PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

dokumen-dokumen yang mirip
KEM TOHARAH ( SUCI ) Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

PANDUAN LENGKAP SOLAT

PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH

PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

Kajian Islam : Tatacara Berwudhu oleh : Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin

KEM SOLAT. Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

RUKUN HAJI - TAWAF. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

KULIAH KHAS: KITAB AS-SIYAM (PUASA)

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 MASALAH PEMBELAJARAN

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Minggu Kelapan WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI

Minggu Keempat RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

RANGKUMAN MATERI. Mensucikan Diri

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

Minggu Kelima RUKUN HAJI - TAWAF

10hb April Ustaz Mohd Salleh Hj. Mastor Imam Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya. oleh SURAU AL-HIKMAH SBZ3 SHAH ALAM

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

2 SULIT 45/1 Bahagian A [20 markah] Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

Membasuh telapak tangan sampai pergelangan, sebelum berkumurkumur.

SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

PENERANGAN MENGENAI : Ihram Tawaf Saei Gunting/cukur

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DAN BUDI PEKERTI

PANDUAN : Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

Penawar Penyakit Waswas

OLEH : AHMAD JUNAIDI BIN MOHAMAD SAID SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA 10 JAMADILAWWAL 1431 H 25 APRIL 2010 M WUKUF : 201 HARI LAGI

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

Soal Instrumen Tes. Objektive

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5

إستغفار الل ه Astaghfirullah

SIFAT WUDHU NABI. 2. Kemudian berkumur-kumur (memasukkan air ke mulut lalu memutarnya di dalam dan kemudian membuangnya)

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DI BERITAHU

Jl. Jenderal Sudirman No 790 Purwokerto

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

KUMPULAN FATWA. Hukum Membagi Agama Kepada Isi dan Kulit. Penyusun : Syekh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin. Terjemah : Muh. Iqbal Ahmad Gazali

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui


Minggu Keenam SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 1 / 2015

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

SYARAT WAJIB UMRAH 1. ISLAM 4. MERDEKA 2. BALIGH 5. BERKUASA 3. BERAKAL

Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH

MODUL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN IBADAH TINGKATAN SATU

Peta Konsep5. Kata Kunci. Hadas dan Najis

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

4 Antara yang berikut yang manakah fungsi akal kepada manusia?

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

١٢٢٣/2 PENDIDIKAN ISLAM SET 2

SOAL SELIDIK PENGHAYATAN IBADAH DI KALANGAN PELAJAR ISLAM. KAJIAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI PETALING JAYA, SELANGOR

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

BAHAGIAN A (20 markah)

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

Lesson Sheet Kelas : Mars

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Fitrah itu ada lima : khitan, mencukur bulu di sekitar kemaluan, memotong kumis, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak. ( HR.Bukhari dan Muslim)

Menyelami. Makna Bacaan. Shalat. Edisi Panduan

Allah swt berfirman di dalam surah al-baqarah ayat:196 yang bermaksud: Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

Transkripsi:

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan ibadah? Ibadah ialah penyembahan yang dilakukan dengan jalan tunduk dan merendah diri serendah-rendahnya, yang dilakukan dengan hati yang ikhlas, dari seorang hamba terhadap Tuhannya menurut cara-cara yang ditentukan oleh syarak. Ibadah merangkumi banyak perkara. Namun, apa yang penting, sebelum kita melakukan ibadah, kita perlu mengetahui dan memahami TIGA perkara yang amat berkait rapat dengannya. Perkara-perkara tersebut ialah: a. Fardu ain; b. Fardu kifayah; dan c. Bersuci (toharah). Apakah perbezaan antara fardu ain dengan fardu kifayah? Fardu ain dan fardu kifayah merupakan gabungan dua perkataan, iaitu perkataan fardu digabungkan dengan perkataan ain dan perkataan kifayah. Perkataan fardu juga dikenali dengan wajib. Fardu atau wajib bermaksud sesuatu yang mesti dilakukan. Sekiranya dilakukan akan mendapat pahala (ganjaran) dan sekiranya ditinggalkan akan mendapat dosa (seksaan). Perkataan fardu jika digabungkan dengan perkataan ain dan kifayah, ia akan membawa maksud yang tersendiri. Berikut adalah Jadual 6.1 yang menunjukkan maksud serta konsep fardu ain dan fardu kifayah secara terperinci lagi. Pengertian dan Konsep Fardu Ain dan Fardu Kifayah Pengertian Fardu Ain Sesuatu yang mesti dan wajib dilakukan oleh setiap individu muslim. Fardu Kifayah Sesuatu yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan umat Islam.

