Tajuk: Membuat Eksperimentasi Perisian-Perisian untuk Grafik dan Lukisan Digital

dokumen-dokumen yang mirip
Kategori Grafik Digital

Format Fail atau Piawaian Grafik Digital

Reka Bentuk Visual (6 jam + 8 jam)

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Desain Grafis. Oleh: Hadi Sisyanto, S. Kom.

TMK T5 RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2013 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN TINGKATAN 5

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

LATIHAN PENGUKUHAN 4 1. Berikan perbezaan di antara wireframe dengan storyboard

Sistem Grafika Komputer. Sistem yang memungkinkan operator untuk berdialog langsung dengan yang terlihat dilayar komputer

MENGENAL GRAFIS dan PROGRAM APLIKASINYA

BAB III TEORI PENUNJANG

4. Berikan tiga prinsip rekabentuk grafik dan jelaskan secara ringkas setiap

PENGENALAN KEPADA LAMAN WEB

GIMP & INKSCAPE. Materi Ujian Sekolah Tertulis (Grade 12)

Versi SISTEM PENGURUSAN SURAT (SPS) - Surat Keluar - Buku Alamat - Cetakan - Nilai Setem dan Serahan. Panduan Pengguna

Pengenalan kepada Teknologi Grafik Digital

Desain Grafis. Arie Sopiana.

EDU 3105: Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Panduan Mula Ringkas. Melihat opsyen lain Klik anak panah ini untuk melihat opsyen lain dalam kotak dialog.

Gambar Clean Up dan Sisip. Rio Widyatmoko, A.Md.Kom

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sistem Multimedia. Image. Donny Reza, S.Kom

Desain Grafis. Heni Handayani.

BAB II LANDASAN TEORI

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Microsoft Expression Inkscape Adobe Photoshop Adobe Illustrator Paint Shop Pro Corel Painter Pixia Kolourpaint Microsoft Paint The GIMP opencanvas

Panduan Mula Ringkas. Melihat atau bertukar antara akaun dalam talian Klik ID akaun anda untuk mengubah seting atau menukar akaun.

Hanya beberapa klik kemudian, pesanan anda sedia untuk dicetak. Bergantung di mana anda tinggal, dan jenis produk yang anda rekan, anda boleh:

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

8. Memupuk kesedaran terhadap kepentingan kreativiti dan profesionalisme dalam bidang kerjaya grafik berkomputer.

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

Teknologi Multimedia untuk Teknologi Web

Tips dan Trik dalam Mendesain Web

Latar belakang Desain grafis

Aplikasi Pengolah Grafis. Oleh: Hesti Khuzaimah Nurul Yusufiyah

MODUL PENGAJARAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI)

PERANGKAT LUNAK MULTIMEDIA

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk pengesahan dalam jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C29

Menambah gambar Tambah satu atau lebih gambar pada penerbitan anda dari komputer anda, dari galeri lukisan klip Office.com atau dari Web.

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN KSSR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TAHUN 4

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

BAB I Pengantar Desain Grafis

Animasi Objek 2 Dimensi GAMBAR BITMAP

Penggunaan Video (2 jam + 4 jam)

Desain Grafis. Sistem Informasi Fery Antony, S.T., M.Kom

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

Pengenalan kepada Teknologi Animasi Digital

DASAR-DASAR DESAIN GRAFIS

PPISMP Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN DOA MENGGUNAKAN PENDEKATAN BERCERITA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

Polisi Privasi. Pengenalan

KRITERIA PEMARKAHAN PERTANDINGAN MEMBINA LAMAN BLOG DAN BBM ONLINE

Tindakan pengguna. Storan data. Pengumpulan data

Dopod Perkenal Dua Telefon Selular 3G Capaian Massimum

BERANDA SK / KD INDIKATOR MATERI LATIHAN UJI KOMPETENSI REFERENSI PENYUSUN SELESAI TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI

Definisi, Tujuan, dan Manfaat Desain Grafis

. Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA soalan di dalam ENAM muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Mengapa menggunakan format image BITMAP & VECTOR?

