DEBAT TERBUKA ILMU KHAS SEPTEMBER 2 OKTOBER 2017 TEMA: PENDIDIKAN DAN KEPENGGUNAAN

dokumen-dokumen yang mirip
2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK 2017

DEBAT SANTAI LANCASTER UNIVERSITY 02hb JANUARI 2013

PERTANDINGAN DEBAT DAN PIDATO BAHASA MELAYU POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014 SISTEM DAN PERATURAN PERTANDINGAN PIDATO

PERATURAN UMUM PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI HKSBP38

PERATURAN DAN PANDUAN PERATURAN KHUSUS BAHAS BAHASA MELAYU PIALA PERDANA MENTERI

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

ETIKA MESYUARAT AGUNG

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

PERATURAN PERTANDINGAN DAM AJI PESUMA KE-30

PERATURAN AM SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA SUKANUN Kejohanan ini dinamakan SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA atau SUKANUN.

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA SEPAK PIALA MASUM 2014

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PERATURAN AM SUKAN MASUM

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH

PERATURAN-PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA KERANJANG PIALA TUN HAJI HAMDAN SHEIKH TAHIR & PIALA TOH PUAN HAJJAH SITI ZAINAB

Fasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

TAJUK 9 PERUNDANGAN. Parlimen Dewan Rakyat Dewan Negara Penggubalan Undang-Undang

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

KEJOHANAN BADMINTON MASISWA & IPT JEMPUTAN 2013 ANJURAN MAJLIS SUKAN IPTS MALAYSIA (MASISWA)

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA SEPAK

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2016 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR. Karnival Sukan Siswa Universiti Kuala Lumpur (KSSU)

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

PERATURAN SEPAK TAKRAW (ANTARA REGU)

SYARAT & PERATURAN KEJOHANAN BOLA JARING MALA 2016

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN RAGBI 15 S SUPER 8 IPT 2017

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

luw$s*^ KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN l MURID l SUKAN 2014 " FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

PROSEDUR PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2017

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

PERATURAN PERTANDINGAN TARIK TALI PESUMA KE-30

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN PING PONG

KEJOHANAN RAGBI MSSM 2018

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BADMINTON

MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA Peraturan Sepaktakraw (Berpasukan)

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA TAMPAR CAMPURAN KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

SEPAKTAKRAW BERPASUKAN. Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan adalah tertakluk kepada:

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE MALAYSIA (PESUMA) KE-31 TAHUN 2017

Terma Rujukan (Terms Of Reference) Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang [JK BKC PPKT] Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (Pertandingan Bola Tampar Jabatan Perdana Menteri 2012)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN TENIS ( LELAKI DAN WANITA)

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

SUKAN SBAM Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah MUKTAMAD.

PERATURAN PERTANDINGAN LIGA BOLA SEPAK PANTAI UiTM 2018 PIALA PENGARAH PUSAT SUKAN. Liga Bola Sepak Pantai UiTM 2018 Piala Pengarah Pusat Sukan

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK PANTAI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

FORMAT PERTANDINGAN PERTANDINGAN TARANNUM & TAFSIR

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

GARIS PANDUAN PHD / SARJANA PENYELIDIKAN

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING PESUMA KE-31

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW ( LELAKI)

PERATURAN PERTANDINGAN CATUR CAMPURAN PESUMA KE-30

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Naib Canselor HEP dan Piala Pengarah Pembangunan Pelajar HEP

KEJOHANAN BOLA JARING KSS USM 2010

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PESTA RAGBI 10 SEBELAH MRSM SE-MALAYSIA KALI KELIMA, 2008

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

Transkripsi:

DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 29 SEPTEMBER 2 OKTOBER 2017 TEMA: PENDIDIKAN DAN KEPENGGUNAAN SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN Bahagian 1 Pengenalan 1.1 Format Perdebatan 1.1.1 Format perdebatan ini dikenali di seluruh dunia sebagai gaya Perdebatan Parlimen British. 1.1.2 Pertandingan akan diadakan dalam kategori Bahasa Melayu. 1.1.3 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar asasi, matrikulasi, diploma dan ijazah pertama sahaja yang berumur bawah 21 tahun mengikut tahun lahir. 1.1.4 Setiap Institusi / IPG dibenarkan menghantar maksimum DUA (2) buah pasukan sahaja. Namun, sekiranya selepas tamat tempoh pendaftaran masih terdapat kekosongan, pihak institusi boleh menghantar lebih daripada DUA (2) buah pasukan. Pihak penganjur akan memaklumkan kekosongan tersebut melalui Facebook DeTIK 2017 dan Laman Sesawang DeTIK. Setiap pasukan mesti terdiri daripada dua orang pendebat. Pendebat simpanan tidak dibenarkan. 1.1.5 Perdebatan akan dijalankan antara empat pasukan yang terdiri daripada dua orang peserta setiap satunya (peserta ini dikenali sebagai ahli ), seorang pengerusi (dikenali sebagai Yang Dipertua atau Tuan / Puan Speaker ) dan seorang hakim atau panel hakim. 1.1.6 Pasukan terdiri daripada ahli-ahli berikut yang akan memberi ucapan substantif dalam aturan berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Perdana Menteri; Ketua Pembangkang; Timbalan Perdana Menteri; Timbalan Ketua Pembangkang; Ahli Kerajaan; Ahli Pembangkang; Whip Kerajaan; Whip Pembangkang

(a) Pasukan Kerajaan Pembuka terdiri daripada Perdana Menteri atau Ahli Kerajaan pertama dan Timbalan Perdana Menteri atau Ahli Kerajaan kedua. (b) Pasukan Pembangkang Pembuka terdiri daripada Ketua Pembangkang atau Ahli Pembangkang pertama dan Timbalan Ketua Pembangkang atau Ahli Pembangkang kedua. (c) Pasukan Kerajaan Penutup Ahli untuk Kerajaan atau Ahli Kerajaan ketiga dan Whip Kerajaan atau Ahli Kerajaan keempat. (d) Pasukan Pembangkang Penutup Ahli untuk Pembangkang atau Ahli Pembangkang ketiga dan Whip Pembangkang atau Ahli Pembangkang keempat. 1.1.7 Ahli - ahli akan memberi ucapan substantif dalam tempoh tujuh minit dan boleh memberi celahan apabila ahli-ahli daripada pasukan lawan berucap. 1.2 Usul 1.2.1 Usul haruslah jelas. 1.2.2 Usul haruslah mencerminkan Debat Terbuka Ilmu Khas sebagai pertandingan peringkat kebangsaan. 1.2.3 Ahli-ahli harus memperdebatkan usul dalam semangat usul tersebut dan pertandingan ini. 1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan Kepenggunaan yang merangkumi: a) Pendidikan b) Kepenggunaan c) Pendidikan dan Kepenggunaan 1.3 Persediaan 1.3.1 Perdebatan akan dimulakan 30 minit selepas usul diumumkan. 1.3.2 Pasukan-pasukan mesti sampai ke tempat perdebatan selewat-lewatnya lima minit sebelum perdebatan dijadualkan bermula. 1.3.3 Ahli-ahli dibenarkan menggunakan bahan-bahan bercetak atau bertulis atau elektronik semasa persediaan. Bahan bercetak termasuk buku, jurnal, surat khabar dan bahan seumpamanya. Bahan elektronik tidak disediakan oleh penganjur dan merupakan tanggungjawab pendebat dan pasukan masing-masing. Penggunaan bahan bantuan luar (buku, carta, majalah, jurnal, surat khabar, peralatan elektronik, dan bahan seumpamanya

