkan oleh ilmu, iman dan amal soleh yang ditunjangi oleh keikhlasan dalam semua bentuk tindakan yang diambil sama ada dalam bidang ekonomi, sosial, politik, kebajikan dan lain-lain. 3.4 Kepimpinan bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan rebutan. Malahan ianya bukan untuk dipohon atau menawarkan diri bagi menjawat sesuatu jawatan. Ia juga bukan suatu profesion dan tidak dimonopoli oleh satu-satu kaum, ras, bangsa atau keturunan. Ini dapat dilihat daripada ucapan bersejarah oleh Saidina Abu Bakar r.a sebaik sahaja beliau dilantik sebagai khalifah yang menjelaskan kedudukan seorang pemimpin dalam Islam, iaitu : "Aku dilantik bukan kerana aku lebih baik daripada kamu. Sokonglah aku sekiranya aku melaksanakan perintah Allah dan jika aku menyeleweng, perbetulkanlah aku." 160

3.5 Melantik pemimpin adalah satu kewajipan umat Islam. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : "Jika kamu bertiga, maka lantiklah salah seorang daripada kamu menjadi ketua." 3.6 Kepimpinan dalam Islam mencakupi urusan dunia dan akhirat. Pemimpin Islam perlu insaf dan menyedari bahawa setiap tanggungjawab akan dipersoalkan bukan sahaja di dunia malah di akhirat. 3.7 Tidak ada pemujaan terhadap pemimpin dan tidak ada konsep ma`sum dalam kepimpinan Islam. 3.8 Kepimpinan Islam menganjurkan kepatuhan bersyarat. Seseorang itu tidak perlu patuh, malah wajib engkar sekiranya pemimpinnya menyeleweng atau melakukan perkara yang melanggar perintah Allah SWT seperti yang dinyatakan oleh hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat terhadap Allah." 3.9 Kepimpinan Islam beroperasi di atas dasar syura. Pemimpin hendaklah mengadakan mesyuarat (syura) dengan orang yang dipimpinnya kerana matlamat kepimpinan Islam ialah untuk memastikan kewujudan dan keberlangsungan jemaah atau umat Islam pada setiap masa. 3.10 Pemimpin yang dipilih mestilah menepati kriteria jawatan atau tugas yang akan dilaksanakan dari segi tanggungjawab dan kemahiran. Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah menolak permintaan Abu Dzar al-ghifari yang menawarkan diri untuk menyandang satu jawatan menerusi sabdanya yang bermaksud : "Anda seorang yang lemah, sedangkan tugas ini adalah sa t u amanah, ia menyusahkan dan menjadi sa t u penyesalan pada hari kiamat nanti, kecuali bagi orang yang mengambilnya secara hak dan menunaikan tanggungjawab yang terpikul di bahunya." (Hadis riwayat Muslim) 4.0 METODOLOGI KEPIMPINAN DALAM AL-QURAN. 4.1 Berteraskan konsep khalifah Allah SWT; setiap manusia (muslim dan mukmin) adalah pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya, keluarganya serta ahli-ahli di bawa jagaannya. Firman Allah SWT dalam Surah At-Tahrim, ayat 6 : 161

