HD9216 HD9217. Manual pengguna

dokumen-dokumen yang mirip
Siri HD9650. Manual pengguna

HD9216 HD9217. Petunjuk Pengguna

Periuk Tekanan Elektrik

Terima kasih kerana memilih DEEBOT!

Sebagai Tetamu di Rumah Seseorang

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan)

BERMINAT UNTUK MEMBELI KELENGKAPAN ELEKTRIK?

Pengenalan. Untuk tinggal di Campus Corner Apartments (CCA) di Green River College. (Malaysian)

PEMASANGAN. 1 Mengeluarkan

Buku Petunjuk Pengguna

Mesin Basuh Tab Kembar Panduan Pengguna

Panduan pengguna. Always here to help you. HD9640, HD9641 HD9642, HD9643 HD9645, HD9646 HD9647

Buku Petunjuk Pengguna

Kandungan 4 BAHASA MALAYSIA

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 4

TIPS MEMBUAT CHEESECAKE

UNIT DALAM BILIK/UNIT LUAR BILIK

PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES. Insulin

Senyuman. Ceria yang Sihat. Senarai Semak Kesihatan Mulut. untuk Ibu Bapa kepada Kanak-kanak. Dibawa kepada anda oleh: Disokong oleh:

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BAHAGIAN A [60 markah] Jawab semua soalan pada bahagian ini di ruang jawapan yang disediakan.

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

GARIS PANDUAN KESELAMATAN UMUM PENGGUNAAN AUTOKLAF

BAHAGIAN A. Jawab semua soalan pada bahagian ini di ruang jawapan yang disediakan. 1. Lengkapkan struktur organisasi bengkel pada rajah dibawah.

THREE PHASE ELECTRICAL TESTING

Register your product and get support at HP8697. Buku Petunjuk Pengguna

05 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus

Register your product and get support at HP8699. Buku Petunjuk Pengguna

Register your product and get support at Hairdryer HP8260. Buku Petunjuk Pengguna

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

BAHAGIAN PEYAKIN KESELAMATAN

PANEL KAWALAN. 1 Penerangan Panel Kawalan. 2 Skrin Paparan

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

Hairdryer HP4984 HP4983 HP4982 HP4981 HP Register your product and get support at. Buku Petunjuk Pengguna

BAB 4 MASAKAN 4.1 PERANCANGAN MENU Faktor Penting dalam Merancang Menu Tujuan sajian Menu yang dirancang mestilah berdasarkan kepada tujuan

HOW TO REPLACE CPU (LAB 2) PENGENALAN. 1 Disediakan Oleh: Nor Azlan Bin Jamaludin ( DX100188DCJ04)

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017 TAHUN 5. SAINS Kertas 2

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Hairdryer. Register your product and get support at HP8183 HP8182 HP8181 HP8180. Buku Petunjuk Pengguna

Struktur produk Diagram : Perhatian : Instruksi :

Luka Terbakar dan Melecur

3 Tips Pemilihan Coklat Yang Baik

Kegunaan dan Kendalian Pencetak Gejala dan Punca Kerosakan Pencetak Mengesan Kerosakan Komponen-komponen Utama Pencetak

02 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus

MSOC - Malay Sample Questions Set

UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI KETERANGAN DESCRIPTION

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Program Taklimat berkaitan Langkah-Langkah Penjimatan Air SAINS bersama MARA

PERKHIDMATAN PENGENDALIAN KANTIN KIOSK NO. 2, UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Risalah Data Keselamatan

PELAN TINDAKAN PENGOSONGAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN / BENCANA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI DAN KLINIK-KLINIK KESIHATAN KOTA TINGGI

Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian 78

6 Tips Membeli Aircond Dan Penghawa Dingin Untuk Rumah

C D. A. Bahaya kilat B. Bahaya elektrik C. Bahaya mekanikal D. Bahaya bahan kimia. MSOC - Malay Sample Questions Set 2

Contoh: Setiap pek MILO 2kg (pek keseluruhan), peserta akan mendapat 10 Mata.

01 Apakah maksud gambar berikut ini? A. Jangan menghampiri pintu keluar. B. Awas kepala anda C. Pintu keluar kecemasan. D. Tidak dibenarkan berjalan.

PENGUJIAN LITAR. Tujuan pengujian bagi pemasangan

SDS Risalah Data Keselamatan

Hairdryer. Register your product and get support at HP4885 HP4884. Buku Petunjuk Pengguna

Hairdryer. Register your product and get support at HP8203 HP8202 HP8201 HP8200. Buku Petunjuk Pengguna

Hairdryer. Register your product and get support at HP4887 HP4886. Buku Petunjuk Pengguna

Rajah 1 : ECG At-104

Register your product and get support at Straightener HP8333. Buku Petunjuk Pengguna

Cuaca di Sekeliling Kita

MEMPERKENALKAN TELEFON BIMBIT ANDA. Mengetahui tentang susun atur, kekunci, paparan dan ikon telefon bimbit anda. Kekunci

WARANTI TERHAD. (i) membaiki bahagian yang rosak pada Peranti BlackBerry tanpa mengenakan bayaran kepada ANDA untuk bahagian baharu atau yang dibaiki;

A. dilatih dan lulus dalam MSOC B. dilatih dan lulus dalam OPSOC C. dilatih dan lulus dalam SSIC D. dilatih dan lulus dalam CSOC

TEKNIK PENGESANAN KEROSAKAN. Kandungan:

BAHAGIAN PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

02 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

Arkib Negara Malaysia

Terma, Syarat dan Peraturan Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah

ETIKA PENGGUNAAN PANTRI ETIKA PENGGUNAAN TANDAS. 1. Peralatan hendaklah dibasuh setelah digunakan dan diletakkan di tempat asal.

KAEDAH DALAMAN (House rules)

1.1 Latar Belakang Penyelidikan

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

BAB 1 (halaman 37) 1. Kecederaan atau

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.2/1995 :: Penjagaan, Penggunaan Dan Penyimpanan Alat Total Station ::

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

2 Penyimpanan Tempatan dan Perkongsian Data adalah di bawah Kawalan Anda

Kemalangan yang disebabkan elektrik: 1.sentuhan terus dengan arus elektrik 2.arka elektrik

NAMA : KELAS : UJIAN AKHIR TAHUN 2015 TAHUN 5 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI. Satu jam (1jam)

Hairdryer. Register your product and get support at HP8183 HP8182 HP8181 HP8180. Buku Petunjuk Pengguna

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Versi SISTEM PENGURUSAN SURAT (SPS) - Surat Keluar - Buku Alamat - Cetakan - Nilai Setem dan Serahan. Panduan Pengguna

04 Jika seseorang pekerja jatuh sakit dan perlu mengambil cuti sakit, beliau harus

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) BAGI PROJEK 1BESTARINET

PENEMPAHAN KAMSIS SESI JUN 2016

Keylock Panduan Pengguna

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017 TAHUN 5. SAINS Kertas 1

Serat Mikro Kaca Bukan Tenunan

MSOC - Malay Sample Questions Set 4

SW6700. & Lucasfilm Ltd. Disney

GARIS PANDUAN TANDA AMARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Oleh : Unit Peperiksaan dan Penilaian Sektor Akademik Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor / 3588

Polisi Privasi. Pengenalan

Transkripsi:

HD9216 HD9217 Manual pengguna

120 160 1 80

2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Kandungan Pengenalan 5 Perihalan umum (Rajah 1) 5 Penting 5 Sebelum penggunaan pertama 8 Bersedia untuk menggunakan 8 Menggunakan perkakas 8 Menggoreng dalam udara panas 8 Tetapan 10 Membuat kentang goreng buatan sendiri 12 Pembersihan 12 Penyimpanan 12 Kitar semula 13 Jaminan dan perkhidmatan 13 Menyelesaikan masalah 13 4

