USM.38/16 Jld. IV LAMPIRAN A (BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN) JABATAN PENDAFTAR PENGUMUMAN PERMOHONAN UNTUK CUTI BELAJAR STAF KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (PENTADBIRAN) DAN STAF KUMPULAN SOKONGAN TAHUN 2006 Semua staf Kumpulan Pengurusan dan Professional (Pentadbiran) dan Kumpulan Sokongan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon untuk dipertimbangkan Cuti Belajar bagi tujuan melanjutkan pelajaran pada peringkat Diploma / Ijazah/ Sarjana / Kedoktoran (Ph.D) atau Kursus Profesional dan juga termasuk kursus Posbasik bagi tahun 2006. Cuti Belajar ini diperuntukan untuk memberi peluang kepada staf menimba ilmu bagi mewujudkan pekerja berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era k-pekerja masa kini. 1. SYARAT-SYARAT UMUM CUTI BELAJAR 1.1 Telah disahkan dalam jawatan. 1.2 Berkhidmat dengan USM sekurang-kurangnya 5 tahun. 1.3 Pernah mencapai kecemerlangan perkhidmatan berdasarkan markah penilaian prestasi tahunan purata sekurang-kurangnya 80% bagi 3 tahun terakhir. 1.4 Berumur tidak lebih 45 tahun untuk mengikuti kursus di peringkat diploma / ijazah pertama / sarjana dan tidak melebihi 43 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) semasa tarikh tutup iklan. 1.5 Mendapat sokongan dan perakuan daripada Ketua Jabatan. 1.6 Semua calon perlu melalui proses temuduga kecuali untuk permohonan Cuti Belajar Tanpa Gaji. 1.7 Calon yang telah diluluskan Cuti Belajar kecuali Cuti Belajar Tanpa Gaji perlu menandatangani Surat Ikatan Perjanjian.
1.8 Program pengajian yang dipohon mestilah program yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. 1.9 Staf yang telah ditawarkan Cuti Belajar mestilah mendapat tempat dalam tempoh 1 tahun. 2. KEMUDAHAN DAN FAEDAH 2.1 Staf Pengurusan & Profesional dan Staf Sokongan diperuntukan kepada 4 jenis Cuti Belajar iaitu :- (i) (ii) (iii) (iv) Cuti Belajar Bergaji Penuh (Berbiasiswa) Cuti Belajar Bergaji Penuh (Tanpa Biasiswa) Cuti Belajar Separuh Gaji (Tanpa Biasiswa) Cuti Belajar Tanpa Gaji 2.2 Staf yang diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh (Berbiasiswa) akan memperolehi faedah-faedah seperti berikut :- (i) (ii) Pengajian di Universiti Sains Malaysia Cuti Bergaji Penuh Yuran Pengajian Elaun Buku Elaun Perkakas Elaun Sara Hidup Elaun Akhir Pengajian Elaun Tesis Pengajian di Universiti Tempatan / Luar Negara Cuti Bergaji Penuh Yuran Pengajian Elaun Buku Elaun Perkakas Elaun Sara Hidup Elaun Akhir Pengajian Elaun Tesis Elaun Penempatan Elaun Bantuan Keluarga 3. TARIKH TUTUP Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Oktober 2005. Sebarang permohonan yang diterima oleh Jabatan ini selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
4. CARA MEMOHON Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang CB2/04 yang disertakan bersama-sama pengumuman ini dan juga boleh diperolehi daripada :- (i) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran, Jabatan Pendaftar bagi Kampus Induk; atau (ii) (iii) Cawangan Jabatan Pendaftar bagi Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan; atau laman web di alamat: http://notes.usm.my/aubultin.nsf ; atau (iv) laman web Jabatan Pendaftar di alamat http://registry.usm.my/portalreg/muaturun.asp (sila pilih butang muat turun) 4.1 Borang permohonan dikehendaki disertakan dengan perancangan penyelidikan / pengajian serta salinan surat tawaran kemasukan pengajian dari Universiti / Institusi yang berkenaan (sekiranya ada) dan hendaklah diserahkan melalui Ketua Jabatan; 4.2 Semua permohonan yang lengkap hendaklah melalui Ketua Jabatan dan dihantar kepada Jabatan Pendaftar kampus masing-masing seperti berikut :- Kampus Induk: En. Nor Hamizi bin Md. Amin Penolong Pendaftar Unit Perkhidmatan & Saraan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran Jabatan Pendaftar Kampus Induk Kampus Kejuruteraan: Cik Farah binti Hamid Penolong Pendaftar Jabatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan Kampus Kesihatan: Cik Norhaznida binti Hafik Penolong Pendaftar Jabatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan 4.3 Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan ini bolehlah diajukan kepada seperti berikut:-
Kampus Induk kepada En. Nor Hamizi bin Md. Amin (Penolong Pendaftar) samb. 2694 (e-mail: hamizi@notes.usm.my) atau Puan Noor Ezalina binti Ibrahim (Pembantu Tadbir P/O) samb. 3120 (e-mail: ezalina@notes.usm.my). Kampus Kejuruteraan kepada Cik Farah binti Hamid (Penolong Pendaftar) samb. 5071 (e-mail: rgfarah@eng.usm.my) atau Cik Norhazim bt. Zaiton@Zainuddin (Pembantu Tadbir P/O) samb. 5015 (rghazim@eng.usm.my). Kampus Kesihatan kepada Cik Norhaznida binti Hafik (Penolong Pendaftar) samb. 4024 (e-mail: haznida@kck.usm.my) atau Encik Mansor (Pembantu Tadbir P/O) samb. 4026 (mansor@kb.usm.my). 5. PERINGATAN 5.1 Semua jenis permohonan cuti belajar perlu melalui proses temuduga kecuali Cuti Belajar Tanpa Gaji. 5.2 Semua staf yang diluluskan Cuti Belajar Staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) dan Staf Kumpulan Sokongan hendaklah bersetuju tidak akan berpindah menjadi tenaga akademik setelah tamat pengajian. 5.3 Permohonan yang diterima oleh Jabatan ini selepas tarikh tutup ataupun secara ad-hoc selepas proses temuduga dijalankan walaupun disokong oleh Ketua Jabatan, tidak akan dipertimbangkan. Oleh yang demikian, semua staf yang berkelayakan dan bercadang untuk bercuti belajar pada tahun 2006, dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Permohonan yang tidak diperakukan oleh Ketua Jabatan disebabkan oleh kepentingan perkhidmatan dan lainlain sebab serta tidak memenuhi syarat-syarat umum Cuti Belajar tidak akan dipanggil untuk ditemuduga. NHMA/nei/cb:iklan September 05 Muaturun Borang : http://registry.usm.my/portalreg/muaturun.asp