SaifulSham.com Gerbang Informasi Keusahawanan Perdana

dokumen-dokumen yang mirip
Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa izin penerbit yang sah. Page 1

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

(ASSET MANAGEMENT GROUP)

12.00 TGH MLM, 15 OKTOBER

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Tajuk Ebook: Rahsia 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah. Ditulis oleh: Ummi Sofea

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

MODUL PERNIAGAAN TRONEXUS

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

Pemasaran emel adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan. pendapatan yang berterusan. Bayangkan syarikat besar seperti ADIDAS

PELABURAN SEDIA ADA UNTUK MEMBINA TABUNG PELAJARAN


Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat Aqif Azizan Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

9 perkara yang perlu diambil kira sebelum memilih produk affiliate.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

The Death of Internet Marketing

3 Idea Simple Kerja Dari Rumah Secara Online Untuk Surirumah. oleh Zamri Nanyan

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

8 langkah mudah memulakan perniagaan affiliate.

TERMA DAN SYARAT Kempen Ganjaran RM150 RHB Smart Account/-i 2018

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

Model Pengurusan Strategik

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Peperiksaan Penolong Akauntan W27 Sesi 21 Oktober 2015

PRUvantage. Jangan sia-siakan simpanan anda. Perolehi pulangan terjamin dan perlindungan daripadanya.


Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

12 SOALAN Yang Wajib Ditanya Sebelum BERHUTANG!

Savings. Dapatkan pemangkin untuk. Manfaat

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

SYNERGY CARDS SDN BHD

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

4 Langkah Refinance Rumah Untuk Langsaikan Semua Hutang Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

PERKONGSIAN ANDA DALAM PERTUMBUHAN DI SELURUH DUNIA KINI MASANYA UNTUK MENDAPAT SAHAM ANUGERAH SAYA

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Tatakelakuan. Pembekal

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin

SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN MIGHTY BITE

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Jimatkan RM 3-5 Angka Dengan Meneladani 70 Pengajaran Bisnes, Kehidupan dan Spiritual

Rahsia Tarik Klik Facebook Ads

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

2. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Kelebihan Perniagaan Internet

KAD UOB VISA INFINITE COMPLIMENTARY AIRPORT CAR RIDE Terma & Syarat Kad UOB VISA Infinite. Tempoh Kempen. Perbelanjaan yang layak

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Pengenalan PEMASARAN PANTAS

BAB V PENUTUP. bertanggung jawab, saling bekerja sama dan saling melindungi dalam kegiatankegiatan

Transkripsi:

Hakcipta terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan laporan ini, dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit. Laporan ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan atau konsultansi profesional. Strategi yang dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Pengarang serta penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku ini, secara langsung ataupun tidak langsung.

Dari : SaifulSham.com Networks Customer Service Center Melalui: Team SaifulSham.com Website: http://www.saifulsham.com Customer Service: http://www.saifulsham.com/support Selamat Sejahtera, Saudara saudari yang dihormati sekalian. Bilangan pengguna Internet di Malaysia semakin meningkat jumlahnya. Dan pertambahan bilangan ini menarik minat ramai pihak yang tidak bertanggungjawab dan pihak yang kurang arif dengan konsep perniagaan Internet untuk menjerat mereka-mereka yang naïf dan masih baru dengan tipu helah di Internet. Untuk pengetahuan anda, perniagaan Internet yang sebenar adalah berasaskan konsep keusahawanan sejati. Inilah yang diperjuangkan oleh kami di SaifulSham.com. Penggabungan konsep keusahawanan dan kecanggihan teknologi untuk merevolusi landskap keusahawanan tempatan, sejajar dengan perkembangan masyarakat antarabangsa. Ia berdasarkan prinsip jual beli. Sama ada produk, perkhidmatan, ataupun informasi. Terdapat skim-skim yang semakin popular di kalangan pengguna Internet Malaysia hari ini yang menawarkan wang mudah dengan cara; baca emel dapat duit surf dapat duit pelaburan berpulangan tinggi Dan variasi-variasinya. Dalam laporan ringkas ini, kita akan mengikuti dan memahami modus operandi skimskim ini secara sepintas lalu. Diharapkan kita dapat mengambil iktibar dan menjauhi apa juga skim yang salah di sisi undang-undang. Sekian, Sabri Hassan Assaari Wan Mohd Syazwan Wan Sukri Pengasas SaifulSham.com (www.saifulsham.com) Penulis buku yang bakal berada di pasaran Mac ini. (www.saudagar.com.my) Penulis ebook Petua Pengiklanan Berkesan (http://iklanberkesan.saifulsham.com)

Paid to Read Secara asasnya program ini mengatakan mereka menerima bayaran dari pengiklan yang berminat untuk beriklan dengan mereka. Dan anda akan dibayar apabila anda melihat iklan-iklan ini. Kita boleh terima model ini. Kerana memang wujud pengiklan yang mahu membeli iklan semata-mata untuk membanyakkan bilangan pelawat sekaligus page impression (bilangan kali page mereka dilihat). Sekadar untuk berkongsi pengetahuan, pembeli iklan-iklan ini selalunya bukanlah berniat untuk menjual produk ataupun mempromosi apaapa, sebaliknya niat utama mereka adalah untuk menarik lebih ramai pelawat ke laman web mereka. (untuk tujuan yang hanya diketahui mereka) Bagi program baca emel untuk dapat duit pula, anda akan dibayar untuk bilangan emel yang anda terima dan baca. Selalunya akan ada had mengenai jumlah emel yang anda baca, misalnya anda hanya dibenarkan membaca 10 emel setiap hari. Dan anda akan dibayar beberapa sen untuk setiap emel yang anda baca. Selain daripada keuntungan yang diterima daripada yuran yang dikenakan kepada pengiklan, penganjur program paid to read ini boleh juga mendapatkan dana tambahan daripada pakej upgrade yang ditawarkan kepada ahlinya. Misalnya anda membayar USD 10 untuk upgrade keahlian. Daripada had 10 emel sehari yang dikenakan kepada, anda kini boleh membaca 20 emel misalnya. Lebih cepat anda mengumpul bayaran, lebih cepat anda boleh ditukar kepada wang tunai setelah melepasi had-had tertentu. Model perniagaan seperti ini walaupun kurang solid, tetapi masih boleh diterima akal (walau apa pun lebih baik dijauhi). Cuma risikonya, skim-skim ini biasanya dijalankan oleh mereka yang yang tidak kredibel (orang yang cemerlang akan menjauhi skim-skim cepat kaya yang tidak mempunyai masa depan seperti ini) dan tiada jaminan anda akan dibayar setelah tiba masanya nanti. Hasilnya, penat lelah anda membaca emel-emel sebelum ini, lesap begitu sahaja.

Autosurf Program ini juga berasaskan konsep yang sama. mereka menerima bayaran dari pengiklan yang berminat untuk beriklan dengan mereka. Dan anda akan dibayar apabila anda melihat iklan-iklan ini. Selain daripada keuntungan yang diterima daripada yuran yang dikenakan kepada pengiklan, penganjur program autosurf ini boleh juga mendapatkan dana tambahan daripada pakej upgrade yang ditawarkan kepada ahlinya. Misalnya anda membayar USD 10 untuk upgrade keahlian. Daripada hanya 10 laman web sehari yang boleh dilayari untuk mendapatkan bayaran, anda kini boleh melayari 20 laman web misalnya. Model perniagaan seperti ini walaupun kurang solid, tetapi masih boleh diterima akal (walau apa pun lebih baik dijauhi). Randomizer/Piramid Anda membayar sejumlah wang, dan emel anda akan diletakkan didalam satu senarai. Setiapkali ahli baru menyertai skim ini, ahli lama akan dibayar secara rawak (random) dari senarai tadi. Lebih banyak anda bayar, lebih cerah peluang anda untuk dibayar ketika ahli baru masuk. Sistem Piramid yang sangat jelas. Katakan 7 billion penduduk dunia menyertai program ini, apa akan jadi kepada peserta yang ketujuh billion tersebut? Dan di Malaysia, terdapat rakyatnya yang lebih kreatif. Mereka menggunakan taktik baru, iaitu system piramid mengunakan Kad ATM (bankcard). Ada ynag meminta deposit RM 10, 20 dan juga RM30. Namun konsepnya tetap sama. Ahli baru akan membayar ahli lama.

