BAB 1 PENDAHULUAN. Sesungguhnya, pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-quran semestinya mempunyai

dokumen-dokumen yang mirip
Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

PENGGUNAAN PENANDA WACANA BAHASA ARAB DALAM TEKS KARANGAN PELAJAR STAM

BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

PROGRAM PPISMP GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 1: Pengenalan kepada Wacana

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

LAMPIRAN B. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saudara dan saudari yang budiman,

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK:

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

SENARAI JADUAL. JADUAL : Interpretasi Skor Min Amat baik Baik Memuaskan Lemah.

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Penyajian Tulisan MINGGU 13 (SAMB.)

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

2011

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 5 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

FORMAT PROPOSAL KAJIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam tradisi ilmiah di Malaysia

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK: JUN NOV 2016

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME (SET 12) TAJUK: LAPORAN AKHIR VIDEO THE UNSUNG HERO DISEDIAKAN UNTUK:

BAB PERTAMA PENGENALAN. Kajian mengenai al-ùibéq yang merupakan komponen terpenting dalam al-badi adalah

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan itu merangkumi hal-hal yang berkaitan terjemahan Al-Quran, metodologi

BAB PERTAMA PENGENALAN. bahasa-bahasa yang wujud. Segala persamaan dan perbezaan yang wujud ini dikaji dan

Transkripsi:

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Allah (s.w.t) telah menurunkan al-quran al-karim dalam bahasa Arab. Sesungguhnya, pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-quran semestinya mempunyai darjat keagungan dan mu jizatnya yang tersendiri pada bahasa tersebut. Al-Quran yang merupakan sumber utama bagi masyarakat Islam dalam membimbing kehidupan mereka sebagai panduan dan landasan yang berpaksikan kebenaran serta tiada cacat cela yang kelihatan dalam kandungan kitab teragung tersebut. Maka, bertitik tolak daripada kesedaran ini, masyarakat Islam seharusnya mendalami bahasa Arab yang menjadi keutamaan dalam memahami kandungan kitab al-quran tersebut. Pengajaran bahasa Arab di Malaysia telah pun bermula sejak kedatangan Islam dan berkembang mengikut perkembangan Islam di pusat-pusat pengajian Islam. Perkembangannya dapat dilihat di institusi pondok yang menekankan bahasa Arab dan dalam sistem persekolahan yang lebih menekankan sudut kemahiran, di mana salah satunya adalah kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan kemahiran terakhir dalam penguasaan bahasa Asing, khususnya bahasa Arab. Hal ini kerana, ia memerlukan kepada keupayaan yang lebih dan mantap dalam membina ayat yang boleh menggambarkan buah fikiran, perasaan dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran. Penulisan merupakan ungkapan yang menggambarkan keupayaan pelajar dalam penggunaan bahasa. 1

Perkembangan mutakhir telah menampilkan satu disiplin baharu dalam kemahiran mengarang iaitu wacana. Roselan Baki (1994) dalam Normah Abdullah & Che Mohd Arif Che Mohd Yusoff (Nov. 1997 : 1035) menjelaskan bahawa kewujudan wacana dalam sesebuah karangan amat penting. Oleh itu, pengetahuan tentang teknikteknik kewujudan wacana perlulah dikuasai. Kefahaman dan keupayaan membina wacana ketika mengarang hendaklah dianggap sebagai salah satu keperluan mengarang yang utama. Wacana tidak sekadar merujuk kepada komunikasi bertulis antara penulis dengan pembaca, ia juga turut meliputi komunikasi lisan antara penutur dengan pendengar serta konteksnya. Dengan penekanan terhadap komunikasi lisan atau tulisan, istilah wacana atau discourse kerap digunakan sebagai alternatif pada laras ataupun pengucapan biasa sahaja. Wacana digunakan juga untuk pengertian pada isi misalnya wacana politik, wacana media atau wacana undang-undang (Mohd. Sidin Ahmad Ishak 1992 : 1). Di samping itu, Roselan Baki (1994 : 123) menambah bahawa wacana berhubungkait dengan makna yang terbawa oleh ayat, perenggan, atau keseluruhan karangan. Dalam hubungan ini, makna yang dimaksudkan merujuk kepada makna dasar dan makna pragmatis. Makna dasar bermaksud makna yang ditanggap tanpa mengambil kira konteks. Manakala, makna pragmatis pula ialah makna sebenar mengikut konteks tertentu dalam karangan. Menurut Asmah Hj. Omar (1980 : 1035), wacana (dalam bahasa Inggeris discourse ) adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku atau sebagainya yang memperlihatkan kesatuan dan hubungan di antara butirbutir fikiran serta perkembangan pemikiran yang ada di dalamnya. 2

