BAB 5 PENUTUP. Kajian ini telah membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan konsep

dokumen-dokumen yang mirip
Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB V PENUTUP. Alhamdulillah penulis merafa kan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

TAUHID. Aku ciptakan jin dan manusia tiada lain hanyalah untuk beribadah kepadaku (QS. Adz-Dzariyat : 56)

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

BAB VI PENUTUP. akan cuba didedahkan beberapa dapatan kajian. Selain beberapa pengamatan yang boleh

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

BAHAGIAN A (20 markah)

BAB V KESIMPULAN, SARAN DAN PENUTUP. 1. Pendapat Para Mufassir tentang QS. Al-Anfaal ayat 29

LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2013 AQIDAH ISLAMIAH. Tarikh: Ahad, 8 Disember 2013

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Akidah dalam kehidupan Muslim: analisis aspek aspek penyelewengan. Sinopsis:

Keutamaan Kalimat Tauhid dan Syarat-Syaratnya

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

Memahami Takdir Secara Adil

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

KERTAS SOALAN CONTOH 931/1 STPM USULUDDIN KERTAS 1 (ILMU TAUHID) (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

AGAMA ISLAM TENTANG AKIDAH ISLAM. Oleh : Agus Pernadi Harahap SEKOLAH TINGGI TEHKNIK HARAPAN MEDAN 2013

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

Bab 4 Belajar Mendirikan Shalat Berlatih Akhlak Mulia Membangun Kesejahteraan Umat

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

TUGAS MATA KULIAH AL QUR AN AL-QURAN SEBAGAI PEDOMAN HIDUP. Dosen pengampu : Masyhudi Riaman, S.Pd. Disusun Oleh : Sahri Ramadani

Iman Kepada Takdir Membawa Sukses Dunia Akhirat

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

QADLA DAN QADAR. Oleh : Hz. Mirza Ghulam Ahmad a.s. Penterjemah: A.Q. Khalid

4 Antara yang berikut yang manakah fungsi akal kepada manusia?

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

BAB I PENDAHULUAN. A. Latar Belakang

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

Berpegang Teguh dengan Alquran dan Sunnah

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

BAB VI KESIMPULAN. Sebagai sebuah cerita yang diciptakan pada awal abad ke sebelas, Risalah al-

Jangan Taati Ulama Dalam Hal Dosa dan Maksiat

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Al-Wadud Yang Maha Mencintai Hamba-Hamba-Nya Yang Shaleh

TOPIK PERBINCANGAN. 2.2 Pandangan Semesta Tamadun Islam. 2.3 Konsep Tamadun Islam. 2.4 Sumber Tamadun Islam. 2.1 Pengenalan

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

???????????????????????????????????????????????:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

DOKUMEN STANDARD PRESTASI : PENDIDIKAN ISLAM : TING 2 BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

*** Bahaya Vonis Kafir

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5


Mukadimah. Pengkajian

KRITIK PENDAPAT ULAMA KALAM TENTANG ALIRAN MURJI AH. Disusun Guna Memenuhi Tugas. Mata kuliah : Ilmu Tauhid. Dosen Pengampu : Drs.

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."


BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1

Kaidah Memahami Tauhid

Kelompok Azizatul Mar ati ( ) 2. Nur Ihsani Rahmawati ( ) 3. Nurul Fitria Febrianti ( )

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN SEPADU

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Dari segi bahasa : menutupi atau mengingkari.

Oleh: Rokhmat S.Labib, M.E.I.

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

Sifat-Sifat Ibadah Yang Benar

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu pemikiran dan juga

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Transkripsi:

BAB 5 PENUTUP 5.1 Pendahuluan Kajian ini telah membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan konsep qada dan qadar serta beberapa isu yang berkaitan menurut pandangan Ibn al-qayyim dalam kitabnya yang bertajuk ShifÉ al- AlÊl fê MasÉ il al-qaìé wa al-qadar. Seterusnya, penulis akan merumuskan beberapa kesimpulan daripada segenap aspek perbincangan dalam kajian ini, bermula dari bab pertama hingga bab keempat. Kesimpulan dibuat agar setiap perbahasan dapat difahami dengan mudah dan tepat. Penulis kemudiannya, memberi beberapa saranan yang diharapkan agar dapat membantu kajian-kajian seperti ini agar menjadi lebih baik dan lengkap. 5.2 Kesimpulan Hasil daripada penghuraian, perbahasan dan perbincangan dalam bab-bab yang sebelum ini, dapatlah penulis membuat beberapa kesimpulan. Penulis rumuskan kesimpulankesimpulan tersebut seperti berikut: Ibn al-qayyim merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang banyak mewarnai khazanah intelektual Islam dalam pelbagai ilmu pengetahuan khasnya bidang kajian Islam. Di samping itu, beliau juga memiliki wawasan yang luas, pemikiran yang tajam, 109

