PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

dokumen-dokumen yang mirip
Untuk menjawab soalan ini, terlebih dahulu kita perlu tahu perbezaan di antara Brunei dan Malaysia dari segi perundangan.

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

SENARAI KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI YANG DIKENAKAN HUKUMAN SEBAT

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

DI KELANTAN DAN BRUNEI 1. Oleh: Dr Muhammad Fathi Yusof & Dr Nazri Mansur

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 1 D.R. 9/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Transkrip penuh ucapan pembentangan RUU 355 TUAN GURU ABDUL HADI AWANG 06 APRIL 2017

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Rang Undang-undang Hudud YB Hadi Awang

TAJUK 9 PERUNDANGAN. Parlimen Dewan Rakyat Dewan Negara Penggubalan Undang-Undang

AKTA PILIHAN RAYA 1958

TAJUK 10 KEHAKIMAN. Kehakiman dan undang-undang Struktur dan fungsi mahkamah Hakim. Perlantikan Hakim Tribunal Kod Etika Hakim

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

ISU UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DI MALAYSIA DAN SEJAUH MANAKAH PERLAKSANAANNYA

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

Disclaimer. Amaran!!! E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya

OBJEKTIF. 100% Pelajar dapat menyenaraikan 3 Bidang Kuasa Badan Kehakiman

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 1 OBJEKTIF. sepatutnya dapat :

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 37/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a [ ]

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

D.R. 7/93 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Keterangan 1950.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 226 AKTA TAMAN NEGARA 1980

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 15 AKTA HASUTAN Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

Jawapan Terhadap Pembohongan-pembohongan SPR Mengenai Isu Persempadanan Semula

ETIKA MESYUARAT AGUNG

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Undang-Undang Malaysia

Penjara (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 10/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penjara 1995.

Parti X. Menyokong idea pembentukan Persekutuan Melayu Mencadangkan pembentukan Melayu Raya

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

Industri Pelancongan (Pindaan) 1 D.R. 44/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Pelancongan 1992.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD.

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

D.R. 4/96. Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972.

D.R. 4/90 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) [ ]

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

QAZAF DAN KAITANNYA DENGAN TUDUHAN LIWAT MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG. Zulkifli Hasan

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

KESATUANDOA SEPTEMBER 2016

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

D.R. 38/91. Naskhah Sahih Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

D.R. 7/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Malaysia: Tohmahan dan Kefahaman (Perspektif. undang) Undang-undang

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

D.R. 25/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pusat Jagaan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

MUZAKARAH ILMIAH HAKIM-HAKIM SYARIE NEGERI PULAU PINANG LANGKAWI, 26 NOVEMBER 1996 PERANAN HAKIM

Undang-Undang Malaysia

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara D.R. 6/2015

D.R. 19/90 RANG UNDANG-UNDANG. b ernama. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais [ ]

KESATUANDOA OKTOBER 2016 SURAT BERITA DOA PANGGILAN BERDOA UNTUK MALAYSIA

D.R. 10/99 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Penyemakan Undang-Undang DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

AMALAN PERINTAH TAUBAT (ISTITABAH) BAGI PERMOHONAN KELUAR AGAMA ISLAM

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 62 AKTA AUDIT Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Transkripsi:

