Akses ke Laman Web ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk, pada setiap masa kepada Terma dan Syarat berikut ;

dokumen-dokumen yang mirip
TERMA-TERMA PENGGUNAAN LAMAN WEB SCICOM

TERMA PENGGUNAAN. Skop

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT. Bahagian A: Peraturan Umum. 1. Pengenalan

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

1.5 Bahan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, reka bentuk, susun atur, rupa, gambaran dan grafik. Penghasilan semula adalah dilarang.

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Terma Penggunaan I. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAMI SILA BERSABAR DENGAN KAMI

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

TERMA PENGGUNAAN Laman Web TomTom

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Terms & Conditions NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING. Pendahuluan

Polisi Privasi. Pengenalan

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

AGRONetBIZ Terma-Terma Dan Syarat-Syarat Perbankan Internet Perniagaan

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

Promosi Jualan Capture the Culture. Peraturan Rasmi

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Terma and Syarat Am untuk Perbankan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

5) Dasar Pembatalan Perkakasan 6) Lesen, Hakcipta & Kerahsiaan

PROGRAM KEAHLIAN KESETIAAN BIG TERMA DAN SYARAT

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

Terma dan Syarat Am untuk Perbankan Mudah Alih AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja) Efektif dari 19 Jun 2015

2. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma dan Syarat Am untuk Perbankan Dalam Talian AmBank (Untuk Peniaga Sewa Beli Sahaja) Efektif dari 19 Jun 2015

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR PENGGUNAAN KAD PERNIAGAAN ATM AMBANK

Terma and Syarat Am untuk Perbankan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Memilih Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Terma dan Syarat Am untuk Perbankan Mudah Alih AmBank (Untuk Pelanggan Perbankan Runcit Sahaja) Efektif dari 24 Februari 2015

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Pilih Baucar Anda untuk Permohonan Kad Kredit

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Peraduan Kata Buddyz Terma & Syarat

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Notis undang undang. Sebarang penggunaan perkara yang telah di sahkan di dalam laman sesawang tidak boleh di ubahsuai di dalam apa cara sekalipun.

6. Perihal Perkhidmatan Laman ini adalah satu platform pengguna atas talian yang boleh digunakan secara percuma untuk mendapat pembiayaan peribadi.

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Jika anda tidak ingin bersetuju dengan terma-terma ini, sila klik TIDAK TERIMA dan dapatkan bayaran balik harga belian seperti berikut:

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

PERJANJIAN PENGGUNAAN TERKAWAL

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

a) Peserta mestilah mengambil foto hidangan bernutrisi yang disediakan untuk Si Manja.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AS EASY AS 1, 2, 3

Kempen CIMB Bank My First Cash Advance Terma-terma dan Syarat-syarat

WARANTI TERHAD. (i) membaiki bahagian yang rosak pada Peranti BlackBerry tanpa mengenakan bayaran kepada ANDA untuk bahagian baharu atau yang dibaiki;

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

KEMPEN PENEBUSAN BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ STAR WARS BB-8

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

Transkripsi:

Terima kasih kerana mengunjungi www.ltat.org.my TERMA DAN SYARAT Akses ke Laman Web ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk, pada setiap masa kepada Terma dan Syarat berikut ; 1.DEFINISI "Pencarum" ertinya seseorang seperti yang ditakrifkan di bawah Akta 101, 1973. Akaun ertinya akaun caruman LTAT milik Pencarum. Akta 101, 1973 ertinya Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101) dan sebarang pindaan dari semasa ke semasa. Bank ertinya bank atau institusi kewangan seperti yang ditetapkan oleh LTAT. "Isi Kandungan" ertinya semua data, maklumat, material, laporan dan rekod termasuk tetapi tidak terhad kepada pesanan ringkas, imej, lambang, video, animasi dan bentuk sepertimana yang dipaparkan atau dimuatkandi dalam Laman Web ini. "i-wira" ertinya sistem yang boleh diakses melalui internet bagi Pencarum untuk membolehkan mereka mengakses akaun caruman mereka bersama-sama LTAT dan menggunakan Perkhidmatan. Setelah pengaktifan i-wira, Anda boleh mengakses Perkhidmatan di dalam Laman Web ini yang disediakan untuk Anda dari semasa ke semasa. "Kata Laluan" ertinya antara 8 hingga 20 aksara dan/atau karakter istimewa yang diketahui secara peribadi yang digunakan bersama Nombor Tentera untuk tujuan pengesahan bagi mengakses, terutamanya i-wira dan perkhidmatan internet lain yang disediakan.

