GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

dokumen-dokumen yang mirip
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

BAHAGIAN TUJUAN. makna. yang lain. kredit;

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

BAHAGIAN I PERMULAAN

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

P.U. (A) 8/2008 AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (MEKANISME PENSTABILAN HARGA) 2008

BAB 14 AUDIT DALAMAN

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

KOPERASI GURU-GURU LEPASAN MAKTAB/ PUSAT LATIHAN HARIAN PAHANG (KOGURU) BERHAD. Peraturan-peraturan AKTIVITI KREDIT

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2012

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Peribadi

COACHING ACADEMY PROSEDUR PENUBUHAN & PENDAFTARAN KOPERASI PANDUAN MENUBUH & MENDAFTARKAN KOPERASI. Pengenalan

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP25: GARIS PANDUAN AKTIVITI PAJAK GADAI ISLAM (AR-RAHNU) BAHAGIAN A: PENGENALAN

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Yuran

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

DASAR PENGURUSAN REKOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Khas

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Aset Kerajaan

KAEDAH KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Transkripsi:

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN GP15 : GARIS PANDUAN MENGENAI SKIM PEMBIAYAAN MIKRO OLEH KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN 1 TAFSIRAN 1 LATAR BELAKANG 2 SKOP SKIM PEMBIAYAAN MIKRO 3 CIRI-CIRI SKIM PEMBIAYAAN MIKRO OLEH KOPERASI 3 MODEL SKIM PEMBIAYAAN MIKRO 4 BAHAGIAN B : SKIM PEMBIAYAAN MIKRO SUMBER DANA 9 SYARAT-SYARAT AM 10 SYARAT-SYARAT PEMOHON 11 KADAR PULANGAN YANG DITENTUKAN 12 FI DAN CAJ 12 KAWALAN HAD PEMBIAYAAN 13 AKAUN SIMPANAN KHAS MIKRO 13 BAHAGIAN C : KEPERLUAN KAWAL SELIA TADBIR URUS 14 PENGURUSAN RISIKO 17

PENYELIAAN DAN PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN 20 PEMBIAYAAN DENGAN PIHAK BERKAITAN 21 PELAPORAN 22 AM 22 PEMAKAIAN DAN TARIKH KUAT KUASA 22

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP15 : GARIS PANDUAN MENGENAI SKIM PEMBIAYAAN MIKRO OLEH KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B dan subsekyen 51(1) Akta Koperasi 1993 (Akta) untuk memberi panduan kepada koperasi bagi menjalankan skim pembiayaan mikro kepada anggota-anggotanya. TAFSIRAN 2. Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain anggota mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta Koperasi 1993; 1

skim pembiayaan mikro koperasi ertinya skim pembiayaan kepada anggotanya yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan bilangan pekerja sepenuh masa yang kurang daripada lima orang atau jualan tahunan tidak melebihi RM200,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Ribu Sahaja). LATAR BELAKANG 3. Pada tahun 2006, Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil Sederhana Kebangsaan (MPPK) telah meluluskan rangka kerja keinstitusian pembiayaan mikro komprehensif yang merangkumi institusi perbankan, institusi kewangan pembangunan dan koperasi untuk membangunkan industri pembiayaan mikro yang mapan. Institusi tersebut ialah: Bank Simpanan Nasional Berhad; Agro Bank Berhad; (c) Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad; (d) institusi perbankan; dan (e) koperasi. 4. Pergerakan koperasi telah dikenalpasti sebagai salah satu saluran penting dalam mempertingkatkan akses kepada pembiayaan mikro bagi perniagaan kecil. Walau bagaimanapun, di Malaysia pembiayaan mikro oleh koperasi masih terlalu kecil berbanding dengan negara-negara maju terutamanya Jepun, Sweden, Denmark dan United Kingdom. 2

5. Sehubungan dengan itu, garis panduan ini disediakan untuk memberi panduan kepada koperasi mengenai skim pembiayaan mikro yang merangkumi penyediaan dan akses kepada pembiayaan mikro yang lebih luas serta bermanfaat kepada sektor koperasi. SKOP SKIM PEMBIAYAAN MIKRO 6. Skop skim pembiayaan mikro koperasi merangkumi perniagaan kecil yang dijalankan oleh anggota meliputi aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pemasaran atau perkhidmatan dalam pelbagai sektor ekonomi. CIRI-CIRI SKIM PEMBIAYAAN MIKRO OLEH KOPERASI 7. Ciri-ciri skim pembiayaan mikro meliputi: tujuan (i) modal pusingan; atau (ii) perbelanjaan modal; jumlah pembiayaan tidak melebihi RM50,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu Sahaja); (c) tempoh bayaran balik tidak melebihi enam puluh bulan; (d) terma pembiayaan sama ada secara konvensional atau Syariah; 3

(e) keperluan cagaran bergantung kepada dasar pembiayaan koperasi; (f) kadar pulangan yang dikenakan ke atas pembiayaan ini perlulah berpatutan bagi menampung kos pendanaan, operasi dan keuntungan; (g) rebat insentif boleh dibayar kepada peminjam yang berdisiplin di akhir tempoh pembiayaan; (h) borang permohonan pinjaman yang mudah diisi; dan (i) mewujudkan akaun simpanan khas mikro anggota. MODEL SKIM PEMBIAYAAN MIKRO 8. Terdapat dua jenis model yang boleh diperkenalkan oleh koperasi di bawah skim pembiayaan mikro iaitu: Model 1 : Pembiayaan Terus Kepada Anggota (i) Pembiayaan yang diluluskan diberi terus kepada anggota untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Bayaran balik pembiayaan hendaklah ditetapkan oleh koperasi. (ii) Pendekatan pembiayaan terus kepada anggota adalah seperti Jadual I di bawah: 4

JADUAL I PENDEKATAN 4 KOPERASI 1 1. Pembiayaan mikro diberi kepada anggota koperasi. 2. Anggota menggunakan dana untuk perniagaan mikro. 3. Anggota memperoleh hasil perniagaan. ANGGOTA KOPERASI 4. Anggota perlu membuat bayaran berikut: 3 2 bayaran balik pembiayaan; dan PERNIAGAAN ANGGOTA mencarum ke akaun simpanan khas mikro. 5

Model 2 : Pembiayaan Secara Berkumpulan (i) Pembiayaan secara berkumpulan ialah pembiayaan sama ada: (A) secara terus (direct financing) kepada anggota dengan sokongan daripada ahli kumpulan; atau (B) kepada kumpulan untuk disalurkan kepada anggota. (ii) Pembiayaan ini lebih menjurus kepada kebertanggungjawaban ahli kumpulan sebagai jaminan sosial (peer pressure as social collateral) bagi memastikan anggota berkenaan menggunakan pembiayaan untuk tujuan seperti yang dipohon serta bayaran balik pembiayaan mengikut jadual yang telah ditetapkan. (iii) Ciri-ciri pembiayaan secara berkumpulan adalah seperti berikut: (A) satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh orang anggota yang mempunyai latar belakang dan keperluan yang sama; (B) pembiayaan diberi kepada anggota kumpulan secara individu; (C) bayaran balik pembiayaan akan dijelaskan secara individu kumpulan tersebut; dan (D) setiap kumpulan hendaklah menyediakan tatacara atau persefahaman kumpulan yang mengandungi perkara berikut: 6

(DA) melantik seorang ketua di kalangan anggota kumpulan; (DB) menubuhkan identiti atau nama kumpulan; (DC) menetapkan kekerapan perjumpaan; (DD) mewujudkan konsep bantu-membantu di kalangan anggota ketika menghadapi masalah bayaran balik pembiayaan; (DE) menyenggara akaun pembiayaan secara ringkas dan sempurna; dan (DF) memantau bayaran balik pembiayaan oleh anggota kumpulan. (iv) secara ringkasnya, pendekatan pembiayaan secara berkumpulan adalah seperti Jadual II di bawah: 7

JADUAL II PENDEKATAN 6 KOPERASI 1 1. Pembiayaan mikro diberi dengan sokongan kumpulan. KUMPULAN 2. Pinjaman disalurkan kepada anggota dengan sokongan ahli kumpulan. 5 2 3. Anggota menggunakan dana untuk perniagaan mikro. 4. Anggota memperoleh hasil perniagaan. ANGGOTA ANGGOTA 4 ANGGOTA 3 5. Anggota perlu membuat bayaran berikut: a) pembayaran balik pembiayaan; dan PERNIAGAAN ANGGOTA b) mencarum ke akaun simpanan khas mikro. 6. Pembayaran balik pembiayaan oleh anggota. 8

BAHAGIAN B : SKIM PEMBIAYAAN MIKRO SUMBER DANA 9. Sumber dana bagi skim pembiayaan mikro koperasi, boleh diperoleh daripada Anggota yang terdiri daripada (i) individu; atau (ii) koperasi. Bukan anggota, tertakluk kepada kelulusan bertulis Suruhanjaya dan undang-undang kecil koperasi, yang terdiri daripada (i) anggota koperasi lain; (ii) koperasi lain; (iii) institusi kewangan; (iv) syarikat berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, badan kebajikan, badan Kerajaan dan badan berkanun Kerajaan; atau (v) penyedia dana asing (foreign fund provider). (c) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). 9

SYARAT-SYARAT AM 10. Sebelum menjalankan skim pembiayaan mikro, koperasi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: undang-undang kecil koperasi mempunyai peruntukan berkenaan aktiviti pembiayaan; kelulusan mesyuarat Lembaga dan mesyuarat agung untuk melaksanakan skim pembiayaan mikro; dan (c) mewujudkan aturan bertulis mengenai skim pembiayaan mikro yang diluluskan dalam mesyuarat agung. Kandungan Aturan 11. Tujuan aturan diwujudkan adalah untuk menerangkan kepada anggota mengenai tatacara sesuatu aktiviti koperasi. Aturan skim pembiayaan mikro hendaklah merangkumi sekurang-kurangnya perkara-perkara berikut: tajuk objektif (c) definisi (d) sumber dan kegunaan dana (e) pentadbiran dan pengurusan 10

(f) proses aliran kerja seperti di Lampiran 1 (g) kelayakan pemohon (h) had pembiayaan (i) kadar pulangan yang ditentukan (j) fi dan caj yang dikenakan (k) tempoh dan cara bayaran balik (termasuk prosedur bagi bayaran tertunggak) (l) Akaun Simpanan Khas Mikro (m) tugas-tugas, tanggungjawab dan kuasa pihak yang terlibat (n) pengurusan kewangan, risiko dan audit SYARAT-SYARAT PEMOHON 12. Anggota yang memerlukan pembiayaan perlulah mematuhi sekurangkurangnya syarat-syarat berikut: anggota koperasi yang layak tertakluk kepada undang-undang kecil dan aturan skim pembiayaan mikro; tempoh minimum perniagaan yang ingin dibiayai hendaklah sekurang-kurangnya dua tahun telah beroperasi. Walau 11

bagaimanapun, pertimbangan boleh diberi kepada perniagaan yang kurang dua tahun berdasarkan kepada justifikasi permohonan; dan (c) mempunyai sijil pendaftaran perniagaan. KADAR PULANGAN YANG DITENTUKAN 13. Koperasi boleh mengenakan kadar pulangan ke atas pembiayaan yang diluluskan dengan syarat tidak melebihi daripada had yang ditetapkan oleh mesyuarat agung. Kadar pulangan tersebut hendaklah tidak membebankan peminjam dan hendaklah berasaskan kos pendanaan dan kos pentadbiran (kos pekerja dan kos overhed) serta keuntungan yang munasabah. Sila rujuk Lampiran 2 bagi asas pengiraan. FI DAN CAJ 14. Fi dan caj boleh dikenakan tertakluk kepada kelulusan mesyuarat agung. Fi dan caj yang boleh dikenakan adalah seperti berikut: fi pemprosesan yang tidak melebihi RM10.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Sahaja); dan duti setem mengikut kadar yang ditetapkan dalam Akta Setem 1949. 12

KAWALAN HAD PEMBIAYAAN 15. Jumlah pemberian pembiayaan oleh koperasi kepada setiap anggota di bawah skim pembiayaan mikro hendaklah tidak melebihi RM50,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu Sahaja) pada setiap masa. 16. Walau bagaimanapun, jumlah keseluruhan pemberian pembiayaan oleh koperasi kepada setiap anggotanya hendaklah tidak melebihi dua puluh lima peratus daripada Kumpulan Wang Anggota (KWA). 17. Pihak pengurusan atau Jawatankuasa Pembiayaan, sekiranya ada, yang diberi kuasa melulus pembiayaan tidak boleh memberi apa-apa pembiayaan yang melebihi had atau di luar bidang terma dan syarat yang dikenakan. 18. Lembaga mempunyai kuasa untuk mengesahkan atau meminda keputusan pembiayaan yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan atau jawatankuasa. AKAUN SIMPANAN KHAS MIKRO 19. Koperasi hendaklah mewujudkan suatu akaun simpanan khas mikro bagi anggota yang menerima skim pembiayaan mikro. Walau bagaimanapun, keperluan ini tidak terpakai kepada koperasi yang melaksanakan kutipan yuran sebagai sumber dana bagi aktiviti pembiayaannya. 20. Simpanan khas ini ialah simpanan wajib yang dikenakan ke atas peminjam mengikut aturan yang ditetapkan oleh koperasi. Aturan ini hendaklah dibentang dan diluluskan dalam mesyuarat agung koperasi dan sesalinan aturan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya. 13

21. Simpanan khas ini boleh menerima kadar pulangan yang munasabah dan hanya boleh dikeluarkan apabila skim pembiayaan mikro tersebut selesai dibayar balik. BAHAGIAN C : KEPERLUAN KAWAL SELIA TADBIR URUS Lembaga koperasi 22. Lembaga hendaklah bertanggungjawab memastikan dasar dan piawaian pemberian pembiayaan adalah: (i) selaras dengan aktiviti perniagaan sepertimana termaktub dalam undang-undang kecilnya; dan (ii) bersesuaian dengan kecukupan modal, kepakaran pengurusan dan risikonya. pemberian pembiayaan adalah bersesuaian dengan objektif aktiviti perniagaan dan halatuju koperasi; (c) aturan-aturan pembiayaan koperasi dibentangkan untuk kelulusan mesyuarat agung. Aturan-aturan pembiayaan hendaklah dikaji dari semasa ke semasa dan dipinda sekiranya perlu; (d) koperasi dalam setiap masa mengamalkan tadbir urus yang baik; 14

(e) pengurusan koperasi yang dipertanggungjawab mempunyai keupayaan untuk mengurus aktiviti pemberian pembiayaan; (f) proses pengurusan risiko dalam aktiviti pemberian pinjaman adalah mencukupi; (g) suatu sistem penyeliaan yang teratur diwujudkan dalam hal pengurusan pemberian pembiayaan oleh koperasi; dan (h) jenis pembiayaan yang disediakan tidak memudaratkan peminjam dan promosi tidak bersifat menyeleweng peminjam. 23. Lembaga hendaklah memantau prestasi pembiayaan melalui laporan berkala. Sekurang-kurangnya pada setiap suku tahun, Lembaga diberi taklimat mengenai keseluruhan pembiayaan oleh pengurusan. Lembaga hendaklah mengkaji dan mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut: prestasi pembiayaan; pembiayaan-pembiayaan bermasalah dan tindakan pemulihan yang diambil; dan (c) jenis-jenis perniagaan di bawah pembiayaan yang mempunyai potensi berdaya maju. Pengurusan 24. Pihak pengurusan bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar pemberian pembiayaan sebagaimana diluluskan oleh Lembaga dan 15

bertanggungjawab menyediakan prosedur-prosedur yang perlu untuk dilaksanakan. 25. Tanggungjawab pihak pengurusan termasuk menyediakan: bidang kuasa (clear lines of authority) dan tanggungjawab yang jelas dalam pemberian pembiayaan; saluran komunikasi yang teratur dan jelas mengenai dasar pemberian pembiayaan dan dipatuhi oleh pegawai yang terlibat; (c) prosedur operasi yang mencukupi dan berkesan serta kawalan dalaman untuk mengenalpasti, mengukur dan mengawal risiko pembiayaan dalam usaha melaksanakan dasar dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Lembaga; (d) sistem pengrekodan yang mencukupi dan berkesan untuk memastikan laporan prestasi pembiayaan boleh disediakan dengan cepat, tepat dan berinformasi; (e) laporan kepada Lembaga koperasi mengenai semua aspek pembiayaan termasuk tunggakan dan kutipan bayaran balik; (f) maklumat kualiti dan risiko pembiayaan serta melaksanakan kajian semula ke atas keseluruhan pembiayaan sekerap yang mungkin; dan (g) modal insan yang mencukupi dan kompeten. 16

Jawatankuasa Audit Dalaman 26. Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah memastikan kawalan dalaman, pengurusan risiko dan prosedur pemberian pembiayaan yang ditetapkan dipatuhi. PENGURUSAN RISIKO 27. Pengurusan risiko ialah suatu proses untuk melindungi sumber dan aset koperasi daripada kerugian. Amalan pengurusan risiko yang berkesan dapat mengawal atau mengurangkan tahap kerugian yang akan dialami oleh koperasi. 28. Sehubungan itu, Lembaga melalui Jawatankuasa Pengurusan Risiko, sekiranya ada, bertanggungjawab mengamalkan teknik pengurusan risiko yang berkesan dengan mewujudkan: rangka kerja dan tatacara yang mencukupi bagi mengenal pasti, memantau dan mengawal risiko; prosedur operasi pembiayaan yang mencukupi dan berkesan; dan (c) proses kawalan dalaman untuk menilai, mengukur, mengawal, memantau dan melaporkan segala jenis risiko. 29. Dasar dan prosedur pengurusan risiko hendaklah diluluskan oleh Lembaga koperasi dan didokumen. 17

Proses Pengurusan Risiko 30. Penilaian Pembiayaan Setiap permohonan pembiayaan tertakluk kepada analisis sesuai dengan saiz dan kerumitan transaksi. Format dokumen piawaian untuk penilaian dan pendekatan analisis yang seragam perlu ada. Penilaian hendaklah termasuk pemahaman terhadap peminjam, tujuan dan sumber bayaran balik pembiayaan. Dasar bertulis perlu ada, untuk melulus pembiayaan, pembaharuan pembiayaan sedia ada dan/atau perubahan terhadap syarat pembiayaan yang telah diluluskan terdahulu. 31. Kelulusan Pembiayaan Fungsi kelulusan pembiayaan hendaklah selaras dengan panduan yang disediakan oleh Lembaga dan aturan-aturan yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung. Proses kelulusan pembiayaan hendaklah memastikan wujudnya: (i) akauntabiliti terhadap keputusan yang dibuat; (ii) pembahagian kuasa untuk melulus atau membuat perubahan dalam terma; dan (iii) had pembiayaan yang dibenarkan. (c) Kuasa melulus pembiayaan hendaklah selaras dengan kepakaran/pengalaman pegawai yang terlibat. 18

(d) Jejak audit (audit trail) hendaklah jelas, di mana dokumen segala aspek proses kelulusan pembiayaan disimpan dan pegawai dan/atau jawatankuasa yang memberi komen dan membuat keputusan boleh dikenalpasti. 32. Pemantauan dan kajian semula Penilaian dan kajian semula pembiayaan adalah asas untuk mengukur dan melapor prestasi pembiayaan secara tepat. Koperasi perlu mengkaji semula semua pembiayaan. (c) Tatacara pemantauan perlu menentukan kriteria untuk mengenalpasti dan melapor pembiayaan dan transaksi lain yang berpotensi bermasalah supaya pembiayaan tersebut tertakluk kepada pemantauan yang lebih teliti dan tindakan penambahbaikan boleh diambil, jika perlu. (d) Tatacara pemantauan yang efektif hendaklah termasuk: (i) memastikan koperasi memahami kedudukan kewangan terkini peminjam; (ii) memastikan pembiayaan mematuhi kehendak undangundang; (iii) memastikan, di mana perlu, cagaran yang disediakan adalah mencukupi; dan 19

(iv) mengenalpasti dan mengklasifikasikan pembiayaan berpotensi bermasalah tepat pada masanya (timely basis). 33. Kajian terhadap kawalan kualiti Jawatankuasa Audit Dalaman atau pegawai yang diberi kuasa hendaklah menjalankan kajian pembiayaan koperasi sekurangkurangnya dua kali setahun. Koperasi hendaklah menjalankan kajian semula proses pemberian pembiayaan sekurang-kurangnya dua tahun sekali, jika perlu. Objektif kajian adalah untuk menentukan kualiti pembiayaan, mengemukakan pembiayaan bermasalah serta puncanya dan memberi cadangan untuk mendapat balik pembiayaan bagi meminimumkan kerugian. Jawatankuasa juga menentukan kepatuhan terhadap dasar dan prosedur pembiayaan. Laporan pembiayaan bermasalah hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga. PENYELIAAN DAN PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN 34. Koperasi hendaklah komited untuk memastikan integritinya tidak disalahgunakan bagi aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. 35. Oleh itu, koperasi bertanggungjawab mewujudkan kawalan-kawalan yang mencukupi terutamanya pelaksanaan usaha wajar (due diligence) serta kaedah mengenali pelanggan (know your customer) dan melaporkan apa-apa transaksi 20

yang luar biasa kepada Suruhanjaya bagi mengelak daripada digunakan sebagai "alat (conduit) bagi aktiviti tersebut. PEMBIAYAAN DENGAN PIHAK BERKAITAN 36. Koperasi hendaklah mewujudkan dasar dalaman bagi pembiayaan dengan pihak berkaitan agar tiada wujudnya layanan khas atau khusus. Pihak berkaitan adalah: pengurus atau kakitangan koperasi yang ada kaitan dengan pembiayaan mikro; anggota Lembaga koperasi; atau (c) mana-mana anggota koperasi yang ada kaitan dengan mana-mana pihak di para dan di atas. 37. Semua transaksi dengan pihak berkaitan hendaklah dilaksanakan secara adil dan saksama (arm s length); dibuat bagi kepentingan anggota koperasi; (c) diselaraskan dengan objektif dan strategi pembiayaan koperasi; dan (d) dimaklumkan kepada mesyuarat Lembaga. 21

PELAPORAN 38. Menurut subseksyen 85A(1), koperasi hendaklah mengemukakan apa-apa maklumat dan statistik yang dikehendaki Suruhanjaya. Sehubungan dengan itu, koperasi adalah dikehendaki mengemukakan laporan berkala setiap tiga bulan mengikut format di Lampiran 3 kepada Suruhanjaya. Laporan ini hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari selepas tamat setiap suku tahun. AM 39. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Akta dan Peraturan. Pengecualian terhadap mana-mana peruntukan dalam garis panduan ini boleh diberikan oleh Suruhanjaya secara bertulis kepada mana-mana koperasi demi kepentingan gerakan koperasi. PEMAKAIAN DAN TARIKH KUATKUASA 40. Semua koperasi dikehendaki mematuhi Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, Akta Koperasi 1993, Peraturan-Peraturan, perintah dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa. 41. Garis panduan ini dikuatkuasakan pemakaiannya mulai 1 Julai 2011. 22

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN (DATUK HAJI MD. YUSOF BIN HAJI SAMSUDIN) Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Tarikh: Peneraju Kecemerlangan Koperasi 23