LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2013 AKHLAK ISLAMIAH. Tarikh: Sabtu, 14 Disember 2013

dokumen-dokumen yang mirip
KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

BAHAGIAN A (20 markah)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin. Bab 2 Kekayaan Hati. Bab 3 Menempuh Cabaran. Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin. Bab 5 Barokatologi (Berkat)

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Satu jam lima belas minit 5226/1 PANITIA TASAWWUR ISLAM SMK JELAWAT BACHOK, KELANTAN

١٢٢٣/2 PENDIDIKAN ISLAM SET 2

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002


KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 3 NAMA:

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN. Satu jam lima belas minit

LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2013 AQIDAH ISLAMIAH. Tarikh: Ahad, 8 Disember 2013

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PEPERIKSAAN PERINGKAT SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUARA TUANG

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 2 PERATURAN PEMARKAHAN

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 3 PERATURAN PEMARKAHAN

Fadhilat Berbaik Sangka

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SKEMA TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012 NEGERI PAHANG

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM

KAYA TAPI ZUHUD. Oleh: Dr. Marzuki, M.Ag. (Dosen PKn dan Hukum FIS UNY)

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

Apabila Aktivis Dakwah Ditimpa Futur (Malas) Muhammad Haniff Hassan

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.

PESANAN UNTUK ORANG YANG BERDOSA

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik


BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

Bahagian A. [20 markah]


Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SKEMA PERMARKAHAN TASAWWUR ISLAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2014

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 TASAWWUR ISLAM

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1

Muhamad Nur Shafiq Bin Roslan

1. PENGERTIAN. a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

Peraturan pemarkahan Kertas 1 / 5226/1

SOALAN GUNA SAMA SEKOLAH MENENGAH DAERAH ASAJAYA, SAMARAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

Pesan Buat Remaja: Anda Ingin Bercinta & kahwin? oleh Muhammad Haniff Hassan


PENDIDIKAN ISLAM PERATURAN PEMARKAHAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2012 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 Satu Jam Lima Belas Minit

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 MASALAH PEMBELAJARAN

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

TUGASAN 2 (INDIVIDU) SITI AIDA BINTI MUHAMAD A152797

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 PKBS 2

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DI BERITAHU

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Transkripsi:

LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2013 AKHLAK ISLAMIAH Tarikh: Sabtu, 14 Disember 2013 Masa: 2 jam ARAHAN KEPADA CALON 1. Kertas soalan ini mengandungi 15 muka surat (tidak termasuk muka depan) dan tiga bahagian: A, B dan C. Semua soalan perlu dijawab. 2. Bahagian A mengandungi 25 soalan objektif. 3. Bahagian B mengandungi 5 soalan respons terhad. 4. Bahagian C mengandungi 2 soalan esei. 5. Semua jawapan mesti ditulis di dalam kertas soalan ini. MARKAH A 25 B 45 C 30 T. Tangan Pemeriksa: T. Tangan Penyemak: 100 NAMA MADRASAH NO. INDEKS NAMA CALON PERINGATAN: Pastikan bahawa kamu telah mengisi nama madrasah, nama dan nombor indeks kamu pada kertas jawapan ini.

Bahagian A (25 markah) Bagi setiap soalan di bawah ini, pilih jawapan yang betul dan tuliskan abjad A, B, C atau D dalam kurungan yang disediakan. 1. Tujuan utama Allah s.w.t. mencipta jin dan manusia adalah untuk. A. menyembah Allah s.w.t B. menjalani kehidupan di dunia C. menghuni syurga dan neraka D. membuktikan kekuasaan Allah s.w.t ( ) 2. Ajaran Islam amat menitik beratkan pemakanan yang halal kerana dengan mengambil makanan dan minuman yang haram boleh. A. merugikan industri makanan halal B. merendahkan kedudukan agama Islam C. merosakkan kemurnian hati, akhlak dan ibadah D. menjejaskan bertumbuhan sel-sel dalam badan ( ) 3. Siti bekerja di sebuah kasino sebagai juruwang, namun dia tidak lupa mengerjakan solat semasa bertugas. Perbuatan Siti. A. tidak berdosa selagi dia menjaga solatnya B. berdosa dan pendapatan yang diperolehi tidak halal C. tidak berdosa sekiranya tugas tersebut bersifat sementara D. berdosa dan pendapatan yang diterima halal tetapi tidak berkat ( ) 4. Cara menghidupkan hati yang mati ialah dengan bertafakur iaitu mengingati Allah s.w.t. dan sentiasa bermuhasabah diri. Yang dimaksudkan dengan bermuhasabah diri ialah. A. menilai diri untuk diperbaiki supaya berjaya di dunia dan akhirat B. melihat kelemahan orang lain agar dapat lihat kelebihan diri sendiri C. membandingkan kelebihan diri dengan orang yang kurang amalannya D. mengingati kelebihan diri sendiri dan melupakan kesalahan-kesalahan yang lalu ( ) 1