Penggunaan penanda wacana dalam sesebuah karangan amat penting bagi mewujudkan pertautan dan kesepaduan bentuk dan makna sesebuah karangan. Awang Sariyan (1991) menegaskan bahawa penggunaan penanda wacana yang merupakan kata atau frasa perangkai membolehkan ayat-ayat dalam perenggan disusun dengan baik sehingga urutan maklumat atau gagasan menjadi lancar dan tidak melompat-lompat. Roselan Baki (1994) menjelaskan lagi bahawa penanda wacana dapat digunakan dalam dua situasi untuk menghubungkan dua ayat (lalu membentuk satu ayat), dan antara perenggan. Penggunaan penanda wacana dalam ayat membentuk perkaitan dan pertalian antara ayat dengan ayat atau ayat-ayat sebelumnya. Penanda wacana juga dapat digunakan untuk menghubungkan idea antara dua perenggan. Hal ini bermakna bahawa penanda wacana boleh menghubungkan dua wacana yang lebih luas antara dua perenggan. Sekiranya penanda wacana tidak digunakan, hubungan idea atau urutannya tidak begitu jelas. Keupayaan pelajar khususnya dalam mempersembahkan karangan dengan baik dipengaruhi oleh kebolehan pelajar menggunakan penanda wacana yang merupakan satu faktor yang menentukan mutu persembahan dan pertautan idea dalam kemahiran mengarang. Dalam memperjelaskan kategori penanda wacana yang digunakan untuk tujuan mewujudkan pertautan dan kesepaduan ayat-ayat dalam karangan, Awang Sariyan (1991) membahagikannya kepada dua jenis penanda wacana iaitu yang melanjutkan maklumat atau gagasan yang terdiri daripada beberapa perkataan, contohnya di samping itu, selain itu, sementara itu, dengan demikian, dengan kata lain, oleh itu, selanjutnya, tambahan pula, demikian juga dan singkatnya, dan yang menunjukkan pertentangan yang terdiri daripada perkataan namun, bagaimanapun, meskipun demikian, walau bagaimanapun dan sebaliknya. Manakala, John Chapman (1983) 3

yang dipetik dalam Abdul Aziz Abdul Talib (1989 : 1037-1038) membahagikan alatalat penggabung kata (Cohesive Devices) kepada empat jenis, iaitu bagi tujuan menunjukkan maksud Tambahan (Additive), maksud Berlawanan (Adversative), maksud Sebab Musabab (Causal) dan maksud Masa/Ketika (Temporal). Dalam konteks wacana ini, aspek yang dikaji ialah konsep penanda wacana dalam teks karangan berdasarkan penggunaannya mengikut kategori penanda wacana yang merupakan salah satu daripada jenis kohesi (cohesion) berdasarkan Model Kerangka Linguistik dan jenis penanda wacana yang dikaji adalah kata penghubung (al- Rawa:bit). 1.2 Pernyataan Masalah Penanda wacana merupakan kata penghubung yang digunakan untuk menghubungkan perkataan atau dua ayat lalu membentuk satu ayat dan antara perenggan. Penanda wacana juga merupakan salah satu daripada jenis kohesi perlu diambil perhatian dalam menghasilkan mutu kematangan sesebuah karangan yang baik dan kohesif. Walaubagaimanapun, penumpuan aspek penanda wacana dalam bidang bahasa Arab tidak begitu ketara dibincangkan khususnya dalam kemahiran menulis karangan sedangkan kehadirannya penting sebagai unsur atau alat yang berperanan dalam menghubungjalinkan idea dan mempertautkan fikiran dalam ayat dan perenggan ini akan mempermudahkan lagi pemahaman seseorang pembaca. Realitinya, masalah yang sering berlaku di kalangan penulis ialah masalah penyampaian idea dan maklumat dalam wacana. Masalah ini bukan kerana ketiadaan maklumat dan fakta, tetapi lebih menjurus kepada ketidakpekaan mereka menyusun idea atau isi mengikut susunan atau urutan yang betul (Che Mohd. Arif, 1996 : 2). 4

