MEMPERKENALKAN NEGARA MALAYSIA KE SEANTERO DUNIA KEBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN MEMPERKENALKAN BUDAYA MALAYSIA KEPADA RAKYAT ASING

dokumen-dokumen yang mirip
MEMPERKENALKAN NEGARA MALAYSIA KE SEANTERO DUNIA KEBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN MEMPERKENALKAN BUDAYA MALAYSIA KEPADA RAKYAT ASING

Soalan 1 Petikan Cerpen. [4 markah]

SULIT 1103/2 MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

Set 2 MODUL CEMERLANG SPM BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SULIT 1103/1 MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK

Soalan 1 Rumusan. [ 30 Markah ]

Soalan 1: Rumusan. [30 markah]

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam 30 minit

SULIT 1103/1 PENILAIAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG BAHASA MELAYU. Kertas 1. Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN PULAU PINANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGADIBERITAHU

Bahagian A. [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit]

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

Bahagian A (i) - Ringkasan. [ 20 markah ]

Bahagian A ( I ) : Ringkasan ( Masa yang Dicadangkan 40 minit ) ( 20 Markah )


SULIT 1103/2

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM / 2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos

MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2016

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Masa: 2 jam JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008

Soalan 1: Rumusan [30 markah]

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM

SULIT 1103/2. Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. 2 1/4 jam Dua jam lima belas minit

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos Dua jam tiga puluh minit

Bahagian A. [ 30 markah ]

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

Soalan 1 : Rumusan. [30 markah]

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

SULIT 2 PT3/02. Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D. BAHAGIAN A [ 25 markah ]

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 (1103/1) : Murid dapat menghuraikan pendapat tentang nilai murni yang perlu diamalkan

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Bahasa Malaysia (910)

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Bahagian A [30 markah] [Masa yang dicadangkan: 45 minit]

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX

UJIAN BERTULIS. ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.

1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 1/2 jam Dua jam tiga puluh minit

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1

Soalan 1 Rumusan (30 markah)

SULIT 1103/2. Soalan 1: Rumusan [30 markah]

Bahasa Malaysia (910)

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Soalan 1 : Rumusan. (30 markah)

2011

HMT 327 WACANA DAN PRAGMATIK

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA


MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

KESUSASTERAAN MELAYU

1

Masa: I jam JUL BAHASA MALAYSIA III UNIVERSITI SAINS MALAYSIA JUMLAH : GRED : April2008

PERCUBAAN SPM /2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

INAMA PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 PMR. Kertas 2. Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

1. SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH

BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SKEMA SARAWAK KUCHING ZON B 2013 K1

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Transkripsi:

2 Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Lihat peta minda di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan sektor pelancongan kepada negara kita. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. MEMPERKENALKAN NEGARA MALAYSIA KE SEANTERO DUNIA MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA KEBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN MEMAJUKAN INDUSTRI PERHOTELAN MEMPERKENALKAN BUDAYA MALAYSIA KEPADA RAKYAT ASING 2

3 Bahagian B [100 markah] [Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1. Sekolah anda mengadakan Seminar Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM anjuran Panitia Bahasa Melayu. Sebagai salah seorang peserta seminar, anda diminta untuk menulis laporan seminar tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Sediakan laporan anda selengkapnya. 2. Kesibukan ibu bapa dalam memenuhi tanggungjawab mereka terhadap anak-anak telah menyebabkan kepentingan menjaga semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat diabaikan. Huraikan peranan ibu bapa dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan anak-anak. 3. Generasi kini perlu dididik untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan bagi memperoleh badan yang sihat dan otak yang cerdas. Bincangkan. 4. Sudah tiba masanya, Malaysia membuat penanda aras kemudahan pengangkutan awam dengan melihat contoh-contoh dari negara lain di dunia. Bincangkan. 5. Tema dan persoalan merupakan aspek penting dalam pengkaryaan sebuah cerpen. Tema dan beberapa persoalan sebuah cerpen telah menarik minat untuk anda membaca sehingga pengakhiran cerita. Huraikan tema dan persoalan tersebut. KERTAS SOALAN TAMAT 3