5. Yazid sedar dia telah melakukan banyak dosa-dosa kecil seperti menyakiti hati kawankawannya dengan sindiran dan memanggil mereka dengan gelaran yang tidak baik. Yazid seharusnya segera bertaubat kerana dosa-dosanya itu akan. A. mengurangkan pahala daripada amalan-amalan baik B. menghitamkan hati dan dapat merosakkan keimanannya C. menghalang daripada mendapat syafaat di padang Mahsyar D. membebankan ibu bapanya kerana mereka akan menanggung dosadosanya ( ) 6. Orang yang mengumpat diibaratkan seperti memakan daging saudaranya yang telah mati. Perbuatan mengumpat akan menjatuhkan maruah seseorang yang diumpat. Sebagai saudara sesama Islam, kita mesti mengelakkan diri daripada perbuatan mengumpat dan kita sepatutnya. A. saling menjaga nama baik antara satu sama lain B. membesar-besarkan kebaikannya walau sekecil manapun C. mempertahankan perangai buruknya di samping berdoa agar dia berubah D. mendiamkan diri apabila melihatnya melakukan kemungkaran agar tidak melukai hatinya ( ) 7. Allah s.w.t. mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan dengan mengurniakan manusia akal. Derajat manusia diangkat lebih tinggi dari makhluk-makhluk lain apabila manusia menggunakan akalnya untuk. A. menentukan kesudahan baik atau buruk nasib mereka B. mengubahsuai dasar-dasar hukum mengikut peredaran zaman C. menghasilkan ciptaan yang setanding dengan ciptaan-ciptaan Allah s.w.t. D. memperolehi ilmu pengetahuan supaya dapat mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat ( ) 8. Islam merupakan agama yang datang dari Allah s.w.t. iaitu bersifat Rabbaniyyah. Dengan memahami ajaran Islam yang bersifat Rabbaniyah itu, seseorang akan dapat. A. ) menjauhi kesenangan hidup di dunia B. bebas memilih cara kehidupannya di dunia C. lebih jelas tentang matlamat dan tujuan hidupnya D. menerima keadaan hidupnya tanpa perlu berusaha ( ) 2