Lazimnya, seseorang penulis sering mencampuradukkan idea atau isi mengikut kehendak hatinya atau mana-mana idea yang terlintas terlebih dahulu di dalam fikiran mereka. Hakikatnya, penyusunan idea itu harus mengikut urutan seperti dimulakan dengan konsep, sebab, faedah, kesan dan kesimpulan. Sesuatu wacana yang baik seharusnya mempunyai struktur yang terdiri daripada pendahuluan dan penutup. Oleh kerana itu, aspek kohesi (jalinan teks) yang ditunjangi oleh penanda wacana (kata hubung) adalah penting dalam merealisasikannya. Penggunaan penanda wacana dalam teks Arab telah menimbulkan masalah kepada pelajar bahasa Arab. Hal ini kerana mereka kurang menyedari kewujudan penanda wacana dalam teks Arab. Malah ada kalangan mereka yang tidak mengetahui fungsi dan makna penanda wacana tersebut. Punca utama perkara ini ialah perbincangan penanda wacana dalam bahasa Arab agak kurang diberi perhatian. Malah tidak terdapat satu bab atau topik yang membicarakan penanda wacana secara khusus dalam mana-mana buku nahu bahasa Arab. Oleh itu, perkara ini menjadi halangan kepada mereka (khususnya pelajar) untuk memahami penanda wacana bahasa Arab terutamanya aspek penggunaannya dalam penulisan karangan yang baik. Melalui kajian yang dijalankan, pengkaji cuba mengenalpasti jenis-jenis penanda wacana yang digunapakai oleh pelajar dalam berdasarkan kekerapan dan kecenderungannya berlandaskan empat kategori penanda wacana yang disarankan oleh model Halliday dan Hasan (1976). Penyelidik juga cuba menilai aspek ketepatan dan kesesuaian penggunaannya dalam keberkesanan pertautan ayat-ayat dalam tekskarangan pelajar. Seterusnya, pengkaji juga menengahkan beberapa saranan dan cadangan bagi mempertingkatkan lagi penguasaan penulisan karangan bahasa Arab khususnya dengan menggunakan penanda wacana yang betul dan sesuai dengan fungsinya. 5

1.3 Objektif Kajian Objektif utama kajian ini adalah : 1. Mengkaji jenis-jenis penanda wacana dalam bahasa Arab yang kerap digunakan. 2. Menilai ketepatan dan kesesuaian penggunaan penanda wacana dalam pertautan ayat bahasa Arab dan keberkesanannya dalam penulisan karangan pelajar. 3. Mengenalpasti samada terdapat korelasi dan signifikan antara tahap penguasaan penanda wacana bahasa Arab dengan tahap pencapaian markah ujian pelajar. 1.4 Persoalan Kajian Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan kajian berikut : 1) Apakah jenis-jenis penanda wacana bahasa Arab yang kerap digunakan para pelajar terutamanya dalam penulisan karangan? 2) Bagaimanakah aspek ketepatan dan kesesuaian yang berlaku dalam penggunaan penanda wacana dapat membantu keberkesanan pertautan ayatayat dalam teks karangan pelajar? 3) Adakah terdapat korelasi dan signifikan antara tahap penguasaan penanda wacana bahasa Arab dengan tahap pencapaian markah ujian pelajar? 1.5 Kepentingan Kajian Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini adalah penting terutamanya di kalangan pelajar Tingkatan Enam yang akan mengambil peperiksaan STAM dengan mengenalpasti kesediaan mereka tentang pengetahuan dan teknik yang betul dalam menghasilkan sesuatu karangan yang akan dijawab dalam subjek penulisan karangan. Oleh itu, beberapa kepentingan yang perlu diambil kira oleh semua pihak khususnya 6

