NO. SOALAN : 36 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KETIGA BELAS, MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LIS AN DARIPADA YB DATUK ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN [ PADANG BESAR 1 TARIKH 12 MAC 2015 (KHAMIS) SO ALAN Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar 1 minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah untuk meningkatkan infrastruktur (tandas, surau dan tempat duduk menunggu) dan kebersihan terminal bas di seluruh negara yang beroperasi 24 jam. 1
JAWAPAN: VB PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang di-pertua, 1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, badan yang bertanggungjawab untuk menyediakan infrastruktur terminal pengangkutan awam adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PST). PBT boleh mengurus sendiri terminal tersebut atau melantik pihak ketiga untuk tujuan tersebut. 2. Bagi terminal-terminal besar seperti Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan, Terminal Melaka Sentral di Melaka dan Terminal Aman Jaya di lpoh, Kerajaan Negeri atau PBT telah melantik pihak ketiga untuk menguruskan terminal-terminal tersebut. Dalam perancangan pembinaan terminal-terminal ini, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) telah bekerjasama dan turut memberi pandangan dari ciri-ciri dan aspek fizikal serta kemudahan yang perlu disediakan bagi menjadikannya lebih sistematik dan selesa. 3. Bagi terminal yang lebih kecil seperti Terminal 1 Seremban, Terminal Sentral Kuantan, Terminal Bas Kota Tinggi dan terminalterminal lain di luar bandar, infrastruktur dan pengurusan terminal dilaksanakan oleh PBT sendiri. 4. Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 memperuntukan semua terminal hendaklah mendapat lesen terminal yang diluluskan oleh S.P.A.D serta mematuhi semua syarat-syarat operasi yang 2
ditetapkan. Namun, pada masa ini, S.P.A.D. belum menguatkuasakan pelesenan terminal kerana kebanyakkan ~. termll1al- ~ tida-k: beroperasi ~ secara lestari bagi mematuhi semua syarat-syarat yang dikenakan. 5. Walaubagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab pengurusan terminal untuk memastikan tahap perkhidmatan terminal berada dalam keadaan yang baik pada setiap masa terutamanya kemudahan awam yang disediakan seperti tandas, surau, gerai perniagaan, ruang makan, ruang menunggu bas, maklumat perjalanan, serta memastikan keselamatan penumpang adalah terjamin. 6. S.P.A.D. kini sedang merangka mekanisma bagi memastikan semua terminal pengangkutan awam mempunyai kemampuan untuk mencapai piawaian atau KPI yang bakal diperkenalkan sebelum keperluan melesenkan terminal dapat dilaksanakan. Sekian, terima kasih. 3
NO. SO ALAN: 37 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LIS AN DARIPADA DATO' AR. WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD [ KUALA KANGSAR ] TARIKH 12 MAC 2015 RUJUKAN 7697 SO ALAN: Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebagai Pengerusi ASEAN, apakah perancangan dan dasar yang Malaysia akan terapkan sebagai Pengerusi ASEAN seperti menangani masalah PATI, perdagangan manusia dan penyeludupan dadah. Kemakmuran negara telah menjadi tarikan kepada ramai yang hendak berhijrah dalam masa yang sama menimbulkan juga masalah-masalah sampingan.
JAWAPAN: Tuan Yang di-pertua, ASEAN sedang di dalam proses untuk menggubal dua (2) dokumen iaitu Konvensyen dan Pelan Tindakan Serantau untuk memerangi isu pemerdagangan orang terutamanya wanita dan kanak-kanak. Konvensyen ini kelak adalah mengikat dari segi perundangan dan justeru itu, adalah penting untuk Negara memastikan bahawa perundangan sedia ada adalah selaras dengan Konvensyen tersebut. Sebagai langkah penambahbaikan kepada usaha berterusan Kerajaan dalam menangani isu ini, perkara-perkara berikut telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan iaitu:- (i) penubuhan High Level Committee (HLC) pada bulan Julai 2014 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan melibatkan Menteri-Menteri di mana Kementerian mereka adalah merupakan anggota kepada Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO). HLC ini akan menjadi satu mekanisme tetap menerusi pindaan kepada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas pada bulan Mac 2015; 2
(ii) Selain daripada itu, pindaan kepada ATIPSOM 2007 juga bertujuan untuk memperkasakan aspek perlindungan mangsa termasuk mewujudkan elemen pampasan kepada mangsa pemerdagangan orang; dan (iii) Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 September 2014 telah bersetuju dengan pengukuhan Sekretariat MAPO bagi tujuan penyelarasan dan koordinasi program I aktiviti yang dilaksanakan oleh lima (5) Jawatankuasa di bawah MAPO secara lebih efektif dan terancang serta penyediaan dana tahunan bagi MAPO. Usaha penambahbaikan secara berterusan mengenai jenayah ini bukan sahaja dapat bertujuan untuk mempertingkatkan imej dan kredibiliti Negara sepanjang tempoh Negara sebagai Pengerusi ASEAN. Malahan, ianya dilihat dapat f!lemper:tiogkatkan penilaian Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNASl_bagi ~ --.- -- - - - -----~-~-- -~~-~--~~------------------------ tahun 2015 dan seterusnya serta memenuhi obligasi dan,-----------... ' komitmen Negara sebagai anggota kepada Protokol Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pemerdagangan Orang di bawah Konvensyen PBB mengenai Jenayah Terancang (UNTOC). Malaysia telah menganggotai Protokol ini sejak 26 Februari 2009. 3
Baru-baru ini juga, Malaysia telah menerima kunjungan Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pemerdagangan Orang ke Negara ini pada 23 hingga 28 Februari 2015 di atas jemputan Kerajaan Malaysia. lni adalah ekoran daripada komitmen Negara semasa Proses Semakan Berkala Sejagat Kali Kedua Terhadap Rekod Hak Asasi Manusia (Universal Periodical Review- UPR) Negara di Geneva pada 21-30 Oktober 2013. Tuan Yang di-pertua, Selain menjalankan Operasi Bersepadu melibatkan tindakan tangkap, dakwa dan usir bagi membasmi kebanjiran PATI, Kementerian juga pada masa ini sedang merangka satu Pelan Penguatkuasaan PATI Secara Holistik sebagaimana yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa lzin (JKKPA-PATI) pada 19 Januari 2015. Pelan tersebut merangkumi kajian semula dasar dan perundangan termasuk prosedur operasi standard, struktur tadbir urus (line of governance) dan penguatkuasaan secara berterusan. 4
Kementerian juga telah merancang dan melaksanakan strategi untuk membenteras bekalan dan permintaan dadah dalam negara iaitu: i) Mempertingkatkan dan memperluaskan lagi jaringan kerjasama dengan agensi anti dadah di peringkat antarabangsa dengan bertukar dan berkongsi maklumat risikan untuk membanteras penyeludupan dadah masuk atau keluar Negara. ii) Memantapkan pemantauan dan penguatkuasaan di pintu-pintu masuk negara (lapangan terbang antarabangsa, pintu sempadan, pelabuhan dan perairan). Disamping itu, agensi-agensi Kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang ada turut menjalinkan kerjasama dengan pihak MAHB dan pihak keselamatan pelabuhan. iii) Menubuhkan Narcotics Border Suppression Unit (NBSU) dan Unit Teknikal lmbasan Kenderaan (UTIK) sebagai satu langkah untuk memperkasakan tindakan penguatkuasaan membanteras penyeludupan dadah di sempadan negara. Unit ini akan diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM. 5