Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

dokumen-dokumen yang mirip
POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Polisi Privasi. Pengenalan

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi Bagi Kumpulan Kobay

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Polisi Privasi Smiggle

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD (No. Syarikat W) NOTIS DAN DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

1. Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Laman Web Kumpulan ini termasuk:

syarikat-syarikat bersekutunya, entiti-entiti yang dikawal bersamanya dan gabungangabungannya

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

NOTIS PRIVASI. Maklumat Peribadi Sensitif merujuk kepada maklumat yang berkatian dengan kesihatan anda, pendapat politik, kepercayaan agama dll.

Berurusan dengan Pengantara Takaful

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Dasar Privasi Herbert Smith Freehills Muka surat 1 daripada 10

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 PROTOKOL PERLINDUNGAN DATA PERIBADI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

KENYATAAN PRIVASI (BAHASA MALAYSIA)

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

NESTLE# # #LEE AH MOY# #RM41.20

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp atau MMS TIADA

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

(2) Tujuan-tujuan pengumpulan dan pemprosesan lanjut (termasuk pendedahan) maklumat peribadi anda

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Perlindungan Keahlian Kad Premier Terma dan Syarat

Borang Cadangan Insurans Mesin

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh dan Kaedah Penyertaan

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Terms & Conditions NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING. Pendahuluan

Istilah anda merujuk kepada pengguna atau pemerhati laman web kami.

Peraduan InstaHarapan AADK

Transkripsi:

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu Chemical Company of Malaysia dan Kumpulan Syarikatnya menghormati privasi anda. Kami menganggap dan memandang serius data peribadi anda. Notis Data Peribadi &Maklumat ini dikeluarkan kepada semua pelanggan, rakan dagangan, pengguna laman webkami dan juga mana-mana orang yang menjalankan urus niaga komersial dengan kami selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010.Notis Data Peribadi & Maklumat ini berfungsi sebagai garis panduan am tentang bagaimana kami mengumpul dan menangani data peribadi anda tertakluk kepada terma dan syarat khusus yang mungkin dikenakan terhadap anda bergantung kepada sifat perhubungan perdagangan antara anda dan kami. Pengumpulan Maklumat & Data Peribadi Sewaktu anda berurusan dengan kami, kami akan meminta anda memberikan data dan maklumat tentang diri anda dan/atau keluarga anda ("Data Peribadi ) untuk membolehkan kami memasuki urus niaga dengan anda atau menyediakan perkhidmatan dan/atau produk yang perlu berhubung dengan perniagaan kami. Data Peribadi tersebut mungkin termasuk maklumat tentang nama menurut kad pengenalan anda, nama pilihan, nombor kad pengenalan, umur, nombor hubungan, alamat kediaman, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina dan pekerjaan dan lain-lain jenis data yang dikumpul. Kami juga mungkin mendapatkan data peribadi sensitif (seperti kesihatan fizikal atau mental atau kepercayaan agama anda) tentang anda. Jika anda memberikan maklumat tersebut dengan sukarela, anda dengan inimembenarkan kami memprosesnya bagi tujuan yang dinyatakan di bawah.

Mengapakah kami mengumpul Data Peribadi? Pengumpulan data peribadi adalah relevan berhubung dengan pelaksanaan proses perniagaan kami, termasuk penyampaian perkhidmatan dan/atau produk dan pengurusan perhubungan pelanggan. Data Peribadi yang diberikan oleh anda akan dikumpul, digunakan dan sebaliknya diproses oleh kami antara lainnya bagi tujuan berikut: (a) penyampaian perkhidmatan atau produk dan pemasaran perkhidmatan atau produk tersebut sama ada pada masa kini atau di masa hadapan, kepada anda; (b) prosedur pengurusan perhubungan rakan dagangan atau pelanggan; (c) tujuan yang diperuntukkan dengan nyata dalam sebarang perkhidmatan atau produk khusus yang ditawarkan oleh kami; (d) menjalankan aktiviti pemasaran dan pemprofilan pelanggan berhubung dengan perkhidmatan dan produk berkaitan kami; (e) penyimpanan rekod dalaman kami; (f) memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan dan produk oleh kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang terpakai kepada kami atau mana-mana syarikat berkaitan dalam Kumpulan kami; (g) membolehkan kami menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, kaedah telekomunikasi (panggilan telefon atau pesanan teks) atau media sosial tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga tertentu yang kami anggap mungkin menarik minat anda; dan (h) bagi tujuan apa-apa peraduan atau promosi yang dianjurkan oleh Chemical Company of Malaysia Berhad [jika berkenaan].

