Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

dokumen-dokumen yang mirip
Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Bersama kami untuk mempersiapkan keperluan rohaniah anda.

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Hadiahkan masa depan yang cerah untuk yang tersayang.

Kehidupan tanpa bebanan bil perubatan.

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

Insurans. Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan)

PELAN SEMUA-DALAM-SATU YANG MERANGKUMI SEGALA KEPERLUAN PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

Pelan kemalangan komprehensif untuk seisi keluarga.

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Mulakan hari ini dengan pelan perubatan kami.

i-secure Soalan Lazim:

IKHLAS COMPREHENSIVE PERSONAL ACCIDENT BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

PRUvantage. Jangan sia-siakan simpanan anda. Perolehi pulangan terjamin dan perlindungan daripadanya.

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

PRUcash double reward

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

PRUwealth Melindungi masa depan orang tersayang INSURANS BERKAITAN PELABURAN

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

IKHLAS PAYOR SAVINGS SECURE TAKAFUL RIDER

IKHLAS CRITICAL ILLNESS SECURE TAKAFUL RIDER

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

Giro Takaful Pelindung

Savings. Dapatkan pemangkin untuk. Manfaat

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS HOSPITAL BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Lampiran Penerangan Produk - Pelan Perlindungan Diri Crystal Essentials

DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL. PruBSN UmmahLink DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL

Giro Takaful Premier. Pelan yang melindungi segala yang penting bagi anda BSNMalaysia

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

TAKAFUL IKHLAS BERHAD IKHLAS link Secure Takaful

Giro Takaful Impian. Berikan anak anda inspirasi untuk CAPAI YANG TERBAIK

K E L U A R G A D E N G G

PruBSN PROTECT LINDUNGI HAK DAN KEUTAMAAN KITA. LINDUNGILAH YANG TERSAYANG.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

Consultant Anda : Haire Kahfi, Mobile : , TAKAFULINK EDUCATION TP212/1/L

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

IKHLAS BASIC TERM TAKAFUL

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Lampiran Keterangan Produk untuk MortgageCover

IKHLAS VALUE TERM TAKAFUL. Merentangi jurang ketidaktentuan

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Lampiran Penerangan Produk - Premium DriveCare Polisi Insurans Kemalangan Peribadi

Skim mypa Care. Date: 12 July 2016

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Tarikh : 21/01/ ) Produk apakah ini?

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

IKHLASlink Comprehensive Personal Accident Benefit Secure Takaful Rider

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Bonus Tanpa Tuntutan Tahunan RM100 RM150 RM300 RM400 RM500 RM600 RM700

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

INSURANS BERKAITAN PELABURAN. PRUlife partner. Sehati sejiwa, dilindungi bersama

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

Dengan PRUcancer plan, saya boleh berada di sisi keluarga saya untuk selama yang mungkin. MEDICAL

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Overdraf. November 2017

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Jadual Manfaat JUMLAH YANG DIINSURANSKAN (RM) KELUARGA PELAN INDIVIDU PELAN. 1. KEMALANGAN DIRI Kematian Akibat Kemalangan 300,000 50,000

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Transkripsi:

Insurans Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan. Ahli Kumpulan

Nikmati gaya hidup anda dan fleksibiliti untuk perlindungan. Mengecapi gaya hidup dan melakukan sesuatu yang digemari pastinya merupakan saat yang anda hargai. Jika saat ini dapat dinikmati secara berterusan, ia bagaikan impian yang menjadi kenyataan. Dengan Elitelink, anda bukan hanya boleh memilih rider yang bersesuaian dengan gaya hidup anda, malah dapat mengumpul kekayaan untuk terus menikmati aktiviti yang anda gemari. Secara asanya, pelan ini menyediakan perlindungan yang fleksibel untuk anda, di samping membuka peluang pelaburan dengan potensi pulangan yang lebih tinggi. Dengan ciri pelan berkaitan pelaburan ini, anda mempunyai fleksibiliti untuk melabur dalam mana-mana satu daripada empat dana yang disediakan untuk menyokong objektif dan tahap risiko pelaburan anda. Di samping itu, anda bukan hanya dilindungi dengan keperluan perlindungan asas seperti untuk kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (HUMK), tetapi juga dengan pilihan rider yang komprehensif. Secara ringkasnya, anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tahap perlindungan mengikut gaya hidup anda, dan dalam masa yang sama menerima bimbingan dalam memilih pelaburan yang terbukti memberi manfaat. Elitelink merupakan pelan berkaitan pelaburan premium berkala yang bukan sahaja menawarkan perlindungan kematian dan HUMK, ia juga menawarkan elemen pelaburan untuk anda. Untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, anda juga boleh memilih untuk mengambil rider tambahan yang sesuai dengan gaya hidup anda.