Garis Panduan Imej dan Identiti Korporat Universiti

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

SOAL TUGAS DESAIN GRAFIS (15 Januari 2011) JAWABAN : Nama : No Absen : Kelas : XI-TKJ 1

(Peningkatan pada 24 Jun 2011)

Pilihlah satu jawaban yang benar dengan memberi tanda silang (X) pada lembar jawaban yang disediakan!

CONCEPT. Menentukan tujuan : Memahami karakteristik user. Output. Tujuan dari multimedia, audiens yang menggunakan. Tingkat kemampuan audiens

TEKNOLOGI ANIMASI ANIMASI 3 DIMENSI (3D)

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL Kertas 3 Februari Julai

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

Kualiti Grafik Digital

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

REKABENTUK ANTARAMUKA PENGGUNA DALAM PERSEKITARAN WINDOWS

Kelebihan Internet dalam P&P ::.

BAB 4 Skrip dalam Penerbitan Video

Menjalankan Program Microsoft Publisher Menyimpan file publikasi Membuka dan menutup file publikasi Mengenal toolbar standar dan toolbar formatting

LAMAN WEB PERIBADI UPM

LAMAN WEB PERIBADI UPM

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

BAB 1: Persekitaran Pembangunan Sistem

1. Berikan perbezaan di antara wireframe dengan storyboard. 2. Nyatakan lima perkara penting yang harus di ambilkira semasa merekabentuk laman web

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Penggunaan Grafik dalam Multimedia BAB 6: PENGGUNAAN GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

BAB I PENDAHULUAN. Desain grafis pada awalnya hanya terbatas pada media cetak dwi matra

Apakah itu keindahan dalam seni visual?

OSS Case Study Awards 2010 Sistem elatihan

Multimedia. Semester Pendek - Pertemuan 1 Tema : Gambar. By In Wahyu Widodo

PENGGUNAAN BAHAN 2D & 3D

01FTPD. Komputer Desain 2 Dimensi. Denta Mandra Pradipta Budiastomo, S.Ds, M.Si.

PENYEDIAAN BAHAN PAMERAN. CARTA atau BUKU SKRAP

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SAINS & TEKNOLOGI (DST) KSSR TAHUN 2 / 2012

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

Perangkat Lunak Multimedia

~ 1 ~ 2. Apa itu Pangkalan Data. Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik.

Transkripsi:

Tajuk: Membuat Eksperimentasi Perisian-Perisian untuk Grafik dan Lukisan Digital Pengenalan Oleh: Dr. Sajap Maswan Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Tuanku Bainun Mei 2010 Pada masa lalu seorang pelukis menggunakan berus, cat dan kanvas untuk mencurahkan idea-idea kreatif mereka. Begitu juga para perekabentuk grafik menggunakan alat-alat konvesional seperti pen teknikal, jangka sudut, pembaris, warna dan sebagainya bagi menghasilkan rekaan yang kemas dan tepat. Kini dengan perkembangan teknologi komputer, seorang pelukis atau perekabentuk boleh menggunakan pelbagai perisian bagi menggantikan bahan dan peralatan manual tersebut untuk melahirkan idea mereka dengan lebih bebas dan kreatif. Disamping itu rekaan yang dihasilkan juga lebih mudah, pantas, tepat dan berkualiti. Kajian rekaletak, kajian warna dan proses mengubahsuaian imej juga menjadi jauh lebih mudah berbanding menggunakan cara manual. Kos untuk menyediakan bahan juga adalah jauh lebih murah, kerana semuanya dalam bentuk digital dan sangat mudah untuk membuat salinan serta mengubah saiznya. Secara umumnya grafik atau lukisan digital adalah merujuk kepada sebarang rekaan dan karya seni yang dihasilkan menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Ia disampaikan kepada penonton menggunakan skrin komputer atau melalui cetakan berkomputer. Ianya boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk, daripada yang ringkas seperti garisan, rupa, corak, gambar realistik sehingga berbentuk fantasi, tiga dimensi dan animasi. Perisian Grafik dan Lukisan Digital Grafik dan lukisan digital boleh dihasilkan dengan menggunakan perisian-perisian tertentu yang dijual dipasaran atau dilanggan melalui internet. Ada juga sebahagian perisian tersebut kita boleh perolehi sacara percuma dengan memuat turun daripada