tidak dibenarkan semasa perdebatan kerana kehadirannya memberi kelebihan tidak adil kepada pasukan yang berucap kemudian. 1.4 Penjelasan 1.4.1 Penjelasan atau celahan, iaitu soalan yang diajukan kepada ahli yang sedang berucap tentang perkara yang sedang diperkatakan pendebat yang sedang berucap bukan tentang perkara yang telah dikatakan oleh pendebat yang terdahulu, boleh diberikan di antara minit pertama hingga minit keenam ucapan ahli pendebat. 1.4.2 Ahli harus berdiri sebagai tanda mengemukakan celahan. Ahli yang ingin mengemukakan celahan boleh mengumumkan bahawa beliau ingin memberi Celahan atau menuturkan perkataan lain yang sama maksudnya asalkan dia tidak mengganggu pendebat yang sedang berucap. 1.4.3 Ahli yang sedang berucap boleh menerima atau menolak permohonan untuk mencelah. 1.4.4 Tempoh setiap celahan tidak boleh melebihi 15 saat. 1.4.5 Celahan harus dinilai mengikut syarat 3.3.4 dalam peraturan ini. 1.5 Tempoh Ucapan 1.5.1 Setiap ahli mempunyai 7 minit untuk menyampaikan ucapan. Ucapan yang melebihi 7 minit dan 15 saat tidak akan diambil kira oleh juri. 1.5.2 Celahan boleh diberikan di antara minit pertama dan minit keenam ucapan substantif (tempoh ini akan ditanda dengan bunyi loceng, atau bunyi lain yang bersesuaian sebanyak satu kali pada minit pertama dan minit keenam). 1.5.3 Tugas penjaga masa sama ada dilakukan oleh Yang Dipertua Dewan atau Penjaga Masa yang dilantik khas. 1.5.4 Jika tiada Yang Dipertua Dewan, tugas menjaga masa perlu dilakukan oleh Pengerusi Panel Penghakiman. 1.6 Penghakiman 1.6.1 Perdebatan harus dihakimi oleh satu panel yang mengandungi sekurang-kurangnya tiga hakim, (tertakluk kepada keadaan yang mengizinkan). 1.6.2 Pada akhir perdebatan, hakim-hakim perlu berbincang dan menyusun pangkat pasukan, dari kedudukan pertama ke kedudukan terakhir (lihat Bahagian 5: Penghakiman).

1.6.3 Selepas setiap perdebatan, Pengerusi Panel Penghakiman perlu memberi penghakiman lisan. Penghakiman lisan ini haruslah dibuat menurut syarat 5.5 di dalam peraturan ini. Bahagian 2 : Definisi 2.1 Definisi 2.1.1 Definisi harus meletakkan isu (atau isu-isu) untuk perdebatan yang timbul daripada usul, dan harus dinyatakan maksud apa-apa istilah di dalam usul yang memerlukan tafsiran. 2.1.2 Perdana Menteri harus memberikan definisi pada awal ucapannya. 2.1.3 Definisi mestilah: (a) mempunyai hubungan yang jelas dan logik kepada usul Ini bermaksud hubungan di antara usul dan definisi yang dikemukakan oleh Ahli tersebut boleh diterima oleh seseorang individu awam yang munasabah; (b) bukan diletak pada latar tempat yang tidak adil ini bermaksud definisi tidak boleh menghadkan perdebatan sedemikian sempit kepada lokasi geografi atau lokasi politik yang spesifik sehingga seseorang individu awam yang munasabah tidak berkemungkinan tahu akan lokasi tersebut. 2.2 Mencabar Definisi 2.2.1 Ketua Pembangkang boleh mencabar definisi jika definisi tersebut melanggar syarat 2.1.3 peraturan ini. Ketua Pembangkang haruslah menyatakan dengan jelas bahawa beliau mencabar definisi tersebut. 2.2.2 Ketua Pembangkang harus memberikan definisi alternatif selepas mencabar definisi Perdana Menteri. 2.3 Menilai Cabaran Terhadap Definisi 2.3.1 Hakim harus menentukan sama ada definisi adalah tidak munasabah jika definisi tersebut melanggar syarat 2.1.3 dalam peraturan ini. 2.3.2 Tanggungjawab untuk menunjukkan definisi adalah tidak munasabah terletak pada Ahli yang mendakwa definisi tersebut adalah tidak munasabah. 2.3.3 Jika definisi adalah tidak munasabah, pembangkang harus menggantikannya dengan definisi alternatif yang wajar diterima oleh hakim asalkan ia munasabah.