"LTAT" ertinya Lembaga Tabung Angkatan Tentera, sebuah badan berkanun kerajaan yang ditubuhkan melalui akta parlimen, Akta 101, 1973. Laman Web ertinya www.ltat.org.my, laman web rasmi LTAT. Maklumat ertinya apa-apa maklumat, teks, data peribadi, data, kenyataan, material, mesej atau sebarang maklumat lain yang dipaparkan dan/atau yang dinyatakan di dalam Laman Web. "Pengguna i-wira" ertinya Pencarum yang telah mengaktifkan i-wira. "Perkhidmatan" ertinya semua perkhidmatan atas talian, yang disediakan dari semasa ke semasa di dalam Laman Web ini. 2.UMUM Istilah Anda hendaklah merujuk kepada pengguna Laman Web dan Pengguna i-wira. Akses anda ke Laman Web ini dan penggunaan Perkhidmatan yang disediakan adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat di sini. Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat di dalam Laman Web ini setiap kali Anda mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di dalam Laman Web ini. Walau apa pun dan tanpa menyentuh maksud umum klausa-klausa di dalam Terma dan Syarat ini, Anda dengan bersetuju bahawa akses kepada Laman Web ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah atas risiko Anda sendiri dan Anda, tanpa syarat, bersetuju sepenuhnya akan menanggung semua risiko, bersampingan dengan atau berbangkit daripada penggunaan Laman Web ini dan Perkhidmatan di dalamnya. Jika pada bila-bila masa Anda tidak bersetuju dengan mana-mana atau semua Terma dan Syarat ini, sila tamatkan semua akses Anda kepada Laman Web ini dan/atau penggunaan Perkhidmatan. Sekiranya berlaku percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Malaysia akan mengatasi versi Bahasa Inggeris.

3.PERATURAN PENGGUNAAN Anda bersetuju dan mengakur janji untuk TIDAK menggunakan Laman Web ini, Isi Kandungan dan Perkhidmatan yang terkandung di dalamnya untuk tujuan yang mungkin termasuklah menyalahi hak-hak atau menyekat kepenggunaan dan mengikut Laman Web, Isi Kandungan dan Perkhidmatan dan ini termasuk : a) untuk mempamerkan apa-apa kelakuan, perbuatan atau material yang menyalahi undang-undang, menghina, mengandungi unsur-unsur lucah, kurang sopan, fitnah, hasutan, menghina atau membenci, pemalsuan, perkauman dan/atau yang boleh mengganggu individu, memberikan tekanan atau menyebabkan perasaan tidak senang atau menggugat privasi individu lain, mengandungi ancaman atau emel yang mendatangkan kemudaratan, menggalakkan kelakuan yang merupakan suatu kesalahan jenayah, menimbulkan liabiliti sivil atau menyalahi mana-mana peraturan atau undang-undang tempatan, negeri, negara atau antarabangsa; penggunaan bahan yang mungkin menyalahi hak cipta, tanda dagang atau apa-apa harta intelek; b) penggunaan bahan terpelihara dari rahsia perdagangan tanpa kebenaran; c) menyamar sebagai seorang individu atau entiti termasuk dan tidak terhad kepada, pegawai LTAT atau hos atau memberikan gambaran yang salah tentang hubungan Anda dengan individu atau entiti; d) akses atau penggunaan data tanpa kebenaran, sistem atau rangkaian sistem termasuk sebarang percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau rangkaian sistem ; e) mengawasi data atau trafik sebarang sistem atau rangkaian sistem tanpa mempunyai kebenaran yang sah; f) menggunakan atau menyertakan sebarang virus, Trojan horses', time bombs', worms', cancelbots' atau sebarang cara seumpamanya yang boleh merosakkan, mengganggu, memintas atau merampas mana-mana sistem; atau menggangu Perkhidmatan mana-mana pengguna, hos atau rangkaian sistem termasuk dan tidak terhad kepada mailbombing', flooding', broadcast attacks database' atau meletakkan sebarang beban tambahan atau tidak perlu ke atas sistem LTAT; g) memintas sebarang pengesahan pengguna atau keselamatan sebarang hos, rangkaian sistem atau akaun (pencerobohan atau penggodaman atau percubaaan untuk menceroboh atau menggodam); dan h) menjual semula atau menyediakan Laman Web, Isi Kandungannya dan Perkhidmatan atau manamana bahagian kepada individu lain atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya. LTAT mempunyai budi bicara mutlak untuk memadam atau meminda Laman Web ini, Isi Kandungan dan Perkhidmatan dan Peraturan Penggunaan. LTAT mempunyai hak untuk menyiasat sebarang kebarangkalian penyalahgunaan Penggunaan. Peraturan

