Hadits Mu`allaq Dalam Shahih Al-Bukhari Oleh: Dr. Mohd Adli bin Abd Khalim Hadits mu`allaq ( ialah hadits yang telah digugurkan perawi dalam sanadnya, sama (اا ada seorang atau lebih, bahkan sampai ke akhir sanad. Contoh hadits mu`allaq adalah apabila seseorang yang mengatakan: "Daripada `A'isyah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: " atau "Daripada Ibn `Abbas, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: ", yakni tanpa menyebutkan perawi-perawinya. Bahkan, sesetengah periwayatan tidak menyebutkan siapakah sahabat - radhiyallahu `anhum - yang meriwayatkan hadits tersebut daripada baginda. Hukum asal hadits mu`allaq adalah dha`if, kerana tidak memenuhi syarat hadits shahih (antara,ﷺ syarat hadits shahih adalah bersambungnya sanad antara perawi-perawi kepada Nabi sedangkan hadits mu`allaq adalah hadits yang gugur sanadnya). Kita tahu bahawa dalam Shahih Al-Bukhari juga terkandung hadits-hadits mu`allaq, namun hadits-hadits ini bukanlah hadits Shahih Al-Bukhari yang sebenar. Oleh sebab itu, kita akan dapati hadits-hadits mu`allaq ini tidak diletakkan nombor. Hadits mu`allaq dalam Shahih Al-Bukhari terbahagi kepada dua: (a) hadits mu`allaq yang marfu`. (b) hadits mu`allaq yang tidak marfu` (kata-kata sahabat, tabi`in, dan sebagainya). Hadits mu`allaq yang marfu` (a) terbahagi kepada tiga: (a.i) hadits mu`allaq yang shahih, diriwayatkan secara bersambung oleh Al-Bukhari sendiri dalam kitab shahihnya. (a.ii) hadits mu`allaq yang shahih, diriwayatkan secara bersambung oleh muhaddits lain dalam kitab mereka. (a.iii) hadits mu`allaq yang tidak shahih.
Contoh hadits mu`allaq untuk kategori (a.i) adalah: د الله ا Riwayat ini disebutkan secara mu`allaq oleh Al-Bukhari dalam Kitab: Ilmu (kitab ke-3), Bab: Ilmu sebelum perkataan dan amalan (bab ke-10). Namun, Al-Bukhari juga meriwayatkan hadits ini secara bersambung dalam Kitab: Ilmu (kitab ke-3), Bab: Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, Allah akan memberikannya kefaqihan dalam agama (bab ke-13), Nombor hadits: 71. Kata Al-Bukhari:
ل $: ل " / $ ل $ ب ' " ا ( )* و, + ا :" ا 7 6 ﷺ *ل ": د الله 2 ا 3 / 4 5 *ل : و 0 1 2 / 4 ا 3 " / " ; :ا 3 Telah menceritakan kepada kami Sa`id bin `Ufair, katanya: Telah menceritakan kepada kami Ibn Wahb: Daripada Yunus: Daripada Ibn Syihab, katanya: Telah berkata Humaid bin `Abd Ar- Rahman: Aku mendengar Mu`awiyah berkhutbah, katanya: Aku mendengar Nabi ﷺ bersabda: "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, Allah akan memberikannya kefaqihan dalam agama."
Contoh hadits mu`allaq untuk kategori (a.ii) adalah: 7 6 ﷺ @? الله ; : > C أ " A و < نا 3 Riwayat ini disebutkan secara mu`allaq oleh Al-Bukhari dalam Kitab: Haid (kitab ke-6), Bab: Wanita haid melaksanakan keseluruhan manasiknya kecuali thawaf di Baitullah (bab ke-7). Al-Bukhari sendiri tidak meriwayatkan hadits ini secara bersambung dalam kitab shahihnya, namun hadits ini diriwayatkan secara bersambung oleh para muhadditsin lain, antaranya Muslim dalam kitab shahihnya, hadits nombor: 373. Kata Muslim:
" : D $ E FG* H ء و إ ا, L / ا 3 K?* + 1 أ P Q ز اN ة أ ا أ " 7 6 ﷺ @? الله VW 2 3 $ 0 R S و ة :" < نا 3 0 اT 4 3 6 / U 3 " > C أ " A Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib Muhammad bin Al-`Ala' dan Ibrahim bin Musa, kedua-duanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Ibn Abi Za'idah: Daripada bapanya: Daripada Khalid bin Salamah: Daripada Al-Bahiy: Daripada `Urwah: Daripada `A'isyah, katanya: "Nabi ﷺ mengingati Allah dalam setiap keadaannya."
Contoh hadits mu`allaq untuk kategori (a.iii) adalah: \ H 3 D ر \ ن [ ر 0 Z و * ض 5X أ ": و @ 1? أ,P Q 1 ة رX " م ا 3, و إ ن ^ ^ Riwayat ini disebutkan secara mu`allaq oleh Al-Bukhari dalam Kitab: Puasa (kitab ke-30), Bab: Apabila berjima` di bulan Ramadhan (bab ke-29). Hadits ini tidak shahih, malah Al-Bukhari telah memberikan isyarat kedha`ifannya dengan penggunaan shighah tamridh ( ا, dalam contoh ini shighah tamridh yang digunakan adalah lafaz ). Selain itu, At-Tirmidzi juga menyebutkan kritikan Al-Bukhari terhadap hadits
ini, sebagaimana yang diriwayatkannya dalam kitab jami`nya, dalam Abwab: Puasa (abwab ke- 4), Bab: Apa yang datang tentang berbuka puasa dengan sengaja (bab ke-27). Kata At-Tirmidzi: ن ي $ D ": E ` L " R ر a L / / " و 4 ا 3 " * 5 ﷺ: *اd س أ أ أ P Q, 1 ة $ ل : $ ل ر *ل الله " 2 أ P Q +e 4 " ن D ر \ ن [ ر 0 Z و * و إ ض ^ * م ا 3, > U 5X f H 3 أ "." ^ 2 L /ا *ل : أ * / D, @اا 3 * j و إ X ) D 1 ة,P Q iأ " : EFhe * $ ل أ * 5 1 k / * 5 ا D أ ف 3 [, @ ااm i l اd س و اd س Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar: Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa`id dan `Abd Ar-Rahman bin Mahdi, kedua-duanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Sufyan: Daripada Habib bin Abi Tsabit: Telah menceritakan kepada kami Abu Al- :ﷺ Muthawwis: Daripada bapanya: Daripada Abu Hurairah, katanya: Sabda Rasulullah "Sesiapa yang berbuka puasa 1 hari dalam Ramadhan bukan kerana rukhsah atau sakit, puasanya tidak dapat diganti walaupun dia berpuasa setahun penuh." Kata Abu `Isa (yakni At-Tirmidzi): Hadits Abu Hurairah tidak kami ketahui melainkan melalui jalur ini. Aku mendengar Muhammad (yakni Al-Bukhari) berkata: Abu Al-Muthawwis namanya ialah Yazid bin Al- Muthawwis, aku tidak mengetahuinya selain daripada hadits ini.
Sekian penjelasan ringkas tentang hadits mu`allaq dalam Shahih Al-Bukhari, beserta contohcontohnya. Wallahu a`lam.