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. 4.2 Konsep kepimpinan dihubungkan dengan tugas menegakkan amar ma`ruf nahyi mungkar yang merangkumi semua perkara yang dituntut dan diharuskan oleh syarak iaitu meliputi soal-soal akidah, syariah dan akhlak yang membawa manusia kepada kesejahteraan kehidupan sekali gus mencegah yang buruk, keji dan mungkar. 4.3 Kepimpinan Islam digerakkan oleh ilmu, iman dan amal soleh yang diterasi oleh keikhlasan dalam semua bentuk tindakan yang diambil, sama ada dalam bidang ekonomi, sosial, politik, kebajikan dan lain-lain. Tidak ada istilah "tindakan menghalalkan cara" dalam kepimpinan Islam. 4.4 Kepimpinan bukan sesuatu jawatan yang boleh dijadikan bahan rebutan. Malahan bukan untuk dipohon atau menawar diri untuk menjawat sesuatu jawatan. Ia bukan suatu profesion dan tidak dimonopoli oleh satu-satu kaum, ras, bangsa atau keturunan. Ucapan Abu Bakar sebaik sahaja beliau dilantik menjelaskan kedudukan ini : Aku dilantik bukan kerana aku lebih baik daripada kamu. Sokonglah aku sekiranya aku melaksanakan perintah Allah. Jika aku menyeleweng, perbetulkan aku 4.5 Melantik pemimpin adalah satu kewajipan umat Islam. Hadis Rasulullah SAW bermaksud : "Jika kamu bertiga, maka lantiklah salah seorang menjadi ketua." 4.6 Kepimpinan dalam Islam mencakupi urusan dunia dan akhirat. Pemimpin Islam perlu insaf dan menyedari bahawa setiap tanggungjawab akan dipersoalkan bukan sahaja di dunia malah di akhirat. 4.7 Tidak ada pemujaan terhadap pemimpin dan tidak ada konsep ma`sum dalam kepimpinan Islam. 4.8 Kepimpinan Islam menganjurkan kepatuhan bersyarat. Seseorang itu tidak perlu patuh, malah wajib engkar sekiranya pemimpinnya menyeleweng atau melakukan perkara yang melanggar perintah Allah SWT seperti yang dinyatakan oleh hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat terhadap Allah." 4.9 Kepimpinan Islam beroperasi di atas dasar syura. Pemimpin hendaklah mengadakan mesyuarat (syura) dengan orang yang dipimpinnya kerana matlamat 162

kepimpinan Islam ialah untuk memastikan kewujudan dan keberlangsungan jemaah atau umat Islam pada setiap masa. 4.10 Pemimpin yang dipilih mestilah menepati kriteria jawatan atau tugas yang akan dilaksanakan dari segi tanggungjawab dan kemahiran. Rasulullah SAW pernah menolak permintaan Abu Dzar al-ghifari yang menawarkan diri untuk menyandang satu jawatan menerusi sabdanya yang bermaksud : "Anda seorang yang lemah, sedangkan tugas ini adalah sa t u amanah, ia menyusahkan dan menjadi sa t u penyesalan pada hari kiamat nanti, kecuali bagi orang yang mengambilnya secara hak dan menunaikan tanggungjawab yang terpikul di bahunya". (Hadis riwayat Muslim) 5.0 KRITERIA PEMIMPIN MENURUT ISLAM. Pemilihan pemimpin untuk sesuatu jawatan perlu dilakukan dengan teliti kerana kepimpinan itu mesti memiliki dua rukun, iaitu quwwah dan amanah. Quwwah dalam pengertian syara` mestilah merujuk bidang tugas yang diberikan. Secara umum, quwwah ialah kekuatan atau kemampuan melaksanakan tugas dalam pelbagai bidang meliputi fikiran, kerohanian, jasmani, organisasi, akhlak, peribadi dan lain-lain yang perlu dimiliki oleh pemimpin untuk mejayakan kepimpinannya. Quwwah dalam bidang peperangan misalnya merujuk kepada kepintaran mengatur strategi peperangan, semangat juang dan keberanian. Manakala quwwah dalam menetapkan hukum antara manusia, merujuk kepada kesanggupan menjalankan hukumhukum menurut Al-Quran dan As-Sunnah dengan adil serta quwwah dalam bidang kewangan pula merujuk kepada kemahiran dalam bidang ekonomi. Amanah pula ditegakkan oleh tiga perkara utama iaitu takutkan Allah (takutkan Allah daripada melakukan ketidakadilan, pengkhianatan dan kecuaian); tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga murah untuk mendapat habuan dunia; dan tidak takutkan manusia. Ternyata sukar untuk memperolehi individu yang memiliki kedua-dua sifat quwwah dan amanah sekaligus. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : "Manusia adalah seperti unta, daripada seratus unta hanya seekor sahaja daripadanya yang dapat digunakan dalam perjalanan jauh." (Riwayat Bukhari) 6.0 HAK DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN. Kepimpinan dalam masyarakat manusia terdiri daripada dua kelompok iaitu pemimpin dan yang dipimpin. Secara teorinya, orang yang dipilih menjadi pemimpin biasanya memiliki kualiti yang lebih baik daripada orang yang dipimpin. Islam menilai martabat 163