Bahagian 3 : Isi 3.1 Definisi Isi 3.1.1 Isi adalah kandungan ucapan. Isi merujuk kepada hujah-hujah yang digunakan oleh pendebat untuk menjelas dan menghurai kes pasukan dan memujuk hakim. 3.1.2 Isi meliputi hujahan, huraian dan penaakulan, contoh-contoh, kajian kes, fakta dan apaapa bahan lain yang cuba menjelaskan kes. 3.1.3 Isi merangkumi bahan sokongan (atau substantif) dan bidasan (hujah-hujah) yang ditujukan khusus untuk menyangkal hujah-hujah pasukan lawan. Isi merangkumi Penjelasan (Celahan). 3.2 Ciri-ciri Isi 3.2.1 Isi haruslah relevan, logik dan konsisten. 3.2.2 Isi haruslah relevan. Isi haruslah berkaitan dengan usul dan isu perdebatan: hujah positif iaitu hujah yang menyokong pendirian pasukan harus diberikan, dan bidasan untuk isi yang diberikan oleh pihak lawan harus diberikan. Ahli harus memberi keutamaan dan memperuntukkan masa yang bersesuaian kepada isu-isu dinamik perdebatan. 3.2.3 Isu haruslah bersifat logik. Hujahan harus dibina secara logik agar jelas dan dikembangkan dengan baik, dan munasabah. Kesimpulan bagi semua hujahan harus menyokong kes Ahli. 3.2.4 Isi haruslah konsisten. Ahli harus memastikan isi yang diberikan adalah konsisten dalam ucapannya sendiri, dengan pasukannya dan ahli-ahli lain bahagian Dewan mereka (tertakluk kepada syarat 2.3.4, 2.3.5 atau 2.3.6 dalam peraturan ini). 3.2.5 Semua ahli harus memberikan hujah (kecuali dua Ahli terakhir dalam perdebatan) dan semua ahli harus memberikan bidasan (kecuali Perdana Menteri dalam perdebatan). 3.3 Menilai Isi 3.3.1 Isi yang diberikan harus memujuk. Elemen isi harus membantu hakim untuk menilai daya pujukan dan kreadibiliti isi yang diberikan. 3.3.2 Isi harus dinilai dari kaca mata seseorang individu awam yang munasabah. Hakim harus menganalisis isi yang diberikan dan menilai daya pujukannya tanpa menggunakan pengetahuan spesifik yang mungkin dimiliki oleh mereka mengenai isu-isu yang diperdebatkan.

3.3.3 Hakim tidak harus membenarkan kecenderungan tertentu (bias) mempengaruhi penilaian mereka. 3.3.4 Celahan harus dinilai berdasarkan kesannya ke atas daya pujukan kes kedua-dua Ahli yang menjawab celahan dan memberi celahan. Bahagian 4 Gaya 4.1 Elemen Gaya 4.1.1 Elemen gaya termasuk hubungan mata, modulasi suara, isyarat tangan, bahasa, penggunaan nota dan sebarang perkara lain yang mungkin boleh mempengaruhi keberkesanan pembentangan Ahli. 4.1.2 Modulasi suara biasanya akan membantu Ahli untuk memujuk penonton kerana Ahli mungkin ingin memberi penekanan hujah yang penting dan memegang perhatian penonton. Hal ni termasuk pic, nada, kelantangan suara dan penggunaan jeda. 4.1.3 Isyarat tangan biasanya akan membantu Ahli untuk memberi penekanan kepada hujah yang penting namun pergerakan tangan yang berlebihan mungkin mengganggu dan mengurangkan perhatian penonton terhadap hujahnya. 4.1.4 Bahasa haruslah jelas dan mudah. Ahli yang menyusun kata-kata dengan panjang, berbunga-bunga atau mengelirukan mungkin akan terbabas daripada hujah jika mereka kehilangan perhatian daripada penonton. 4.1.5 Penggunaan nota dibenarkan, namun Ahli harus berhati-hati agar mereka tidak terlalu bergantung kepada nota. Bahagian 5 Struktur 5.1.1 Elemen struktur termasuk struktur ucapan Ahli dan struktur ucapan pasukan. 5.1.2 Isi dalam ucapan setiap Ahli perlu berstruktur. Ahli harus mengatur isinya untuk meningkatkan keberkesanan pembentangan mereka. Ucapan substantif setiap ahli harus: (a) (b) mengandungi pengenalan, kesimpulan dan hujahan; dan diselaraskan dengan peruntukan masa dan keperluan untuk memberi keutamaan dan masa yang bersesuaian untuk isi. 5.1.3 Isi dari setiap pasukan perlu berstruktur. Pasukan harus mengatur isi mereka untuk meningkatkan keberkesanan pembentangan mereka. Isi setiap pasukan harus:

(a) (b) (c) mengandungi pendekatan yang konsisten terhadap isu-isu yang diperdebatkan; dan mengagihkan hujah positif kepada setiap Ahli apabila kedua-dua Ahli dalam satu pasukan akan mengemukakan hujah. setiap pasukan perlu memainkan peranan masing-masing seperti yang ditetapkan oleh peraturan. Bahagian 6 Bahasa 6.1.1 Bahasa dalam ucapan setiap Ahli perlu menggunakan laras serta kesantunan yang baik dan bersesuaian dengan perdebatan di samping harus: (a) (b) (c) (d) menunjukkan pemilihan kata dan istilah yang tepat dan jelas. menggunakan struktur ayat yang betul dan sebutan yang jelas. menunjukkan penguasaan gaya bahasa yang baik, menarik dan berkesan serta tepat pada maksud atau mesej yang ingin disampaikan. mengelakkan penggunaan bunyi bahasa yang berlebihan seperti pantun, seloka, gurindam dan puisi yang tidak membantu dalam pengembangan dan penghuraian hujah tidak diambil kira. Bahagian 7 Penghakiman 7.1 Peranan Hakim 7.1.1 Hakim mesti: (a) (b) (c) (d) (e) (f) berbincang mengenai perdebatan yang dihakimi dengan hakim-hakim lain; menentukan pangkat atau kedudukan pasukan; menentukan gred pasukan; menentukan markah pendebat; memberikan penghakiman lisan kepada Ahli; dan melengkapkan borang markah 7.1.2 Panel penghakiman harus cuba untuk bersetuju mengenai penghakiman terhadap perdebatan. Oleh yang demikian, para hakim harus berbincang dalam semangat kerjasama dan saling menghormati.

7.2 Penyusunan Pangkat Pasukan 7.2.1 Pasukan harus diberikan pangkat dari tempat pertama hingga tempat keempat. Pasukan di tempat pertama akan diberi tiga mata, pasukan di tempat kedua akan diberi dua mata, pasukan di tempat ketiga akan diberi satu mata dan pasukan di tempat keempat akan diberi mata kosong. 7.2.2 Pasukan-pasukan boleh diberikan mata kosong jika mereka gagal untuk tiba di tempat persidangan, selepas lebih daripada lima minit masa perdebatan dijadualkan bermula. 7.2.3 Hakim-hakim harus berbincang mengenai pangkat atau kedudukan pasukan. Masa yang diberi untuk berbincang dan membuat keputusan tidak boleh melebihi sepuluh (10) minit. Jika keputusan sebulat suara tidak dapat dicapai selepas perbincangan, keputusan majoriti akan menentukan pangkat. Jika keputusan majoriti tidak dapat dicapai, pengerusi panel penghakiman akan menentukan pangkat pasukan. 7.3 Penggredan dan Pemarkahan Pasukan 7.3.1 Panel penghakiman harus bersetuju mengenai gred yang akan diberikan kepada setiap pasukan. Setiap hakim boleh memberikan markah pasukan mengikut budi bicara mereka asalkan markah itu adalah dalam lingkungan gred yang dipersetujui. 7.3.2 Gred pasukan dan markah harus diberi berdasarkan interpretasi berikut: Gred Markah Maksud A 180-200 B 160-179 Cemerlang hingga sempurna. Mutu perdebatan yang boleh dijangka daripada pasukan yang layak memasuki peringkat Separuh Akhir / Akhir pertandingan. Penguasaan bahasa pada tahap yang amat baik. Pasukan ini mengandungi banyak kekuatan, dan sedikit (jika ada) kelemahan. Melebihi sederhana hingga sangat baik. Mutu yang boleh dijangka dari pasukan yang layak memasuki peringkat Akhir atau pasukan yang berentap untuk memasuki pusingan kalah mati. Penguasaan bahasa pada tahap yang baik. Pasukan ini mengandungi kekuatan yang nyata dan beberapa kelemahan kecil. C 140-159 Sederhana. Pasukan ini mempunyai tahap kekuatan dan kelemahan yang hampir sama banyak. Penguasaan bahasa pada tahap yang sederhana. D 120-139 Lemah hingga di bawah sederhana. Pasukan mempunyai masalah yang nyata dan sedikit kekuatan. Penguasaan bahasa pada tahap yang memuaskan.