9 Di zaman ini manusia suka menggunakan alat yang paling canggih dan yang terkini sehingga ada yang sanggup membazir dalam berbelanja. Kita sepatutnya mengamalkan sifat qana ah yang bermaksud. A. meredai rezeki iaitu merasa cukup dengan apa yang ada B. merasa yakin bahawa Allah s.w.t akan memberikan apa yang dihajatkan C. menerima dengan rendah diri barang-barang yang terpakai asalkan berjenama D. mencari tempat-tempat yang menjual barang-barang dengan harga yang termurah ( ) 10. Penyakit iri hati adalah penyakit yang berbahaya sehingga boleh memutuskan tali persaudaraan. Oleh sebab itu, Islam melarang kita dari mempunyai perasaan iri hati melainkan dalam dua situasi iaitu orang yang menggunakan harta yang diberikan oleh Allah s.w.t. dalam kebenaran dan orang yang diberikan. A. paras rupa yang baik dan selalu mensyukuri B. kepribadian yang dapat menarik ramai pengikut C. kepintaran yang dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri D. ilmu yang bermanfaat yang diamalkan dan diajarkan kepada orang lain ( ) 11. Bapa Naufal baru sahaja meninggal dunia. Naufal sekeluarga berasa sedih kerana kehilangan orang yang menyara hidup mereka selama ini. Naufal seharusnya bersabar dan insaf bahawa kematian itu adalah suatu. A. ujian dari Allah s.w.t. bagi dia dan keluarganya B. tanda bahawa Allah s.w.t. telah mengenepikan keluarganya C. peringatan baginya agar bersedia menghadapi mati ketika tua D. bencana kerana Naufal dibebani dengan tanggungjawab untuk menyara hidup keluarganya ( ) 12. Hikmah daripada mempelajari tingkatan-tingkatan nafsu ialah supaya kita dapat berusaha untuk mencapai darjat nafsu yang paling mulia iaitu nafsu yang. A. menolak nikmat dan kesenangan di dunia B. kembali, tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. C. menafikan keperluan jasmani dan mementingkan peningkatan rohani D. mendorong seseorang memudaratkan dirinya untuk kepentingan makhluk Allah s.w.t yang lain ( ) 3

13. Setiap kali melakukan dosa terhadap Allah s.w.t, kita disuruh beristighfar dan segera bertaubat iaitu berhenti melakukan dosa tersebut serta. A. menyesal serta bertekad tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi B. berusaha melakukan amal ibadah agar sampai kepada tingkatan maksum C. yakin dengan sungguh-sungguh bahawa dosa itu akan terampun dengan sendirinya D. mengelakkan diri dari bergaul dengan manusia agar tidak lagi mengulangi dengan perbuatan dosa ( ) 14. Encik Zali seorang jutawan yang telah lama meninggalkan solat. Dia ingin menebus dosanya itu dengan membiayai kos penyelenggaraan masjid dikawasan rumahnya. Walau bagaimanapun dia masih lagi meninggalkan solat fardunya. Tindakannya itu. A. betul kerana tanpa wang derma masjid tidak dapat berfungsi B. betul kerana selagi ada orang yang solat di masjid itu pahalanya akan berterusan C. salah kerana fakir miskin lebih berhak menerima wang derma tersebut daripada masjid D. salah kerana solat fardu tidak boleh digantikan dengan amalan kebajikan yang lain ( ) 15. Dalam Islam setiap amalan termasuk solat merangkumi aspek zahir dan batin. Bagi mendapatkan rasa penghambaan terhadap Allah s.w.t di dalam solat, kita perlu melakukan perbuatan solat dengan betul dan khusyuk. Khusyuk bererti. A. melaksanakan pergerakkan solat dengan berhati-hati B. takut melakukan sebarang kesilapan dalam bacaan solat C. mempunyai sikap yang tidak puas dengan ibadah yang dilaksanakan D. menghadirkan hati untuk memahami bacaan solat dan memberi tumpuan kepada Allah s.w.t. ( ) 16. Sebagai seorang Muslim, kita perlu sentiasa peka dan sedar terhadap masalah yang dialami oleh segolongan masyarakat kita. Oleh itu kita perlu mengambil langkah positif dengan. A. melihat keadaan mereka dengan penuh rasa simpati B. melakukan usaha-usaha yang dapat memperbaiki keadaan mereka C. membiarkan mereka menyelesaikan masalah sendiri untuk menjaga maruah mereka D. mengambil tahu tentang mereka agar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa ( ) 4