Manfaat Utama Perlindungan Asas: Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal Sekiranya berlaku kematian kepada orang yang diinsuranskan, jumlah asas yang diinsuranskan berserta nilai akaun ditolak segala keberhutangan akan dibayar secara sekaligus. Sekiranya berlaku HUMK (sebelum mencapai umur 65 tahun pada hari lahir berikutnya), nilai akaun akan dibayar secara sekaligus, tanpa mengira jumlahnya. Sekiranya jumlah asas yang diinsuranskan yang perlu dijelaskan (bagi setiap hayat) adalah sama atau kurang daripada RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Sekiranya jumlah yang diinsuranskan lebih daripada RM1 juta, maka bakinya akan dibayar 1 tahun selepas ansuran pertama dibuat, tertakluk kepada had maksimum Syarikat bagi setiap had individu. Jika orang yang diinsuranskan meninggal dunia atau mengalami HUMK sebelum berumur 5 tahun pada hari lahir berikutnya, kami akan membayar penuh jumlah agregat yang diinsuranskan jika jumlah itu tidak melebihi RM200,000. Jika jumlah agregat yang diinsuranskan melebihi RM200,000, maka kami akan membayar bakinya menurut jadual seperti berikut: Umur pada Hari Lahir Berikutnya 1 2 3 4 5 dan ke atas Peratusan Jumlah Agregat yang Diinsuranskan 20% 40% 60% 80% 100% Had ini adalah tertakluk untuk pembayaran jumlah yang diinsuranskan dan tidak menjejaskan apa-apa pembayaran pada nilai akaun yang ditentukan pada nilai seterusnya. Bonus Kesetiaan Ganjaran sebanyak 6% daripada nilai akaun atau 3% daripada premium tahunan asal, selain daripada premium Rider Elite Tambah Nilai Simpanan (mana yang terendah) akan diberi kepada anda pada hujung tahun polisi yang ke-5, ke-10 dan ke-15 kerana mengekalkan pelan dan membayar premium tepat pada masanya. Tempoh Jaminan Tidak Luput Kami menawarkan Perlindungan Terjamin dalam 3 tahun polisi pertama untuk memastikan status polisi terus berkuatkuasa walaupun nilai akaun berada pada kadar sifar, dengan syarat premium-premium dibayar tepat pada masanya, tiada cuti premium dan tiada pengeluaran separa dari nilai akaun dibuat dalam tempoh tersebut. Dalam Tempoh Jaminan Tidak Luput, caj-caj polisi akan terus ditolak daripada nilai akaun. Jika nilai akaun tidak mencukupi, sebarang kekurangan perlu dibayar balik oleh premium akan datang.

Fleksibiliti dan Kawalan Pelan Anda Pilihan Pengeluaran Anda boleh membuat pengeluaran daripada akaun anda pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minima RM500 sekaligus dengan baki akaun sekurang-kurangnya RM1,000 tanpa sebarang caj tambahan. Pilihan Tambah Nilai Maksimakan potensi pelaburan anda dengan membuat penambahan deposit premium menerusi kemudahan tambah nilai pelaburan. Anda mempunyai fleksibiliti untuk menambah nilai pelaburan sekaligus, ataupun memohon bayaran ansuran secara tetap yang boleh dibuat pada ulang tahun polisi. Dengan Rider Elite Tambah Nilai Simpanan, 95% daripada premium rider akan dilaburkan ke dalam dana pilihan anda demi meningkatkan simpanan anda. Fleksibiliti untuk Mengubah Jumlah Diinsuranskan dan Jumlah Premium Anda boleh memilih untuk mengubahkan jumlah yang diinsuranskan atau premium berkala mengikut keperluan anda pada peringkat hidup yang berbeza. Pilihan ini boleh dilakukan pada ulang tahun polisi anda. Anda boleh memilih untuk meningkatkan jumlah yang diinsuranskan pada ulang tahun polisi anda sehingga ke had maksimum yang dibenarkan sebelum ulang tahun polisi yang paling hampir dengan umur 65 tahun dan tertakluk pada pengunderaitan. Anda juga boleh mengurangkan jumlah yang diinsuranskan dengan syarat tidak kurang daripada amaun minimum yang dibenarkan untuk jumlah premium yang dipilih. Jumlah minimum untuk menambah atau mengurangkan jumlah yang diinsuranskan adalah RM5,000, dalam gandaan RM1,000 dan tertakluk kepada jumlah yang diinsuranskan minimum sebanyak RM5,000. Anda juga boleh mempunyai fleksibiliti untuk menambah atau mengurangkan premium berkala pada ulang tahun polisi anda. Sekiranya anda memilih untuk menambah premium berkala anda, jumlah minimum yang dibenarkan adalah RM50, untuk semua kekerapan pembayaran. Sekiranya anda memilih untuk mengurangkan premium anda pula, premium tahunan yang dikurangkan tidak boleh kurang daripada premium minimum, iaitu RM1,200. Nota: Pilihan Pengeluaran dan Mengurangkan Premium adalah dibenarkan selagi terdapat unit-unit yang mencukupi di dalam polisi untuk menampung pemotongan caj-caj. Di bawah pilihan-pilihan ini, polisi berkemungkinan tamat awal disebabkan kehabisan unit. Manfaat Matang Apabila mencapai tempoh matang polisi oleh orang yang diinsuranskan yang masih hidup, nilai akaun akan dibayar selepas ditolak segala keberhutangan.