Apakah kesan yang berbangkit daripada kegagalan untuk menyediakan Data Peribadi? Anda tidak wajib memberikan maklumat peribadi anda kepada kami. Walau bagaimanapun, jika anda memberikan maklumat tersebut dengan sukarela, anda dengan ini membenarkan kami memprosesnya bagi tujuan yang dinyatakan di bawah. Sila ambil maklum bahawa kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi akan/mungkin:- (a) (b) (c) menyebabkan kami tidak dapat memberikan perkhidmatan dan/atau produk yang diminta kepada pelanggan; mengakibatkan kami tidak dapat mengemaskinikan anda tentang produk dan/atau pelancaran terkini kami; mengakibatkan anda tidak berupaya memasuki atau menyertai peraduan, promosi atau aktiviti penebusan yang dianjurkan oleh kami.

Pendedahan Data Peribadi yang diberikan kepada kami secara amnya akan dirahsiakan tetapi anda dengan ini membenarkan dan memberi kuasa kepada kami untuk memberikan atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada kategori pihak berikut:- (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) mana-mana orang kepada mana kami terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai balasan kepada agensi kompeten atau kerajaan; mana-mana syarikat berkaitan dan anak syarikat kumpulan CCM termasuk syarikat gabungan, syarikat sekutu, agen, wakilnya, di dalam dan di luar Malaysia, termasuk yang ditubuhkan di masa hadapan; rakan kongsi perniagaan, rakan kongsi strategik dan anggota gabungan kami yang menyediakan perkhidmatan atau produk berkaitan berhubung dengan perniagaan kami; agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri; juruaudit, perunding, akauntan, peguam kami atau penasihat kewangan atau profesional kami yang lain; subkontraktor kami atau penyedia perkhidmatan atau produk pihak ketiga sebagaimana kami anggap perlu atau sesuai seperti bagi tujuan penyimpanan data atau sebaliknya; dan mana-mana pihak ketiga yang kami anggap wajar. Pelindung Kami akan menyimpan dan memproses data anda dalam cara yang selamat. Kami akan berusaha sedaya upaya, di mana praktik, untuk melaksanakan pelindung dan prosedur pentadbiran dan keselamatan yang sesuai selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai untuk menghalang pemprosesan Data Peribadi anda dalam cara yang tidak dibenarkan atau tidak sah dan kehilangan atau kemusnahan atau kerosakan pada Data Peribadi anda dalam cara yang tidak disengajakan.

Penggunaan alamat IP dan cookies Alamat Internet Protocol (IP) adalah satu siri nombor yang ada pada peranti elektronik anda. Alamat IP anda direkodkan dalam pelayan kami apabila anda melayari laman web kami. Cookie adalah fail teks kecil yang ditempatkan dalam peranti elektronik anda apabila anda mengakses laman web kami. Kami menggunakan cookie di laman web ini agar dapat mengenali anda setiap kali anda melawat laman web ini dan agar pengalaman dalam talian anda lebih cekap dan menyeronokkan. Maklumat yang kami perolehi daripada penggunaan cookies biasanya tidak mengandungi data peribadi anda, meskipun kami mungkin mendapatkan maklumat tentang peranti elektronik anda seperti alamat IP anda, pelayar anda dan maklumat log internet lain. Dalam keadaan tertentu, kami mungkin mengumpul data peribadi tentang anda, tetapi hanya jika anda memberikannya secara sukarela, misalnya dengan melengkapkan borang soal selidik dalam talian kami. Anda boleh memodifikasi seting pada pelayar anda untuk menyekat cookies. Hak anda terhadap akses, pembetulan dan menarik balik kebenaran Anda berhak meminta akses kepada dan pembetulan maklumat tentang anda yang disimpan oleh kami dan dalam hal ini, anda boleh: (a) (b) (c) menyemak sama ada kami menyimpan atau menggunakan Data Peribadi anda dan meminta akses kepada data tersebut; meminta agar kami membetulkan sebarang Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau ketinggalan zaman; meminta agar kami menyatakan atau menjelaskan dasar dan prosedurnya berhubung dengan data dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami; Lihat Garis Panduan tentang Pengendalian Permintaan untuk Akses kepada Data Peribadi dan Borang Permintaan Akses Subjek kami yang diterbitkan di [laman web] untuk maklumat lanjut tentang PDPA.