Pengenalan Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome. Airfryer baru anda membolehkan anda menyediakan ramuan kegemaran dan snek dengan cara yang menyihatkan. Airfryer menggunakan udara panas dengan gabungan peredaran udara berkelajuan tinggi (Rapid Air) dan pemanggang terhebat untuk menyediakan pelbagai makanan yang sedap dengan cara yang menyihatkan, cepat dan mudah. Ramuan anda dipanaskan pada semua bahagian pada satu masa dan anda tidak perlu menambahkan minyak pada kebanyakan ramuan. Untuk mendapatkan lebih banyak inspirasi bagi resipi dan maklumat tentang Airfryer, lawati www.philips.com/kitchen. Perihalan umum (Rajah 1) 1 Bakul 2 Butang pelepas bakul 3 Pemegang bakul 4 Kuali 5 Salur masuk udara 6 Tombol kawalan suhu (80-200 C) 7 Pemasa (0-30 min.)/tombol kuasa hidup 8 Bukaan saluran keluar udara 9 Ruang penyimpanan kord 10 Kord sesalur kuasa Penting Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan. Bahaya Sentiasa masukkan ramuan yang akan digoreng di dalam bakul untuk mengelakkannya dari tersentuh dengan elemen pemanasan. Jangan tutup bukaan saluran masuk udara dan saluran keluar udara semasa perkakas beroperasi. Jangan isikan kuali dengan minyak kerana ia boleh menyebabkan bahaya kebakaran. Jangan sekali-kali merendam perkakas di dalam air atau sebarang cecair lain, ataupun membilasnya di bawah paip. Amaran Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur tempatan anda. Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur atau perkakas itu sendiri rosak. 5

Jika kord sesalur rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya. Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka. Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan perkakas ini. Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-kanak. Jauhkan kord sesalur dari permukaan yang panas. Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding terbumi. Sentiasa pastikan plag dimasukkan dengan rapi ke dalam soket dinding. Sentiasa letak dan gunakan perkakas pada permukaan yang kering, stabil, rata dan mendatar. Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk dikendalikan menggunakan pemasa luaran atau sistem kawalan jauh yang berasingan. Jangan letakkan perkakas bersandar pada dinding atau pada perkakas lain. Buatkan jarak sekurang-kurangnya 10cm di belakang dan di sisi dan 10cm jarak di atas perkakas. Jangan letakkan apa-apa barang di atas perkakas. Jangan gunakan perkakas untuk sebarang tujuan lain selain daripada yang diterangkan dalam manual pengguna ini. Sewaktu menggoreng dengan udara panas, stim panas dibebaskan melalui bukaan saluran keluar udara. Pastikan tangan dan muka anda pada jarak yang selamat dari stim dan dari bukaan saluran keluar udara. Serta berhati-hati dengan stim panas dan udara semasa anda mengeluarkan kuali dari perkakas. Permukaan yang boleh dicapai mungkin menjadi panas sewaktu penggunaan (Gamb. 2). Aksesori Airfryer menjadi panas apabila anda menggunakannya dalam Airfryer. Berhati-hati apabila anda mengendalikannya. 6

Pastikan pemanas dan kawasan di sekeliling pemanas bersih dan tiada baki makanan setiap kali sebelum menggunakan peranti untuk memastikan fungsi yang lancar. Jangan letakkan perkakas di atas atau berdekatan dengan dapur gas panas atau semua jenis dapur elektrik dan plat masak elektrik atau ketuhar yang panas. Awas Perkakas bertujuan untuk kegunaan seisi rumah yang biasa sahaja. Ia bukan bertujuan untuk kegunaan dalam persekitaran seperti dapur kakitangan di kedai, pejabat, ladang atau persekitaran kerja lain. Ia juga bukan bertujuan untuk digunakan oleh klien di hotel, motel, di atas katil dan sewaktu sarapan pagi dan persekitaran kediaman lain. Sentiasa bawa perkakas ke pusat servis yang disahkan oleh Philips untuk diperiksa atau dibaiki. Jangan cuba baiki perkakas itu sendiri, jika tidak jaminannya menjadi tidak sah. Perkakas ini direka bentuk untuk digunakan pada suhu ambien antara 5ºC dan 40ºC. Cabut plag perkakas setiap kali selepas digunakan. Sejukkan perkakas selama lebih kurang 30 minit sebelum anda menggunakannya atau mencucinya. Jangan isi bakul terlalu penuh. Isi bakul sehingga penunjuk MAX sahaja. Pastikan ramuan yang disediakan di dalam perkakas dikeluarkan dengan warna kuning keemasan bukannya gelap atau coklat. Buang sisa-sisa terbakar. Jangan menggoreng kentang segar pada suhu melebihi 180 C (untuk mengurangkan pengeluaran akrilamida). Selepas mengeluarkan kuali dan bakul daripada perkakas, sila letakkan kuali dan bakul di atas permukaan yang sesuai dan biarkannya selama 30 saat sebelum mengeluarkan bakul daripada kuali. Berhati-hati apabila membersihkan kawasan atas ruang memasak: Elemen pemanasan panas, pinggir bahagian Logam. Jangan gunakan perkakas untuk apa-apa jua tujuan lain selain daripada yang diterangkan dalam manual pengguna ini dan gunakan aksesori asli sahaja. 7

Matikan automatik Perkakas ini dilengkapi dengan pemasa. Apabila pemasa telah mengira sehingga 0, perkakas akan mengeluarkan bunyi loceng dan dimatikan secara automatik. Untuk mematikan perkakas secara manual, putarkan tombol melawan arah jam kepada 0. Medan elektromagnet (EMF) Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan dengan pendedahan kepada medan elektromagnet. Sebelum penggunaan pertama 1 Tanggalkan semua bahan pembungkusan. 2 Tanggalkan pelekat atau label pada perkakas. 3 Bersihkan bakul dan kuali dengan sebersih-bersihnya menggunakan air panas, sedikit cecair pencucian dan span yang tidak melelaskan. Nota: Anda juga boleh mencuci bahagian ini di dalam mesin basuh pinggan mangkuk. 4 Lapkan bahagian dalam dan luar perkakas dengan kain yang lembap. Airfryer ini berfungsi dengan udara panas. Jangan isi kuali dengan minyak atau lemak untuk menggoreng. Bersedia untuk menggunakan 1 Letakkan perkakas pada permukaan yang stabil, mendatar dan rata. Jangan letakkan perkakas pada permukaan yang tidak tahan panas. 2 Letakkan bakul di dalam kuali dengan betul (Raj. 3). 3 Tarik kord sesalur kuasa keluar dari ruang penyimpanan kord di bahagian bawah perkakas. Jangan isikan kuali dengan minyak atau sebarang cecair lain. Jangan letakkan apa jua item di atas perkakas. Ini akan mengganggu laluan udara dan menjejaskan penggorengan udara panas. Menggunakan perkakas Airfryer boleh memasak pelbagai jenis ramuan. Anda boleh mendapatkan lebih banyak resipi di www.philips.com/kitchen. Menggoreng dalam udara panas 1 Pasang plag sesalur kuasa pada soket dinding yang dibumikan. 2 Tarik kuali dari Airfryer (Raj. 4). 3 Letakkan ramuan ke dalam bakul (Raj. 5). Nota: Jangan isikan bakul melebihi penunjuk MAX atau melebihi jumlah yang ditunjukkan dalam jadual (lihat bahagian Tetapan dalam bab ini), kerana ini boleh menjejaskan kualiti penggorengan. 4 Luncurkan kuali kembali ke dalam Airfryer (Raj. 6). Jangan gunakan kuali tanpa bakul di dalamnya. Awas: Jangan sentuh kuali semasa atau selepas digunakan, kerana kuali sangat panas. Hanya pegang kuali menggunakan pemegang. 8

5 Putarkan tombol kawalan suhu kepada suhu yang dikehendaki. Lihat bahagian Tetapan dalam bab ini untuk menentukan suhu yang tepat (Raj. 7). Nota: Jika anda ingin menyediakan pelbagai ramuan secara serentak, pastikan anda memeriksa masa memasak dan suhu yang diperlukan untuk ramuan berbeza sebelum anda memasak secara serentak. Sebagai contoh, kentang goreng dan paha goreng buatan sendiri boleh dimasak serentak kerana kedua-duanya memerlukan tetapan yang sama. 6 Tentukan masa penyediaan yang diperlukan untuk ramuan (lihat bahagian Tetapan dalam bab ini). 7 Untuk menghidupkan perkakas, putarkan tombol pemasa kepada suhu penyediaan yang diperlukan (Raj. 8). Tambahkan 3 minit pada masa penyediaan jika perkakas sejuk. Nota: Jika anda mahu, anda boleh membiarkan perkakas dipanaskan dahulu tanpa sebarang ramuan di dalam. Untuk berbuat demikian, putarkan tombol pemasa kepada lebih 3 minit. Kemudian, isikan bakul dan putarkan tombol pemasa kepada masa penyediaan yang diperlukan.,, Pemasa akan mula mengira masa penyediaan yang ditetapkan.,, Minyak berlebihan daripada ramuan terkumpul pada bahagian bawah kuali. 8 Sesetengah ramuan perlu digoncang pada separuh masa penyediaan. (lihat bahagian Tetapan dalam bab ini). Untuk menggoncang ramuan, keluarkan kuali dari perkakas menggunakan pemegang lalu goncang. Kemudian luncurkan kuali kembali ke dalam Airfryer (Raj. 9). Awas: Jangan tekan butang pelepas bakul sewaktu menggoncang (Raj. 10). Petua: Untuk mengurangkan berat, anda boleh mengeluarkan bakul dari kuali dan menggoncang bakul sahaja. Untuk berbuat demikian, tarik kuali dari perkakas, letakkannya pada permukaan tahan haba dan tekan butang pelepas bakul. Petua: Jika anda menetapkan pemasa kepada separuh masa penyediaan, anda akan mendengar bunyi loceng pemasa apabila anda perlu menggoncangkan ramuan. Walau bagaimanapun, ini bermaksud anda perlu menetapkan pemasa sekali lagi untuk baki masa penyediaan selepas menggoncang. 9 Apabila anda mendengar loceng pemasa, masa persediaan yang ditetapkan telah tamat. Tarik kuali dari perkakas dan letakkannya pada permukaan tahan haba. Nota: Anda boleh mematikan perkakas secara manual juga. Untuk berbuat demikian, putarkan tombol kawalan pemasa kepada 0 (Raj. 8). 10 Periksa sama ada ramuan telah sedia. Jika ramuan belum sedia lagi, luncurkan kuali kembali ke dalam perkakas dan tetapkan pemasa kepada beberapa minit tambahan lagi. 11 Untuk mengeluarkan ramuan kecil (cth. kentang goreng), tekan butang pelepas bakul (1) dan angkat bakul dari kuali (2). (Rajah 11) Jangan terbalikkan bakul atas ke bawah dengan kuali masih bersambung dengannya, kerana sebarang minyak berlebihan yang telah terkumpul di bahagian bawah kuali akan keluar ke atas ramuan. Selepas penggorengan udara panas, kuali dan ramuan akan menjadi panas. Bergantung pada jenis ramuan di dalam Airfryer, stim akan keluar dari kuali. 12 Letakkan kandungan ke dalam mangkuk atau pinggan. (Rajah 12) 9

Petua: Untuk mengeluarkan ramuan yang besar atau mudah rapuh, gunakan penyepit untuk mengangkat ramuan dari bakul (Raj. 13). 13 Apabila sekelompok ramuan telah selesai, Airfryer sedia untuk menyediakan ramuan lain dengan serta-merta. Tetapan Jadual di bawah dapat membantu anda memilih tetapan asas untuk ramuan yang anda hendak disediakan. Nota: Harap maklum bahawa tetapan ini sekadar cadangan. Oleh sebab ramuannya berbeza-beza dari segi asal, saiz, bentuk serta jenama, kami tidak dapat menjamin tetapan yang terbaik untuk ramuan anda. Oleh sebab teknologi Rapid Air memanaskan semula udara dengan serta-merta di dalam perkakas, proses penggorengan tidak akan terganggu jika anda menarik kuali sekejap dari perkakas sewaktu menggoreng dengan udara panas. Petua Ramuan yang lebih kecil biasanya memerlukan masa penyediaan yang agak singkat berbanding dengan ramuan yang lebih besar. Sejumlah ramuan yang lebih besar hanya memerlukan masa penyediaan yang lebih lama sedikit, sejumlah ramuan yang lebih kecil hanya memerlukan masa penyediaan yang lebih singkat sedikit. Menggoncang ramuan yang lebih kecil pada separuh masa penyediaan akan mengoptimumkan hasil penggorengan dan boleh mengelakkan ramuan digoreng secara tidak sekata. Tambahkan sedikit minyak pada ubi kentang segar untuk hasil yang rangup. Goreng ramuan anda di dalam Airfryer dengan serta-merta selepas minyak ditambahkan. Snek yang boleh disediakan di dalam ketuhar juga boleh disediakan di dalam Airfryer. Jumlah optimum untuk menyediakan kentang goreng rangup ialah 500 gram. Gunakan doh yang telah disediakan terlebih dahulu untuk menyediakan pelbagai snek dengan cepat dan mudah. Doh yang disediakan terlebih dahulu juga memerlukan masa penyediaan yang lebih singkat daripada doh buatan sendiri. Anda boleh menggunakan Airfryer untuk memanaskan semula ramuan. Untuk memanaskan semula ramuan, tetapkan suhu kepada 150 C selama kira-kira 10 minit. 10

g min C 200-800 11-25 180 200-800 12-25 180 200-800 15-27 180 100-400 6-10 200 100-500 8-14 200 100-500 7-14 160 100-500 3-15 160 100-500 15-22 180 100-500 10-15 180 300 20-25 160 80-300 8-13 180 200-400 15-25 160 100-500 8-12 180 50-500 3-6 200 100-500 12-25 180 150-400 10-18 200 100-400 7-15 180 100-300 8-15 180 Nota: Apabila anda menggunakan ramuan yang akan berkembang (seperti kek, quiche atau mufin) dulang pembakar tidak harus diisi melebihi separuh. Nota: Tambahkan 3 minit pada masa penyediaan jika anda mula menggoreng sewaktu Airfryer masih sejuk. 11

Membuat kentang goreng buatan sendiri Untuk hasil penggorengan terbaik, kami mencadangkan agar anda menggunakan kentang goreng yang telah dibakar dahulu (contohnya, kentang goreng beku). Jika anda mahu membuat kentang goreng buatan sendiri, ikut langkah di bawah. 1 Kupas kulit ubi kentang dan potong memanjang dalam bentuk jejari. 2 Rendam potongan kentang di dalam mangkuk selama sekurang-kurangnya 30 minit, keluarkan dan keringkan menggunakan kertas dapur. 3 Letakkan ½ sudu besar minyak zaitun di dalam mangkuk, letakkan kentang yang telah dipotong di bahagian atas dan campurkan sehingga kentang disaluti minyak. 4 Keluarkan kentang dari mangkuk menggunakan jari anda atau alat dapur supaya minyak berlebihan kekal di dalam mangkuk. Letakkan jejari kentang di dalam bakul. Nota: Jangan sengetkan mangkuk untuk meletakkan semua kentang di dalam bakul pada satu-satu masa, untuk mengelakkan minyak berlebihan mengalir ke bahagian bawah kuali. 5 Goreng jejari kentang mengikut arahan dalam bab ini. Pembersihan Bersihkan perkakas setiap kali selepas digunakan. Kuali, bakul dan bahagian dalam perkakas mengandungi salutan tidak melekat. Jangan gunakan perkakas dapur logam atau bahan pencuci yang melelas untuk membersihkan perkakas kerana ini akan merosakkan salutan tidak melekat. 1 Cabut plag sesalur kuasa dari soket dinding dan biarkan perkakas menjadi sejuk. Nota: Keluarkan kuali untuk menyejukkan Airfryer dengan lebih cepat. 2 Lap bahagian luar perkakas dengan kain lembap. 3 Cuci kuali dan bakul dengan air panas, sedikit cecair pencuci dan span yang tidak melelaskan. Anda boleh menggunakan cecair nyahgris untuk mengeluarkan sebarang sisa kotoran. Nota: Kuali dan bakul adalah kalis mesin basuh pinggan mangkuk. Petua: Jika kotoran tersekat pada bakul atau bahagian bawah kuali, isi kuali dengan air panas dengan sedikit cecair pencuci. Letakkan bakul di dalam kuali dan biarkan kuali dan bakul direndam selama kira-kira 10 minit. 4 Cuci bahagian dalam perkakas dengan air panas dan span yang tidak melelas. 5 Cuci elemen pemanasan menggunakan berus pencucian untuk menanggalkan sisa makanan. Penyimpanan 1 Cabut plag perkakas dan biarkannya menjadi sejuk. 2 Pastikan semua bahagian bersih dan kering. 3 Masukkan kord ke dalam ruang penyimpanan kord. Pasang kord dengan memasukkannya ke dalam slot pemasangan kord. 12

Kitar semula Simbol ini bermaksud bahawa produk ini tidak harus dibuang dengan sampah rumah biasa (2012/19/EU). (Rajah 14) Ikut peraturan negara anda untuk pengumpulan berasingan produk elektrik dan elektronik. Cara membuang yang betul akan membantu mencegah akibat negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Jaminan dan perkhidmatan Jika anda memerlukan maklumat atau sokongan, sila lawati www.philips.com/support atau baca risalah jaminan sedunia yang berasingan. Menyelesaikan masalah Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi dengan perkakas. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah, lawati www.philips.com/support untuk mendapatkan senarai soalan lazim atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda. Masalah Airfryer tidak berfungsi. Ramuan yang digoreng dengan Airfryer tidak masak dengan sepenuhnya. Ramuan digoreng secara tidak sekata dalam Airfryer. Snek yang digoreng tidak rangup setelah digoreng di dalam Airfryer. Penyebab yang mungkin Plag perkakas tidak dipasang. Anda belum menetapkan pemasa. Jumlah ramuan di dalam bakul terlalu banyak. Suhu yang ditetapkan terlalu rendah. Masa penyediaan terlalu singkat. Sesetengah jenis ramuan perlu digoncang pada separuh masa penyediaan. Anda telah menggunakan jenis snek yang perlu digoreng di dalam penggoreng jeluk tradisional. 13 Penyelesaian Pasang palam wayar di soket dinding yang dibumikan. Putarkan tombol pemasa kepada masa penyediaan yang dikehendaki untuk menghidupkan perkakas. Letakkan separuh ramuan ke dalam bakul. Jumlah ramuan yang lebih kecil akan digoreng dengan lebih sekata. Putarkan tombol kawalan suhu kepada tetapan suhu yang diperlukan (lihat bahagian Tetapan dalam bab 'Menggunakan perkakas'). Putarkan tombol pemasa kepada tetapan masa penyediaan yang diperlukan (lihat bahagian Tetapan dalam bab 'Menggunakan perkakas'). Ramuan yang terdapat pada bahagian atas atau bertindan antara satu sama lain (cth. kentang goreng) perlu digoncang pada separuh masa penyediaan. Lihat bahagian Tetapan dalam bab Menggunakan perkakas. Gunakan snek ketuhar atau sapu sedikit minyak pada snek untuk hasil yang lebih rangup.

Masalah Saya tidak dapat meluncurkan kuali ke dalam perkakas dengan betul. Asap putih keluar dari perkakas. Kentang goreng digoreng rata di dalam Airfryer. Kentang goreng yang digoreng tidak rangup ketika ia keluar dari Airfryer. Penyebab yang mungkin Terdapat terlalu banyak ramuan di dalam bakul. Bakul tidak diletakkan dalam kuali dengan betul. Pemegang dulang pembakar menghalang kuali. Anda sedang menyediakan ramuan berminyak. Kuali masih mengandungi kesan berminyak daripada penggunaan sebelum ini. Anda tidak merendam potongan kentang dengan betul sebelum menggorengnya. Anda tidak menggunakan jenis kentang yang betul. Kerangupan kentang bergantung pada jumlah minyak dan air dalam kentang. Penyelesaian Jangan isi bakul melebihi penunjuk MAX. Tolak bakul ke dalam kuali sehingga anda mendengar bunyi klik. Tolak pemegang kepada kedudukan mendatar supaya tidak terkeluar dari bahagian atas bakul. Apabila anda menggoreng ramuan berminyak di dalam Airfryer, minyak yang banyak akan mengalir ke dalam kuali. Minyak tersebut akan menghasilkan asap putih dan kuali mungkin akan menjadi lebih panas daripada biasa. Ini tidak akan menjejas perkakas atau hasil penggorengan. Asap putih disebabkan minyak yang menjadi panas di dalam kuali. Pastikan anda mencuci kuali dengan betul selepas setiap penggunaan. Rendamkan potongan kentang dalam mangkuk selama sekurang-kurangnya 30 minit, keluarkan dan keringkannya dengan kertas dapur. Gunakan kentang segar dan pastikan ia kekal pejal sewaktu menggoreng. Pastikan anda mengeringkan kentang yang dipotong sebelum anda menambah minyak. Potong potongan kentang yang lebih kecil untuk hasil yang lebih rangup. Tambah sedikit lagi minyak untuk hasil yang lebih rangup. 14

2017 Koninklijke Philips N.V. www.philips.com