internet. Sebagai seorang guru mungkin kita tidak perlu membeli perisian yang canggih untuk mengajar lukisan digital kerana kosnya sangat mahal. Pembelian perisian grafik yang tulin mungkin berbaloi bagi syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan rekabentuk kerana akan mendapat pulangan yang lumayan. Seorang guru biasanya menghasilkan karya digital bukan untuk tujuan perniagaan tetapi untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran. Sekarang ini sudah ada banyak perisian-perisian yang dibangunkan dan diberikan secara percuma (opensource) untuk tujuan rekabentuk atau melukis. Di sekolah kita boleh menggunakan prisian grafik seperti Microsoft Paint atau Paint Brush yang telah tersedia di dalam Microsoft Windows. Perisian grafik dan lukisan digital boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut kegunaannya. Berikut adalah antara perisian-prisian yang popular dan selalu digunakan di dalam bidang rekabentuk grafik dan lukisan digital; a. Perisian penyuntingan foto dan membentuk imej Perisian penyuntingan foto sering digunakan di dalam menghasilkan rekaan seperti poster, banner rekabentuk kulit buku, grafik untuk laman web, aplikasi multimedia, latar belakang bahan persembahan dan sebagainya. Di samping itu perisian seperti ini berguna untuk menyunting imej-imej yang diambil menggunakan kamera digital, pengimbas, atau diperolehi melalui internet. Imej-imej tersebut boleh diubahsuai dari segi warna, saiz dan kesan khas. Melalui perisian penyuntingan foto juga perekabentuk boleh mengabungkan pelbagai imej, teks dan kesan khas agar hasilnya kelihatan lebih artistik. Imej peta (bitmap) biasanya dihasilkan dengan menggunakan perisian penyuntingan imej. Imej seperti ini mudah dihasilkan, menarik, lebih realistik dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Imej bitmap boleh diterima oleh kebanyakan perisian pembangunan aplikasi multimedia.

Walau bagaimanapun imej jenis bitmap yang dihasilkan, sekiranya diperbesarkan akan kelihatan begerigi. Menukar saiz atau imej gambar akan menyebabkan kejatuhan kualitinya. Agak sukar untuk menghasilkan imej-imej yang abstrak seperti untuk menerangkan konsep-konsep dalam sains atau sesuatu rekaan yang baru dengan menggunakan perisian penyuntingan imej. Berikut adalah antara perisian yang sangat popular yang digunakan untuk mengedit foto: o Adobe Photoshop o Corel Painter o Print Shop Pro o Photo Impact Antaramuka perisian grafik Adobe Photoshop

Pada masa ini Adobe Photoshop adalah antara perisian penyunting imej yang sangat bertenaga dan banyak digunakan oleh perekabentuk seluruh dunia. Photoshop adalah nama standard dalam rekabentuk grafik yang digunakan untuk menghasilkan imej-imej yang menarik dalam pembinaan laman web, percetakan, pengiklanan dan banyak lagi. Diakui di seluruh dunia sebagai standard industry. Pelajari tips dan trik, bagaimana menggunakan kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh Adobe Photoshop dengan lebih berkesan melalui laman-laman web berikut; http://www.photoshopsupport.com/tutorials.html http://www.photoshopstar.com/ http://www.adobephotoshoptutorials.com/ Contoh bahan-bahan grafik untuk pelbagai kegunaan yang dihasilkan menggunakan perisian Adobe Photoshop

Selain dari itu, terdapat juga perisian penyuntingan imej berasaskan sumber terbuka (open source) yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal ialah The Gimp yang boleh dimuatturun melalui alamat; http://www.gimp.org Laman web GIMP - http://www.gimp.org Antaramuaka Perisian GIMP

GIMP adalah singkatan dari GNU Image Manipulation Program (Program Manipulasi Gambar GNU). Ini adalah perisian yang fungsinya hampir menyerupai Adobe Photoshop dan diedarkan secara percuma untuk tugas-tugas seperti mengedit gambar. GIMP juga memiliki banyak kemampuan. Sebagai contoh ia dapat digunakan untuk aktiviti catan yang mudah, mengabungkan pelbagai imej dan teks, menambahkan kesan-kesan artistik, mengubah format gambar dan banyak lagi. GIMP ditulis dan dikembangkan di bawah X11 pada platform UNIX. Tapi pada dasarnya kod yang sama juga berjalan pada MS Windows dan Mac OSX. Pelajari pengetahuan asas, tips dan trik, bagaimana menggunakan kemudahankemudahan yang diberikan oleh perisian GIMP dengan lebih berkesan melalui laman-laman web berikut; http://www.gimp.org/tutorials/ http://gimp-tutorials.net/ http://www.gimp-tutorials.com/ Contoh kesan pengubahsuaian imej yang dihasilkan menggunakan perisian GIMP

b. Perisian untuk melukis ilustrasi dan imej Perisian grafik dari kategori ilustrasi atau lukisan imej vector (vector) amat popular dalam menghasilkan Clip Art (untuk tujuan komursial). Ia juga banyak digunakan dalam bidang teknikal, kejuruteraan atau rekabentuk. Di bidang pendidikan imej vector banyak digunakan dalam menghasilkan ilustrasi bagi tujuan menerangkan konsep-konsep yang abstrak secara visual. Disamping itu imej vector juga sering digunakan dalam dunia seni rekabentuk grafik dan multimedia. Berikut adalah antara perisian yang sangat popular yang digunakan untuk mengedit foto: Adobe Illustrator Macromedia Freehand Corel Draw Corel Designer Antaramuaka Perisian Adobe Ilustrator

Adobe Illustrator adalah satu perisian yang telah menjadi aplikasi standard dan sangat digemari oleh kebanyakan perekabentuk untuk menghasilkan grafik ilustrasi. Seniman, pelukis dan pereka grafik menggunakan Illustrator untuk membuat grafik berasaskan vektor yang bertentangan dengan grafik berasaskan bitmap seperti di dalam Adobe Photoshop. Imej bitmap dapat dengan mudah diperbesarkan tanpa kehilangan kualitinya. Menguasai Adobe Illustrator memang tidak mudah, ianya memerlukan masa dan kesabaran. Berikut adalah antara laman-laman web yang boleh dilayari untuk mempelajari dengan lebih lanjut lagi teknik dan trik di dalam Adobe Illustrator; http://www.adobe.com/support/illustrator/ http://www.ndesign-studio.com/tutorials http://www.adobeillustratortutorials.com/ Contoh ilustrasi yang dihasilkan menggunakan perisian Adobe Illustrator

Selain dari itu, terdapat juga perisian melukis ilustrasi dan imej berasaskan sumber terbuka (open source) yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal ialah INKSCAPE yang boleh dimuat turun melalui alamat; http://www.inkscape.org/ Laman web INKSCAPE - http://www.inkscape.org/ Antaramuaka Perisian INKSCAPE

Inkscape adalah sebuah perisian open source (sumber terbuka), berasaskan program SVG imej vektor. Perisian ini adalah satu kumpulan dengan perisian yang sering digunakan untuk melukis, seperti Adobe Illustrator, Freehand dan Corel Draw. Perisian ini sangat berguna untuk menghasilkan rekaan grafik seperti; iiustrasi, carta, gambarajah, imej yang menggunakan garisan, lukisan teknik kartun, typografi, logo dan sebagainya. Inkscape boleh dijalankan menggunakan system operasi Windows, Macintosh, dan Linux. Inkscape sedang mengalami perkembangan yang sangat cepat dengan fitur baru ditambah dan pematuhan terhadap standard SVG yang terus berkembang. Untuk mempelajari Inkscape dengan lebih lanjut layari laman-laman web berikut; http://www.inkscape.org/doc/basic/tutorial-basic.html http://www.inkscapetutorials.net/ http://inkscape.teekoo.com/ Contoh ilustrasi yang dihasilkan menggunakan perisian INKSCAPE