Manfaat Penyerahan Anda boleh menyerahkan polisi pada bila-bila masa. Semasa penyerahan polisi, nilai unit yang dibatalkan merupakan Nilai Aset Bersih (NAB) yang ditentukan pada penilaian berikutnya selepas permintaan penyerahan bertulis anda telah diterima dan diluluskan oleh kami, akan dibayar. Kelayakan Orang yang Diinsuranskan Pembayar Umur min. penyertaan: 14 hari (UHLB) Umur maks. penyertaan: 65 tahun (UHLB) Polisi matang pada umur 88 tahun orang yang diinsuranskan (UHLB) Umur min. penyertaan: 18 tahun (UHLB) UHLB: Umur Hari Lahir yang Berikutnya Dana Etiqa Anda boleh memilih daripada tiga dana diuruskan dan satu dana individu berikut mengikut objektif pelaburan dan tahap risiko anda: Dana-Dana Butiran Dana Dana Global Ekuiti Premier Dana Stabil Dana ini akan melabur sekurang-kurangnya 95% dalam dana ekuiti global yang diluluskan dan bakinya dalam tunai dan simpanan tetap. Dana sasaran dipilih oleh pengurus dana daripada panel dana ekuiti global yang diluluskan. Dana dipilih berdasarkan dana berprestasi terbaik sepanjang empat suku tahunan secara berturut-turut. Hanya satu dana sasaran akan dilaburkan pada satu-satu masa. Dana ini akan melabur sekurang-kurangnya 40% dalam sekuriti pendapatan tetap dan sekurang-kurangnya 15% dalam tunai dan simpanan tetap, dan apa-apa baki dana akan dilaburkan dalam ekuiti yang tersenarai di Bursa Malaysia. Ekuiti individu dipilih berdasarkan pandangan pengurus dana ke atas mana-mana ekuiti yang boleh mengatasi indeks, dan juga berdasarkan analisis kualiti pengurusan, potensi pertumbuhan pendapatan dan kedudukan pasaran syarikat yang mendasarinya. Sekuriti pendapatan tetap, dengan penarafan kredit purata keseluruhan sebagai A tunggal atau lebih baik, dipilih berdasarkan jangka masa belum tamat sekuriti individu tersebut, dan pandangan terhadap pergerakan kadar faedah. Pendekatan pelaburan ini adalah aktif.