1 PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad S: Tolong beritahu secara ringkas latar belakang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355): J: Akta ini telah digubal pada tahun 1965. Akta itu menghadkan bidang kuasa mahkamah syariah tidak melebihi 6 bulan penjara, denda RM1,000 atau keduaduanya. Akta tersebut dipinda pada tahun 1984 oleh Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984 (Akta A612). Pindaan itu meningkatkan bidang kuasa mahkamah kepada tiga tahun penjara, denda RM5,000, enam sebatan atau manamana kombinasi hukuman itu. Pindaan itu tidak menjadi satu isu. Kebanyakan orang tidak tahu mengenainya. Orang bukan Islam tidak peduli mengenainya kerana ia tidak melibatkan mereka. Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) daripada semua parti komponen bersamasama mengundi menyokongnya. Sekarang, terdapat satu cadangan untuk meminda Akta 355. Cadangan itu telah menjadi satu isu politik yang telah menimbulkan berbagai reaksi yang mengancam untuk memecah-belahkankan orang Islam dengan orang bukan Islam, di Malaysia. Walaupun saya belum melihat RUU itu, saya menganggap bahawa RUU itu akan dimuktamadkan oleh Jabatan Peguam Negara dan ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan. Mengenai isinya, saya akan bergantung (rely) kepada usul yang dikemukakan oleh PAS dalam Parlimen persekutuan iaitu untuk meningkatan bidang kuasa mahkamah syariah untuk menjatuhkan semua hukuman yang dibenarkan oleh syariah melainkan hukuman mati terhadap kesalahan-kesalahan di bawah Senarai Negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan andaian itu. S: Apakah yang menjadikannya berbeza kali ini? Dalam satu perkataan, jawapannya adalah "politik". Pertama, pencadangnya adalah sebuah parti politik pembangkang, PAS. PAS telah menjadikan hudud matlamat perjuagannya. Hudud adalah aset yang terbaik bagi PAS. Ia tidak memerlukan apaapa perbelanjaan oleh PAS. Ia membawa undi. PAS tahu bahawa ia tidak akan dapat melaksanakan hudud kerana kekangan keperlembagaan dan undang-undang. Tetapi, untuk itu ia boleh menyalahkan kerajaan pusat, khususnya UMNO, lawan utamanya. Pada tahun 1993, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan SLA, telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Kelantan), yang mengandungi, antara lain, kesalahan undang-undang jenayah yang terletak di bawah bidang kuasa

2 persekutuan. Enakmen itu tidak keperlembagaan dan tidak sah atas sebab itu, selain melanggar Akta 355. Enakment itu terbengkalai selama dua puluh tahun. Kemudian Brunei mewartakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 dengan tujuan, antara lain, untuk melaksanakan hukuman hudud dan qisas di negara itu. (Sehingga hari ini, bahagian mengenai hudud belum dikuatkuasakan lagi.) Peristiwa itu berita baik bagi PAS. PAS menggali semula enakmen lamanya itu dan mula memikirkan bagaimana hendak melaksanakannya. Untuk memendekkan cerita, PAS mengambil keputusan untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk meminda Akta 355. DAP, untuk menarik pengundi bukan Melayu/Islam, khususnya orang Cina, membantah. MCA dan Gerakan, tidak mahu ketinggalan ikut serta. (Perlu diingati bahawa pada tahun 1984, kedua-dua MCA dan Gerakan telah mengundi menyokong pindaan yang serupa). UMNO berada dalam dialema. Jika ia tidak menyokong RUU itu, pengundi Melayu/Islam, terutamanya di Semenanjung Malaysia, akan mengundi PAS. Sebaliknya, jika ia menyokong RUU itu, parti-parti komponen bukan Islam dalam BN, termasuk di Sabah dan Sarawak, mungkin menarik diri daripada BN, sesuatu yang UMNO tidak mampu untuk membiarnya berlaku. Walau bagaimanapun, sekarang nampaknya UMNO cenderung untuk menyokong cadangan itu dan, pada masa yang sama, cuba memujuk rakan-rakan bukan Islamnya dalam BN. S: Mengetepikan emosi dan pertimbangan politik, apakah kesan daripada pindaan itu yang sebenarnya? J: Pindaan itu akan membolehkan Dewan Undangan Negeri (SLA) membuat undang-undang untuk meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah di negeri masing-masing, jika kerajaan negeri mahu melakukannya. Kerajaan negeri boleh membuat keputusan untuk tidak meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah dan bidang kuasa yang sedia ada itu akan kekal. Terpulanglah kepada kerajaan negeri sama ada hendak mengambil kesempatan daripada pindaan itu, atau tidak. Jadi, jika pindaan itu diluluskan oleh Parlimen pun, Kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP itu boleh tidak berbuat apa-apa dan bidang kuasa mahkamah syariah di negeri itu akan kekal seperti sedia ada. S: Bolehkah negeri melaksanakan hudud selepas pindaan Akta 355? J: Berdasarkan cadangan itu, hukuman-hukuman hudud terhad boleh di adakan, misalnya, 100 sebatan bagi kesalahan zina dan 40 hingga 80 sebatan bagi kesalahan meminum minuman yang memabukkan. Hukuman juga boleh ditambah bagi kesalahan pemujaan salah, tidak termasuk hukuman mati. Saya berhujah bahawa kesalan murtad tidak boleh dijadikan kesalahan yang akan dibicarakan oleh mahkamah syariah. Ini kerana, apabila sahaja kita katakan seorang itu murtad, dia bukan lagi seorang Islam dan, oleh itu, dia sudah terkeluar daripada bidang kuasa mahkamah syariah. Jika dihujahkan bahawa dia hanya murtad apabila mahkamah syariah membuat keputusan demikian, di akhir perbicaraan, sebelum manjatuhkan hukum, mahkamah perlu membuat keputusan sama ada dia murtad atau tidak. Jika mahkamah memutuskan bahawa dia murtad, pada ketika itu, dia

3 terkeluar daripada bidang kuasa mahkamah. Jadi, mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman terhadapnya. Kesalahan-kesalahan ini adalah kesalahan-kesalahan di bawah Perenggan 1, Senarai II (Senarai Negeri) Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Malah kesalahan-kesalahan itu sudah pun wujud dalam undang-undang negeri. Apa yang negeri perlu lakukan hanyalah untuk SLA meminda undang-undang yang sedia ada itu untuk meletakkan hukuman hudud kepadanya, tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh Akta 355 yang dipinda itu. Perlu diingati bahawa kesalahan dan hukuman tersebut hanya terpakai kepada orang Islam sahaja. Dalam erti kata lain, orang bukan Islam tidak boleh didakwa keraka melakukan kesalahan-kesalahan itu. S: Mungkinkah akan berlaku pertindihan bidang kuasa di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil? J: Tidak, tidak akan berlaku pertindihan bidang kuasa di antara dua mahkamah itu. Ini adalah kerana Perlembagaan telah dengan jelas membahagikan apa yang terletak di bawah bidang kuasa persekutuan (mahkamah sivil) dan apa yang terletak di bawah bidang kuasa negeri (mahkamah syariah). Undang-undang jenayah terletak di bawah bidang kuasa persekutuan (mahkamah sivil). Kesalahan-kesalahan yang terletak di bawah bidang kuasa negeri (mahkamah syariah) adalah kesalahankesalahan terhadap perintah agama Islam (precepts of Islam) "kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan;" Katakanlah SLA sebuah negeri menjadikan kesalahan mencuri (kesalahan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code)) satu kesalahan dalam undang-undang negeri dan meletakkan hukuman hudud kepadanya. Peruntukan itu adalah tidak keperlembagaan (unconstitutional) dan tak sah kerana kesalahan itu adalah undangundang jenayah yang terletak dalam bidang kuasa persekutuan (mahkamah sivil). S: Jika undang-undang seperti itu dibuat oleh SLA, mahkamah manakah yang mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan sama ada ia sah di sisi perlembagaan atau tidak? J: Mahkamah sivil. Ini diperuntukkan oleh Perkara 128 Perlembagaan Persekutuan. Lihat Sulaiman Takrib v Kerajaan Negeri Terengganu.; Kerajaan Malaysia (pencelah) (2009] 2 CLJ 54 FC dan Fathul Bari Mat Jahaya & Anor v. Majlis Agama Islam Negeri Sembilaan & Ors (2012) 1 CLJ (Sya). S: Ada orang mengatakan bahawa "pindaan kepada Akta 355 akan mewujudkan keadaan yang tidak adil kerana akan ada dua set undang-undang yang seseorang itu tertakluk kepadanya"? J: Ini adalah apa yang saya panggil "takutkan benda yang disalah anggap". Anda membuat anggapan yang silap mengenai sesuatu benda dan anda takutkan benda ia. Orang bukan Islam tidak tertakluk kepada kesalahan di bawah Senarai Negeri. Jadi, mereka tidak boleh dikatakan tertakluk kepada dua set undang-undang. Keadaan sepertiitu hanya berlaku kepada orang Islam. Tetapi, ia bukan disebabkan

4 oleh pindaan kepada Akta 355. Ia adalah kerana mereka tertakluk kepada kesalahan di bawah Senarai Negeri, sama ada Akta 355 dipinda atau tidak. S: Bolehkah Parlimen mengadakan hukuman hudud? J: Ya, Parlimen boleh meletakkan hukuman hudud sepenuhnya bagi kesalahankesalahan undang-undang jenayah yang terletak di bawah bidang kuasa persekutuan seperti membunuh, merogol, mencuri dan merompak. Ia hanya memerlukan majoriti mudah, dan undang-undang itu terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam dan undang-undang itu adalah undang-undang jenayah yang ditadbir oleh mahkamah sivil. Terkejut? Biarlah saya jelaskan. Undang-undang jenayah adalah perkara persekutuan. Parlimen mempunyai kuasa untuk mewujudkan kesalahan undangundang jenayah. Kesalahan-kesalahan hudud utama seperti membunuh, merogol, mencuri, dan merompak itu adalah kesalahan undang-undang jenayah dalam Kanun Keseksaan. Parlimen mempunyai kuasa untuk meletakkan apa-apa hukuman, termasuk hukuman yang sama seperti hukuman hudud kepada kesalahankesalahan itu. Parlimen hanya perlu meminda Kanun Keseksaan untuk berbuat demikian, melalui majoriti mudah. Akta 355 tidak boleh menghalang Parlimen daripada berbuat demikian. Satu akta Parlimen tidak boleh menghalang akta Parlimen lain diluluskan. Jika tidak, apabila kita membuat sesuatu undang-undang, kita tidak boleh memindanya. Walau bagaimana pun, Akta 355 hanya terpakai kepada mahkamah syariah. Tetapi, kita perlu ingat jika Parlimen membuat undang-undang seperti itu, undangundang itu akan terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam. Dalam erti kata lain, orang bukan Islam juga akan tertakluk kepada hukuman itu kerana kesalahan itu adalah kesalahan undang-undang jenayah, tidak kira apa hukumannya. Jadi, jika orang bukan Islam tidak mahukan hukuman hudud, mereka sepatutnya memerhatikan apa yang dilakukan oleh Parlimen, sama ada ia akan mewujudkan Akta Hudud seperti di Pakistan atau meminda Kanun Keseksaan untuk memperuntukkan hukuman yang sama dengan hukuman hudud, tanpa menyebut perkataan hudud. Ini adalah apa yang orang bukan Islam perlu perhati jika mereka tidak mahukan hukuman hudud, bukan kepada pindaan kepada Akta 355. S: Bolehkah Parlimen mewujudkan kesalahan dengan hukuman hudud yang terpakai kepada orang Islam sahaja? J: Tidak. Undang-undang jenayah adalah undang-undang umum yang terpakai kepada semua, orang Islam dan bukan Islam. Parlimen tidak boleh membuat kesalahan undang-undang jenayah yang terpakai kepada orang Islam sahaja kerana ia akan menjadi diskriminasi hanya atas alasan agama, bertentangan dengan Perkara 8. Kesalahan di bawah Senarai Negeri adalah berbeza. Perlembagaan menyatakan dengan khusus bahawa kesalahan itu akan dikenakan kepada orang Islam sahaja. Dalam erti kata lain, ia adalah pengecualian kepada peraturan umum dan Perkara 8 tidak terpakai berkenaan dengan kesalahan itu.

5 S: Adakah pindaan Akta 355 melibatkan orang bukan Islam? J: Tidak. Pindaan itu hanya untuk meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah dan mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam. 21 01 2017 tunabdulhamid@gmail.com http://www.tunabdulhamid.my https://tunabdulhamid.me