7.4 Memberi Markah Kepada Ahli 7.4.1 Selepas para hakim bersetuju mengenai gred yang akan diberi kepada setiap pasukan, setiap hakim boleh memberi markah kepada setiap Ahli mengikut budi bicara mereka, namun perlu memastikan bahawa mata agregat bagi ahli-ahli pasukan adalah dalam lingkungan gred yang dipersetujui untuk pasukan tersebut. 7.4.2 Markah bagi setiap Ahli harus diberi berdasarkan maksud berikut: Gred Markah Maksud A 90-100 B 80-89 Cemerlang hingga sempurna. Mutu perdebatan yang boleh dijangka dari pendebat di peringkat Separuh Akhir / Akhir pertandingan. Penguasaan bahasa berada pada tahap yang amat baik. Pendebat ini mengandungi banyak kekuatan, dan sedikit (jika ada) kelemahan. Melebihi sederhana hingga sangat baik. Standard yang boleh dijangka dari pendebat di peringkat pusingan kalah mati. Penguasaan bahasa berada pada tahap yang baik. Pendebat ini mengandungi kekuatan yang nyata dan beberapa kelemahan kecil. C 70-79 Sederhana. Pendebat ini mempunyai tahap kekuatan dan kelemahan yang hampir sama banyak. Penguasaan bahasa berada pada tahap yang sederhana. D 60-69 Lemah hingga di bawah sederhana. Pendebat mempunyai masalah yang nyata dan sedikit kekuatan kecil. Penguasaan bahasa berada pada tahap yang memuaskan, E 50-59 Sangat lemah. Pendebat ini mempunyai kelemahan dalam perkara asas, dan sedikit (jika ada) kekuatan. Penguasaan bahasa berada pada tahap yang lemah. 7.5 Penghakiman Lisan 7.5.1 Setelah selesai perbincangan, panel penghakiman harus memberi penghakiman lisan terhadap perdebatan. 7.5.2 Penghakiman lisan harus diberikan oleh Pengerusi panel penghakiman. Jika Pengerusi adalah juri minoriti, Pengerusi perlu meminta seorang juri majoriti daripada panel penghakiman untuk memberikan penghakiman lisan. 7.5.3 Penghakiman lisan harus:

(a) mengenal pasti susunan pangkat pasukan; (b) (c) menjelaskan sebab-sebab bagi susunan pangkat pasukan tersebut, dengan memastikan setiap pasukan disebut di dalam penjelasan ini; dan memberi komen membina kepada setiap pendebat jika panel penghakiman berpandangan ini adalah perlu. 7.5.4 Penghakiman lisan harus tidak melebihi 10 minit. 7.5.5 Ahli-ahli boleh berjumpa dengan hakim untuk penjelasan lanjut selepas penghakiman lisan; pertanyaan ini mestilah sentiasa sopan dan tidak bersifat konfrontasi. Bahagian 8 Perkara Am 8.1 Penganjuran 8.1.1 Peraturan ini diterima pakai untuk Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) 2017, anjuran IPG Kampus Ilmu Khas dengan kerjasama MADUM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). 8.1.2 Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman. Keputusan Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman adalah muktamad. 8.1.3 Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa. 8.2 Tafsiran 8.2.1 Ketua Hakim dan Jawatankuasa Penghakiman bermaksud individu-individu yang dilantik oleh Pihak MADUM untuk memegang jawatan-jawatan tersebut. Ketua hakim adalah Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman. 8.2.2 Institusi Pengajian Tinggi bermaksud semua institusi pengajian tinggi sama ada awam atau swasta termasuk IPG, Politek, pusat asasi dan matrikulasi di Malaysia termasuk Institut Perguruan dan Politeknik. 8.3 Penyertaan 8.3.1 Setiap Institusi hanya boleh menghantar DUA pasukan untuk mewakili Institusi tersebut. 8.3.2 Untuk layak menyertai pertandingan debat ini, peserta mestilah terdiri daripada pelajar peringkat asasi, diploma atau ijazah pertama sarjana muda daripada institusi yang diwakili. Semua anggota pasukan mestilah terdiri daripada pelajar dari institusi yang sama. Pengesahan bahawa mereka adalah pelajar institusi berkenaan hendaklah dibuat oleh pihak institusi.

