Secara umumnya gerakan

dokumen-dokumen yang mirip
Koperasi Pengangkutan

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 23 Februari 2017 (Khamis) Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

UCAPAN PENUTUP KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 17 Mei 2017 (Rabu) Hotel Taiping Perdana, Taiping Perak

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

Daya Saing Koperasi. Meningkatkan. Melalui Kerjasama Strategik DIMENSIKOOP

Pendahuluan 3. Latar Belakang KOOP MKM 7 VISI & MISI 7. ISU dan Cabaran 8. Prestasi KOOP MKM Peta Strategi 10.

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

LANGKAWI GEOPARK : Sumber Warisan Geologi Dalam Memperkasa Ekonomi dan Industri Pelancongan

ANJAKAN PARADIGMA PEROLEHAN KOPERASI DI NEGERI SARAWAK

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

EROPAH Switzerland Peranchis Jerman Scotland SANDINAVIA Finland Sweden Netherland Denmark AMERIKA SELATAN Colombia Argentina ASIA PASIFIK

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

Akaun Pelaburan Wafiyah

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

SEPINTAS LALU GERAKAN KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Akaun Semasa Mudarabah

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

TEKS ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PEWAKAFAN. 1 P a g e

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA September 2016 My Angkasa Akademi & Resort Langkawi

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

CABARAN KOPERASI PENGGUNA DALAM AKTIVITI PERUNCITAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN PEMBUKAAN KEDAI KOPERASI WI

Kemelut pekerja wanita

Akaun Pelaburan Waheed

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013


TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

COACHING ACADEMY PROSEDUR PENUBUHAN & PENDAFTARAN KOPERASI PANDUAN MENUBUH & MENDAFTARKAN KOPERASI. Pengenalan

2003 Kertas 1 Soalan 1 (a) Yang berikut ialah maklumat kewangan bagi Syarikat Mercu Tanda Berhad.

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

THE GAME CHANGER STRATEGI DAN PAKEJ PERUBAHAN BERSKALA BESAR DALAM KEWANGAN ISLAM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

AGENSI-AGENSI PELAKSANA PEMBANGUNAN KOMUNITI DALAM NEGARA FEM3331

SOALAN NO: 146 PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT BERTULIS PERTANYAAN DARIPADA PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD [PASIR GUDANG]

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA BERTULIS TUAN SU KEONG SIONG [IPOH TIMOR] (ISNIN) 219

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

MENGUPAYAKAN BELIA UNTUK MASA HADAPAN

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT 11 JUN 2015 (KHAMIS)

MODUL 1 PRINSIP PERAKAUNAN Kertas 2

Akaun Pelaburan Waheed

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

NO. SOALAN: 26 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARIPADA TUAN NGA KOR MING TARIKH 3 APRIL 2017 RUJUKAN 9691

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

KESTABILAN EKONOMI MAKRO UNTUK PERTUMBUHAN

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

Membina Perniagaan Gaya AirAsia

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Pendapatan Isi Rumah. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

MALAYSIA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

PERNIAGAAN BIDANG KEBERHASILAN:

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Kampung Ke Koperasi. Koperasi Kampung Chi Tan Houng, Vietnam: DIMENSIKOOP. Pengenalan

IMPAK PEMBANGUNAN LANGKAWI KE ATAS STRUKTUR GUNA TENAGA DAN CORAK PEKERJAAN PENDUDUK PULAU TUBA

YAYASAN NO. SYARIKAT: M

e-newsletter SKM Edisi Pertama

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

TINJAUAN DAN PROSPEK Ekonomi Malaysia

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2007 TINGKATAN 5. PERDAGANGAN Kertas 2 Dua jam

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Program Kongsi Ilmu Kolej Cosmopoint Kuching

Transkripsi:

KOPERASI PENJANA EKONOMI KOMUNITI: TERAS STRATEGIK IV DASAR KOPERASI NEGARA (DKN) Salwana Ali Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Utara Pengenalan Secara umumnya gerakan koperasi sudah mencecah hampir 90 tahun dan sehingga kini sebanyak 9,074 buah koperasi telah berjaya ditubuhkan dengan keanggotaan sejumlah tujuh juta orang. Disasarkan sebanyak 10,000 buah koperasi bakal ditubuhkan menjelang 2013 dan 16,000 buah koperasi pula menjelang 2020. Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 telah digubal bagi meningkatkan daya saing gerakan koperasi dan hala tuju gerakan koperasi di negara ini. Gerakan koperasi disasarkan untuk menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak lima peratus menjelang 2013 dan 10 peratus menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat ini, salah satu Teras Strategik DKN telah menggariskan elemen Meningkatkan Keyakinan Masyarakat Terhadap Gerakan Koperasi. Teras Strategik IV ini dibentuk agar gerakan koperasi berupaya menjadi wadah untuk membantu rakyat memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup melalui aktiviti berkumpulan. Penglibatan anggota dalam aktiviti koperasi dapat meningkatkan pendapatan mereka sekali gus menjana pendapatan negara.oleh itu, kerajaan berusaha mendorong agar segenap masyarakat dapat menubuhkan koperasi dan menerima konsep berkoperasi sebagai sebahagian daripada amalan kehidupan mereka. Senario Global Koperasi Hakikatnya, kita sering meminggirkan sumbangan gerakan koperasi terhadap ekonomi dunia, peranan dan prestasi koperasi seringkali dikatakan kurang memberi kesan. Namun jika dilihat kepada pertumbuhan koperasi di seluruh dunia, hampir satu bilion penduduk dunia telah mendapat manfaat daripada aktiviti koperasi. Dalam pada masa yang sama, gerakan koperasi mampu menyediakan lebih 150 juta peluang pekerjaan di mana 20 peratus lebih tinggi daripada bekerja di syarikat multinasional antarabangsa. Pada 1994, Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) telah menganggarkan sejumlah tiga bilion penduduk atau setengah daripada penduduk dunia mendapat manfaat daripada aktiviti koperasi yang meliputi daripada pelbagai sektor ekonomi. Contohnya, sejumlah 45.3 juta penduduk di negara-negara Asia telah menganggotai pertubuhan kredit. Melalui Rekomendasil ILO 193, PBB telah mengiktiraf koperasi sebagai pertubuhan yang penting dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara-negara di dunia. Merujuk kepada Laporan Global 300 yang disediakan oleh pihak International Co-operative Alliance (ICA), sebanyak 300 buah koperasi terbesar dunia telah menjana perolehan keseluruhan berjumlah USD1.6 trilion atau RM4.8 trilion yang menyamai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ekonomi yang kesembilan terbesar di dunia (Rujuk Jadual 1). Perolehan ini disumbangkan oleh sektor ekonomi tertentu seperti pertanian/perhutanan, perbankan/kredit, pengguna/ peruncitan, insurans/pekerja, kesihatan/utiliti dan lain-lain sektor. Dari sektor pertanian telah menyumbangkan perolehan tertinggi iaitu sejumlah USD 472 bilion (29%) dikuti sektor perbankan sebanyak USD430 bilion (26%) dan pengguna/peruncitan mencatatkan sejumlah USD354 (22%). Jika dilihat, koperasi Maktab Koperasi Malaysia 75