Permintaan bertulis bagi akses kepada Data Peribadi atau pembetulan Data Peribadi atau untuk maklumat tentang dasar dan prosedur dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh Syarikat boleh dialamatkan kepada: Pengurus Besar Jabatan Undang-Undang Chemical Company of Malaysia Berhad Tingkat 13, Menara PNB 201-A, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Malaysia Tel. No. 603-2612 3888 Fax. No. 603-2612 3999 Anda berhak meminta kami berhenti memproses Data Peribadi anda. Jika anda ingin menguatkuasakan hak ini, sila nyatakan permintaan anda secara bertulis, berikan maklumat anda dan hantar kepada: Pengurus Besar Jabatan Undang-Undang Chemical Company of Malaysia Berhad Tingkat 13, Menara PNB 201-A, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Malaysia Tel. No. 603-2612 3888 Fax. No. 603-2612 3999 Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan balasan dalam masa 21 hari sebaik sahaja kami menerima permintaan anda. Walau bagaimanapun, proses ini mungkin memakan masa lebih lama jika kami mengalami kesulitan kerana maklumat yang anda berikan tidak lengkap.

Notis Data Peribadi & Maklumat disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia jika terdapat percanggahan antara dua versi tersebut. Kami mungkin mengubah Notis Data Peribadi & Maklumat ini dari semasa ke semasa. Anda harus menyemak Notis Data Peribadi & Maklumat ini secara berkala untuk memastikan anda mengetahui versi terkini yang akan diguna pakai setiap kali anda mengakses laman web kami. Garis Panduan tentang Pengendalian Permintaan Untuk Data Peribadi (i) Keperluan bagi permintaan yang sah Permintaan hendaklah dibuat secara bertulis. Borang Permintaan (Borang I) (yang boleh [dimuat turun / diperolehi daripada [laman web]) hendaklah diisi dan diserahkan kepada kami. Jika anda meminta data peribadi bagi pihak individu lain, sila gunakan Borang II. Permintaan yang dibuat oleh orang yang bukan pekerja CCM hendaklah disertai dengan bayaran yang cukup. Kami kini mengenakan jumlah sebanyak RM10 [isikan bayaran yang tidak melebihi RM10]; Kami boleh meminta dokumen sokongan daripada anda untuk menentusahkan identiti anda sebelum membenarkan akses. Borang Permintaan mengandungi contoh jenis dokumen yang boleh digunakan untuk melakukan perkara ini. Biasanya kami akan meminta sesalinan Kad Pengenalan / Lesen Memandu / pasport anda untuk membolehkan kami memastikan identiti anda. Kami juga boleh meminta dokumen bukti lanjut, misalnya bil utiliti terkini (atau yang bersamaan dengannya) untuk menentusahkan identiti dan alamat anda. Jika anda bukan subjek data, kami akan menghendaki anda mengemukakan sesalinan kuasa sah anda, misalnya Surat Kuasa Wakil, jika berkenaan. Kami hendaklah boleh mengenal pasti maklumat yang diminta. Misalnya, jika subjek data adalah pekerja dan juga pelanggan CCM, kami boleh meminta anda menyatakan

sama ada anda memohon akses kepada fail sumber manusia subjek data, rekod pelanggannya atau kedua-duanya sekali. Kecuali keperluan di atas dipenuhi, kami tidak mempunyai obligasi untuk mematuhi sesuatu permintaan. (ii) Tempoh Masa untuk Memenuhi Permintaan 1. Apabila permintaan akses subjek yang sah diterima, kami akan membalas dalam masa 21 hari selepas semua keperluan dipenuhi. (iii) Pengecualian terhadap Hak Akses Data 2. Dalam keadaan tertentu kami boleh dikecualikan daripada memberikan sesetengah atau semua data peribadi yang diminta. Pengecualian ini termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan berikut: Pemberian akses akan mendedahkan data peribadi berhubung dengan individu lain yang boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut, kecuali (a) individu lain tersebut membenarkan pendedahan maklumat kepada anda; atau (b) dalam semua hal keadaan, kepatuhan dengan permintaan akses data adalah munasabah tanpa kebenaran individu lain tersebut; Pemberian akses akan melanggar perintah mahkamah; Pemberian akses akan mendedahkan maklumat perdagangan sulit; Pemberian akses akan memudaratkan tujuan menghalang atau mengesan jenayah, menangkap atau mendakwa pesalah; Data yang diminta melibatkan surat perakuan sulit yang telah kami berikan kepada pihak ketiga bagi tujuan pendidikan, latihan atau pekerjaan sebenar atau berpotensi anda; pelantikan anda untuk memegang sebarang jawatan; atau penyediaan sebarang perkhidmatan oleh anda.