akhlak yang indah serta sikap berani dan tegas dalam memerangi kebatilan, menolak pihak-pihak yang dianggap menyimpang. Kitab ShifÉ al- AlÊl fê MasÉ il al-qaìé wa al-qadar wa al- ikmah wa al- Ta lêl adalah merupakan karya daripada Ibn al-qayyim dalam bidang akidah yang sangat bernas, bernilai dan memiliki beberapa keistimewaan yang perlu diambil manfaat oleh pembaca kitab ini, terutama dalam usaha untuk memberikan penjelasan mengenai konsep qada qadar menurut al-qur an dan hadith serta isu-isu yang dibahaskan di dalamnya. Dalam menulis kitab ShifÉ, Ibn al-qayyim menggunakan metode pendalilan daripada al-qur an, hadith serta pendapat beberapa ulama sebelumnya seperti: Ibn Taymiyyah, al-harawê, al-wésiïê dan lain sebagainya. Beliau juga turut menghuraikan pandangan-pandangan beberapa kumpulan seperti kumpulan Qadariyah, Mu tazilah dan Jabariyah berkaitan konsep qada dan qadar serta isu-isu yang dibahaskan di dalamnya dan mentarjih pendapat yang paling tepat. Dalam membincangkan mengenai persoalan iítijéj manusia terhadap takdir yang ditetapkan AllÉh, Ibn al-qayyim secara tegas menolak pandangan kumpulan Qadariyah dan Mu tazilah yang mengingkari hadith-hadith Rasulullah s.a.w yang berkaitan dengan takdir. Ia juga menolak pandangan kumpulan Jabariyah yang menjadikan takdir sebagai hujjah (dalih) untuk melakukan maksiat dan kemushrikan. Pada pandangan beliau, iítijéj (berdalih) terhadap takdir hanya boleh ditujukan atas musibah sahaja. Kalau pun iítijéj terhadap takdir atas perbuatan dosa diperbolehkan, maka si pelaku dosa haruslah bertaubat terlebih dahulu. Manakala dalam membincangkan mengenai persoalan penetapan takdir lebih awal, Ibn al-qayyim menolak dakwaan orang yang beranggapan bahawa ia menafikan usaha dan amal. Justeru, penetapan takdir lebih awal dapat menjadikan manusia lebih 110

serius dan bersungguh-sungguh dalam berusaha dan beramal demi mencapai takdirnya, kerana pada pandangan beliau, takdir itu diwujudkan dengan sebab-sebab. AllÉh Maha Bijaksana dalam menetapkan sebab-sebab yang ditetapkannya dalam kehidupan manusia di dunia dan di akhirat, dan setiap makhluk telah diberikan kemudahan bagi mencapai apa yang telah ditetapkan baginya. Seterusnya, dalam menghuraikan persoalan petunjuk (al-hudé) dan kesesatan (al-öalél), Ibn al-qayyim menegaskan bahawa pemberian petunjuk dan kesesatan hanya berasal dari AllÉh Ta ÉlÉ semata, manakala kesesatan dan petunjuk itu sendiri merupakan perbuatan dan usaha (kasb) manusia. Pandangan ini secara tegas menolak fahaman Qadariyah yang secara mutlak menisbahkan petunjuk dan kesesatan kepada perbuatan manusia dan menafikan kehendak AllÉh ke atasnya. Ia juga menolak fahaman Jabariyah yang menisbahkan secara mutlak petunjuk dan kesesatan kepada perbuatan AllÉh serta menafikan kehendak dan pilihan manusia ke atasnya. Adapun berkenaan dengan petunjuk (al-hudé), Ibn al-qayyim membahagikan peringkat hidayah kepada empat bahagian: Pertama, hidayah secara umum untuk kepentingan seluruh makhluk yang berhubungan erat dengan penciptaan yang mencakupi penyempurnaan (al-taswiyyah) yang menurut beliau merupakan bukti dari kewujudan rububiyah, asma, sifat-sifat serta keesaan AllÉh Ta ÉlÉ. Kedua, hidayah yang bersifat penjelasan, seruan dan bimbingan yang merupakan hujjah AllÉh untuk para hamba-nya, dimana Dia tidak akan menyeksa mereka, kecuali setelah diberikan petunjuk, iaitu diutusnya Rasul AllÉh kepada mereka. Ketiga, hidayah yang bersifat tawfik, ilham dan kehendak AllÉh. Hidayah ini hanya milik AllÉh, dan hanya diberikan kepada orang-orang yang berhak mendapatkannya. Hidayah ini diingkari oleh kumpulan Qadariyah, yang berpandangan bahawa ayat-ayat berkenaan dengannya haruslah 111