Huraian Merupakan kewajiban atau suatu tugas hukum secara individual yang harus dilakukan oleh setiap orang muslim. Jika tidak ada orang yang melaksanakannya, berdosalah semua anggota masyarakat. Merupakan kewajiban kolektif. Beban kewajiban ini akan hilang jika dilaksanakan walaupun oleh seorang muslim di suatu komuniti. Contoh Solat, zakat, puasa di bulan Ramadan dan haji. Menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang-bidang yang diperlukan seperti bidang pembuatan makanan, pakaian, perubatan, pertanian dan seumpamanya. Sebagai contoh, untuk menjaga kesihatan umat Islam, maka menuntut ilmu kedoktoran merupakan kewajiban kifayah (kolektif), kerana tanpa ilmu kedoktoran, umat Islam akan terancam kehidupannya. Dalil Sabda Rasululullah s.a.w. yang bermaksud: "Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Islam dibina atas lima perkara: bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, berpuasa di bulan Ramadan". Hadis di atas menjelaskan kewajipan melaksanakan tuntutan fardu ain kepada setiap individu muslim. Firman Allah di dalam surah al- Anfal: 60 yang bermaksud: "Dan bersedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukanpasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan (dengan persediaan itu) musuh Allah dan musuh kamu, serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya". Ayat di atas menggesa umat Islam supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang ancaman musuh dengan peralatan peperangan yang sesuai dengan perkembangan zaman. Oleh itu,

Kepentingan Melahirkan individu muslim yang mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya. Melahirkan masyarakat yang harmoni dan mengamalkan amar makruf nahi mungkar dengan berkesan. Syariat Allah akan dapat dilaksanakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. umat Islam dituntut menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang pembuatan senjata. Melahirkan individu muslim yang mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya. Melahirkan masyarakat yang harmoni dan mengamalkan amar makruf nahi mungkar dengan berkesan. Syariat Allah akan dapat dilaksanakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. PENGERTIAN TOHARAH, DALIL-DALILNYA DAN CARA BERSUCI Terdahulu kita telah mempelajari tentang fardu ain dan fardu kifayah. Sekarang, kita akan mempelajari tentang toharah atau bersuci. Toharah merupakan elemen yang paling penting dalam ibadah. Sah atau tidak sesuatu ibadah itu bergantung kepada diri seseorang muslim itu sama ada dia berada dalam keadaan suci atau sebaliknya. Melalui konsep toharah, Islam cuba untuk mendidik umatnya untuk mempraktikkan amalan kebersihan bukan sahaja di dalam ibadah tetapi juga di dalam urusan seharian. Menyukai sesuatu yang suci dan bersih sejajar dengan fitrah semula jadi manusia. Mari kita lihat definisi toharah dahulu sebelum kita mengupas tajuk ini dengan lebih lanjut lagi. Ia boleh didefinisikan kepada DUA bahagian, iaitu dari segi bahasa dan juga istilah. Jadual 6.2 menunjukkan maksud perkataan toharah.

Definisi Toharah Definisi Toharah Bahasa Toharah dari segi bahasa bermaksud membersihkan sesuatu daripada kekotoran. Istilah Toharah juga bermaksud suci dari najis dan hadas hingga harus mengerjakan ibadah seperti solat, tawaf dan lain-lain. Toharah dari segi istilah pula bermaksud membersihkan diri daripada hadas dan membersihkan pakaian dan tempat daripada najis dan kotoran. Huraian Hukum toharah adalah wajib. Toharah adalah syarat sah sesuatu ibadah. Bersuci dari najis meliputi badan, pakaian dan tempat. Bersuci dari hadas sama ada hadas besar atau hadas kecil khusus kepada badan sahaja. Terdapat dalil-dalil al-quran dan juga dalil-dalil hadis yang menyebut tentang toharah. Dalil-dalil tersebut sebagaimana yang digambarkan di dalam Jadual 6.3. Dalil dalil al Quran dan Hadis Tentang Toharah Dalil-dalil al-quran Firman Allah s.w.t. di dalam surah al- Maidah ayat 6: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah), iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali;.. Dalil-dalil Hadis Sabda Rasululullah s.a.w. yang bermaksud: "Tanggungjawab setiap muslim kepada Allah ialah mandi sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dengan membasuh kepala dan badannya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al- Maidah ayat 6: Maksudnya:...dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;... Sabda Rasululullah s.a.w. yang bermaksud: "Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan" (Hadis riwayat Muslim). Sabda Rasululullah s.a.w. yang bermaksud: "Lima perkara daripada fitrah ialah berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Hikmah Pensyariatan Toharah Kebanyakan perintah Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Namun, perlu kita ingat tidak semua hikmah persyariatan perintah ini dapat dapat dijangkau oleh akal fikiran manusia. Toharah sebagai salah satu perintah Allah s.w.t. sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Sekarang, marilah sama-sama kita amati apakah hikmah-hikmah di sebalik perintah ini. Terdapat TUJUH hikmah pensyariatan toharah, iaitu:

Rajah 6.1: Hikmah-hikmah pensyariatan toharah

Bersuci Daripada Hadas Kita telah mengetahui maksud toharah, iaitu suci dari najis dan hadas hingga boleh mengerjakan ibadah seperti solat, tawaf dan lain-lain. Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan bersuci daripada hadas? Sebelum kita membicarakan tajuk ini dengan lebih lanjut, elok kita lihat terlebih dahulu definisi perkataan hadas dan pembahagiannya. Jadual 6.4 dan Rajah 6.2 boleh membantu anda memahami definisi dan pembahagian hadas. Jadual 6.4: Definisi Hadas Definisi Hadas Bahasa Hadas dari segi bahasa bermaksud sesuatu yang berlaku. Istilah Hadas dari segi istilah pula bermaksud perkara Âiktibari (yang hanya wujud atau ada pada anggapan sahaja) pada anggotaanggota manusia yang menghalang daripada sahnya sembahyang dan lain-lain yang termasuk di dalam hukumnya seperti wuduk, jika tidak diberikan rukhsah. Rukhsah ialah kelonggaran ketetapan hukum syarak kerana sebab-sebab tertentu atau darurat. Perkataan hadas juga digunakan pada perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan perkara-perkara yang mewajibkan mandi. Seterusnya, mari kita fahami pula pembahagian hadas dan bagaimana ia boleh dihilangkan. Rajah 6.2: Pembahagian hadas

a. Hadas Kecil Hadas kecil, iaitu perkara iktibari yang berlaku pada anggota manusia yang empat, iaitu muka, kedua tapak tangan, kepala dan kedua kaki, di mana ia menegah daripada sahnya sembahyang atau seumpamanya. Hadas ini boleh dihilangkan dan terangkat dengan berwuduk. b. Hadas Besar Hadas besar ialah perkara iktibari yang berlaku pada seluruh badan di mana ia menghalang daripada sahnya sembahyang dan perkara-perkara yang termasuk di dalam hukumnya. Hadas ini akan terangkat dengan mandi. WUDUK Semasa kita membicarakan tentang bersuci daripada hadas tadi, kita ada menyebut bahawa hadas kecil akan terangkat dengan wuduk. Oleh itu, di bahagian ini, kita akan menghuraikan tajuk wuduk dengan lebih mendalam lagi. Apakah yang dimaksudkan dengan wuduk? Wuduk boleh didefinisikan dari segi bahasa dan juga istilah. Mari kita lihat definisinya dan juga dalil-dalil serta hukum wuduk. Jadual 6.5: Definisi Wuduk Definisi Wuduk Bahasa Istilah Wuduk dari segi bahasa bermaksud elok dan berseri. Wuduk dari segi istilah pula bermaksud perbuatan, iaitu menggunakan air pada anggota-anggota tertentu berserta dengan niat. Dalil Wajib Wuduk Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil),

maka (berwuduklah), iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi buku lali". ( Surah al-maidah: 6) Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak diterima solat seseorang daripada kamu apabila berhadas sehinggalah dia berwuduk". (Hadis riwayat Muslim) Hukum Wuduk Wajib apabila seseorang hendak mengerjakan solat, tawaf, menyentuh al-quran, sujud tilawah dan sujud syukur. Setelah mengetahui definisi, dalil dan hukum wuduk, kita pelajari pula tentang rukun wuduk. Terdapat ENAM rukun wuduk, iaitu: Rukun Wuduk Rukun Wuduk a. Niat, iaitu berniat mengambil wuduk ketika air sampai ke muka. Lafaz niat ialah: Maksudnya: "Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala" Lafaz niat yang lain ialah: Maksudnya: "Sahaja aku mengangkat wuduk kerana Allah Taala" b. Membasuh muka, iaitu bermula dari tempat tumbuh rambut di sebelah atas hingga sampai ke dagu di sebelah bawah dan dari anak telinga sebelah kiri hingga ke anak telinga kanan. Jika ada rambut, misai atau janggut dalam kawasan muka, wajib diratakan air sampai ke kulitnya. c. Membasuh kedua-dua tangan bermula dari hujung jari hingga ke siku. d. Menyapu sebahagian kepala walaupun sehelai rambut selama ia berada dalam sempadan kepala. Jika tidak berambut, memadai menyapu kulit kepala sahaja.

e. Menyapu kedua-dua belah kaki, iaitu dari hujung jari hingga ke buku lali. f. Tertib, iaitu melakukan semua rukun wuduk mengikut susunan. Selain daripada mengetahui rukun wuduk, kita juga perlu mengetahui perkaraperkara sunat yang elok dilakukan semasa berwuduk. Terdapat 16 perkara sunat semasa berwuduk, iaitu: Jadual 6.7: Sunat Wuduk Sunat Wuduk a. Menghadap kiblat. Bagi orang yang berada di luar Kota Mekah, memadai menghadap arah kiblat sahaja. b. Membaca di permulaan wuduk. c. Menggosok gigi. d. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan. e. Berkumur-kumur. f. Membersihkan hidung dengan memasukkan air ke dalamnya dan menghembuskan semula keluar. g. Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri. h. Menyapu semua kepala. i. Menyapu dua telinga. j. Menggosok celah-celah jari dengan air.

k. Menggosok celah-celah janggut dengan air ketika membasuh muka. l. Mengulangi basuhan sebanyak tiga kali. m. Berturut-turut (muwalah - -) membasuh satu demi satu anggota wuduk sebelum kering basuhan anggota sebelumnya. n. Berdoa selepas berwuduk, iaitu dengan membaca: Maksudnya: "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah, Tuhan yang Esa, tiada sekutu baginya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad hambanya dan pesuruhnya. Ya, Allah, jadikanlah aku daripada orang yang bertaubat, suci dan golongan hambamu yang soleh". Perkara lain yang perlu anda fahami semasa berwuduk ialah mengetahui perkara-perkara yang makruh dilakukan semasa berwuduk. Terdapat EMPAT perkara makruh, iaitu: Jadual 6.8: Perkara-perkara Makruh Semasa Berwuduk Perkara-perkara Makruh Semasa Berwuduk a. Membasuh anggota wuduk lebih dari tiga kali. b. Berkumur-kumur atau memasukkkan air ke dalam hidung secara berlebihan bagi orang yang berpuasa. c. Mendahulukan anggota kiri dari kanan. d. Bercakap ketika berwuduk sekiranya tidak mustahak.

Kita telah pun mempelajari tentang rukun wuduk dan perkara-perkara sunat dan makruh semasa berwuduk. Sekarang, kita akan mempelajari pula tentang perkara-perkara yang membatalkan wuduk. Tahukah anda apakah perkaraperkara yang boleh membatalkan wuduk? Berdasarkan pengetahuan anda yang lepas, cuba beritahu kepada rakan sebelah anda tentang perkara-perkara yang membatalkan wuduk. Kemudian, bandingkan jawapan anda dengan maklumat yang tersenarai di bawah ini. Terdapat LIMA perkara yang boleh membatalkan wuduk, iaitu: Jadual 6.9: Perkara-perkara yang Membatalkan Wuduk Perkara-perkara yang Membatalkan Wuduk a. Keluar sesuatu sama ada daripada qubul (kemaluan depan) atau dubur (kemaluan belakang), sama ada air kencing, najis, darah atau angin (kentut). b. Tidur yang tidak tetap punggungnya. c. Menyentuh kemaluan sendiri atau orang lain sama ada qubul atau dubur, dengan tapak tangan dan perut-perut jari tanpa berlapik. d. Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang boleh dikahwini dengan tidak berlapik. e. Hilang akal dengan sebab mabuk, pitam, sakit atau gila. Perhatian: Wuduk merupakan cara untuk mengangkat hadas kecil. Wuduk juga syarat sah solat. Tetapi cuba bayangkan sekiranya tidak ada air, bagaimanakah kita hendak berwuduk? Adakah terdapat cara lain untuk mengangkat hadas kecil? Ya, jika berlaku ketiadaan air, Islam telah menyediakan alternatif dengan mensyariatkan tayamum. Pernahkah anda mendengar tentang tayamum? Tayamum bermaksud menyapukan debu tanah yang suci ke muka dan dua tangan dengan niat dan cara yang tertentu.