para pelajar dan guru-guru, ianya sebagai satu langkah yang relevan dalam membantu para pelajar menghasilkan sebuah karangan berkualiti terutamanya penguasaan terhadap kepentingan penggunaan penanda wacana sepertimana yang berikut: 1) Membina kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun atur idea atau isi, hujah dan bahan yang berkaitan dengan tajuk karangan. 2) Melahirkan maksud, pendapat, hujah dan pengalaman secara jelas dan berkesan. 3) Menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan serta menguasai penggunaan penanda wacana pada tempat dan keadaan yang sesuai. 4) Mengembangkan daya cipta pemikiran dan keyakinan diri untuk menulis pelbagai karangan dengan bahasa yang kemas, struktur yang betul, gaya yang menarik dan turutan ayat yang tersusun dan berkesan. Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pihak-pihak yang tertentu dalam menggalakkan penulis karangan bahasa Arab mampu menggunakan penanda wacana dengan betul dan sesuai dalam menulis karangan. Hal ini kerana kegagalan menggunakan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan sesebuah karangan itu tidak mempunyai kesinambungan dalam aspek isi dan idea. Bertitik tolak daripada itu, kajian ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi disiplin analisis wacana yang semakin berkembang terutamanya dari kalangan pengkaji tempatan seperti Asmah Haji Omar, Abdullah Hassan dan sebagainya, walaupun bidang ini mula dipelopori oleh sarjana Barat seperti Beaugrande Yule, Halliday dan Hasan, Brown dan sebagainya. Selain itu, pengkaji baru dalam bidang analisis wacana bahasa Arab seperti Mohd Azidan Abdul Jabar (2003) misalnya berjaya mengupas kajian 7

beliau berkaitan kohesi wacana dalam bahasa Arab secara telus dan terperinci, sedangkan aspek kohesi ini hanya diketengahkan oleh Halliday dan Hasan sebelum ini. Begitu juga dengan sarjana Muhammad Fauzi Jumingan (1999) dalam bidang terjemahan, ianya juga berkisar isu analisis wacana bahasa Arab berkenaan jenis-jenis penanda wacana yang digunapakai oleh penterjemah dengan merujuk model Halliday dan Hasan (19756) sepenuhnya telah menyumbangkan satu kajian yang amat berprestij. 1.6 Definisi dan Konsep Pengistilahan Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang perlu dijelaskan maksud dan konsepnya, ia adalah seperti berikut: 1.6.1 Wacana Wacana ialah konsep yang meliputi semua aspek komunikasi. Ia tidak sahaja melibatkan mesej tetapi juga pengucapan, penerimaan, serta situasi konteks. Wacana merangkumi komunikasi lisan dan bukan lisan (Normah Abdullah dan Che Mohd Arif, 1997 yang dipetik dari Muhammad Fauzi Jumingan, 2001 : 2). Wacana juga meliputi pengertian sesuatu isi teks seperti wacana politik, wacana media dan wacana undangundang. Menurut Harimurthi Kridalaksana (1978 : 507) mendefinisikan wacana sebagai satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi yang tinggi dan berkesinambungan dengan mempunyai awalan dan akhiran yang nyata disampaikan secara lisan atau bertulis. Asmah Haji. Omar (1980) dalam Khatijah Abdul Hamid (Oktober, 1996 : 769) menjelaskan bahawa wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat dan analisis 8

wacana merujuk kepada usaha mengkaji organisasi bahasa yang melampaui peringkat ayat dan klausa. Seterusnya, mengikut Samsuri (1992) yang dipetik daripada Katijah Abdul Hamid (1996: 769) wacana adalah rakaman kebahasaan yang menyentuh peristiwa komunikasi dan analisis wacana meneliti penggunaan bahasa dalam konteks. 1.6.2 Penanda Wacana Menurut Roselan Baki (1994 : 124), penanda wacana adalah kata penghubung yang digunakan untuk menghubungkan dua ayat lalu membentuk satu ayat dan antara perenggan. Penggunaan penanda wacana dalam ayat membentuk perkaitan dan pertalian antara suatu ayat dengan ayat atau ayat-ayat sebelumnya. Keadaan ini akan membentuk satu aliran huraian yang logik serta sistematik. Merujuk Rahmat Abdullah (1997 : 139) pula, penanda wacana berfungsi untuk menandai keteraturan fikiran secara logik antara idea-idea dalam wacana, maka dalam bidang filologi penanda wacana diperlakukan sebagai tanda baca dalam tulisan Jawi. Manakala, menurut Crystal (1980) yang dipetik daripada Abdul Jalil Othman (Jun, 2000 : 675) menjelaskan bahawa konjungsi berperanan menghubungkan perkataan atau binaan yang terdapat dalam suatu ayat. Beliau juga menyatakan bahawa konjungsi mempunyai pertalian semantik yang dapat memberikan perkaitan makna dan idea secara tautan nahuan. Dalam bidang bahasa Melayu, tujuan konjungsi dapat dibahagikan kepada konjungsi tambahan (additive conjunctions), konjungsi sebabmusabab (causal conjunctions) dan konjungsi masa (temporal conjunctions). Seterusnya, Asmah Hj. Omar (1993) mentakrifkan penanda wacana sebagai kata yang menghubungkan dua kata, frasa atau klausa. Manakala, Nik Safiah Karim et. Al. 9

(1994) mendefinisikan penanda wacana sebagai sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk. 1.6.3 Kategori Penanda Wacana (Model Kerangka Linguistik) Model Kerangka Teoritis yang diperkenalkan oleh Halliday dan Hasan (1976 : 242-243) akan digunakan dalam kajian ini. Model kerangka teoritis ini membahagikan penanda wacana kepada empat jenis, iaitu maksud tambahan (Additive), maksud berlawanan (Adversative), maksud sebab-musabab (Causal) dan maksud masa (Temporal). 1.6.4 Maksud Tambahan (Additive) Maksud tambahan ialah kata penghubung yang mempertautkan ayat dengan ayat atau perenggan dengan perenggan. Kata penghubung ini bertujuan menambah dan menghuraikan isi dan fakta dalam sesuatu ayat atau perenggan. Di antara contohnya ialah و ع لا و ة ع ل ى ذ ل ك ب ال ا ض اف ة إ لى ذ ل ك ق د dan sebagainya. 1.6.5 Maksud Berlawanan (Adversative) Maksud berlawanan ialah isi dan fakta dalam ayat atau perenggan, sebelum dan selepasnya, adalah bertentangan. Kebiasaannya, penanda wacana ini terletak di awal ayat atau perenggan. Antara contohnya و م ع ذ ل ك إ ذ ا آ ان ال ا م ر آ ذل ك و ع ل ى sebagainya. dan ال ر غ م 10

1.6.6 Maksud Sebab Musabab (Causal) Maksud sebab musabab ialah kehadiran sesuatu ayat atau perenggan dalam sesuatu wacana itu kerana hasil kejadian atau peristiwa yang terjadi dalam ayat sebelumnya. Di antara contohnya ialah و ب ذ ل ك ل ذ ل ك. Selain itu, terdapat satu jenis yang lain dibawah kategori ini, iaitu bermaksud sebab-akibat atau bersyarat. Maksudnya, jika sesuatu peristiwa itu dilakukan maka terhasillah peristiwa berikutnya akibat kesan perbuatan dalam peristiwa itu. Di antara contohnya ialah ل و إ ن dan sebagainya. 1.6.7 Maksud Masa (Temporal) Maksud masa ialah sesuatu peristiwa atau kejadian dalam satu ayat itu berlaku mengikut urutan masa. Lazimnya, peristiwa terdahulu mendahului peristiwa dalam ayat yang berikutnya. Tempoh masa antara dua peristiwa itu mungkin agak lama, serta ب ع د ذل ك و ف ي ا لو ق ت ن ف س ه merta dan pengulangan masa yang sama. Contohnya sebagainya. ialah dan ق ب ل ذ ل ك 1.7 Skop dan Batasan Kajian Kajian ini hanya menekankan aspek penanda wacana sahaja, iaitu kata hubung dan tidak membincangkan aspek wacana lain seperti rujukan, penggantian, pengguguran dan leksikal. Dalam konteks ini, penulis akan memberi penumpuan kepada aspek kategori penanda wacana berdasarkan Model Kerangka Linguistik (Halliday dan Hasan, 1976 : 242-243), yang membincangkan maksud dan tujuan bagi setiapnya, maka empat kategori penanda wacana tersebut adalah seperti berikut: 11