Sistem Affiliate Palsu Kami cukup benci dengan mereka yang menyalahgunakan terma ini. Sebenarnya system affiliate adalah satu program pemasaran yang sah dan sangat berkesan di Internet. Namun disebabkan terdapat beberapa orang yang mencari keuntungan segera dengan memburukkan nama sistem affiliate. Biarlah kami ceritakan secara ringkas. Affiliate adalah ejen jualan untuk sesuatu produk. Mereka akan dibayar apabila mereka menjual sesuatu produk, biasanya dalam bentuk komisen. Labih banyak yang mereka jual, lebih banyak yang mereka perolehi. Kerana dikaburi untung segera, affiliate-affiliate ini akan menarik orang membeli produk mereka dengan menggunakan komisen yang bakal dikutip oleh ahli tersebut sebagai umpan. Dari tujuan asal untuk menjual produk, affiliate tadi menjual keahlian sebagai affiliate dengan janji kosong! Di Malaysia, skim-skim ini dapat anda kenali kerana mereka menawarkan ratusan (malahan ribuan) ebook-ebook lapuk yang penulisnya sendiri pun tidak menggunakannya lagi pada harga tertentu di samping menjanjikan pendapatan tambahan jika anda berjaya menarik pembeli membeli pakej tersebut. Program ini sia-sia. Variasi Skim-Skim Tersebut Namun trend terkini, terdapat juga variasi daripada skim-skim ini yang menawarkan imbuhan dalam bentuk peratus daripada yuran yang dibayar ahli. Misalnya 1% sehari, 2% sehari, 12%sehari, dan ada juga yang berani meletakkan 130% peratus sehari! Untuk medapatkan ganjaran ahli mungkin akan diminta melayari sejumlah laman web, membaca sejumlah emel, mencari sejumlah downline ataupun menyimpan wang di dalam dana tersebut untuk sejumlah hari. Model perniagaan inilah yang sangat tidak solid dan seharusnya tidak ada kompromi untuk menegakkan program-program seperti ini! 1) Bayangkan jika kami dibayar 12% sehari. Setiap minggu, pelaburan kami akan bertambah 144% Setahun? Tunjukkan kami mana-mana syarikat di dunia ini yang mencatat keuntungan sebegitu besar? Syarikat minyak pun boleh bankrap tuan puan kalau bayar dividen sedemikian banyak kepada pelabur. Jadi jelas, skim-skim ini tidak logik dan tidak mempunyai asas dan model perniagaan yang mantap. Ia tidak wajar diceburi.

Falasi Jangan tertipu dengan kenyataan sesetengah ahli yang menyatakan mereka telah dibayar. Ya, mereka memang dibayar! Jika mereka tidak dibayar, bagaimana penganjur skim-skim ini hendak menarik (dan menjerat) lebih ramai orang. Dengan membayar ahli-ahli awal, ini akan membina kredibiliti mereka dan lebih ramai orang akan percaya mengenai sustainability skim tersebut. Lagipun, bukankah skim ini mengamalkan prinsip Ponzi? Ponzi Skim pelaburan yang melibatkan pulangan dividen yang dikaut dari wang yang dilaburkan pelabur baru dan bukan dari keuntungan perniagaan. Skim Ponzi menawarkan keuntungan jangka pendek yang tinggi untuk menarik pelabur baru, di mana wang mereka diperlukan untuk membayar dividen kepada pelabur lama. Yang seterusnya akan berterusan sehingga tindakan mereka terbongkar ataupun penganjurnya lesap. Mudah sahaja, bayangkan anda berfikir seperti penganjur skim cepat kaya tersebut, anda mahu RM 100 dari seorang ahli yang bernasib malang, ataupun RM 100000 dari 1000 ahli yang malang? Perkembangan Terbaru Sebuah variasi dari skim-skim ini (agak popular di Malaysia) sedang bergelut dengan sebuah syarikat pemproses bayaran yang sedang meningkat naik. Masing-masing saling tuduh menuduh. Yang menjadi mangsa? PENGGUNA! Jadi, jauhilah skim-skim seperti ini walaupun ia menjanjikan bayaran lumayan dan walau sesiapun yang mencadangkannya kepada anda. Orang yang cemerlang dan usahawan internet yang sebenar akan menjauhi skim-skim seperti ini. Ia terletak dalam dua katgeori sahaja, perjudian ataupun tindakan kurang bijak. Mudah.

Laporan ini TIDAK menyatakan bahawa skim-skim ini salah, tetapi kami di Team SaifulSham.com berasa terpanggil untuk membawa perspektif baru untuk kita semua lihat terutama kepada mereka yang masih baru berjinak-jinak dengan Internet. 1) Kami juga ingin menegaskan, kami tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat dengan program-program seperti ini. Prinsip kami mudah, kami melibatkan diri dalam bidang keusahawanan Internet yang sebenar dan semestinya sah. Ia mestilah melibatkan proses jual beli, sama ada produk ataupun perkhidmatan. 2) Ia juga mestilah memberi sesuatu dan tidak merugikan mana-mana pihak. 3) Kaya cepat bukanlah matlamat keusahawanan Internet. Keusahawanan Internet adalah aktiviti perniagaan jangka panjang sebagaimana keusahawanan dunia nyata. 4) Tidak semua orang di Internet tahu apa yang mereka lakukan.