ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2016 ANJURAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Peraduan InstaHarapan AADK

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR) PENGENALAN MENGENAI PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR)

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

TERMA & SYARAT PERADUAN

BAHAGIAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT PUSTAKA NEGERI SARAWAK, MIRI CABARAN REKACIPTA & INOVASI BAHAN KITAR SEMULA

Polisi Privasi. Pengenalan

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

ANUGERAH CEMERLANG. d/a JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEBANGSAAN 2011 PANDUAN PENYERTAAN

BORANG PENDAFTARAN PEMBEKAL / KONTRAKTOR. (Sila tandakan ( ) pada kotak berkenaan) / /

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2018

PENGENALAN YAYASAN PASIR GUDANG. 3 Oktober 2013 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Borang Cadangan Insurans Mesin

MENGURUSKAN PERMOHONAN SPP DAN PEMBAHARUAN BAHAN DARIPADA UTeM KEPADA PERPUSTAKAAN LUAR

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

Borang Penyertaan Cabaran Inovasi Akar Umbi

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA 2013 JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

SUHAKAM ADAKAN INKUIRI NASIONAL MENGENAI HAK TANAH ORANG ASAL/ASLI

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN SLOGAN AMALAN 5S FKM

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

HEBAHAN PENDAFTAR BIL. 40/2017-PENCALONAN ANUGERAH MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1439H/2017M

BORANG PENYERTAAN Pertandingan Infografik GST Peringkat Sektor Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN Borang hendaklah di cetak, diisi dengan lengkap dan dikembalikan bersama bayaran penuh kepada: -

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH PENGHARGAAN UCTC 2015

Borang Cadangan Insurans Plat Kaca

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

ANUGERAH TOKOH MASYARAKAT

MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA. Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak

BORANG PENCALONAN MAJLIS ANUGERAH INOVASI DAN KREATIF (MANIK 2012)

BORANG PERMOHONAN MASA DEPAN ANDA BERMULA DI SINI

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp atau MMS TIADA

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

NESTLE# # #LEE AH MOY# #RM41.20

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

BORANG PERMOHONAN PENYERTAAN. (MaGRIs 2016)

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh dan Kaedah Penyertaan

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN MOTO EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UiTM CAWANGAN SELANGOR

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

PTSS PK PS 08 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PENGAWAI LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

1.3 Sebarang penyertaan yang diterima selepas 31 Julai 2015 pada pm akan dianggap tidak sah.

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SEMPENA EKSPO PENYELIDIKAN DAN CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA 2013 (PECIPTA2013)

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

TAWARAN BIASISWA PENUH PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2018

Pakaian formal sekolah 25/2/2018. Pertandingan Anugerah NILAM Daerah Johor Bahru 2018 DOKUMEN SOKONGAN / CATATAN MULA

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

Terma & Syarat Kempen MyDebit

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

Transkripsi:

PANGGILAN UNTUK PENCALONAN BAGI ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2016 ANJURAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA PENGENALAN Anugerah Hak Asasi Manusia yang telah ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, untuk memberi pengiktirafan kepada individu, kumpulan, organisasi dan agensi yang mempunyai rekod cemerlang dalam memajukan hak asasi manusia di Malaysia. Acara tahunan ini juga membentuk sebahagian daripada usaha Suruhanjaya untuk menggalakkan penglibatan masyarakan sivil untuk menyumbang ke arah mempromosi dan melindungi hak asasi manusia. OBJEKTIF Objektif-objektif utama Anugerah Hak Asasi Manusia adalah: i. Untuk mengiktiraf individu, kumpulan, organisasi dan agensi yang telah menyumbang secara cemerlang kepada hak asasi manusia di Negara ini; ii. Untuk meningkatkan kefahaman dan sokongan di kalangan masyarakat sivil mengenai usaha pembela hak asasi manusia; iii. Untuk menggalakkan penglibatan aktif di kalangan pelbagai komuniti dan ahli masyarakat dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Negara ini. KATEGORI ANUGERAH A. Anugerah Individu Anugerah Individu dianugerahkan kepada individu yang telah mempamerkan pencapaian yang signifikan dalam berkhidmat untuk memajukan agenda hak asasi manusia di dalam masyarakat secara percuma/pro-bono. 1