ditakwilkan dan ditafsirkan sesuai dengan tafsiran mereka. Keempat, hidayah menuju jalan ke syurga dan ke neraka di hari akhirat. Sedangkan al-öalél (kesesatan), sepertimana yang disebutkan dalam al-qur an, iaitu al-khatm, al-tab dan al-qufl (penutupan) hati, penglihatan dan pendengaran manusia oleh AllÉh Ta ÉlÉ dan lain sebagainya yang menjadi penghalang keimanan, menurut Ibn al-qayyim ialah merupakan bentuk hukuman AllÉh untuk manusia di dunia. Manusia lah yang menciptakan sebab yang berupa kekufuran, kemaksiatan dan kemusyrikan, sedangkan AllÉh yang menciptakan akibat yang berupa penutupan hati, telinga dan penglihatan mereka daripada keimanan. Oleh itu, penyesatan oleh AllÉh itu wujud secara hakiki dan bukan majazi (metafora) sebagaimana yang ditakwilkan dan ditafsirkan para pengikut Qadariyah. 5.3 Saranan Di dalam ruangan ini, penulis ingin mengemukakan beberapa saranan yang perlu diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan: Perbahasan yang berkaitan dengan masalah akidah, khususnya mengenai konsep qada dan qadar perlu mendapatkan perhatian yang lebih banyak dari semua pihak. Ini kerana terdapat banyak kefahaman yang salah di masyarakat Islam dalam memahami konsep qada dan qadar serta isu-isu yang dibahaskan di dalamnya. Oleh itu, pelbagai penyelidikan berkenaan dengan teks-teks yang berhubung kait dengan qada dan qadar daripada karya ulama-ulama terdahulu yang mukhtabar hendaknya lebih banyak dijalankan, sehingga kefahaman yang sebenar mengenai konsep qada dan qadar serta isu-isu dibahaskan di dalamnya dapat diwujudkan. 112

Terdapat beberapa isu lain yang berkaitan dengan permasalahan qada dan qadar, dibahaskan Ibn al-qayyim dalam kitabnya ShifÉ al- AlÊl, yang menurut penulis sangat menarik serta bermanfaat untuk dikaji, namun kerana keterbatasan masa dan tenaga, penulis hanya menfokuskan pada beberapa perbahasan yang menjadi pilihan penulis. Untuk itu, dalam ruang ini, penulis mencadangkan untuk diadakan penyelidikan lanjutan mengenai kitab ShifÉ karya Ibn al-qayyim ini, sehingga keseluruhan pandangan-pandangan daripada pengarang dapat dikaji serta dianalisis dan seterusnya dapat diambil manfaatnya. Penulis amat berharap supaya mereka yang berkemampuan dalam bidang penterjemahan kitab-kitab ilmu di dalam Bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu, agar dapat mengusahakan penterjemahan kitab ini. Penulis yakin, umat Islam secara keseluruhannya dapat mengambil ikhtibar yang besar berdasarkan perbahasan tentang konsep qada dan qadar serta isu-isu yang dibincangkan di dalam kitab ini. 5.4 Penutup Penulis berharap konsep qada dan qadar beserta isu-isu asas yang dibahaskan di dalamnya telah jelas dan dapat difahami, serta segala kekeliruan dan persoalan mengenainya dapat hilang dan berganti menjadi fahaman yang benar. Setelah meneliti keseluruhan kajian ini, tidak dapat dinafikan lagi tentang kepentingan kefahaman yang sebenar dalam memahami konsep qada dan qadar yang merupakan salah rukun iman yang enam. Apatah lagi, terdapat banyak rahsia AllÉh di sebalik penetapan takdir-nya, yang jika itu diyakini serta dihayati dengan benar, akan memberikan kemuliaan kepada individu, keluarga, masyarakat dan Negara. 113

Buat akhirnya, penulis amat berharap agar usaha yang sekelumit ini, dapat memberikan sumbangan dalam khazanah keilmuwan, khususnya dalam bidang kajian akidah dan pemikiran Islam. Dengan hati yang terbuka, penulis bersedia menerima ideaidea, kritik dan saranan demi perbaikan dalam kajian ini yang memang sangat jauh dari kesempurnaan. Penulis memohon maaf di atas segala kekurangan yang terdapat di dalam kajian ini dan semoga mendapat keampunan dari AllÉh SWT. 114

115