4.HAK PROPRIETARI Laman Web ini dan Perkhidmatan di dalamnya adalah hak milik LTAT. Laman Web ini adalah dilindungi oleh hak cipta, tanda dagang dan lain-lain hak proprietari. Tiada lesen atau hak diberikan kepada Anda dan akses Anda ke Laman Web ini dan/atau penggunaan peralatan atas talian dan Perkhidmatan tidak boleh ditafsirkan sebagai pemberian, dengan implikasi, estopel atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana Isi Kandungan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada LTAT atau pemilik pihak ketiga hak proprietari yang berkaitan. 5.TANDA DAGANG Semua tanda dagang, tanda perkhidmatan, dan logo yang dipaparkan di dalam Laman Web ini adalah hakmilik LTAT dan/atau pemilik pihak ketiga masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Laman Web ini. Melainkan jika keizinan bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada LTAT atau pemilik pihak ketiga mana-mana tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo yang dipaparkan di Laman Web ini telah diperolehi, tiada lesen atau hak diberikan kepada mana-mana pihak yang mengakses Laman Web ini untuk menggunakan, memuat turun, mengeluarkan semula salinan atau mengubah suai tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo. Begitu juga, melainkan jika keizinan bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada LTAT atau pemilik yang berkaitan itu, tiada tanda dagang tersebut, tanda perkhidmatan atau logo boleh digunakan sebagai pautan atau untuk menandakan mana-mana pautan ke Laman Web ini atau mana-mana laman lain. 6.PINDAAN LTAT berhak untuk mengemaskini, meminda dan/atau mengubah mana-mana bahagian atau semua Terma dan Syarat dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya. Semua pengemaskinian, pindaan dan/atau perubahan akan dipaparkan di Laman Web ini dan penggunaan berterusan oleh Anda di Laman Web ini selepas pengemaskinian, pindaan dan/atau perubahan yang telah dipaparkan akan dianggap sebagai pematuhan Anda, pengakuan dan penerimaan kepada Terma dan Syarat yang dikemaskini.

7.PAUTAN Pautan dari atau ke mana-mana laman web di luar Laman Web ini adalah bertujuan untuk kemudahan sahaja. Pautan laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga yang mana adalah di luar kawalan LTAT. LTAT tidak akan bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap kandungan laman-laman web tersebut, pihak ketiga yang dinamakan dalamnya atau produk dan perkhidmatan mereka. Pautan yang disediakan di dalam Laman Web ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan atau verifikasi atau kelulusan laman-laman web tersebut atau kandungan di dalamnya oleh LTAT. Pautan ke laman web lain adalah atas risiko Anda sendiri dan LTAT tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan berkaitan dengan pautan. 8.ARAHAN Anda hendaklah memberikan Maklumat yang benar, tepat dan lengkap apabila Anda memberi arahan kepada LTAT berhubung dengan Perkhidmatan. LTAT akan bergantung kepada Maklumat sebagaimana yang diberikan dan diarahkan oleh Anda dan LTAT tidak bertanggungjawab untuk mengesahkan atau menilai Maklumat untuk mempengaruhi transaksi tersebut. Anda bersetuju dan menerima bahawa apa-apa arahan yang Anda akan keluarkan hendaklah pada setiap masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh LTAT dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya. LTAT berhak mengikut budi bicara mutlaknya, untuk tidak melaksanakan apa-apa arahan Anda di mana arahan Anda tidak selaras dengan polisi LTAT, prosedur atau undang-undang atau untuk apa-apa sebab lain sekalipun. Anda dengan ini bersetuju bahawa apa-apa arahan yang diterima oleh LTAT selepas kejayaan penggunaan i-wira adalah kebenaran bagi LTAT untuk bergantung dan bertindak atas arahan Anda. Sekiranya Anda atau seseorang yang menyamar sebagai Anda, mengakses i-wira, menggunakan Perkhidmatan dan memberi apa-apa arahan kepada LTAT, Anda bersetuju bahawa arahan tersebut hendaklah disifatkan telah dikeluarkan oleh Anda walaupun arahan tersebut yang telah diberikan oleh pihak ketiga sama ada dibenarkan atau tidak dibenarkan oleh Anda dan Anda hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi apa-apa tindakan, kegagalan, kelewatan, kehilangan atau kerosakan yang mungkin berlaku.