Keperluan pencalonan: Pencalonan dibuat menggunakan borang pencalonan khas yang dikeluarkan Suruhanjaya, berserta satu ringkasan sepanjang dua hingga lima muka surat, yang memberi penerangan tentang sumbangan calon dalam bidang hak asasi manusia dan bahan-bahan yang membuktikan sumbangan calon dalam bidang berkenaan. B. Anugerah Organisasi/Kumpulan Anugerah Organisasi/Kumpulan bertujuan untuk mengiktiraf organisasi bukan berdasarkan keuntungan yang berdaftar dan juga kumpulan advokasi tidak berdaftar yang telah mempamerkan pencapaian yang signifikan dalam berkhidmat untuk memajukan agenda hak asasi manusia di dalam masyarakat secara percuma/pro-bono. Keperluan pencalonan: Pencalonan dibuat menggunakan borang pencalonan khas yang dikeluarkan Suruhanjaya, berserta satu ringkasan sepanjang dua hingga lima muka surat, yang memberi penerangan tentang sumbangan calon dalam bidang hak asasi manusia dan bahan-bahan yang membuktikan sumbangan calon dalam bidang berkenaan. C. Anugerah Media Anugerah Media diberikan kepada tiga individu dan/atau agensi dari media cetak, media atas talian dan media penyiaran yang telah menghasilkan laporan/dokumentari/program hak asasi manusia yang berkesan dan signifikan. Keperluan pencalonan: Pencalonan dibuat menggunakan borang pencalonan khas yang dikeluarkan Suruhanjaya berserta satu ringkasan sepanjang dua hingga lima muka surat, yang memberi penerangan tentang sumbangan calon dari segi penghasilan laporan/dokumentari/program berunsur hak asasi manusia secara tepat dan berkesan, dan pendedahan tentang kumpulan terpinggir di dalam masyarakat Malaysia. Pencalonan juga hendaklan menyertakan salinan bahan-bahan yang membuktikan sumbangan calon dalam bentuk bahan yang telah diterbitkan seperti gambar, laporan/artikel dan lain-lain bahan audio-visual. D. Anugerah Agensi Kerajaan Anugerah ini diberikan kepada agensi Kerajaan atau badan berkanun Malaysia yang telah mempamerkan amalan terbaik hak asasi manusia dalam perlaksanaan atau penyampaian dasar, peraturan, program dan perkhidmatan. Keperluan pencalonan: Pencalonan dibuat menggunakan borang pencalonan khas yang dikeluarkan Suruhanjaya berserta satu ringkasan sepanjang dua hingga lima muka surat, yang memberi penerangan tentang sumbangan calon, khususnya dalam menggunapakai prinsip hak asasi manusia semasa melaksanakan tugasan harian dan/atau semasa pembangunan dan/atau perlaksanaan dasar, peratudan, program dan perkhidmatan kerajaan. Pencalonan juga hendaklan menyertakan salinan bahan-bahan yang membuktikan sumbangan calon dalam bidang berkenaan. 2