c. Perisian rekabentu 3D dan animasi Perisian grafik 3D membolehkan kita menghasilkan objek-objek dalam bentuk tiga demensi. Biasanya perisian 3D juga memberi kemudahan untuk menghasilkan animasi yang boleh digunakan dalam aplikasi multimedia atau penerbitan video. Dengan menggunakan perisian jenis ini ia memudahkan pengguna menghasilkan objek-objek seperti model dan karakter pelbagai bentuk. Sebagai contoh, perisian 3D sangat berguna untuk menghasilkan rekabentuk seperti model bangunan, kenderaan, barangan, lankskap, kartun dan sebagainya. Antara perisian 3D yang sering digunakan untuk menghasilkan imej dan objek dalam rupa bentuk tiga demensi ialah seperti; Ulead Cool 3D Studio Xara 3D Ray Dream 3D. 3D Studio Max Perisian Ulead Cool 3D Studio

Antaramuka Ulead Cool 3D Studio Ulead Cool 3D adalah antara perisian grafik 3D dan animasi yang sering digunakan kerana agak mudah dipelajari. Ulead Cool 3D adalah antara perisian 3D animasi generasi baru khususnya untuk pengeluaran video berkualiti tinggi. Ia menggabungkan antara muka yang berkesan dan berkemampuan menghasilkan animasi profesional untuk video, gambar diam, GIF animasi urutan gambar, dan Macromedia Flash filem 3D. Perisian ini telah dilengkapi dengan perpustakaan (library) objek pra-dibuat, gaya, sifat dan kesan, yang boleh digunakan untuk memulakan atau diubah sesuai mengikut keperluan pengguna. Pengguna juga boleh mengimport setiap objek 3D yang ada dan diubahsuai mengikut keperluan. Antaramuka perisian ini menawarkan mod edit kronologi, yang membolehkan pengguna melihat filem yang dihasilkan serta pemain animasi untuk pratonton. Pengguna boleh membuat model teks 3D, lengkap dengan latar belakang video, kesan khas dan banyak lagi.

Untuk mempelajari perisian Ulead Cool 3D dengan lebih lanjut anda boleh melayari laman-laman web berikut; http://www.ulead.com/learning/cool3d.htm http://www.tutorialguide.net/video/ulead_cool_3d/ http://www.pixel2life.com/tutorials/ulead_cool_3d/ Contoh karya 3D yang dihasilkan menggunakan perisian Ulead Cool 3D Studio Selain dari itu, terdapat juga perisian 3D dan animasi berasaskan sumber terbuka (open source) yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal ialah Google SketchUp yang boleh dimuat turun melalui alamat; http://sketchup.google.com/ Google SketchUp adalah perisian pemodelan 3D-alat gambar yang sangat bertenaga dan intuitif. Perisian ini agak mudah digunakan dan pengguna boleh menghasilkan model-model 3D dengan cepat dan tepat. Dengan perisian ini pengguna boleh membuat lakaran bangunan, binaan, model, lanskap dan sebagainya dengan perspektif serta ukuran yang tepat. Pengguna juga boleh menggunakan contoh-contoh model, tekstur, pokok, dan sebagainya yang telah disediakan oleh Google untuk dikongsi bersama.

Setelah gambar 3D dapat diselesaikan, pengguna boleh mengeksport ke Google Earth, ke 3D Warehouse, menyimpan fail atau membuat cetakan melalui pencetak. Berikut adalah laman-laman web yang boleh layari untuk mengetahui dengan lebih lanjut penggunaan perisian Google SketchUp; http://www.googlesketchuptutorials.com/ http://www.creative-3d.net/3dlinks/tutorials_sketchup.cfm http://www.sketchup2india.com/tutorial/index.html. Contoh model 3D yang dihasilkan menggunakan perisian Google SketchUP Selamat bereksperimentasi dengan perisian-erisian untuk grafik dan lukisan digital yang dicadangkan.