pertanian sendiri telah wujud hampir di seluruh negara iaitu lebih 50 peratus terdapat di Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan Belanda. Koperasi pertanian terbesar pula terletak di negara Jepun dan Korea Selatan. Bagi koperasi pertanian di Jepun, koperasi mampu menjana keuntungan USD34.05 bilion dan menguasai 5.9 peratus dalam pasaran makanan. koperasi kredit tertinggi terdapat di Amerika Syarikat. Koperasi pengguna yang terkenal dan berjaya boleh didapati di United Kingdom, Itali, Eropah, Jepun dan Amerika Utara. Dari segi keanggotaan koperasi, sebanyak 40 peratus daripada 13 juta jumlah penduduk Kanada terlibat dalam gerakan koperasi. Sebanyak 25 peratus daripada Singapura iaitu mewakili 50 peratus daripada keseluruhan penduduknya adalah anggota 86 buah koperasi manakala dua juta atau 44 peratus daripada jumlah penduduk di Norway memilih menjadi anggota koperasi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga (Rujuk Jadual 2). Kesan positif ini secara tidak langsung telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di seluruh dunia. Jadual 1: Koperasi global 300 SEKTOR PEROLEHAN PERATUSAN Pertanian/Perhutanan 472 29 Perbankan/Credit Union 430 26 Pengguna/Peruncitan 354 22 Insurans 282 17 Pekerja/Industri 35 2 Kesihatan 27 2 Utiliti 18 1 Lain 17 1 Jumlah 1,600 100 Jadual 2: Senario global keahlian koperasi BIL NEGARA JUMLAH PERATUSAN 1 India 236 juta 20% 2 China 180 juta 13% 3 Amerika Syarikat 120 juta 25% 4 Jerman 20 juta 25% 5 Kanada 13 juta 40% 6 United Kingdom 10 juta 16% 7 Malaysia 6 juta 23% 8 Austria 5 juta 58% 9 Finland 3 juta 60% 10 Ireland 3 juta 70% 11 Switzerland 3 juta 46% 12 Norway 2 juta 44% 13 Singapura 2 juta 50% Koperasi kewangan pula mencatatkan aset tertinggi di antara semua sektor dan sejumlah 33 peratus koperasi kewangan terdapat di Perancis dan United Kingdom (UK). Koperasi perbankan yang maju telah bertapak di Eropah dan Jepun manakala bilangan 20 juta jumlah penduduk Jerman dan 25 peratus daripada 120 juta jumlah penduduk Amerika Syarikat adalah anggota koperasi manakala di Jepun, satu daripada setiap tiga keluarga adalah anggota koperasi. Sebagai contoh, 1.6 juta penduduk Bagi negara maju seperti Amerika Syarikat, penubuhan koperasi telah memberi peluang pekerjaan kepada lebih dua juta penduduk menerusi 30,000 buah koperasi dengan jumlah aset mencecah USD3 trilion dan perolehan melebihi USD500 juta. Seterusnya di Jerman pula, sejumlah 8,106 buah koperasi telah memberi peluang pekerjaan kepada 440,000 penduduknya manakala 21,000 buah koperasi di Perancis memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kira-kira 288,589 orang. Manakala di negara seperti Kemboja, India, Indonesia, Nepal, Filipina, Sri Lanka dan Vietnam, koperasi berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan miskin dan menjadi agen pertumbuhan ekonomi. Secara keseluruhannya, didapati gerakan koperasi di peringkat global telah terbukti berjaya membangunkan sosio ekonomi masyarakat yang mampu mengubah kehidupan dengan mengurangkan kadar kemiskinan sekali gus dianggap sebagai salah satu sektor peneraju utama ekonomi dunia sebaris dengan sektor lain. 76 DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41

TAHUN Jadual 3: Pertumbuhan koperasi, keanggotaan, modal syer, nilai aset dan perolehan KOPERASI ANGGOTA (juta orang) MODAL SYER (RM bilion) ASET (RM bilion) PEROLEHAN (RM bilion) 2005 4,771 5.69 6.85 34.87 4.60 2006 4,918 5.87 7.29 37.47 5.10 2007 5,170 6.32 7.79 47.40 6.10 2008 6,084 6.51 8.42 55.73 7.75 2009 7,215 6.78 8.97 65.00 8.92 2010 8,146 6.60 9.55 71.78 9.53 2011 9,074 7.04 10.48 92.80 23.09 Sumber : Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2011 Senario Koperasi di Malaysia Gerakan koperasi di Malaysia bermula 1922 dan perkembangan koperasi di Malaysia semakin pesat dari tahun ke tahun walaupun sumbangannya agak kecil berbanding negara-negara Eropah. Koperasi kredit pertama didaftarkan ialah Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Pekerja-Pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad yang didaftarkan pada 21 Julai 1922. Di kawasan luar bandar pula, pelopor koperasi pinjaman desa ialah Syarikat Kampung Tebuk Haji Musa Bekerjasama dengan Tanggungan Berhad, Parit Buntar, Krian, Perak yang didaftarkan pada 3 Disember 1923. Bilangan koperasi bertambah dengan pesatnya daripada 11 buah pada tahun 1922 kepada 515 buah pada tahun 1939 di Negeri- Negeri Bersekutu sahaja. Selama tempoh 90 tahun terdapat peningkatan yang jelas dalam bilangan koperasi yang telah didaftarkan, bilangan individu yang menganggotai koperasi, modal dalaman yang dapat dikumpulkan, aset yang dimiliki serta perolehan yang telah dijana daripada pelbagai aktiviti perniagaan yang dijalankan. Setakat 31 Disember 2011, jumlah koperasi berdaftar meningkat kepada 9,074 buah, modal syer RM10.48 bilion dan aset bernilai RM92.8 bilion. Koperasi mencatat keanggotaan tujuh juta orang atau 27 peratus daripada keseluruhan populasi penduduk dan menjana perolehan mencecah RM23.09 bilion (Rujuk Jadual 3). Bilangan dan keanggotaan yang besar ini menunjukkan rakyat menerima koperasi sebagai satu pertubuhan yang dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Perolehan bernilai RM23.09 bilion ini disumbangkan oleh sembilan sektor iaitu perbankan, kredit/kewangan, pertanian, perumahan, perindustrian, pengguna, pembinaan, pengangkutan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya sektor perkhidmatan merupakan tonggak kekuatan gerakan koperasi khususnya perkhidmatan kewangan yang menjadi penyumbang terbesar sebanyak 65 peratus terhadap jumlah perolehan gerakan koperasi pada 2011. Sumbangan terbesar kepada perolehan ini dijana oleh 591 buah koperasi kredit dan perbankan dengan jumlah perolehan sebanyak RM6.4 bilion (Rujuk Jadual 4). Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) menjadi penyumbang terbesar kepada perolehan ini. Merujuk kepada laporan Global 300, setakat ini Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) sahaja yang berjaya tersenarai dan menduduki tempat ke-245 berdasarkan perolehannya yang teraudit bagi tahun kewangan 2008. Pencapaian ini membuktikan bahawa koperasi juga satu entiti yang sama seperti entiti perniagaan yang lain kerana koperasi dapat menjadi satu konglomerat yang kompetitif dan berdaya saing. Berdasarkan Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 iaitu menjadikan gerakan koperasi sebagai penyumbang berkesan kepada pembangunan negara telah menyasarkan peningkatan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai lima peratus menjelang 2013 dan 10 peratus menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menggariskan lima bidang keberhasilan utama bagi meningkatkan daya saing koperasi melalui aktiviti perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, pertanian dan industri asas tani serta perladangan. Maka seiring dengan transformasi negara, kerajaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sedang berusaha untuk menjadikan koperasi menjadi sebuah entiti Maktab Koperasi Malaysia 77

BIL Jadual 4: Perangkaan am koperasi mengikut fungsi pada 31 Disember 2011 FUNGSI KOPERASI ANGGOTA MODAL SYER/ YURAN ASET PEROLEHAN 1 Perbankan 2 986,273 2,599.3 73,389.3 5,182.4 2 Kredit 589 1,913,384 4,762.8 9,914.3 1,285.1 3 Pertanian 1,798 416,200 426.1 2,356.9 858.1 4 Perumahan 134 147,633 175.1 754.8 66.7 5 Perindustrian 162 13,349 2.5 47.1 28.9 Pengguna 6 1,920 539,818 239.6 959.9 696.6 Dewasa Pengguna 2,216 2,087,254 19.8 225.2 263.6 Sekolah 7 Pembinaan 151 112,088 25.1 138.8 85.1 8 Pengangkutan 418 137,899 57.3 272.1 557.9 9 Perkhidmatan 1,684 686,411 2,178.2 4,742.5 14,064.0 Jumlah 9,074 7,040,309 10,485.6 92,801.0 23,088.3 Sumber : Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2011 perniagaan yang lebih besar dan bertaraf global sekali gus menjadi tunjang ekonomi masyarakat. Namun, perkara yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana untuk mencorakkan gerakan koperasi sebagai satu budaya dan mengubah minda masyarakat untuk mengetahui kepentingan berkoperasi. Menurut Mantan Pengerusi Eksekutif SKM menyatakan bahawa masyarakat di Malaysia masih beranggapan bahawa penyertaan koperasi dalam ekonomi terbatas kepada aktiviti tradisi pinjam meminjam semata-mata sekali gus mempengaruhi penglibatan individu untuk menyertai koperasi. Oleh itu, kesedaran mengenai objektif sebenar serta kepentingan di sektor koperasi negara ini perlu dihebahkan. Konsep 1 Komuniti 1 Koperasi (1K1K) Seiring dengan Teras Strategik IV dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 iaitu Meningkatkan Keyakinan Masyarakat Terhadap Gerakan Koperasi, pihak kerajaan khususnya SKM berusaha untuk mengubah persepsi masyarakat berkenaan koperasi. Menurut sejarah gerakan koperasi di Malaysia, koperasi pada asalnya didaftarkan sebagai syarikat kerjasama. Perkataan kerjasama ini amat berkait rapat dengan corak masyarakat yang sering melakukan sesuatu kerja secara berkumpulan dan bersama-sama. Ibarat pepatah Melayu Yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, ia telah menjadi budaya kepada masyarakat dahulu. Contoh aktiviti yang boleh dilihat melalui kerjasama adalah kenduri kahwin. Aktiviti ini akan diadakan secara bergotong royong dengan melibatkan seluruh masyarakat kampung bermula dengan mendirikan khemah, memotong bawang, memasak, mencuci pingganmangkuk, periuk belanga dan lain-lain sehingga tamat majlis tersebut. Kemeriahan aktiviti tersebut dapat dirasai oleh masyarakat tersebut kerana bekerjasama dalam menjayakan majlis kenduri. Tambahan pula, ini adalah disebabkan hubungan akrab yang telah sedia wujud sesama mereka. Peredaran masa menyebabkan budaya bekerjasama ini jarang dipraktikkan. Kebanyakan masyarakat telah berhijrah ke bandar dan sibuk mengejar kekayaan sehingga lupa akan keakraban masyarakat setempat. Begitu juga dengan koperasi pada hari ini yang tidak sama dengan syarikat kerjasama suatu ketika dulu. Dahulu, syarikat kerjasama diuruskan secara sukarela dan berniaga secara kecil-kecilan tetapi hari ini koperasi telah pun berubah. Koperasi telah banyak menceburi bidang perniagaan berpotensi tinggi sekali gus menjana perolehan yang tinggi. Ini kerana, koperasi perlu mengorak langkah sejajar dengan perubahan persekitaran yang memerlukan transformasi menyeluruh supaya koperasi dapat bersaing. Sehubungan itu, kementerian pula mengatur pelbagai program bagi merangsang pertumbuhan koperasi, antaranya penubuhan koperasi di setiap komuniti. Cogan kata 1Komuniti 1Koperasi (1K1K) dibentuk dan merupakan aspirasi dalam gerakan koperasi 78 DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41

untuk menjadikan koperasi satu gaya hidup yang baru. Manfaat yang diperoleh melalui penubuhan 1K1K dapat membantu mereka menolong diri sendiri serta masyarakat setempat untuk menjana ekonomi bagi meningkatkan pendapatan dan mewujudkan peluang-peluang perniagaan. Ini adalah bersesuaian dengan hala tuju yang telah ditetapkan di dalam DKN 4 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Julai 2010. Oleh itu, program 1K1K telah dilancarkan pada 2010 tanpa mengambil kira faktor sama ada masyarakat itu miskin, kaya, di kota mahupun di desa bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat menerusi gerakan koperasi sekali gus dapat membasmi kemiskinan dan kepayahan hidup di bandar atau luar bandar. Sebenarnya banyak aktiviti koperasi boleh dijalankan sekiranya anggota masyarakat saling bekerjasama dan berganding bahu. Kumpulan komuniti yang disasarkan melalui penubuhan 1K1K adalah penduduk sebuah kampung, taman perumahan, kondominium, pangsapuri, qariah masjid, persatuan keluarga, kelab, pertubuhan dan perkumpulan wanita dan pekerja. Sebagai contoh, penubuhan koperasi di taman perumahan. Di antara aktiviti perniagaan yang dapat dijalankan adalah dengan membuka kedai runcit, taska, tadika, kelas tuisyen, perkhidmatan kawalan keselamatan, kedai dobi dan bas sekolah. Di samping itu, bagi menambahkan pendapatan, koperasi juga boleh menyediakan perkhidmatan katering dan khemah, pengurusan jenazah dan salun kecantikan. Bagi komuniti yang menubuhkan koperasi di pangsapuri, aktiviti perniagaan seperti perkhidmatan penyelenggaraan bangunan dan pembersihan merupakan aktiviti yang sesuai dijalankan bagi menjamin keselesaan penduduk setempat. Manakala penubuhan koperasi di luar bandar boleh memberi tumpuan kepada pengusahaan tanah-tanah kosong yang terbiar dengan aktiviti berfaedah, antaranya dengan mengusahakan tanah-tanah terbiar untuk aktiviti pertanian seperti tanaman kelapa sawit, getah dan tanaman kontan lain. Selain itu, aktiviti perniagaan lain yang boleh dilaksanakan termasuklah menternak ikan atau membuka kedai makan secara kecil-kecilan. Berikut merupakan contoh aktiviti 1K1K yang dapat dijalankan oleh koperasi: Koperasi wanita Menerapkan konsep bekerja di rumah bagi membolehkan anggota meningkatkan pendapatan dan sosioekonomi keluarga Banyak tertumpu kepada bidang kemahiran dan keperluan golongan wanita khususnya suri rumah Antara aktiviti yang dijalankan adalah jahitan, sulaman, tadika, taska, salun, butik, kraftangan, produk makanan dan perkhidmatan sajian makanan Koperasi keluarga Keanggotaannya terdiri daripada ahli keluarga seperti suami, isteri, anak, menantu, adikberadik, ipar duai sehinggalah cucu cicit dengan syarat telah mencapai usia 18 tahun ke atas Koperasi diurus dengan profesional bagi membangunkan perniagaan keluarga di samping mengambil kira kebajikan ahli keluarga termasuk pembiayaan pendidikan, khairat kematian dan insurans kesihatan Melalui konsep ini, anggota boleh menguruskan harta pusaka bersama dan membangunkan tanah milik keluarga tanpa perlu di pecah lot Koperasi qariah masjid Menerusi koperasi, pihak pengurusan masjid boleh menjalankan aktiviti ekonomi yang boleh menambah tabung kewangan masjid sebagai tambahan dana kepada dana sumbangan qariah masjid Antara aktiviti ekonomi yang boleh dijalankan termasuklah perkhidmatan sewa khemah atau pinggan mangkuk, hemodialisis, pengurusan jenazah dan sewa tapak perniagaan Koperasi kejiranan Lebih mementingkan perkhidmatan yang dapat diberikan kepada anggota berbanding keuntungan tinggi Maktab Koperasi Malaysia 79

Menggalakkan penduduk setempat meningkatkan kerjasama dan mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat menerusi aktiviti koperasi Kebiasaannya koperasi boleh menyediakan perkhidmatan seperti kawasan keselamatan, penyelenggaraan dan pembersihan serta perkhidmatan bas sekolah untuk kemudahan penduduk Penubuhan koperasi di dalam komuniti bukan sekadar menjadi penyumbang kepada ekonomi negara tetapi sebagai entiti yang dapat membantu anggota. Pihak SKM sentiasa menggalakkan penubuhan koperasi dalam kalangan masyarakat kerana koperasi mempunyai kekuatan hasil daripada gabungan sumber modal, tenaga dan masa anggota koperasi. Faedah yang boleh diperoleh oleh anggota apabila pendekatan ini berjaya dilakukan ialah faedah dari segi ekonomi seperti dividen, rebat dan pinjaman dengan kadar bayaran perkhidmatan yang rendah. Manakala faedah dari sudut sosial pula, anggota akan dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat, memenuhi keperluan semasa, meningkatkan perpaduan, dan prihatin terhadap alam sekitar. Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad Salah satu contoh komuniti yang menubuhkan koperasi dan memberi impak positif adalah Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad. Koperasi ini terletak di Pulau Langkawi, Kedah dan telah ditubuhkan pada 2010 dengan bilangan anggota seramai 80 orang. Koperasi ini didaftarkan di bawah fungsi perkhidmatan iaitu menjalankan aktiviti pelancongan, kemudahan rekreasi, kerja-kerja kontrak, perbekalan dan penyelenggaraan. Pada asalnya kehidupan masyarakat di Kampung Kilim hanya bergantung semata-mata kepada hasil tangkapan laut sahaja, namun corak kehidupan mereka berubah setelah penubuhan koperasi. Ianya bermula dengan keunikan Kampung Kilim yang dikaitkan dengan status Geoforest Park dan telah diisytiharkan oleh pihak UNESCO pada 2007. Oleh itu Kilim dikenali sebagai Kilim Karst Geoforest Park iaitu sebuah kawasan formasi batu kapur tertua di Malaysia dengan landskap karst tropika yang menakjubkan, mempunyai monumen geologi yang terpelihara dan kaya dengan fosil. Selain itu, kawasan ini juga dikelilingi oleh hutan bakau, habitat helang, sangkar ikan dan restoran terapung yang menjadi tarikan pelancong asing serta tempatan. Sehubungan itu, penglibatan komuniti Kampung Kilim telah menjadi tunjang utama pembangunan industri pelancongan di sini. Kini, komuniti ini telah menubuhkan koperasi bagi meningkatkan taraf hidup anggota dengan menguruskan jeti Kilim ke Geoforest Park tersebut. Koperasi kini boleh berbangga kerana mampu menguruskan 80 buah bot pelancong dan menawarkan pakej pelancongan menarik dengan mengelilingi Kilim Geoforest Park sekaligus menjana keuntungan tahunan melebihi RM50 ribu setahun. Setakat Jun 2012, sejumlah 106,193 orang pelancong termasuk pelancong asing dan tempatan telah mengunjungi Kilim Geoforest Park. Menariknya, hanya berbekalkan pengalaman sebagai nelayan, ia membolehkan penduduk setempat bertindak sebagai jurumudi dan bekerja dengan koperasi. Sebelum koperasi diwujudkan, purata penduduk Kampung Kilim memperoleh pendapatan sekitar RM600 hingga RM800 sebulan. Tetapi selepas bekerja dengan koperasi sebagai jurumudi bot, pendapatan mereka melonjak sehingga RM1,800 sebulan. Pendapatan bagi anggota yang memiliki bot pula telah meningkat antara RM2,000 hingga RM10,000 sebulan. Selain aktiviti pelancongan, anggota koperasi juga turut menguruskan kedai menjual makanan dan cenderahati kepada pelancong bagi menambah sumber pendapatan koperasi. Ini merupakan satu kejayaan buat penduduk kampung kerana koperasi telah mampu meningkatkan ekonomi mereka dengan membuka peluang pekerjaan kepada anggota dan penduduk sekitar. Walaupun koperasi ini hanya berusia dua tahun, namun penubuhannya telah membuktikan peranan komuniti yang dapat menyelesaikan masalah sosioekonomi dalam komuniti tersebut. 80 DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41

Kesimpulan Kesedaran masyarakat terhadap gerakan koperasi di luar negara telah memberi impak positif apabila masyarakat dunia mengiktiraf koperasi sebagai medium yang mampu mengubah kehidupan dengan mengurangkan kadar kemiskinan sekaligus menjadi peneraju ekonomi dunia sebaris dengan sektor yang lain. Di Malaysia, semangat berkoperasi kurang dihayati kerana masyarakat masih tidak sedar akan sumbangan gerakan koperasi terhadap pembangunan sosioekonomi negara. Oleh itu, transformasi sedang dilakukan oleh kerajaan di mana konsep 1K1K telah pun diperkenalkan untuk mencorakkan gerakan koperasi sebagai satu budaya serta mengubah minda masyarakat tentang kepentingan berkoperasi. Ini merupakan satu inisiatif yang baik sejajar dengan pelaksanaan DKN 2011-2020 yang menyasarkan gerakan koperasi menjadi penyumbang berkesan kepada pembangunan negara menjelang tahun 2020. Rujukan Dasar Koperasi Negara 2011-2020. Dicapai pada Februari 15, 2013 dari http://www.skm.gov.my Global 300. Dicapai pada Februari 18, 2013 dari http://www.ica.coop Hassan Ali. (2012, Mei). Koperasi penjana ekonomi komuniti. 1K1K langkah awal keluar daripada kemiskinan.dicapai pada Februari 18, 2013 dari http://www.skm.gov.my Masyarakat perlu ubah persepsi terhadap koperasi. Dicapai pada Februari 18, 2013 dari http://www.skm.gov.my Nelayan kampung Kilim urus 80 bot pelancong melalui koperasi. Dicapai pada Februari 21, 2013 dari http://www. skm.gov.my Statistik perangkaan koperasi. Dicapai pada Februari 15, 2013 dari http://www.skm.gov.my Zulkifli Jalil,Hafizahril Hamid & Sarah Nadlin Rahim(2012,Julai 5).Penjana ekonomi negara. Utusan Malaysia,p.7 Maktab Koperasi Malaysia 81