PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

dokumen-dokumen yang mirip
PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

MAKLUMAT PINJAMAN PENDIDIKAN

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

(PPG/KDPM KDC-Pin.2/2014) No. Pendaftaran Institut...

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

CONTOH BORANG PERJANJIAN PINJAMAN SILA GUNAKAN PEN BERDAKWAT HITAM SAHAJA!!!!!

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

MEMORANDUM PENERIMAAN

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

MEMORANDUM PENERIMAAN

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ASBi-KOP. No. Ahli No. Kad Kuasa (PDRM) No. Kad Pengenalan Awam. Tarikh Lahir No. Gaji Pejabat Pembayar Gaji

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013


Jaminan Fideliti Terma & Syarat


VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN AL BAI BITHAMAN AJIL. Nama Penuh: No.KP: Alamat Rumah: No. Tel: Alamat Pejabat: No. Tel: Nama Barang: Harga:RM

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

1.1 Nama penuh : No. anggota : No. K/P :. 1.4 Alamat rumah : No. tel rumah : 1.6 No. H/P :.

MEMORANDUM PENERIMAAN

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

KOPERASI WARGA USM KELANTAN BERHAD PEMBIAYAAN PEMBELIAN BARANG ELETRIK ATAU PERABUT MENGGUNAKAN KAEDAH AL-BITHAMAN AJIL SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Fasal-fasal yang dipinda

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UJRAH SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN MENGIKUT TURUTAN

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Overdraf. November 2017

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

Undang-Undang Malaysia

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Perjanjian Penyewaan Untuk (MASUKKAN ALAMAT DI SINI),

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

BORANG PERMOHONAN BAI AL- INAH. Tarikh Hantar :... Tarikh Terima :...

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

BORANG PINJAMAN PELAJARAN. 1.1 Nama :. (seperti dalam kad pengenalan) 1.2 No. K/P Baru :. 1.3 Tarikh Lahir :. 1.4 Umur :.

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

No.Pendaftaran 1/ Skim Pembiayaan Al-Quard 3. Pembiayaan. 2. Skim Pembiayaan Al-Murabah dan Al-Bithaman Ajil 4. Pembiayaan Persendirian/Kredit

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

PERJANJIAN AL-BAI BITHAMAN AJIL UNTUK SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN KAKITANGAN MAJLIS DAERAH TUMPAT

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

Dalam perkara berkaitan Kemudahan Pembiayaan Harta. Ijarah-I yang diberikan oleh CIMB ISLAMIC BANK. BERHAD (Company No H) ( Bank ) kepada

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

PERJANJIAN INI 2007 LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN PAHANG

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

SKIM PINJAMAN PELAJARAN TINGGI FELDA

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN BAI BITHAMAN AJIL

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Transkripsi:

ENAKMEN YAYASAN PAHANG NO.6/1982 DAN UNDANG-UNDANG KECIL LEMBAGA TABUNG PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN YAYASAN PAHANG (TAPEN) 1985 PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN NAMA PELAJAR : INSTITUSI JURUSAN SESI TAWARAN : : :

Tarikh Perjanjian PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN ini dibuat pada...haribulan...tahun Dua Ribu...(20...) sebagaimana tarikh yang dinyatakan di dalam Seksyen 1 Jadual disertakan. Pihak-pihak yang terlibat dalam Perjanjian LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN PAHANG sebuah Yayasan yang ditubuhkan dibawah Enakmen Yayasan Pahang No. 6/1982 yang beralamat di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur (yang selepas ini dirujuk sebagai LEMBAGA ) sebagai Pihak Pertama, DAN Pihak yang disebutkan di dalam Seksyen 2(a) Jadual yang disertakan (yang selepas ini dirujuk sebagai PELAJAR ) sebagai Pihak Kedua, DAN Pihak yang disebutkan di dalam Seksyen 2(b) Jadual yang disertakan (yang selepas ini dirujuk sebagai PENJAMIN-PENJAMIN ) sebagai Pihak Ketiga di satu pihak yang lain. BAHAWASANYA:- Persetujuan PELAJAR dan PENJAMIN- PENJAMIN A. LEMBAGA telah bersetuju untuk memberikan bantuan pendidikan dalam bentuk pinjaman untuk membiayai kos pengajian PELAJAR bagi melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian sebagaimana maklumat yang dinyatakan di dalam Seksyen 3 Jadual disertakan bagi mengikuti Kursus Pengajian sebagaimana maklumat yang dinyatakan didalam Seksyen 4 Jadual yang disertakan di atas permohonan PELAJAR tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan kemudian daripada ini. B. DAN BAHAWASANYA PENJAMIN-PENJAMIN yang tersebut di atas telah memberi persetujuan untuk menjamin supaya PELAJAR tersebut dapat memenuhi apa-apa jua kewajipan dan tanggungan yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini. C. Selanjutnya PELAJAR DAN/ATAU PENJAMIN-PENJAMIN bersetuju dan bertanggungjawab untuk membayar balik atau melepaskan apa-apa juga tanggungan hutang akibat daripada kemungkiran PELAJAR terhadap mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian ini. 1

Persetujuan Pihak-Pihak 1. MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI OLEH SEMUA PIHAK seperti berikut: a. Bahawa PELAJAR akan mendaftar dan dengan sesungguhnya mengikuti Kursus Pengajian atau Latihan di Institusi Pengajian yang telah dipersetujui oleh LEMBAGA yang dirujuk di dalam Jadual Perjanjian ini untuk mendapat sesuatu kelulusan akademik sebagaimana yang diperlukan oleh Kursus Pengajian tersebut dan bahawa PELAJAR akan menyempurnakan Kursus Pengajian ini dalam masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam Jadual kepada Perjanjian ini atau dalam sesuatu masa yang lebih lama lagi sebagaimana yang diluluskan oleh LEMBAGA; b. Bahawa PELAJAR akan mematuhi apa jua peraturan, tatatertib dan syarat-syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Institusi Pengajian dari semasa ke semasa yang mana PELAJAR dikehendaki menghadiri atau yang diperlukan oleh Kursus Pengajian tersebut; c. Bagi PELAJAR yang mengikuti Kursus Pengajian di Institusi Pengajian Luar Negara, apabila PELAJAR tamat mengikuti Kursus Pengajian atau diberhentikan dari mengikuti Kursus Pengajian yang berkenaan atas apa jua sebab, maka PELAJAR hendaklah dengan segera kembali ke Malaysia dan melaporkan diri kepada LEMBAGA dalam tempoh SEMBILAN PULUH (90) HARI dari tarikh tamat atau gagal pengajian; manakala jika PELAJAR mengikuti Pengajian dalam Negara, apabila PELAJAR tamat mengikuti Kursus Pengajian atau diberhentikan daripada mengikuti Kursus Pengajian berkenaan atas apa jua sebab sekalipun, PELAJAR hendaklah melaporkan diri kepada LEMBAGA dalam tempoh TIGA PULUH (30) HARI dari tarikh tamat atau gagal pengajian; d. PELAJAR membenarkan LEMBAGA untuk mendapatkan apa-apa maklumat, laporan atau rekod berhubung dengan prestasi Akademik atau disiplin serta tatatertib PELAJAR daripada Institusi Pengajiannya atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan Kursus Pengajiannya; e. PELAJAR akan membayar balik Pinjaman kepada LEMBAGA mengikut jadual dan fasa pembayaran balik atau apa-apa kaedah atau cara yang ditetapkan kemudian daripada ini oleh LEMBAGA. 2

Jumlah Pinjaman 2. SEBAGAI BALASAN kepada persetujuan yang dinyatakan ini, LEMBAGA dengan ini bersetuju untuk memberikan Pinjaman awalan kepada PELAJAR wang berjumlah seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 6 Jadual beserta apa-apa jumlah tambahan yang diberikan oleh LEMBAGA kepada Institut Pengajian atau pihak yang berkuasa bertanggungjawab dalam mengendalikan Kursus Pengajian yang diikuti oleh PELAJAR tersebut, atau lain-lain perbelanjaan yang diberikan oleh LEMBAGA menurut budi bicara mutlaknya dengan syarat LEMBAGA bolehlah memberi notis bertulis mengenai pemberian jumlah tambahan yang berkenaan kepada PENJAMIN-PENJAMIN tersebut. Bagi maksud Perjanjian ini, semua jumlah Pinjaman yang dikeluarkan oleh LEMBAGA serta jumlah-jumlah tambahan yang lain akan disebut secara kolektif sebagai PINJAMAN TERSEBUT. Jika PELAJAR tamat pengajiannya atau berlakunya apa-apa perkara yang dinyatakan pada FASAL 1a. di atas lebih awal daripada yang dijangkakan, LEMBAGA akan membuat bayaran yang tersebut di atas hanya ke tahap atau peringkat itu sahaja. Bayaran Balik Jumlah Pinjaman 3. Pinjaman tersebut hendaklah dibayar balik kepada LEMBAGA mengikut jadual dan fasa pembayaran balik atau apa-apa kaedah atau cara yang ditetapkan kemudian daripada ini oleh LEMBAGA menurut budibicara mutlaknya DENGAN SYARAT SENTIASA bahawa LEMBAGA tidak akan menuntut pembayaran balik Pinjaman tersebut dalam masa ENAM (6) BULAN selepas PELAJAR itu menamatkan Kursus Pengajian atau Latihannya DENGAN SYARAT SELANJUTNYA tertakluk kepada peruntukan terdahulu daripada itu bahawa LEMBAGA adalah pada bila-bila masa berhak untuk mengubah cara dan/atau masa atau masa-masa bagi pembayaran balik itu dan meminta pembayaran balik dengan serta-merta bagi kesemua Pinjaman tersebut atau dengan cara sekaligus sebanyak mana yang masih belum dibayar menurut budibicara mutlaknya dan tanpa perlu memberi apa-apa sebab baginya. Selanjutnya PELAJAR dengan ini juga bersetuju dengan kaedah pembayaran balik Pinjaman tersebut untuk membenarkan LEMBAGA berurusan dengan mana-mana majikan PELAJAR dan/atau mana-mana Bank atau Institusi Kewangan di mana PELAJAR mempunyai akaun kelak untuk memotong sebahagian gajinya dan/atau simpanannya bagi maksud pembayaran balik Pinjaman yang ditetapkan oleh LEMBAGA dan kesemua pihak di sini bersetuju:- i. Jika PELAJAR gagal membayar mengikut jadual dan fasa atau apa-apa kaedah atau cara yang ditentukan kemudian daripada ini oleh LEMBAGA, penalti sebanyak EMPAT PERATUS (4 %) SETAHUN ke atas baki Pinjaman akan dikenakan; 3

ii. LEMBAGA berhak membebaskan PELAJAR daripada membayar keseluruhan Pinjaman tersebut atau apa-apa bahagian daripadanya atas sebab kecemerlangan akademik yang dicapai oleh PELAJAR tersebut ataupun sebab alasan lain mengikut budi bicara mutlak pihak LEMBAGA, TETAPI dengan syarat PELAJAR hendaklah mengemukakan permohonan kepada pihak LEMBAGA terlebih dahulu di dalam tempoh DUA (2) TAHUN selepas tamat pengajian seperti yang telah ditetapkan di dalam Surat Tawaran Pinjaman dan tanpa sebarang tempoh lanjutan atau tambahan pengajian atau semester serta tertakluk kepada dasar semasa LEMBAGA. iii. LEMBAGA tidak bertanggungjawab atau bertanggungan untuk memberikan pengiktirafan atas kelulusan akademik PELAJAR atau menyediakan sebarang jawatan atau pekerjaan bagi PELAJAR selepas tamat Kursus Pengajian tersebut. iv. Jika PELAJAR dan/atau PENJAMIN-PENJAMIN gagal dan/atau ingkar mematuhi kaedah pembayaran balik Pinjaman mengikut jadual dan fasa yang ditetapkan oleh LEMBAGA atau apa-apa kaedah atau cara yang ditentukan kemudian daripada ini, maka LEMBAGA berhak mengambil apa juga bentuk tindakan yang difikirkan sesuai oleh LEMBAGA termasuklah dan tidak terhad kepada menyenaraihitamkan nama PELAJAR dan/atau PENJAMIN-PENJAMIN, berurusan dengan manamana badan dan/atau agensi Kerajaan yang berkenaan bagi tujuan menghalang dan/atau menyekat PELAJAR dan/atau PENJAMIN-PENJAMIN ke luar negara atau memohon sebarang perintah Mahkamah yang difikirkan wajar dan perlu bagi tujuan yang tersebut atau apa-apa tujuan lain. Tanggungan PENJAMIN- PENJAMIN 4. Sebagai balasan kepada LEMBAGA tersebut kerana memberikan Pinjaman tersebut, PENJAMIN-PENJAMIN adalah dengan ini bersesama dan masing-masing bagi pihak mereka atau diri masingmasing dan wakil peribadi mereka dengan ini menjamin pembayaran balik oleh PELAJAR akan Pinjaman tersebut dan selanjutnya bersetuju untuk melepaskan tanggungan LEMBAGA terhadap apa-apa kerugian yang mungkin ditanggung atau didapatinya akibat dari kemungkiran atau oleh sebab PELAJAR tidak melaksanakan tanggungantanggungannya dibawah Perjanjian ini dan mengakui LEMBAGA adalah berhak untuk membuat tuntutan terhadap atau mendakwa PENJAMIN-PENJAMIN atau salah seorang daripada mereka tanpa membuat sesuatu tuntutan terhadap atau mendakwa PELAJAR untuk mendapatkan balik Pinjaman tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya. Jika sebarang tuntutan telah dibuat oleh LEMBAGA terhadap PENJAMIN-PENJAMIN dan/atau PELAJAR maka semua perbelanjaan guaman hendaklah ditanggung oleh PELAJAR dan/atau PENJAMIN-PENJAMIN berdasarkan kos peguamcara dan pelanggan. 4

Penggantian PENJAMIN 5. Bahawa jika pada bila-bila masa berjalan kuatkuasanya Perjanjian ini salah seorang atau kedua-dua PENJAMIN itu meninggal dunia atau tidak lagi bermastautin dalam Malaysia atau berada di luar Malaysia selama lebih dari DUA BELAS (12) BULAN berturut-turut atau dihukum menjadi seorang bankrap atau memperolehi suatu perintah sekatan gaji, maka dan dalam tiap-tiap hal yang demikian itu, PELAJAR atau salah seorang daripada PENJAMIN yang masih ada, jika ada hendaklah mendapatkan seorang atau orang-orang mengikut mana yang berkenaan untuk menggantikan PENJAMIN atau PENJAMIN-PENJAMIN yang perlu diganti tersebut itu, dan tiada seseorang daripada PENJAMIN itu, melainkan ia disetujui terima oleh LEMBAGA dan ia bersetuju menjadi seorang PENJAMIN boleh diterima sebagai PENJAMIN, mengikut had-had dan syarat-syarat Perjanjian ini atau yang akan ditetapkan kelak. Jika sekiranya tiada seseorang seperti tersebut di atas didapati ada dan sesuai untuk menggantikan PENJAMIN atau PENJAMIN- PENJAMIN yang disebutkan dalam Fasal-fasal di atas, LEMBAGA boleh menurut opsyennya pada bila-bila masa selepas itu menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu PELAJAR, tidaklah mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah atau kepentingan dibawah Perjanjian ini. PENJAMIN-PENJAMIN hendaklah disepanjang masa bersetuju terikat dengan mana-mana syarat dalam Perjanjian ini. Jika tidak, maka LEMBAGA berhak untuk menarik balik Pinjaman tersebut atau berhenti untuk memberikan apa-apa juga jumlah selanjutnya, tanpa menjejaskan hak-hak LEMBAGA yang sedia ada dibawah Perjanjian ini. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi 6. MAKA DENGAN INI DIPERSETUJUI DAN DIAKUI oleh semua pihak di sini bahawa jika PELAJAR pada bila-bila masa di dalam tempoh Kursus Pengajian atau Latihannya melakukan perkara-perkara berikut:- a. Pada pendapat LEMBAGA telah berkelakuan salah laku secara yang mencemar nama baik Negaranya atau nama baik Negerinya atau nama baik LEMBAGA atau nama baik Institusi Pengajiannya; atau b. Telah mengambil apa-apa bahagian dalam apa jua bentuk penghasutan termasuklah menggunakan media atau apa jua saluran atau menunjuk perasaan atau perhimpunan atau gerakan ekstrimis atau sebarang jua aktiviti di mana-mana tempat yang dianjurkan oleh mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang pada pandangan LEMBAGA boleh memudaratkan kepentingan Negeri atau Negara atau LEMBAGA atau Institusi Pengajiannya; atau 5

c. Telah menyedia atau mengatur dengan apa-apa cara atau mengambil apa jua bahagian, menyedia atau mengaturkan apa-apa penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang pada pandangan LEMBAGA boleh memudaratkan kepentingan Negara atau Negeri atau LEMBAGA atau Institusi Pengajiannya; atau d. Telah menyedia, menyiar, membahagi, menghantar, memuat turun, memuat naik atau mengedar atau mengambil bahagian dalam apa jua cara atau kaedah apa-apa dokumen atau imej atau rakaman atau video dan sebagainya yang pada pandangan LEMBAGA boleh memudaratkan kepentingan Negara atau Negeri atau LEMBAGA atau Institusi Pengajiannya; atau e. Telah membuat apa-apa penyataan atau hebahan atau sebagainya di dalam media cetak atau media elektronik atau internet atau sebagainya atau melalui sesuatu perhimpunan dihadapan apa-apa kumpulan orang di mana-mana tempat yang pada pandangan LEMBAGA boleh memudaratkan kepentingan Negara atau Negeri atau LEMBAGA atau Institusi Pengajiannya; atau f. Telah mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan atau aktiviti yang difikirkan oleh LEMBAGA tidak wajar dan patut dengan keperluan PELAJAR atau Negara atau Negeri atau LEMBAGA atau Institusi Pengajiannya; g. Telah memegang apa-apa jawatan dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Institusi Pengajiannya tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis LEMBAGA dan kelulusan itu boleh diberi atau tidak diberi oleh LEMBAGA menurut budi bicara mutlaknya; atau h. Telah gagal memberitahu LEMBAGA secara bertulis mengenai keputusan Peperiksaan untuk tiap-tiap semester atau penggal akhir bagi tiap-tiap tahun akademik; atau i. Telah gagal atau meninggalkan Kursus Pengajian atau Latihannya sebelum tamat tempoh Kursus Pengajiannya atau Latihannya itu; atau j. Enggan atau oleh salah lakunya sendiri atau oleh sebab tiada kemajuan menjadikan dirinya tidak layak atau tidak sesuai untuk meneruskan Kursus Pengajiannya atau Latihan yang diikuti oleh PELAJAR; atau 6

k. Telah disabitkan dengan pertuduhan jenayah oleh Mahkamah; atau l. Berkahwin di dalam tempoh Kursus Pengajian terlebih dahulu tanpa mendapat persetujuan bertulis daripada LEMBAGA. Maka dan dalam mana-mana hal demikian itu LEMBAGA mengikut budi bicaranya yang mutlak boleh menarik balik atau berhenti daripada memberikan apa-apa jumlah selanjutnya berkenaan dengan jumlah atau jumlah-jumlah tambahan tersebut dibawah mana-mana peruntukan Perjanjian ini, maka dan dalam mana-mana hal sedemikian PELAJAR dan PENJAMIN-PENJAMIN ITU HENDAKLAH bersesama dan masing-masing bertanggungjawab bagi pihak mereka atau diri masingmasing dan wakil mereka di sisi undang-undang untuk dengan sertamerta membayar balik kepada LEMBAGA Pinjaman tersebut. Hak LEMBAGA untuk penamatan 7. Jika didapati PELAJAR tidak mematuhi apa-apa syarat atau kehendak yang dibuat dibawah Fasal di atas maka dengan budi bicaranya yang mutlak LEMBAGA boleh memberhentikan Pinjaman pelajarannya dengan memberikan SATU (1) BULAN notis kepada PELAJAR dan/atau PENJAMIN-PENJAMIN dan dengan demikian PELAJAR atau PENJAMIN-PENJAMIN tidaklah lagi berhak kepada apa-apa faedah atau kepentingan dibawah Perjanjian ini yang mana selepas itu PELAJAR atau PENJAMIN-PENJAMIN hendaklah secara bersesama dan masing-masing membayar balik kepada LEMBAGA gantirugi menurut jumlah wang yang telah dikeluarkan LEMBAGA kepada PELAJAR dan/atau bagi pihak PELAJAR dengan serta-merta. 8. LEMBAGA adalah pada bila-bila masa berhak untuk menarik balik, membatalkan atau memotong apa-apa jumlah daripada Pinjaman tersebut dan jikalau pihak LEMBAGA berbuat demikian tidak ada seseorang pun daripada mana-mana pihak boleh mengambil tindakan atau membuat tuntutan terhadap LEMBAGA akibat dari tindakan penarikan balik, pembatalan atau pemotongan tersebut. 7

Biasiswa Dermasiswa, atau Pinjaman Lain 9. PELAJAR hendaklah memaklumkan kepada LEMBAGA dengan bertulis berkenaan penerimaan apa-apa Biasiswa, Dermasiswa, Pinjaman atau apa-apa cara bantuan kewangan yang lain yang diberikan kepadanya semasa berjalannya Kursus Pengajian atau Latihan, LEMBAGA adalah yang berhak untuk menarik balik atau berhenti memberi apa-apa jumlah selanjutnya berkenaan dengan jumlah atau jumlah-jumlah tambahan tersebut dan menuntut pembayaran balik Pinjaman tersebut dengan serta-merta atau dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh LEMBAGA menurut budi bicara mutlaknya. Kegagalan PELAJAR untuk memaklumkan secara bertulis hendaklah disifatkan sebagai satu kemungkiran terhadap Perjanjian ini dan LEMBAGA adalah selepas itu berhak menarik balik atau berhenti daripada memberikan apa-apa jumlah selanjutnya berkenaan jumlah atau jumlah-jumlah tambahan tersebut dan boleh meminta pembayaran balik bagi Pinjaman tersebut dengan serta-merta. Hak-hak LEMBAGA 10. LEMBAGA boleh pada bila-bila masa tanpa menyentuh jaminan PENJAMIN-PENJAMIN dan tanpa melepaskan atau dengan apa cara jua menyentuh tanggungan-tanggungan PENJAMIN-PENJAMIN di bawah Perjanjian ini:- i. Memberikan kepada PELAJAR lanjutan tempoh masa atau lain-lain keperluan tambahan berhubung dengan Kursus Pengajiannya; atau ii. iii. Memberi kepada PELAJAR dan/atau kepada Institusi Pengajian apa-apa jumlah tambahan dibawah FASAL 2 yang pembayaran baliknya hendaklah disifatkan sebagai dijamin oleh PENJAMIN-PENJAMIN mengikut syarat-syarat Perjanjian ini; atau Mengubahsuai atau meminda atau meluaskan syarat-syarat Perjanjian ini. Lanjutan Para 9 11. Jika menurut FASAL 9 Perjanjian ini, PELAJAR dikehendaki membayar kepada LEMBAGA jumlah Pinjaman tersebut sama ada dengan sekaligus atau mengikut fasa dan jadual pembayaran balik Pinjaman atau apa-apa kaedah atau cara yang ditentukan oleh LEMBAGA, PELAJAR dengan ini bersetuju untuk membenarkan LEMBAGA berurusan dengan pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi bayaran Pinjaman atau apa-apa bentuk bantuan kewangan yang telah diberikan kepada PELAJAR itu dipotong dengan sewajarnya bagi pihak LEMBAGA. 8

12. PELAJAR dan PENJAMIN-PENJAMIN hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada pihak LEMBAGA sekiranya berlaku perubahan atau pertukaran alamat masing-masing dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI dari tarikh perubahan atau pertukaran alamat tersebut. 13. (a) ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI DAN DIAKUI dengan tidak menjejaskan Fasal-fasal lain yang terkandung di dalam Perjanjian ini, LEMBAGA boleh dengan memberi TIGA PULUH (30) HARI notis secara bertulis kepada PELAJAR membatalkan Perjanjian ini pada bila-bila masa, tanpa perlu memberi apa-apa sebab dan dengan itu segala faedah dan kepentingan PELAJAR atau PENJAMIN-PENJAMIN dibawah Perjanjian ini adalah terhenti dan apa-apa jumlah Pinjaman yang terkandung dalam FASAL 2 hendaklah ditanggung oleh PELAJAR dan PENJAMIN- PENJAMIN. (b) Apa-apa notis, tuntutan, proses pemula termasuklah writ saman, kertas kausa Mahkamah dan lain-lainnya yang dikehendaki atau perlu diserahkan dibawah Perjanjian ini kepada LEMBAGA atau PELAJAR atau PENJAMIN-PENJAMIN hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sempurna jika dipos melalui pos berdaftar biasa yang dibayar dahulu ke alamat pihak-pihak seperti yang terkandung di dalam Perjanjian ini selepas TIGA (3) HARI ianya diposkan. 14. Bayaran Cukai Setem ataupun apa-apa bayaran Penalti Cukai Setem yang kena dibayar Perjanjian ini hendaklah ditanggung dan dibayar oleh PELAJAR. 15. Perjanjian ini adalah mengikat Waris-waris, Pengganti, Penerima serahak, Pemegang Harta atau Pemegang Amanah kesemua pihak-pihak disini. 16. Adalah dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa Jadual dan syaratsyarat serta Surat Tawaran yang dilampirkan bersama ini hendaklah dibaca bersama menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini. 17. Dalam Perjanjian ini, perkataan-perkataan yang membawa maksud sebagai seorang lelaki hendaklah disifatkan sebagai termasuk pihak perempuan dan lain-lain pihak dan bilangan tunggal bersama bilangan banyak dan sebaliknya melainkan perkara tersebut berlawanan dengan kandungan ayat. (Ruangan ini sengaja ditinggalkan kosong) 9

PADA MENYAKSIKAN PERJANJIAN di atas, pihak-pihak kepada Perjanjian ini menurunkan tandatangan mereka pada hari dan tahun yang tertera di atas. Ditandatangani oleh, untuk ] Dan bagi pihak LEMBAGA ] PEMEGANG AMANAH YAYASAN ] PAHANG ]1. AHLI LEMBAGA Disaksikan oleh : (Tandatangan & Cop) 2. AHLI LEMBAGA (Tandatangan & Cop) Ditandatangani oleh PELAJAR ] Di hadapan:- ] Nama Saksi (HURUF BESAR) Alamat Pekerjaan No. K/P Tandatangan & Cop Saksi (*Hakim Mahkamah Tinggi/Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/ Pegawai Daerah/PenolongPegawai Daerah/ Peguambela & Peguamcara) 10

Ditandatangani oleh PENJAMIN 1 ] Di hadapan:- ] Nama Saksi (HURUF BESAR) Alamat Pekerjaan No. K/P Tandatangan & Cop Saksi (*Hakim Mahkamah Tinggi/Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/ Pegawai Daerah/PenolongPegawai Daerah/ Peguambela & Peguamcara) Ditandatangani oleh PENJAMIN 2 ] Di hadapan:- ] Nama Saksi (HURUF BESAR) Alamat Pekerjaan No. K/P Tandatangan & Cop Saksi (*Hakim Mahkamah Tinggi/Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/ Pegawai Daerah/PenolongPegawai Daerah/ Peguambela & Peguamcara) 11

JADUAL YANG DIRUJUKKAN DI ATAS (Hendaklah dibaca, diambil dan diertikan sebagai sebahagian daripada Perjanjian) SEKSYEN PERKARA BUTIR-BUTIR 1. Tarikh Perjanjian hb 20 2. 2 (a). Maklumat Pelajar Nama Penuh (HURUF BESAR): No. K/P : (Baru) (Lama) Alamat : Penjamin Pertama 2 (b). Maklumat Penjamin- Penjamin Nama Penuh (HURUF BESAR) : No. K/P : (Baru) (Lama) Alamat : Initial Pelajar : Initial Penjamin 1 : Initial Penjamin 2 : 12

Penjamin Kedua Nama Penuh (HURUF BESAR): No. K/P : (Baru) (Lama) Alamat : 3. Nama Institusi Pengajian 4. Nama Kursus Pengajian 5. Tempoh Pinjaman yang Tahun Diluluskan Initial Pelajar : Initial Penjamin 1 : Initial Penjamin 2 : 13

6. Jumlah Pinjaman (Awalan) yang diluluskan RM (RINGGIT MALAYSIA ) 7. Jumlah Pinjaman Tambahan 1. RM 2. RM 3. RM 4. RM 5. RM 6. RM 8. Jumlah Pinjaman Keseluruhan RM (RINGGIT MALAYSIA ) 9. Pembayaran Balik Initial Pelajar : Initial Penjamin 1 : Initial Penjamin 2 : 14