BBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1 1.0 KAEDAH KAEDAH MANUAL PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE POWERPOINT i. Kaedah memilih animasi pada objek ii. Kaedah menggantikan latar belakang / background pada slide Powerpoint iii. Kaedah membuat hyperlink di Powerpoint iv. Kaedah memasukkan video ke dalam slide Powerpoint Setelah membuka paparan Microsoft Office Powerpoint, kemudian teruskan dengan kaedahkaedah penggunaan di dalam Powerpoint. Kaedah yang pertama dalam penggunaannya adalah : 2.0.1 Kaedah memilih animasi pada objek Gunakan cara berikut untuk memilih animasi pada objek : Langkah 1 : Klik pada objek di slide untuk memilih seluruh efek animasi.
BBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT 2 Langkah 2 : Untuk memilih salah satu animasi, klik pada angka animasi di slide (lihat gambar atas). Langkah 3 : Seterusnya, daftar animasi di Custom Animation task pane (lihat gambar berikut). Langkah 4 : Kemudian, pilih animasi yang sesuai dengan objek tersebut.
BBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT 3 Langkah 5 : Untuk memilih animasi secara berurutan, klik pada animasi pertama di daftar pada Custom Animation task pane, tekan tombol SHIFT dan klik animasi terakhir. Langkah 6 : Untuk memilih animasi yang letaknya tidak berurutan, tekan tombol CTRL dan klik animasi yang lain. Setelah siap memilih animasi anda, Klik pada Slide Show. Objek akan bergerak mengikut animasi yang telah ditetapkan.
BBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT 4 2.0.2 Kaedah menggantikan latar belakang / background pada slide Powerpoint Langkah-langkah untuk menggantikan latar belakang yang diingini pada slide powerpoint. Pemilihan latar belakang yang sesuai akan membuatkan sesuatu slide tersebut nmpak lebih menarik dan unik. Langkah 1 : Buka Aplikasi Microsoft Power Point anda. Kalau saya menggunakan PowerPoint yang 2007. Langkah 2 : Pada gambar di bawah ini ada "blank slide". Klik kanan pada blank slide tersebut, lalu pilih Format Background.
BBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT 5 Langkah 3 : Akan terbuka jendela seperti gambar di atas, lalu Pilih Picture or Texture File. Disini ada 2 pilihan sebenarnya. Jika anda milih Texture, pada jendela tersebut ada tanda pada ke bawah pada bacaan "texture" lalu anda tinggal pilih texture kesukaan anda. Langkah 4 : Akan tetapi, jika anda mahu background power point itu gambar yang anda ingini, anda boleh memilih "File". Untuk lebih jelas boleh lihat gambar di bawah ini.
BBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT 6 Langkah 5 : Setelah menekan file, carilah file gambar yang anda ingini, lalu klik "Insert". Langkah 6 : Latar belakang / background anda telah berganti. Lihat pada gambar di bawah ini. Background yang tadinya putih telah berganti. Untuk menggantikan background pada slide-slide berikutnya tinggal melakukan cara yang sama.
BBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT 7 2.0.3 Kaedah membuat hyperlink di Powerpoint Hyperlink di dalam powerpoint merupakan sebagai tautan yang saling berhubungan. Prinsip dalam membuat hyperlink iaitu menghubungkan satu slide dengan slide yang lain yang diwakili oleh satu perintah. Sebagai contohnya, kita ingin berpindah dari slide 1 dengan slide 5 tanpa melalui slide 2, 3 dan 4, maka gunakan hyperlink untuk pergi ke slide yang kita ingini. Antara langkah-langkahnya adalah : Langkah 1 : Buka Aplikasi Microsoft Power Point anda. Lalu klik NEW SLIDE.
BBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT 8 Langkah 2 : Seterusnya, membuat isi persentasi pada setiap slide. Misalnya : Slide 1 : Penggunaan Sofware dalam Komputer Slide 2 : Bab 1 Slide 3 : Bab 2 Slide 4 : Bab 3 Langkah 3 : Kemudian, membuat bentuk setiap bab pada halaman pertama. Pergi ke Insert > pilih Shape yang diingini untuk membuat tajuk di dalam Shape tersebut.
BBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT 9 Langkah 4 : Membuat tombol (kotak). Lalu klik kanan EDIT TEXT. Tulis dalam setiap shape yang dipilih Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5. Langkah 5 : Kemudian, untuk membuat hyperlink Bab 3 ke slide yang sepatutnya. klik tombol BAB 3 lalu klik INSERT >> ACTION
BBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT 10 Langkah 6 : Setelah klik pada ACTION, paparan Action Setting akan muncul pada screen. Kemudian pilih hyperlink to untuk menetapkan slide bagi Bab 3. Langkah 7 : Kemudian, di dalam HYPERLINK TO > SLIDE terdapat slide title yang perlu anda pilih Hyperlink, jadi saya memilih Page 4 untuk membuat hyperlink Bab 3. Kemudian klik OK.
BBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT 11 Langkah 8 : Setelah klik OK. Warna pada tulisan Bab 3 akan berubah, itu menunjukkan Bab 3 telah menjadi hyperlink untuk slide yang telah ditetapkan. Langkah 9 : Kemudian, Slide Show slide tersebut (lihat gambar diatas). Klik pada Bab3, paparan akan terus membuka slide yang telah ditetapkan.
BBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT 12 2.0.4 Kaedah memasukkan video ke dalam slide Powerpoint Langkah 1 : Buka Microsoft Powerpoint versi apa saja, seperti Powerpoint 2003, Powerpoint 2007, Powerpoint 2010 dan Powerpoint 2013. Sebagai contoh saya menggunakan Microsoft Powerpoint 2007. Langkah 2 : Seterusnya, setelah membuka aplikasi Microsoft Powerpoint, kemudian klik >> Insert dan Pilih Movie.
BBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT 13 Langkah 3 : Kemudian, klik Movie from File dan pilih video yang ingin anda masukkan ke dalam slide powerpoint. Klik Ok. Langkah 4 : Setelah paparan video telah muncul pada slide, Pilih Automatically jika ingin video dimainkan secara automatik, atau When Clicked jika ingin memainkan video dengan diklik terlebih dahulu.
BBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT 14 Langkah 5 : Seterusnya, klik pada penjuru video untuk membesarkan saiz video tersebut mengikut kesesuaian yang anda ingini. Buatlah video ke dalam format MP4 atau WMV, kerana format ini lebih support dan compatible dengan powerpoint.
BBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT 15