9.PENGHANTARAN MELALUI LAMAN WEB LTAT tidak menjamin bahawa mana-mana penghantaran yang dihantar kepada LTAT melalui Laman Web adalah benar-benar selamat dan bebas daripada apa-apa keingkaran, kesilapan dan/atau data yang tertinggal. LTAT tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian dan/atau gantirugi yang disebabkan oleh mana-mana individu berhubung dengan penghantaran melalui Laman Web. Disebabkan keadaan semula jadi Internet, penghantaran itu mungkin tertakluk kepada gangguan, terputusnya bekalan elektrik, kelewatan penghantaran dan kesilapan penghantaran data. LTAT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan kemudahan komunikasi yang boleh menjejaskan ketepatan masa transaksi. 10.GANGGUAN SISTEM KOMPUTER LTAT tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan, kesilapan atau maklumat tertinggal atau kehilangan maklumat yang dihantar, virus atau harta yang tercemar atau rosak yang dihantar atau kerosakan yang berlaku kepada sistem komputer Anda. Anda akan bertanggungjawab untuk memberi perlindungan yang mencukupi dan mempunyai data dan/atau peralatan sokongan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan sesuai untuk mengimbas virus komputer atau harta yang merosakkan. LTAT tidak akan bertanggungjawab ke atas ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung dengan Laman Web ini. 11.KERAHSIAAN MAKLUMAT Dengan mengakses Laman Web ini, Anda mengakui dan bersetuju bahawa LTAT boleh mengumpul, mengekalkan atau mendedahkan Maklumat Anda atau mana-mana maklumat oleh Anda untuk keberkesanan Perkhidmatan dan Maklumat yang dikumpul, disimpan atau didedahkan hendaklah mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan mana-mana perundangan, undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai dari semasa ke semasa. Anda bersetuju untuk menerima semua risiko yang berkaitan semasa menggunakan Perkhidmatan di Laman Web ini yang Maklumat boleh diakses oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan dan bersetuju

untuk tidak memegang LTAT bertanggungjawab ke atas sebarang akses yang tidak dibenarkan atau apaapa kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat daripadanya. Anda hendaklah bertanggungjawab bagi kerahsiaan dan penggunaan Kata Laluan Anda dan tidak mendedahkan Kata Laluan Anda kepada sesiapa pada masa bila-bila masa dan di bawah apa jua keadaan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Anda bersetuju untuk mematuhi segala langkah keselamatan berkaitan dengan perlindungan Kata Laluan atau secara amnya berkenaan dengan penggunaan Perkhidmatan ini. Anda menerima tanggungjawab bahawa dalam apa-apa keadaan di mana Kata Laluan Anda dimaklumkan kepada mana-mana orang lain sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, Anda hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dengan pendedahan, penemuan atau Anda mesti memaklumkan kepada LTAT dengan segera. 12.CAJ/YURAN Anda bersetuju dan mengakui bahawa LTAT mempunyai hak mengikut budi bicara mutlaknya untuk mengenakan caj atau fi bagi Perkhidmatan ini setelah memberikan notis terlebih dahulu. 13.PENGENEPIAN Sekiranya LTAT gagal atau cuai untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan atau remedi di bawah Terma dan Syarat ini atas apa jua sebab, LTAT hendaklah tidak ditafsirkan sebagai mengenepikan hak LTAT untuk menguatkuasakan atau mengenepikan hak kami terhadap mana-mana pelanggaran yang berterusan, berjaya atau berikutnya atau mana-mana peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini oleh Anda. Jika mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini ditetapkan sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang yang terpakai, maka peruntukan yang tidak sah dan tidak dapat dikuatkuasakan itu dianggap digantikan oleh peruntukan yang sah dan boleh dikuatkuasakan dengan tujuannya paling dekat dengan peruntukan asal dan peruntukan yang selebihnya dalam Terma dan Syarat ini akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya. Mana-mana hak yang tidak diberikan secara nyata di dalam ini adalah terpelihara.