Data yang diminta melibatkan data peribadi yang tertakluk kepada perlindungan profesional undang-undang. Ini merangkum komunikasi sulit antara kami dan peguam kami di mana tujuan utama komunikasi adalah pemberian atau penerimaan nasihat undang-undang; dan maklumat sulit antara kami atau peguam kami dan pihak ketiga (seperti saksi) di mana tujuan utama komunikasi adalah pemberian atau permintaan nasihat undang-undang mengenai prosiding undang-undang semasa atau berpotensi. Pemberian akses akan memudaratkan pengendalian perniagaan atau aktiviti kami apabila data peribadi yang diproses oleh kami adalah bagi tujuan ramalan atau perancangan pengurusan untuk membantu kami mengendalikan sebarang perniagaan atau aktiviti. Contoh aktiviti ramalan dan perancangan pengurusan termasuk penempatan semula kakitangan, lebihan pekerja, perancangan penggantian, kenaikan pangkat dan penurunan pangkat; Data yang diminta melibatkan data peribadi yang merangkum rekod tentang niat kami berhubung dengan rundingan dengan anda di mana tindakan sedemikian kemungkinan besar akan memudaratkan rundingan tersebut. 3. Setiap permintaan akan dipertimbangkan mengikut keadaan individu setelah mengambil kira semua fakta. I. Borang Permintaan (Borang I)- Jika Pemilik Data Membuat Permintaan 1. Nama anda (nama penuh menurut K/P) 2. Alamat anda 3. Alamat e-mel anda 4. Butir-butir hubungan anda (rumah) (mudah alih) 5. Nombor rujukan [pekerja / pembekal / kontraktor] anda 6. Sila berikan sesalinan dokumen berikut: (a) (b) Kad Pengenalan / lesen memandu / pasport anda; Bil terkini (misalnya bil kad kredit, penyata bank atau bil utiliti) atau dokumen insurans (misalnya sijil insurans rumah atau kenderaan) yang menunjukkan nama dan alamat anda.

Sila huraikan data peribadi yang diminta oleh anda dan sebarang maklumat yang anda ketahui tentang lokasi data (contohnya terangkan jabatan atau bahagian organisasi di mana anda bekerja, atau dengan siapa anda berkomunikasi atau berurusan, yang mana berkenaan) Bayaran Jika anda kini bukan pekerja CCM, sila hantar cek yang dibayar dalam nama [nama] berjumlah [RM10] Sila tandatangani borang ini, semak maklumat yang telah anda sediakan dan pastikan anda telah melampirkan bayaran yang berkenaan dan dokumen sokongan, dan hantarkan kepada: [Pegawai Kepatuhan / jabatan berkenaan] (isikan alamat) Ditandatangani: Tarikh:

II. Borang Permintaan (Borang II) Jika Pihak Ketiga Membuat Permintaan 1. Nama anda (nama penuh menurut K/P) 2. Alamat anda 3. Alamat e-mel anda 4. Butir-butir hubungan anda (rumah) (mudah alih) 5. Nama penuh subjek data yang bagi pihaknya anda membuat permintaan ini 6. Nombor rujukan [pekerja / pembekal / kontraktor] subjek data 7. Alamat subjek data 8. Kuasa anda untuk membuat permintaan ini (sila sertakan sesalinan kuasa sah anda, seperti surat kuasa wakil, jika berkenaan). Sila tanda rait jika anda adalah: Ibu bapa Penjaga Wakil diri Lain-lain (nyatakan) data subjek. 9. Umur subjek data pada masa ini (jika di bawah umur 18 tahun) 10. Sila berikan sesalinan dokumen berikut (a) Kad Pengenalan / lesen memandu / pasport anda; (b) Bil terkini (misalnya bil kad kredit, penyata bank atau bil utiliti) atau dokumen insurans (misalnya sijil insurans rumah atau kenderaan) yang menunjukkan nama dan alamat anda. Sila huraikan data peribadi yang diminta oleh anda dan sebarang maklumat yang anda ketahui tentang lokasi data (contohnya terangkan jabatan atau bahagian organisasi di mana subjek data bekerja, atau dengan siapa subjek data berkomunikasi atau berurusan, yang mana berkenaan) Bayaran Jika subjekdata kini bukan pekerja CCM, sila hantar cek yang dibayar dalam nama [nama] berjumlah [RM10]

Sila tandatangani borang ini, semak maklumat yang diberikan oleh anda dan pastikan anda telah melampirkan bayaran yang berkenaan dan dokumen sokongan, dan hantarkan kepada: [Pegawai Kepatuhan / jabatan berkenaan] (isikan alamat) Ditandatangani: Tarikh: