SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

dokumen-dokumen yang mirip
mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD (Nombor Pendaftaran :1912, Tarikh Pendaftaran 23 April 1953)

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG- UNDANG KECIL

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

KOPERASI WAWASAN PEKERJA-PEKERJA BERHAD

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PEKERJA-PEKERJA JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA BERHAD (pindaan: 23 Jun 2012)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN 1 PERMULAAN BAHAGIAN II

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PROSES PENCALONAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI. 1. Urusan pemilihan calon anggota Lembaga koperasi hendaklah dikendalikan oleh:

UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA SEBERANG PERAK BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN FELCRA MALAYSIA BERHAD

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI NEW STRAITS TIMES PRESS (MALAYSIA) BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN 1 PERMULAAN BAHAGIAN II

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI RAKYAT KELANTAN BERHAD

UNDANG UNDANG KECIL KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

COACHING ACADEMY PROSEDUR PENUBUHAN & PENDAFTARAN KOPERASI PANDUAN MENUBUH & MENDAFTARKAN KOPERASI. Pengenalan

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

ETIKA MESYUARAT AGUNG

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Undang-Undang Malaysia

ASAS RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PEMBANGUNAN USAHASAMA MASYARAKAT MAJU SABAH BERHAD

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI BEKAS PELAJAR ASRAMA TUN DOKTOR ISMAIL SELANGOR BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI JIMAT CERMAT DAN PINJAMAN MERCANTILE BERHAD. mercantile

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

2009 (Daftar SKM pd 07/05/10) UNDANG UNDANG KECIL. Tarikh daftar 24 APRIL 1928 Nombor daftar 28/28 NO. 1 JALAN SULAIMAN KUALA LUMPUR

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

KAEDAH KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AHLI PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

BAHAGIAN TUJUAN. makna. yang lain. kredit;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Terma Rujukan (Terms Of Reference) Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang [JK BKC PPKT] Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

KAEDAH KUMPULAN WANG PENDIDIKAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

Transkripsi:

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI TUJUAN Garis Panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta) sebagai panduan kepada koperasi untuk mengurus dan mengendalikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) secara teratur menurut seksyen 39 Akta. Dengan berkuatkuasanya garis panduan ini, Garis Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi yang dikeluarkan melalui Pekeliling Ketua Pendaftar Bilangan 1 Tahun 2003 bertarikh 30 April 2003 dengan ini dibatalkan. LATAR BELAKANG 2. MAT merupakan forum bagi anggota-anggota koperasi untuk mengetahui dan menilai pengurusan dan prestasi koperasi sejak setahun yang lalu. Anggota-anggota koperasi juga boleh menegur, mengawal dan mengambil tindakan yang perlu jika wujud sebarang kelemahan, kesalahan, pertikaian dan penyelewengan dalam koperasi. 3. Tertakluk kepada Akta, Peraturan dan undang-undang kecil, Mesyuarat Agung merupakan kuasa tertinggi dalam struktur pengurusan koperasi. Dengan 1

ini, MAT merupakan majlis utama untuk anggota-anggota koperasi menilai prestasi, menimbang, memutus dan meluluskan sebarang cadangan yang berkaitan dengan perancangan masa depan koperasi khususnya dalam tempoh satu tahun yang akan datang. 4. Garis Panduan ini dapat membantu koperasi dari segi: (a) membuat persiapan awal sebelum MAT diadakan; (b) memastikan urusan MAT berjalan dengan teratur dan mematuhi undang-undang; (c) menentukan perkara-perkara penting dalam hal ehwal koperasi diberi perhatian dan dibincangkan dengan teliti dalam MAT; dan (d) memastikan keputusan yang dibuat adalah jelas. PERANAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 5. MAT mempunyai kuasa pemutus terhadap semua perkara yang dibincangkan tertakluk kepada bidang kuasanya seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta, peraturan-peraturan, arahan, garis panduan, surat pekeliling, undang-undang kecil dan aturan-aturan koperasi. Anggota-anggota koperasi boleh memberi mandat kepada Lembaga untuk mentadbir, mengurus dan melaksanakan semua keputusan yang dipersetujui melalui MAT. 2

6. Peranan MAT adalah seperti berikut (a) Penyampaian Maklumat Anggota-anggota koperasi akan mendapat maklumat melalui laporan atas hal ehwal perjalanan dan pencapaian koperasi termasuklah apa-apa arahan, pandangan dan teguran Suruhanjaya sejak MAT yang terakhir. (b) Penilaian MAT merupakan forum bagi membolehkan anggota atau perwakilan menilai prestasi, kecekapan dan keberkesanan pengurusan koperasi sejak MAT yang terakhir. Ini membolehkan koperasi memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan dan pengurusannya pada masa hadapan. (c) Perancangan MAT merupakan platform bermulanya idea dan cadangan daripada anggota kepada Lembaga koperasi. Idea dan cadangan ini menggambarkan kehendak atau keperluan bersama anggota koperasi bagi membolehkan dan memudahkan koperasi merancang sebarang perkhidmatan atau aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa hadapan. (d) Pengawalan MAT merupakan kuasa kawalan ke atas sebarang kelemahan, salahlaku, penyelewengan dan pelanggaran terhadap undangundang kecil koperasi atau aturan-aturan. Anggota-anggota 3

koperasi bolehlah mengambil tindakan ke arah memperbaiki pengurusan koperasi khususnya dari segi pematuhan kepada perundangan dan nilai-nilai koperasi. PERSIAPAN SEBELUM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 7. Lembaga koperasi pada amnya bertanggungjawab atas semua urusan MAT. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut (a) Pencalonan Anggota Lembaga Koperasi Koperasi hendaklah memastikan proses pencalonan Anggota Lembaga Koperasi dilaksanakan dengan teratur sepertimana yang digariskan di Lampiran 1. (b) Pengauditan Akaun Koperasi Setiap koperasi hendaklah memastikan akaunnya diuruskan dengan kemas kini menurut seksyen 58 Akta bagi membolehkan akaun berkenaan diaudit dan dibentang bersekali dengan lain-lain laporan dalam MAT itu selaras dengan kehendak subseksyen 59(1) Akta. (c) Mesyuarat Agung Wilayah / Kawasan Mesyuarat agung wilayah / kawasan hendaklah diadakan dalam tempoh yang ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi sekiranya koperasi mengadakan MAT Perwakilan menurut seksyen 37 Akta. Mesyuarat ini adalah untuk memilih anggota perwakilan 4

ke MAT dan perkara-perkara lain yang ditentukan dalam undangundang kecil koperasi. (d) Persiapan Buku Laporan Tahunan Semua perkara berkaitan yang hendak dibentangkan dalam MAT hendaklah disediakan dalam buku laporan tahunan dengan lengkap terlebih dahulu dan dihantar bersekali dengan notis MAT sekurang-kurangnya lima belas (15) hari sebelum MAT. Buku Laporan Tahunan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya perkara-perkara berikut (i) Agenda Mesyuarat Agung Tahunan. (ii) Minit Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun sebelumnya. (iii) Laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman. (iv) Penyata Kewangan Teraudit. (v) Anggaran Belanjawan. (e) Notis Mesyuarat Agung Tahunan Notis MAT yang mengandungi maklumat tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat hendaklah disampaikan kepada anggota atau perwakilan sekurang-kurangnya lima belas (15) hari sebelum MAT. Satu salinan notis hendaklah disampaikan kepada Suruhanjaya menurut seksyen 41 Akta. 5

(f) Kelulusan Kekurangan Kuorum Dalam keadaan tertentu sekiranya kuorum tidak mencukupi bagi maksud (i) mengadakan MAT; dan/atau (ii) meminda undang-undang kecil koperasi maka koperasi dinasihatkan mendapat kelulusan pengurangan kuorum daripada Suruhanjaya. (g) Keselamatan Koperasi hendaklah memastikan keselamatan tempat mesyuarat dengan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa keselamatan, sekiranya perlu. (h) Protokol Koperasi hendaklah mendapatkan nasihat dan kerjasama dari Jabatan Kerajaan tertentu sekiranya ada upacara perasmian MAT yang melibatkan orang kenamaan. (i) Senarai Anggota atau Perwakilan Senarai anggota atau perwakilan yang sah dan layak hadir menurut undang-undang kecil koperasi di dalam MAT hendaklah disediakan untuk urusan pendaftaran dan semakan semasa hari MAT berkenaan. 6

(j) Pengundian Koperasi hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Kecil Pengundian untuk memastikan pengurusan pengundian berjalan dengan teratur dan betul. (k) Mesyuarat Khas Lembaga sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Lembaga hendaklah mengadakan mesyuarat khas untuk memastikan kesempurnaan persiapan MAT pada tarikh yang ditentukan. Lembaga hendaklah meneliti semua perkara yang hendak dilakukan dan dibincangkan semasa MAT termasuk usul bertulis yang diterima daripada anggota tidak kurang daripada tujuh hari sebelum MAT diadakan. (l) Usul ke Mesyuarat Agung Tahunan (i) Semua usul yang diterima tidak kurang daripada tujuh hari sebelum MAT hendaklah dibentang dalam MAT. (ii) (iii) Usul yang dikemukakan yang diluar daripada bidang kuasa pengurusan koperasi hendaklah didengar, ditimbang dan diputuskan di MAT. Usul bertindih yang diterima bolehlah diselaraskan. Lembaga koperasi tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau menahan sebarang usul yang diterima daripada dibentang dalam MAT. 7

MEMULAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 8. MAT hendaklah dimulakan, selepas tamatnya upacara majlis perasmian, jika ada; dengan melantik Pengerusi Mesyuarat mengikut cara yang ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi. 9. MAT hendaklah dikendalikan mengikut Etika Mesyuarat Agung seperti di Lampiran 2. SEMASA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DILAKSANAKAN Peranan Anggota Atau Perwakilan 10. Anggota atau perwakilan hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggung jawab dalam MAT kerana mereka merupakan kuasa kawalan yang utama untuk memastikan kesinambungan koperasi pada masa hadapan. Peranan ini boleh dilaksanakan oleh anggota dengan mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut (1) Akaun Koperasi, Laporan Berkanun Lembaga, Laporan Juruaudit dan Pandangan Suruhanjaya Ke atas Akaun Koperasi Setiap anggota koperasi atau perwakilan adalah bertanggung jawab untuk menyemak, menilai dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas sebarang isu yang berkaitan dengan akaunakaun, Laporan Berkanun Lembaga, laporan Juruaudit dan pandangan Suruhanjaya ke atas akaun-akaun koperasi dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada. 8

(2) Laporan Lembaga Setiap anggota hendaklah menyemak, mengkaji dan menilai laporan pengurusan Lembaga berkenaan dengan kedudukan koperasi dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada. (3) Belanjawan Tahunan Setiap anggota hendaklah menilai Belanjawan Tahunan Koperasi dengan teliti. Penilaian tersebut bertujuan untuk memastikan pengurusan koperasi berbelanja secara berhemat. Perbelanjaan sebenar bagi tahun sebelumnya yang telah dilakukan hendaklah dibandingkan dengan anggaran belanjawan yang dibuat. Begitu juga dengan anggaran belanjawan pada tahun yang akan datang hendaklah mengambil kira perancangan masa depan serta kemampuan kewangan semasa koperasi. Mengikut Peraturan- Peraturan Koperasi, perbelanjaan koperasi tidak boleh melebihi lima (5) peratus daripada amaun yang diperuntukkan dalam belanjawan kecuali dengan kelulusan MAT. (4) Pelaburan (a) Koperasi hendaklah (i) memastikan prestasi pelaburan sedia ada dibentangkan dalam MAT; (ii) menentukan skop dan had bagi setiap aktiviti pelaburan yang akan dilakukan; dan 9

(iii) memperincikan setiap jenis pelaburan yang akan dibuat. (b) Setiap anggota atau perwakilan hendaklah menilai prestasi pelaburan-pelaburan koperasi sedia ada dan yang akan dibuat untuk memastikan ianya memberi manfaat kepada anggota atau perwakilan. (5) Had Maksimum Keterhutangan (a) Anggota atau perwakilan hendaklah (i) mengambil tahu mengenai tujuan pinjaman yang hendak dibuat; dan (ii) menentukan had maksimum keterhutangan. (b) Penetapan had maksimum keterhutangan hendaklah selaras dengan kehendak GP9 : Garis panduan Mengenai Pengambilan Simpanan Khas dan Deposit atau Penerimaan Pinjaman. (6) Elaun Anggota Lembaga Koperasi dan Saraan Pengarah Subsidiari Anggota atau perwakilan hendaklah menyemak dan mengkaji sama ada elaun kepada anggota Lembaga koperasi dan saraan pengarah subsidiari adalah berpatutan dan wajar. Elaun dan saraan hendaklah berdasarkan kepada prestasi dan keupayaan kewangan semasa koperasi dan subsidiari atau subsidiarisubsidiarinya, jika ada. 10

TINDAKAN SELEPAS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Pelantikan Pegawai-Pegawai Koperasi 11. Mesyuarat Lembaga khas hendaklah diadakan sebaik sahaja MAT berakhir untuk melantik Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari koperasi di kalangan anggota Lembaga. 12. Koperasi hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya suatu senarai anggota Lembaga tidak lewat daripada lima belas (15) hari selepas MAT selaras dengan kehendak perenggan 14(1)(a) Akta. Minit Mesyuarat Agung Tahunan 13. Koperasi hendaklah memastikan minit MAT (a) disediakan dengan betul, tepat dan lengkap; (b) ditentusahkan oleh Jawatankuasa Penentusahan minit MAT; dan (c) dikemukakan kepada Suruhanjaya tidak lewat daripada 30 hari selepas tarikh MAT selaras dengan kehendak perenggan 14(1)(b) Akta. 11

PEMAKAIAN, PEMBATALAN DAN TARIKH KUAT KUASA 14. Garis Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi yang dikeluarkan melalui Pekeliling Ketua Pendaftar Bil.1 Tahun 2003 adalah dengan ini dibatalkan. 15. Semua koperasi dikehendaki mematuhi peruntukan di bawah Akta, Peraturan-Peraturan, perintah dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa. 16. Garis panduan ini dikuatkuasakan pemakaiannya mulai 1 Januari 2011. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN (DATUK HAJI MD. YUSOF BIN HAJI SAMSUDIN) Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia 12