BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

dokumen-dokumen yang mirip
PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERATURAN PERPUSTAKAAN TEKNIKAL SIRIM

PERATURAN PEPERIKSAAN

URUSETIA PENGURUSAN GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UTHM KE-17 PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK MAKLUMAN

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-14. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

PENGENDALIAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI KETERANGAN DESCRIPTION

PERKHIDMATAN PENGENDALIAN KANTIN KIOSK NO. 2, UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KADAR YURAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA SEMESTER PERTAMA

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2017

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR


MENGURUSKAN PERMOHONAN SPP DAN PEMBAHARUAN BAHAN DARIPADA UTeM KEPADA PERPUSTAKAAN LUAR

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

TERMA & SYARAT PERADUAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP03/BP GARIS PANDUAN PENGGUNAAN BILIK PERBINCANGAN. 1.

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

BUKU PANDUAN PERATURAN ASRAMA INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL (MAIWP) LOT 1363, JALAN PERKASA, OFF JALAN KAMPUNG PANDAN, KUALA LUMPUR.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR JAN MEI Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Jan Mei 2017 adalah pada 20 Mei 2017 bermula jam pagi.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR JAN-MEI Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Jan-Mei 2018 adalah pada 17 Mei 2018 (Khamis) bermula jam pagi.

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2018

PANDUAN DAN PERATURAN PEPERIKSAAN CALON PEPERIKSAAN

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

LAMPIRAN 3 PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

DASAR PENEMPATAN DI KOLEJ

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN)

KAPS-04 Kod Amalan Sumber Pembelajaran dan Pengajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

BORANG MAKLUM BALAS PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN JABATAN PENDAFTAR

PERKHIDMATAN AKADEMIK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT [PERSATUAN / KELAB PELAJAR]

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2016

PENEMPAHAN KAMSIS SESI JUN 2016

DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG 2. SKOP 3. MISI

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

Bilik-bilik karel adalah untuk kegunaan pegawai akademik, dan mahasiswa ijazah lanjutan sahaja kecuali di PKBS.

No. Telefon (Pejabat) :... (H/P) :. Penggunaan kenderaan sendiri : Jenis( Lori / Van / Kereta ).. No Pendaftaran:.

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

PETRONAS DAGANGAN BERHAD PROMOSI KOMBO RM5 UNTUK CUTI IDAMAN TERMA & SYARAT Peraduan

BORANG-BORANG PENDAFTARAN HEP1, HEP2, HEP3, HEP4, HEP5 & HEP6

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT [PENGUSAHA LUAR]

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN 2017

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP03/PKP GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Juruteknik Audio Visual/ Jurukamera yang dilantik terus;

BORANG PENYERTAAN PROGRAM MY BEST BUY 4.0 GERAI JUALAN

PANDUAN AM STAF SEKOLAH

URUSETIA GERAI KEUSAHAWANAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KOTA BHARU KALI KE-30 / TAHUN 2017 POLITEKNIK KOTA BHARU BORANG PERMOHONAN SEWAAN GERAI

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)

2.2. Semua harga yang ditawarkan oleh wakil-wakil Rapid Data Recovery adalah tidak termasuk VAT (pada kadar 17.5% daripada jumlah boleh dibayar.

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

Panduan Am Untuk Staf Sekolah.

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN LAPOR DIRI PELAJAR IJAZAH SIDANG AKADEMIK :

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

SILA TELITI DAN FAHAMI KANDUNGAN BERIKUTNYA UNTUK MEMBANTU GRADUAN MENJAYAKAN MAJLIS KONVOKESYEN DENGAN SEMPURNA. MAJLIS KONVOKESYEN

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.

more examination papers at :

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2016

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/P020

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

PERATURAN MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT KRAF NEGARA (IKN) KE 14 PADA 17 NOVEMBER 2015 MAJLIS KONVOKESYEN

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

JADUAL KERJA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR DAN PERMOHONAN PENGANUGERAHAN SEMESTER III 2016/2017 1/6

Transkripsi:

BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN 3 2. MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN 4 3. DASAR & OBJEKTIF PERPUSTAKAAN 5 SERTA STRATEGI PELAKSANAAN 4. PIAGAM PELANGGAN 6 5. CARTA ORGANISASI PERPUSTAKAAN 7 6. KOLEKSI PERPUSTAKAAN 8 7. PERKHIDMATAN 9 8. WAKTU PERKHIDMATAN 10 9. KEMUDAHAN DI PERPUSTAKAAN 11 10. KEAHLIAN PERPUSTAKAAN 12 11. POLISI PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN 13 12. PERATURAN PERPUSTAKAAN 14-15 13. ETIKA DI PERPUSTAKAAN 16 14. PELAN LANTAI PERPUSTAKAAN 17-18 15. PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT 19 2

PENGENALAN Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah dibina di bawah Rancangan Malaysia Kelima pada tahun 1987. PKS terletak di KM22 Jalan Kuching-Lundu di kaki Gunung Serapi dan bersebelahan dengan Taman Negara Kubah. Pada peringkat awal penubuhannya, sebuah pejabat sementara telah dibuka di bangunan rumah kedai di Simpang Tiga, Kuching. Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah memilih kawasan Lot 88 Matang Land District sebagai kampus tetap PKS dengan keluasan 112 ekar. Pihak Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak juga telah menandatangani satu perjanjian persefahaman untuk membina pusat latihan perintis yang dikenali sebagai Pusat Teknologi Minyak Dan Gas (PTMG) di PKS. Ia ditubuhkan bagi melahirkan juruteknik-juruteknik untuk keperluan Petronas. Walau bagaimanapun, program ini telah tamat pada bulan Ogos 2003. Pada peringkat awal pengambilan pertama Julai 1989, seramai 204 orang telah ditawarkan untuk mengikuti kursus-kursus berikut: Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan) Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) Sijil Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan) Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Am) Sijil Penyimpanan Kira Diploma Akauntasi Pada masa sekarang, PKS menawarkan Dua kursus bertaraf diploma, iaitu: Diploma Intergrasi (Lulusan Sijil Politeknik) Diploma lepasan SPM 3

MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran Dan Pengajaran Serta Penyelidikan Melalui Teknologi Terkini Bagi Melahirkan Tenaga Kerja Separa Profesional. VISI Membangunkan Koleksi Berkualiti Serta Memberi Perkhidmatan Dan Kemudahan Yang Efisyen, Sistematik Dan Mesra Pelanggan. FALSAFAH Prasarana Berilmu Sejajar Teknologi Terkini. 4

DASAR & OBJEKTIF PERPUSTAKAN SERTA STRATEGI PELAKSANAAN DASAR PERPUSTAKAAN Perpustakaan Politeknik Adalah Komited Untuk Menyediakan Koleksi Yang Berkualiti Serta Perkhidmatan Yang Efisyen Dan Berhemah Bagi Memenuhi Kehendak Pelanggan Sejajar Dengan Visi, Misi Dan Objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. OBJEKTIF PERPUSTAKAAN 1. Mengesan, Mengumpul, Menyimpan, Mengurus, Menyedia Dan Menyebarkan Sumber Yang Bersesuaian, Berkualiti Dan Terkini Dalam Semua Program Anjuran Politeknik. 2. Memberi Perkhidmatan Perpustakaan Yang Cemerlang Bersesuaian dengan perkembangan Teknologi Maklumat 3. Mewujudkan Persekitaran Yang Kondusif Bagi Memupuk Minat Dan Membudayakan Ilmu. 4. Membantu Melahirkan Tenaga Separa Profesional Yang Kreatif Dan Berdaya Saing Serta Mempunyai Sahsiah Diri Yang Tinggi. STRATEGI PELAKSANAAN 1. Memantapkan Tenaga Kerja Perpustakaan Yang Kompeten Dan Berdaya Maju. 2. Memastikan Keperluan Dan Kehendak Pelanggan Dipenuhi. 3. Menyediakan Koleksi Dan Perkhidmatan Yang Berkualiti. 4. Mendukung Proses pembelajaran Dan Pengajaran seiring Dengan Visi, Misi Dan Objektif Kementerian Pendidikan Malaysia. 5

PIAGAM PELANGGAN Kami Beriltizam Dan Berjanji Akan:- 1. Memberi Perkhidmatan Peminjaman, Pemulangan Dan Pembaharuan Koleksi Dalam Tempoh Satu (1) Minit. 2. Memastikan Perolehan Koleksi Yang Berkualiti Dan Terkini Mengikut Kadar Peruntukan Yang Diluluskan. 3. Memberikan Perkhidmatan Yang Cekap, Tepat Dan Mesra Untuk Memenuhi Kehendak Pelanggan. 4. Memastikan Susunatur Kelengkapan Dan Kekemasan Koleksi Yang Sistematik Bagi Memudahkan Dapatan Kembali. Dalam Melaksanakan Tugas ini, Kami Bersedia Menerima Cadangan Dan Maklumbalas Serta Teguran Bagi Memastikan Kepuasan Pelanggan. 6

CARTA ORGANISASI PERPUSTAKAAN 7

KOLEKSI PERPUSTAKAAN 1. Koleksi Am (Bahan Bercetak dan Bukan Becetak) Koleksi Bahan Bukan Bercetak i. Kaset Audio ii. Kaset Video iii. Cakera Padat (Dokumentari/ Maklumat) iv. Disket (Dokumentari/Maklumat) 2. Koleksi Arkib 3. Koleksi Media 4. Koleksi Tanda Merah Jambu 5. Koleksi Terbitan Bersiri 8

PERKHIDMATAN Perkhidmatan Perpustakaan yang disediakan oleh Perpustakaan Politeknik Kuching Sarawak adalah seperti berikut: 1. Pinjaman Dan Pemulangan Pengguna yang telah mendaftar ahli perpustakaan layak meminjam bahan- bahan daripada koleksi perpustakaan. 2. Tempahan Tempahan bahan boleh dilakukan secara talian/di kaunter perkhidmatan. Bahan yang ditempah akan disimpan dan diberikan kepada pengguna lain atau di susun kembali di rak sekiranya tidak di tuntut. 3. Rujukan Dan Pencarian Maklumat Perkhidmatan ini disediakan di kaunter rujukan/pinjaman. Khidmat ini disediakan bagi membantu pengguna mengatasi masalah menggunakan perpustakaan. 4. Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) Perkhidmatan ini terbuka kepada kakitangan Sarawak sahaja. Politeknik Kuching 5. Kesedaran Semasa (Pameran) 6. Sistem Repositori (Dspace) http://dspace.poliku.edu.my/xmlui 7. Pendidikan Pengguna 8. Internet @ Information Centre 9. Laman Web Perpustakaan http://library.poliku.edu.my 10. Online Public Access Catalog (OPAC) melalui Sistem ANGKASA http://lms.poliku.edu.my 9

WAKTU PERKHIDMATAN Masa Hari Kuliah 8.15 pagi 4.50petang Catatan Sebelum/ Semasa Minggu Peperiksaan 8.15 pagi -4.50 petang *Tertakluk kepada perubahan Cuti Semester 8.15 pagi 1.00 tengahari 2.00 petang 4.50 petang 10

KEMUDAHAN DI PERPUSTAKAAN 1. Ruang Bacaan Perpustakaan menyediakan ruang bacaan di aras bawah dan aras atas perpustakaan. 2. Sudut Sumber Media Sudut penggunaan komputer. Ia adalah percuma dan tempoh masa penggunaan ialah 30 minit untuk setiap pengguna. 3. Ruang Mesyuarat Ruang mesyuarat ini disediakan untuk kakitangan PKS mengadakan mesyuarat sahaja dan boleh menampung 10 orang dalam sesuatu masa. 4. Ruang Penyimpanan Ruang penyimpanan terletak di luar Perpustakaan. 5. Kawasan Internet Tanpa Wayar Akses internet tanpa Wayar (WIFI), disediakan di ruang bacaan perpustakaan. Pengguna dikehendaki mendaftar di Unit UICT untuk mendapatkan kata nama dan kata laluan. 11

KEAHLIAN PERPUSTAKAAN Terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan PKS Tiada yuran pendaftaran dikenakan Pendaftaran Melalui Borang Atas Talian di Laman Web Perpustakaan http://library.poliku.edu.my/ - Katalog Atas Talian - Sign Up 12

POLISI PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN POLISI PEMINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN 1. Peminjaman bahan perpustakaan adalah mengikut kategori keahlian. 2. Bahan perpustakaan yang sudah tamat tempoh peminjaman harus dikembalikan kepada perpustakaan pada tarikh yang ditetapkan. 3. Pembaharuan pinjaman bahan perpustakaan hanya boleh dilakukan sekali sahaja selepas tempoh tamat peminjaman. DENDA LEWAT PEMULANGAN BAHAN PERPUSTAKAAN / BAHAN PERPUSTAKAAN HILANG 1. Denda bagi ahli yang tidak memulangkan buku selepas tarikh peminjaman tamat ialah RM 0.20 sehari bagi senaskhah buku. 2. Ahli yang tidak memulangkan buku selepas tamat tempoh pinjaman akan diberi surat peringatan melalui Ketua Jabatan / Unit masing-masing. 3. Ahli yang menghilangkan atau merosakan bahan perpustakaan dikehendaki membayar harga pembelian buku tersebut beserta dengan kos memproses sebanyak RM5.00. Dalam kes-kes di mana gantian tidak mungkin, pihak perpustakaan akan menentukan harga gantian kes tersebut. 4. Denda dibayar di perpustakaan. 5. Pengguna yang belum mengembalikan serta membayar denda tidak dibenarkan meminjam buku. 6. Untuk kes-kes gagal menyelesaikan denda, tindakan yang boleh dikenakan adalah: Digugurkan keahlian perpustakaan secara automatik. Ditahan keputusan peperiksaan akhir semester yang tertentu bagi pelajar yang masih menuntut di PKS. Ditahan sijil atau diploma graduan bagi pelajar yang telah tamat pengajiannya. 13

PERATURAN PERPUSTAKAAN 1. Perpustakaan boleh digunakan oleh semua warga PKS sahaja. 2. Pengguna perpustakaan tidak dibenarkan menggunakan kad pelajar / staf pengguna lain. 3. Pengguna diwajibkan memakai kad pelajar/kad staf/surat kebenaran semasa masuk dan berada dalam perpustakaan. 4. Pengguna mesti mematuhi kod etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKS. 5. Pengguna hanya dibenarkan membawa buku, nota, alat tulis, komputer riba dan bahan bacaan ke dalam perpustakaan. Barang-barang lain disimpan di loker yang disediakan. 6. Barang kepunyaan pengguna yang tertinggal semasa perpustakaan ditutup boleh disemak di kaunter pinjaman. 7. Pengguna mestilah patuh kepada arahan SENYAP di perpustakaan. 8. Pengguna dikehendaki meletakkan buku yang telah digunakan di troli. 9. Penggunaan telefon bimbit dalam mode senyap adalah dibenarkan di dalam perpustakaan tetapi percakapan melalui telefon adalah tidak dibenarkan. 10. Pelajar yang menangguh pengajian, menarik diri, berhenti atau tamat belajar dikehendaki memulangkan semua bahan yang dipinjam. 11. Semua kakitangan yang bercuti/berkursus panjang, berpindah, dan sambung belajar mestilah memulangkan semua bahan yang dipinjam sebelum pergi. 12. Pihak perpustakaan berhak memeriksa buku, fail atau bahan-bahan lain yang ingin dibawa keluar oleh pengguna dari bangunan perpustakaan. 13. Pengguna hendaklah mematuhi peraturan penggunaan komputer di perpustakaan. 14. Pengguna dilarang menempah tempat duduk. Pengguna lain berhak menggunakan mana-mana tempat duduk yang ditinggalkan kosong. 15. Pengguna yang membuat salinan foto adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan AKTA HAKCIPTA. 16. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan / kerosakan barang-barang persendirian semasa berada di dalam perpustakaan. 14

PERATURAN PERPUSTAKAAN 17. Larangan semasa berada di perpustakaan : Membawa keluar apa-apa bahan perpustakaan tanpa pinjaman yang sah. Membawa keluar buku/bahan yang telah melewati tarikh pemulangannya. Membuat bising/menggangu pengguna lain. Makan/minum/merokok Mengalih/menyalahgunakan/merosakkan perabot, rak buku dan kaunter pinjaman. Membuang sampah di merata-rata tempat. Menconteng/mengoyak/merosakkan bahan dan peralatan perpustakaan. Bertengkar/bergaduh Menggunakan kocek pinjaman orang lain. Mencuri harta benda perpustakaan. Tidur Berkelakuan tidak senonoh. Memakai selipar 18. Pelajar semester akhir yang tidak menjelaskan denda/memulangkan bahan yang dipinjam apabila tamat pengajian, akan ditahan sijil atau diploma Politeknik. 19. Pengguna yang tidak mematuhi mana-mana peraturan perpustakaan akan dikenakan satu atau lebih tindakan tatatertib di bawah : Amaran Penggantungan daripada mana-mana atau semua kemudahan Perpustakaan PKS selama satu tempoh yang ditetapkan. Arahan sekatan paparan keputusan peperiksaan di laman web POLIKU selama tempoh yang ditetapkan Penyingkiran dari Politeknik. 20. Semua pengguna tertakluk kepada peraturan dan staf diberi kuasa untuk melaksanakan peraturan perpustakaan. 21. Peraturan-peraturan perpustakaan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. 15

ETIKA DI PERPUSTAKAAN KOD ETIKA PENGGUNA 1. Mematuhi arahan dan peraturan perpustakaan. 2. Berpakaian mengikut etika pakaian yang telah ditetapkan oleh Politeknik. 3. Menjaga suara, tingkah laku dan tatatertib. 4. Bertanggungjawab ke atas harta perpustakaan. 5. Bersikap amanah terhadap bahan yang dipinjam. 6. Menepati masa/tempoh pinjaman. 7. Sentiasa menjaga kebersihan perpustakaan. ETIKA MEMASUKI PERPUSTAKAAN 1. Sentiasa memakai/mempamerkan kad pelajar/staf 2. Mematikan/menyahaktifkan bunyi telefon bimbit dan menyimpannya di tempat yang selamat dan tersembunyi. 3. Tidak membawa masuk makanan/minuman 4. Menyimpan barangan/peralatan persendirian di tempat simpanan barang yang disediakan. ETIKA KETIKA BERADA DI DALAM PERPUSTAKAAN, MERUJUK, MEMINJAM DAN MEMULANG BAHAN PERPUSTAKAAN 1. Menjaga tingkah laku, suara dan patuh kepada arahan senyap. 2. Tidak mengalih peralatan dan perabot dari tempat yang sepatutnya. 3. Tidak mengotor, mengoyak dan merosakkan bahan/koleksi. 4. Tidak makan dan minum dalam perpustakaan. 5. Tidak berbincang secara berpasangan lelaki dan perempuan dengan cara yang tidak bertertib. 6. Memelihara susunan buku di rak ketika buku diambil dari raknya. 7. Bertanggungjawab, amanah dan memelihara bahan yang dipinjam dari sebarang kerosakan dan kehilangan. 8. Memulangkan bahan yang dipinjam dalam tempoh masa yang ditetapkan. 9. Bertanggungjawab menggantikan bahan yang hilang dengan yang baru atau membayar ganti rugi. ETIKA KETIKA KELUAR DARI PERPUSTAKAAN 1. Mengemas kembali kerusi dan meja selepas menggunakannya. 2. Memastikan bahan yang akan dibawa keluar dipinjam secara sah, 3. Keluar dan masuk melalui pintu yang ditetapkan. 4. Memastikan barangan milik peribadi tidak ditinggalkan di perpustakaan 16

PELAN LANTAI PERPUSTAKAAN TINGKAT BAWAH 17

PELAN LANTAI PERPUSTAKAAN TINGKAT ATAS 18

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT 19