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca peningkatan kemurungan dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Masyarakat sering didedahkan dengan masalah kemurungan yang melibatkan orang dewasa. Jarang-jarang kita terbaca atau diberitakan tentang masalah kemurungan yang melibatkan remaja terutamanya dalam kalangan murid sekolah. Kebanyakan remaja yang mengalami masalah emosi ini tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami masalah kemurungan. Situasi ini menjadi punca utama kepada peningkatan bilangan pesakit. Individu yang mengalami gangguan emosi ini kebiasaannya bertindak memendam masalah mereka secara bersendirian sehingga menyebabkan keadaan menjadi lebih parah. Remaja mengalami kemurungan? Persoalan ini agak sukar untuk diterima bahawa pada usia muda seseorang itu boleh mengalami masalah kemurungan. Sebagai remaja, umumnya kelihatan sebagai tempoh usia yang menyeronokkan serta berpotensi untuk membina kerjaya dan kehidupan yang hebat pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, realitinya tidak seperti yang dibayangkan. Remaja juga terdedah dengan masalah kemurungan yang serius. Antara punca yang menyebabkan remaja mengalami masalah kemurungan termasuklah faktor persekitaran remaja itu sendiri. Masalah emosi seseorang itu berkait rapat dengan emosi individu yang berada di sekeliling mereka. Remaja pasti menghadapi masalah jika mereka membesar dalam kalangan orang dewasa yang bermasalah. Masalah lain yang sering dialami oleh remaja turut berkaitan dengan kegagalan menepati sasaran yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru dalam pelajaran. Apabila ibu bapa menetapkan sasaran pencapaian akademik yang melangkaui kemampuan anak, emosi remaja berkenaan pasti terganggu sehingga berpotensi untuk mengalami kemurungan. Kajian menunjukkan bahawa murid yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan utama di Malaysia seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) berpotensi untuk mengalami tekanan emosi yang tinggi. Terdapat juga kes kemurungan yang berpunca daripada masalah percintaan dalam kalangan remaja. Pada usia yang masih muda remaja mempunyai emosi yang sukar dikawal. Selain itu, terdapat kemurungan yang berpunca daripada kemalangan yang membawa kepada kecacatan kekal 2

terhadap fizikal seseorang. Kemurungan dikatakan berlaku apabila mereka gagal melanjutkan pelajaran dan tidak dapat memenuhi sesuatu impian yang dicita-citaka. Keadaan ini menyebabkan remaja mengalami trauma pada mulanya sehingga membawa kepada kemurungan yang serius. Semua pihak seharusnya memainkan peranan masing-masing dalam usaha mewujudkan suasana yang merangsang emosi positif bagi setiap ahli komuniti, masyarakat, dan negara. Dipetik dan diubah suai daripada Atasi Kemurungan Remaja Oleh Noor Azam Abdul Rahman Dewan Masyarakat, September 2015. Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2 (a) Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata memendam masalah. [2markah] Pengarang mengemukakan beberapa alasan bahawa remaja sewajarnya tidak mengalami masalah kemurungan. (iii) Apakah alasan-alasan tersebut? [3 markah] Kemurungan dalam kalangan remaja banyak dikaitkan dengan tekanan daripada keluarga dan masyarakat. Pada pendapat anda, bagaimanakah anggota keluarga dapat memainkan peranan agar remaja tidak terjebak dengan masalah kemurungan? [4 markah] 3

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. kuasa graviti yang lebih besar dan kuat itu, menetapkan semua planet dalam sistem suria pada kedudukan orbit masing-masing. Seisi kelas terdiam dan terpegun. Saat begini memberi ruang kepadanya untuk menguliti diri. Betapa tidak, Aiman sedar bahawa dirinya lain daripada yang lain. Dia tiga beradik. Dia yang sulung. Dua lagi adik-beradiknya perempuan. Adiknya yang tengah dinamai Fadilah Fatnin. Yang bongsu pula Azilah Atiqah. Kedua-dua orang adiknya itu mudah dibentuk. Dia pula selalu memberontak dan marah-marah kepada suasana sekitarnya. Ah, tambah, kurang, darab, dan bahagi yang mudah itu pun tak boleh jawab! Aiman mengetis sindiran kepada adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah. Babah, tengok abang ni, ganggu kami nak buat kerja rumah, yang tengah selalu marah-marah terhadap sikap abangnya. Usianya muda dua tahun daripada si abang. Dulu-dulu ketika di sekolah rendah. Aiman selalu ponteng sekolah. Bosan dan jelak, tingkahnya kepada babah dan ibu. Mengapa bosan? Tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si anak yang selalu berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya. Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dah cipta formula sendiri. Biarpun baru berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil mampu menyelesaikan maslaah matematik Tingkatan Lima, kata murid pintar itu membela diri Dipetik daripada cerpen Hipertensi Oleh Illias Zaidi Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia. 4

(i) (iii) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan punca-punca Aiman sukar dibentuk. [2 markah] Kanak-kanak genius ibarat permata negara. Pada pandangan anda, apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk mendidik kanak-kanak genius supaya mereka dapat mengekalkan tahap kecerdasan mereka? [3 markah] Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan dan satu latar tempat lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan? [4 markah] Soalan 2 (c) Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruh oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dlanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita. Maka kata Awi Dicu. Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini. Maka segala orang Siam pun kembalilah. Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia 5

(i) (iii) Apakah peristiwa yang menimbulkan perasaan hairan orang Siam terhadap Tun Umar? Mengapakah Awi Dicu membatalkan hasratnya untuk menyerang Melaka? [2 markah] [3 markah] Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dlanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Pada pendapat anda, apakah rasionalnya Tun Umar melanggar perahu orang Siam tersebut? [3 markah] Soalan 2 (d) Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dalam kebun diriku aku tanam saujana rancangan untuk memerdekakan warga susahku hidup menentang senja dan malam. Dalam parlimen diriku aku bahas isu onak dan enak untukku memerdekan warga fikirku mengelak hidup dikotak-katikkan. Dalam laut diriku ombak gelora menampar pantai aman untuk menguji amal dan iman. Dalam gergasi diriku. terpedaya jua oleh permainan si kancil namun sempat sedar dan beringat lagi. www.sibermerdeka.com.my 6

Dalam pentas diriku aku berlatih menangkis angin aku berlatih memungah awan menghayati skrip demi skrip yang tak diduga klimaksnya. Dalam dewan diriku aku tak cemas lagi oleh kata yang mengekang aku tak lemas lagi oleh kata yang menyerang. Apabila sibermerdeka sampai ke rumah cabaranku aku panggil diriku bermesyuarah menyokong, berkecuali atau menentang aku ambil keputusan waktu itu aku kenal batas diri untuk tidak mengulangi kekalahan. Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia aku turun darinya menghadapi hidup nyata peristiwa datang peristiwa pergi bagai siang memanggil malam dan sibermerdeka terus berkaca terus mengalirkan arus ingatan elakkan dirimu menjadi sia-sia hamparkan dirimu di persada Tuhan. Dipetik daripada sajak www.sibermerdeka.com.my Oleh Abdul Ghaffar Ibrahim Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) Berikan maksud rangkap kelima sajak di atas. [2 markah] Dalam sajak tersebut, penyajak menyatakan bahawa dia telah bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan. Pada pendapat anda, apakah persediaan yang seharusnya kita lakukan untuk mengharungi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini? [3markah] 7

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah] Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) hemah - hemat rasmi - resmi (iii) inspirasi - aspirasi [6 markah] (b) Tukar ayat bersusunan songsang di bawah ini kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.. i) Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun persaraan kakitangan kerajaan. ii) Terletak di Bukit Perdana banglo mewah berharga RM3 juta itu. iii) Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 8

(i) (iii) Walaupun Mariah seorang wanita seorang wanita yang berkerja, namun dia sempat memasak bihun goreng untuk anak-anaknya bersarapan sebelum pergi ke sekolah. Banjir besar itu telah menenggelami semua perabut di rumahnya dan menyebabkan Amir mengalami kerugian yang besar. Sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke 3 telah diada di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. [6 markah] (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) (iii) Seiras dengan pelaksanaan GST, pendapatan Negara telah meningkat dalam kadar yang paling tinggi sekali sejak 10 tahun yang lalu. Yang di-pertuan Agong menitahkan bahawa beliau amat berbangga dengan pencapaian negara ini di dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Kapal terbang itu akan berhenti di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dalam masa satu setengah jam lagi. [6 markah] (e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut. Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi. [6 markah] 9

Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: i. Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib ii. iii. iv. Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin Pantai Kasih karya Azmah Nordin v. Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip vi. vii. viii. Silir Daksina karya Nizar Parman Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop Tirani karya Beb Sabariah a) Salah satu nilai yang terdapat novel yang anda kaji ialah nilai kasih sayang. Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah] b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat yang berkaitan dengan watak utama bagi setiap novel tersebut. [8 markah] KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT 10