Dana Seimbang Dana ini akan melabur sekurang-kurangnya 15% dalam ekuiti tersenarai di Bursa Malaysia dan sekurang-kurangnya 25% dalam sekuriti pendapatan tetap, dan apa-apa baki dana akan dilaburkan dalam tunai dan simpanan tetap. Campuran ekuiti, sekuriti pendapatan tetap, tunai dan simpanan tetap ditentukan berdasarkan jangkaan pengurus terhadap pulangan dana bagi setiap kelas aset. Jangkaan ini adalah berdasarkan analisis ekonomi, kadar faedah, dan turun naik dalam pasaran ekuiti. Ekuiti individu dipilih berdasarkan pandangan pengurus dana ke atas mana-mana ekuiti yang boleh mengatasi indeks, dan juga berdasarkan kepada analisis kualiti pengurusan, potensi pertumbuhan pendapatan dan kedudukan pasaran syarikat yang mendasarinya. Sekuriti pendapatan tetap, dengan penarafan kredit purata keseluruhan A tunggal atau lebih baik, dipilih berdasarkan jangkamasa belum tamat untuk sekuriti individu tersebut, dan pandangan terhadap pergerakan kadar faedah. Pendekatan pelaburan ini adalah aktif. Dana Pertumbuhan Dana ini akan melabur sekurang-kurangnya 40% dalam ekuiti tersenarai di Bursa Malaysia dan apa-apa baki dana akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap, tunai dan simpanan tetap. Ekuiti individu dipilih berdasarkan pandangan pengurus dana ke atas mana-mana ekuiti yang boleh mengatasi indeks, dan juga berdasarkan analisis kualiti pengurusan, potensi pertumbuhan pendapatan dan kedudukan pasaran syarikat yang mendasarinya. Sekuriti pendapatan tetap, dengan penarafan kredit purata keseluruhan sebagai A tunggal atau lebih baik, dipilih berdasarkan jangkamasa belum tamat sekuriti individu tersebut, dan pandangan terhadap pergerakan kadar faedah. Pendekatan pelaburan ini adalah aktif. Anda boleh peruntukan sama ada 100% dalam Dana Diuruskan atau Dana Individu. Anda juga mempunyai fleksibiliti untuk membuat pertukaran dana mengikut perubahan keperluan anda pada setiap peringkat kehidupan anda. Dengan 4 pertukaran percuma yang dibenarkan pada setiap tahun polisi, mengikut terma dan syarat, anda mempunyai peluang untuk mencapai pulangan yang lebih tinggi dengan melabur dalam pelbagai dana berdasarkan tahap risiko dan impian pelaburan anda. Anda juga mempunyai fleksibiliti bagi menukar dana pada bila-bila masa untuk menggunakan kesempatan daripada pelbagai peluang yang ada dalam pasaran pelaburan.

Peruntukan Premium Anda boleh mendaftar untuk pelan Elitelink hanya dengan premium minimum sebanyak RM100 setiap bulan. Anda akan menerima perlindungan hayat dan peruntukan pelaburan yang akan meningkat dari semasa ke semasa. Peruntukan premium akan digunakan untuk membeli unit-unit daripada dana berkaitan pelaburan (dalam NAB) pilihan anda seperti yang berikut: Tahun Polisi 1 2 3 4 5 6 7 dan seterusnya Kadar Premium Peruntukan (% daripada Premium) 40% 50% 70% 70% 85% 85% 100% Fi dan Caj-caj Kadar Premium Yang Tidak Diperuntukkan bersamaan dengan satu (1) tolak Kadar Premium Yang Diperuntukan. Premium yang tidak diperuntukkan digunakan untuk kos perbelanjaan operasi Etiqa yang juga termasuk bayaran komisen kepada para ejen. Bahagian premium yang akan digunakan sebagai komisen seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. Walau bagaimanapun, untuk premium tambah nilai, pembayaran komisen sebanyak 3.75% daripada premium tambahan akan dibayar. Tahun Polisi 1 2 3 4 5 6 7 dan seterusnya Komisen (% daripada Premium) 40%* 40%** 25% 25% 15% 15% 0% *Termasuk 5% Bonus Produksi **Termasuk 5% Bonus Persistensi

Fi Pengurusan Dana (% NAB) adalah seperti berikut: Dana Global Ekuiti Premier 1.50% Dana Stabil 1.00% Dana Seimbang 1.25% Dana Pertumbuhan 1.50% Fi pengurusan dana akan ditolak setiap penilaian semasa penentuan harga unit. Caj Pentadbiran berjumlah RM6.36 akan ditolak secara bulanan dengan menolak unit-unit daripada akaun anda. 4 pertukaran dana percuma pada setiap tahun polisi. Sebarang pertukaran yang berikutnya akan dikenakan bayaran sebanyak RM26.50 setiap pertukaran dalam tahun polisi yang sama. Caj Insurans yang akan berubah mengikut umur, jantina, pekerjaan dan kesihatan anda akan dikenakan levi pada setiap bulan untuk pelan ini dan ridernya (jika ada). Ia akan ditolak melalui pembatalan unit daripada akaun anda. Pengecualian Untuk memastikan manfaat sentiasa mampu dimiliki, tiada pembayaran akan diberikan di bawah pelbagai komponen pelan, atas sebab-sebab berikut: Sebab Bunuh diri dalam tempoh satu tahun dari pengeluaran pelan Percubaan bunuh diri Penglibatan di dalam sebarang aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang, mogok, rusuhan atau kekacauan umum Penglibatan di dalam sebarang aktiviti dan sukan berbahaya, atau penerbangan bukan komersil Pengambilan alkohol atau dadah Kecederaan akibat provokasi keganasan fizikal Penyedutan racun, gas atau wasap Kecederaan yang disengajakan oleh diri sendiri, kegagalan untuk mematuhi nasihat perubatan, atau penangguhan yang tidak munasabah dalam mendapatkan rawatan perubatan Manfaat kematian Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal

Nota : Sekiranya orang yang diinsuranskan membunuh diri dalam tempoh 1 tahun dari tarikh pengeluaran atau tarikh terakhir pengembalian semula polisi, Kami akan membayar nilai akaun pada penilaian berikutnya selepas tarikh tuntutan dibuat. Pendedahan Risiko Setiap pelaburan mempunyai bentuk-bentuk risiko tertentu dan dana-dana berkaitan pelaburan terdedah kepada pelbagai jenis risiko. Pemegang polisi harus bersedia untuk menerima tahap risiko tertentu apabila melaburkan wang mereka dan patut mempertimbangkan potensi risiko yang berikut apabila melabur dalam dana-dana berkaitan pelaburan: 1. Risiko Pasaran Nilai dana berkaitan pelaburan boleh menurun dalam tempoh masa yang diberikan sebagai tindak balas kepada perubahan keadaan ekonomi atau peristiwa-peristiwa lain yang memberi kesan kepada sebahagian besar pasaran, termasuk peristiwa politik. Walau bagaimanapun, peruntukan aset yang efisien dan kepelbagaian aset boleh membantu melindungi dana-dana anda daripada risiko pasaran kerana setiap bahagian pasaran yang berbeza mempunyai kecenderungan yang berbeza-beza dalam menunjukkan prestasi pada bila-bila masa berhubung dengan kitaran ekonomi. 2. Risiko Inflasi (Risiko Kuasa Beli) Kemungkinan nilai aset atau pendapatan akan berkurang apabila inflasi menyusutkan kuasa beli untuk mata wang tertentu. Inflasi menyebabkan nilai wang berkurang pada suatu kadar, sama ada wang tersebut dilaburkan atau tidak. Hal ini juga adalah benar apabila kadar inflasi mengatasi kadar pulangan yang dijana daripada semua pelaburan. 3. Risiko Kecairan Risiko ini berpunca daripada berkurangnya kebolehpasaran pelaburan yang menyebabkan aset pelaburan tidak boleh dibeli atau dijual dengan segera untuk mengelak atau mengurangkan kerugian, yang menyebabkan Pemegang Polisi tidak dapat mengakses wangnya apabila diperlukan dengan segera atau tanpa kos. 4. Risiko Kadar Faedah / Pendapatan Kemungkinan naik turun kadar faedah dalam pasaran boleh memberi kesan terhadap nilai dana-dana berkaitan pelaburan, dan pendapatan berterusan daripada dana-dana tersebut. Penurunan dalam kadar faedah akan meningkatkan nilai dana-dana yang berkaitan dengan kadar faedah, tetapi akan menyebabkan pendapatan berterusan yang lebih rendah. 5. Risiko Kredit Risiko Kredit adalah risiko kerugian prinsipal atau kerugian ganjaran kewangan akibat ketidakmampuan pihak peminjam untuk membayar balik pinjaman atau memenuhi obligasi kontraktual. 6. Risiko Harga Risiko nilai sesebuah sekuriti atau portfolio sekuriti itu boleh menurun di masa hadapan. Dalam kes ini, terdapat risiko harga bagi semua ekuiti yang tersenarai dalam FBM Top 100 (tidak termasuk Maybank dan subsidiarinya).