E. Anugerah Entiti Perniagaan Anugerah Entiti Perniagaan diberikan kepada syarikat perniagaan yang telah mempamerkan amalan terbaik hak asasi manusia dalam penyampaian perkhidmatan dan pengendalian perniagaan. Keperluan pencalonan: Pencalonan dibuat menggunakan borang pencalonan khas yang dikeluarkan Suruhanjaya berserta satu ringkasan sepanjang dua hingga lima muka surat, yang memberi penerangan tentang sumbangan calon, khsusunya dalam menggunapakai prinsp-prinsip hak asasi manusia semasa menyampaikan perkhidmatan dan mengendalikan perniagaan. Pencalonan juga hendaklan menyertakan salinan bahan-bahan yang membuktikan sumbangan calon dalam bidang berkenaan. GARIS PANDUAN PENCALONAN Semua pencalonan hendaklah mematuhi garispanduan berikut: i. Pencalonan adalah terbuka kepada semua individu, organisasi, agensi-agensi Kerajaan (Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan), badan-badan berkanun dan entiti perniagaan Malaysia; ii. Penerima Anugerah Hak Asasi Manusia sebelum ini hanya layak untuk pencalonan semula selepas tiga tahun; iii. Pencalonan hendaklah dikemukakan menggunakan borang pencalonan khas yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, berserta ringkasan (dua hingga lima muka surat) dan semua dokumen/bahan sokongan yang membuktikan sumbangan calon seperti yang dinyatakan bawah setiap Kategori Anugerah; iv. Ringkasan tersebut perlulah menyertakan maklumat berikut: Latar belakang calon; Penerangan dan fakta khusus mengenai sumbangan calon; Cabaran atau pengorbanan peribadi atau risiko yang telah dihadapi oleh calon dalam usaha untuk menyumang kepada hak asasi manusia; dan Impak utama dan keberhasilan yang nyata susulan sumbangan yang diberikan oleh calon. v. Dokumen dan/atau bahan sokongan yang membuktikan sumbangan calon untuk diserahkan kepada Suruhanjaya boleh merangkumi artikel yang telah diterbit, gambar, klip video serta lain-lain bahan bertulis dan audio-visual yang mempersembahkan maklumat latar belakang dan sumbangan calon terhadap hak asasi manusia; 3

vi. Suruhanjaya boleh meminta dokumentasi atau bahan sokongan tambahan daripada pencalon. Kegagalan untuk memberi maklum balas berkaitan mengikut masa yang ditetapkan boleh menjejaskan pertimbangan penuh Suruhanjaya ke atas pencalonan; vii. Ringkasan dan dokumen sokongan yang dihantar bersama pencalonan boleh dibuat samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan dihantar terus melalui emel atau pos kepada Suruhanjaya ke alamat berikut: Alamat Surat-Menyurat: Human Rights Award 2016, Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Level 11, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur Alamat e-mel: hra2016@suhakam.org.my viii. Atas dasar budi bahasa, pencalon haruslah memaklumkan kepada pihak yang dicalonkan mengenai pencalonan tersebut untuk maksud Anugerah Hak Asasi Manusia; ix. Calon mestilah telah menunjukkan penglibatan yang cemerlang dan berterusan dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di kalangan masyarakat atau kumpulan tertentu di Malaysia dalam tempoh dua atau tiga tahun yang lalu, terutamanya, tetapi tidak secara eksklusif, sehingga 15 Jun 2015, sekurangkurangnya dalam salah satu daripada bidang-bidang berikut: Membela hak-hak kumpulan rentan, termasuk Orang Asli/Orang Asal, orang kurang upaya, wanita, kanak-kanak, pelarian dan pencari suaka; Menjalankan usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran hak asasi manusia di kalangan pelbagai pihak berkepentingan terutamanya komuniti di peringkat akar umbi; Menggalakkan kesaksamaan serta menghapuskan diskriminasi atau pelanggaran hak asasi manusia; Memberi sokongan berterusan dan bantuan kepada mangsa-mangsa pencabulan hak asasi manusia; 4

Menggalakkan keharmonian yang lebih baik di kalangan masyarakat berbeza kaum atau asal-usul etnik, agama, jantina, umur, atau perbezaan lain di Malaysia; Melaksanakan pendekatan hak asasi manusia semasa menjalankan aktiviti perniagaan atau dalam tugasan badan/agensi Kerajaan melalui reformasi yang sesuai bagi menambahbaik akauntabiliti, ketelusan, akses dan penyertaan awam. x. Jika tiada calon yang sesuai untuk mana-mana kategori, tiada penganugerahan akan diberikan untuk kategori berkenaan. KRITERIA PEMILIHAN Panel Pemilihan akan mengambil kira beberapa kriteria pencalonan seperti berikut: i. Impak kerja atau sumbangan calon dalam meningkatkan kefahaman dan rasa hormat terhadap hak asasi manusia di kalangan masyarakat; ii. Impak kerja atau sumbangan calon dalam menghapuskan ketidakadilan sosial serta sikap dan amalan diskriminasi; iii. Impak kerja calon dalam mempromosikan pemantauan dan mekanisme laporan yang lebih baik terhadap pencabulan hak asasi manusia; iv. Impak kerja calon dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menikmati hak asasi manusia dan pembangunan mapan; v. Jangkamasa dan sumber yang digunakan oleh calon untuk menyumbang kearah hak asasi manusia di Malaysia; vi. Risiko yang dihadapi dan/atau pengorbanan yang dialami oleh calon untuk mengukuhkan hak asasi manusia di Malaysia; vii. Tahap keberkesanan pendekatan yang digunakan oleh calon untuk menepati keperluan dan hak masyarakat. 5

HADIAH i. Anugerah Individu: ii. Anugerah Kumpulan/Organisasi (Berdaftar bukan atas dasar keuntungan dan Kumpulan advokasi tidak berdaftar): iii. Anugerah Media (Atas talian, cetak dan penyiaran): iv. Anugerah Agensi Kerajaan (Agensi Kerajaan/Badan berkanun): v. Anugerah Entiti Perniagaan (Entiti perniagaan): TARIKH TUTUP Semua pencalonan mestilah dihantar kepada Suruhanjaya sebelum atau pada 5.00 petang, Khamis, 30 Jun 2016. Pencalonan yang lewat tidak akan dilayan oleh Suruhanjaya. PENGUMUMAN PEMENANG Tarikh acara akan dimaklumkan. 6

ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2016 SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA Borang Pencalonan A. MAKLUMAT CALON Kategori Anugerah: Anugerah Individu Augerah Organisasi/Kumpulan (sila bulatkan): Organisasi berdaftar bukan berdasarkan keuntungan/ Kumpulan advokasi tidak berdaftar Anugerah Media (sila bulatkan): Media cetak/atas talian/penyiaran Anugerah Agensi Kerajaan (sila bulatkan): Agensi Kerajaan/Badan Berkanun Anugerah Entiti Perniagaan (sila bulatkan): Syarikat berkaitan Kerajaan/Syarikat Swasta Nama Individu/Organisasi/Agensi: (Sekiranya organisasi, nama wakil untuk dihubungi): Tarikh Lahir: Jantina: Perempuan Lelaki Alamat: No. Telefon: E-mel: 7

B. PENCALON (Sekiranya calon dicalonkan oleh orang lain) Nama: Jawatan/Organisasi: Alamat Organisasi: No. Telefon:: E-mel: Adakah calon dimaklumkan tentang pencalonan ini?: Ya Tidak DEKLARASI Saya mengaku bahawa saya telah membaca dan memahami maklumat serta keperluan berkenaan Anugerah Hak Asasi Manusia 2015 yang tertera di atas. Saya mengaku bahawa kandungan pencalonan saya adalah benar dan betul. Dengan ini, saya lampirkan ringkasan (dua hingga lima muka surat) yang memberi penerangan tentang sumbangan calon/saya dalam bidang hak asasi manusia bagi kategori Anugerah yang berkenaan serta segala dokumen sokongan/bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Saya bersedia untuk dihubungi oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia untuk sebarang penjelasan mengenai pencalonan ini. Tandatangan: Tarikh: Semua pencalonan perlu dihantar sebelum atau pada 5pm, Khamis, 30 Jun 2016 kepada: Human Rights Award 2016 Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) Level 11, Menara TH Perdana Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur Email: hra2016@suhakam.org.my Hubungi: Pn. Rafidah Yahya (03-2612 5645); En. Mohd. Ariff Saifullah (03-2612 5698); En. Muhammad Fikri Ramli (03-2612 5686); Pn. Nor Hafizah Aziz (03-2612 5618) 8