14.PENGECUALIAN LIABILITI LTAT dan/atau ejen-ejennya di dalam mana-mana situasi dengan ini tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat atau apa-apa asas yang lain, termasuk tanpa had, secara langsung, tidak langsung atau sebarang kerosakan, atau kerugian atau keuntungan atau simpanan yang timbul berhubung dengan akses atau penggunaan Anda atau ketidakupayaan untuk mengakses atau menggunakan Laman Web ini (atau mana-mana pautan pihak ketiga ke atau dari Laman Web ini), kebergantungan kepada Maklumat yang terkandung di dalam Laman Web ini, apa-apa kegagalan teknikal, perkakasan atau mana-mana jenis perisian, gangguan, kesilapan, maklumat yang tertinggal, kelewatan dalam operasi, virus komputer, atau sebaliknya. Klausa pengecualian ini hendaklah berkuatkuasa sepenuhnya setakat yang dibenarkan oleh undangundang. 15.INDEMNITI Anda dengan ini bersetuju untuk menanggung kerugian dan menanggung rugi LTAT, terhadap sebarang kerugian atau kerosakan, kos, tuntutan, yuran (termasuk fi peguamcara atas dasar peguamcara dan anak guam) dan semua perbelanjaan yang timbul daripada sebarang pelanggaran ke atas mana-mana Terma dan Syarat Laman Web ini disebabkan oleh ketidakpatuhan, ketidakakuran Anda, keengganan pengecualian Anda daripada tatacara dan prosedur dalam Laman Web, kecuaian dalam melaksanakan kewajipan Anda dan pelanggaran mana-mana hak harta intelek di mana-mana bahagian Laman Web dan Perkhidmatan ini dan apa-apa liabiliti yang timbul daripada kecuaian Anda atau salah laku secara sengaja atau dari ketidakpatuhan, ketidakakuran, keengganan dan pengecualian daripada langkahlangkah dan prosedur di dalam Laman Web ini, kecederaan tubuh badan, kematian mana-mana individu atau kerosakan kepada mana-mana harta peribadi. 16.PENAMATAN LTAT berhak untuk menamatkan/menahan akses Anda ke Laman Web ini dan/atau penggunaan Laman Web ini dan Perkhidmatan pada bila-bila masa, secara keseluruhan atau sebahagian tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya Anda melanggar mana-mana Peraturan Penggunaan dan/atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini atau mengingkari hak LTAT /pengguna lain atau mana-mana pihak ketiga atau Anda telah melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang.

17.UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA Terma dan Syarat ini hendaklah bagi semua maksud dan tujuan tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia. Dengan mengakses Laman Web ini dan/atau menggunakan Perkhidmatan yang disediakan disini, Anda dengan ini bersetuju kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia. 18.PANDUAN PENGGUNA DAN SOALAN LAZIM "Panduan Ringkas" ertinya panduan atau panduan-panduan yang dikeluarkan oleh LTAT kepada Anda yang mengandungi arahan operasi untuk mod akses dan jenis transaksi yang disediakan melalui Perkhidmatan dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan dan lain-lain Panduan Ringkas sebagaimana yang dikeluarkan oleh LTAT dari semasa ke semasa. Panduan Ringkas tersebut terdapat di dalam Laman Web ini. Anda hendaklah membaca dan memahami Panduan Ringkas dan/atau Soalan Lazim sebelum cuba untuk menggunakan Laman Web ini dan i-wira dan tidak menjalankan apa-apa arahan atau menggunakan i- Wira dengan kehadiran mana-mana individu lain. 19.NOTIS LTAT boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan notis semasa kepada Anda melalui mana-mana kaedah seperti berikut: i) Melalui mel elektronik ke alamat emel terakhir Anda yang diketahui dalam rekod LTAT dan pemberitahuan itu hendaklah dianggap telah diterima dua puluh empat (24) jam selepas dihantar. ii) Melalui mesej ke nombor telefon bimbit terakhir Anda yang diketahui dan pemberitahuan itu hendaklah dianggap telah diterima dua puluh empat (24) jam selepas dihantar. iii) Melalui penyiaran mesej ke peti masuk mesej i-wira Anda.

20.MENYEMAK CARUMAN LTAT Baki yang dipaparkan di dalam i-wira mungkin bukan baki sebenar yang mungkin tidak termasuk caruman yang belum dikreditkan ke dalam akaun Anda atau jumlah pengeluaran yang belum didebitkan dari akaun Anda. 21.MAKLUMAT AKAUN LTAT tidak menjamin ketepatan dan kesempurnaan sebarang maklumat berkaitan Akaun Anda atau transaksi seperti yang dilaporkan melalui Perkhidmatan ini. Anda perlu memastikan bahawa Maklumat adalah betul, lengkap, tepat dan terkini. LTAT tidak mempunyai sebarang liabiliti apa jua (termasuk tetapi tidak terhad kepada) bagi apa-apa ganti rugi secara langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit, kehilangan keuntungan dijangka atau kerugian ekonomi lain yang timbul daripada, berkaitan dengan atau berhubung dengan Maklumat yang terkandung di dalam Akaun Anda, penggunaan atau pergantungannya. Anda bersetuju bahawa Maklumat yang berkaitan dengan Akaun Anda atau transaksi seperti yang dilaporkan melalui Perkhidmatan ini tidak akan bagi apa-apa tujuan sekalipun diambil sebagai muktamad mengenai status Akaun Anda atau transaksi. 22.CIRI-CIRI KESELAMATAN Anda hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan sebarang Maklumat yang dikemukakan untuk apaapa tujuan melalui Laman Web adalah tepat, lengkap, terkini dan bebas daripada kesilapan. LTAT tidak memberi apa-apa waranti untuk Maklumat yang dikemukakan oleh pihak ketiga melalui Laman Web dan tidak bertanggungjawab bagi apa-apa ketidaktepatan dan kesilapan yang disebabkan oleh pihak ketiga. 23.PENGESAHAN IDENTITI Anda dengan ini bersetuju bahawa Anda akan hadir di premis LTAT atau agen yang dilantik untuk pengesahan identiti Pencarum melalui pengesahan cap ibu jari sebelum pengeluaran Anda diserahkan melalui pilihan pembayaran yang ada.

24.PENAFIAN Isi Kandungan dan Maklumat yang disediakan oleh LTAT berdasarkan "sedia ada" dan " sebagaimana tersedia". Rujukan kepada Isi Kandungan dan Maklumat yang terkandung di dalam Laman Web ini adalah termasuk bahan dan maklumat seperti yang disediakan oleh pihak ketiga. LTAT tidak memberi jaminan bahawa Perkhidmatan akan disediakan pada setiap masa. LTAT tidak memberikan sebarang jaminan nyata atau tersirat, representasi, atau pengendorsan termasuk, tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan ke atas tajuk, pelanggaran hak, kebolehdagangan, kegunaan, operasi, kesempurnaan, terkini, ketepatan, kepuasan kualiti, kebolehpercayaan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu berhubung dengan Laman Web ini, Isi Kandungan, Maklumat dan/atau fungsi di dalamnya secara jelas menafikan liabiliti bagi kesilapan dan ketinggalan dalam Isi Kandungan dan/atau Maklumat. Tanpa pengurangan kepada peruntukkan di atas dan/atau terma dan syarat perjanjian berkenaan dengan produk dan perkhidmatan LTAT, langkahlangkah sewajarnya akan diambil oleh LTAT untuk memastikan ketepatan dan kesahihan semua maklumat berkaitan transaksi dan produk dari LTAT. Anda, hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mana-mana Isi Kandungan dan/atau Maklumat yang digunakan/diperolehi dari Laman Web ini dan/atau mana-mana Isi Kandungan dan/atau Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Laman Web ini. Anda hendaklah bersetuju bahawa apa-apa Maklumat yang digunakan/didapatkan dari Laman Web ini dan/atau apa-apa Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Laman Web ini untuk tujuan Perkhidmatan adalah lengkap, tepat, boleh dipercayai, terkini dan bebas daripada kesilapan. Dalam apa keadaan LTAT tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan keuntungan, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif, teladan atau khas yang timbul daripada apa-apa Maklumat yang digunakan/diperolehi dari Laman Web ini dan/atau apa-apa Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Laman Web ini. Dengan mengakses masuk ke i-wira di Laman Web ini dan dengan menggunakan Perkhidmatan, Anda dengan ini akan mematuhi prosedur yang ditetapkan di dalamnya. Sekiranya Anda memilih untuk tidak menggunakan apa-apa langkah/prosedur untuk tujuan Perkhidmatan tersebut, Anda hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk pilihan yang dibuat dan tidak boleh meletakkan tanggungjawab ke atas LTAT untuk sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan keuntungan, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif, teladan atau khas yang timbul daripada apa-apa Maklumat yang digunakan/diperolehi dari Laman Web ini dan/atau apa-apa Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Laman Web ini.