17. Riak adalah sifat tercela yang amat dilarang dalam Islam. Diantara contoh riak ialah seorang remaja. A. dengan suka rela membantu mengutip derma pada setiap hari Jumaat B. menambah dermanya sebanyak $10 setelah dipuji agar mendapat lebih pahala C. yang melebihkan solat sunatnya bersendirian di rumah agar tambah pahalanya D. melakukan solatnya dihadapan adik-adiknya yang kecil agar dapat melatih mereka bersolat ( ) 18. Ciptaan alam di sekeliling kita seperti matahari, haiwan dan tumbuh-tumbuhan membuktikan Allah Maha Pencipta dan Berkuasa. Kita dapat menunjukkan rasa syukur atas segala ciptaan Allah s.w.t. dengan. A. mewujudkan ciptaan yang lebih hebat dari ciptaan Allah s.w.t B. menghitung nikmat-nikmat yang Allah s.w.t. ciptakan kepada kita C. membiarkan tanpa mengambil peduli dengan ciptaan-ciptaan Allah s.w.t. D. menggunakan sebaik mungkin ciptaaan Allah s.w.t. tanpa membuat kerosakkan ( ) 19. Janganlah kita menyangka bahawa orang yang mengumumkan dermanya itu sebagai tidak ikhlas kerana niatnya mungkin bukan untuk dipuji tetapi. A. supaya orang lain mengikut jejaknya B. untuk menunjukkan taraf kekayaannya C. agar penerima dermanya dapat berterima kasih D. untuk merai sokongan badan pemerintah tertentu ( ) 20. Mati merupakan kiamat kecil bagi setiap insan. Oleh itu, jika kita menjalankan euthanasia dengan memberi ubat yang menyebabkan seorang pesakit itu mati atas dasar belas kasihan, bererti kita akan. A. mengurangkan sakit sakaratul maut dan nazak B. membantunya untuk menghadapi kiamat besar C. mempercepatkan tutupnya pintu taubat baginya D. meringankan beban dosa-dosanya buat seketika ( ) 5

21. Hasan lebih mementingkan hiburan daripada menuntut ilmu. Sebagai seorang bapa, Encik Arif bertanggungjawab menasihati anaknya berkaitan hiburan yang dibolehkan dalam Islam dengan kata-kata A. Kamu perlu mengimbangi hiburan dengan mencari ilmu agar sama rata B. Kamu mesti ada ilmu untuk menghargai hiburan dengan sebaik-baiknya C. Kamu boleh hidup dengan sedikit hiburan tetapi tidak dengan sedikit ilmu D. Kamu perlu penuhi dadamu dengan ilmu sebelum berhibur sepuaspuasnya ( ) 22. Seorang yang soleh akan menjaga amalannya dan sentiasa mengingati Allah s.w.t. Jika dia melakukan dosa, dia sedar Allah s.w.t melihat dan mengetahui segala perbuatannya. Perasaan insaf dan bertaubat daripada perbuatan dosa itu akan. A. menjamin tempatnya di syurga B. mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t. C. mengurangkan dosa-dosanya pada masa hadapan D. menghalang dirinya dari dihisab Allah s.w.t. pada Hari Kiamat ( ) 23. Semangat berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran, ekonomi ataupun pekerjaan sangat ketara sekarang ini. Bagi orang Islam, apabila orang lain mencapai sesuatu melebihi dari kita, kita mestilah menjauhi perasaan negatif iaitu. A. menerima dan bersyukur atas tahap pencapaian kita walaupun rendah B. mengharapkan pencapaian yang lebih baik bagi diri sendiri di masa hadapan C. menginginkan agar pencapaian orang itu luput dan berpindah kepada kita D. mengiktiraf pencapaian mereka dan berusaha untuk mempertingkatkan diri ( ) 24. Walaupun Farid sentiasa sibuk dengan aktiviti sekolahnya, dia tetap meluangkan masa untuk menghadiri majlis ilmu di masjid. Farid tahu menuntut ilmu fardu ain akan. A. mengecualikannya dari soalan kubur B. menjamin dirinya untuk masuk syurga C. memudahkan perjalanannya menuju ke syurga D. memastikan dirinya terhindar dari seksa api neraka ( ) 6

25. Waktu kerja Salmah bermula pada jam 8.30 pagi. Dia selalu datang lewat ke pejabat kerana menguruskan keperluan keluarganya. Perbuatan Salmah tidak mematuhi waktu kerja ini. A. salah kerana dia lalai menjaga amanah sebagai petugas B. salah kerana kerja lebih penting daripada urusan keluarga C. betul kerana dia tetap melaksanakan tugas yang diberikan D. betul kerana dia datang lewat dengan alasan yang munasabah ( ) Bahagian B (45 markah) 7