1) Penanda wacana bagi menunjukkan maksud Tambahan (Additive). 2) Penanda wacana bagi menunjukkan maksud Berlawanan (Adversative). 3) Penanda wacana bagi menunjukkan maksud Sebab Musabab (Causal). 4) Penanda wacana bagi menunjukkan maksud Masa/Ketika (Temporal). Dalam kajian ini, lokasi yang dipilih adalah Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Lokasi ini dipilih kerana merupakan salah sebuah sekolah agama kerajaan negeri Selangor yang mengikuti kursus bahasa Arab bagi setiap tingkatan secara bertahap, dan juga mempunyai peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi pelajar-pelajar Tingkatan Enam. Sekolah ini juga berlatarbelakangkan aliran agama dan bahasa Arab dalam subjek-subjek tertentu seperti bahasa Arab Komunikasi (di peringkat PMR), bahasa Arab Tinggi (di peringkat SMA dan SPM), Feqah, Tauhid, Hadith, Tafsir Quran dan sebagainya yang dipelajari setiap tingkatan. Berdasarkan sampel, pengkaji akan mengambil 50 orang pelajar sahaja secara rawak dari kalangan pelajar lelaki dan perempuan dalam dua buah kelas. 1.8 Rangka Kajian Kajian ini mengandungi lima bab utama iaitu pengenalan, penggunaan penanda wacana bahasa Arab dalam teks karangan pelajar, metodologi penyelidikan, analisis kajian dan perbincangan, cadangan dan rumusan secara terperinci dan sistematik. Bagi setiap bab utama, ianya mempunyai beberapa subtopik yang sesuai dan relevan, ianya adalah seperti berikut : Bab 1 : Pengenalan 12

Bab ini akan membincangkan berkaitan latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, definisi dan konsep peristilahan, skop dan batasan kajian dan rangka kajian. Bab 2 : Penggunaan Penanda Wacana Bahasa Arab dalam Teks Karangan Pelajar Bab ini akan membincangkan berkaitan tinjauan kajian lepas, konteks wacana dan penulisan karangan, penggunaan penanda wacana, model kerangka teoritis Halliday dan Hasan (1976 : 242-243) berkaitan (Kategori Penanda Wacana), jenis-jenis penanda wacana, penanda wacana bahasa Arab dalam teks karangan, peranan penanda wacana dalam ketekstualan karangan bahasa Arab dan kohesi konjungsi (Kata Hubung) dalam wacana Arab dan kesimpulan. Bab 3 : Metodologi Penyelidikan Bab ini akan membincangkan berkaitan reka bentuk kajian, instrumen kajian (kaedah set ujian menulis karangan dan soal selidik berbentuk tertutup dan terbuka), lokasi kajian, populasi kajian, sampel kajian, pemarkahan, penganalisisan data, kaedah deskriptif, korelasi Pearson dan kesimpulan. Bab 4 : Analisis Kajian Bab ini akan membincangkan berkaitan pengenalan, cara menganalisis data (Soalan Kaji Selidik) bagi dapatan deskriptif, analisis data (Kekerapan, Deskriptif dan Statistik Inferensi), dapatan kajian (Dapatan Analisis Kekerapan, Dapatan Analisis Deskriptif dan Dapatan statistik Inferensi) dan kesimpulan. Bab 5 : Perbincangan, Implikasi Kajian dan Kesimpulan 13

Bab ini akan membincangkan berkaitan pengenalan, ringkasan kajian, perbincangan dapatan kajian (Latar Belakang Responden, Kekerapan dan Peratusan dan Hubungan Korelasi antara Tahap Penguasaan Penanda Wacana Bahasa Arab dengan Tahap Pencapaian Markah Ujian Karangan Pelajar) dan dapatan kajian lepas, implikasi kajian dan juga kesimpulan secara keseluruhan kajian. 1.9 Kesimpulan Dalam kajian ini, pengkaji telah menghuraikan beberapa perkara utama dalam suatu penyelidikan terlebih dahulu sebelum menjalankan kajian seperti perkara di atas. Hal ini meliputi perkara-perkara yang hendak dicapai dan dilaksanakan dalam satu kajian iaitu latar belakang kajian, tujuan, objektif, persoalan, batasan dan kepentingan kajian serta definisi istilah yang digunakan oleh pengkaji bagi memastikan kajian yang dijalankan adalah mengikut prosedur penyelidikan yang betul dan sistematik. BAB 2 14