insan berasaskan amal manusia yang berbentuk fardu ain (yang bersifat peribadi dan wajib untuk dirinya) dan fardu kifayah (yang bersifat kemasyarakatan dan wajib untuk kumpulan). Pelaksanaan amal itu pula dilandasi oleh lima kategori iaitu wajib, sunat, mubah (harus), makruh dan haram. Berteraskan kriteria ini, wujud kesinambungan (tawazun) di antara autoriti dan wibawa pemimpin di satu pihak dengan kesetiaan dan kerjasama yang dipimpin di pihak lain. Ini bermakna keimpinan Islam berhak mendapat : (i) (ii) (iii) Kesetiaan (wala') daripada ahli-ahli. Ketaatan daripada ahli-ahli. Nasihat dan pembetulan dari ahli-ahli jika tersalah. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Allah menjadi reda kepada kamu dalam tiga perkara; (pertama) bahawa hendaklah kamu sembah Dia dan sekali-kali jangan kamu sekutukan Dia dengan sesuatu. (Kedua), bahawa kamu berpegang teguh semuanya kepada tali Allah dan jangan kamu berpecah-belah. (Ketiga), hendaklah kamu menasihati orang-orang yang ditakdirkan Allah menjadi pemimpin kamu." (Riwayat Muslim) 7.0 KESIMPULAN. Seiring dengan apa yang dijelaskan menerusi Al-Quran, kepimpinan Nabi Muhammad SAW adalah model kepimpinan unggul hasil bimbingan Allah SWT yang mengintegrasikan segala ciri kepimpinan, antaranya kekentalan akidah, kekuatan ilmu dan daya fikir, kewibawaan akhlak, keupayaan fizikal, kesabaran, kebijaksanaan berdiplomasi, dan keakraban kasih-sayang. Keunggulan itu seterusnya diikuti oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar walaupun dilantik ke jawatan yang tinggi sebagai pemimpin tetapi cukup menyedari diri mereka adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan apabila melaksanakan tugas. Dengan keinsafan itu, mereka meminta rakyat membetulkan tindakan mereka jika berlaku kesalahan. Tindakan mereka itu bukan bererti mereka lemah, tetapi memancarkan nilai tawaduk dan taqwa yang tinggi nilainya di jiwa mereka. Kepimpinan Rasulullah SAW dan seterusnya diteladani oleh para Khulafa ar-rasyidin adalah berteraskan kebersihan jiwa, keikhlasan dan pengabdian sepenuhnya kepada Allah SWT. Kunci kekentalan peribadi dan kepimpinan mereka ialah berpegang teguh kepada al-quran; melakukan segala tindakan semata-mata untuk Allah; melakukan hanya amalan-amalan yang diredai Allah SWT; senantiasa mengingat Allah, memikirkan tentang mati, tentang azab kubur dan tentang syurga dan neraka; memperbaiki ibadah; membanyakkan amalan-amalan sunnah dan tidak meninggalkan sembahyang- 164

sembahyang malam khususnya tahajjud. 8.0 RUJUKAN. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2003). Demokrasi dan Kepimpinan Islam : Suatu Perbandingan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Prof. Dr. Amin Qudah. (2009). Sejarah Khalifah Rasulullah. Selangor : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Prof. Dato Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Abd Majid. (1999). Dinamisme Kepimpinan Islam (kertas kerja dalam Seminar Kepimpinan Islam Serantau). Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Dato Haji Fadhil Mohd Noor. (1999) Kepimpinan Menurut Perspektif Gerakan Islam (kertas kerja dalam Seminar Kepimpinan Islam Serantau). Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Fatimah Mohamad Tajuddin & Nor Atiah Ismail. (2002). Nilai-Nilai Cemerlang Kepimpinan Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Omar Bin Abdul. Pemimpin dan Kepimpinan Menurut Perspektif Islam. Melaka : Maktab Perguruan Perempuan Melayu. (Artikel dalam : www.pekdismelaka.net). 165