Tajuk Ebook: Rahsia 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah. Ditulis oleh: Ummi Sofea

dokumen-dokumen yang mirip
Tajuk Ebook: Set lengkap Kertas Kerja TASKA Ditulis oleh: Ummi Sofea

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PELAN PERNIAGAAN. 1. RINGKASAN EKSEKUTIF (tidak lebih daripada 1 halaman)

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Polisi Privasi. Pengenalan

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

Berurusan dengan Pengantara Insurans

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

WILAYAH PERSEKUTUAN INFRASTRUCTURE SDN. BHD. ( X) PERMOHONAN UNTUK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI DI WILAYAH PERSEKUTUAN

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

BORANG PERMOHONAN KELULUSAN BAGI PEMBINAAN, PENGUBAHAN DAN PENUTUPAN KEMUDAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DITETAPKAN

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

BORANG PERMOHONAN SEMULA LESEN KENDERAAN BARANGAN LESEN PEMBAWA A / C

SOALAN LAZIM INSENTIFMREPC

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

PROSEDUR & GARIS PANDUAN PENUBUHAN SYARIKAT TERBITAN DAN SYARIKAT SPIN OFF/ START-UP

POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Jawatan 1 : Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) - (1 Kekosongan )

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

DUTI SETEM JELAS UW-NM-F006(E)

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KERAJAAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN UNTUK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

BORANG PERMOHONAN MEMBAHARUI LESEN KENDERAAN BARANGAN LESEN PEMBAWA A / C

MANUAL PENGGUNAAN SISTEM PERMOHONAN ATAS TALIAN MODUL HONORARIUM UNTUK PENGGUNA KOPERASI VERSI 2.0

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

JABATAN BANGUNAN MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Jadual Manfaat JUMLAH YANG DIINSURANSKAN (RM) KELUARGA PELAN INDIVIDU PELAN. 1. KEMALANGAN DIRI Kematian Akibat Kemalangan 300,000 50,000

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh dan Kaedah Penyertaan

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

BAHAGIAN PELESENAN JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG Tel : samb & 3021 / Fax :

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Alamat : Tingkat 10, Menara KOMTAR JBCC, Johor Bahru No Tel : / Qardhul Hassan Tanpa Faedah

PROSES PERMOHONAN PELAN MELALUI KAEDAH SEGERA OLEH JABATAN BANGUNAN, MAJLIS BANDARAYA IPOH

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

SURUHANJAY A PENGANGKUTAN AWAM DARAT

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

ANUGERAH INOVASI & PENGKOMERSILAN PRODUK UiTM 2016 BORANG PERMOHONAN / PENCALONAN

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

MANUAL PENGGUNAAN SISTEM PERMOHONAN ATAS TALIAN MODUL DIVIDEN UNTUK PENGGUNA KOPERASI VERSI 1.0

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Transkripsi:

(Foto di atas hanya illustrasi sahaja. Produk adalah berbentuk digital) Ebook Rahsia Bisnes TASKA adalah buku elektronik yang disimpan dalam format pdf. Tajuk Ebook: Rahsia 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah Ditulis oleh: Ummi Sofea

Page2 Of 16 HAKCIPTA TERPELIHARA Sekiranya anda telah menerima ebook ini secara percuma atau berbayar dari sumber selain daripada www.rahsiabisnestaska.com, sila laporkan kepada admin@rahsiabisnestaska.com. Kami akan memberi ganjaran kepada mereka yang memberi laporan kepada kami tentang cetak rompak kandungan ebook ini. Kerjasama anda amat dihargai dalam menangani jenayah harta intelek. Hakcipta terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan laporan ini, dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit. Pihak www.rahsiabisnestaska.com mengambil berat isu harta intelek dan pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka jika di dapati menyalahiguna bahan-bahan kami. Copyright All Rights Reserved. 2008 2010

Page3 Of 16 NOTIS PENAFIAN Ebook panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat profesional, perundangan, kewangan, sekuriti atau sebagainya. Penulis berusaha sedaya upaya untuk memastikan ebook ini mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti dari segi subjek yang dibincangkan. Penulis ebook ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan, perakaunan atau khidmat profesional yang lain kepada pelanggan. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan. Garis panduan, tip dan strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di dalam buku ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat. Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan tipografi dan kandungan. Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Penulis serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung. Anda dinasihatkan supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajar dengan bersungguh dan serius mengenai perkara yang dibincangkan, serta menjalinkan maklumat ini dalam keperluan diri anda sendiri. Sekali lagi ditegaskan, penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah berhubung kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa risiko, samada secara peribadi atau tidak, yang berlaku atas penggunaan dan aplikasi e-book ini secara lansung atau tidak langsung. Hakcipta Terperlihara 2008 2010

Page4 Of 16 KANDUNGAN A. Pengenalan Pengenalan kepada Prosedur pendaftaran TASKA B. Carta aliran kerja pendaftaran TASKA C. Rahsia 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Langkah 1: Berurusan Dengan Pihak JKM Langkah 2: Berurusan Dengan Pihak SSM Langkah 3: Berurusan Dengan 3 Agensi Teknikal Langkah 4: Menyediakan Kertas Kerja TASKA Langkah 5: Pengoperasian dan Pengurusan TASKA D. Penutup

Page5 Of 16 A. PENGENALAN KEPADA PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA Pemohon boleh mendapatkan Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan Penubuhan TASKA berharga RM10.00 di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat). Buku ini secara amnya, menggariskan kehendak-kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan. Sekiranya masih kurang jelas tentang maklumat yang disediakan di dalam Buku Garis panduan tersebut, pemohon bolehlah berhubung terus dengan mana-mana pegawai TASKA di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkaitan memandangkan mereka lebih tahu mengenai kehendak terkini 3 agensi teknikal setempat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pemohon mempunyai pilihan samada mendaftarkan perniagaan TASKAnya di bawah lesen Perniagaan, Syarikat atau Pertubuhan. PENGUKUHAN: Garis panduan pendaftaran perniagaan dan syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ada dilampirkan di dalam folder INFO PENTING SSM. Di samping mengemukakan kertas kerja penubuhan TASKA kepada pihak JKM, pemohon juga perlu mengemukakan permohonan kepada 3 agensi teknikal iaitu Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan mendapatkan surat kelulusan / sokongan daripada 3 agensi teknikal tersebut. Sila pastikan permohonan anda disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap seperti yang diminta oleh agensi teknikal.

Page6 Of 16 Dalam masa yang sama, pemohon menyediakan senarai menu, senarai aktiviti harian, senarai aktiviti bersama ibubapa, pelan lantai beserta pengiraannya dan melengkapkan Borang Permohonan (Jadual II). PENGUKUHAN: Sila rujuk folder INFO PENTING JKM untuk melihat contoh Borang Permohonan (Jadual II). Pemohon mengemukakan Kertas Kerja Permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan dengan melampirkan dokumen-dokumen seperti berikut:a. Jadual II yang telah dilengkapi b. Pelan lantai c. Pelan lokasi d. Senarai aktiviti harian kanak-kanak e. Senarai menu harian

Page7 Of 16 f. Senarai aktiviti bersama ibubapa g. Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Pertubuhan dari SSM h. Senarai kakitangan i. Senarai kanak-kanak j. Salinan kad pengenalan k. Salinan sijil-sijil yang berkaitan l. Salinan surat perakuan suntikan ty2 m. Surat sokongan / Kelulusan dari 3 agensi teknikal n. Wang pos/cek sebanyak RM50 Kertas Kerja Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak lengkap, Pegawai TASKA di daerah berkenaan akan meminta pemohon untuk melengkapkannya atau mengemukakan maklumat tambahan. Bagi permohonan yang lengkap, Pegawai TASKA di daerah berkenaan akan melakukan lawatan dan seliaan ke premis TASKA terlebih dahulu sebelum Kertas Kerja Permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri. Seterusnya, Pegawai Penyelaras TASKA Negeri akan menyemak Kertas Kerja Permohonan sebelum mengemukakannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat). Di ibu pejabat, permohonan tersebut akan diproses dan sekiranya ianya lengkap dan mematuhi Akta dan Peraturan TASKA, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia akan mengeluarkan Sijil Perakuan Pendaftaran TASKA (permit TASKA). Tempoh sah laku bagi permit TASKA tersebut telah dinaikkan dari 1 tahun kepada 5 tahun (Akta TASKA 1984, Pindaan 2007). Ini memberi banyak kemudahan kepada Pengusaha TASKA kerana pembaharuan permit TASKA hanya perlu dibuat 5 tahun sekali, bukan lagi setiap tahun seperti yang dilakukan sebelum ini. Perlu diingatkan permit TASKA ini mesti diperbaharui sekurang-kurangnya sebelum 3 bulan dari tarikh luput.

Page8 Of 16 Bagi permohonan pendaftaran semula, pemohon diminta membeli satu set Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 untuk dilengkapi dan mengemukakan permohonan itu beserta dokumen-dokumen sokongan seperti di perkara 6(a) hingga (i) kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan. Pemohon diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya setelah permohonannya lengkap bagi mengelakkan wang pos tersebut luput tarikh sahlakunya semasa proses kelulusan dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).

Page9 Of 16 B. CARTA ALIRAN KERJA PENDAFTARAN TASKA (BARU/PENDAFTARAN SEMULA) Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga RM10.00 (Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM. Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan di pejabat (SSM). Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan. Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang berhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia. Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD. Permohonan dikemukakan ke JKMN. Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN. Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (ibu pejabat). Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengrah Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan kelulusannya. Perakuan Pendaftaran TASKA (permit TASKA) dikeluarkan.

Page10 Of 16 Nota: PKMD: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah JKMN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri JKMM: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat)

Page11 Of 16 C. 5 LANGKAH MUDAH PERNIAGAAN TASKA LANGKAH 1: Berurusan dengan pihak JKM LANGKAH 2: Berurusan dengan pihak SSM LANGKAH 3: Berurusan dengan 3 Agensi Teknikal LANGKAH 4: Menyediakan Kertas Kerja TASKA LANGKAH 5: Pengoperasian dan Pengurusan TASKA LANGKAH 1: Berurusan dengan pihak JKM Pemohon atau bakal Pengusaha TASKA perlu pergi ke pejabat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran. Di PKMD, Pemohon dikehendaki membeli sebuah Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan Penubuhan TASKA dengan harga RM10.00. Buku Garis panduan ini juga boleh dibeli di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat). Secara amnya, buku ini menggariskan kehendak-kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan. Di bahagian belakang buku garis panduan tersebut, terdapat 4 helai Borang Permohonan yang wajib diisi kesemuanya oleh pemohon (3 salinan untuk pihak JKM dan 1 salinan untuk simpanan fail pemohon). Borang permohonan tersebut mestilah dihantar kepada PKMD bersama lampiran-lampiran lain yang diminta.

Page12 Of 16 Sekiranya terdapat kekeliruan tentang maklumat yang diminta ketika mengisi Borang tersebut, pemohon boleh berhubung terus dengan mana-mana pegawai yang bertanggungjawab dalam penubuhan TASKA di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Pemohon digalakkan meminta nasihat dan pandangan dari mereka terutamanya mengenai peraturan dan kehendak 3 agensi teknikal setempat. Di pejabat JKM, pemohon boleh memberitahu cadangan nama perniagaan TASKA kepada pegawainya. Minta pegawai tersebut mengeluarkan satu surat sokongan pendaftaran nama perniagaan TASKA contohnya Taska Umiku Sayang. Surat sokongan daripada JKM ini diperlukan ketika hendak memohon lesen perniagaan di pejabat SSM. Walaubagaimanapun, terdapat juga PKMD yang hanya mengeluarkan surat sokongan pendaftaran nama perniagaan TASKA kepada SSM setelah mendapat sijil kelulusan carian nama daripada pihak SSM terlebih dahulu. Sekiranya ini berlaku, anda tidak perlu bimbang, lakukan sebagaimana yang diminta, pergi ke pejabat SSM, isi borang PNA.42 (Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan). Sebaik sahaja mendapat surat kelulusan nama perniagaan dari SSM, pergi semula ke pejabat PKMD dan serahkan surat tersebut kepada pegarwai PKMD. Kalau nasib anda baik (pegawai yang incharge ada di pejabat ketika itu), anda akan memperolehi surat sokongan pendaftaran nama perniagaan TASKA kepada SSM pada hari yang sama. (Untuk maklumat tentang kehendak-kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sila rujuk senarai semak kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terkandung di dalam Buku Garis Panduan yang anda beli dengan harga RM10 mukasurat 7).

Page13 Of 16 PENGUKUHAN Untuk melihat contoh kulit Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA, sila rujuk folder INFO PENTING JKM. Alamat direktori Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, sila rujuk INFO PENTING JKM yang diberikan. sila rujuk contoh surat sokongan pendaftaan nama perniagaan TASKA dari JKM kepada SSM seperti yang disediakan di INFO PENTING JKM Anggaran kos anda: RM10 untuk pembelian Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA

Page14 Of 16 LANGKAH 2: Berurusan dengan pihak SSM Langkah seterusnya, pemohon perlu pergi ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berhampiran (sila rujuk direktori SSM yang saya disediakan). Di pejabat SSM, pemohon boleh membuat carian nama perniagaan dengan mengisi Borang PNA.42. Borang tersebut mesti diisi dengan lengkap. Cadangan nama perniagaan mestilah bemula dengan perkataan Taska dan mestilah di dalam bahasa Melayu (Contohnya Taska Umiku Sayang). Penggunaan perkataan bahasa Inggeris seperti "Smart Childcare" "Power Kids Nursery" "Genius Toddler Center" tidak dibenarkan. Jika nama perniagaan yang anda cadangkan tersebut belum dipakai oleh orang lain dan menepati peraturan SSM, maka pihak SSM akan mengeluarkan surat kelulusan nama perniagaan. Walaubagaimanapun anda tidak boleh terus mendaftar lesen perniagaan kerana bermula pada 2008, pihak SSM telah mengenakan syarat iaitu untuk pendaftaran perniagaan TASKA, anda mesti melampirkan surat sokongan pendaftaran perniagaan TASKA dari JKM atau PKMD bersama dengan Borang permohonan pendaftaran perniagaan. Oleh yang demikian, anda perlu ke pejabat PKMD semula dan kemukakan surat kelulusan nama perniagaan dari SSM ini kepada pegawai PKMD. Setelah memperolehi surat sokongan pendaftaran perniagaan TASKA dari JKM, pergi semula ke pejabat SSM dan isi Borang A dengan lengkap. Anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM70 oleh SSM (RM60 untuk pendaftaran lesen perniagaan dan RM10 untuk Sijil Perniagaan). Pihak SSM mengambil masa lebih kurang 1-2 jam untuk memproses permohonan anda. Anda perlu bersabar menunggunya (jangan pulang lagi, tunggu di pejabat SSM sehingga Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan anda selesai dicetak). Tahniah! anda telah berjaya mendapat Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D). Kini langkah anda untuk menjadi Pengusaha TASKA semakin mudah. Pada hari yang seterusnya, anda perlu ke pejabat PKMD sekali lagi untuk mengemukakan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan ini kepada pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan pendaftaran TASKA. Minta jasa baik

Page15 Of 16 pegawai tersebut untuk mengeluarkan surat-surat sokongan JKM kepada 3 agensi teknikal dengan seberapa segera (kalau ikut pengalaman saya yang lepas, saya hanya menunggu selama 30 minit di pejabat PKMD, menunggu Pegawai PKMD mencetak surat sokongan kepada 3 agensi teknikal). Apabila anda berjaya memperolehi surat-surat sokongan JKM kepada 3 agensi teknikal ini, maka anda boleh pulang ke rumah dan boleh berehat untuk beberapa hari sambil membuat sedikit persediaan mental untuk langkah seterusnya (Langkah 3: Berurusan dengan 3 agensi teknikal). PENGUKUHAN Sila rujuk folder INFO PENTING SSM untuk melihat contoh-contoh ini:- 1. Borang PNA.42 2. Borang A 3. Borang D (Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan) Sila rujuk folder INFO PENTING JKM untuk melihat contoh-contoh ini:- 1. surat sokongan pendaftaran perniagaan TASKA dari JKM kepada SSM. 2. surat sokongan JKM kepada 3 agensi teknikal (Bomba / Kesihatan / PBT). Anggaran kos anda: RM70 (RM60 untuk pendaftaran perniagaan dan RM10 untuk sijil perniagaan)

Page16 Of 16 PERHATIAN PENTING Ebook ini adalah versi sample sahaja yang diberikan secara percuma kepada mereka yang berminat untuk menceburi perniagaan TASKA atau menambah ilmu pengetahuan tentang TASKA. Jika anda serious untuk menceburi perniagaan TASKA, sila dapatkan versi penuh ebook ini di laman web Terima kasih. Salam homat dari Ummi Sofea "Rakan Perniagaan TASKA Anda. Bersama Menuju Ke Puncak Jaya"