8.3.3 Setiap pasukan mestilah terdiri daripada DUA orang pendebat; TIADA pendebat simpanan dibenarkan. 8.4 Sistem Pertandingan 8.4.1 Pertandingan ini akan menggunakan kaedah sistem power match berkumpulan (kaedah Swiss Bracket) untuk pusingan awal. Sistem ini akan digunakan untuk menentukan pasukan yang akan berlawan dan juga peranan mereka (kerajaan pembuka/penutup / pembangkang pembuka/penutup). 8.4.2 Dalam pusingan awal, penentuan kumpulan lawan untuk perdebatan yang pertama akan dilakukan secara undian rawak komputer. Penentuan peranan pasukan untuk perdebatan pertama akan dilakukan juga secara undian rawak komputer. Selepas perdebatan yang pertama, setiap pasukan akan ditentukan kedudukan mereka. Penentuan peranan pasukan untuk perdebatan yang seterusnya akan ditentukan mengikut peranan setiap pasukan dalam perdebatan sebelumnya. Selalunya penentuan pasukan adalah berdasarkan kepada jumlah sesebuah pasukan itu memainkan sesuatu peranan. 8.4.3 Setelah selesai semua perdebatan dalam pusingan awal, kedudukan pasukan akan ditentukan untuk kali terakhir. Ini adalah untuk menentukan pasukan yang layak ke pusingan kalah mati. 8.4.4 Kriteria yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan adalah mengikut keutamaan berikut: (a) (b) mata pasukan, diikuti markah pasukan. 8.4.5 Pertandingan pusingan Pra Suku Akhir, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir akan dijalankan mengikut sistem kalah mati. 8.4.6 Penentuan peranan (kerajaan/pembangkang pembuka/penutup) untuk perdebatan pusingan kalah mati adalah berdasarkan undian di hadapan pasukan masing-masing. 8.4.7 Dalam pusingan kalah mati, dua pasukan yang mempunyai pangkat tertinggi akan mara ke peringkat seterusnya, sehingga akhirnya di peringkat akhir, pasukan yang mendapat mata tertinggi akan menjuarai pertandingan. 8.4.8 Penentuan pasukan bagi pusingan kalah mati adalah seperti pada rajah berikut:

Penentuan Pasukan Bagi Pusingan Kalah Mati (Bermula dari pusingan pra suku akhir) Waktu Berehat Pasukan di tangga pertama sehingga ke-8 akan mara ke pusingan suku akhir secara automatik Pusingan Pra Suku Akhir 1 Pasukan di tangga ke-9 Pasukan di tangga ke-16 Pasukan di tangga ke-17 Pasukan di tangga ke-24 Pusingan Pra Suku Akhir 2 Pasukan di tangga ke-12 Pasukan di tangga ke-13 Pasukan di tangga ke-20 Pasukan di tangga ke-21 Pusingan Pra Suku Akhir 3 Pasukan di tangga ke-10 Pasukan di tangga ke-15 Pasukan di tangga ke-18 Pasukan di tangga ke-23 Pusingan Pra Suku Akhir 4 Pasukan di tangga ke-11 Pasukan di tangga ke-14 Pasukan di tangga ke-19 Pasukan di tangga ke-22 Pusingan Suku Akhir 1 Pasukan di tangga ke-1 Pasukan di tangga ke-8 Pasukan di tangga ke-9 Pasukan di tangga ke-16 Pusingan Suku Akhir 2 Pasukan di tangga ke-4 Pasukan di tangga ke-5 Pasukan di tangga ke-12 Pasukan di tangga ke-13 Pusingan Suku Akhir 3 Pasukan di tangga ke-2 Pasukan di tangga ke-7 Pasukan di tangga ke-10 Pasukan di tangga ke-15 Pusingan Suku Akhir 4 Pasukan di tangga ke-3 Pasukan di tangga ke-6 Pasukan di tangga ke-11 Pasukan di tangga ke-14 Pusingan Separuh Akhir 1 Pusingan Separuh Akhir 2 Pusingan Akhir

8.5 Bantahan 8.5.1 Bantahan boleh dilakukan oleh pasukan dalam bentuk bantahan bertulis. 8.5.2 Jika Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman mendapati berlaku sebarang kesilapan atau kecacatan dalam pengendalian sesuatu perdebatan, usaha akan dibuat agar tidak ada mana-mana pihak yang terjejas. 8.5.3 Keputusan panel penghakiman adalah muktamad. Dikemaskini oleh: MADUM & IPG KAMPUS ILMU KHAS Tarikh : 20 JULAI 2017