Untuk Perhatian Anda 1. Pelan ini adalah pelan berkaitan pelaburan yang berkait kepada prestasi aset-aset asas, dan bukan merupakan produk pelaburan sepenuhnya seperti unit amanah atau deposit tetap. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Maklumat yang terkandung dalam brosur ini boleh dipinda tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Brosur ini adalah ringkasan daripada terma dan syarat pelan ini. Brosur ini tidak boleh dianggap sebagai kontrak atau komitmen. Sila minta ilustrasi jualan daripada Ejen Etiqa Insurans anda sebelum membeli pelan ini. Ilustrasi jualan mengandungi maklumat terperinci berkenaan terma dan syarat pelan ini. Sila semak ilustrasi jualan untuk mendapatkan kepastian bahawa manfaat-manfaat adalah sesuai dengan keperluan anda dan jumlah premium yang perlu dibayar adalah mengikut kemampuan anda. Sila ambil perhatian bahawa kesemua caj untuk manfaat-manfaat pilihan (rider-rider), akan ditolak daripada unit-unit dana yang akan mengurangkan dana berkaitan pelaburan. Anda juga perlu mengambil kira yuran dan caj yang terlibat. Sekiranya permohonan anda terhadap pelan ini diluluskan oleh kami, kontrak polisi akan dihantar untuk mengesahkan permulaan pelan. Sila rujuk dan baca kontrak polisi untuk terma dan syarat penuh pelan ini. Sekiranya anda ingin membatalkan pelan ini, bagi apa jua alasan, sila maklumkan kepada kami secara bertulis dalam masa 15 hari selepas tarikh penerimaan kontrak polisi dan kami akan membayar balik nilai unit-unit iaitu sebarang premium yang dilaburkan dan sebarang caj-caj yang ditolak, setelah ditolak kos pemeriksaan perubatan (jika ada) yang ditanggung semasa membuat permohonan pelan ini. Sila bayar premium dalam tempoh tangguh selama 31 hari dari tarikh premium tersebut perlu dibayar. Premium yang perlu dibayar adalah tetap sepanjang tempoh pelan mengikut kekerapan pembayaran yang dipilih, seperti yang dinyatakan dalam kontrak polisi. Kegagalan membayar premium akan menamatkan kelayakan anda untuk menerima manfaat di bawah pelan ini. Tempoh perlindungan insurans juga tertakluk kepada nilai akaun yang mencukupi untuk mengekalkan kontrak polisi. Menyertai pelan berkaitan pelaburan memerlukan komitmen jangka panjang kerana adalah tidak digalakkan untuk memegang kontrak polisi buat tempoh yang singkat memandangkan kos permulaannya yang tinggi. Jika anda membuat serahan pada tahun-tahun terawal, anda mungkin akan mendapat balik amaun yang kurang daripada amaun yang telah anda bayar. Pulangan daripada pelaburan anda adalah berdasarkan kepada prestasi sebenar dana dan adalah TIDAK DIJAMIN. Risiko pelaburan di bawah polisi akan ditanggung sepenuhnya oleh pembayar dan nilai akaun berkemungkinan akan kurang daripada jumlah premium yang telah dibayar.

9. 10. 11. Kami mempunyai hak untuk meminda kadar, fi, caj-caj, manfaat, terma dan syarat di bawah pelan ini dengan memberi notis 3 bulan terlebih dahulu sebelum pindaan tersebut berkuat kuasa kecuali manfaat perubatan di mana notis 30 hari sebelum pindaan tersebut berkuat kuasa akan diberi dan ianya akan terpakai pada tarikh ulang tahun polisi yang berikutnya. Kadar premium boleh meningkat disebabkan perubahan undang-undang atau peraturan, termasuk percukaian, atau faktor-faktor lain yang tidak dijangka dan bersifat kekal. Faktor-faktor ini termasuk pengalaman tuntutan contohnya disebabkan oleh inflasi kos perubatan. Semua premium akan tertakluk kepada caj-caj atau cukai-cukai yang berkenaan termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan, dan anda mungkin layak untuk pelepasan cukai, tertakluk kepada keputusan oleh pihak berkuasa cukai Malaysia. Jika anda memerlukan maklumat tambahan mengenai insurans berkaitan perlaburan, atau insurans hayat dan insurans perubatan dan kesihatan, sila rujuk kepada risalah insuranceinfo tentang Insurans Berkaitan Perlaburan dan Insurans Perubatan dan Kesihatan yang boleh didapati di semua cawangan kami atau anda boleh mendapatkan salinannya daripada Ejen Etiqa Insurans atau kunjungi www.insuranceinfo.com.my.

EIB/LA/ELITELINK/082017/BM/RTU Etiqa Oneline 1300 13 8888 www.etiqa.com.my www.facebook.com/etiqa Etiqa Insurance Berhad (9557T) (Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia) Level 19, Tower C, Dataran Maybank No 1, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur, Malaysia T +603 2297 3888 F +603 2297 3800 Diunderait oleh: