1.0 NAMA DAN TARIKH BERKUATKUASA Panduan ini dinamakan Garis Panduan Panel Penilai Luar Item Peperiksaan Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Panduan ini diwujudkan dengan kelulusan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik Kementerian Pendidikan T i n g g i Malaysia yang berkuatkuasa pada Januari 2017. 2.0 TUJUAN Garis panduan ini adalah bertujuan: i. untuk memberikan panduan kepada semua politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dalam mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pelantikan panel penilai luar item peperiksaan politeknik. ii. Mewujudkan keseragaman proses penilaian ke atas item peperiksaan. 3.0 KRITERIA PELANTIKAN Panel Penilai Luar Item Peperiksaan boleh dilantik berdasarkan kewibawaan dan profesionalisme pegawai/ personel dari kalangan: 3.1 Ahli akademik 3.1.1 IPTA/IPTS yang diiktiraf 3.1.2 Gred 45 dan ke atas atau setaraf dengannya 3.1.3 Mengikut bidang kepakaran dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun 3.1.4 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan taksonomi, pentaksiran, penilaian dan Outcome Base Education (OBE) 3.2 Industri/Badan-badan Profesional 3.2.1 Pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 2 tahun 3.2.2 Mempunyai pengetahuan berkaitan pentaksiran dan penilaian 3.2.3 Kelayakan kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau mempunyai sijil professional yang diiktiraf dari badan-badan professional yang bertauliah 3.2.4 Tidak dikenakan tindakan tatatertib oleh badan-badan professional atau undang-undang.
4.0 TEMPOH PELANTIKAN Pelantikan Panel Penilai Luar Item Peperiksaan minima adalah selama 2 tahun (4 semester pengajian) dan boleh dilantik semula oleh Jabatan Pendidikan Politeknik. 5.0 TUGAS DAN FUNGSI PANEL PENILAI LUAR ITEM PEPERIKSAAN Panel penilai luar item peperiksaan dilantik bertujuan untuk membantu Politeknik memastikan kualiti dan standard pentaksiran tercapai. Di antara tugas dan fungsi panel penilai luar item peperiksaan adalah seperti berikut: 5.1 Menyemak dan menilai item peperiksaan akhir dan peraturan pemarkahan yang digubal. 5.2 Membuat penambahbaikan item peperiksaan akhir bersama dengan pensyarah politeknik. 5.3 Menyemak dan menilai instrumen Penilaian Kerja Kursus. 5.4 Mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Akademik Politeknik dalam hal- hal pentaksiran. 5.5 Berkongsi ilmu tentang bidang kepakaran masing-masing dengan politeknik. 5.6 Menyediakan ulasan atau cadangan kepada politeknik atau Jabatan Pendidikan Politeknik berhubung penemuan dan hal-hal yang berkaitan bagi tujuan penambahbaikan.
6.0 CARTA ALIR PANEL PENILAI LUAR ITEM PEPERIKSAAN TANGGUNG JAWAB CARTA ALIR PROSES TINDAKAN BPN, JPP Mula Pelantikan panel penilai luar item peperiksaan Urusetia/ Politeknik Penyelaras Jemputan panel penilai luar item peperiksaan 1. Borang-borang berkaitan panel penilai luar Urusetia/ Politeknik Penyelaras Taklimat kepada Panel Penilai Luar Item Peperiksaan 2. Urusetia memberikan taklimat berkenaan perjalanan bengkel kepada panel penilai luar. Panel penilai luar item peperiksaan Semak item peperiksaan (Borang B6/BPN dan B7/BPN) 3. Panel penilai luar item peperiksaan akhir menyemak item yang telah dinilai menggunakan Borang B6/BPN dan B7/BPN. Panel penilai luar item peperiksaan Perbincangan bersama panel penilai (jika perlu) 4. Panel penilai luar item peperiksaan membuat perbincangan bersama panel penilai kursus. Panel penilai luar item peperiksaan Ulasan keseluruhan semakan (jika perlu) 5. Panel penilai luar item peperiksaan akhir membuat ulasan keseluruhan dan diserahkan kepada urusetia. Tamat
7.0 BAYARAN DAN ELAUN Bayaran dan elaun kepada panel penilai luar/industri adalah dengan merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2005 atau semasa. 7.1 Kadar yang ditetapkan adalah seperti yang berikut: Kumpulan Perkhidmatan Kadar Bayaran Saguhati Pensyarah/ Penceramah Sambilan Fasilitator Sambilan Kumpulan Pengurusan RM100.00 RM300.00 sejam Tertinggi sejam Kumpulan Pengurusan & RM100.00 RM200.00 sejam Professional Gred 53 & 54 sejam Kumpulan Pengurusan & Professional Gred 45 & 52 RM150.00 sejam RM90.00 sejam Kumpulan Pengurusan & Professional Gred 41 & 44 RM120.00 sejam RM80.00 sejam Kumpulan Sokongan RM80.00 sejam RM60.00 sejam Jadual 1 Kadar Bayaran Saguhati Had Maksimum Sebulan Tidak melebihi ½ daripada gaji bulanan pegawai 7.2 Kelayakan bayaran saguhati ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:- i) Pegawai yang memberi syarahan/ ceramah atau dilantik sebagai fasilitator hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatannya; ii) iii) iv) Memberi syarahan/ ceramah atau menjadi fasilitator bukan merupakan sebahagian daripada tugas rasmi pegawai; Pegawai dari unit/institusi latihan/pengajian, maktab/institusi perguruan dan sekolah di mana tugas memberi syarahan/ ceramah adalah sebahagian daripada tugas mereka, bayaran saguhati boleh dibayar sekiranya kursus/ bengkel/ majlis rasmi bukan dianjurkan dan bukan merupakan program jabatan/ institusi/ maktab/ sekolah yang sama; Urusetia yang memberi syarahan/ ceramah atau menjadi fasilitator dalam program yang dianjurkannya tidak layak bayaran saguhati di bawah Pekeliling ini; v) Bayaran saguhati boleh diberi mengikut kadar setengah jam bagi setiap setengah jam yang genap sekiranya waktu syarahan/ ceramah yang ditetapkan oleh penganjur kursus/ bengkel/ majlis rasmi melebihi satu jam; dan
vi) Pensyarah/ penceramah/ fasilitator sambilan yang diberikan cenderamata adalah tidak layak dibayar saguhati di bawah pekeliling. 9.0 LAMPIRAN 9.1 Contoh surat lantikan
9.2 Borang B6/BPN GARIS PANDUAN PANEL PENILAI LUAR ITEM PEPERIKSAAN POLITEKNIK
9.3 Borang B7/BPN GARIS PANDUAN PANEL PENILAI LUAR ITEM PEPERIKSAAN POLITEKNIK