Jawab semua soalan berikut. Tuliskan jawapan kamu di ruang yang disediakan. 1. Pengajaran daripada hadith mengenai hati ialah hati yang rosak akan mengakibatkan akhlak yang buruk. (a) Di antara ciri hati yang rosak ialah hasad dengki. Jelaskan tiga lagi ciri hati yang rosak beserta contoh bagi setiap satu. [6 markah] (b) Di antara tanda-tanda hati yang sihat ialah sabar dalam ibadah kepada Allah s.w.t., berpuashati dengan rezeki yang diberikan dan takut kepadanya. Berikan tiga amalan untuk mencapai tahap hati yang sihat seperti ini. [3 markah] 2. Allah s.w.t. telah menurunkan Al-Quran melalui Rasulullah s.a.w. sebagai pertujuk bagi seluruh umat manusia. (a) Bagaimana akhlak kamu terhadap al-quran? Jelaskan tiga daripadanya. [3 markah] (b) Kita dapat memupuk rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. dengan melaksanakan 8

amalan-amalan sunnahnya. Apakah amalan-amalan sunah Rasulullah s.a.w. yang dapat kamu lakukan untuk menguatkan hubungan dengan Allah s.w.t. dan hubungan dengan makhluk. Nyatakan tiga contoh bagi setiap satu. Hubungan dengan Allah Hubungan dengan Makhluk [6 markah] 3. Walaupun negara Singapura negara yang sekular, namun terdapat nilai-nilai negara yang sejajar dengan nilai-nilai agama Islam, seperti menjaga kebersihan persekitaran. (a) Apakah nilai-nilai lain yang diamalkan oleh Singapura yang sejajar dengan nilai-nilai Islam. Khususkan jawapan kamu samada dalam bidang ilmu atau pekerjaan. Berikan tiga contoh sahaja. [6 markah] (b) Nyatakan senario di mana kamu berhadapan suasana yang mencabar dalam mengekalkan identiti sebagai seorang muslim. [3 markah] 4. Pengertian ibadah dalam Islam amat luas dan ianya dibahagikan kepada ibadah khusus 9

seperti solat, puasa, zakat dan haji dan ibadah umum iaitu segala aktiviti kehidupan manusia merangkumi percakapan dan perbuatan untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t. (a) Jelaskan apakah cara yang dapat memperbaiki solat fardu yang kamu kerjakan setiap hari? [3 markah] (b) Di antara ibadah umum yang boleh kamu lakukan ialah membantu ibu bapa dalam melakukan kerja rumah. Berikan tiga cara bagaimana ibadah umum ini dapat mencapai keredaan Allah s.w.t. [6 markah] 5. Kematian boleh berlaku bila-bila masa dan tidak mengira usia tua atau muda. Dengan itu Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita agar sentiasa mengingati mati. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami (Allah) kamu dikembalikan. [Al-Ankabut: 57] (a) Dengan mengingati mati, seseorang akan dapat memelihara dirinya daripada kelalaian dunia. Berikan dan jelaskan tiga lagi faedah mengingati mati. [6 markah] (b) Nyatakan dan jelaskan satu perkara dari kehidupan moden ini yang melalaikan kita 10

daripada mengingati mati seperti mengumpulkan harta kekayaan seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya. [3 markah] Bahagian C: (30 Markah) 11

Jawab semua soalan berikut. Tuliskan jawapan kamu di ruang yang disediakan. 1. Kemajuan teknologi tidak dapat dipisahkan dengan remaja masakini. Sebagai pelajar yang berakhlak mulia, jelaskan bagaimana kamu dapat menggunakan kemudahan teknologi moden seperti televisyen, telefon bimbit dan sebagainya dengan bijak berlandaskan nilainilai Islam. [15 markah] 12

13

2. Sebagai pelajar Muslim, jelaskan beserta contoh bagaimana kamu dapat mengaplikasikan sikap-sikap berikut dalam melakukan tugasan projek berkumpulan. 1. Ikhlas dan amanah 2. Cekap 3. Tekun dan rajin 4. Bekerjasama 5. Berkongsi fikiran [15 markah] 14

SELESAI 15