PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

dokumen-dokumen yang mirip
PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PELAKSANAAN KURSUS KENEGARAAN DI BAWAH PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA. SURAT PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2004 Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 (Tambahan)

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2004

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2003 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK GRED J17, J22, J26

JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PANDUAN MEWUJUDKAN SEARCH COMMITTEE DAN PROSES PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN (SUCCESSION PLANNING)

KISSM adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

JPA.BK(S) 226/6/16(23) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2011 PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

ANALISIS PEKERJAAN. Jawatan : PEGAWAI PERUBATAN GRED : U51 / U52 / U53

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2004 SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PESARA DAN BEKAS PEGAWAI AWAM

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2010 PANDUAN PELAKSANAAN PEMENTORAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

BUKU LOG LATIHAN TAHUN : NAMA : NO. K.P : GRED JAWATAN : TEMPAT BERTUGAS :

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 20 TAHUN 2008

ANALISIS PEKERJAAN PEGAWAI PERUBATAN U43 / U44

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 5 BAGI ARKITEK LANDSKAP GRED J52

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN LOG LATIHAN BAGI PEGAWAI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JPA(S)324/1 Klt. 36(17) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2005

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 3 BAGI PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (N44)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN TK4 BAGI JAWATAN PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C38

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

"KEJUJURAN DAN KETEKUNAN" Ruj. Kami: dlm.ipk.sel Jld.2

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

POLISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF UNIMAS

JPA(BPO)(S)324/14/21-1 Klt.7( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2008

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

PEJABAT PENDAFTAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DASAR LATIHAN STAF

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

PENYELARASAN WAKTU MENGAJAR BAGI GURU PENYELARAS BESTARI SERTA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH )

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 11/1991 PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

ANALISIS PEKERJAAN. Umum

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2005

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA UPNM PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

JPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri :

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

PEMANTAPAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN PEMANTAPAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERADA DI LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

JPA(S)256/6/6 Klt.8(6) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2008

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2006

SUKATAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 4A BAGI JURURAWAT PERGIGIAN U38

JPA.BK(S)250/1( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

Transkripsi:

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2005 PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

KANDUNGAN Bil. Tajuk Muka Surat 1. TUJUAN 1 2. TAKRIF 1-2 3. LATAR BELAKANG 2 4. KAEDAH PELAKSANAAN 2-4 5. TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN / JABATAN 4 6. MEKANISME PELAKSANAAN 4 7. INSTITUSI LATIHAN AWAM 4 8. AUDIT PENGURUSAN LATIHAN 5 9. PERTANYAAN 5 10. PEMAKAIAN 5 11. TARIKH KUATKUASA 6 i

SENARAI LAMPIRAN Bil. Perkara Muka Surat A STRUKTUR LATIHAN 1/1 A1 A2 A3 A4 A5 A6 B GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINGKAT PRA-PENEMPATAN (TAHAP PENDEDAHAN KOMPETENSI) GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINGKAT ASAS (TAHAP PENERAPAN KOMPETENSI) GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINGKAT PERTENGAHAN (TAHAP PEMBANGUNAN KOMPETENSI) GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINGKAT PERTENGAHAN (TAHAP PENINGKATAN KOMPETENSI) GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINGKAT LANJUTAN (TAHAP PENGUKUHAN KOMPETENSI) GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINGKAT PERALIHAN (TAHAP PERALIHAN KERJAYA) CONTOH FORMAT PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 1/3 1/3 1/3 1/3 1/3 1/2 1/2 ii

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2005 PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM TUJUAN 1. Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk memberi penjelasan mengenai struktur pelaksanaan Pelan Latihan Sumber Manusia Sektor Awam seperti dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005. TAKRIF 2. Untuk maksud Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, i. Struktur Latihan merujuk kepada peringkat-peringkat latihan yang perlu diikuti oleh anggota perkhidmatan awam; ii. Peringkat merujuk kepada tahap-tahap latihan yang boleh diikuti oleh anggota perkhidmatan awam;

iii. Standard Umum merujuk kepada tahap pencapaian yang ditetapkan oleh jabatan; dan iv. Institusi Latihan Awam merujuk kepada institusi-institusi latihan yang menjalankan kursus-kursus bagi anggota perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 telah menggariskan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Bagi menyokong dasar tersebut, pelan latihan yang merangkumi struktur dan program-program latihan yang lebih sistematik dan komprehensif telah dirangka sebagai garis panduan untuk memastikan supaya anggota perkhidmatan awam dilengkapi dengan latihan berasaskan kompetensi dan pembelajaran berterusan. KAEDAH PELAKSANAAN Struktur Latihan 4. Struktur latihan yang ditetapkan mengandungi lima peringkat seperti di Lampiran A. Penerangan bagi setiap peringkat adalah seperti berikut: i. Peringkat Pra-Penempatan Peringkat Pra-Penempatan bertujuan supaya anggota perkhidmatan awam yang baru dilantik diberi pengenalan dan pendedahan kepada budaya kerja dan nilainilai positif anggota perkhidmatan awam. Tahap latihan yang perlu dilalui pada peringkat ini ialah Tahap Pendedahan Kompetensi. Anggota perkhidmatan awam yang baru dilantik secara tetap di dalam perkhidmatan awam perlu mengikuti tahap ini, melainkan jika Kementerian / Jabatan telah menyediakan kursus Pra-Perkhidmatan. Garis panduan pelaksanaan adalah sebagaimana di Lampiran A1. 2

ii. Peringkat Asas Pada peringkat ini anggota perkhidmatan awam yang baru menjawat jawatan akan diterapkan dengan asas-asas pentadbiran dan pengurusan jabatan. Tahap latihan yang akan dijalankan pada peringkat ini ialah Tahap Penerapan Kompetensi yang bersifat umum dan penekanan diberikan kepada perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan. Anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat kurang daripada tiga tahun perlu mengikuti tahap ini. Garis panduan pelaksanaan adalah sebagaimana di Lampiran A2. iii. Peringkat Pertengahan Peringkat Pertengahan bertujuan untuk menyediakan anggota perkhidmatan awam yang berkebolehan dan berkeupayaan melakukan tugas dengan cepat dan menepati standard umum yang ditentukan. Di samping itu, ia juga bertujuan meningkatkan kemahiran sedia ada dan mendedahkan kemahiran baru bagi meningkatkan kompetensi anggota perkhidmatan awam. Peringkat ini terdiri daripada dua tahap latihan iaitu Tahap Pembangunan Kompetensi dan Tahap Peningkatan Kompetensi. Tahap Pembangunan Kompetensi dikhususkan kepada anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di antara tiga hingga lima tahun. Manakala Tahap Peningkatan Kompetensi disasarkan kepada anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di antara lima hingga sepuluh tahun. Garis panduan pelaksanaan adalah sebagaimana di Lampiran A3 dan Lampiran A4. iv. Peringkat Lanjutan Peringkat Lanjutan bertujuan untuk memantapkan dan mengukuhkan keupayaan anggota perkhidmatan awam secara berterusan selaras dengan keperluan dan cabaran-cabaran semasa. Pada peringkat ini, anggota perkhidmatan awam akan melalui Tahap Pengukuhan Kompetensi. Anggota perkhidmatan awam yang layak mengikuti tahap ini adalah mereka yang berkhidmat lebih dari sepuluh tahun. Garis panduan pelaksanaan adalah sebagaimana di Lampiran A5. 3

v. Peringkat Peralihan Peringkat Peralihan bertujuan untuk menyediakan anggota perkhidmatan awam yang akan meninggalkan perkhidmatan kepada pengetahuan dan persekitaran yang baru. Tahap latihan pada peringkat ini ialah Tahap Peralihan Kerjaya. Tahap ini disasarkan kepada anggota perkhidmatan awam yang akan meninggalkan perkhidmatan dalam tempoh dua tahun sebelum bersara. Garis panduan pelaksanaan adalah sebagaimana di Lampiran A6. TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN / JABATAN 5. Semua Kementerian / Jabatan adalah bertanggungjawab menyediakan Pelan Operasi Latihan (POL) bagi melaksanakan program latihan kepada anggota-anggota di bawah tanggungjawab masing-masing selaras dengan struktur latihan yang digubal. Contoh format POL adalah sebagaimana di Lampiran B. MEKANISME PELAKSANAAN 6. Panel Pembangunan Sumber Manusia dan Lembaga Kompetensi yang telah ditubuhkan di peringkat Kementerian / Jabatan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 merupakan badan yang bertanggungjawab di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan penggubalan struktur, program dan kurikulum latihan di peringkat Kementerian / Jabatan berdasarkan pelan latihan ini. INSTITUSI LATIHAN AWAM 8. Semua institusi latihan awam yang dikenal pasti oleh Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan hendaklah memberikan keutamaan di dalam merancang, melaksana dan menilai program-program latihan untuk dilaksanakan bersesuaian dengan Pelan Operasi Latihan Kementerian / Jabatan. 4

AUDIT PENGURUSAN LATIHAN 9. Bagi memantapkan urusan latihan di peringkat Kementerian / Jabatan, Jabatan Perkhidmatan Awam akan melakukan naziran terhadap program-program latihan yang dijalankan oleh Kementerian / Jabatan pada setiap dua tahun sekali. 10. Pasukan naziran akan dianggotai oleh wakil Jabatan Perkhidmatan Awam, wakil Kementerian Kewangan dan wakil daripada lain-lain agensi yang terlibat. Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengurus setia pasukan naziran ini. PERTANYAAN 11. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, hendaklah dirujuk kepada: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Latihan Aras 6, Blok C1, Parcel C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA Tel : 03-88853000/4000 Faks : 03-88892179 E-mail : plsa@jpa.gov.my PEMAKAIAN 12. Pemakaian Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Berkanun, tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing. 5

TARIKH KUATKUASA 13. Tarikh kuatkuasa Surat Pekeliling ini adalah mulai 1 Januari 2005. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (TAN SRI JAMALUDDIN BIN HAJI AHMAD DAMANHURI) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 1 Januari 2005 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Tempatan Semua Pihak Berkuasa Berkanun 6

LAMPIRAN A1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINGKAT PRA-PENEMPATAN (Tahap Pendedahan Kompetensi) Tujuan 1. Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Peringkat Pra- Penempatan iaitu Tahap Pendedahan Kompetensi kepada Kementerian / Jabatan. Kumpulan Sasaran 2. Anggota perkhidmatan awam yang layak mengikuti tahap ini ialah anggota yang baru dilantik dalam perkhidmatan awam. Objektif 3. Objektif tahap ini ialah supaya anggota perkhidmatan awam yang baru dilantik diberi pengenalan dan pendedahan kepada budaya kerja perkhidmatan awam dan nilai-nilai positif anggota perkhidmatan awam. Modul 4. Modul tahap ini adalah sebagaimana Modul Kursus Induksi Umum yang telah diguna pakai. Ciri-ciri 5. Ciri-ciri tahap ini ialah: i. Pengenalan kepada perkhidmatan awam; ii. Pendedahan nilai-nilai anggota perkhidmatan awam; iii. Pembudayaan budaya kerja positif dan cemerlang; dan iv. Pendedahan ketahanan bekerja. 1/3

Metodologi 6. Metodologi yang boleh dilaksanakan pada tahap ini bergantung kepada jenis kursus yang dijalankan seperti: i. Ceramah; ii. Lawatan; iii. Aktiviti luar; dan iv. Lain-lain (kajian kes, tayangan filem, under study). Jenis Kursus 7. Jenis-jenis kursus yang boleh dijalankan pada tahap ini ialah: i. Kursus kursus induksi. ii. Jenis/penekanan kursus: a. Pembangunan diri dan kumpulan; b. Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam; c. Latar belakang ekonomi, masyarakat dan sistem pentadbiran negara; d. Dasar-dasar kerajaan; e. Pengurusan sumber; f. Pengenalan kepada pengurusan dan pentadbiran; g. Pengenalan kepada komputer; dan h. Peningkatan penyampaian perkhidmatan (service delivery). Tempoh 8. Tempoh sesuatu latihan adalah tidak melebihi tiga bulan bergantung pada Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan. 2/3

Tempat 9. Tempat latihan adalah di pusat-pusat latihan yang telah dikenal pasti oleh Kementerian / Jabatan. Pelaksanaan 10. Pelaksanaan tahap ini bergantung kepada keperluan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa. Bagi Kursus Induksi Umum, pelaksanaan adalah sebagaimana termaktub di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1997, pindaan kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1992. 3/3

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINGKAT ASAS (Tahap Penerapan Kompetensi) LAMPIRAN A2 Tujuan 1. Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Peringkat Asas iaitu Tahap Penerapan Kompetensi kepada Kementerian / Jabatan. Kumpulan Sasaran 2. Anggota perkhidmatan awam yang layak mengikuti tahap ini ialah anggota yang berkhidmat kurang daripada tiga tahun. Objektif 3. Objektif tahap ini ialah supaya anggota yang baru menjawat jawatan diterapkan dengan asas-asas pentadbiran dan pengurusan jabatan. Modul 4. Modul disediakan oleh Kementerian / Jabatan mengikut keperluan latihan berdasarkan klasifikasi dan skim perkhidmatan. Ciri-ciri 5. Ciri-ciri tahap ini ialah: i. Pemahaman matlamat dan fungsi organisasi; ii. Orientasi kepada persekitaran kerja; iii. Penyesuaian diri dengan etika dan budaya kerja jabatan; dan iv. Perkara-perkara asas di dalam pekerjaan. 1/3

Metodologi 6. Metodologi yang boleh dilaksanakan pada tahap ini adalah bergantung kepada jenis kursus yang dijalankan seperti: i. Ceramah; ii. Lawatan; iii. Aktiviti luar; iv. Mentoring / Coaching; dan v. Lain-lain. Jenis Kursus 7. Jenis-jenis kursus yang boleh dijalankan pada tahap ini ialah: i. Kursus kursus induksi; ii. Kursus-kursus asas untuk jawatan; dan iii. Kursus nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Tempoh 8. Tempoh sesuatu latihan adalah tidak melebihi tiga bulan bergantung pada Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan. Tempat 9. Tempat latihan adalah di pusat-pusat yang telah dikenal pasti oleh Kementerian / Jabatan. 2/3

Pelaksanaan 10. Pelaksanaan tahap ini bergantung kepada keperluan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa. Bagi Kursus Induksi Khusus, pelaksanaan adalah sebagaimana termaktub di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1997, pindaan kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1992. 3/3

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINGKAT PERTENGAHAN (Tahap Pembangunan Kompetensi) LAMPIRAN A3 Tujuan 1. Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Peringkat Pertengahan iaitu Tahap Pembangunan Kompetensi kepada Kementerian / Jabatan. Kumpulan Sasaran 2. Anggota perkhidmatan awam yang layak mengikuti tahap ini ialah anggota yang berkhidmat antara tiga hingga lima tahun. Objektif 3. Objektif tahap ini ialah menyediakan anggota perkhidmatan awam yang berkebolehan dan berkeupayaan melakukan sesuatu tugas dengan cepat dan menepati standard umum yang ditentukan. Modul 4. Modul disediakan oleh Kementerian / Jabatan mengikut keperluan latihan berdasarkan klasifikasi dan skim perkhidmatan. Ciri-ciri 5. Ciri-ciri tahap ini ialah: i. Membangunkan keupayaan berkomunikasi; ii. Membangunkan keupayaan memahami, merancang dan menganalisis tugasan; 1/3

iii. iv. Membangunkan kebolehan menyelia, mengurus dan mentadbir; dan Membangunkan kemahiran-kemahiran teknikal. Metodologi 6. Metodologi yang boleh dilaksanakan pada tahap ini adalah bergantung kepada jenis kursus yang dijalankan seperti: i. Ceramah; ii. Lawatan; iii. Mentoring / Coaching; iv. On-the-job training; dan v. Lain-lain. Jenis Kursus 7. Jenis-jenis kursus yang boleh dilaksanakan pada tahap ini ialah: i. Kursus-kursus untuk meningkatkan kompetensi dan keupayaan diri; ii. Kursus-kursus untuk membangunkan kemahiran-kemahiran teknikal; iii. Kursus-kursus untuk meningkatkan kecekapan mentadbir dan mengurus; dan iv. Kursus nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Tempoh 8. Tempoh latihan adalah bergantung kepada jenis kursus sama ada kursus jangka pendek, sederhana atau panjang. Tempat 9. Tempat latihan adalah di pusat-pusat latihan atau institusi-institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara yang telah dikenal pasti oleh Kementerian / Jabatan. 2/3

Pelaksanaan 10. Pelaksanaan tahap ini bergantung kepada keperluan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa. 3/3

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINGKAT PERTENGAHAN (Tahap Peningkatan Kompetensi) LAMPIRAN A4 Tujuan 1. Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Peringkat Pertengahan iaitu Tahap Peningkatan Kompetensi kepada Kementerian / Jabatan. Kumpulan Sasaran 2. Anggota perkhidmatan awam yang layak mengikuti tahap ini ialah anggota yang berkhidmat antara lima hingga sepuluh tahun. Objektif 3. Objektif tahap ini ialah meningkatkan kemahiran sedia ada dan mendedahkan kemahiran baru bagi meningkatkan kompetensi anggota perkhidmatan awam. Modul 4. Modul disediakan oleh Kementerian / Jabatan mengikut keperluan latihan berdasarkan klasifikasi dan skim perkhidmatan. Ciri-ciri 5. Ciri-ciri tahap ini ialah: i. Memantapkan mutu kerja ke tahap yang lebih tinggi; ii. Memantapkan tahap kepakaran; iii. Memantapkan tahap profesionalisme; dan iv. Memantapkan keupayaan dan kemahiran kepimpinan. 1/3

Metodologi 6. Metodologi yang boleh dilaksanakan pada tahap ini adalah bergantung kepada jenis kursus yang dijalankan seperti: i. Ceramah; ii. Lawatan; iii. Mentoring / Coaching; iv. On-the-job training; v. Simulasi; vi. Seminar / Bengkel; vii. Sangkutan di sektor swasta; dan viii. Lain-lain. Jenis Kursus 7. Antara jenis-jenis kursus yang boleh dilaksanakan pada tahap ini ialah: i. Kursus-kursus pendedahan teknik-teknik terbaru di dalam pekerjaan; ii. Kursus-kursus untuk meningkatkan kompetensi dan keupayaan anggota; iii. Program-program sangkutan; dan iv. Kursus nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Tempoh 8. Tempoh latihan adalah bergantung kepada jenis kursus sama ada kursus jangka pendek, sederhana atau panjang. Tempat 9. Tempat latihan adalah di pusat-pusat latihan atau institusi-institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara yang telah dikenal pasti oleh Kementerian / Jabatan. 2/3

Pelaksanaan 10. Pelaksanaan tahap ini bergantung kepada keperluan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa. 3/3

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINGKAT LANJUTAN (Tahap Pengukuhan Kompetensi) LAMPIRAN A5 Tujuan 1. Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Peringkat Lanjutan iaitu Tahap Pengukuhan Kompetensi kepada Kementerian / Jabatan. Kumpulan Sasaran 2. Anggota perkhidmatan awam yang layak mengikuti tahap ini ialah anggota yang telah berkhidmat lebih dari sepuluh tahun. Objektif 3. Objektif tahap ini ialah untuk memantapkan dan mengukuhkan keupayaan anggota perkhidmatan awam secara berterusan selaras dengan keperluan dan cabarancabaran semasa. Modul 4. Modul disediakan oleh Kementerian / Jabatan mengikut keperluan latihan berdasarkan klasifikasi dan skim perkhidmatan. Ciri-ciri 5. Ciri-ciri tahap ini ialah: i. Mengembangkan kebolehan dan keupayaan; ii. Mengukuhkan kepimpinan; iii. Memantapkan integriti; iv. Memantapkan keupayaan membuat keputusan; dan v. Menyediakan kebolehan mengadakan jaringan (networking). 1/3

Metodologi 6. Metodologi yang boleh dilaksanakan pada tahap ini adalah bergantung kepada jenis kursus yang dijalankan seperti: i. Ceramah; ii. Lawatan; iii. Mentoring / Coaching; iv. On-the-job training; v. Simulasi; vi. Seminar / Bengkel; vii. Sangkutan di sektor swasta; dan viii. Lain-lain. Jenis Kursus 7. Antara jenis-jenis kursus yang boleh dilaksanakan pada tahap ini ialah: i. Kursus-kursus untuk mengukuhkan kompetensi dan keupayaan diri; ii. Kursus nilai dan etika dalam perkhidmatan awam; dan iii. Program-program sangkutan di sektor swasta. Tempoh 8. Tempoh latihan adalah bergantung kepada jenis kursus sama ada kursus jangka pendek, sederhana atau panjang. Tempat 9. Tempat latihan adalah di pusat-pusat latihan atau institusi-institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara yang telah dikenal pasti oleh Kementerian / Jabatan. 2/3

Pelaksanaan 10. Pelaksanaan tahap ini bergantung kepada keperluan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa. 3/3

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINGKAT PERALIHAN (Tahap Peralihan Kerjaya) LAMPIRAN A6 Tujuan 1. Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Peringkat Peralihan iaitu Tahap Peralihan Kerjaya kepada Kementerian / Jabatan. Kumpulan Sasaran 2. Anggota perkhidmatan awam yang layak mengikuti tahap ini ialah anggota perkhidmatan awam yang akan meninggalkan perkhidmatan dalam tempoh dua tahun sebelum persaraan. Objektif 3. Objektif tahap ini ialah untuk menyediakan anggota perkhidmatan awam yang akan meninggalkan perkhidmatan kepada pengetahuan dan persekitaran yang baru. Modul 4. Modul disediakan oleh Kementerian / Jabatan mengikut keperluan latihan berdasarkan klasifikasi dan skim perkhidmatan. Ciri-ciri 5. Ciri-ciri tahap ini ialah: i. Menyediakan kebolehan mengadakan jaringan (networking); ii. Menyediakan pengetahuan mengenai peluang dan cabaran baru; iii. Menyediakan ketahanan mental dan psikologi; dan iv. Menyediakan kebolehan menangani tekanan dan cabaran. 1/2

Metodologi 6. Metodologi yang boleh dilaksanakan pada tahap ini adalah bergantung kepada jenis kursus yang dijalankan seperti: i. Ceramah; ii. Seminar / Bengkel; dan iii. Lain-lain. Jenis Kursus 7. Antara jenis-jenis kursus yang boleh dilaksanakan pada tahap ini ialah: i. Kursus mengenai dasar-dasar berkaitan persaraan; ii. Kursus-kursus persediaan sebelum bersara; dan iii. Program-program pendedahan peluang-peluang kerjaya selepas bersara. Tempoh 8. Tempoh sesuatu latihan adalah kurang daripada tiga bulan bergantung kepada jenis kursus yang dilaksanakan. Tempat 9. Tempat latihan adalah di pusat-pusat latihan yang telah dikenal pasti oleh Kementerian / Jabatan. Pelaksanaan 10. Pelaksanaan tahap ini bergantung kepada keperluan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa. 2/2

LAMPIRAN B CONTOH FORMAT PELAN OPERASI LATIHAN Format Pelan Operasi Latihan (POL) oleh Kementerian / Jabatan boleh mengandungi perkara-perkara seperti breakout : i. Latar Belakang Kementerian / Jabatan ii. Visi Kementerian / Jabatan iii. Misi Kementerian / Jabatan iv. Objektif Kementerian / Jabatan v. Fungsi Kementerian /Jabatan vi. Objektif Latihan vii. Strategi Latihan viii. Pelaksanaan Latihan Proses pelaksanaan latihan boleh dijalankan berdasarkan peringkatperingkat berikut : a. Analisa Keperluan Latihan (TNA) Kementerian / Jabatan hendaklah menyatakan kaedah-kaedah yang digunakan bagi menentukan jenis kursus, metodologi, tempoh, tempat dan kumpulan sasaran yang akan menjalani kursus.

b. Pelaksanaan Latihan Kementerian / Jabatan hendaklah menyatakan kaedah kaedah pelaksanaan latihan yang digunakan. c. Penilaian Latihan Kementerian / Jabatan hendaklah menyatakan kaedah kaedah yang digunakan untuk menilai latihan yang telah dijalankan. d. Pemantauan Latihan Kementerian / Jabatan hendaklah menyatakan kaedah kaedah yang digunakan dalam memantau latihan yang dijalankan. ix. Perancangan Latihan Kementerian / Jabatan hendaklah menyediakan perancangan latihan mengikut tempoh tertentu yang ditetapkan oleh Kementerian / Jabatan masing-masing. x. Bajet Latihan Kementerian / Jabatan hendaklah menyediakan anggaran perbelanjaan yang akan digunakan berasaskan perancangan latihan Kementerian / Jabatan masing-masing.